Wednesday, November 19, 2008

MERDEKA!!!


Ketika tangan aku sedang menari nari di papan kekunci laptop kesayangan aku ni, aku sebenarnya telah menyudahkan kertas exam aku yang terakhir (Nutrition for Food Service Professional). Berakhir sudeh!!! Yesss!!! Akhirnya aku leh buat lompat bintang sampai koyak seluar!hahahahaha…Gurau jek. Hilang akai ke apa?
Lumrahlah, bila exam habis je, macam2 nak buat kan? Betul tak?. Samala macam aku, termasuklah dengan beberapa idea2 gila yang tak penah dibuat oleh manusia normal. Contohnya tidoq sampai pagi besok atau tak payah bangun langsung! Hahaha… Terkenang aku pada si empunya gelaran ‘senyuman misteri Cik Lela dalam Kekasihku Seru’. Bak katanya ‘Whew..Syok a tido!. Jangan marah aaaa!
Tapi semua idea2 gila tu sekadar terluah dek mulut jer.Tak buat pon! Kepada member selapangan seperti Cik Kedondong dan Unpredictable Asrar, don’ try this at home na! Bukan pe kalu takat kena simbah air takpe lagi…, kalu kena bantai dengan penyapu, tak ke malu namanya tu?. Hehehehe….

So sepanjang cuti yang dah menjelang tiba ni, aku mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua member2 baik dalam ruangan siber mahupun dunia bukan siber (Mak oii.., ayat!) Jangan buat perkara yg bukan2 k.
Kepada rakan sekelas Norsyaida bt Abd Rahman, Zhu ni Shengri Kuaile @ Happy Birthday to You!. Semoga panjang umur dan murah rezeki! Yang penting Ida dah memasuki fasa baru iaitu TUA! Hahahaha..Gurau jek!..
Okey sampai sini ajelah coretan tak berapa nak sedap ni coz mata dah mengantuk gila, masih belum topup tidok!. Waktu cuti nanti tentu banyak berita yang boleh aku sampaikan kepada pembaca setia semua. Cuti ni cadangnya aku nak mintak kerja kat kawasan rumah aku, tapi kedua orang tua aku mintak balik kampong pulak. Ada sikit kerja nampaknya dan kerja tu, first time aku lakukakan dalam idop aku. Huhuhuhu. Bahaya tuuu… Nak tau apa, tunggu!!!!. Till then, cau..cin ..cau. makan kuetiau!.:-)
(ketika hasil tulisan ini di post, tarikh abis exam dah 2 hari berlalu)






Thursday, November 13, 2008

MAN VS WORK VS NATURE


Dalam bulan ni aku terpaksa menulis dalam kadar yang agak banyak jugak lah. Dah lama gila babas aku tak update blog nih. Ada gak member2 seBLOG yang bertanya, 'bile aku nak dapat blog ko?'. K la, aku buat la nih!!!. Letih gak ye tulis blog ni. Lebih2 dalam keadan yang tak ready camni. Aku saja je bubuh tajuk tu. Nak bagi sedap sikit walaupun tak da makna sangat. (ni lah penyakit orang kita. Buat gempak, isi??? tarak!). Well apa yang aku nak kongsi ni banyak sangat. Terutama bila musim banyak kerja dan assingment yang sentiasa tak berperasaan. So semester ni, selain dari pengalaman merusuh tak tentu hala kat tengah jalan, aku jugak berpeluang jalan2, makan angin (jalan2 je yang lebih, cam aku cakap tadi la, isi ada sejemput je!)Well pengalaman merusuh tu antara perkara terbest yang pernah aku buat. But, forget it lah. It just a thought kan?. So back to our business here. Selain pergi Tioman, menikmati flora fauna dan alam semulajadi yang tak terusik, aku juga berpeluang menjejaki Tanah Tinggi Cameron yang selama ni tak pernah aku jejaki. Sejuk jugaklah, terasa cam duduk overseas plak!..hehehe...Nature kat sana sangat2 preserveable and inniciative dari kerajaan memelihara alam sekeliling Cameron memang patut dipuji, dengan sistem biodiversiti between humans, animals and plants, Cameron Highlinds is a unique place whoever go threre for reducing stress.
Moral of the story, melanconglah ke dalam negara. Jimat duit, leh makan stroberry free and minum teh fresh lagi!. Apa yang aku ingat sampai sekarang ialah ice cream malaysia perasa stroberry yang aku beli masa kat sana. Tak silap RM 1 kot, but the taste...Tuhan je tau betsnyerrr..

Tutup citer Cameron so bukak citer projek beso kelas aku semester ini. Jeng..jeng..jeng...present to you...Advaaance Foooodddddddsssss.......Hahahaha...


Group aku buat snek petai, so memula tu macam2 ragam orang kita ni. Biasalah...Petai!!!, busuklah, eh u takda benda lain ke nak buat?, hilang akal ke budak2 ni..., kira camtula komen sinis lagi sterotype yang dilemparkan kepada kami, grup berempat yang tabah dan sabar (Ceh waahhh).


1ST time deal ngan petai ni lagilah haru. Baunya yang harum semerbak tu memang buat orang baik (umpama si pembaca blog) menyeranah tak tentu pasal-camtula ironinya. But at the end of the day, berkat kesabaran ahli grup aku, Mini, Ida ngan Imah, produk yang kami gelar Pepolicious tu berjaya disantap oleh segenap rakyat jelata..huhuhuhu...eksperimenku berjaya!!!! dan rakyatku gembira. ha..ha..ha..ha..(gelak cam Shin Chan)

AKHIRNYA


Salam khabar kepada pembaca semua. Huhuhu...akhirnya dapat jugak aku meluagkan masa mengetuk papan kekunci laptop kesayangan aku ni untuk berkongsi kepada korang2 semua. Apa yang aku janjikan, akan ditunaikan walaupun berita tu dah kira lapuk dah sangat.

Tulah, sapa suruh tangguh2. Kan dah menyusahkan diri sendiri. So malas nak membebel, dipendekan cerita, malam Festival Filem Malaysia tu aku dengar melalui Sinar FM, radio rasmi penyiar FFM kali ni. Ramalan tepat terhadap kemenangan Maya Karin melalui persembahan terbaiknya dalam Anak Halal, yang sebelum ini aktress cantik itu sudah tiga kali tercalon melalui Pontianak Harum 1 dan 2 dan Waris Jari Hantu. Menang jugak ko Maya!.

Tuah sekali lagi berpihak pada Rosyam Nor apabila watak protagonisnya di dalam filem noir-Kala Malam Bulan Mengambang menggondol anugerah pelakon lelaki terbaik, manakala Zul Huzaimy dan Ruminah Sidek cemerlang menerusi persembahan terbaik dalam watak pembantu. Kala Malam arahan Mamat Khalid:-yang sebelum ini pernah digelar pengarah merapu menggondol pengarah terbaik sekaligus filem terbaik walaupun saingan kuat antara Osman Ali (Anak Halal), Hatta Azad Khan (Wayang) dan Kabir Bhatia (Sepi).


Kejayaan anak kelahiran Perak itu turut diulangi menerusi Anugerah Skrin bebaru ni dimana KMBM sekali lagi berjaya menggondol filem dan arahan menarik. Yang lain2 tu boleh predict kemenangan seperti Nasha Aziz menrusi Sepi dan Kamaruzzman menerusi Hati Malaya. Overall, for both festivals,its balance between what we predict dengan pilihan juri. Biasalah kalah menang adat pertandingan. Kalah cuba lagi di masa akan datang (ayat skema kalau kalah!!!)..Jumpa lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR