Tuesday, March 30, 2010

DUNIA AJAIB ALICE…KASIHAN RED QUEEN


Menonton buah tangan terbaru Tim Burton umpama berada dalam dunia khayalan. Imaginasi kreatif serta campuran pelik Burton dalam membikin Alice in Wonderland menjadikan filem ni berbaloi untuk ditonton.

Harus diingat, penulis hanya pernah menonton kartun Alice semasa darjah 1 sahaja. Selebihnya di dalam filem ini. Banyak juga term2 yg aku tak tau seperti Hari Frabjous, Jabberwocky-si naga dan lain-lain peningnya.

Tapi yang paling diingati adalah Tea Ceremony tuh;)

Ok, style aku biasalah dalam hal2 merumus sinema ni. Jom semak lima pin point penting yang mewajibkan korang menonton..errr walaupun agak terlewat.

1) Peranan Alice dimainkan cukup natural. Tapi sayang comel2 Mia Wasikowska ni tak dapat menolak hatiku untuk mengomen lakonannya yang sedikit kaku walaupun beliau mempunyai ekspressi wajah dan riak emosi yang cukup baik.

2) Watak2 sampingan yang berkembang baik dan cukup menyenangkan!

3) Peranan White Queen (Anne Hathaway) cukup bagus. Comel, lucu tetapi awas!, beliau psycho okay. Penggunaan suara dalam Anne sangat menjadi dan paling tak boleh blah, bila si ratu putih ni menaiki kudanya dengan tangga?! Haha.sopan betul!

4) Ini point utama. Red Queen yg dimainkan oleh Halena Bonham Carter cukup mengesankan. Jarang aku, sebagai audiens merasa kasihan dengan watak jahat (selain watak Hatsumomo dlm Memoirs of a Geisha). Gila kentang kan aku?. Ratu Merah memang jahat. Sikit2 nak pancung kepala. Tetapi, jika kau melihat hanya satu dimensi sahaja watak Ratu Merah tu, memang kau akan dapati si Ratu Merah memang kejam, annoying dan jahat. Cuba kau lihat dari dimensi berbeza. Ratu Merah sebenarnya kesunyian kerana dipinggirkan keluarga kerana kecacatan kepala besar, lalu demi mahu org tunduk padanya, dia membela Jabberwocky agar rakyat tunduk pada beliau. Pengikut-pengikut beliau juga berpura-pura berpakaian aneh (seperti dagu berlapis, hidung terlebih panjang, berperut lapis-lapis buncit, etc). Satu kesedihan bila naga tu mati dan kuasa dia dah tak ada.

5) Beautiful visual effects dan ianya merupakan sesuatu yang berbaloi untuk ditonton!

FaizalSulaiman'sFootNote:--) Pautan terus ke BAB 8-FARCIR di Aksara Keraian. Skrol ke bawah ya;)


Monday, March 29, 2010

PROLOG: PROSA BERMULA



Saat mentari merah mula hendak tenggelam di ufuk timur, kelihatan batas-batas sawah yang mulai menguning tunduk patuh seperti resminya. Angin berpuput mesra, menampar-nampar lembut jasad yang berlanggar dengannya dan kelihatan empat batang tubuh berdiri kaku. Tatkala si gadis lengkap berpakaian cantik, berbaju pengantin hijau muda dengan jilbab yang menyarung litup kepalanya sedang mengejar seorang lelaki bersongkok, berbaju melayu sedondon dan dalam keadaan penuh kekalutan itu, mereka terserempak dengan seorang lagi lelaki yang berwajah terkejut bersama seorang wanita sempurna selindung auratnya sambil memandang situasi itu bagai tidak percaya.

Dan keempat-empat mereka bertemu pada satu takdiran yang tidak disangka. Kala sebuah prosa cuba digubah dalam hati yang penuh gundah

Amir Naufal
Saat tiga kali dipermainkan cinta, dia pasrah. Hanya pada Tuhan dia bertanya, dalam setiap kali sujudnya agar jodohnya segera dipertemukan. Menikmati hidup bahagia berpasang-pasangan seperti khalifah Tuhan yang lain. Namun, ketika hati bertemu sang Hawa idaman, dia harus pasrah yang si Hawa itu bukanlah miliknya. Si Hawa itu bukan dicipta dari rusuknya.

Zulaikha Wirdani
Dibesarkan dalam suasana muslimah sejati dan dalam kelompok keluarga dimana si ayah menentang tindakannya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Bagi Ustaz Rahimmi, perempuan hanya layak duduk di rumah, menjaga aurat diri dan memperhias demi suami. Dan Zulaikha harus taat dengan kata-kata ayahnya walaupun dia tahu, ia ibarat belati berbisa menghiris-hiris tajam. Kata hati Zulaikha bukanlah pemutus segala.

Iman Shakirin
Hasratnya untuk memiliki Zulaikha bagai bulan jatuh ke riba. Akan disemai rasa cinta, dipupuk kasih sayang malah Zulaikha akan dijaga dan ditatang seperti janji dimetrai kepada Ustaz Rahimmi. Dia mahu menebus segala kesalahan lampau yang pernah dilakukannya dan apabila dia mendapat tahu perasaan Zulaikha tidak pernah ada untuknya, Iman redha. Walau hatinya redam, Zulaikha akan tetap dikenang..

Ummi Syafiqa
Dia pernah dikasari, dipermaikan lalu dikecewakan oleh lelaki. Tetapi cinta dan kasihnya tidak pernah luak dan luntur malah dia menganggap semua itu adalah ketentuan hidup, sehinggalah dia bertemu dengan pilihan hati yang dirasakan layak untuknya. Tatkala umurnya jauh berbeza, dikala hatinya berperang dengan kehendak kasih sayang alami seorang manusia dan umpat keji sekeliling yang mula memandang rendah darjatnya, dia akur dan redha..

Dan manusia-manusia ini saling berkait, menanti kelangsungan hidup dengan penuh mengharap. Antara takdir dan keinginan juga antara kehendak dan impian. Dan seperti selalu di dalam pusingan hayat manusia, apabila Kun Fayakun dititip, maka terjadilah seperti kehendak-Nya.

Manusia mampu merancang, Dia akan tentukan...

Membuka tirai penuh, Khamis 1, April 2010;)

Saturday, March 27, 2010

REVIEW 3: KONTES DAN EARTH HOUR


Salam;

Seperti dijanjikan. Aicehh.. Jom semak review 3 dan wahhhh teruja beb disebabkan banyak penyertaan yang menyertai Kontes Earth We Care, We Love You Contest nih!

AsrulAnwar
Beliau mengirimkan 3 keping gambar dan atas budi bicara para juri, mereka memilih satu gambar yang benar-benar menarik hati. Serius aku tengok pon memang tertarik, kau memang da-boom la.haha. Cam angle camera filem epik.Smart;)

AyuSelalu
Memang ayu benar gambar ni. Macam puteri bunian.ahaks! Jangan marah ya!;). Tengok saja gambar Ayu, terus rasa nak pejam mata dan teleport terus kesana ala2 filem Jumper tuh.hahaha

ArynSalleh
Fuhh. Another beautiful capture. Satu pengajaran bila menatap gambar Aryn. Belajar menghargai alam fana yang kita ada;)

Tary
Bagai satu reflection air. Sungguh bah! Bayang-bayang air dalam lopak sangat cantik dan menenangkan;)

Ok habis Review 3. Peraduan masih terbuka OK!. Masih ada kurang lebih seminggu lagi untuk kalian menyertai. Gambar internet pon boleh!. Tapi capture kena bagus lah ya;). Satu lagi bagi mereka yang nak sertai, cuba2 lah explore unsur-unsur lain yang belum diketengahkan. Monopoli banyak pada Air sahaja. Kreativiti tidak terhad disini.

Kalian boleh mengambil gambar plastik2, bekas2 polisterin, tanah retak@ merekah, kesesakan lalu lintas (penyumbang pencemaran udara) dll. Sekadar idea. Kalian boleh menggunakannya;)

Ingat, kreativiti ini akan membezakan anda dengan peserta lain dan laluan sbg pemenang cukup mudah. Oh ye..biarlah capture ayat2 tuh di dalam gambar yg sama. Macam kita buat poster anti dadah dulu2 masa skolah tu.;)

Masa masih ada buat yg belom menyertai. Hey..aku rasa cam nak bagi hadiah lagi lah!hehehe.
Hat tu kena tunggu noo. Kontes yang sama tapi buat peneka bertuah!. Tunggu lepas kontes ni habis tarikhnya, aku akan umumkan oficially;)

Umum mengetahui, malam ni Earth Hour. Setahun lalu, aku ada buat entry pendek khas sempena kempen memulihara bumi nih. Ramai gak selebriti yang menyokong kempen ini. Terbaekk ar!

So korang, malam ini tepat jam 8.30 mlm-9.30 mlm, sila ramai2 padamkan elektrik korang selama sejam. Alah sejam je kot. Nothing happens pon. Korang sayang bumi tak?

Visit here for more

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Alexis's viewer rate semakin menjunam-junam jatuhnya .hehehehe. Perah otak untuk mencari paparan menarik.weeee;p

Friday, March 26, 2010

TANYA: KEKASIH GELAP KU


Salam;)

Ohoiiiii tajuk kemain!

Ok sila gelak dulu;p

Slot tanya terpendek, tetapi memerlukan pandangan ikhlas korang.

Bagaimana rasanya bila ada seseorang memujuk hati, merayu kasih kepada kita sedangkan dia sudah tahu kita sudah berpunya. Di hujung kata-katanya, dia sanggup pula untuk jadi kekasih kedua.

Apa jalan terbaik?. Perlukah berterus terang tanpa langsung menggores perasaan nya?

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Resah hati susah diubati. Lemah jasad tidak berdaya;p

Thursday, March 25, 2010

CERITERA AYAH

Pemandangan dari atas Kolej.


Salam;

Entry pendek buat renungan bersama.(walaupun seram sejuk memikirkan penerimaan readers untuk online series "FARCIR" di Aksara Keraian, Jumaat ini)

Bekerja dengan educational people ini telah mengajar aku untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Bukanlah poyo ya. Tetapi itulah hakikatnya. Bagaimana kau nak tackle hati students supaya pembelajaran yang kau ajar tidaklah holy-shitnya bosan melampau,kemahiran soft skill yg perlu ada selain bertanya untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran(cewahh). Jadi dalam hal2 meminta nasihat ini, aku selalu bertanyakan orang2 senior dalam pejabat.

Ada juga suara2 nakal memberitahu "Tak payah nak baik sangat dengan budak2. Nanti dah semester 4,5 mulalah nak tunjuk belang"

Fuhhh belang tuh!. Dan kerana belang2 hero pelajar2 nih, ramai lecturers makan hati. Ok la, moh kita terus pada perbualan pokok.(hailaaaaaaa melalut benar aku ni). Ini kisah berkait dengan seorang ayah-juga merupakan lecturer senior.

Satu quote beliau yg paling aku ingati;
"Dulu masa anak2 masih kecil, bila saya balik rumah..,berduyun-duyun sambut di muka pintu sambil cakap yay yay ayah dah balik. Tapi bila semua dah besar, saya balik rumah dari bekerja, sorang langsung tak ada. Kalau ada pon, mereka tengok TV sambil kata, abah dah balik? tanpa sambutan seperti dulu", disertai senyuman terkenang-kenang beliau.

Aku dan seorang rakan pensayarah yang sebaya umur hanya tersenyum kelat. Kelat doh sebab sentap sekejap! Makan dalam beb!!
FaizalSulaiman'sFootNote:---)Sayangi ibu bapa anda ketika mereka masih ada;).

p/s--)Harini dan esok busy melampau. Haihhhh teringin nak pergi spa rehatkan kepalahotak!

Wednesday, March 24, 2010

MENCARI MAGIS

bersama rakan-rakan se-uni yang selalu memberi inspirasi


Salam;

Sedang mencari magis dalam menulis.

Harap aku ketemuinya...

Tuesday, March 23, 2010

PALING BODOH

Jalan nak masuk kampung aku.weee..terus, pusing kanan leh jumpa rumah beliau;)


Salam;

Bangun pagi terus membalas komen seorang rakan baik di FB. Satu perkara menarik mengenai kami adalah berkongsi minat yg sama.Gila filem back in 1996 hinggalah muncul filem animasi pertama, Silat Lagenda sampai kepada kemerosotan filem Melayu pada tahun 2000 dan kebangkitan P.Madya Razak yang very tipical yet balik modal; terus susah nak tengok;p

Pada 1996 umur aku masih budak2 tetapi mencabar kepala otak dengan menonton filem Fantasia, Femina, Ringgit Kassorga, Perempuan Isteri dan..., Jogho, Selubung, Perempuan Melayu Terakhir, Embun, Layar Lara, Scoope etc etc. Dan minat aku ni disokong penuh oleh beliau.

Paling menarik, beliau juga individu yang dikira bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan dunia penulisan. Serius!. Siap bagi pinjam novel Ahadiat Akashah bagai semua ok!.hehehe. Biasalah, bila dah banyak menulis, makin banyak imaginasi liarnya!

Dan kerana beliau gak aku mengalami satu perasaan bodoh tersuka dengan seseorang yang akhirnya dilahirkan di dalam bentuk cerita. And I'm very serious coz that is the one stupidest thing ever happened in my life. A story about a couple fall in love, but one of them still searching for her loved ones. Alah tipkial budak sekolah!

Klaka doh! And that crap was my first love story and tak tahan nya pulak tu, aku bagai sudah berjanji dengan diri sendiri tak mahu lagi menulis lagi kisah cinta!

And now, after 9 years aku kembali menulis sebuah Prosa. Entah jadi entah tidak, kau tengok saja ya. Dan ini semua kerana beliau!;)

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Farcir BAB 6 sudah boleh dilayari sekarang. Peraduan masih terbuka dan kalian harus sertainya ok!;)

Monday, March 22, 2010

ISNIN: MENCARI SESUATU YANG KREATIF

Di salah satu lokasi filem PGL di Kluang

Salam;

Isnin datang lagi.

Banyak perkara yang paling orang tak suka hari Isnin. Serius beb!. Aku pun salah satu dari mereka. Lepas saja dah bekerja nih, banyak benda sudah semakin tak larat kita hendak membuatnya. Salah satunya update blog. errr..tapi disebabkan aku-sang penulis yang berhati kental professional, maka seboleh mungkin nak mengemaskini setiap hari selain dapat membalas komen kalian dengan lapang dada.

Maka Isnin ini, sama tipikalnya dengan hari isnin yang lepas...buntu!

FaizalSulaiman's Foot Note:---)Balik dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, aku terus mencari idea apakah yang nak digunakan untuk mengajar 3 kelas ku harini!.

Peraduan masih berjalan. Klik sini untuk join. Juga jangan lupa Farcir BAB 6 hanya di Aksara Keraian, jam 10.03 malam. Harap tekaan anda mengena!!!!

Saturday, March 20, 2010

REVIEW 2: KAUM IBU DAN REVEALING WEEK

Salam;

Minggu ke dua kontes "Earth We Care, We Love You". Lapan contestants bersaing merebut hadiah2 yang ditawarkan. Jom semak siapa mereka yang memasuki contest nih;)

Mr Yesterday
Imej gambar diambil dari dalam gua menunjukkan yang kita sememangnya perlukan cahaya. Simbolik benar gambar beliau neh

MrHomosapiensz
Hijau!. 1st impression dalam kepala terdetik bila melihat gambar yang dihantar. Mesejnya senang. Pulihara sebelum terlambat. Jadilah sebagai simbiosis, bukan parasite. Sejuk mata memandang;)

Zai Kulim
Simple and really nice. Pantai tu kering ok di persisirnya and sadly all the sand looks very dark dan tak cantik!. Korang lihat pon korang sedih

AhmadMikail
A boy riding a horse di persisir pantai. Dua elemen aku suka kat gambar ni. Comel plus simple. A nice pic to show how you can educate your children loving the environment;)

SeindahBayu
Eh eh ada duyung la..comel plak tu. Serius beb. Korang pi la cek! Ni pon another initiative nak menggalakkan kanak2 menyanyangi alam sekitar.

IbuDamia
Pose seorang ibu di pinggir air terjun. Really nice waterfall. Hijau sangat2. Err rasa cam nak pi saja;)

Juliana
Fuhh! That's all I can say. Yang ni amek konsep berbeza. Udara. Flow of polluted air yang nampak diambil selepas hujan!.

Lilo 80
Teruja terus bila menatap pic ni. Really eye catching ngan boat and air laut yang membiru!


Selesai tugas mereview. Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan terima kasih dengan pertambahan penyertaan. Alhamdulilah..persaingan pasti berlaku;). Dan yang paling dapat dilihat disini adalah kebanyakannya adalah KAUM-KAUM IBU!. Tahniah aku ucapkan!

Moga2 ada rezeki terpalit buat kalian semua!

Oh ya, minggu hadapan T Shirt Hijau yang bakal menjadi hak milik pemenang akan disiarkan di blog ni. Teruja betol aku tengok design tuh ok! Haihh kalaula aku pon leh join..kan best! hahaha

Bagi yang membaca karya BAB 5-FARCIR di Aksara Keraian, korang masih boleh meneka watak mana yang akan mati selain apakah yang bakal berlaku kepada 5 watak utama tersebut. Lungsuri sekarang sebelum tutup esok 12.00 tengahri dan buatlah tekaan;)

FaizalSulaiman:--)Ini autopost. Maaf ya kalau komen korang lambat berjawab;)


Thursday, March 18, 2010

CLIFFHANGER TERBESAR



Salam;

Taukah korang apa tu cliffhanger?. Err..cliffhanger yang ni berkait rapat dengan penulisan cerita baik writing ataupun on screen.

Secara literal, cliffhanger memberi maksud "satu pengakhiran sesebuah kisah, yang memberi penghujung yang tidak pasti mahupun samar-samar". Idea cliffhanger ni sebenarnya banyak digunakan di dalam siri2 drama bersiri Hollywood. (dalam drama tempatan, aku tak nampak pulak ya). Antara drama yang berjaya menggunakan idea nih seperti Heroes, Ghost Whisperer, Glee, Desperate Housewives, Ugly Betty maupun Grey's Anatomy;)

Jadi konsep cliffhanger ni secara terang-terang akan diaplikasikan dalam BAB 5 Farcir untuk mini siri online di Aksara Keraian yang akan bersiaran Jumaat ini jam 7.03 pagi. Di akhir Bab tersebut, pembaca akan berteka teki sendiri watak manakah yang akan mati;). Kali ni serius beb, seseorang BENAR-BENAR akan mati!

Selamat membaca;)

FaizalSulaiman'sFootNote:---) Korang boleh meneka watak manakah yang akan mati dan apa yang akan berlaku kepada 5 watak utama tersebut di masa depan . Hantarkan penyertaan di comment box Aksara Keraian-Farcir semasa penyiaran BAB 5 FARCIR, Jumaat ini, dan pemenang paling hampir @ tepat akan memenangi topup bernilai RM 10;). Selamat mencuba;)

Wednesday, March 17, 2010

MENCARI PERASAAN RIANG MENGGANTI DUKA NESTAPA


Milo kegemaran di Shah Alam.Kenangan kini..(iklan jap)
Salam;

Walaweiii..(1st quote) macam tak percaya aku boleh tulis sebegin diatas;p

Ini tak lain, melainkan Pakcik Ass-cer aku. Berbulan dulu aku ada cerita tentang kegedikan beliau yang tiba2 putih skrinnya. As tuan punya yang menjaga dengan penuh kasih sayang hatta mengelap beliau setiap hari, beliau langsung tak mempunyai sifat kasih sayang pada ku semula.

Stendet la beb!. Timbal balas balik tu penting apa. Kau jaga aku, aku jaga kau. Tak begitu?

Pakcik Ass-cer ni pon satu la. Time aku banyak kerja, nak masukkan markah2 students, menyudahkan alkisah FARCIR, membikin Prosa Cinta Amir Naufal selain melalak tiap2 malam menyembuhkan lelah, kau boleh pulak buat hal dengan bertukar warna skrin, sampai aku pon tak nampak isi tulisannya.

Maka terpaksa aku tutup slide skrin kau kejap. Dalam lima minit, aku bukak slide skrin balik.

Apa kejadah tu Pakcik Ass-cer?. Tiap2 kali kau buat hal, aku kena wat camtu. Buang masa, tahu? Baik2 aku nak menyimpan untuk hari tua, dah kena outer kau sana sini. haihh!!!

Saja ye nak bermanja-manja dengan aku?

FaizalSulaiman'sFootNote:--)Pakcik Ass-cer adalah lappy yg aku beli masa tahun Feb 2008. Masuk ni dah 3 kali skrinnya buat hal. Acer..acer..

Jom ramai2 join kontes. Penyertaan masih dibuka;).

Tuesday, March 16, 2010

EDGY AND INTRIGUING


Salam;

Its been quite a while i'm not write in English for my blog. I adore English so much because of its simplicity and practicality all the time. You see, poetry or even song that you've heard can give sort of impacts due to its emotion and straight-forward language used.

For me myself, that is a powerful tool to learn English and as a lecturer for a past three months, I always told my students how important English was. Whatever course you are taking, by the end of the time, when you nervously caught in an interview-all conversations will be in English. SOLID! And you will never skip into your mother tongue because it'll make you look weaker and some more become a victory for other candidates to get that job easier

Like it or not, you need to speak and learn it well.

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Another intense episode of FARCIR. So many big Q and damnn I love to play puzzles!. Do click Aksara Keraian for the episode details before a major cliffhanger this coming Friday;). This time, someone really, I mean REALLY put his/her life in a peril

Meanwhile whoever interest in joining a contest specially for my blog, do click here.Good Luck guys!!!

Pic by Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR