Wednesday, September 30, 2009

KONKLUSI MUSIM AKHIR

Entry last bulan September!

Pedulikan tajuk entry yang bakal membuatkan otak korang mereng berpusing-pusing cam merry go round funfair murah okay. Biasalah aku. Nak hujung2 semester nih, menimbun-nimbun segala tok nenek assignments yang nak disiapkan. Dateline plak, Ya Rabbi..dekat2 doh!

Saja bagi aku busy kan?!

Takpe..gua steady je. Benda2 camni kena ikot flow, betol tak?. Buat satu2. Koho..koho


Aku bukanlah superman..aku.. (biar korang sambung...)

Sibuk tahap gaban katanya, tapi masih gigih mengupdate blog ngn ber-facebooking tuh!. Sangat dedikasi kan?. FYI, tinggal 3 minggu jer lagi kuliah, pastu gedebak gedebuk final exam plak.

Saya sangat scary doh!.

Kalau korang nak tau, banyak sebab senggugut dan seram sejukku meningkat dengan jayanya pada exam musim kali nih. Hohoho..

Salah satunya adalah kerana semester ni adalah semester terakhir ku. So, harosla pokcik buat yang terbaik ye, anak2 sekalian!. Nak maintain pointer as well as nak grad ngan cemerlangnyer. InsyaAllah:-)

p/s--)Hidungku mula berair, tekak mula kering. Cam nak selsema plak.Duh!

Indera:--)Entryku semakin pendek kan?Jujur aku katakan yang aku sedang "menikmati" fasa2 writer's block.hohoho..bukan goblok okay.LOL!

Monday, September 28, 2009

AKAN TIBA

Entry pagi2 seblom gi ke kelas Law. Sila bersedia dengan beg plastik kalu nak termuntah bila nak baca entry nih. Jangan muntah kat page aku cukup. Najes dowh!

Bila terdengar lagu ni, aku terus teringat seseorang. Jiwang seh!.

Jodoh tak panjang kot. Kenal masa awal Januari 09. Yang menariknya, masa dok chat dgn dia, aku dok mendengar lagu nih.hahahahaha..Kinda match, actually.LOL

As long as your life is in piece, i will always remember you.






"Kau ku cinta, engkaulah yang ku puja..,tertunggu selama ini tak ku jumpa. Dengan mu ku dilamun indah, ku harap cinta akan tiba di hati kita"

Indera:--)Sesekali teringat benda lama.Bosan jugak jadik single nih.hehehehe (sounds desperate!)

Sunday, September 27, 2009

RAYA INI

Ok. Mood raya masih ada lagi walaupun nearly one week kita dah menyambut Syawal. Wah ayat aku.hohoho

Camne raya korang?
Seronok tak?.

Raya aku cam biasa je. Cam aku post di entry lepas. Kemeriahan tu tetap ada. Bermaafan di pagi raya, jumpa sepupu sepapat dan jumpa kawan2. Bagi ku, raya tahun ni lebih kepada meluaskan networking. Dah nak habis study katanya!.Harosla kena cari lubuk keje segala kan?hohoho.

Seperti tahun yang sudah2, tradisi menziarah rumah sahabat handai tu satu kemestian. Masing2 dah keje dan seronoknya dapat melihat pelbagai jenis kuih muih di atas meja. Aku jarang tengok perhiasan rumah sebab aku bukan Cik Tipah atau Bedah yang nak tau tahun ni langsir warna apa, sofa dah tukar ke blom dan seangkatan dengannya.huahuahua

Kebanyakan kuih yang disajikan adalah kuih2 moden. Tak payah citer jejauh. Rumah aku cukup. Dari mama carries, almond london, swiss choc dan bagai2 lagi. Dah takde dah rempeyek, batang buruk, baulu, suji. Nampak sangat kat umah aku tu kuih tunjuk dowh!.LOL!

Selain penyediaanya yang agak leceh ataupon tak cukup masa nak membuat, kebanyakan tuan rumah lebih senang dengan biskut moden disebabkan ianya mudah diperolehi (beli jer) selain mempunyai shape dan variety yang pelbagai. Selain tu, a simple desserts like asam cherry, gula2 elastik-jujube look like (ntah apa namanya.Ala yang disadur dengan castor sugar tuh), halwa ataupun assorted pickles (ni kes nak nampak banyak!) turut menjadi pilihan. Air bancuh dah takde langsung diganti dengan air ges (camtula adik bongsu aku sebut). Sonang yo!. Tak payah nak menyosah!

Raya moden katanya!



Walau kuih moden terhindang chantek kat atas meja, aku balun jer owh. Tak payah nak banyak bunyik sebab apa yang penting?

Kerjasama lagi?bukan dok!

Apa yang penting adalah tujuan berziarah itu sendiri. Selain bermaafan, kita juga bleh merapatkan silaturahim.Kan?Kan?

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!

Indera:--)Korang perasan tak iklan kempen merokok kat tv baru2 ni. Pergh!!!..Terbaekk owh!. Iklan raya Petronas plak seperti wat tribute to Yasmin Ahmad, selain iklan TM yang okay laaa..

Friday, September 25, 2009

ESTIMATION OF JUICY

Happ Eid!

I would like to say that the sparks for the most upcoming badass dark-comedy Desperate Housewives may slopping down a little bit. You know, the feelings when your heart kinda like butter sliding down a hot toast-when you've heard wonderful news. The warm sensation that suddenly turn cold unexpectedly, when the news is actually bad. Sigh!

Its a tradition for me to download a promo video, especially when the new season will be premier on ABC network in the US. I used to observed the creativity by the most well known advert directors in making this critically acclaimed series promotional video so, as a result, the viewers will know a little clues and hints.

Unfortunately, for this upcoming 6th installment, I rather think that maybe ABC didn't have a "fat" budget in making such a tremendous yet brilliant promo. Hell ya, first they RIP Edie Britt for the sake of so called character development. Then, they have made this cincai promo by using Shakira's She Wolf as a song (its only my personal thought, not others).

What have they done?. The characters doesn't portray so much on costume they wore. I've look forward the promo picture on youtube, a few weeks ago and the promo video.... was so fcuking horrible Sangat kartun!

I dunno if its only a teaser and sooner will come another well creative promotional video. Just cross your fingers, peeps!. Hope they'll realize that the promo was actually a total crap!. Frankly, I like season 4 promo. Very dark yet classy!


I like the tagline as well. Always juicy as ever!

Indera:--) Love to see another dark and juicy housewives!2 more days for a new mystery..

Sunday, September 20, 2009

SYUKRA RAMADHAN, TAKBIR SYAWAL

Salam;

Dikesempatan ini, aku selaku tuan tanah blog SDK, ingin menyusun sepuluh jari, meminta maaf seandainya sepanjang berblogging, ada sekali dua mengguris hati dan perasaan korang. Ye lah, kadang2 kita tak sedar pon yang kita sudah buat silap. Tau2 je.., ada yang kecik hati.

Aidilfitri juga mengajar kita untuk saling bermaaf-maafan dan kemudiannya harus dimulakan dengan lembaran baru. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih...

Harap2 tahun ni juga mendatangkan seribu keberkatan buat korang semua.InsyaAllah, panjang umur, dapatlah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang nanti, amin!.

Minal Aidil Wal Faizin, Happy Eid Celebration!

Jangan membaziaq, Jangan gila main mercun, Pandu hati2 di jalan raya!Ingat orang tersayang okay!


kad raya untuk semua!

Thursday, September 17, 2009

MAU BERENTI?!

Aku nak berenti blogging ker?
Sentap tak tajuk entry aku?
hohoho..

Ish..takde lah.

Just wanna say, harini jam 9.30 pagi aku nak bertolak balik ke Johor Bahru-kampung halaman.
Ada banyak sebab kenapa aku rasa sangat eksaited terlebih dos nih. Mostly because of Eid Celebration just around the corner je kan?.


Tak sabar nak jumpa mak ayah
Tak sabar nak jumpa member2
Tak sabar nak flashing baju raya(hohohoho), walaupun beli, tetap gigih nak menayang nih.(blom2 dah nak riak owh)

So kemungkinan besau, blog ni akan di kuarantin sekejap. Kejap je. Minggu depan kita gebang lagi okay!. Rajin2 ada free time online, InsyaAllah aku akan update yang terbaru.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Indera:--)Teringat lagu raya Kak Pah. Hai selamat hari raya...(mahal tang "Hai" tuh!)

Wednesday, September 16, 2009

WHISTLING GIRL!

Nak beralih angin kejap.

Bukan pe, ramai blogger dok post entry pasal raya., so aku nak ubah haluan plak.

Internet cam biasala slow nak mam, tapi aku dengan gigihnya mengupdate blog.hahahaha..Tak ble bla statement!

Ramai antara kita memang suka dengan muzik. Hiburkan hati yang duka & lara, katanya. Muzik bukan saja bertindak sebagai "penenang" dikala sunyi, tetapi dalam sesetengah negara, amalan penggunaan muzik sebagai terapi dalam merawat pelbagai masalah pisikologi, sangat mengagumkan.

Aku sendiri suka dengan muzik. Teringat masa sekolah kinja2 dulu2. Kalau minat dengan satu2 lagu tu, sanggup nih pi belek suratkhabar ruangan pojok2 lirik, semata2 nak carik!.hahaha.

Tapi skunk ni dah lain dah. Semuanya dah di hujung jari jer.

Apa pulak kena dengan topik di atas? ngeee...


Ok la, human whistling (bukan wrestling) adalah teknik bunyi yang di buat, dengan secara berhati-hati, yang dikawal selia oleh udara. Ia kemudiannya mengalir melalui satu lubang yang sangat kecil lantas menghasilkan satu bunyi nyaring. Bersiul, dalam bahasa mudahnya.
Dalam nyanyian pulak, teknik whistle tone vocal ini digunakan secara meluas, lebih2 lagi dalam cara lontaran suara ataupon sesi pembelajaran kod2 vokal. Ia juga merupakan antara kod vokal tertinggi dalam nyanyian (huh!. Discovery Channel nyer)

Contoh terbaik penyanyi luar yang sangat sukses dalam membikin teknik vokal whistling ini adalah Mariah Carey. Korang tgk masa dia "tarik" untuk lagu2 balada yang cambest seperti My All, Without You, Hero, etc. Kalau dia tak jerit kat ujung2 tu.., kira tak sah kan?. Dia bukan setakat memekik yer. Bunyi nyaring vokal dia tu..sangat menerujakan! Gossebumps sangat!

Kat Mesia kita pon ada gak penyanyi yang leh wat teknik vokal whistling ni. Especially girls la. Contoh paling best adalah Idayu (AF berapa ntah?!. Masa Mawi butak tu jadi juara.hehehe). Dalam lagu Kasih Terpisah, teknik jeritan whistling beliau sudahpun mencapai Oktaf 5, antara level vocal tertinggi dalam Mesia ni!

Selain Idayu, penyanyi Nikki juga mempunyai kebolehan yang sama. Sama seperti Idayu, aku sangat kagum dengan ternik ton vokal whistling Nikki. Cuba dengar lagu Cantik. Fuh! gila owh dia terik!

Tapi setiap yang baik, ada juga buruknya. Ramai specialist vocal berpendapat, teknik whistle tone harusla dikawal dengan super-duper-hati-hati. Kira sapa ada kebolehan ni, depa perlu jaga dengan sangat gilababas cermat anugerah suara mereka. Bukan pe, ditakuti akan merosakkan tali vokal sekaligus memerlukan masa plak untuk recover.

Contoh cambest adalah penyanyi Christina Aguilera. Biasala..orang feymes. Dia dok pulun road tour selagi ada. Nyanyi tak hingat dunia bagai, last2 ntah kat show mana.., tali vokal dia rosak owh. Nearly 3-4 weeks gakla minah tu berkampung kat spital sebab nak betolkan kotak suara dia yang dah jadi cam suara nenek kebayan tu!. LOL

Selain tu, kalu korang perasan, cara Mama Carey (eh..teringat kuih raya plak!) menyanyi pon dah tak menjerit polong cam dulu dah. Boleh kata semua lagu2 beliau zaman skunk ni agak slow, rentak R&B cam Beyonce pon ada owh.hohoho.

Korang pernah cuba wat whistle tone nih?. Aku agak mesti korang menjerit kan?kan? hahaha

Indera:--)Ada ke penyanyi lelaki Malaysia yang leh wat whistle tone ni?.adakah dia...??

Monday, September 14, 2009

INTERNET PUNYA KISAH

Sejujurnya, aku mang malas tahap dewa bila melibatkan soal mengupdate blog. Bukan disebabkan oleh aku sudeh kekeringan idea, tapi disebabkan oleh internet connection yang sangat lambat.

Nak buka 1 page pon makan masa. Kadang2 selalu jadi "page load error @ network timeout!"

Kura-kura pon laju lagi owh!.



Nak mengelak dari terus dihambat kata2 makian yang bakal men"guruskan" pahala puasa aku, aku pon mengambil inisiatif untuk memujuk hati. Takpe..servernyer mungkin satu saja, so dia tak leh la nak accomodate sumer students kan?. Harosla lambat bagai!

Minggu2 terakhir di Puncak memberikan aku satu perasaan yang sukar digambarkan. Ya lah, mana nak balik kampung lagi, ngan tiket balik semula aku lom bli lagi (gila gamble owh!). Campur lagi ngan thesis questions yang perlu diedarkan minggu ini dan pelbagai lagi assignments yang perlu disiapkan.

Sumenyer nak dihantar selepas cuti raya.Hohoho..dah nasib badan, nak wat camne..hehehe

Bermula hari ni dan dua hari yang mendatang jugak, aku akan cuba sedaya upaya menyiapkan penggambaran short-film ku. Sumer nak kena cepat owh. Terpaksa wat jump scene.hehehe

Indera:--)Dah nak raya dah?hehehe..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!

Saturday, September 12, 2009

GERHANA HATI

Lamanya tak update. Busy memanjang.(tajuk entry cam novel plak.hahaha)

Malam tadi, lepas je aku menyudahkan observation regarding on my assignment, aku ngan beberapa orang kawan2 gi lepak mamak sekejap sebab aku nak order makanan untuk sahur.

Duduk punya duduk, TV kat mamak tu pasang citer fevret seantero Malaysia-Nur Kasih.
Antara lain, episod mlm tadi ada menyentuh tentang jodoh. Jelas yang jodoh dan pertemuan sudah ditetapkan oleh Allah. Malah Allah akan memberikan sesuatu yang tidak terjangka, seterusnya memberi kebahgiaan pada kita dikemudian hari.

Satu pengajaran yang aku dapat tentang episod malam tadi.

Tidak semestinya apabila kita sudah berpisah @ seseorang menolak cinta kita, merupakan titik akhir dalam usaha kita untuk mencari pasangan hidup.

Allah itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Penyayang.


Ada sebab Allah berbuat begitu. Dia mahukan yang terbaik dalam hidup kita. Dia akan pilih orang yang betul2 sesuai dengan kita. Malah Allah akan berikan pasangan yang lebih baik dari sebelumnya. Semua ini sudah tertulis di Arsy semenjak kita blom dilahirkan lagi. Tambahan plak, dalam Surah Al-Nur, ayat 26, ada diterangkan perihal jodoh pertemuan itu.

InsyaAllah, dengan doa & tawakkal yang ikhlas, Allah akan makbulkan jua.

Indera:--)Nasib hidup dan pilihan, lain untuk setiap insan, melayarkan perjalanan dalam maya kesamaran...

Wednesday, September 09, 2009

RAMADAN MENANTI SYAWAL

19 Ramadan dah kita berpuasa.
Alhamdulilah, masih lagi dianugerahkan kesihatan yang baik dari Allah s.w.t

Serius sangat2. Masa jadi student ni la, aku dapat rasa masa yang berlalu tu dirasakan sangat cepat. Buktinya, kita cuma tinggal 11 hari saja lagi nak menyambut Syawal!. Kalau dulu, masa budak2, aku akan hitung hari demi hari, kira dengan gigihnya nih; berapa hari lagi nak raya!. hahaha.

Sengal tol kan?

Banyak sebab aku wat camtu dulu. Antara sebabnya adalah
1)Tak sabar nak pakai baju raya
2)Tak sabar nak makan siang hari

Alasan, yang bagi aku skunk sangatla takble bla.hehehehehe. Tapi bila dah besar dan dah mula tau erti sibuk, ibadah puasa terus aku jalankan, malah aku seronok ngn situasi kesibukkan aku skunk ni. Ye lah, takyah fikir sangat2 pasal kuih raya (sbb mak aku handal buat kuih tunjuk) atau baju raya (sbb aku beli sendri.hehe) atau bagai2 sumer, sebab apa yang penting????


bukan kerjasama k..
tapi kesederhanaan.
Kesederhanaan dalam kita menyambutnya.

Satu soklan yang sering bermain-main dlm kepala aku skarang nih, bila masanya bulan puasa hampir ke penghujungnya.

Akankah ada lagi Ramadan untuk kita tahun depan?. Doa, tawakkal & redha!. InsyaAllah. Panjang umur, murah rezeki. Amin!:-)

Indera:--)Fasa beraya semasa dah besar skunk sangat berbeza. Entah la, aku tak berapa seronok compared to when I was a little.hehehe..Banyak nikmat budak2, yang kita orang dewasa tak dapat rasa lagi.huhuhu.

Saturday, September 05, 2009

PERAM:- ETIKA ORANG KITA

Salam followers;

Banyak benda kita akan rasa jengkel. Satu perasaan meluat yang bila disimpan, akan menambah rasa sakit hati. Pernah tak korang rasa situasi ni?


Urusan temuduga pelajar T ngan satu Head Department. Urusannya mudah. Dia hanya perlu bertanyakan beberapa soklan kepada Tuan B. Itu saja.

Bila nak berurusan ngan Tuan B, Tuan B kata,

"You can call Miss E for further info". Hati mula berkata, aik?,kata dia yang leh jawab?.

Bila call Miss E, dia plak leh wat kerek & kata "You kena tepon Puan O. I tatau menau tentang hal tu.Better ask Puan O for confirmation". Hati panas sket!.

Bila telefon beralih kepada Puan O plak, Puan O ngan slumbernyer memberitahu
"Awak kena call Head Department dulu. Minta kebenaran diorang sebelum buat apa2"
Hati yang panas, jadi menggelegak!

Yang bestnyer bila panggilan dibuat, Head Department bleh kata "Kamu boleh minta kebenaran tros dari Tuan B. Pihak kami tak kisah!"

Hati yang menggelegak, meletop dan mula hendak memaki. Dari Tuan B, Miss E, Puan O & termasuk empunya Head Department yang tak berdosa.

Seyeshshit, kadang2 kita pon bukan hadap sangat nak interview org sana, temubual org sini, amek gambar itu, snap gambar ini. Apa la yang payah sangat agaknya ye?.Banyak tol birokrasi nya!

Nak kata kena bayar...tak juga.
Nak kata sumer bizi...buat2 bizi, iyalah kot

Kadang2 confius juga dengan orang kita nih. Kalau org luar nak datang, bukan main nak sambut bagai. Kalau boleh satu department nak ganti baru. Nak nampak perfect, katanya!. Staf2 plak digalakkan memakai pakaian baru. Showing some standarts, kaedahnya!. Senyum tu penting!

Tapi kalau orang sendiri?
Ada nak layan camtu?
Kalau boleh, sumer info yang kita perlukan tu, dia boleh2 nak sorok celah2 batu!

Kalau cakap pasal service plak, lagila haru!
Lebih2 lagi kat customer service counter. Kita punyalah elok bertanya.
Dia plak leh wat muka ketat seribu!.Senyum?. Jauh sekali!.
Pergh kau ingat kau Paris Hilton??

Adess..
Mujurla kau tu jadik staff jerr. Kalaula kau tu PM, for sure kau akan jadi si pemerintah kuku besi!

Lepas tu, ada hati nak capai standart tu, standart ni. Standart tahi kucing dow kalu service cam hampeh!

Orang kita biasala..Kaya ngan slogan. Kaya ngan ayat2 power. Tapi perlaksanaannya?

Budi bahasa budaya kita???

Indera:--)Sopan itu penting!

Thursday, September 03, 2009

PERIHAL ANJING ITU

Salam bloggers;

Agak lama aku tak update blog. Bukan malas yer, tapi aku sibuk ngan menghantar bab2 terakhir novel ku untuk dipublish. Finally!. What a relief!. Sangat lega dowh!. Sekarang ni aku cuma tunggu feedback readers saja. It's the most challenging part, actually.

Tutup kisah novel. Back to the main point here.

Kali ni aku nak berkongsi kisah pasal sekor anjing. We all know, kita sebagai muslim akan menjadi sangat2 sensitif bila bercakap pasal salah satu haiwan mughallazah ni, selain kita-tahu-binatang-apa. Lebih2 lagi dalam masyarakat Melayu, amnya dan komuniti Islam khasnya.

Anjing dan Bab* menjadi taboo dalam masyarakat Melayu kita. Apatah lagi kalau kita TERmencarut dengan nama dua haiwan ni!. Padah jawabnya!


The story begins with a report from a group of students yang sering kena kacau ngan sekor anjing ni, bila waktu mereka bersukan. Memandangkan aku tinggal di hostel yang really in to the nature katanya, so the expectation of the disturbance from the wild animals like snake, lipan, cengkerik as well as anjing is common la.

Dah la kita teroka tempat dia. Harusla diorang marah kan?. Nasib haiwan2 tu tak pandai buat demonstrasi mogok owh!. ROFL!!

So after so many reports tentang gangguan spt pelajar dikejar and ditambah plak haiwan mughallazah tu dok barking2 tak tentu hala tengah2 malam, so yesterday's night the management decided to do something.

Aku tersedar lebih kurang jam sepuluh lebih, camtu bila terdengar seperti bunyi letupan -either someone shoot the dog or budak2 nakal melempar mercun . Only with two popping sounds
..anjing yang bising tu senyap.

Dan akhirnya, aku dapat mendengar sayup2 sayu suara haiwan tu.

Seyesh time tu, aku betol2 rasa emosiku agak terjentik.

But I believe semua yg berlaku ada pro and cons, walaupun sememangnya banyak contra dalam kes seperti ini. As a result, students yang bersukan tidak lagi diganggu oleh anjing liar as we as a human become more protective to ourselfs?.

Is it?

Indera:--)What a day..what a night!. With those of red tapes bureaucratic and dog thingy, enforce me to think about the true color of life, that I never explore before...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR