Wednesday, June 30, 2010

MAGIS DUNIA POTTER PT2: OFFICIAL TRAILER

Salam.

Official trailer utk Harry Potter and the Deathly Hallows sudah leak di Internet. Apa yg aku boleh rumuskan, filem yg dibahagikan kpd dua bahagian ini mampu menjadi BLOCKBUSTER OF THE YEAR.

Mungkin aku akan rasa kurang berpuas hati dgn hasilnya nanti, tapi aku tetap menanti filem magic adaptasi JK Rowling ni pada hujung tahun ini dan tahun depan.

Harapnya dua bahagian ini BERBALOI! Jom tgk trailer gempak nih!

Tuesday, June 29, 2010

EXTEND PLUS ACTIVE FAST PLUS AIR BADAK PLUS MISI KEMBALI


Salam

Ok semalam aku demam for the first time ever dalam environment bekerja. Sudahlah demam, selsema pulak tu. Selsema disini merujuk kepada running nose bukan flu yg membahayakan itu. Aku pulak kalau demam, mau makan seminggu kalau tak makan ubat coz demam aku ni akan membawa kepada keadaan yg teruk, effect sampai hidung, bawak ke suara, bawak ke deria rasa semua.

So everything la kan. :P

Mood nak besembang pon takde, nak makan lagi lah. Sampai one of my colleauge tegur "You look pale". Gelap2 aku ni, nampak jugakla pale nya. So means takdelah hitam sangat.hahaha.

So lepas balik agak awal dari kerja and after all tasks as AJK induk minggu suai kenal kali ni dah selesai, aku mengambil keputusan untuk makan sikit, then telan ubat yg diberi oleh clinical instructor. One small tablet akan membawa aku ke tidur yg panjang.

Lepas makan nasi dan makan pil tu, aku terus tidur. But then, bila aku sedar dalam waktu maghrib tu, tubuh aku still tak bole nak react ngn ubat tu, which means takde langsung tindak balas. So dalam keadaan lemah dan sendi yg sakit2, aku quickly fikir..

I must do something. Takkan aku nak biar sakit2 ni menghalang kerja2 aku nanti kan? Kerja, kerja lah. Sakit tu tak bleh dijadikan alasan untuk tidak buat kerja. Lepas mandi ala2 suam2 kuku, aku pergi ke kedai berdekatan dan membeli segala ubat2 yg kau tengok dalam gambar di atas tuh.

Aku telan sekali active fast (untuk kelegaan cepat) dan extend (untuk joint's pain). Aku bukan OD, tapi memang itu aku amalkan kalau2 badan aku demam, then sendi2 pun sama sakit2. Aku minum sekali air cap badak tu.

Alhamdulilah, semuanya ok menjelang tengah malam tadi. OK la sikit walau tak sepenuhnya. Badan I dah tak sakit-sakit. Terima kasih tummy trim.*tetibe.

And guess what,aku akan menulis lagi di laman Aksara Keraian as well as kalian nantikan promo2 di application FB dan blog merah menyala neh. Misi kembali!

FaizalSulaiman:--)Nak kuar snap2 gambar untuk header baru. Kalau sempat, semua link2 yang takde tu akan di adakan harini. Thanks guys!!!

Monday, June 28, 2010

HIDUNG BERAIR SEPERTI SUNGAI

Tinggi tol imaginasi org yg lukis neh


Salam

Lawak la plak bila google nak cari imej "running nose". Sekali, hambik kau, betul2 hidung tu berlari, kau!
ha ha ha.

Ok.
Kondisi hidung sangat tidak selesa skunk ni. Aku ni mengada-ngada sikit. Pantang kena embun, esok surely akan selsema. Aku paling tidak selesa kalau mengalami keadaan running nose. Buat kerja semua tak jadi. Kena ada tisu bagai untuk lap hingus2 yg kuar mcm cendol tuh.LOL!

Kejap2 kang bersin.
Huhuhu..aku lebih rela demam dari running nose.

Tapi takpelah. Kena ingat, datangnya penyakit ada hikmahnya. Bayar kifarah dosa dgn beristighfar banyak. Allahuakbar! Muhasabah diri sekejap.

Harap2nya dalam minggu ni, boleh la baik. Takdelah kurang mood nak mengajar minggu depan. Minggu depan dah start kelas!huhuhu..

FaizalSulaiman:--)Berusaha gigih di wikipedia mencari punca running nose!

Button like FB, Twitter chatbox, koleksi mini siri ngn link FARCIR akan cuba disiapkan harini;)

Sunday, June 27, 2010

BYE BYE BROWN, WELCOME RED


Layout lama..

Salam

Terkejut dgn layout baru? Aku pon sama.

Hambik kau. Sekali merah aku bubuh!

Aku sebenarnya jarang applykan kaler ni dalam kehidupan seharian. Maklumlah, kulit tak berapa nak cerah. Jadi warna2 florescent ni sungguh2 aku elakkan.hahahaha..

So far setakat ni, mata aku masih tak bole nak trima tulisan besar gedabak utk blog update. Takpe, lama2 kang aku biasa lah.

Bosan dengan layout kaler kelabu tu. So dah pakai agak2 dalam setahun. Rindu plak nak pakai balik.wakakaakkakaka..

Tengok la dalam sehari dua neh, kalau rasa ok, aku teruskan sudah.

Setakat ni ada a few applications yg belom di tambah. Ada technical thingy sket yg dulu tak jadik kat layout lama, mengada2 jadik kat layout baru.

Kang dari masa ke semasa , gua update okay! Chiao!!

Saturday, June 26, 2010

DIA:NORA

Salam.

Ya entry "DIA" lagi. Harini nak expose penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Ini gara-gara selepas mendengar lagu beliau yg tiba2 direquest oleh salah sorang teman blogger. Aku pon terus la dengar sambil memutarkan ingatan lama.

Ceh wah!!

Ok Nora meletup dgn lagu "Dipersimpangan Dilema". Sore beliau unik sekaligus meletakkan dirinya sbg salah satu vokal wanita yang terbaik. Dengan imej bersih (aku tak pernah dengar Nora ada gosip negatif sana sini) beliau berjaya sebagai penyanyi yg memiliki identiti sendiri.

Jom semak lagu2 beliau.


Lagu yg melonjakkan nama beiau. Versi latest adalah duet dgn Vince, Dilema 2003 rasanya nama tajuk lagu tu.


Sadis lagu neh.hehehehe..



Lagu tema cerita Haryati kat TV1 dulu lakonan Liza Othman ngn Zaidi Omar. Zaidi Omar jadik gila talak dlam citer neh.best2..aku ingat dow..Balik sekola agama, terus menepek depan Tv tgk citer neh


Rasanya ada lagi lagu2 Nora yg best2, ada dalam Koleksi aku termasuklah Joget Kelantan.Hehehehe. Cukuplah entry harini. Owhh tidak..hari ni dah bermula satu hari yg sibuk..huhu

Friday, June 25, 2010

PROSA TIGA BELAS (BAHAGIAN SATU)



Dalam meniti kehidupan yang penuh warna, tanpa kita sedar segala-galanya akan berubah. Sedikit demi sedikit. Kesannya, secara tidak langsung akan memberi impak kepada hidup manusia itu secara lansungnya. Lima penjuru cinta sedang berperang dengan rasa sendiri bila mana kasih seorang isteri sudah diputus sendiri oleh suami, yang merasakan dirinya sudah tidak sempurna lagi, cinta yang mendalam seorang wanita lanjut usia dengan lelaki muda, sebaya adik lelakinya terhalang dengan hadirnya seorang gadis yang mengaku lelaki itu kepunyaannya. Ataupun seorang lelaki yang berada dalam dilema, dimana dia sedang menimbang kira perihal lamaran yang sudah disuarakan sejak berminggu-minggu yang lalu. Lamaran dari seorang wanita!

Itu kenyataan yang harus dihadapi oleh lima penjuru ini.

Sampai bila ia harus bergelora?

Dan bila kah ia harus menemui jalan penyudahnya?


**

Ruang pejabat Amir Naufal tenang seperti hari-hari biasa setiausahanya, Siti Nazurrah masuk ke dalam untuk mengambil memo komunikasi. Sebaran memo sangat penting dalam menyampaikan maklumat agar segala yang hendak disampaikan tidak akan terlepas pandang oleh pekerja-pekerja yang lainnya.

Pagi Khamis itu, majikan Siti Nazurrah meminta agar tidak diganggu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran seorang gadis yang sudah hamil entah berapa bulan masuk ke dalam pejabat lelaki itu dengan selambanya. Selama ini Siti Nazurrah tidak pernah beranggapan buruk terhadap majikannya, Amir Naufal. Lelaki itu cukup menjaga solatnya. Menjaga tuturnya. Menjaga santunnya terhadap yang bukan mahram. Hendak keluar berjanji temu juga mustahil!

Inikan pula membawa gadis yang tiba-tiba bunting ke dalam pejabat!

Maaf penggunaan ayat yang kasar. Tetapi bilakah masanya majikannya itu melangsungkan perkahwinan? Melalui jalan Siam sana? Apa motifnya?

Persoalan berkecamuk itu sedang bermain legar difikiran Siti Nazurrah. Dia insan biasa yang penuh dengan kecurigaan. Malah dia berani menjamin, semua orang akan beranggapan negatif sepertinya. Malah mungkin akan menuduh perilaku tidak bermoral majikannya!

Kalau tidak, masakan gadis itu hamil?

MasyaAllah! Perilihakan lah majikan aku itu, Ya Allah!
Interkom di meja penyambut tetamu berbunyi dua kali. Ralitnya membuatkan dia langsung tidak sedar.

Kuatnya pengaruh godaan Syaitan!

“Siti..bawakan dua cawan Nescafe ke dalam ya”

Suara Amir menerjah ke gegendang telinga. Lembut seperti biasa, langsung membunuh terus anggapan bodoh yang sekian lama bersarang difikirannya. Dia terlatih. Nescafe yang dibancuhnya hanya memakan masa selama lima minit sahaja. Dia masuk ke ruang pejabat majikannya dengan gadis hamil tadi sedang mengesat air matanya.

Apa sudah jadi?
Adakah…

“Siti bolehlah keluar sekarang, ya”

Siti Nazurrah akur apabila tindakannya berdiri agak lama dibelakang gadis itu diperhati oleh Amir Naufal. Dia bergegas berlalu sambil menutup rapat pintu pejabat majikannya itu.

Setelah pasti Nazurrah sudah pergi, Amir mengambil Nescafe bancuh, lalu meminumnya sedikit demi sedikit.
“Apa yang awak fikirkan, Natrah? Kenapa awak sanggup buat penipuan ini?”

Suara Amir bertukar keras sekali lagi. Kali pertama tatkala Natrah Syaida sendiri mengaku kepada lelaki itu bahawa dia sudah melakukan penipuan kepada Ummi Syafiqa yang langsung membawa kepada tindakan wanita lanjut usia itu menghabiskan baki cutinya terbang ke Turki, lusa.

“Saya terpaksa. Saya cintakan awak Naufal! Tak nampak lagi ke pengorbanan yang sudah saya lakukan ini?”
“Bukan ini caranya, Natrah!”

Gadis itu teresak-esak menangis. Kelihatan dia mengusap lembut perutnya yang semakin membesar itu. Tudung litupnya juga sesekali kelihatan bergoyang-goyang tatkala bahu kecil gadis itu tersengguk sengguk.

“Saya lakukan ini demi anak saya. Saya mahu dia lahir dengan berbapa. Ada ayah yang akan mengazankannya. Saya tak kisah kalau awak tak mencintai saya, tetapu tolonglah Naufal! Tolong selamatkan maruah yang telah saya sendiri calarkan. Tolonglah saya…”

Rayuan gadis itu benar menyentuh sanubarinya. Dia sendiri hidup tiada berayah. Ayahnya meninggal dunia ketika di laut berpuluh tahun dahulu. Dia tahu peritnya bergelar anak yatim. Dia seakan faham perasaan Natrah dilambung gelombang ketika ini.

Seketika dia menghela nafas.

Ya Allah berkatilah tindakan ku ini!

“Baiklah Natrah. Saya lakukan demi anak awak. Seperti apa yang awak minta itu.”

Natrah bangkit dari tangisnya. Mengangkat wajahnya yang sudah basah dengan kilauan air mata. Hatinya gembira terdetik.

Ya Allah, kau berkatilah hidup lelaki bernama Amir Naufal ini. Kau limpahi rezeki untuknya. Temukan jodoh terbaik buatnya…

Natrah Syaida menguntum senyum tanda kesyukuran. Dia amat berharap yang doanya itu bakal dikabulkan. Dia kemudiannya bangun untuk berlalu pergi namun entah mengapa, tiba-tiba bagai ada sesuatu tekanan sedang memulas di hujung perutnya. Bagai ada sesuatu yang hendak keluar dari perutnya lantas selang beberapa saat yang memeritkan itu, cecair jernih seolah mengalir hingga ke betisnya…

“Naufal…Naufal..saya rasa..saya rasa”

Naufal bingkas bangun dari tempat duduknya, kemudian berdiri terkekau melihat wajah merah padam Natrah Syaida dan cecair jernih yang sudah membasahi permaidani pejabatnya.

“Saya rasa sudah tiba masanya…”

**

“Terima kasih kerana menemani abang walau kita bukan suami isteri lagi”

Ungkapan Iman Sykirin di hari-hari terakhir rawatannya di Hospital pada petang itu cukup terkesan di hatinya. Apatah lagi tindakan lelaki itu hendak mengikuti kakaknya, yang juga bekas penyelia praktikalnya, Ummi Syafiqa terbang ke Turki, lusa membuatkan perasaannya semakin berbelah bahagi untuk meninggalkan Iman.

Soalnya dia masih menyayangi lelaki itu. Dan perceraian ini bukanlah kehendaknya!

Dia menolak kerusi roda Iman perlahan-lahan melewati ruang pemeriksaan gigi dan kini ke ruangan farmasi.

“Abang fikirlah masak-masak”

Zulaikha berkata perlahan sebelum menghentikan kerusi roda Iman lalu duduk di ruang menunggu bahagian Farmasi yang lengang, langsung memandang raut wajah suaminya yang bersih tenang.

“Abang yakin dengan keputusan abang. Kalau ada jodoh ketentuan Allah, kita akan bersua kembali”

Iman tersenyum nipis langsung tidak mendedahkan gelora rasa yang berperang di sanubarinya. Sungguh dia masih menyintai Zulaikha. Masih menyanyangi perempuan itu. Tetapi kondisi fizikalnya membataskan, maka jalan itu yang dia pilih!

Dia tidak mahu Zulaikha Wirdani, gadis baik dan suci yang dikenalinya ini tidak mendapat apa yang sepatutnya dari sang suami. Baik zahir mahupun batin.

Kedengaran bunyi siren ambulan memekakkan telinga, langsung mematikan segera perbualan singkat antara bekas suami dan isteri itu. Kelihatan di ruang legar, berdekatan dengan bahagian farmasi itu, seorang lelaki yang cukup dikenali Zulaikha. Dia amati lagi lelaki itu.

Ya! Memang benarlah dia!

Kelihatan dua tiga orang petugas Hospital nampak kelam kabut dan dari kekalutan itu, Zulaikha cuba bertanya seorang Staff Nurse bernama Saadiah yang kebetulan berselisih bahu dengannya.

“Apa yang terjadi, cik?”
“Ohh perkara biasa puan. Suami mengadu isterinya hendak bersalin. Seronok kan? Bertambahlah umat Islam kita.”

Zulaikha mendengar berita itu dengan sangat tergamam. Iman walaubagaimanapun memandang bekas isterinya dengan raut wajah tertanya-tanya. Dan apabila lelaki yang kekusutan tadi sudah mula reda dan tenang, dua pasang mata bertentangan membikin satu jiwa yang penasaran!

Pertemuan semua Amir Naufal dan Zulaikha Wirdani dalam suasana yang paling tidak menyenangkan…

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN DUA

Thursday, June 24, 2010

PROSA DUA BELAS


Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal

Kecelakaan Iman Syakirin bukti ketaqwaan Zulaikha Wirdani terhadap dugaan yang diberikan Allah padanya. Seorang isteri yang solehah akan senantiasa menemani dan melayani suaminya dengan penuh hemah. Amir Naufal dipinang Ummi Syafiqa langsung membawa kepada keputusan paling berat lelaki itu. Adakah patut dia menerimanya…


Ummi Syafiqa menutup lembaran failnya yang bewarna biru muda sambil kembali menyambung memasukkan data di dalam computer. Matanya melilau-lilau memerhatikan nombor-nombor yang cukup memeningkan kepalanya. Dia kemudian menggosok sedikit kelopak matanya yang berpisat-pisat pedih.

Interkom biliknya berbunyi. Dia menjawab tuntas.

“Ada seorang perempuan nak jumpa dengan cik. Tak buat appointment pun”, jelas Sheila gadis yang duduk di ruang reception. Mungkin pelanggan ataupun pembekal baru yang berminat agaknya, hatinya bergetus sendiri menyedapkan rasa gundah yang berperang letus di hatinya.

Perempuan itu bingkas bangun, membetulkan sedikit hijab bewarna hijau lumutnya kemudian berjalan pantas menuju ke ruang menunggu.

Disitu kelihatan seorang gadis manis, lengkap bertudung litup. Ayu benar wajahnya. Pakaiannya ringkas. Jubah sedikit kembang di bawah menunjukkan yang gadis itu sedang hamil, mungkin sudah memasuki enam ke tujuh bulan. Bertuah benar suaminya, mendapat gadis secantik itu untuk dijadikan isteri.

“Apa khabar, puan?”

Syafiqa menyapa kemudian menghulukrkan salam perkenalan. Gadis itu menyambutnya baik. Ulas bibir merahnya mengukir senyuman jelita.

“Boleh saya tahu nama puan?”
“Natrah. Natrah Syaida”

Syafiqa mengangguk faham. Kulitnya yang mulus membuatkan keyakinan perempuan bertambah kuat yang Natrah berkemungkinan berdarah campuran. Suasana senyap seketika sebelum Natrah kembali memulakan bicara.

“Boleh saya tahu hubungan cik dengan Amir Naufal?”

Syafiqa terdiam. Soalan yang ditebak Natrah begitu sukar hendak dijawabnya. Dia kemudian menghela nafas dalam-dalam, berfikiran rasional kemudian berkata perlahan.

“Amir Naufal? Amir Naufal yang bekerja di dalam wisma ini? Yang tinggi-tinggi, berkulit cerah, pakai cermin mata tu?”

Natrah Syaida mengangguk lembut. Bibirnya menguntum senyuman cantik.

“Kelmarin..saya nampak kakak dengan abang Amir..berdua di kafe”

Degupan Syafiqa bergetar kencang. Ya..kelmarin merupakan saat paling tidak boleh dilupakannya. Saat dimana dia, sebagai perempuan melamar seorang lelaki yang disukainya. Dia yakin, Amir Naufal mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah, walaupun caranya agak pelik di amalkan di kelompok masyarakat Melayu.

Satu yang cukup mengelirukan tentang cara gadis itu menegenal pasti Amir Naufal adalah tentang sebutan Abang dihujung katanya.

Entah-entah…

“Saya harap, apa yang diperkatakan ini takkan mengguris hati sesiapa ya, kak!”

Natrah Syaida berkata perlahan. Nafasnya kedengaran tenang dengan raut wajah bersih yang cukup meyakinkan Syafiqa bahawa Natrah ingin memperkatakan sesuatu yang serius.

“Amir Naufal..Amir Naufal yang kakak kenali tu adalah suami saya. Ayah kepada anak yang saya kandungkan sekarang ini”

Ketika itu juga apa yang ditakuti Syafiqa terjadi jua. Dia sukar menerima kenyataan itu sedangkan waktu dia melamar lelaki itu tempohari, Amir langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia adalah suami orang. Walaupun lamaran itu belum berjawab, tetapi Syafiqa tetap yakin Amir masih belum berpunya.

Dan tahu-tahu sahaja hari ini, seorang gadis yang sedang hamil mengaku bahawa Amir Naufal itu adalah suaminya…

“Saya harap kakak tak usahlah ganggu rumah tangga saya. Memang kami ada masalah sebelum ini. Biasalah dalam berumah tangga. Takkan tak pernah berselisih faham, kan?”, ujar Natrah tenang. Dia menghela nafas sebelum kembali menyambung lagi. “Saya memohon maaf kepada kakak jika Abang Amir tak menyatakan statusnya kepada kakak. Dan saya merayu sekali lagi, kita sama-sama perempuan harap-harapnya kakak mengerti perasaan perempuan lain.”, tuturnya lagi sekaligus bangun dari tempat duduknya, memandang wajah Ummi Syafiqa sekilas sambil tersenyum manis.

“InsyaAllah, jika ada kesempatan, kita akan berjumpa lagi”

Natrah Syaida berlalu dengan perasaan yang sangat puas. Selagi dia mengandungkan bayi ini, dia tidak akan membernarkan mana-mana perempuan cuba mendekati lelaki bernama Amir Naufal! Dia sudah terpaut kasih, menyulam cinta kepada Amir. Mustahil dia hendak melepaskan Amir begitu sahaja.

Dan lakonan pertamanya terhadap Ummi Syafiqa hanyalah sebagai suatu permulaan. Dan untuk Ummi Syafiqa, hatinya remuk sudah tidak boleh dicantum lagi. Tatakala kelihatan Natrah Syaida sudah meninggalkannya, dia sudah membuat suatu keputusan. Suatu keputusan yang serasakan sukar hendak dilaksanakan.

Meninggalkan tanah tumpah darahnya dan membawa gelora hati jauh dari sini…

**

Solat Subuhnya sudai usai dilengkapi doa-doa yang dipinta ke hadrat-Nya. Suaminya Iman Syakirin yang sedang duduk di atas kerusi roda, membacakan doa dengan perlahan, lalu di aminkan oleh Zulaikha Wirdani dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.

Doa selesai dengan salam tulus si isteri kepada si suaminya.

Iman Syakirin menghela nafas. Ya…masanya sudah tiba.

“Saya ada sesuatu nak cakapkan kepada awak. Duduklah dulu”, pinta lelaki itu perlahan membuatkan Zulaikha Wirdani tidak jadi hendak bangun. “Apa dia, bang?”, perempuan itu bertanya, juga selembut suara suaminya.
Iman Syakirin menyungging senyum manis. Semanis ketika kali pertama pertemuan mereka di kafe Wisma dengan soalan Iman ketika itu tentang persetujuan nya tentang perkahwinan yang di rancang keluarga mereka.

Senyuman yang sangat dirindui Zulaikha. Senyuman yang sudah disimpan oleh Iman berbulan lamanya selepas lelaki itu ditimpa kecelakaan jalan raya.

“Zulaikha Wirdani..kamu telah menjadi isteri terbaik buat abang. Abang yakin, kamu sudah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk lelaki seperti abang ini dan…”
“Abang tak perlulah nak mengungkit. Tanggungjawab saya, kan?”
“Abang mahu ceraikan kamu. Ceraikan kamu dengan talak satu!”

Dengan serta merta tubuh Zulaikha menggigil. Bibirnya bergetar.

“Apa maksud abang?”
“Ya..dengan ini, pada hari ini abang, suami mu ini akan mencerikan kamu dengan talak satu. Harap-harapnya kamu mendengar dengan sempurna”

Zulaikha menggeleng-gelengkan kepalanya tanda langsung tidak bersetuju. Tambahan pula tindakan suaminya bagai tidak masuk akal. Belum sempat perempuan itu berkata, Iman terlebih dahulu memintasnya.

“Abang buat bersebab. Abang tak mahu kamu menanggung derita. Abang tak mahu kamu seksa!”
“Tapi saya tak menderita langsung. Seksa apatah lagi! Tolonglah bang! Fikirkan dahulu!”
“Abang sudah fikirkan semasak-masaknya. Dan ini adalah jalan yang paling terbaik untuk Zulaikha!

Perempuan itu menekupkan wajahnya, dengan kilauan air mata jernih sudah merembes dipipinya. Kedengaran disebalik sendunya yang cuba ditahankan tentang persoalan mengapa suaminya sanggup melakukan perkara seumpama ini kepadanya!

“Kamu sendiri tahu bukan? Abang tidak menyentuh kamu sepanjang lima bulan perkahwinan kita. Kehadiran abang hanya akan menyusahkan kamu! Abang tak mahu lagi terus terusan menyusahkan kamu dengan keadaan lumpuh sebegini!”

Zulaikha terpempan. Langsung tidak terdetik di hatinya mengenai soal menyusahkan dan terbeban! Itu tanggungjawab. Susah senang ditanggung bersama!

“Abang..tolonglah..jangan..jangan buat begini pada Zulaikha”
“Abang tak mahukan simpati dari kamu, sayang. Kata-kata abang muktamad! Mungkin tiada sudah jodoh antara kita”

Benar. Kata-kata Iman Syakirin sudah tidak boleh di tarik kembali. Dan selepas dari kata-katanya itu, lelaki itu berlalu pergi, meninggalkan isterinya yang sudah tersedu sedan menangis.

Tangisan di atas keputusan yang tanpa sedar ianya juga merobek naluri lelakinya…

Adakah kamu harap, bahawa mereka itu akan beriman kepadamu dan sesungguhnya segolongan di antara mereka mendengar perkataan Allah, kemudian mereka ubah setelah difikirkannya, padahal mereka itu mengetahui

AL BAQARAH: 75

BERSAMBUNG..

Wednesday, June 23, 2010

MAGIS DUNIA POTTER PT 1:TEASER 2


Salam.

Sedang melayari FB Ahad lalu, tertengok pula World Premier Teaser Trailer Harry Potter and The Deathly Hallows.

Impressive! Dan aku tak sabar hendak menontonnya!

Full trailer akan diupdate nanti! Dengar2 pihak Warner Bross akan update dalam hujung bulan ni:)

Aderenalin semakin tinggi...hahaha



Muka si Potter ni nampak matang sikit. Its quite good actually memandangkan the series semakin dark dan ciri2 heroism semakin menyerlah untuk 3 trio neh!

p/s: Boost 2X Prosa Cinta Amir Naufal, esok dan lusa. Sorry guys for a long wait!

Tuesday, June 22, 2010

MEREKA BERBAKAT..TAPI


Salam

Ini kenyataan bila aku berhadapan sendiri dengan budak2 yang bakal aku mengajar

Sebelum bercerita lanjut, mari aku buka helaian demi helaian tentang entry harini.

Hampir dua minggu kolej tempat aku mengajar sedang gigih mengadakan pertandingan “Musical Drama”. Satu usaha yang aku kira sangat baik bagi memupuk minat celik Bahasa Inggeris di kalangan pelajar—inspite of puzzles, chorals speaking, choir sorts of la.

Dengan “drama” mereka exposed dengan expressi, bahasa tubuh dan dengan lagu mereka metafsir kaitan antara dialog dan jalan cerita.

Dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menerima pelawaan untuk menjadi pembantu sepanjang English week ini berlangsung. Minat Musical, jadi peluang seperti ni tidak akan harus dilepaskan!

Aku bercerita tentang bakat penuh yang dimiliki oleh mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Seriously, mereka sangat2 berbakat! Komited dengan tugas malah memiliki showmanship dan skill leadership yang sangat baik.

Barrier mereka hanya satu.

Kekurangan untuk berbahasa Inggeris!

Skrip tu dihafal sebutir-sebutir tanpa memahami maksudnya. Kesian tol aku tengok. Tapi bab berlakon, tak payah nak ajar lebih. Mereka sangat baik!

And surprisingly mereka adalah semester satu!

Semester satu aku dulu di diploma, tak pernah lagi kena buat benda ini! Dan usaha mereka2 ini sangat aku puji!

Dan bagi mereka yang nak tengok, ni antara babak2 yang dorang buat. Aku tak rakam sampai habis. Err kira okla tuh!


Monday, June 21, 2010

UNTUK INSAN BERGELAR AYAH

Rumah kayu kami yang dah digantikan dgn rumah batu.Usaha ayah semua ni;): gambar thn 2007

Salam.

Aku nak buat entry emosi harini.

Dulu, aku mempunyai seorang ayah yang sangat garang dalam hidup aku. Serius. Ayah aku sangat serius orangnya. Pernah jugalah bergurau senda anak beranak, tapi takla selalu. Pulak tu muka aku sebijik sebotol muka ayah, jadi org tua2 dulu cakap selalu berlaga angin.

Dan memang pun berlaga angin

Pulak tu aku ni jenis kepala batu. Kalau itu yang aku nak, maka itu lah yang menjadi permintaan. Masa zaman budak2 apa yg kita tahu? Semua nak menjelma depan mata. Duit ada ke takde, kita kisah apa. Yang penting ada.

The most precious moment yang paling aku ingat ketika berusia 7 tahun adalah di waktu tengahari di hari pertama sekolah. Masa tu semangat aku berkobar-kobar hendak ke sekolah. Sungguh! Sampai kan dinding di rumah penuh aku conteng perkataan Ahad, Isnin, Selasa, Rabu sampai Jumaat.

Tu tak kira conteng dengan pensel, main cikgu2 cakap sorang2. LOL.

OK. Back to my little story, ayah aku balik sepuluh minit selepas aku tunggu dia dari balik berkebun. Ayah kerja peneroka felda. Kerja tak lain, motong kelapa sawit. Bila dia balik, dia senyum tengok aku dah ready ngan uniform putih, tag nama FAIZAL dah tersemat kat kocek dada, beg sandang berat ngan text book, rambut berkilat sikat tepi ngan bedak tompok2 arwah mak aku pakaikan.

Ayah aku cakap..”Wah anak ayah nak pergi sekolah dah!”

Itulah momen paling bahagia dalam hidup. Kata2 itulah yang sangat2 terkenang2 sampai sekarang. Lepas dari tu dia langsung hantar aku pergi sekolah tanpa membersihkan diri. Masa tu aku bangga tunjukkan kat kawan2 aku, ayah aku baru balik kebun.

Those memories kan?

Pernah sekali aku balik sekolah jalan kaki. Masa tu darjah satu, first time jalan kaki. Ayah lupa nak ambik coz dia khusyuk main carom kat kedai roti canai kat kawasan aku back 1990’s dulu. Aku jalan kaki lepas 30 minit tunggu ayah tak ambil2 and for sure lah lalu kat kedai roti canai tu. Perlahan-lahan aku jalan kemudian dengar one of my neighbor yg join sekaki main carom teriak kat ayah aku.

“Man, anak ko tu!”

Ayah aku berpaling dan yes bapak aku cuak gila tgk aku jalan kaki sebab dia lupa nak ambil. Arwah mak aku akan bising kalau ayah tak ambil anak2 dia dari sekolah. Dia pun panggil aku, masuk ke dalam kedai roti canai tu.

Aku masuk ngan beg berat dan uniform sekolah yg dah masam sebab peluh sambil memerhati pelik orang2 dewasa keliling yg teriak2 main carom. Ayah oderkan aku roti canai sekeping ngan teh tarik.

Aku makan. 15 minit lepas tu ayah hantar balik. The funny part is ayah bisik kat telinga aku kata “Jangan bitau mak tau ayah tak ambik angah”

Then sampai umah aku tak bitau arwah mak aku.ehehehehe..Father son complot la neh!

Memang perkara tu aku ingat sampai sekarang termasuklah aku ngan along kena tampar lepas sembahyang maghrib disebabkan aku ngan along main2 sewaktu solat. Masa tu aku darjah dua.

Sekali ayah lempang, berdarah hidung aku! Terus ayah sumbat guna tisu dan ayah benarkan aku tak pergi mengaji malam tu instead of tengok More Jutaria.hahahahahaha

Ada hikmah hidung aku berdarah tu coz back in 2005, masa belajar di Penang, hidung aku berdarah buat kali ke dua. Cuaca panas sangat, jadi aku call ayah untuk minta nasihat. Menitik-nitik darah kuar dari hidung. Horror gila doh!

Sesungguhnya banyak benda mengingatkan aku dengan ayah. Termasuklah time ayah sakit tahun lepas. Aku sangat takut kalau2 “perkara itu” akan terjadi. Mak dah takde jadi satu2nya harta yang aku ada adalah ayah. Nasihat ayah tentang ilmu yang perlu dikejar dan ilmu adalah satu harta yang tak ternilai akan aku semat sampai mati. Kami bukan orang senang, jadi satu2 nya cara nak hidup selesa adalah dengan ilmu. Belajar tinggi2 dan Alhamdulilah semua itu sudah tercapai dan ayah dah lihat kejayaan sedikit demi sedikit anaknya..

Ya..kadang2 aku tak sependapat kalau ayah tegur benda2 yang tak releven, macam penggunaan notis tak bersurat yang hanya dilihat di laman web, perbelanjaan yang tak boleh di kawal lebih2 lagi tahun dua ribu ni dan macam2 lagilah.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak anak beranak.

Kepada encik Leman alias Sulaiman hj Saman, anakmu ini mengucapkan Selamat Hari Bapa. Saya sayang ayah. Saya mahu ayah hidup dalam gembira, sihat dan sentiasa menghiburkan kami.

Sekali lagi…saya sayang ayah!

Setiap kali aku dengar lagu ni aku akan rasa syahdu..


Saturday, June 19, 2010

HOROLOGES

Its always like oldest said that we should’t forget about what we had on the past. But its true, sometimes we need to follow the rythm so that we coudn’t be miss any parts of our life.

To be honest, seriously i’ve abandont my FS (friendster) account and start to pull a new excitement in YMing, FBing, and absoultely my blog. Its true, all these three give me such a joy in social networking. Not to mention my tagged account was sort of forgotten. hahahaha..ya..i know i’m a little sucker.hehehe

But believed, i never closing my FS (friendster) account coz i know that most of my frens have it and its nice to see their life had been potrayed in this social applications.

Life is never been so tough if you know the right ingredients to mix it!

*This entry was taken from my FS account. Hey my mind really in the middle of nowhere now.hahahahaha

Friday, June 18, 2010

PERAM: AKU..TAKUT KAHWIN


Salam.

Oh sinikalnya tajuk entry
Kut ya pun nak gelak, sila gelak belakang aku okay.

Ya ini entry memang berkaitan dengan kahwin.
Soal yg sering dibincang tak kira lapis umur…er sebenarnya untuk orang tua tak sedar diri macam aku nilah.har har har

Kecah ar lu, belom kahwin nak bising2.

Ok aku memang kecah. Tapi bertempat. Yolah..umur makin meningkat. Sorang calon pon belum ada. Takpe..sabarkan hati. Tapi itu bukan point utamanya hari ini.

Terus terang..aku bukan jenis tergopoh gapah dalam bercinta neh. Lebih2 nak ucap “sayang” setiap hari.

Tapi itulah yang aku buta, agaknya.

Lawan sejenis aku sukakan perkataan manja2 itu disetiap hari. Maaflah sayang, saya sudah gagalkan kamu. Ya saya gagal lagi dalam cinta. Dan dizaman skunk ni, dengan berita kahwin cerai membuatkan aku semakin lama semakin cuak.

Dan sangat membuatkan aku semakin takut untuk berkahwin.

Ya memang seronok naik pelamin. Duduk bersanding. Bunyik kompang! LOL! SERUN!! TAPI KAHWIN BUKANLAH SEHARI DUA, DAN BELANJANYA PLAK BUKAN SEPOSEN DUA. Itu sebabnya kita perlu membuat pilihan yg tepat sebelum berkahwin. Jangan main taram saja. Mcam mana kalau org yg kita kahwini tu bukan seperti yg kita harapkan?

Fikir sendiri...

Satu yg aku pegang. Selagi belum ada simpanan yg cukup, harta sendiri atau apa2 lah, selagi tu aku takkan kahwin.

Ini serius. Aku taknak anak2 aku pun sama susah macam aku dulu. Nak dapat itu tak boleh. Nak dapat ini tak boleh. Bukan pampered tapi hidup selesa dengan semua kemudahan boleh diperoleh.

Tanggungjawab punyalah besar. Komitmen dua hala memang sangat tinggi. Sungguh aku belum bersedia (buat masa sekarang lah. Tak bermakna aku tak memberi peluang untuk mencari). Jadi aku memang tabik, angkat topi buat bapak2 dan emak2 muda sebaya aku yang sudah berderet2 anak2. Korang memang awesome lah!

Jadi kesimpulan aku beginilah. Ada tu adalah. InsyaAllah ada. Takde ye takde. Hanya Tuhan yang tahu, kan?

Dia Maha Mengetahui, kan?

FaizalSulaiman:--)Lama lagi lah jawabnya aku nak kahwin. Aku dah penat menanti something untuk disayangi. Lelah dah…

Thursday, June 17, 2010

JAWAPAN PADA _ _ _ N SEMALAM..

Salam;

Hari ni memang malas sebenarnya nak update blog. Tunggu bersawang sawang baru nak update..

Banyak benda nak buat..

Teka teki semalam:

"Esok tiada _ _ _ N"

JAWAPAN:
Harini ini Prosa Cinta Amir Naufal"

habis..

Tuesday, June 15, 2010

DIA: AISHWARYA RAI


Salam;

Eh semalam ada "DIA" harini "DIA" lagi? Tebiat ke apa??

Jawapan klise blogger: "Ini blog aiii. aiii punya sukalah"

har har har.

Kali ini nak menyelongkar si cantik-berbakat-menawan Aishwarya Rai Bachchan.

Aku gilakan Aishu sejak tingkatan tiga. Lebih kurang tahun 2000. Masa tu kat TV2 ada menayangkan filem terhebat beliau ala2 Gone With The Wind, iaitu "Hum Dil De Chuke Sanam" literary means "Straight From the Heart"

Filem tu menarik, menggabungkan 3 nama besar plus my all time favorite director Sanjay Leela Bhansali terus memberikan Aishu gelaran Best Actress menerusi filem drama cinta tu.

Start dari tu, penulis pojok ni meminati Aishu. Boleh dikirakan semulah filem dia aku tengok. Kejap2 aku cuba refresh balik:
1) Hum Dil De Chuke Sanam (hat ni ada lagu nimboda..nimboda..energetic dia menari.haha)
2)Taal
3)Hamara Dil Apke Pass Hain (Shukria..shukria)
4)Kondukondein Kondukondein (filem tamil, colaborasi dengan Tabu)
5)Oh ni..ni.. Devdas!!
6)Jeans (beliau jadik kembar.sebenarnya purak2 jadi kembar)
7)Josh (Kembar dengan Shah Rukh Khan)
8)Mohabbatein (walaupun watak dia sekadar bayang2, meninggalkan kesan tuh!)
9)Dhai Akhshar Prem Ke (pertemuan laki bini dalam filem neh)
10)Mela (guess appearance)

Banyak kan? Sungguh aku memang kipas keras Aishu. Tapi selepas tahun 2003, dah masuk Uni, masa untuk menonton filem2 beliau pun dah takde.So memang aku ketinggalan habis utk mengetahui perkembangan beliau. Bila bukak kamus favret Wikipedia, hambik kau, melambak2 filem2 beliau termasuk empat filem asing yg dia berlakon, termasuk watak villain dalam Dhoom dan The Pink Panther2.

So sebelum abis, meh kita nikmati beberapa klip Aishu yg..seronok untuk ditonton..




LAGI..



DAN LAGI..


Monday, June 14, 2010

DIA:KIM BUM SOO


Salam;

Aku boleh bet, ramai tak berapa kenal dengan mamat Korea ni walaupun maybe a few readers mengenali beliau.

Di Korea, Kim Bum Soo sangat dikenali dengan note vocal RnB dan Balladnya. First time aku dengar lagu Kim adalah pada tahun 2008.Err kira baru jugaklah. Masa konon2 aku demam drama Korea dan sedang gigih menggoggle perihal drama siri cinta-tragik “What Happened In Bali”, lagu Kim digunakan antara yg digunakan dalam siri itu.

Oh suara dia..
Jangan cakaplah. So ballad!

Err ni kira bocor rahsia jugalah, kalau aku sedang asyik melayan mood jiwang, lagu Kim Bum Soo antara pilihan untuk didengar.

Walaupun tak faham sepatah haram, aku buat2 faham sudah!hahaha

Hey..the best part is, music video Kim Bum Soo juga kelihatan macam drama. Pulak tu jalan cerita memang sedih tak hingat arr.

Kreatif kan?

Takdelah sekdar jalan2 menyanyi je.

So, apalagi, jum tengok MV mamat nih!




Lagi..



Dan Lagi..



Yg ni plak theme song utk siri Stairway To Heaven



Dan lagi dan lagi



Tak cukup??YouTube sendiri. Ini cadangan saja;);)

FaizalSulaiman:--)Kreatif betul Korean ni kan?

FARCIR EP 30, I Guess This Is Goodbye BAHAGIAN DUA akan disiarkan jam 2:06 ptg ini. Selamat membaca!

Sunday, June 13, 2010

INILAH YANG TERAKHIRNYA

Salam;

"Kalau begitu, inilah yang terakhirnya"
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan dialog terakhir siri FARCIR (sebutan FAR-SEE) yang akan disiarkan ekslusif esok, June 14, 2010. Bab 30 BAHAGIAN 2: I Guess This Is Goodbye akan bermula dengan pertemuan semula musuh lama, disusuli dengan rahsia keluarga, ugutan seorang suami dan akhir sekali..tentulah kematian di helaian 19 muka surat itu. Ohh cuak juga dengan muka surat yang banyak itu. Maklumlah double spacing. hehehehehe...


Terima kasih dengan segala cinta dan sokongan kalian dalam menjadikan siri ini bacaan setiap minggu.

Jangan lupa layari Aksara Keraian untuk membaca karya-karya hebat yang lain

Sekian. Terima Kasih

FaizalSulaiman:--)Selamat berhujung minggu!

Friday, June 11, 2010

CINTA


Salam.

Ini cinta sesama manusia. Masing2 punyai kehendak bukan.

Okay. Satulah kata2 di pagi Jumaat mulia ni. Memang benar cinta takkan datang kalau tak dicari. Tapi pernahkah kau jumpa pencari cinta yang kecewa di akhirnya?

Aku pernah.

Oh noo..luluh hati mereka2 itu.

Bagi aku, biarlah ia datang dengan sendiri. Buka mata dan cinta itu hadir saat pagi mula membuka cahaya.

Aiseh..taman sungguh ayat aku.

Lagi satu, kalau benar cinta itu bukan milik kamu, lepaskan ia bebas. Tak guna nak menyimpan. Nak buat apa? Pekasam?

Cinta kamu akan datang. Allah sudah tetapkannya, maka sabar dalam menempuhi hidup ini ya. Gagal dalam bercinta bukan bermakna kamu hilang segala. The thing is she atau he masih belum muncul kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya...

Sekian tazkirah;)

FaizalSulaiman:---)Cinta bisa bahagia, cinta bisa sedih, cinta bisa....(sambung)

FARCIR EP 29 PART 1:Gotta Be Somebody: Akan disiarkan harini, June 11, 2010;) Selamat membaca pembongkaran rahsia bahagian pertama!

gambar ihsan google

Thursday, June 10, 2010

PROSA SEBELAS

Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal

Perkahwinan Zulaikha Wirdani dengan Iman Syakirin menyentap perasaan Amir Naufal sekaligus cuba menenangkan dirinya. Satu tragedi bakal menimpa pasangan pengantin baru itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui



Perkhabaran pagi itu sangat mengejutkan.
Sangat mengejutkan sehingga menyebabkan salah seorang ahli keluarga kecil itu pengsan manakala yang lain memanjatkan doa bersilih timpa kepada Sang Yang Pencipta. Maha Pengasih juga Maha Penyayang.
Penemuan sebuah kereta remuk permukaannya yang terbalik terseret di jalan sebelum menghentam pohon besar berdekatan menjadi berita paling buruk diterima ahli keluarga itu.
Paling menyayat, mangsa dikhabarkan tidak sedar semasa kejadian ngeri itu malahan keadaan mangsa juga sangat menakutkan.

Dugaan Maha Besar. Suka atau tidak, manusia hina dina harus menerimanya, sekalipun ia pahit seperti hempedu yang harus dimamah.

Siapa yang sukakan kenyataan? Hakikatnya manusia memang mahu hidup dalam khayalan. Seperti dalam cerita-cerita dongeng. Namun, kenyataan jua sangat memeritkan.

Perkarangan Hospital Besar tidak sibuk pagi itu, walaupun satu kemalangan telah berlaku dan hampir meragut nyawa mangsanya. Satu keluarga tiba, empat jam kemudian dengan sepasang suami isteri yang berumur tua, anak perempuan mereka yang tampak sangat sugul dan seorang lagi wanita berusia yang berusaha keras untuk kelihatan tabah disebalik ujian yang menimpa itu. Selepas kereta diparkir, mereka berempat bergegas ke kaunter pertanyaan untuk ke wad pesakit yang dimasukkan empat jam tadi.

Si penyambut menyambut mesra, menenangkan seisi keluarga yang berduka nestapa. Mereka kemudian duduk setelah di arahkan di tempat menunggu dengan reaksi sabar memanjat doa. Ya. Ini ujian Allah. Terbuka atau tidak, mereka harus menerimanya sebagai kayu ukur muslim yang sangat dituntut dalam Islam.

“Sabarlah, nak. Allah itu Maha Mengetahui. Dia pasti punyai sebab mengapa Dia buat begini”, ujar si ibu mengusap lembut bahu anaknya yang terdiam membisu sedari tadi. Si anak diam. Bibirnya bergetar bacaan zikrullah yang tidak henti henti dibisikkan setelah mendengar perkhabaran buruk itu. Dia sabar, walau dinidngnya sedikit goyah apabila berita itu lolos ke dalam cuping telinganya.

Suami kamu kemalangan. Keretanya remuk teruk. Keadaannya kritikal!

Kata-kata itu cukup tajam menghiris. Cukup takut untuk didengar. Cukup pahit untuk ditelan. Mahu saja disuruh si pembawa berita mengatakan bahawa semuanya itu palsu. Bohong belaka. Khabaran busuk untuk menggoyahkan hubungan suci-rumahtangga yang baharu saja dibina bersama suami, Iman Syakirin yang mulai hendak dikasihi.

Menikmati saat indah manisnya cinta, sucinya kasih dan indahnya bahtera bersulam Islam dalam penghidupan suami isteri kelak.

Tetapi semuanya hancur. Lebur bagai dedebu pasir halus yang beterbangan tanpa arah. Tanpa disentuh sedikitpun dari suaminya, Iman menemui kecelakaan yang cukup dahsyat, langsung membuat nuraninya tersentap.

Ia bagai menyentak rambut dari kepala.

Rasanya sakit. Marah membuak dan keliru saling berperang tembak dalam hati. Namun, itu emosi. Permainan makhluk api yang menjadi musuh kaum Adam sehingga Kiamat. Dia pengsan seketika. Pandangan dunia seakan gelap. Nafasnya bagai lelah dalam situasi terdesak itu.

Dan dalam gelap memekat di dunianya sendiri, seakan ada cahaya hangat di balik malap mendinginkan itu, lantas dengan kekuatan yang diberi, dia menghela nafas mengucap istighfar mengingat Allah.

Astaghfirullah!
Astaghfirullah!
Astaghfirullah!

Lindungi aku dari bisikan syaitan, ya Allah

Dia bangkit dari saat gelapnya. Matanya layu saat memerhatikan bayangan detar depan mata melihatkan ramai penduduk kampung, wanita kesemuanya memandang kasihan padanya. Mengusap-usap bahunya. Mengucap sabar padanya. Memandang simpati padanya. Malah, memberi kata-kata semangat buatnya.

Dia hargai semua itu.

Lantas, dengan penuh kekuatan, dia melangkah jua di dalam Hospital Besar, dibalik zikrullah pengubat duka, dia hanya bersandar pada Allah.

Hanya Allah penemannya kini!

“Siapa Puan Zulaikha Wirdani binti Wafi?”

Kedengaran suara doktor muda lengkap dengan kot putihnya sambil membimbit papan klipnya di sisi. Tag namanya yang tertera Johan kelihatan bersinar terpantul di balik panahan kalimantang yang menyilaukan. Zulaikha Wirdani tersedar dari lamunan panjang sekaligus mengangkat tangannya perlahan. Seiisi keluarga memandangnya kasihan, tetapi Zulaikha cuba untuk menjadi kuat. Dia menghadiahkan semua satu senyuman melegakan buat semua.

“Boleh saya bercakap dengan puan sekejap”, bingkis doktor itu tadi langsung disambut dengan anggukan tidak ketara Zulaikha, kemudian mengikuti doktor muda itu ke satu sudut terpencil yang dipandang keluarga nya dengan penuh tandatanya.

“Ini berkaitan dengan suami puan. Encik Iman Syakirin”
“Kenapa dengannya?”

Wajah Johan nampak berat. Kesah benar nafasnya. Dia cuba menyelinap pandang pada keputusan di papan klipnya sekilas dan mengambil masa untuk menenangkan fikiran lantas memujuk hatinya agar wanita dihadapannya itu mampu menerima keputusan yang bakal diperkatakan nanti, diterima dengan hati yang redha terbuka.

InsyaAllah!

“Keadaan suami puan…”
“Kenapa dengan beliau?”
“Ada..ada kemungkinan beliau akan lumpuh seumur hidup!”

Zulaikha Wirdani tergamam. Mulutnya yang terbuka sedikit, dikatupkan pantas. Matanya tiba-tiba sahaja bergenang.

Ya Allah…
Tabahkan hatiku…

Mutiara jernih yang bergenang-genang itu mengalir lesu..


**

SEMINGGU BERLALU

Suasana petang semakin menginjak ke senja. Hembusan angin dari alat penghawa dingin semakin mengigit. Amir Naufal masih duduk di dalam Kafe Rumah Kampung sambil menikmati secangkir kopi kegemarannya. Sudah seminggu dia menanam hatinya dengan sabar berlipat kali ganda sejak pertama kali mendengar perkhabaran tentang perkahwinan Zulaikha Wirdani.

Sungguh.
Ia umpama belati menikam sanubari!

Dan sebagai muslim yang taat, dia bersabar seadanya. Dia tahu, pasti ada qadha dan qadar yang ditentukan oleh Allah subhanwataala. Dia yakin, semua itu punyai hikmah terselindung yang tidak diketahuinya.

Teguh pendiriannya sama juga teguh imannya.

Dia menghirup kopinya dengan tenang tatkala memerhatikan suasana Kafe Rumah Kampung yang mulai lengang dari pengunjung dan yang kelihatan hanya tiga orang pekerja kafe yang sedang sibuk mengemas ruangan dapur selain ada juga yang mengira hasil jualan pada hari itu.

Muncul di birai matanya kelibat seorang wanita cantik bertudung membawa secangkir kopi, sama hitam pekat sepertinya langsung duduk dihadapan menyungging senyum cantik.

“Encik Amir apa khabar?”, perempuan itu bertanya tanpa rasa malu. Matanya terkerdip-kerdip sambil bibirnya mengukir garisan lawa. Amir Naufal yang sekurang-kurangnya berasa sangat terkejut, mengangguk perlahan sambil mengamati wajah perempuan menawan di hadapan matanya itu.

Baharu dia sedar. Rupa-rupanya perempuan itu memang pernah dilihatnya sebelum ini. Perempuan yang menjadi penyelia praktikal Zulaikha Wirdani.

Perempuan yang bernama Ummi Syafiqa.

“Ummi ya? Ummi Syafiqa?”, soal Amir Naufal bertukar mesra. Ummi membalas dengan senyuman mengiyakan. Perempuan itu kemudian, dengan rasa malunya berkata perlahan.

“Tak sangka Encik Amir masih mengingati saya!”, bisiknya lemah lembut. Amir tersenyum nipis. Ummi Syafiqa bersuara lagi. Kali ini lebih santun. Penuh kelembutan.

“Sebenarnya, saya ada satu hajat. Satu pertolongan, kalau boleh ditafsirkan”

Amir Naufal kemudiannya memandang Ummi Syafiqa dengan pandangan penuh tertanya. Sambi mengerdipkan kelopak matanya berkali kali, dia dapat melihat bagai ada semburan merah menyala mewarnai kedua pipi gebu melepak perempuan itu.

“Sebenarnya..sebenarnya..”
“Ya..sebenarnya apa ya Cik Ummi Syafiqa?”

Berderau darah Ummi Syafiqa mendengar namanya dipanggil penuh. Nafasnya sudah tidak sealun dan seirama tadi. Jantungnya berdegup pantas. Dia cuba lapangkan fikiran. Niatnya baik. Allah memahami.

Dia hanya mengharapkan Allah akan membantu semua ini. Melancarkan segala-galanya..

“Saya berkenan dengan awak, Encik Amir. Saya ingin menjadikan awak suami dalam hidup saya. Melindungi saya dari sebarang ancaman lantas membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah”

Amir Naufal tergamam. Matanya berkerdip dua kali tatkala melihat Ummi Syafiqa mengeluarkan sebentuk cincin emas putih dari dalam tas tangannya, lantas membuka kotak cincin itu, mempamerkan bentuknya yang halus seni ukirnya.

Pandangan lelaki itu bertukar ganti melihat cincin dan wajah berkilau Ummi Syafiqa menanti jawapan.

Allahuakbar!!!

Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak teraniaya sedikitpun
AN NISSAK: 124

Bersambung...

Wednesday, June 09, 2010

INI BUKAN ENTRY SEDIH, JADI MARILAH KITA MENARI CAK LEMPONG..YIHAAA

Salam;

Penulis blog ini mengalami sawan dalam kepalanya. Jadi kau biarkan saja kepalanya berpusing tari dalam paksi yg memeningkan.

Aku baru sedar, dua tiga menjak ini entry aku kebanyakan berbaur emosi. Taman sungguh kan? Haihh, gua manusia juga. Asalnya sama macam kau juga. Tanah.

Jadi dalam usaha mencari mood, fikiran yang positif macam astro ceria-kanak kanak-riang-gembira, aku cuba mengingat semula kisah-kisah lama yang melucukan. Untuk kita-kita ajeee..

Opss..

Aku perlu berhati-hati. Tak semua kenangan manis itu MANIS buat kita. Mungkin ianya RACUN bagi orang lain.

Baiklah murid2, cikgu nak habaq mai sat. Sekarang cuti sekolah. Anak2 yang membaca tulisan yg tak seberapa ini harap2 nya mendapat sesuatu okay. Musim cuti ini sesuai buat korang berenak-enak di rumah. Tolong mak anda membasuh, mengemas, memasak, urut2 bahu ke, kaki ke.

Jangan la nak berangan jadi Puan/Tuan besar dalam rumah, ya! Aku boleh tabik spring buat anak2 yg bangun lewat, matahari dah tak ingat berapa galah atas kepala, kemudian selamba beruang makan nasi, tak gosok gigi pastuh online bukak Facebook!

Syurga..syurga

Paling best, langsung tak besalah kat mak dia yang tertunggang tunggeng buat kerja.

Tolonglah mak anda. Kalau bukan ada, siapa lagi…Kata sayang kat mak? Hari Ibu haritu kemain lagi berjanji,bermadah segala.

Sementara dia ada ni..buatlah kebaikan..

Oh ya, pemenang kontes Earth: We Care, We Love You akan dipos hadiahnya InsyaAllah minggu depan. I am so sorry sebab terlalu sangat sibuk. Hah ambik tu. “Terlalu sangat”

FaizalSulaiman:---) Heh aku perasanlah cerita “Kau Aku” apa2 lah yg kat Astro Ria tu merepek-repek ar. Siapa perasan?Angkat tangan???hahah

p/s: Prosa Cinta Amir Naufal, esok macam biasa 7pagi.


Gambar ihsan Google

Tuesday, June 08, 2010

SARINGAN SEMUA APLIKASI. JANGAN SAMPAI NASI MENJADI BUBUR

Lamanya tak makan bubur..huhu


Salam;

Kekecohan berlaku dalam minggu lepas. Oh kekecohan apa. Biar korang cari sendiri. Aku lelah nak mengulas.

Biar kita fokus pada tajuk sahaja. Nak mengelak dari perkara2 yg tak diingini berlaku itu mudah. Buat yg ada jaringan2 sosial spt Facebook, Friendster, MySpace, Twitter, Formspring, ini pesanan aku.

Saring kawan2 kau. Ya, saring. Tatau saring?
Ermm tapis.

Ada yg kita tak kenal. Ada yg kita kenal, even tak pernah jumpa muka tapi kita kenal si dia menerusi gambar, cerita di blog melalui laporan hidup harian dia.

Kita add dia dalam applikasi ini tanpa langsung menyedari baik buruk di kemudian hari. Ok bila benda ini terkena di batang hidung sendiri, of course memang menyesal tak sudah.

Aku cakap “ menyesal tak sudah”

Pada mulanya mungkin kita (malah aku sendiri pun) akan rasa tersentap kalau kawan2 dlm FB tetiba remove as friends. Tapi bila kau fikir balik, dia buat bersebab. Mungkin dia nak kawan yg betul2 dia kenal, rapat dan pernah bersua muka.

Takdelah orang cakap yg kita ni berkawan dengan org yg tak pernah nampak bayangnya. Setakat gambar.

Perlu diingat, semua orang boleh menipu okay! Aku bercakap soal penipuan kaw kaw punya.

Nak disesal tak guna juga. Nasi sudah menjadi bubur. Penting lain kali, kita perlu sentiasa berwaspada.

Ingat ya. Waspada.

FaizalSulaiman:---) Manusia..mudah alpa

Bermula hari ini akan bermula countdown FARCIR. Be alert with the promotion!hehehe

Monday, June 07, 2010

KALAU KENDERAAN BOLEH KELUARKAN SIGNAL:BERBAHASA BAHASI


Salam

Opss tak masuk akal plak.

Tapi ini kenyataan yang aku sedang fikirkan.
Jom budak2 engineer, designer, kretif renung sejenak.

Macam post yg lepas pasal isu kesabaran memandu. Ini pasal memandu lagi. Kali ini nak invent kereta yg boleh kuarkan signal kata-kata seperti:

“Terima kasih kerana memberi laluan”
“Anda pemandu yg berhemah”
“Terima kasih kerana bersabar”

Positif dulu. Contohnya, bila kita nak masuk simpang yg takde traffic light. Of course la kita akan tertunggu-tunggu kereta arah bertentangan bagi ruang untuk kereta kita masuk. Buat yg selamba badak, depa langsung takkan bagi jalan.

Serius!
Banyak kes beb.

Tapi ada yg bagi jalan. Stop kejap, kemudian bagi kita lalu dengan isyarat tangan suruh kita masuk. Betul kan?

Nah. Disini gunanya idea kreatif aku. Invent kereta yg boleh bubuh signage seperti yg ku sebutkan di atas. Contoh: “Terima kasih kerana memberi laluan” Kalu boleh bubuh simili (smilie macam wink ke, blushing ke, kenyit mata ke, menangis terharu ke.LOL)

Sejuk hati org yg memandu. Pasangla butang tu kat stereng, kemudian sign akan kuar dari bumbung kereta. Best kan?:)

Tapi satu lagi imaginasi negative aku terwang-awang. Nak2 kalau kita dalam keadaan tertekan bila memandu. Heh! Sebelum buat benda ni, kena kaji buruknya juga, kan?

Aku berani jamin. Akan kuar signage seperti ini:

“Heh bodoh! Apsal lembab sangat kau drive”
“Apsal ko belok tak bagi signal, hah mangkuk?”
“Kepalahotak ko.Ko ingat jalan ni ko yg punya?”
“Weh derrr.Apsal lu bukak lampu tinggi?”

Kan? Kan?
Alah kau mengaku saja!

Aku rasa macam banyak keburukannya dari kebaikkannya. Serius nih. Silap2 ada yg sanggup berenti kereta pastuh berlaku pergaduhan! Malah lebih teruk, kematian.
Lagipun, ekspresi “kebaikan” bukan hanya tertumpu pada perkataan saja kan?

Bahasa tubuh pun boleh apa!

FaizalSulaiman:---)Aku kena hentikan idea yg tak berapa nak cerdik ni.hahaha


Gambar ihsan Google.

Episode terbaharu FARCIR 28 akan disiarkan jam 7:06 minit petang ini dengan episode "Please Don't Tell Her". Selamat membaca!

Friday, June 04, 2010

HANYA SEKALI

Salam Jumaat;

Entry pendek.
Tiada yang kedua. Hanya sekali sahaja.
Hanya sekali ini.
Dan tiada lagi tukar ganti.

Sekali..
Sekali
dan
Sekali..

Hanya Sekali!
TITIK.

Thursday, June 03, 2010

PROSA SEPULUH

Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal

Tatkala kejahatan mula hendak berkuasa, Allah membantu hamba Nya dalam keadaan yang paling menyenangkan. Cinta tulus Natrah Syaida mulai berputik cambah terhadap pekerti Amir Naufal. Iman Syakirin mula memasang fatwa cinta terindah buat dirinya juga Zulaikha Wirdani

Pagi indah Jumaat. Mulianya hari ini dirasakan sejak fajar siddiq Subuh meremang-remang memperlihat nur nya yang gilang gemilang. Ketika pagi mula melembar sabda, beburung riang beterbangan dan tanpa jemu melempiaskan zikrullah pada sang Pencipta, maka atas Qada dan Qadarnya dua lambang jiwa bakal disatukan.

Disatukan atas tiang cinta, berlandaskan lantai keimanan dengan teras Islam berpaksi pada syahadah berbaris dua.

Di hening pagi, sesudah sang suria menganyam cahaya, menyimbah alam buana, rumah keluarga Imam Wafi mula dikunjungi dengan segenap penduduk kampung setelah dijemput oleh imam yang disegani itu. Mereka telah mengetahui berita gembira itu sejak berminggu lamanya.

Si dara pingitan keturunan Imam Wafi dan Wan Aminah akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga, molek budi pekerti, Islam bentuknya dan mampu mendidik dan membimbing si dara itu ke jalan yang diredhai Allah.

Majlis berlangsung dengan ringkas. Seringkas tuntutan Islam yang menuntut kesederhanaan dalam segala hal. Tidak perlu menunjuk, kerana Allah langsung tidak menyukai umatnya yang suka membazir malah akan jatuh riak juga takabbur.

Itu amalan syaitan.

Di dalam kamar. Kelihatan seorang gadis sedang berteleku diam di balik katilnya.

Zulaikha Wirdani merenung kejauhan di balik tirai jendelanya yang terbuka luas. Dari dalam bilik nya yang kecil, dia dapat memerhatikan kawanan burung berterbangan bebas di udara, sekelompok lalang ditiup lemah sang angin lesu selain pohon sena yang teguh berdiri, adakala bergegar sedikit dihentam ledakan bayu yang entah dari mana datangnya.

Hatinya bertolak kira sekarang. Resah dan bingung mulai menerpa saat diri hendak diijabkabulkan, menjadi suri di hati sang adam, sama seperti hari pertama lelaki yang bernama Iman Syakirin datang dalam hidupnya, menambah beban memijarkan lalu memilih sama ada mahu mengikuti kehendak hati ataupun mengikuti perintah ayah dan ibu yang dikasihi.

Anak mana yang mahu menghampakan kehendak ibi bapa. Sungguhpun ayahnya Imam Wafi tidak pernah bertanya tentang persetujuannya, dia sebagai anak, seboleh mungkin tidak akan pernah menghampakan kehendak kedua orang tuanya itu. Dalam hidup, apalah yang lebih penting dari keredhaaan ibu bapa? Biarlah hatinya luluh, terseksa luka, dia redha.

Mungkin Allah sudah tetapkan yang cinta hatiku kepunyaan Iman Syakirin. Bukan dengan lelaki yang menemukan jam tanganku, bukan lelaki yang menegur ku di premis pejabatnya, bukan juga lelaki yang ingin membeli Al Quran resam uthmani di Toko Al Khawarizmi.

Dan saat hati ini hampir dimiliki lelaki lain, Zulaikha Wirdani masih terkenang-kenang keberadaan lelaki itu. Siapa dia?

Adakah dia juga mempunyai perasaannya terhadapku?

Zulaikha Wirdani hanya memendam rasa tatkala memalingkan pandangannya ke arah cermin soleknya yang bersih, mempamerkan dirinya yang lengkap berjilbab, dengan rona hijau pucuk pisang yang sangat padan dengan kulitnya yang cerah. Sepasang matanya yang bundar dikerdip-kerdipkan beberapa kali, melihat tidak percaya dirinya yang dirasakan sangat cantik itu.

Dia menghela nafas dalam-dalam.
Wahai lelaki yang tidak ku kenali, andai bisa masa itu aku undurkan, aku mahu mengenali dirimu, mengetahui usulmu, menebak perasaanmu kepada ku.

Tetapi Takdir Allah sudah tertulis, kita mungkin tidak akan bersama…

Dari kejauhan, kedengaran kompang dipalu menandakan sepasang Raja Sehari akan disandingkan tidak lama lagi. Gadis bernama Zulaikha Wirdani itu hanya menjeruk rasa, menahan debar..

Pasrah…

**

Bulan terang.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri teguh, merenung kejauhan malam di balik balkoni kondominum rumhnya. Perlip kota yang dilihat dari jauh dipandang sepi sementalah waktu berdetik pantas, dia langsung tidak menyedarinya.

Malah sahabatnya, Fahrul sudahpun masuk tidur lebih awal kerana untuk bersiap sedia dengan urusan kerja luarnya esok. Amir Naufal masih berdiri tercegat, menggenggam segelas cawan yang sudah kosong dengan air kopi kegemarannya.

Luluh hatinya mendengar perkhabaran Ummi Syafiqa yang entah mengapa tiba-tiba sahaja datang ke pejabatnya pagi tadi, menyerahkan sekeping kad bewarna merah jambu yang di dalamnya tertulis tulisan berkerawang bewarna emas yang mengagumkan.

“Datanglah ya. Pelajar praktikal saya melangsungkan perkahwinannya hari ini”, ujar perempuan itu riang langsung dia membuka kad serba harum ini dan melihat nama Zulaikha Wirdani tercetak betul-betul di tengah-tengah kad, bersama satu nama asing yang cuba diingatinya.

“Lelaki itu, adik lelaki saya”, pintas Ummi Syafiqa sopan sebelum dia mengangguk hampir tidak ketara, bagai tidak percaya ketentuan Tuhan berlaku dengan sangat tidak terduga.

Saat itu, benar benteng kesabarannya bagai tidak mampu bertahan. Bagaimana dua kali yang sangat menyakitkan, dua gadia yang disayanginya pergi dengan begitu sahaja tanpa langsung diberi peluang untuknya menabur sayang, melempiaskan kasih mahupun menganyam cinta.

Adakah ini balasan Allah atas dosa-dosa silamnya? Adakah dugaan ini hanya untuk menguji tahap keimanannya? Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku yang hina ini memohon sekelumit ihsan padaMu. Berikanlah aku kekuatan yang utuh untuk terus bertahan. Kurniakanlah aku kecekalan yang tiada bandingnya. Ya.., hatiku sesal. Batinku merana. Tetapi aku tahu, tiap-tiap kejadianMu pasti diselangi dengan hikmah yang tidak terbayangkan.

Amir Naufal berserah dengan secubit perasaannya menyerah nasib jodohnya pada Allah…

Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit yang sudah seharian di silentkan sebelum menyemak dua puluh satu panggilan yang tidak berjawab dari Natrah Syaida, langsung membuatkan lelaki yang bernama Amir Naufal itu berfikir panjang..

**

Bulan malam merembang cantik, mempamer sinar gemilangnya di balik awan. Iman Syakirin meneruskan pemanduan menuju ke rumah keluarga mertuanya dengan lelah yang masih berbaki. Jelas, semua itu langsung tidak mematahkan semangatnya sekarang.

Sekurang-kurangnya, Zulaikha Widani sudah menjadi miliknya. Dan janjinya saat akad dilafazkan, malah tatkala kalam “sah” sudah disebut oleh saksi, dia mahu membina mahligai bahagianya bersama gadis yang dicintainya dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang.

Dia mahu buktikan yang kata-katanya dahulu bukanlah satu omongan kosong.

Iman Syakirin mula mengukir senyuman, dalam lelah seharian dia bergelar raja sehari. Udara berpenghawa dingin sengaja dimatikan tatkala tingakp kereta yang dipandunya dibuka sedikit, mendedahkan udara kampung yang sangat segar. Dia menghirupnya leka, sebelum rasa kantuk tiba-tiba menjelma.

Matanya terkatup sedikit.
Dia cuba menahan.

Udara menghembus nyaman.
Matanya terkatup lagi. Kali ini bagai tidak berdaya untuk dibukanya.

Dia langsung tidak menyedari kereta yang dipandu bagai hilang arah, malah lebih malang kelihatan dua biji lampu yang agak tinggi dari arah hadapan, kurang lebih tiga puluh meter darinya berkelap kelip bagai memberi arahan untuknya supaya berhati-hati, tanpa mengetahui, si pemandu sudah terpejam mata tidak sedarkan diri, dibuai mimpi indah membina keluarga bahagia idamannya.

Hanya Allah penentu segalanya…

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Al BAQARAH: 216


Bersambung

Wednesday, June 02, 2010

SABAR: ALLAH MENGUJI, KITA MENERIMA, LAPANGKAN DADA

Gambar hiasan: Usaha pasti mendatangkan kejayaan

Salam

Kita harus tabah ketika menerima dugaan dari Allah. Mungkin dosa kecil lampau yang kita tak teringat dek kerana tuntutan masa yang membeban.

Kata mudahnya senang. Allah menguji umatnya supaya senantiasa ingat kepadaNya. Kita selalu lupa. Sering Alpa. Tanggungjawab muslim, tanggungjawab sesama saudara malah soal persekitaran seperti kerja, pendidikan, harta benda, rezeki yang sememangnya menjadi intipati dalam kehidupan manusia.

Bila Allah menguji, istighfarlah. Ia menenangkan. Kau maki lah. Hamunlah sepuasnya. Sudah tertulis Allah menakdirkan ia jadi begitu, maka jadilah! Istighfar menanbah pahala. Sabar peneguh dinding keimanan.

Allah sayang umatnya yang bersabar!

Jika kau menanti sesuatu yang masih belum kunjung tiba, tiada kata lain yang boleh terucapkan. Sabar. Ia sebahagian dari keimanan. Lambat laun rezeki kau akan sampai jua.
Aku bercakap atas pengalaman sendiri. Bagaimana penulis blog yang kau kenali menerusi penulisan merapunya ini pernah dikutuk sindir disebabkan pilihan untuk bekerja di kedai buku selepas diploma beberapa tahun dahulu.

Ya aku disinis.
Apa aku buat?
Sabar. Allah Maha Penyayang.

Dengan segulung diploma, aku bekerja di kedai buku. Ramai kenalan kata “rugi sebab aku belajar tinggi, aku kerja kedai buku” @ “baik kau tak payah belajar tinggi2”

Macam aku cakap sebelum ini. Kata2 itu langsung tak menjadi kudis. Aku pedulikan. Pekakkan telinga. Sampailah dengan duit gaji kerja di kedai buku, aku gunakan sedikit untuk belajar ijazah selain menampung sedikit untuk diri sendiri dan keluarga.

Alhamdulilah.
Aku dah habis belajar ijazah dan demi memastikan sejarah silam TIDAK berulang (aku dapat kerja kedai buku disebabkan aku lambat apply kerja plus masa tu masih buta mengenai jobstreet, job Malaysia and all web pages), aku lekas2 meminta kerja sewaktu HABIS PEPERIKSAAN AKHIR. Aku gunakan recent pointer dan jelaskan dengan nota tambahan * this candidate is waiting for his final examination result" di dalam curriculum vitae.

Alhamdulilah.
Jalan rezeki terbentang luas.
Allah Maha Pemurah. Allah Maha Penyayang.

Moral: Sabar dalam segala hal. InsyaAllah Dia mengurniakan sesuatu yg tak terbayangkan kau semua.

FaizalSulaiman:--)Bersabarlah kalian..

Tuesday, June 01, 2010

MORALITI DAN KEBIADAPAN


Salam;

Entry pertama June.

Percayakah dalam hidup kita memang perlu untuk menjadi kurang ajar?
Aku tak menggalakkan.
Tapi kau fikir sendiri.

Bila situasi2 terdesak berlaku. Umpama kau melihat beberapa kereta menyelit-nyelit dalam kesesakan lalu lintas.

Ada kala bila berbuat baik-penuh moralis dan tata susila-, lebih2 di bandar2 besar jangan harap kau akan mendapat balasan setimpal. Malah kau akan diinjak-injak. Silap perhitungan, mungkin kau akan kemalangan.

Bila situasi2 terdesak berlaku. Umpama kau melihat beberapa kereta menyelit-nyelit dalam kesesakan lalu lintas.

Ada kala bila berbuat baik-penuh moralis dan tata susila-, lebih2 di bandar2 besar jangan harap kau akan mendapat balasan setimpal. Malah kau akan diinjak-injak. Silap perhitungan, mungkin kau akan kemalangan.

Ini namanya buat baik salah, buat jahat lagilah salah.

Ada sesetengah pemandu memang biadap bila memandu. Kurang ajarnya macam *#*&^&*)()&
Tegas aku la, kalau kau sudah berada di lebuh raya, pandulah dengan berhemah. Gunakan akal, bukan nafsu. Ingat nyawa kau tu. Ingat juga orang yang menanti kepulangan kau.

Tak susah kan?

Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya..

FaizalSulaiman:---)Adakala kita tergamam lihat kebiadapan pembuli jalan raya...


Mari sama2 berdoa keatas apa yang berlaku pada kapal misi bantuan ke Gaza. Panas hati dengan kebiadapan Israel!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR