Friday, April 30, 2010

TANYA: EMOSI ATAU KREATIVITI


Salam:

Edisi pendek slot tanya. Oh yes..kali ni betul-betul pendek.

Benar ke, blogger perempuan lebih cenderung menghasilkan entry berbaur emosi, luahan rasa berbanding lelaki?.

Share your thoughts here. Nak tau pandangan korang jugaklah sebab semua orang cuak (termasuk aku) dengan title blog sampah @ orang ada, dia pun nak ada sort of.

Oh yes..pasti akan kuar perkataan ini: Blog aku, aku punya sukalah!

What do you think?

FaizalSulaiman:--)Suka battle of the sexes neh. Differ POV. I really like it a lot;)

P/S: Farcir bab 17 boleh dilayari di laman Aksara Keraian jam 3:03 petang ini. Mereka yang belum join kontes Earth We Care, We Love You, korang boleh berbuat demikian dengan klik di banner sebelah kanan korang;)

Thursday, April 29, 2010

PROSA LIMA



Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal

Pertemuan semula Natrah Syaida dengan Iman Syakirin bagaikan bertaut kembali rasa cinta lama. Amir Naufal dan Zulaikha Wirdani akhirnya bertemu lantas hati si Adam mula terpikat dengan santun si Hawa.

Sepanjang malam Naufal memikirkan pertemuan singkatnya dengan Zulaikha Wirdani, gadis bermata bundar yang cantik. Sekilas pandangan mata itu, ia bagaikan mampu menawan seluruh raganya. Bagaikan ada suatu kuasa aneh menariknya untuk terus memandang elus wajah Zulaikha. Pandangan syaitan kah itu?

Dia bangun dari ranjangnya, menuju ke meja tulis sebelum membuka komputer riba untuk melihat-lihat sekali imbas sisa kerja siangnya yang sudah ditinggalkan. Tulisan berganti tulisan yang silih terpapar di skrin computer kecilnya dipandang kosong tidak bermakna. Data-data yang dilihat juga langsung tidak dapat ditafsirkan.

Mindanya melayah memikirkan empunya diri Zulaikha Wirdani…

“Kau teringat sapa Fal? Haryani lagi?”, tegur suara garau Fakrul sambil membimbit cawan Nescafenya, dengan tiba-tiba sahaja menerjah sambil duduk selamba di atas katil Naufal. Dia memandang Naufal dengan garis senyum di bibir sambil menghirup sedikit baki Nescafe di cawannya perlahan. Naufal, walaubagaimanapun sedikit tersentak, lantas membalas dengan senyuman nipis sambil menolak juntaian rambutnya kebelakang. Lelaki itu menggeleng perlahan.

Fakrul kelihatan sedikit terkejut.
Senyuman Naufal bagai menidakkan yang lelaki itu sedang menghadapi hidup kemurungan.

“Kau gembira?”
“Entahlah”
“Dah tu, takkan tersenyum tiba-tiba je?”

Persoaaln Fakrul membuatkan dia berfikir panjang sambil menutup skrin Compaqnya lalu berpaling pantas, menghadap rakan serumahnya sambil mereka bertentangan mata cuba memberi penjelasan. Kelihatan Fakrul berbaju T Shirt Hard Rocknya dengan berkain pelekat hitam masih meneguk baki Nescafe dari cawannya menanti jawapan pasti sahabatnya itu. Naufal menghembuskan nafas selesa lantas bagai cuba mencari ayat yang sesuai untuk menggambarkan apakah sebenarnya yang sedang dialami.

“Kau pernah rasa suka kat seseorang?”
Fakrul mengangguk.
“Ini bukan maksud, suka macam seorang kawan. Suka macam kita nakkan perempuan itu. Hendakkan perempuan itu menjadi peneman sehingga kita mati”
“Kita tak bercakap tentang Haryani, kan?”
“Bukan!. Jawab dulu soalan aku tu”

Fakrul mengangguk buat kali ke dua. Kali ini Naufal dapat merasakan yang lelaki itu baru memahami pertanyaannya selain yakin bahawa Fakrul pasti membayangkan Nuraisha, gadis yang sudah dikenali lelaki itu lewat dua tahun lamanya. Nuraisha tergolong dalam katergori wanita cantik, muslimah yang sentiasa menjaga aurat, perilaku selain berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Satu perkara yang sering bermain legar dalam fikiran Naufal. Tidak hanya berbulan-bulan lampau tetapi hampir bertahun-tahun lamanya sebelum hatinya kembali terbuka untuk mendekati Zulaikha Wirdani selepas perasaan tulus itu dirobek kejam oleh Haryani.

Apakah yang dicari dalam percintaan?.
Adakah rupa kecantikan?.
Adakah harta duniawi?.
Ataupun keturunan?.
Latar pendidikan?.
Agama?.

Itu persoalan berat. Tersilap langkah, sepanjang hayat sesalnya ditanggung.

“Soalan nya apa?. Kau nak bertanya apa tadi?”, suara garau Fakrul sayup-sayup menyusup ke gegendang telinganya. Naufal bagaikan tersedar dari ilusinya yang panjang, tersenyum seperti merasa lucu dengan khilafnya sendiri sehingga teserlah alur lesung pipitnya yang menawan. Dia menggeleng-geleng perlahan dan kerana sikap perahsianya itu sering membuatkan Fakrul sendiri merasa kurang gemar selain mampu memakan diri lelaki itu sendiri. Dia tahu, dia sepatutnya tidak menyibuk dalam urusan peribadi seseorang. Tetapi jika ia melibatkan hati dan perasaan Naufal, Fakrul tidak mampu menanggung bebanan itu.

Soalnya, hati mulus Naufal terlalu putih untuk dicemari..

“Kau dah bertemu seseorang?”
Tebakan Fakrul langsung disusuli dengan lirikan senyuman Naufal sambil kelihtan lelaki itu menghela nafas panjangnya dalam-dalam. Lama Naufal diam membisu sebelum kedengaran suaranya berkata. “Ya..baru berkenalan. Tapi entahlah..aku sendiri pun..”

“Kenapa “entahlah”?. Kau kena yakin, sahabat”. Kata-kata balas Fakrul itu disertai dengan tepukan mesranya di bahu Naufal. Fakrul memandang sahabatnya dengan penuh kasihan. Aku harap benar kau takkan di sakiti Fal. Aku ingin benar melihat kau bahagia. Kenapa sukar sangat kau temui jalan itu?.

Ucapan Fakrul dibalas dengan senyuman biasanya. Dia memandang Fakrul penuh mengerti. “Kalau Allah sudah tentukan sebaliknya.., aku harus terima”.
Fakrul mengangguk mengerti. Allah penentu segalanya. Kata-kata Naufal ada benarnya. Sepanjang derap langkahnya hendak ke dapur, Fakrul menelan kata-kata itu dengan penuh kerelaan. Andai ikhtiar sudah dilakukan, jika Allah sudah tetapkan ianya begitu, ia tetap akan terjadi… Aku hanya mampu berdoa, teman..

**

Perkarangan Butik Ayu masih sibuk walaupun waktu sudah menginjak ke waktu makan tengahari dan tatkala Zohor mengimbau tengahari terik, Naufal memulakan langkah biasanya ke surau kecil di bangunan pejabatnya itu. Wudhu disempunakan sesungguh-sungguhnya, membaca doa sesudahnya lantas memulakan tugas Tiang Agama dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.

Dihadapan Nya aku kedil. Berdirnya aku dengan sepasang kaki yang telah dipinjamkan. Sepasang tangan yang diciptakan semulianya. Malah kesemua anggota diberi dengan syarat bersyukur kepadaNya.

Tuhan lagi Pemurah. Penyayang lagi Mengasihani. Lemahnya daku. Hinanya daku. Dan melalui penyerahan ini, aku menyerahkan diriku pada Mu lantas aku mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan sebaik-baiknya, Tuhan..

Wajahnya diraup usai doa dibaca. Alhamdulilah!! Sehingga Zohor menjelang, Allah mengurniakan kesihatan yang baik untukku. Rezeki yang murah padaku. Allah ya Jamil, Ya Jalal, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus…

Dia bangun sebelum terpandangkan tempat solat pertama nya tatkala dia bertemu dengan gadis bernama Zulaikha Wirdani. Insiden jam tangan yang sehingga kini dia kenang dan ingat. Ya..di waktu yang terluang rehat ini, Naufal langsung teringat kepada si gadis manis bermata bundar itu. Di awal waktu perkenalan singkat mereka, dia pernah ternampak gadis itu bekerja di Butik Ayu. Butik yang dimiliki oleh seorang wanita pertengahan tiga puluhan yang masih belum berkahwin bernama Ummi Syafiqa.

Dia bergegas ke situ, sebelum sepuluh minit lamanya beliau sampai dengan wajah tertinjau-tinjau sopan dibalik cermin sebelum kelihatan seorang wanita sedang menyusun-nyusun beberapa aksesori pengantin di luar kedainya untuk dipamerkan. Wanita yang manis bertudung menyerlahkan lagi keayuannya.

“Assalamualaikum, saudari”

Wanita itu berpaling sebelum matanya kelihatan tidak berkedip, kemudian menjawab salam dengan pantas. “Walaikumsalam. Ya. Encik nak pilih barang perkahwinan ke?”

Soalan wanita itu disambut senyuman menawan Naufal sehingga menampakkan baris giginya yang putih. Dia menggeleng-geleng perlahan.

“Saya cari..Wirda. Zulaikha Wirdani”, ujar Naufal memperbetulkan kekhilafan wanita itu. Wanita itu membalas dengan senyuman lawa. “Oh..Wirda. Dia baru balik kampung pagi tadi. Urusan keluarga. Minggu depan baru dia balik. Oh by the way, saya penyelia dia, Cik Ummi. Ummi Syafiqa”, jelas wanita itu panjang lebar masih dengan senyumannya. Naufal mengangguk faham.

“Baiklah kalau macam tu, saya beransur dulu lah ya”, ujar Naufal meminta izin meninggalkan wanita itu dengan seribu satu persoalan di gelodak perasaannya.

Ummi Syafiqa menarik nafasnya dalam-dalam. Otaknya bagai tidak boleh berfikir seketika. Nafasnya yang cuba dihela serasakan sesak ruangnya.

SubhanAllah, semolek-molek kejadian Mu. Adakah ini godaan Syaitan?. Adakah aku telah tunduk pada nafsu?.

Sesungguhnya senyuman, perawakan dan kesantunan Naufal telah meruntuhkan tembok egonya pada lelaki selama ini.

Adakah ini tandanya cinta kasihku pada si Adam kembali semula, Ya Allah?.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seberat zarahpun; kalau ada (yang dikerjakan) satu kebajikan, nescaya Allah akan melipat gandakannya, dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar.

AN NISAK: 40

BERSAMBUNG

Wednesday, April 28, 2010

DUA PULUH LIMA..AND I GUESS I'M READY


Salam;

Entry ditulis selepas Subuh. Dan aku rasa entry terpendek yang pernah aku tulis.

Just wanna wish myself: Happy 25th years edition of life. Sangat2 berharap dimasa umur sudah meningkat 25, fikiran akan jadi lebih matang, mempunyai visi hidup yang semakin jelas dan dalam proses untuk bertukar menjadi manusia yang lebih baik akhlak, mentaliti, cara pemikiran, penerimaan dan lebih mendalami ilmu agama. Dunia takkan hanya dikejar semata mahu mencapai kepuasan hidup yang maksima. Akhirat kekal abadi, bukan?

I had an experience of living-like-dead 25 years ago. Penulis yang menulis entri ini pernah mengalaminya sewaktu usiaku sehari dilahirkan ke dunia. Aku dilahirkan tidak cukup bulan (7 bulan) and I've been living in an incubator for quite a while. My father told me once: "Kau dah biru sangat waktu tu dan nurse yg merawat pun cakap--encik perlu sediakan apa yg patut, if anything happens (barang2 pengebumian):

Alhmadulilah. 25 tahun sudah bernafas lega di bumi Allah membuatkan aku sangat menghargai kehidupan. Menghargai peluang yang datang. Melakukan dengan penuh kesungguhan. (selain kerosakan yg dilakukan terhadap diri yang perlu meminta taubat sebelum terlewat)

To all my friends baik family and relatives, Aksara Keraian's brilliant writers, officemates, bloggers, ex uni colleagues, ex schoolmates or facebookers who we even not know each other, THANK YOU VERY MUCH INDEED FOR ALL OF YOUR WISHES.

It means a lot compare to a piece of cake, guys!. Two of my blogger members actually got their birthday a same row like me, myself. Luckily three of them were guys!.

To SafwanHussaini (Apr 27), Me (Apr 28) and SaifulSamsudin (Apr 29) Wishes a very good life we had today plus in future. Just for u know, kalau korang nak tau la, April Men aka guy ni a bit WITTY,
UNPREDICTABLE,
VERY DETERMINE,
BIT JEALOUS,
NEVER GIVE UP,
KNOW WHAT BEST FOR HIM,
A BIT RUSH THEN REGRET WHAT THEY'VE ALREADY DONE

Aku tak rujuk mana2 buku horoskop kejadah ok. Ini based on myself who born in April. Dibawah lembu jantan.muahahaha.

Tapi aku tetap dengan prinsip: age just number: Don't ever feel sorry about your age. Life is about good things, Life is always painted with a beautiful colors that will remind us how simple yet complicated it was. Life can be painful if you let it be. It can be sorrow if you determine to live with it.

So, just face confidently with life. It just the matter come and go. But the point is: would you treat and appreciate your life accordingly?

Ce'st la vie. That is we called life..

FaizalSulaiman:--)Birthday cake di atas sumbangan my sister. She was on April 29 (tomorrow) hehehe..Advance tol dia!Thanks kak! Aku tatau nak bagi ko apa weh besides gaji aku lom masuk daa;)

p/s--)pendek ke entry aku neh.Cam leh buat rumusan!haha

Tuesday, April 27, 2010

SURIRUMAH: FAIRVIEW STRANGLER UNMASKED


Salam;

Ok entry ini berkaitan dengan musim ke enam Desperate Housewives yang sekarang sudahpun menginjak ke episode 20 (entitled Epiphany) untuk siaran di US.

Sebelum menerang dengan lebih lanjut, ramai tertanya-tanya kenapa aku suka sangat mengikuti perkembangan siri dark-comedy-drama ciptaan Mark Cherry nih. Ya ia mengenai surirumah tapi tolong ya. Tolong jangan sempitkan pemikiran kau tu. Its not about women all the time!

Sepanjang enam musim menyaksikan siri ini, aku boleh katakan banyak penggunaan vocabulary dan pembelajaran essay English aku dipengaruhi oleh skrip brilliant Desperate Housewives. Narrator Mary Alice Young yang mati membunuh diri, langsung menjadi pencerita di sebalik suri rumah ini sangat mengagumkan.

I talk about her pronounciation as well as the series script itself! It was kinda brilliant, smart yet funny! The secrets across fences and just right a cul-de-sac even funnier to discover!! (hah tau ke perkataan cul-de-sac tu?. Nah, aku perolehinya ketika menyaksikan episod 11 DH-S6 (Boom Crunch. Carik sendiri.hahaha;)

Ok lah. Apa yang aku teruja sangat mengenai episod 20 surirumah terdesak kalini. Bagi mereka yang mengikuti @ pengikut tegar siri ini, korang pasti dah tau menerusi episod 19, Fairview Strangler's idendity has been reveal. Dialah yg mencekik anak Susan Mayer iaitu Julie Mayer, pembantu kedai Coffee Cup, Amelie Portsmith dan Ivana-gadis pisau cukur yg hampir2 nak jadi menantu keluarga Scavo!

Pencekik@pembunuh bersiri ini diketahui sebagai Eddie, kawan kepada anak Lynette Scavo- Porter Scavo!. Episod 20 malam tadi menceritakan bagaimana Eddie dibesarkan oleh ibunya Barbara yang kaki mabuk kerana depress ditinggalkan suami ketika Eddie berusia empat tahun. Eddie tak pernah dilayan dengan baik oleh ibunya dan menganggap anak itu sangat menyusahkannya.

Satu perkara penting aku pelajari semasa menonton episod ini adalah kita perlu mendidik anak yang bakal kita ada nanti dengan didikan dengan sempurna. Kalau kau bercerai sekalipun, tolonglah jangan libatkan anak2 dalam isu rumahtangga kau tu sehingga merosakkan moral dan emosi anak kau.

Seperkara lagi, jika berlaku perkara berat dalam rumahtangga, jagalah perasaan anak2 dengan baik. Jangan kurang memberi kasih sayang. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebolehan dia. Menidak-nidakkan kemahuan dia. Jangan biar dia berdendam sehingga merosakkan dirinya.

Bagi aku yang sekarang menulis kisah drama dark comedy FARCIR amat mengagumi satu lagi penghasilan episod Housewives dan aku sendiri dapat menyaksikan pelbagai dimensi karakter si creepy-nerd Eddie. Jangan suka menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar si penjenayah. Ya..perilaku dia salah. Tetapi kenapa dia berbuat demikian?. Tentu ada sebabnya. Eddie diabaikan. Ibunya memalukan dirinya dihadapan Bree Van De Kamp (salah seorang jiran) kerana Eddie mempunyai perasaan sayang pada anak Bree. Ibunya mengilai ketawa, jelas menghina kebolehan anaknya itu---yang sejak azali mempunyai low self esteem yg nyata. Tiada gadis yg sukakannya disebabkan wataknya yang lurus.

Dia juga manusia bukan?. Ada hati. Ada perasaan..

Jelas, karakter antagonis Eddie menerapkan sedikit humanity dalam hidupnya..

Seperti kata Mary Alice Young di akhir episode:

"You may wonder, how a monster like that came to be...The answer is simple. Monsters are created by other monsters"

FaizalSulaiman:--)Fikirkan maksudnya pembaca..

Monday, April 26, 2010

AKSARA MENCARI


Salam;

Fikiran umpama milo tabur mapley. (sedap seh). Sepanjang April ini warga Aksara Keraian termasuk aku dikehendaki mencari TEMAN SEALIRAN PENULISAN. Ini dikira menjadi sebahagian warga Aksara Keraian. Bukan sistem mentor segala. Cuma teman se-peng-karyaan sebab aku rasa aku pun banyak kelemahan.

Mana yang boleh kongsi, kita kongsi sama2.

Berminat?

Syarat2 ini aku ambil terus dari blog teman sealiran Aksara Keraian, Miss Nera. Sila telitikan ya.

1. Umur : 18 tahun - 25 tahun


2. Lelaki / Perempuan - indie! (paling penting bermula dari scratch)


3. Minat menulis


4. Ada Facebook ( supaya senang untuk kita semua berkomunikasi)- tak ada sila buat! hehehe


5. Menepati masa ( maksudnya di sini boleh menghantar karya kepada pihak AK 2x seminggu tanpa GAGAL -Mengikut kepada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh AK)


6. Boleh ditegur / dibincang! - perintis-perintis AK juga terbuka kepada teguran mahupun kritikan dan kami berusaha untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan. saling tegur menegur..


7. Terbuka kepada pelbagai genre. cinta.. seram.. komedi gelap, komedi.. Thriller.. kerohanian, asalkan korang boleh mengolah cerita

8. hantar satu bab kepada emel yg akan diberikan untuk diteliti terlebih dahulu. Atau linkkan blog penulisan anda.

9. penggunaan bahasa adalah Bahasa Malaysia standard! bukan bahasa PASAR or SMS!


PROJEK INI BUKAN BERMAKSUD PENULIS AKSARA KERAIAN SEDIA ADA SUDAH CUKUP HEBAT UNTUK MENJADI MENTOR KEPADA PROTEGE2 YANG DIPILIH. MUNGKIN ADA DIANTARA KALIAN LEBIH HEBAT DARI KAMI. DI SINI PENTINGNYA KITA BERKONGSI SEGALA ILMU YANG ADA. HARAP MAKLUM. =]


Ayat aku:

Ini bagai peluang buat kalian yg hendak mengembangkan bakat dan melihat penulisan sebagai cabang serius dalam kehidupan. Buat cari rezeki, mungkin. Siapa tahu?. Mulakan dari bawah. Aku sendiri pun masih mencari ruang terbaik untuk sukses dalam penulisan. Kalian juga boleh begitu, bukan?

Kalau berminat, korang boleh tinggalkan link di kotak shoutmix tuh. Pastikan berminat. Semangat..semangat. Pastikan korang yang berminat meneliti semua karya di AK sebab hendak mengelakkan stereotype @ klise. ;)

Jika berminat, hantarkan bab pertama hasil nukilan korang tu ke alamat email ini:

faizalsulaiman101@gmail.com

untuk diteliti. Macam kata2 Miss Nera. Sebarang kisah!. Tapi perlulah pengolahan baik dan mengujakan!;)

Sama2 membuktikan kepada Malaysia yang orang kita tak malas membaca sebenarnya.hehehe

FaizalSulaiman'sFootNote:---)Pencarian bermula

Entry ulangan;)

VIRUS YM?

Salam;

Ok tajuk tak berbunga.

Kau pernah dengar tentang Virus YM?. Make it brief here, the one who will send you with a..sort of Vietnamese writing into your Yahoo Messenger's conversation.

Long ago, masa aku masih bergelar pelajar, one of my classmate ada dijangkiti virus nih. Takde angin takde ribut tetiba saja hantar mesej through YM dengan bahasa yg pelik, which we all consider as Vietnamese Language. Kelakar pun ada ok sebab we all rasa cam pandai gila mamat ni boleh tulis bahasa Viatnam siap dengan huruf C ada bentuk mata kail di hujung nya! LOL!

After a short discovery, it was confirm as a virus and we will never open or reply the message until everything's fix as normal.

Sad isn't it?.

Security internet kita masih slow and anything will happens all of the sudden sampai satu hari kita realize laptop kita, PC kita dah tak bole bukak disebabkan virus lahanat. Setakat ni two of my YM friends dah dijangkiti virus kejadah ni. Pity if them because tak memasal dah kena virus bagai semua.

And I bet,the days ahead..it could be worst..

FaizalSulaiman:--)Sabar menghadapi dugaan..


FARCIR 16 akan disiarkan jam 8.04 malam ini di Aksara Keraian dengan episod "So Happy I Could Die". Seseorang yg telah mati, bangkit dari alamnya lantas melihat keseluruhan memori hidupnya yg kita sendiri tak pernah lihat..

Kontes Earth We Care, We Love You Contest masih berlangsung hingga April 30 ni. Klik pada banner sebelah kanan korang untuk menyertai. Juga aku masih mencari penulis berbakat yg ingin bersama-sama mengembangkan bakat korang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR