Friday, February 26, 2010

BAIT: AND I'M TELLING YOU I'M NOT GOING



And I am telling you
I'm not going.
You're the best man I'll ever know.
There's no way I can ever go,
No, no, no, no way,
No, no, no, no way I'm livin' without you.
I'm not livin' without you.
I don't want to be free.
I'm stayin',
I'm stayin',
And you, and you, you're gonna love me.
Ooh, you're gonna love me.

And I am telling you
I'm not going,
Even though the rough times are showing.
There's just no way,
There's no way.
We're part of the same place.
We're part of the same time.
We both share the same blood.
We both have the same mind.
And time and time we have so much to share,
No, no, no,
No, no, no,
I'm not wakin' up tomorrow mornin'
And findin' that there's nobody there.
Darling, there's no way,
No, no, no, no way I'm livin' without you.
I'm not livin' without you.
You see, there's just no way,
There's no way.

Tear down the mountains,
Yell, scream and shout.
You can say what you want,
I'm not walkin' out.
Stop all the rivers,
Push, strike, and kill.
I'm not gonna leave you,
There's no way I will.

And I am telling you
I'm not going.
You're the best man I'll ever know.
There's no way I can ever, ever go,
No, no, no, no way,
No, no, no, no way I'm livin' without you.
Oh, I'm not livin' without you,
I'm not livin' without you.
I don't wanna be free.
I'm stayin',
I'm stayin',
And you, and you,
You're gonna love me.
Oh, hey, you're gonna love me,
Yes, ah, ooh, ooh, love me,
Ooh, ooh, ooh, love me,
Love me,
Love me,
Love me,
Love me.
You're gonna love me.You're the best man I'll ever know.
There's no way I can ever go,
No, no, no, no way,
No, no, no, no way I'm livin' without you.
I'm not livin' without you.
I don't want to be free.
I'm stayin',
I'm stayin',
And you, and you, you're gonna love me.
Ooh, you're gonna love me.

TRIVIA
*Banyak tol bait2 menarik penuh makna dalam lagu nih.
* Diambil dari filem muzikal "Dreamgirls" nyanyian former American Idol contestant- Jennifer Hudson
* Versi lelaki pon cambest. Sakit perut aku dgr!
* Performance sungguh2 Hudson dalam menyanyikan lagu neh berbaloi apabila memenangi Best Actrees in a Supporting Role di majlis Oscar ke 79;)





Thursday, February 25, 2010

TUNGGU

Salam;

Sedang membaca blog pengarah/pelakon filem yang sinonim dengan komedi-Afdlin Shauki, aku tertarik dengan filem beliau yang akan datang "Misteri Jalan Lama" yang betul2 aku tunggu tayangannya, menjelang Aidilfitri ini. Filem bergenrekan Fantasi-Horror ini diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd dimeriahkan dengan Hans Issac, Que Haidar, Vanida Imran dll lagi.

Filem MJL ni mengisahkan Indra dan Ilya, dua beradik yang terpisah dan bertemu semula kerana mendapat khabar tentang kesihatan ayah mereka di kampung. Mereka kemudiannya melalui sebatang jalan lama dan tanpa menyedari makhluk "dunia lain" bakal menanti mereka di jalan itu..

teaser poster dari blog Afdlin Shauki



METER TERUJA 10/10

Sebuah lagi karya hebat bakal menanti penonton filem Melayu adalah epik termahal tahun ini: Hikayat Merong Mahawangsa (tajuk antarabangsa The Malay Chronicles:Bloodline), terbitan KRU Studios. Here's the best part. Filem ni sudah dijual ke 25 buah negara (menerusi klip tayangan 8 minit) termasuk Perancis, UK , Rusia dan Negara Timur Tengah. Filem ni gak dijadualkan ditayang di Festival Filem Cannes di Perancis pada Mac nih. KRU juga menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak Universal Picture International Entertainment untuk mengedarkan filem ni keseluruh dunia. Menariknya, filem ni gak menggunakan 70 peratus bahasa Inggeris, manakala selebihnya bahasa Melayu klasik dan bahasa Cina.


Aku tengok trailernya saja sudah membuatkan keinginan semakin melonjak-lonjak untuk menonton. Harap2 nya filem ni bagus dan tak mengecewakan peminat;)

METER TERUJA 10/10



Wednesday, February 24, 2010

OTAK KAU LETAK MANA? LUTUT?

Alah comelnyaa

Salam;

Maaflah kalau tajuk seperti jadahnya bagai seorang penulis yang tak habis sekolah. Sentap kan kau baca?. Rilek bhai. Kau baca dulu. Lepas tu baru pointing finger.

Jujur. Semakin hari, semakin sesak dada suratkabar dengan kes2 pembuangan bayi. Aku betol2 geram. Kut ya pon dah tak boleh tahan nafsu, kahwin adalah jalan selamat. Itu sudah dikira wajib hukumnya!.

Ingat anak yang dibuang tu anak patung ya?. Kalau betul sayang, buang bukanlah jalan penyelesaian. Fikir buat memang sedap. Hujung jalan, tanggunglah akibantnya.

Yang aku pelik tu, ada sesetengah "pembuang" yang buang bayi nih, boleh tahan menanggung beban 9 bulan 10 hari, lepas beranak, dibuang macam tu saja?!. Darah daging sendiri dibuang macam sampah??

Anak yang lahir tak berdosa. Rasanya ungkapan ni dah klise sangat2. Naik jelak pon ada!.

Jangan nak melenting ya si "pembuang" bila ramai orang buka isu ini, disebabkan kononnya masyarakat tak faham perasaan wanita hamil (atas seks bebas), TERmengandung kemudian tak mampu nak menjaga @ malu dengan orang keliling disebabkan anak tak ber-bapa tu.

Dan sebagai alternatif bijak macam keldai, dibuang pulak anak yang tak bersalah tuh.

Geram sungguh aku.

Kalau ya pon ada pihak (tak kira samada balak/awek) yg nak buang anak tu, tak boleh ke pertahankan penghidupan anak tu. Itu tanggungjawab. Itu amanah!!

Kita manusia sering diberi pilihan. Tak hitam, kau dapat putih. Selalu ada pilihan. Dan buang bayi bukanlah jalan terbaik (aku ulang lagi!). Tapi, kalau tu jalan yang kau pilih, mang tempah untuk balasan seksa lah jawabnya!

*Terharu sangat dengan kisah bayi dihurung semut di kaki surau, mayat bayi di kawasan sampah yang akhirnya dimakan biawak, bayi dibakar, bayi dibuang dalam tong sampah.. Sedih..sedih!!!. Hai bayi, hantuilah pembuang engkau tu!

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Bertaubat!

Gambar ihsan Google

Tuesday, February 23, 2010

PENGIKUT BARU: TERIMA KASIH


Salam:

Contribution kepada pengikut baru blog ini. Terima kasih buat korang yang sudi mengikuti tulisan aku yang apa kejadah nih. Err terbaru, aku mengikuti blogger HamiAshraff. Ilmiah tulisan beliau. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan aku yang suka merapu;)

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.

Ini pun hasil dari memasukkan diri ke laman ini

Tambah plak dengan unique visitors yg selalu terjah Shoutmix aku (err sudah pulih dari kejadalannya). Kepada semua di bawah; terima kasih sebab sudi menerjah blog aku yang tidak seberapa ni ha. Million thanks, ya!


*Hasil dari kunjungan mereka Ahad/Isnin

TO ALL: Thank you very much!

Rasa cam nak buat mini kontes ar.hehe. Sapa nak join??hehehehe

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Teruja Mac ini.

Monday, February 22, 2010

AIRMATA MEMANG SENJATA WANITA


Salam;

Siapa setuju dengan quote di atas?

Secara peribadi, memang aku bersetuju. Sangat-sangat setuju.

Ini berikutan sebuah kisah yang terjadi beberapa hari lepas. Drama antara adik aku ngan GF dia. Aku takla mendengar butir-butir perbualan itu dengan jelas. Buat apa. Bazir tenaga je doh!.

Tapi, satu ayat takbole bla yang betol2 buat aku fikir banyak kali.

"Hah..tulah awak. Bila saya tegur sikit je dah start nak nangis. Cakap sket je tuh. Lum marah lagi", kata beliau sambil melayan GF nya yang sedang teresak2 sendu.

Then, dia sambung lagi;

"Awak menang lah. Tulah senjata awak. Mang saya tak bole nak kata apa lagi dah!", ujar beliau sebelum tersentap apabila makwe beliau menutup henfon ngan tiba2. Dia bangun dari tempat duduk sambil merenung aku ngan muka buat2 tak faham.

"Perempuan ngan air mata. Lemah..lemah. Kalah..kalah"
, bebel beliau membuat aku tersenyum.

Serius!!Totally agreed!

Benda sama berlaku bila aku tegur adik perempuan aku disebabkan kemalasan beliau, beberapa hari lepas.

Sekali nangis kau!. Mengalir air mata budak pompuan tu sebelum masuk bilik teresak-esak.

Cliche kan?

Tapi lain halnya ngan my ex-classmate aku masa kat Puncak dulu. Antara girl bersifat independent yang selalu mengagumkan aku dengan sikap beliau yg outspoken dan outstanding dengan mana2 situasi.

"Airmata tu bestfren wanita, musuh lelaki. Tapi bagi aku, aku selalu jadikan airmata sebagai kelegaan dan sebab tu aku jadikan kawan."


Suka tol aku ngan quote beliau neh.

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Lelaki keras hati, nampak perempuan menangis, cair terus!. Itulah agaknya di dalam dunia ini, lelaki-wanita saling memerlukan. Berpasang-pasangan...


Gambar ihsan Google

Saturday, February 20, 2010

PERAM: EDISI LUPAKAN...LEPASKAN

Salam;

Edisi peram paling pendek ditulis setakat ini.

Kala ini jiwa kau sedang kacau. Tetapi kau masih cuba mengagahkan diri dengan senyuman, kerja2, gelak tawa dan paling penting...

...jangan biar diri kau merasa sunyi. Itu ubat paling mujarab selain meminta petunjuk dari Allah.

Ok, biar aku terus terang.

Setiap dari kita pernah merasa sakitnya putus cinta. Putus kasih. Lebih2 dengan orang yang benar2 kita sayangi. Lumrah kalau kita kecewa. Normal kalau kita sedih.

Cuba kau lupakan. Perlahan-lahan lepaskan ia. Manjakan diri kau dengan sesuatu yang belum pernah kau cuba mahupun sibukkan dengan persekitaran.

Bangun dari kesedihan..

Oh tidak wehhh...

Kerana aku juga mengalami perasaan itu sekarang...

Adakah aku seperti seekor ketam sedang mengajar anaknya berjalan lurus???

Sumpah beb! Perasaan itu sakit!!!

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Kuatkanlah diri..,menghadapi semua ini...

gambar ihsan Google


dalam proses recovery.Lempang sikit pipi. Kembali semula ke dunia realiti!

Friday, February 19, 2010

LUNA-BLACK-LOLA: THE MUSICAL


Cinta?

Luna menung lagi. Apalah salah dia. Tak cukup cantik kah dia dengan Black?. Kenapa mesti memilih Lola?

Kenapa? Kenapa?

Sudahlah huruf awal nama pon sama. Kau nak rembat pulak laki aku plak!. Cisss tak guna punya betina!. Hari ni jugak aku setelkan!

Dari jauh kelibat Luna berlenggang lenggok menyusuri gigi sawah. Angin bertiup mesra. Cantik betul liuk tubuh Luna "dipukul" angin sesepoi itu.

Bajet kau cun sangat la, bisik hati jahat Luna. Matanya meliar kiri ke kanan. Memerhatikan kalau-kalau ada makhluk lain yang sibuk hendak menghalangnya dari menyerang ciptaan Tuhan paling tak guna itu.

"Hey, betina!", Luna memekik dari jauh. Lola mengerling manja. Seketika wajahnya bertukar kelat apabila melihat Luna berlari pantas ke arahnya dengan muka yang sangat garang. Ingat aku kisahlah tuh!, cemuh Lola tak berperasaan.

"Jangan datang ke sini semata-mata nak jerit pekik dengan aku yang aku ni perampas laki kau. Aku dah tau!. Drama swasta je nih!", sindir Lola sambil mencebik bibirnya yang konon-konon seksi itu. Luna mendengus marah. Ciss tukang tilik ke apa betina nih!, tukas Luna memarahi dirinya sendiri.

"Kau dah merosakkan cinta aku, faham!. Kau pemutus hubungan aku dengan Black!", jerit Luna semahunya. Lola tetap bermuka selamba. Kemudian dia menyambung dengan nada yang sungguh menjengkelkan.

"Kau tahu apa ertinya cinta, Luna?", tanya Lola dengan keningnya terangkat. Belum sempat Luna menjawab, kedengaran suara Lola memecah kesunyian. Tiba-tiba irama kedengaran di udara.
"Jika ditanya tentang cinta..macam-macamlah jawapannya. Ada cinta yang bawa derita..ada cinta yang sanggup merana.."

Luna mendengus meluat. Dia tak mahu kalah!. Black kepunyaannya!

"Pulangkan cinta hatiku..Pulangkanlah padaku..", Luna bersuara. Wajahnya sedih. Demi Black, cinta hatinya, dia sanggup berbuat apa saja!

Lola tersenyum sinis. Luna takkan mampu menghalang niatnya dari memiliki Black. Dia akan buat apa saja untuk memiliki cinta hatinya itu. Kau jangan nak berangan, Luna!, bisiknya jahat. Kedengaran irama dari kejauhan.

"Betapa ku cinta padamu. Katakanlah..kau cinta padaku..Sematkanlahku di hatimu..Walau dimana berada..Ingat ku dalam doamu!"

Irama terhenti. Baik Luna mahupun Lola tak mahu mengalah. Masing-masing mulai memasang amarah.

Namun tiba-tiba, kelihatan Black dari kejauhan dengan Lilie; janda muda beranak tiga.

Luna dan Lola saling berpandangan sesama sendiri dan irama berbunyi lagi...

"Setiba..di persimpangan..langkah kita tak lagi sehaluan. Bermula di saat itu, tidak senada irama dan lagu..Begitu hidup ini tiada yang abadi..yang patah tumbuh..yang hilang berganti..."

Dengan tidak semena-mena, tubuh mereka berdua basah lencun seperti disiram air sejuk. Buntang mata mereka melihat seorang lelaki sedang duduk di atas pangkin dengan laptop disisi ,sambil bercekak pinggang sambil membebel-bebel marah.

"Kurang asam punya kucing!. Aku bukak lagu, kau pun mengeow-ngeow bising. Berambus!", jerit budak lelaki itu lagi sambil menutup playlist dari laptopnya

Moralnya: Cinta itu buta. Tapi jangan kau dibutakan dengan cinta. Kelak membuatkan kau gila merana yang sudahnya merampas sesiapa saja yang punya!

OSCAR 2010


Salam;

Majlis penganugerahan Oscar 2010 bakal berlangsung March 7, di Kodak Theater. Buat negara kita, pernah menjadi sejarah dulu apabila Best Actress Asia Pacific-49, Maya Karin (ketika itu menjadi VJ saluran V) terpilih untuk mengacarakan road to red carpet untuk Oscar edisi 79. Malahan filem epik Puteri Gunung Ledang juga disenarai pendek untuk 50 filem asing terbaik tak silap, setahun selepas itu.

Tahun lepas, menyaksikan filem adaptasi dari buku soalan, Slumdog Millionaire diangkat sbg Filem Terbaik!. Memang filem tu bagus!. Tahun ni menyaksikan 10 ya..sepuluh filem dicalonkan untuk Best Picture. Sebelom tu, meh jenguk kategori2 utama yg menjadi saingan sengit untuk Oscar Edisi 82 nih.

Best Actress in A Supporting Role
Penelope Cruz- Nine
Vera Farmiga- Up in The Air

Maggie Gyllenhaal- Crazy Heart
Anna Kendrick- Up in The Air
Mo'Nique- Precious

Prediction: Yeah!! Cruz sekali lagi dicalonkan untuk kategori ni selepas menang dlm kategori sama menerusi watak Maria Elena dlm Vicky Cristina Barcelona thn lepas. But sorry Cruz!. Aku dapat rasakan peluang cerah bakal berpihak kepada Mo'Nique (Precious) watak ibu yg mempunyai mental dysfunctional, mendera secara mental dan sexual anak perempuannya, Precious.


Best Actor in A Supporting Role

Mat Damon- Invictus
Woody Harrelson- The Messenger

Christopher Plummer- The Last Station
Stanley Tucci- The Lovely Bones
Cristoph Waltz- Inglorious Basterds

Prediction: Sumer hebat!. Seyesh!. Dua calon cambest iaitu Woody Harrelson dan Christopher Plummer menjadi tarikan kategori neh!. Perfomance Waltz dalam Inglorious gak tidak menghampakan!

Best Actress in A Leading Role

Sandra Bullock- In the Blind Side
Hellen Mirren- The Last Station
Carey Mulligan- An Education
Gabourey Sidebe- Precious

Meryl Streep- Julie & Julia

Prediction: Humang aiiiihhh!!!. Saingan hebat berlaku antara Bullock, Sidebe dan Streep. Tapi instict aku kuat mengatakan yang Sidebe akan memenangi kategori neh. Watak beliau sebagai budak pempuan obese yang didera ibunya (mental, physical dan sexual) bakal menarik perhatian juri. Tapi Bullock pon takle dipandang enteng (wah ayat!). Melalui film nih ,beliau berjaya memenangi Best Actress Drama di Golden Globe selain Streep yg turut cemerlang menerusi watak Julia Child dlm Julie&Julia.(kategori Best Actress Musical/Comedy)


Best Actor in a Leading Role

Jeff Bridges- Crazy Heart
George Clooney- Up in the Air
Colin Firth- A Single Man
Morgan Freeman- Invictus
Jeremy Renner- The Hurt Locker


Prediction:
Saingan 2 pemenang Oscar (Clooney dan Freeman). Sengit tol. Firth lak cemerlang sebagai lelaki sunyi bermasalah dalam A Single Man. Tetapi prediction aku lebih kepada watak dramatik Jeremy Renner (The Hurt Locker)


Best Achivement in Directing

James Cameron- Avatar
Katherine Bigelow- The Hurt Locker

Quentin Tarantino- Inglorious Basterds
Lee Daniels- Precious

Jason Reitman- Up in The Air

Prediction: Obviously James Cameron dgn project saga 'Avatar'. 3 tahun okay nak menyiapkan citer makhluk2 biru tuh!. Ngan kos berbilon selain mesej tentang alam semulajadi yg sgt kretif diolah. Puak2 Na'vi pon sgt real!.Tapi jgn dilupakan arahan berseni Tarantino ataupun mesej kemanusiaan Daniels (yg sebelum ni cemerlang ngan filem "Monsters Ball"-Helle Berry menang Best Actress menerusi filem neh)


Best Film (10 nominees)

1) Avatar
2)The Blind Side
3) District 9
4) An Education
5) The Hurt Locker
6) Inglorious Basterds
7) Precious
8) A Serious Man
9) Up
10) Up in The Air

Yang di atas memang aku susah nak predict. Tapi instict kuat kepada Avatar. Walaubagaimanapun Precious, Inglorious Basterds, District 9 dan Up in The Air mampu memberi saingan sengit;)

FaizalSulaiman'sFootNote:--) Waiting for the moment;)

ganbar ihsan Google

Thursday, February 18, 2010

MAGHI KECEK KLATE

Salam;

Lamo gedemo kawe dop kecek Klate nih. Err kawe asal Johor, tapi gelenyar nok kecek gok. Dop kiro!.haha
Kuih akok yg sedap gedemo;)

Thanks to SaadahSaadun melalui entry beliau, kawe tetiba nok tulih entry klate. Saing kawe ghama klate. Seyesh. Masa duk Uitm Penang dulu, kawe dop saing majority nge budok2 jate klate. Memula tu dop gheti kecek. Spatah hare kawe dop tahu. Lamo2 lebih kure tigo bule, kawe leh kecek klate nge jayonyo!

Sampa saing kawe tanyo: "Ko ni orang Johor ke Kelantan?"

Kawe wat bodo jah. Dop salah nok ngaji bahaso lain. Kita dok Mesia kan.

Sep2 klate, saing2 kawe stakat nih buleh kiro la. Takdop lagi pragai huduh pe nate beruk lagi. Sonok sain nge sep2 nih!

Buleh wat gilo!haha

Bagi kawe, stakat yg kawe kena ore klate, sumer baik-baik. Bereh2 blako. Kawe dop fehe sesetengah ore dok label ore klate lagu ni, ore klate lagu tu. Meme ado praga huduh pe chis. Tapi ore negeri lain takdop ko perangai huduh?

Ado dop?. Acu demo2 hok baco entry kawe ni fikir dale2. Musti ado.

Kawe penah praktikal kat Hospital Besar Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II) hok dekak stadium nuh. Ok jah. Takdop gapo2 pong?. Ore2 sano sume bereh2. Ado gakla peranga hok tok bapo moleknyo. Nama pon manusia.

Meme ado sep2 klate puok2 sesama dio. Solution nya mudoh jah. Tak kenal mako tak cinto. Demo kena dulu, baru leh ghoyak lagu mano,k

FaizalSulaiman'sFootNote:--)Lamo dop maghi klate.Nok make budu, akok, nasi kabbu.Adeiii.. lama gak dop nyapung..jum nyapung!hahaha (gilo nate nih)

p/s--)Thanks a lot to Fakrul Anuar (abe), yg mengajar aku bahasa Kelantan. Melalui bahasa ni aku kenal Amir Maarof, Syukri (mat yi), Mimi, Mek Zu, Mat Yus, Jani dan beberapa member se-Uitm di Penang dulu. Err..ex gewe kawe pong ore Klate.hehe..Kat Uitm Shalam plak bahasa kelantan aku makin improve ngan pertambahan member2 spt Pijie, Lin, Minie, Dora, Ida, Abu..oh..i'm gonna miss them so much.


Aku duduk Penang kurang lebih 3 tahun, haram tak fasih cakap utara. But thanks to my ex-roomy cum Aloq Staq's Fitri Hafizan (Pak Da) ngan Bob.haha..Buat pa la hangpa dua la ni nooo.

Harap maaf ngan entry nih, kalau ada readers yg tak faham.

gambar ihsan Google

Wednesday, February 17, 2010

CITA-CITA YANG TERTUNDA


Salam;

Semua dari kita pernah mengimpikan untuk mempunyai kejaya cambest satu hari nanti.

Err..skema lak bahasa;)

Aku pun begitu. Nak ada impian memang senang. Nak mencapainya itu sesuatu yang susah. Serius susah ya amat!.

Dulu seawal 6 tahun aku pernah mengimpikan (sort of berangan) nak jadi news presenter. Seawal usia tu gak aku cuba menyebut beberapa perkataan dengan betul dan tepat. Tak kiralah bahasa Melayu atau Inggeris. Semakin tergeliat lidah, semakin suka aku nak mencuba menyebutnya.

Boom..cita-cita berubah bila usia menginjak 9 tahun. Kali ni nak jadik cikgu plak. Suka gaknya tengok cara cikgu aku mengajar. Lebih2 lagi Cikgu Norbaya, cikgu BM aku yang suka tol cubit kalau tak siap keje rumah, salah tatabahasa, buku tak sampul, etc.

Sampai skunk aku ingat rupa beliau. Malahan signature beliau pon aku leh skecth balik.

Motivasi untuk jadik cikgu terhenti bila umur meningkat 12 tahun. Kali ni aku sungguh2 lak nak jadi journalist. Camne aku leh terpaut?. Lepas aku menonton filem "Scoop" arahan Aziz M. Osman, tak silap di tahun tersebut (err..1997 lebih kurang). Cambest lak jadi wartawan neh. Dapatkan skop. Jalan2 buat research then masukkan berita dalam newspaper.

Dangkal sungguh fikiran aku waktu tuh.

Cita-cita kemudian menggatal untuk berubah lagi. Kali ni masa umur aku 16 tahun. Disebabkan aku mengambil aliran sains, aku sangat berminat dengan "Kejuruteraan Genetik". Wahh..mutant la sangat!.hahaha. Tetapi disebabkan aku kureng meminati subjek Fizik selain menyukai subjek Kimia dan Biologi, keputusan akhir yang bakal merubah hidup mendatang adalah untuk menjadi...


AHLI FARMASI


SPM kuar pada awal tahun 2003. Takla sebagus untuk mengambil Farmasi. Cita2 berubah sekali lagi dan aku mengambil Diploma di Uitm Penang dalam kursus Perkhidmatan Makanan. Tak salah nak melompat kepada sesuatu yg di luar jangkaan kan?

At first, aku cuak ok. Takut takde keje.

Tapi bila masuk semester 2 tu, banyak gak peluang kerja di bidang aku nih. Airlines, fast food, Hospitals, Hotels, Tourism Sector cam Tabung Haji (serve makanan utk pilgrimages).

Then, lepas dapat result utk sem akhir diploma, cita2 aku berubah lagi. Serius kali ini berubah drastik!

Aku nak masuk Mass comm. Sebab aku minat advertising. Buat2 iklan, marketing, promo2, wat patch presentation, etc.

Dan sekarang aku masih berfikir, valid lagi ke cita2 aku tuh dengan usia yang semakin lama semakin meningkat.

Teringat lak saranan seorang member tahun lepas tentang minat aku yang suka wat short story/short clip, etc:-

Member: "Bila hang dah stabil nanti, ang pi la ASWARA ke, Akademi Filem Malaysia ke?."
Aku: "Ang nak suh aku watpe?. Amek kursus lakonan?"
Member: "Bukan ang minat wat short movie?. Gi la blajaq sana"
Aku: Berfikir. (betoi gak tu..) "Err nantilah, aku fikirkan"

Tulah jawapan aku. "Nantilah, aku fikirkan"

..cliche;)

FaizalSulaiman'sFootNote:---) Cita-cita belum sempurna...

Tuesday, February 16, 2010

POST MOTERM: SERU

Salam;

Mini siri seram Seru sudah melabuhkan tirainya pada Ahad lepas, Februari 14, 2010. Lewat sikit dari jangkaan aku yang sepatutnya ia berakhir 7 Februari, 2010. Jom kita bedah siasat sepanjang penyiaran 12 episodes mini siri pendek nih.

1) Idea untuk membikin 4 cerita berbeza dalam Seru adalah pinjaman dari sebuah filem terkenal Asia, Three arahan Peter Ho-Sun Chan, Nonzee Nimibutr dan Kim Jee Won. Pinjam konsep saja. Tapi jalan cerita adalah sepenuhnya garapan aku.

2) Tajuk2 Seru saling berkait rapat dengan tajuk-tajuk setiap cerita seperti ObseSi Isadora (S), MEmori (E), Jalan AkhiR (R) dan Ummi (U). Tajuk berbeza, tetapi perjalanan watak dan kaitannya saling berkait dengan satu dengan yang lain.

3)Cerita ini juga dibahagi kepada empat latar berbeza iaitu "seorang isteri yang tidak menyedari yang dia sudah mati", "pelajar kolej yang mempunyai masalah mental", "ibu tunggal yang sanggup berkorban demi anaknya" dan "penantian seorang ibu menunggu kepulangan anaknya untuk memohon maaf atas kesilapan lampau"

4) Jalan cerita untuk setiap 3 episod tajuk juga berbeza. Teknik "puzzle" untuk Jalan Akhir, Teknik "monolog" untuk Obsesi Isadora, Teknik "imbas semula" untuk Memori dan Teknik "linear dan twist di hujung penceritaan" untuk Ummi.

5) Mini siri ini ditulis pada 14 Disember 2009. Disiarkan untuk bacaan pada 2 Januari, 2010 dan tamat ditulis pada 14 Februari, 2010.

6) Idea untuk menulis siri ini sebenarnya semenjak November 2006, dengan working title "Aneh". Namun pada 12 Disember 2009, barulah plot cerita dikembangkan semula (untuk Jalan Akhir dan Obsesi Isadora sahaja kerana Memori mempunyai penceritaan yang lebih kurang sama dengan filem seram pengarah Osman Ali-Puaka Tebing Biru (iaitu kisah dua kawan yg terpisah, kemudian kawannya datang dlm hidup untuk memberi petunjuk yg dia sudah mati sort-of). Jadi aku construct semula kisah Memori. 2 Januari 2010 barulah Memori dan Ummi (hanya 2 episodes saja) dapat disiapkan. Walaubagaimanapun, Ummi akhirnya dapat dihabiskan (episod 3) pada 14 Februari 2010. Alhamdulilah;)

7)Seru bukan sekadar hiburan tahyul hantu2 bagai semua. Tapi mengingatkan kita bahawa selagi kita ada berbuat salah, balasan setimpal akan menanti. Syaitan itu adalah musuh Allah yang paling nyata dan janganlah sesekali kita berpaling tadah kepada ajaran-NYA.

Alhamdulilah, mini siri Seru gak mendapat sambutan dari korang yang membaca (jika dibandingkan dengan 7Hari.) Terima kasih daun keladi. Sila skrol ke bawah semula jika ingin membaca. Buat 'Aqilah, Iyllienaz, Frodo Baggins, Nuke Rude, Miss Kedondong, Hans, Mr Homosapiensz, Anuar Kamaruddin, Juliana dan Bard, mahupun mana2 silent readers yang pernah membaca this piece, thank you so much

Thanks juga bagi mereka yang mengundi ke empat2 cerita nih. Personally, aku suka Obsesi Isadora berbanding yang lain. Korang?

FaizalSulaiman'sFootNote:--)Lepas ni aku nak cuba genre apa lak ek?ada cadangan??hehe

Monday, February 15, 2010

TAKE 5: UNDERRATED: 90'S FEMALE SINGER

Salam;

Mood cuti.

Fuh! Sedang membuka folder Balada 90 an yang kian lama tersimpan kemas dalam lappy kesayangan aku nih, teringin lak nak berkongsi top 5 penyanyi wanita era 90 an yang mempunyai suara cambest dan lagu jiwang mengores perasaan.hahahaha..

Besides, ntah kat mana diorang ni skunk kan?

Jom semak!

5) Nadia- Salam Untuk Kekasih
*Vokal serak2 basah beliau sesuai benar ngn lagu neh.
*Selalu tol aku dengar lagu ni orang nyanyi kat pusat karaoke. Kalu suara korang tak sampai, takya mimpi la nak nyanyi.
*Lirik Otai:--)Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

4) Haida- Hajat
*Lagu nih aku rembat dari playlist cellphone abang aku. Saja nak dengar sebab pernah seketika kerap diputarkan di Sinar FM.
*Dah tengok MV (music video) dia?. Aku gelak ok!.hahaha. But it is a nice song.
*High pitch vocal gak si Haida neh.

*Lirik Otai:--) Oh sayangku...

Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya diriku dicerca
Maka retak kasih saudara

(err..cinta ditentang keluarga la rupanya. sian..sian)

3) Min Malik- Flora Cinta
*Nama siantifik "bunga-bunga".hahaha (bunga2 cinta?.hehe).
*Lagu ni kalau dengar kau akan relax, santai dan terus mengimbau kenangan lama.
*Lirik Otai:--)
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon
Tegak nan rimbun
Bayang kasih mu


2) Haslinda- Sehati Sejiwa
* Lagu ni melatari telemovie siri "Cinderella" lakonan Haliza Misbun ngn Ahmad Idham. Sapa ingat? Siap ngan latar New Zealand tuh!

* Lirik Otai:--)Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya..

DAN JUARANYA..




1) Azie- Pelamin Anganku Musnah
*Openning cam de pengaruh gendang lagu Tamil sket. Unik.
*1st time aku dengar, sumpah aku nak gelak. Sungguh tak berperasaan
*Lagu ni ada sequal. Tak silap "Kau Tetap Dalam Anganku". Tapi cam kureng sket kicknya berbanding lagu nih.
*Durasi 5 min 44 saat. Lama tul
* Azie pernah top ngn lagu ni dan beliau siap nak masuk Pujaan Nescafe (sorts of pertandingan nyanyian) tapi beliau tak dapat gi disebabkan sakit.
*Lirik Otai:--)Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah



Err..lima je cukup. Ada kang yang termuntah hijau kat depan lappy kang. Overall, semua lagu ni ok gak la biarpun sememangnya hundred percent jiwa-jiwa liriknya. Baru aku perasan, banyak juga koleksi balada 90 an dlm lappy aku neh.

Kalu dikira check balik banyak gak koleksi female singer era 90 an yg aku ada. Ntah korang ingat lagi ke tak aku tatau la (bagi yg sebaya umur ngan aku). Contoh spt Wan Hardiah (Tertutup Buatmu- Sore beliau cam Dayang Nurfaizah. Seyesh!), Krisya ( Gemersik), Eisya (Nurani), Azian Mazwan Sapuan (Rumah Kecil Tiang Seribu), Arni Nazira (Cinta Antara Benua), Anis Suraya (Cinta Tersimpul Rapi) oh minah cantik ni Camelia (Rindu Padanya)

Satu yang dapat aku simpulkan. Mereka semua berbakat. Kebanyakan pula bukanlah hasil dari program realiti tv cam sekarang ni.

Er..kira aku ni boleh tahan gak jiwangnya.hahahahaha.

FaizalSulaiman'sFootNote:--) Manusia dan perasaan...

Sunday, February 14, 2010

SERU: UMMI -EPISODE 3-


Buat kali terakhir dia tergamam antara sedar atau tidak dia terjaga dari tidurnya. Dia masih terkenang ngeri mayat Azura dikeluarkan dari keretanya yang sudah remuk dahsyat mahupun perkhabaran yang ibunya, Fateha sudah kembali ke Rahmatullah sehari yang lalu. Sebagai anak, dia harus pulang ke kampung. Menguruskan apa yang sepatutnya. Tatkala mengemaskan barang-barangnya dengan lincah, kata-kata budak perempuan yang bernama Suri masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Ibu abang sudah meninggal dunia semalam. Dia mahu sangat minta maaf dengan abang atas kesilapan lampau!.

Fazmi duduk semula. Mengingati perbualannya dengan Suri kelmarin. Berhenti seketika dari mengemas barang-barangnya. Dia duduk tegak di atas katilnya. Memang ada perbalahan antara dia dan ibunya. Tetapi perkara itu sudah lama berlaku. Dan dia sudahpun memaafkan ibunya atas kesilapan itu.

Tak ada guna anak beranak bergaduh kerana sesuatu yang tidak masuk akal!

Dia melangkah keluar dari rumah. Mengunci pintu rumahnya dengan yakin lantas mula bergerak dengan Proton Wira merah gelapnya dengan redha, menuju ke Jalan Mawar, kawasan rumah teres yang disewa ibunya. Di dalam kereta dia hanya senyap membisu. Inilah kali pertama hidupnya benar-benar sunyi. Ummi adalah segala-galanya buat dia!. Dan kerana itu juga, dia tidak mahu cengeng walaupun hatinya ingin menangis semahu-mahunya!.

Rumah bercat biru laut sudah kelihatan dari jauh. Kelihatan juga beberapa orang pihak polis masih mengawal ketat sekitar rumah ibunya. Dia mula memperlahankan kenderaannya, lantas mengambil keputusan untuk memarkir keretanya dibelakang sebuah kereta polis.

Fazmi turun dari kereta dengan hati hati sambil tersenyum nipis dengan seorang anggota polis yang sedikit besar tubuhnya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Tuan Omar.

“Ibu encik dipercayai dibunuh ketika beliau hendak ke luar rumah untuk ke pasar. Kebetulan, pemilik asal rumah ini, Taukeh Seng ingin mengutip wang bulanan sewa rumah.”, ujar Tuan Omar sambil menunjukkan seorang lelaki Cina yang masih tergagap-gagap hendak menjawab pertanyaan seorang anggota polis. Fazmi yang kelihatan benar-benar terkejut berpaling ke arah lelaki Cina itu kemudian memandang kembali wajah serius Tuan Omar.

“Boleh..boleh saya tengok mayat Ummi?”, katanya cuba melindungi gugup sedihnya di balik suaranya yang sudah kedengaran bergetar. Tuan Omar mengangguk perlahan.

“Mayat beliau sudah dibawa ke Hospital Besar untuk bedah siasat. Encik bolehlah ke sana”, sambung Tuan Omar sambil memaut bahu Fazmi dan menepuknya lembut.

“Sabarla encik. Kami akan sedaya upaya mencari pembunuh ibu encik”, ujarnya lagi sebelum berlalu pergi bertemu pegawainya yang mengambil keterangan dari Taukeh Seng. Fazmi melihat ruang depan rumahnya dengan jelas sebelum berniat untuk ke Hospital Besar dengan segera. Dia membuka pintu keretanya dengan perlahan. Duduk di hadapan stereng dengan cuba mengawal emosinya.

Dia mengeluarkan sesuatu seperti kertas dari poket kemejanya. Sesuatu yang kelihatan sudah renyuk dan hampir lunyai lalu membacanya perlahan.

Seketika kedengaran satu suara halus dari belakang tempat duduk keretanya. Suara seorang perempuan…

“Kau bergaduh dengan ibu kau semata-mata mahu mendapatkan aku, Fazmi?”, kata suara halus itu kedengaran seperti berbisik. Fazmi senyum sambil mendengus.

“Ummi takkan mampu membela kau, Wangi!. Aku mampu menjaga kau. Darah yang kau perlu. Itu saja!. Ummi sudah menjaga kau sekian lama. Dia memang tidak mahu menyerahkan kau pada aku, Wangi. Bimbang harta dan wangnya akan putus!”, kata-kata Fazmi kedengaran tamak.

“Ibu kau menggunakan aku untuk keselamatan keluarga sahaja. Tidak lebih dari itu, Fazmi. Dan jamuan aku hanyalah makanan biasa manusia yang sememangnya aku tidak gemarkannya!. Ayam panggang dan pulut kuning!. Kuasaku terbatas!”, keji Wangi dengan suara yang sudah mula meninggi!.

Fazmi walaubagaimamapun langsung tidak merasa gentar.

“Sabar Wangiku, sayang!. Kau sudah ku jamu dengan darah Ummi. Kau juga sudah ku jamu dengan darah Azura. Tak sia-sia aku menyeru engkau, Wangi!”, bingkis Fazmi lemah lembut. Wangi tertawa kecil. Tiba-tiba bau haruman kemboja menusuk lembut ke rongga pernafasan dan Fazmi tahu bahawa itu adalah isyarat gembira saka keluarganya, Wangi.

“Kau perlu berkhidmat denganku. Kau akan ku jamu dengan darah kegeramanmu. Dan setiap kali kau ku seru, datanglah dikau berdamping denganku. Mentaati perintahku, Wangi!”, kata lelaki itu angkuh. Wangi semakin gembira. Harumannya makin menyucuk-nyucuk hidung.

“Manusia dan kebodohannya. Dan aku syaitan tidak pernah akan berhenti dari menyesati kamu!. Kau akan bersama-sama ke Neraka bersamaku, Fazmi!”, bisik Wangi perlahan dan hanya menunggu waktu bilakah Fazmi akan menyuruhnya membunuh lagi. Fazmi membunuh ibunya, membunuh kekasihnya dan tak mustahil lelaki ini akan membunuh dirinya…

TAMAT

Saturday, February 13, 2010

PROMO: SERU


Episod akhir Seru: Ummi akan disiarkan esok jam 8 pagi.

Twist menarik di hujung cerita nanti. Suka tol aku ngan twist2 nih!

Post moterm, Selasa ni jam 7 am;)

Selamat Membaca!

"Atas nama cinta, aku seru engkau kemari. Berdamping dengan jiwaku. Bersatu dengan nafasku. Taati perintahku..."

COAT OF ARMS DAN KISAHNYA


Salam;

Disebabkan semalam kelas aku mengajar hanya ada 1 jam, so aku decided to make an activity. Puas satu malam berfikir apakah aktiviti cambest yang aku rasa sesuai untuk involvement students. So pada malamnya, aku YM ngan Cik Kedondong dan sangat berminat dengan aktiviti Coat of Arms yang pernah beliau sertai.

Coat of Arms ni sorts of jata/logo/lukisan yang menggambarkan segala-galanya bergantung kepada subject matter yang sedang kita buat.

Tak clear? Jom tengok contoh.

Pada pagi Jumaat dalam kelas, aku meminta students untuk membuat 4 ruang kosong pada sehelai kertas. Kemudian jawab 4 dari 5 soalan yang aku senaraikan di whiteboard. Syarat jawapan adalah dalam bentuk lukisan @ simbol yang mudah difahami. At the end of the class, aku suh diorang present to the entire class.

Mereka tak pandai melukis. Jadi, lukisan orang lidi pon aku terima;)

Antara soalannya adalah:
1) What are 3 things that you thing you good at?
2) What are the things that you like about your family?
3)What is your dream that you want to achieve on your later time?

4)What is the only ONE thing that you want to change in your life?

5)What is the thing that you do that made you proud of?

Aku beri mereka masa untuk melukis. 15 minit kurang lebih, aku panggil seorang demi seorang ke hadapan untuk mempersembahkan hasil coat of arms mereka.

Disini aku dapat melihat pelbagai harapan. Ramai dari mereka mahu berjaya. Nak sukses dalam hidup. Ada tu plak siap tahan sedih sebab terkenangkan hidup keluarga yang susah untuk menampung kos pembelajaran mereka. Tak kurang ada yang bercerita tentang institusi keluarga yang berderai dan menjadi mangsa keadaan.

Sungguh aku speechless!.

Dan ini mengingatkan aku bahawa ada yang lebih susah hidupnya berbanding kita yang selalu menangisi masalah hidup yang tak pernah kunjung padam.

Dan di akhir kelas aku berpesan

"Kalau kamu belajar main2, cuba ingat family di kampung. Muka mak ayah masing2. Ingat pengorbanan mereka"

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Terkenang "Gurindam Dua Belas by Raja Ali Haji"

Friday, February 12, 2010

BAIT: MENANTI CINTA


Taken from: Soundtrack of "Ketika Cinta Bertasbih"
By: Kris Dayanti

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah (cinta) dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya pada-Mu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Back to Reff:

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku
Pada-Mu hu..hu...


Killing Bait
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Buat yang belum bertemu jodoh..,bersabarlah...






Tuna: Luka
Tuntun: Pimpin
p/s--)Esok episod terakhir Seru: Ummi;)

Thursday, February 11, 2010

PEMBERSIHAN MUKA BUKU

Salam;

Applikasi facebook semakin digemari ramai. Segenap lapis ada jaringan sosial ini.

Minggu ni baru aku perasan taukeh kedai roti canai kampung aku sendiri pon sudah ada facebook!

Perghh advance okay!. Bercakap tentang FB (facebook), kita memang tak boleh lari dengan followers/friends. Ruang sosial ini juga tempat dimana kita mencari kenalan baru. Macam aku, ramai di kalangan kawan2 FB nih adalah bloggers. Terima kasih daun keladi lah sebab add /approve aku okay!.

Satu benda aku nak cakap nih. Ini bukan ofensif!. Sekadar buat kau berfikir saja.

Bila kau tepek gambar hensem/cun..,semestinya ramai akan add/request walaupun ramai tak kenal akan kau..err secara peribadi lah. Mungkin pandangan pertama akan membuatkan orang yang tambah itu boleh kenal kau dengan lebih lanjut.

Tapi bila senarai Friends kau sudah melambak (ini disebabkan main add/approve saja), kau mula hendak delete lebihan2 yang tidak penting pada kau. Biasanya untuk kawan2 yang kau tak berapa hendak kenal @ yang kurang komen status kau @ kunun2 kau rimas dengan senarai yang ramai gabak itu.

Bagi aku tak salah kalau kita reject @ not approve request kawan2 yang kita tak kenal langsung @ kawan2 yang nak kenal awal2. Kalau dari mula kau sudah reject, ini menunjukkan yang kau jelas tak berminat dengan pelawaan itu.

Kita punyai pilihan, kan?
Jadi orang yang berkenan nak add kau tak lah terasa hati sangat bila dapat tau request dia tak berjaya!

Apa yang aku nampak, ramai facebookers yang biasanya mempunyai bilangan kawan yang ramai akan membuat "pembersihan" ni. Kadang2 siap tulis dalam status. So masa tu, masing2 akan rasa cuak sebab takut akan dibuang. Macam undi pulak!.

Bagi aku sendiri, proses pembersihan ni lagi susah nak dibuat. Sebab ini melibatkan proses nak jaga hati kawan FB kau. Mungkin ada yang tak kisah. Kawan FB kot?. Apalah sangat?!.

Tapi paling tidak pon, sensitiflah sikit. Kau kena fikir perasaan kawan tuh. Kenapa dia buang aku?. Menyemakkan je ke?. Tapi kenapa awal2 dulu, boleh pulak approve?.

Sebelum buang.., fikirlah dulu;)



FaizalSulaiman'sFootNote:--) Apsal view FB jadik lain?. Susah nak baca update status member2 lain!. Apa jadah nak tengok news feed tuh?adoyaiii!!!

Wednesday, February 10, 2010

ALLEN VS LAMBERT

Salam;
Dua Idol.

Ada kelebihan (err walau yang sorang lagi tuh gay)

Okay harini aku nak bercakap tentang review 2 album yang sebenarnya dah lama ada dalam simpanan aku iaitu Kris Allen- Kris Allen dan Adam Lambert- For Your Entertainment.

Dua2 album ni memiliki kekuatannya. Serius!

Kalau Allen lebih kepada music santai, typical RnB and rentak2 balada, Lambert pula cenderung memilih konsep dance, techno selain rock!. Music beliau seperti inspirasi Micheal Jackson!

Pada awalnya aku agak kureng meminati Allen, selain menjangkakan kemenangan berpihak kepada Lambert. Tapi lepas je dengar album 1st Allen (lepas mamat ni menang Idol), aku terpaut ngan lagu "Heartless" (nyanyian asal Kanye West).

Rentak lagu ni slow, ballad dan penuh kekecewaan..huhu

Apapun, untuk album baru Allen, aku mengemari track "Life like We Dying" selain "Heartless" yang digubah rancak. Lambert lak cemerlang dengan lagu "For Your Entertainment", "Whataya Want From Me" selain "Music Again"!

Err "Time For Miracle"soundtrack 2012 pon cambest!

FaizalSulaiman'sFootNote:---) Sedang mencari masa mendengar album Jay Sean-All or Nothing, Muse- The Resistance & Rihanna-Rated R! Fuhh!!

Tuesday, February 09, 2010

SERU: UMMI -EPISODE 2-


Jalan Bahagia, Seratus kilometer dari tempat wanita di dapati dibunuh. Kawasan perumahan di tepi jalan besar dimana lori-lori balak sering melalui kawasan jalan itu.

Fazmi membuka helaian surat khabar yang masih tergeletek tidak terusik di atas meja di ruang tamunya. Dia membuka tali lehernya perlahan, sambil mengibar-ngibar kolar baju kemejanya. Panas benar sejak dua tiga hari ini. Dia akui kebenaran itu. Dia membelek dengan tidak selesa dan apabila tiba di muka surat akhir, minat pembacaannya tersangkak. Ternyata tiada satu berita pun yang benar-benar menarik minatnya saat ini. Dia duduk bersandar di atas sofa lembut sambil memerhati kipas di siling yang berputar malas. Matanya mulai layu.

Namun tidak sampai beberapa saat, pintu jeriji rumah sewanya berbunyi bising. Bergegar-gegar seperti ada seseorang yang tidak sabar benar hendak berjumpa dengannya. Dia bingkas bangun malas, menghendap di balik tingkap dalam rumah dan kelihatan kekasihnya, Azura sedang berwajah masam dan tidak henti-henti menghentak-hentak pintu jeriji besi rumahnya itu dengan sangat biadap.

“Nak apa?”, soal Fazmi bena tak bena. Azura mencebik benci. Dia mula muncung.

“You bawa perempuan mana petang tadi?”, Azura mula bersuara jengkel. Dan tafsiran Fazmi tentang kesimpulan Azura bahawa dia sudah curang, ternyata tidak kena langsung pada tempatnya.

”Tak ada. Saya tak bawa sesiapa!”, jawab Fazmi jujur. Dia menggeleng ketika berkata. Azura mendengus seperti berkata “tak usah menipu aku. Lelaki gatal!”. Dia memandang wajah Fazmi lagi, merenung matanya dalam-dalam.

“You jangan nak tipu I. Sejak bila you dah pandai simpan perempuan lain, hah?”, tanya Azura lagi semakin garang. Berdesing seketika telinga Fazmi mendengarnya.

“Kalau I dapat tahu yang you main kayu tiga, nahas you!”, bentaknya sambil memukul-mukul bahu Fazmi. Azura semakin agresif. Fazmi diam membungkam. Dia tidak mahu menggunakan kekerasan. Soalnya semasa dia balik dari kerja, dia tidak tumpangkan mana-mana perempuan!. Pelik, bagaimana Azura boleh menuduhnya dengan perempuan lain!.

Azura semakin tidak tahan melihat Fazmi mengunci mulutnya dari terus bersuara. Mata Fazmi bagai memandang tingkah lakunya terus-terusan. Renungan lelaki itu bagai mahu membunuhnya. Azura semakin galak memaki hamun Fazmi tanpa menyedari dengan tiba-tiba tanganynya yang rancak memukul bahu lelaki itu disambar dengan tidak semena-mena oleh tangan sasa Fazmi.

Lelaki itu menggengamnya kuat.

“Apa kau ingat kau dah lama hidup, Azura?”

Suara lelaki itu kedengaran halus menyeramkan. Dia merenung perempuan yang sedang marah itu dengan pandangan tajam sambil bibirnya terukir satu senyuman. Senyuman yang sangat menakutkan Azura.

Gadis itu merenggut tangannya sambil mengaduh kesakitan. Dia memandang pelik perilaku kekasihnya yang tiba-tiba berubah aneh.

“Kau boleh lari Azura..Tetapi kematian akan mengejar engkau!”, ungkap Fazmi masih dengan suara halusnya itu. Senyumannya semakin melebar. Azura tak tunggu masa. Dia mula mengundur ketakutan, memandang Fazmi yang berdiri seperti patung dengan perasaan yang bercampur baur, sebelum mencapai kunci keretanya dari dalam tas tangannya. Menekan punat hijau dengan pantas dan masuk ke perut kereta tanpa banyak soal. Di balik cermin pintu keretanya, dia dapat melihat Fazmi masih tersenyum melihat telatahnya. Azura semakin takut lalu memandu keretanya dengan hati yang semakin tidak tenang.

Namun, dia tidak menyedari kehadiran sebuah lori balak kelihatan laju sedang menuju ke arah keretanya tanpa sebarang amaran. Azura hanya mampu melihatnya di balik cermin sisinya sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kedengaran dentuman dahsyat dan pekikan seorang wanita yang nampak tersepit di tempat duduknya dengan darah merah pekat menitis laju dari keretanya…

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan sembilan tahun memandang tragedi itu dengan gerun...

BERSAMBUNG

Monday, February 08, 2010

TOO PUSHY-DON'T DESPERATE-FIRST MOVE


Salam;

Pernah putus cinta? Kecewa?

Itu sudah lumrah. Adat katakan.

Lepas itu, mungkin sebulan dua (bagi yang tak boleh hidup dengan cinta-kasih sayang-whatsoever) atau bertahun-tahun, kau mungkin nak mencari pengganti.

Iyalah..tak salah kan nak mencuba semula?. Jadi disini bila kau berkeinginan kepada seseorang, langkah pertama, kau tak perlu terlalu mendesak. Jangan sesekali tergopoh gapah. Maklum saja pengalaman cinta lampau mungkin menyakitkan, jadi kau perlu berwaspada. Jangan terkejut kalau pasangan kau-wannabe your future boy/girlfriend tu tak bole terima, terus kau kena reject. Orang Kelantan kata "koho..koho". Sabar dalam usaha kau itu.

Langkah kedua, jangan tunjuk kau terdesak. Terdesak inginkan dambaan lelaki/perempuan (lama aku tak guna perkataan damba.haha). Jangan sesekali tunjukkan itu. Silap2 kau dituduh gila pulak. Baik2 kau nak kawan, terus kena reject. Ha..camno tuh?. Reject lagi!

Selepas itu, bila hati sudah suka, mulakan dengan langkah pertama. Tak salah kalau sorang perempuan approach lelaki. Di dunia serba canggih ini, perbuatan itu boleh digunapakai. Kita masing2 dianugerahkan perasaan. Kalau lama2 memendam rasa, apa jadi?

Tapi dalam hal bercinta, kau perlu memikirkan semasak-masaknya.Lebih2 yang mahu dijadikan suami/isteri. Kau kena kaji kesemuanya. Perkahwinan bukan sesuat yang mudah. Kau perlu berkongsi semuanya bila sudah disatukan nanti. Kesepakatan sangat penting. Beralah juga perkara pokok. Bertolak ansur dan memahami merupakan kuncinya...

FaizalSulaiman'sFootNote:--)Hidup ini indah sebenarnya. Jika kita memahami erti kehidupan yang sebenar

Sunday, February 07, 2010

PERSEPSI FEBRUARI

Salam;

Februari dah menjelang tiba.

Sudah tentu ramai di benak sekarang memikirkan yang bulan ini adalah "bulan berkasih sayang"

Tak perlu kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Maksudnya disini adalah Valentine's Day.

Bagi aku sendiri, sebagai muslim tak usahlah kita agung2 kan hari yg kunun2nya boleh berkasih sayang (apa kejadah?. Bulan2 lain tak boleh berkasih sayang ke?). Kau boleh google sendiri mengapa kita sebagai muslim tidak layak menyambut hari Valentine nih.

Fikir-fikir kan lah;)

FaizalSulaiman'sFootNote---)Satu berita beberapa minggu lepas ada menyebut tentang upcoming event Valentine di ibu kota dimana para remaja perempuan (to be exact female students urge not to wear panties during that day for purpose of showing to the loved ones (boyfriends), for the sake of suka-suka??. WTF! Adoiiiiiii..Bertambah masalah social!

Friday, February 05, 2010

AFDAL HIDUP


Salam Jumaat;

Hari mulia, dimulakan dengan sesuatu yang baik.

Dalam mencari ke-afdalan dalam hidup, kita akan melalui pelbagai perkara samada suka atau duka. Adakala kita akan terlepas pandang beberapa perkara.

Iyalah; nama pun manusia. Kesilapan itu alami.

Jadi dalam hal sebegini, aku selalu berpegang pada cakap orang2 tua. Selalulah berbuat baik pada orang lain. Ikhlas paling utama. Dan kelak, Allah akan mengurniakan balasan berkali ganda. Kau mungkin tidak sedar yang nasib kau sentiasa baik, rezeki kau sentiasa murah, kau jarang ditimpa penyakit dan hari2 dalam hidup kau bagai ada ertinya.

Tidak semestinya balasan Allah itu berupa harta kekayaan. Di dunia sudah dapat ditunjukkan;)

Jadi, buat kau yang membaca, sentiasalah berbuat baik, berniat murni selain berbaik sangka. Ingat, Allah sentiasa ada bersama kita.

FaizalSulaiman'sFootNote---)Kepada beberapa followers baru, terima kasih sgt2 aku ucapkan kerana sudi mengikuti blog ni. InsyaAllah, ada kelapangan, aku akan melawat blog korang;)

Thursday, February 04, 2010

SERU: UMMI -EPISODE 1-


Amir membuka kedua matanya yang tertutup. Pandangannya semakin lama semakin jelas. Dari hanya gelap hitam, dia kini mampu melihat banyak warna. Warna yang selama ini tidak diperoleh tatkala dia masih bernafas di dunia fana.

Dia sedar yang dia sudah mati…

Dan dari ruang pandangannya yang semakin jelas, dia dapat melihat pelbagai umat manusia sedang keluar masuk di sekitar Jalan Mawar, kawasan tempat tinggalnya. Melihat jujukan barisan rumhnya yang diapit oleh rumah jirannya yang sudah di tahan polis kerana dituduh membunuh, Iskandar selain seorang perempuan tua yang semakin lama semakin menyedihkan hidupnya. Nama perempuan tua itu Fateha.

Setiap hari perempuan yang dipanggil Nenek Fateha itu akan duduk di buaian besi rumahnya, bagai menunggu sseorang untuk pulang ke rumah. Entah siapa yang dinanti, Amir kurang pasti. Dia cuba menggunakan pandangan “dalamannya” dimana sebelum ini dia boleh berkomunikasi dengan Mia Jasmine yang telah mati dalam kemalangan yang dirancang oleh suaminya sendiri, bagaimana entiti Isadora mengancamnya supaya tidak memberitahu Irina tentang sikap Iskandar yang kerap berbual-bual dengannya ataupun kehadiran Ezham yang sering melawat-lawat arwah ibunya ketika ibunya, Sara masih hidup dan kerap berkata padanya yang dendam lama akan dibalas kembali.

Tetapi anehnya dia langsung tidak dapat mengagak apakah masalah sebenar Nenek Fateha hinggakan dia sukar mengetahui punca Nenek Fateha kerap berjalan di waktu senja mahupun tindaknnya yang suka bercakap seorang diri.

Waktu bergerak pantas. Hari berganti minggu. Dan setelah seminggu selepas kematian Amir dan ibunya, Sara terpampang di akhbar, rumah mereka telah dijual oleh pemilik rumah asal. Dan seperti biasa, sewaktu jiran baru sedang berpindah, Amir berdiri sayu melihat rumah lamanya bakal diduduki oleh satu keluarga baru. Pasangan suami isteri dengan seorang perempuan mereka. Entah mengapa, Amir dapat merasakan yang anak kepada pasangan itu kerap memerhatikannya dengan takut-takut dan curiga sewaktu dia berdiri tegar di kawasan pokok tebu yang ditanam berhadapan rumahnya.

Tiba-tiba kedengaran jeritan Ah Seng, tuan punya rumah Nenek Fateha yang nampak sibuk dengan kerjanya mengutip duit sewa.

“Ada orang mati!..Ada orang mati!!!”

Amir curiga. Begitu juga jiran baru yang berpindah ke ruamhnya, lalu dengan pantas ke rumah Nenek Fateha.

Kelihatan satu mayat perempuan tua mati mengerikan dengan mata terjegil dan terlihat di dadanya telah dirobek rakus sambil beberapa percikan darah membasahi lantai..

Amir terpana. Dia cuba bersuara. Tetapi gagal. Dia cuba menyentuh Ah Seng mahupun kedua jiran baru itu, namun hampa. Dia berpusing tanpa arah dan kehadiran orang ke ruang tamu Nenek Fateha semakin merumitkan keadaan. Dia tahu siapa yang harus dihubungi. Nenek Fateha ada memberitahunya tentang seseorang tidak lama dulu. Seseorang yang amat benar dia tunggu-tunggu kepulangannya. Tetapi kepada siapa dia harus berkata-kata?.

Amir semakin cemas. Hatinya tak keruan jika perkara ini tidak diberitahu oleh seseorang yang layak.

Amir cuba keluar dari kekusutan itu dan hanya melihat kekecohan itu dari kejauhan. Hatinya memberontak ingin membantu, tetapi pada siapa yang boleh mendengarnya?.

“Awak katakan saja pada saya. Saya boleh nampak awak”, jelas seorang budak perempuan yang kini sudah berdiri disebelahnya. Amir berpaling perlahan. Kelihatan anak perempuan pasangan jiran barunya berdiri tegak dengan masih wajah serius. Raut wajah yang sangat tidak sesuai dengan budak perempuan berusia sepuluh tahun.

“Nama saya, Suri”, kata budak perempuan itu lagi dengan bibirnya yang hampir tidak bergerak. Amir mengeluh panjang, memperjelas mengapa budak perempuan itu mampu memandangnya dengan curiga.

“Baiklah.Awak kena bantu saya. Seseorang perlu diberitahu tentang kematian Nenek Fateha.”, jelas Amir perlahan. Dan Suri kelihatan mengangguk tanda faham.

“Seseorang yang ingin sangat perempuan tua itu memohon maaf”…

BERSAMBUNG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR