Friday, January 29, 2010

CERITA PENDEK...TIPS MENULIS


Ini bukan eksklusif. Buat Mr.Homosapiensz, haritu beliau ada tanya mengenai tips menulis cerita pendek. Ini jawapannya. Walaupun aku bukan pro..tapi aku ingin berkongsi apa yg aku ada, dan buat mereka yang ingin memulakan langkah untuk menulis.

Ada contoh dibawah nanti;)

1) Buat cerita yg benar2 kau minat. Kalau kau kaki jiwang, kau serlahkan bakat dalam penulisan cinta. Ikhlas dalam menulis. Buatlah sedikit pembacaan dlm menghayati karakter atau isu yg kau nak kupas.

2) Point penting dalam cerita adalah klimaks (kemuncak). Buatlah kemuncak yang benar2 menyentap emosi pembaca. Dan paling penting, jangan hentikan kemuncak itu (biasanya konflik) sehingga membunuh mood pembaca.

3) Bersedia untuk di kritik. Tak semua suka penulisan kau kan?..

4) Kalau inginkan pembaca kau terus membaca, petua paling mujarab senang je. Pastikan kau letakkan tanda tanya atau misteri di hujung setiap bab/episode (kalau kau menulis siri). Jadi pembaca akan tertunggu-tunggu cerita selanjutnya.

5) Dan bila inginkan pengakhiran, jangan akhirkan cerita kau dengan sesuatu yg klise @ biasa@ sesuatu yg boleh dijangka oleh pembaca kau. Kau kena pusing sikit dlm erti kata lain "twist". Ingat..tak semua berakhir dengan happy ending!. Ruang kretiviti tidak terhad di sini.

CONTOH SINOPSIS: BERLIAN

Frodo Baggins seorang usahawan berlian yg berjaya. Dah la single, kaya raya plak tuh. Iyllienaz plak setiausaha beliau yg sangat dedikasi kepada kerjanya. Kira komited gila la minah nih. Lawa plak tuh. Dalam masa yg sama, di dalam syarikat itu, Frodo Baggins telah menerima NukeRude sbg student praktikal beliau. Ni pon ada calon2 nak dijadikan permanent staff kat situ. Dan dalam masa yang sama, seseorang yang bernama 'Aqilah tiba-tiba datang kepada Frodo Baggins dan menuduhnya tidak bertanggungjawab kepada Ezzati!..

Tanggapan korang?

Ezzati dan Frodo Baggins ada affair?

NukeRude cuba merampas perniagaan Frodo?

Iyllienaz cuba mengorat Frodo tapi frust sebab 'Aqilah ada?

Sorry guys..salah!

NukeRude dan Iyllienaz adalah perompak professional yang ingin mencuri berlian syarikat Frodo. Tetapi mereka terlupa yang kehadiran 'Aqilah adalah untuk menumpaskan mereka kerana 'Aqilah adalah pembunuh upahan yg ditugaskan oleh Ezzati kerana Ezzati juga mahukan berlian itu. FYI, Ezzati dan Frodo adalah rakan kongsi satu ketika dulu. Tetapi, Frodo Baggins bukanlah mudah diperolok-olokkan. Berlian yang dicuri NukeRude dan Iyllienaz adalah palsu dan berlian asal telahpun Frodo bawak lari ke Perancis..

Err..ni contoh saja ya. Mereka yg tersenarai ni jangan saman aku sudah!huhuhu

Ha..lebih kurang camnila. Aku suka twist di hujung cerita. Sometimes..kita kena fikir di luar kotak;). Olahan baik..cerita bagus..tak mustahil pembaca kau suka membacanya;)

FaizalSulaiman'sFootNote---)Selamat Mencuba!!!

(Seru: Memori Episode 3 (akhir) akan disiarkan pada hari esok, 7am. Selamat Membaca!!!

Thursday, January 28, 2010

OPTIMIS..BANGUN..BANGUN!!!


Salam;

Semua orang ada kenangan. Errr.., kenangan cinta yang dimaksudkan disini ya. Biasalah..bila diri merasa sepi dan bila aku cuba melawannya semula, aku akan teringat memori2 silam. Memori bersama orang tersayang..

Sesiapa pun pernah mengalami perasaan ini, kan?.

Dalam hal ini aku cuba menjadi manusia optimis. Sentiasa positif. Aku akan menyibukkan diri atau hang out dengan kawan2. Tapi tak selamanya begitu, kan?. Dan adakala ia tiba2 datang. Sungguh tak selesa!

Optimisku senang saja. Mungkin bukan si dia yg terbaik untuk kita. Kita akan ditakdirkan berjumpa orang yang sesuai kelak. Dan dalam hal ini, kau perlulah mencari. Tak guna kalau kita mengingati seseorang yang bukan hak kita lagi. Suatu pembaziran!!

Tak guna kau menangis, meratap apa jadah lagi. Sehari dua mungkin dibolehkan. Kau kena ingat..,ada insan yg lebih sesuai dan padan buat kau...

Tapi tak mengapalah kalau kau mengingatinya sesekali...

*Mendengar bait2 lirik lagu "Sebagai Teman", dr Dato Siti Nurhaliza ft. Kris Dayanti. Ada kenangan disebalik lagu nih...

FaizalSulaiman'sFootNote---)Apapun yang terjadi...Berjalanlah tanpa henti

Tuesday, January 26, 2010

SAYA? BEZA!


Salam;

Kat sekolah dulu, aku selalu rasa rendah diri bila cikgu sebutkan nama tiap kali nak bagi kertas periksa mahupun waktu tukar kelas dihujung tahun.

Sebab apa?. Bukan sebab nama aku tak sedap.

Tapi sebab nama aku banyak sama dengan nama orang lain. Cikgu pulak sebut nama saja. Sebutla sekali ngan nama bapak. Kat sekolah rendah saja, ada lebih dari dua orang nama sama dengan nama aku.

Sungguh benar, aku tak selesa.

Aku pernah ya, keluar bila nama dipanggil. Waktu tu bukan kelas biasa, tapi perhimpunan rasmi. Dah sampai separuh jalan, baru cikgu sebut..

"Eh bukan awak la"

Sumpah beb. Aku malu tahap gaban. Rasa cam nak lari dan jerit tidaaakkkkkk je. Cis, bedebah sungguh hari itu.

Tapi bila aku dah melangkah ke alam Uni, ketakutan tu mula reda sebab takde sorang pon classmate aku yg namanya sama dengan aku. Hip..hip..horayyyy..

Dan dari saat itu, aku mula bangga menggunakan nama sendiri. Its just a name. Yang penting, bagaimana kita membawa nama kita itu dengan perawakan @ sifat yang sesuai;)

FaizalSulaiman's FootNote---)Suka tgk artis dulu2 yg nama komersilnya langsung lari dr nama asal!.hehe

Monday, January 25, 2010

BERHATI-HATI, FIKIRKAN DULU


Salam;

Dalam apa jua situasi, kita perlu berhati2. Jangan sembarangan. Ini mengingatkan aku pada kes penahan seorang remaja selepas "ter"salah gurau dalam status Facebook beliau.

Menulis memerlukan keperihatinan. Aku tahu kadang2 kita marah, kurang setuju dengan satu2 tindakan ataupun mempunyai persepsi yg lain dan kita dengan semberononya terus menulis dlm blog mahupun laman sosial spt Frenster, myspace atau Facebook tanpa berfikir panjang. Kita rasa kita betol atau kita memang betol. Tapi adakah pihak lain akan menerima dgn hati terbuka?

Kita perlu menjaga byk sensitiviti. Dalam erti kata lain, kau berfikirlah dulu sebelum menulis. Jangan terus menulis kerana ikutkan emosi, tanpa langsung memikirkan hati dan perasaan org lain kerana tajamnya penulisan itu lebih hebat dari mata pedang...

NotaKakiFaizal---)Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?..

Sunday, January 24, 2010

KERENAH CHATBOX DAN POLL

Salam;

Dua benda nak aku cakapkan harini. Sebetulnya memang tak mahu post apa2 entry harini. Ahad katanya. Nak lepak2 depan Mr Ass-cer sambil wat blogwalking singgah baca blog2 yg tak sempat diterjah pada hari2 biasa.

Benda pertama aku nak cakap pasal kepelikan chatbox aku. Tiap kali aku nak post something kat chatbox, mesti akan berlaku perkara seperti di bwh nih. Setiapkali aku bubuh web address, tros jadi biul camtuh!

Ada sapa2 tau, kenapa?

Dan keduanya mengenai mini siri-SERU. Sumpah aku tak sedar, hanya tinggal 6 epsiodes je lagi.
Macam2 komen aku dapat sepanjang penyaiaran mini siri seram nih. Thanx 'AQILAH, IYLLIENAZ, MISS KEDONDONG, FRODO BAGGINS, ANUAR KAMARUDDIN, BARD dan beberapa silent readers lain yg membaca mini siri ini. Alhamdulilah..

Buat mereka yang membaca, korang leh la vote cerita pilihan korang di sidebar dlm gambar bawah nih.

Habis je mini siri nih, 1 post moterm akan dilakukan. Jeng..jeng..jeng

NotaKakiFaizal---)AlFatihah buat Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga roh baginda dicucuri rahmat. Amin

Friday, January 22, 2010

SABAR BERGANDA TANPA MAKI


Entry pendek.

Semenjak beberapa hari ni, aku memang nak marah2 sayang ngn broadband aku nih. Serius..menyakitkan hati. Bila bawak gi tempat keje, sampai pukul 2ptg ke atas, mulalah buat hal. Nak cari maklumat utk bahan tambah mengajar pon kena pergi library. Slow gila talak tol!

Pulak tu, since smalam, elektrik takde. Maklumlah duduk kawasan kampung. So possibility letrik cam pening2 lalat tu ada la. Tapi, aku agak curious ngan tahap keperlahanan tenaga elektrik. Bulan ni je, dah hampir enam kali TNB buat hal letrik mati tiba-tiba nih. Nam kali ye, Senah!!!.Tak kira waktu plak tuh. Nak kuar notis, apatah lagi. Kalau aku lupa pasang bateri laptop, mang nahasla En Ass-cer aku. Sungguh comel dan tampan sungguh perangai "kejap ada kejap takde letrik nih".

Mang wat aku tergoda!!!

Turtle dlm picture tu pon laju lagi kalau nak compare ngan En. Biru aku tuh. Cissss!!!!

Arahan:Gantikan perkataan yang dibold merah dengan perkataan makian terbaik buat korang;)

NotaKakiFaizal---) Episode 1 Seru: Memori (bukan Ummi) akan disiarkan esok, jam 7 pagi. Kalau letrik dan berukband tak buat hal;)

Tuesday, January 19, 2010

SOAL ON TIME


Dalam bekerja, isu kedatangan memang penting. Tujuannya nak tengok samada kau berdisiplin atau tidak. Kebanyakan company, biasanya menggunakan mesin pengetip atau bahasa lain, puch card. Ada juga menggunakan acsess card. Lebih advance., thumb scan spt company2 besar.

Datang lambat, mintak pulak member punch kan?. Itu perkara biasa. Err walaupun sepanjang kurang lebih 3 minggu aku baru bekerja, aku lom praktikkan lagi kaedah tuh.hahaha. Lebih mulia aku punch sendiri, walaupun lewat!.

Teringat kata2 seorang senior coulleague berkata padaku tempohari.

"Kita datang cepat on time. Bila balik, kita perlu juga on time". Tatkala itu waktu sudah menjejak 5.10 pm. Office hour dah habis.

Aku senyum sambil berfikir. Kata2 beliau ada benarnya. Tetapi, adakah:
1) Pekerja lain (termasuk aku, workaholic)?
2) Produktif dan inisiatif?
3) Tunggu bos balik dulu, baru kita balik?
4) Err..saja2?

Korang rasa bagaimana?

NotaKakiFaizal---)Hope today is a very good day;)

Monday, January 18, 2010

JANGAN BERTEPUK DENGAN TANGAN YANG SEBELAH


Ada satu kisah. Mungkin ini juga kau pernah alami. Amati dan dalami. Mungkin kau akan fahami..

Kau suka pada seseorang. Seolah dia saja yg penting dalam hidup. Tapi malangnya dia langsung tak ambil peduli. Kau menunggu dengan harapan hatinya terbuka. Tapi menunggu sesuatu yg tak pasti membuatkan hari2 kau sangat derita.

Itu contoh. Mungkin pernah terjadi pada kau. Pada aku juga, mungkin. Cara terbaik, jika tiada sebarang respons, kau lupakan sajalah. Mungkin bukan dia yg terbaik buat kau. Kita tak boleh menyuruh orang suka pada kita. Itu lumrah yg membawa maksud cinta dan sayang tak boleh dipaksa.

Bukan apa..kalau kau setia menunggu, dibimbangi kau akan dipergunakan dan dihujung hari, kau akan kecewa menanggung beban.

Dalam perhubungan, kau kena realistik. Bukan semua berakhir dengan happy ending!. Sedar..sedar dan sedar!!!

Move on to something interesting. Itu akan banyak membantu. Tak perlu dikenang-kenangkan perkara lalu. Kelak pada 1 hari, mungkin seseorang yg layak akan mengisi ruang kosong hati kau itu;)

NotaKakiFaizal---)Permulaan Isnin yg memenatkan. Oh ye..episod akhir Seru: Obsesi Isadora, Rabu ni jam 7 am;)

Friday, January 15, 2010

HADIAH

Salam;

Err..kontes utk blog ni lambat lagi ok.

Balik dr kerja, aku tengok atas katil ada sebungkus plastik ngn 2 ekor teddy bear di dalamnya.
Damn! Comel plak tu. Hiks!.

Rupa2 nya beruang teddy dlm plastik tu dibelikan oleh adik lelaki aku, utk makwe beliau. Tak sangka tol aku, budak yg selalu merempit, kunun2 gengster..,pandai plak tu berkasih sayang!. Hahaha..

Ok stop. Apa yg menarik, hadiah yg dibelikan tu bukannya dibeli di kedai ternama, ya. Tidak sekali. 2 ekor beruang teddy tu dibeli di bundle seploh ringgit!. Aku dengan nada sinis, tanpa befikir terus menyentap beliau.

"Ko belikan awek ko barang murah ni?".

Dia memandang aku dengan pandangan "apsal bro?.Salah ke?" sambil muka beliau sangat tak puas hati.

"Yang penting ikhlas, angah", jawab beliau berhemah. Aku menelan bulat2 kata2 beliau dengan malu. Padan muka aku.

Jujur. Kalau kau nak belikan sesuatu utk kekasih hati, mak ayah ataupun sahabat handai..,tak perlu sesuatu yg mahal atau memaksa kau mengeluarkan kos lebih dari kemampuan kau. Ukurlah baju di badan sendiri. Melainkan kalau kau mampu, dan menganggap barang2 mewah ni seperti barang permainan, kau bolehlah menghadiahkannya dengan sesuka hati.

Sekali sekala tak mengapalah. Nak menunjukkan kasih sayang. Tak salah, bukan?. Its okay selagi kau tak mengikat perut semata-mata bajet lari disebabkan membeli hadiah mahal!. Menjadi dosa kalau kau mengungkit semula barang yg kau dah beri itu.

Ada yg berkata, hadiah mahal umpama pelaburan dalam berkasih sayang. Semakin mahal hadiah kau, semakin sayang kekasih kau. Ya..zaman sekarang cinta dan duit umpama satu keperluan yg melengkapi satu dgn yg lain.

Itu teori orang. Walau ada benarnya,aku tetap dengan teori lapuk.

Cinta tak boleh dijual beli. Ikhlas itu penting. Jika ikhlas menyayangi, ikhlas memberi, ikhlas menerima...InsyaAllah perhubungan kau kekal lama;)

NotaKakiFaizal---)Memikirkan hadiah apa yg sesuai utk seorang kawan yg bakal melangsungkan perkahwinan beliau Februari ini;)

Thursday, January 14, 2010

TANYA: LINK


Since blogpage aku ni dah tak boleh nak right click (err aku mang saja nak disable right click), ada sapa2 tau camne nak buatkan link pada setiap entry boleh dibuka dengan a new window? (bukan spt link ini yang dibuka pada same window)

sekianterimakasih;)

Wednesday, January 13, 2010

BEBAN SATU SESI


Si rambut kerinting ketika memasuki pertandingan mewarna. Kalah dpt no 4, dia melalak balik umah.hahaha. Dia kata byk mak bapak tolong anak2 mereka mewarna.LOL.Tak Aci, dia kata.haha

Dari segi efficiency, sememangnya sekolah satu sesi dilihat sebagai satu solusi tepat kepada permasalah sosial, budak2 melepak tak tentu hala kat shopping complex, cyber cafe atau lebih teruk melibatkan diri dgn aktiviti kurang sihat.

Bila bercakap tentang pendidikan, lebih2 lagi melibatkan murid2 luar bandar, persekolahan 1 sesi mewujudkan satu ruang terbaik bagi ibu-bapa menyerahkan sepenuh tenaga kepada pihak pengajar. Itu sudah pasti kerana mereka mahukan yang terbaik utk anak2 err..walaupun ada sesetengah mak bapaknya pantang bila anaknya kena "cuit" sikit ngan cikgu.

Persoalannya, adakah anak2 zaman skunk bersedia dengan sesi persekolahan 1 sesi ni?. Taking 8 years back semasa aku masih bersekolah di tingkatan 5, waktu persekolahan tidaklah terlalu padat melainkan jadual waktu yang sangat ketat..err semua sekolah macam tu kan?. Di tahun 2002, sesi persekolahan satu sesi agak mustahil utk dijalankan waktu itu. Jadi kami terpaksa meingikut polisi untuk pulang selewat 3-4 ptg ataupun balik jap ke rumah, lunch & kemudian datang semula utk mengikuti kelas tambahan dr jam 3-5ptg. Tak cukup lagi, tambah plak kelas intensif jam 8-10 mlm.

Diikut-ikutkan memang waktu tu, hidup dan matiku utk skolah lah!.haha. Tapi ado!! Pandainya tak jugak!

Zaman skunk, semua nak satu sesi. Dari segi fleksibility masa tu memang mantap. Cikgu leh observe students. Tapi boleh ke mereka menanggung beban nih?. Ambik contoh adik aku sudeh.
Jam 7 am dah tepacak kat skola kemudian jam 5 ptg baru balik.

Dah macam kerja kerajaan plak. Tinggal lagi, dia tak punch card jerr.haha

Based on my experience bergelar students dan skunk tukang ajar students, aku dapat melihat fokus seorang pelajar itu hanya dapat bertahan utk 15 ke 20 minit jer. While baki2 minit2 lain akan dihabiskan dgn berborak senyap2 @ main2 SMS, main algojo (bulat pangkah) ngn member sebelah @ berangan. Tu baru beberapa minit. Inikan pula berjam-jam begitu..

Betol tak?

NotaKakiFaizal---)Gua mang salute habis bebudak lepasan SPM yg dapat berbelas A!. Memang study gila nak mati tuh berbanding gua yg suka datang skola semata-mata nak jumpa kengkawan je.hahaha..Moralnya..kena betolkan niat!;)

Monday, January 11, 2010

TAKE 5: PERSONAL UNDERRATED HINDI MOVIE TERBAIK


Edisi pertama Take 5 2010! Yay!!.

Ada sapa2 minat filem hindi?. Teruskan pembacaan korang. Filem hindi, tipikal dengan cinta dua darjat, lokasi menarik (wajib taman bunga kat luar negara), menyanyi dan menari, gasak2 dan gaduh-gaduh ber-effect!. Back years in late 90's ketika filem Kuch-Kuch Hota Hai meletop, aku masih tak menyedari fenomena Bollywood nih. Malah masih pelik dengan keterujaan rakyat Malaysia, bilamana ShahRukh Khan membuat tournya di sini pada ketika itu.

Tapi keinginan menonton filem hindi bermula pada tahun 99 (waktu tu tingkatan 2). Nak tau filem hindi underrated pilihan aku?. Jom semak. Err..lupakan Kuch2, Dil to Pagal Hai & Dilwale Dulhania okay;).

Reason: Sebab ramai orang dah tahu.

5) Hum Dil De Chuke Sanam (Straight From The Heart)
Starring: Salman Khan, Aishwarya Rai & Ajay Devgan
Director: Sanjay Leela Bhansali
Mengambil inspirasi filem hebat "Gone With the Wind", HDDCS mengisahkan cinta 3 segi Salman-Aishu-Ajay dimana kesanggupan seorang suami membawa isterinya ke Itali utk mencari buah hati isterinya sendiri. Maklumlah..kahwin paksa.

TRIVIA
Aishwarya Rai menggondol Best Actress pertama utk watak beliau sbg Nandini. Tahun ni gak memperlihatkan persaingan satu lagi watak beliau dlm filem Taal.

BEST MOMENTS
Ketika Nandini protes dengan memakan lada cili di sebuah restoren Itali dan tak mahu minum air yg diberikan suaminya (Ajay Devgan). Merajukla kunun2.
Tarian "Nimbooda" yg dipersembahkan Aishwarya. Terbaik doh!!

4) Lajja
Starring: Manisha Koirala, Mahima Chaudhary, Madhuri Dixit & Rekha
Director: Raj Kumar Santoshi
Filem all stars in one movie ini menyingkap kehidupan wanita2 yg tertindas di India. Terbaik ar bagi aku!!. Vaidehi (Manisha Koirala) terpaksa melarikan diri ketika hamil kerana suaminya tak mahu dia melahirkan anak perempuan, bertemu dgn Maithili (Mahima Chaudhary) yg dihina semasa majlis perkahwinannya krn hantaran pihak perempuan tak memuaskan hati pihak lelaki, Janki (Madhuri Dixit) yg dipukul beramai2 krn memilih jalan hidupnya sendiri dan Ramdhulari (Rekha) yg dirogol kemudian dibunuh kerana mahu menegakkan keadilan.

TRIVIA
Several actresses make a short appearance in this movie including Urmila Matondkar and Sonali Bendre.

BEST MOMENT
Tarian Madhuri Dixit dan Manisha Koilara kat 1 kawasan kampung. Smart;)

3) Dil Chahta Hai (Do Your Thing)
Starring: Aamir Khan, Priety Zinta, Saif Ali Khan, Akshaye Khanna & Dimple Kapadia
Director: Farhan Aktar
Filem segar. In fact, gaya potongan rambut Aamir pon nampak baru dlm citer ni. Kisah 3 sahabat yg berhadapan ngan pelbagai konflik yg akhirnya menggoyahkan hubungan persahabatan itu sendiri.

TRIVIA
1st appearnce Akshaye Khanna setelah mendiamkan diri dan suprisingly memenangi his first Best Supporting Actor for the role.

BEST MOMENT
Lagu "Woh Ladki Hai Kahan" dipersembahkan dlm 3 versi berbeza latarnya. Zaman 50 an, 80 an dan 90 an. Kreatif gila!


2)Kaho Naa..Pyaar Hai (Say..I Love You)
Starring: Hrithik Roshan & Amisha Patel
Director: Rakesh Roshan
Formula lama, pelakon baru. Sorang pemuda kampung jatuh cinta ngn anak org kaya, tetapi dibunuh oleh bapak pompuan tu. Pompuan tu melara, gi tempat lain..tup2 jumpa lelaki muka sebijik org yg disyanginya. Apa jadi?hehe

TRIVIA
Dua2 lead film ni memenangi Best Newcomer di Filmfare Award (India's equivalent to Oscar)

BEST MOMENT
Tarian Hrithik Roshan baik atas kapal ataupun semasa beliau di kelab malam sangat memukau. Panjang sungguh kaki mamat nih!

dan juaranya..........


1) Devdas
Starring: ShahRukh Khan, Aishwarya Rai, Madhuri Dixit & Jackie Shroff
Director: Sanjay Leela Bhansali
Filem termahal India. Malahan kisah cinta tragik nih mendapat standing ovation ketika dipilih ditayangkan di Cannes Film Festival. Apa yg aku leh ckp, filem terbitan 2002 ni memang sungguh berseni karyanya baik dari segi props dan sinematografi. Filem ni menjadi underrated pilihan aku kerana ramai yg kurang gemar menontonya disebabkan it is quite classic and all songs are not commercial friendly berbanding filem2 KKHH, Kabhi Kushie, etc.

TRIVIA
Sudah 10 kali diterbitkan dlm bentuk filem dan naskhah asal Devdas adalah sebuah novel karya Sarat Chandra Chattopadhyay terbitan tahun 1917.
Ketiga2 pelakon utama filem ni memenangi anugerah pelakon terbaik sepanjang festival filem dianjurkan pada tahun tersebut.
Filem ni gak menjadi pilihan shortlist Best Foreign Film for Oscar tetapi gagal kerana jalan cerita Devdas lebih mengisahkan kehampaan seorang lelaki yg memilih utk menjadi alcoholic. Kira takde mesej la.huhu

BEST MOMENTS
Ketika minit2 terakhir filem ini. Sewaktu Devdas hampir menemui ajal. Magnifique!!
Tarian Dola Re Dola persembahan Aishwarya Rai & Madhuri Dixit.


NotaKakiFaizal---)Perhhh panjangnya edisi kalinih!

Sunday, January 10, 2010

YANG KE 24

Kau dan Aku memang ditakdirkan untuk bersama. Umpama Cinta Adam dan Hawa, kerana itu Aku Rindu, Sayang Kamu. Tapi semenjak kebelakangan ini, Situasi kita berbeza. Adakah Aku Scandal ataupun Tak Mungkin Kerna Sayang?. Kau tidak seperti dulu Dan Sebenarnya, menganggap cinta kita seperti Pakai Buang!. Ini yang membuatkan aku Bengang!. Masih Jelas kah cinta kau padaku? Wahai Aurora..janganlah kau Pergi. Walaupun kita Bencinta, janganlah biarkan Rindu Terhenti...

Pilihan kau?.


Malam ini, jam 9.00 di TV3;)

Friday, January 08, 2010

PENDING


Mr Biru aka Brokband wat hal.

Line "burung biru merah" jadi lalok jap. Asik2 page load error.

Nak balas komen pon lembabnya cam celaka gila. Kengkadang nak cari bahan tambahan mengajar pon menyakitkan hati ngn tahap kelajuan Encik Biru neh. Maka berbakul-bakul la sumpah seranah dihamburkan pada beliau. Padan muka kau Encik Biru.hahahaha

So minta maafla semua, mini siri "SERU" takle disiarkan pagi ini. InsyaAllah kalau line "burung biru merah" cun melecun lajunya, Sabtu ni; episod akhir Jalan Akhir akan disiarkan.

Siapa Mia?
Apa jadi ngn Mia?

Sila jawap selama 10 saat;). Nantikan " Seru: Obsesi Isadora"

NotaKakiFaizal----)Manusia merancang...

Thursday, January 07, 2010

CURIGA


Seorang gadis melefon balaknya.

"U katne?".Nadanya marah

"Rumah", jawab si balak sgt baik apabila mendengar suara marah2 si gadis.

"Tipu Jangan2 u ntah merayap mana ntah!!", separuh menjerit si gadis yg spt suara Fasha Sandha tercekik biji sawit.

"U ni. Apsal nak marah2 ni?. Apsal gelabah tak tentu hala ni?", si balak lagi hangin.

Dan... peperangan bakal bermula...

Soklan buat mereka yg bercouple. Pernah alami situasi sebegini?. Toksah tipu. Walaupun gua bukan dokter cinta, tp perasaan curiga itu sememangnya ada bagi setiap pasangan yg berkasih (perghhh ayat!!!)

Se"cool" mana pun pasangan korang, perasaan curiga ni memang perlu ada. Kau kena curiga dgn awek kau. Kau kena curiga ngan balak kau. Jangan percaya pat ratus peratus bulat petak si dia tuh. Hujung hari kalau kau kena spedo, jangan salahkan makcik Jamenah sebelah rumah.

Salahkan diri sendiri.

Tapi diingatkan.

Curiga kau biar bertempat. Jangan semberono nak syak sana, curiga sini. Sikit2 kau tanya. Buat apa?. Dengan sapa?. Makan apa?. Mandi pakai sabun cap apa? dan semua remeh temeh yang merimaskan sehingga kau dicop "Pengontrol Tahunan". Kalau kau gila kuasa, jenis mendabik dada, ambil la gelaran itu.

Hubungan dua hati ni berdasarkan toleransi. Persefahaman antara dua belah pihak. Manakala curiga itu perlu kena pada masanya. Tak perlu setiap masa.

Ingat..bila perlu saja;)

NotaKakiFaizal---)Drama...

Wednesday, January 06, 2010

AMARAH SEBAGAI TEMAN

Ini bukanlah full review album kombo Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti okay. Tetapi cukuplah aku katakan yg persembahan kesuluruhan dua diva tersohor ini sangat terbaik. Diulang ya.., SANGAT TERBAIK.

Walaubagaimanapun, hanya ada enam lagu duet Siti dan Kris manakala selebihnya minus one. Mungkin ini satu percubaan, tetapi aku dapat rasakan kolaborasi ini bakal melahirkan lagi kerjasama erat di masa akan datang.

Jujurnya, aku bukanlah die-hard fan Siti mahupun Kris. Tetapi aku, dari jutaan peminat Siti yg sgt kagum ngan vokal beliau yg hampir keseluruhan lagu yg dinyanyikannya begitu jelas sebutannya pada setiap baris lirik tanpa perlu menyemak in-lay kulit album;). Sebab tu kot, setiap kali musim AIM, Siti pasti meraih "Persembahan Vokal Terbaik Album", kan?

Dari enam lagu, aku sgt menyukai Sebagai Teman (ada sikit unsur2 Cinta (duet Melly ngan KD) dan Amarah yg jelas dipengaruhi unsur feminisme pada bait2 liriknya. Lagu2 lain cam Jika Kau Tak Datang, Tanpamu dan Hanya Dia bagi aku biasa2 je. Errr..biasa2 Siti ngn Kris la. Biasa yg tetap terbaik. Manakala Dalam Diamku ada sikit pengaruh satu muzik orkestera terkenal pada openningnya. Kau dengar pon kau dah tau;)

NotaKakiFaizal---)Film "Hanyut" @ "Finding Nina" akan menggunakan khidmat Chris Vance (aktor siri Prison Break season 3), Alex Komang selain El Manik. U Wei juga dikatakan berminat menggunakan khidmat Maya Karin utk watak utama, Nina (click SINI utk tgk video auditionnya)

Monday, January 04, 2010

PERAM: EDISI KOMEN PUAKA


Salam

Tudiah! Empat hari masuk tahun baru, aku sudah tulis entry Peram. Apa kes? Takde kes. hihihi. Ini kira edisi terjah mix ngan zass campur2 aduan rakyat sket. LOL.

Dalam berblogging, kita memang mahukan (lebih kepada mengharapkan sebenarnya, ya!) setiap entry kita di komen reader. Err..termasuklah beberapa entry peribadi yg ada kalanya pembaca meninggalkan komen sekadar nak mengambil hati.

Kan? kan?. Kau mengaku jelah!.

Ada komen yg buat kita tersenyum-senyum. Ada pulak yg membuat kita berfikir yg komen si pembaca lebih bernas dari idea kita.

Tak kurang jugak merasa marah apabila setiap kali membaca komen. Sebabnya apa?.

Ya..sebab komen2 si pembaca adalah sangat puaka.

Kadang2 aku rasa sangat kesian ngan para blogger yg pening kepala melayan karenah komentator banyak cekadak nih. Tak cukup menghentam ruang komen, di hentamnya plak kat ruang chatbox. Gila busuk hati!

Of course la kadang2 ada beberapa reader yang jelak @ jengkel ngan entry2 peribadi si penulis. Itu adat. Tak semua orang suka apa kau tulis. Dalam hal ini, si penulis perlu "bijak" memilih material @ bahan yg dirasakan cocok @ seswaii ngan followers maupun reader kau untuk dibaca. Kalau asyik pat blas kali update kisah cinta nan sebatang kau pon, org yg tak mengandung pon boleh loya2 baca dowh!. Kretiviti tidak pernah tersekat disini. Memang itu blog kau. Kau layak tulis apa2. Tapi tanpa reader, blog kau takde makna. Sia2 la kau menulis, tapi takde yg baca. Buang masa. Buang tenaga.

Si pengomen gak perlu "pandai". Kalau dah tau si polan tu tulis benda simple2 @ just for fun, ko takya la gedik2 gatal miang nak pergi baca dan komen. Back offf!!!!!. Sila berambus dari blog itu secepat mungkin. Ini tak. Dalam komen, punyalah kutuk gila bab#. Siap bubuh Anonymous lagi, mengelakkan diri dari di cam. Tgk2 kat blograck, ada je blog si polan yg kau kutuk tu tersenarai dlm bacaan "must read" kau.

Motif???.

Supaya kau leh kutuk dia kaw-kaw lagi, ya?

Apa tujuan blogging ni sebenarnya?. Nak cari gaduh ke? Nak cari musuh ke?

Nak cari gaduh ngn musuh, gi join gangster sana ar. Bukan apa. Kalau kau hentam blogger camtu, tahukan kau yg kau juga telah melakukan satu jenayah lagi iaitu "Cyber Bullying"?.

Kau semua dah pandai. Gi Google sendiri...

NotaKakiFaizal---)Err..ini bukan entry emo yer. Satu lagi bacaan keras untuk permulaan tahun baru. Kadang2 bila kita dah feymes, ramai followers, kita lupa asal usul. Bagaimana payahnya nak dapatkan follower masa mula2 berblogging. Mencari follower memang mudah. Tetapi nak dapatkan yg kekal membaca selain meningglkan komen di setiap entry adalah sangat susah...

gambar ihsan google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR