Tuesday, August 31, 2010

LAYAR MERDEKA

Salam Ramadan

Merdeka Ramadan. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa, agaknya sebab tahun depan, Ramadan mungkin bermula pada bulan 7/2011

Tak lengkap rasanya Malaysia yang pernah mengharungi sisa keperitan sebelum 53 tahun merdeka lari dengan filem2 berunsurkan patriotik.

Filem ini satu medium mendidik golongan masa kini dan genre patriotisme pula menyedarkan kita semua bahawa perjuangan masa dulu bukanlah satu perjuangan yang senang dan mudah.

Dalam hal ni, aku memuji inisiatif beberapa pengarah filem dengan sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan projek historical. Bukan mudah, ya. Sebab kita kena ambil beberapa faktor. Sejarah yang dipaparkan haruslah tepat selain tidak menyeleweng dari cerita asal. Nak2 pulak filem epik sejarah, bajetnya memang agak tinggi selain pulangan yang kurang memberangsangkan.

Bagi aku, peminat yg nak tonton tu bukan sekadar nak berhibur, tetapi jugak mendapat sesuatu bentuk 'habuan' pengajaran disebalik kisah2 yang dipaparkan. Sebanarnya, susah nak timbulkan kesedaran menonton filem sejarah ni selain tontonan free di kaca TV dan sekolah.

Ini antara filem patriotisme yang aku sudah tonton..

Karya P Ramlee yg sangat menyentuh.


Sekali menontonnya di TV 1.

Filem terbitan tahun 2000, dan aku tontonnya di sekolah. Sangat menarik dan balance antara kisah cinta (komersil) dan historical value. Menang Penataan Bunyi Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Vietnam


Hasil kemenangan penulisan skrip Rohimaan Haron di Pertandingan Menulis Skrip oleh Finas, dilayar perakkan oleh Erma Fatima. Ditonton sekitar tahun 2001, filem ni sarat ngan perjuangan gadis bernama Embun. Semangat juangnya tinggi walaupun abangnya Bayu ditangkap pihak Jepun. Lakonan terbaik Umie Aida, mendapat pencalonan Best Actress di Festival Filem Asia Pasifik di Korea Selatan. Menerusi filem ni juga, aktress Khatijah Tan menang Best Actress in a Supporting Role dalam festival yang sama. Aku suka quote cerita ni: 'Lupakan saja rasa itu kerana ianya tidak akan bersatu di bumi nyata'


Filem arahan Adman Salleh di aku tontonnya di Astro Kirana. Banyak kali juga sebab aku tak berapa nak faham storyline nya yang banyak flashback.


Kali ke dua menontonnya di TV2 baru2 ni selepas kali pertama menontonnya secara percuma di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam, 2007!!. Filem ni menyingkap meliu zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussin Onn dalam membangunkan Malaya. Garapan terbaik Shuhaimi Baba ni menjadi rujukan terbaik bagi mereka yg nak tahu bagaimana Malaysia terbentuk. Bak kata quote cerita ni: 'Syarat Hidup Disayangi. Khianat janji..hilang jasa'



Setakat ini, tu sajalah filem patriotik yang aku dah tonton selain filem hampir kepada patriotisme macam Puteri Gunung Ledang (sayangkan negara) dan Wayang (sayangkan budaya dan adat). Harap2 filem Hikayat Merong Mahawangsa akan se-nasionalis- filem2 di atas:)

Walau apa pun, yang penting adalah kesedaran. Kita harus menjaga kedaulatan, keamanan dan kemakmuran yang kita ada sekrang ini:)

Dan buat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53!

Monday, August 30, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 6


Tajuk: Chendana Episode 6
Penulis: Faizal Sulaiman

Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 7 akan disiarkan pada 1 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Misteri kematian Ustazah Jamilah terus menjadi perbualan hangat di sekitar Pelita. Mengikut teori keluarga perempuan itu, Ustazah Jamilah meninggal kerana serangan jantung yang mendadak. Sejauh mana kebenarannya—Allahualam. Baik ditanya Hajar ataupun kakaknya, Samira, kedua beradik itu terus mengunci mulut bagai sudah bersepakat bahawa ibu mereka memang sah diserang penyakit berbahaya itu, walau semua orang tahu Ustazah Jamilah merupakan pengamal makanan yang baik.

Buat Samira dan adiknya Hajar, pemergian ibunya dalam keadaan yang sangat mengerikan itu menjadi tanda seolah-olah ‘bagai ada sesuatu rahsia’ yang telah tersimpan lama dalam rantaian keluarga mereka.

Majlis bacaan Yaasin dan tahlil ringkas berlalu dengan sangat tenang. Usai majlis ringkas itu, Mardiana—salah seorang rakan baik Hajar datang kepada Samira memberi kata-kata semangat.
“Sabar lah Mira. Ini dugaan Allah. Dia sayang hambaNya yang bersabar. Hari ini hari engkau. Mana tahu esok lusa hari aku pula”, jelas Mardiana sambil menepuk bonggol jemari gadis itu lembut sambil memerhati wajah sugulnya.

Samira tersenyum nipis, kemudian menghantar Mardiana selepas berpeluk mesra dengan adiknya Hajar sebelum memberi kata-kata semangat buat budak perempuan itu pula. Hajar, seperti kakaknya, mengangguk perlahan dan membiarkan kakaknya menghantar Mardiana ke muka pintu sementalah dia masih sibuk mengemas pinggan kotor untuk dicuci.

Di halaman rumah yang suram, terlihat Makcik Maimunah, Makcik Zaharah dan Makcik Zaleha sedang berbisik-bisik curiga sambil memandang keseluruhan terataknya dengan pandangan meluat. Niat Samira terpancing. Setelah Mardiana mengucapkan selamat tinggal dan menyusup di balik kegelapan malam, dia bersembunyi di sebalik dinding berkayunya sebelum terdengar ocehan tanpa henti Zaleha yang becok.

“Ini semua berkait rapat dengan ‘puaka’ keluarga mereka!’
Kedengaran bunyi tepukan di bahu salah seorang dari mereka. Zaharah pula mencelah ingin tahu.
‘Puaka? Maksud kau, puaka enam ratus tahun yang dulu? Yang kau pernah ceritakan pada kami dulu?”
“Yalah! Kau ingat ustazah mati sebab apa lagi? Itulah aku dah cakap dengan ustazah! Tapi sikit pun dia tak dengar!”
Masih mendengar kata-kata becok Zaleha, jantung Samira berdegup kencang. Puaka apa yang disimpan keluarganya? Adakah mimpi-mimpi buruk yang selama ini menghantuinya itu ‘puaka’ yang dimaksudkan?

Tiba-tiba kedengaran suara nyaring Maimunah menyampuk.
“Jangan kau cakap keluarga Ustazah Jamilah ada ‘belaan’ pulak! Ustazah tu baik. Lagipun, dia mesti tahu hukum menyekutukan Allah ni!”. Zaleha kemudian membangkang kasar sebelum menyanggah kata-kata Maimunah.
“Munah! Ustazah Jamilah pun manusia juga. Engkau ingat mana lagi datangnya kekayaan keluarga perempuan ni kalau tak si ‘Chendana’ nya yang tolong? Cuba kau fikir. Takkan upah mengaji tu boleh buat dia kaya?”, sindir Zaleha membabi buta sehingga Samira yang mendengar sangat sakit hati. Ikutkan perasaan, mahu saja dia turun ke tanah seterusnya mengganyang mulut perempuan keparat itu!

Dasar mulut besar! Engkaulah puakanya kalau kau nak tahu! Tak guna. Emak baru mati dan kau ‘tiga sekawan’ sedap-sedap mengumpat arwah emak! Memang tak selamat lah hidup kau bertiga!

Hati kecilnya memberontak geram. Telinganya dipasang lagi. Kalau-kalau ada lagi umpat keji dari tiga perempuan tua itu.

“Sudahlah Munah. Aku nak balik. Lama-lama kat sini, kita pulak terjumpa puakannya!”, sindir Zaleha sinis sebelum menawarkan diri untuk pulang. Samira menghela nafas panjang. Mujur sudah selesai sesi umpat mengumpat, jadi tak perlulah dia memaki hamun dengan lebih lama! Hanya tambah beban dan derita saja!
“Kak”

Samira mendadak terkejut tatkala jari adiknya Hajar menyentuh bahunya perlahan. Gadis muda itu turut tersentak melihat perilaku kakaknya. Kelihatan Hajar tersenyum nipis.
“Abang Asyraf tidur dekat rumah Jamil. Tak apalah kita berdua saja”, tutur adiknya lembut sambil mempelawa kakaknya duduk di atas tikar mengkuang sebelum menghidang kopi O buat mereka berdua. Sambil duduk bersimpuh, dia merenung cawan yang berisi kopi O nya dalam-dalam.

“Kak? Akak okey ke?”
Hajar bertanya sambil memerhatikan riak tidak selesa di wajah Samira. Gadis itu kemudian tersenyum sedikit, cuba mengambil hati adiknya lantas meminggirkan cawan, menghirupnya perlahan.
“Kalau kakak ada masalah, kakak beritahulah Hajar. Mana tahu Hajar boleh bantu.”, getus budak perempuan itu sambil menolak sedikit rambut panjang yang sudah terjuntai di dahinya. Samira menghela nafas buat kesekian kalinya. Dia kemudiannya mengusap lembut rambut adik kesayangannya itu sebelum berkata dengan penuh kesopanan.

“Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, dik. Hajar dah buat yang terbaik untuk emak. Mungkin sudah suratannya, dia pergi terlebih dahulu”, pujuk Samira sambil memandang rona adiknya dengan penuh kasih sayang. “Cuma akak terkilan. Kelmarin masa kakak balik, kakak dapati emak sihat walafiat. Tak ada apa-apa sakit pun. Tak ada apa-apa masalah pun. Tahu-tahu emak….Susah nak percaya!”

Hajar mengerti kegelisahan kakaknya itu. Dia kemudiannya menyambut tangan kakaknya, menciumnya perlahan.

“Saya faham perasaan kakak. Saya dah bersama emak bertahun lamanya. Jadi pemergian emak dalam keadaan yang begitu sesuatu yang saya sendiri tidak menjangkakannya!”, ujar Hajar sedih. Dia menyambung lagi

“Emak tak buat silap apa-apa pun. Tapi sampai kenapa kematiannya begitu?”

Samira tidak mempunyai jawapan atas persoalan berat adiknya. Dia lelah seketika. Bagaikan ada seribu persoalan sedang bermain-timpa dalam benaknya kini. Dia sendiri kurang pasti mana satu hendak ditanyakannya dahulu. Dia bagaikan tersepit antara kenyataan dan mimpi. Kenyataan bahawa ibunya sudah meninggal dunia dengan cara yang paling tidak patut sebagai muslim dan ilusi siapakah Chendana yang dimaksudkan tetangganya sebentar tadi.

Sedang adiknya membawa talam berisi kopi O yang masih berbaki ke dapur, Samira merebahkan dirinya seketika di atas tikar mengkuang sambil matanya terkerdip-kerdip memerhatikan alang rumahnya yang tinggi. Semakin lama diperhatinya, pandangannya susut perlahan-lahan. Kabur. Lantas dengan bayu dari celahan kayu yang bertiup lembut, dia terlelap selesa dalam rumah kampungnya sendiri.

Antara sedar…kedengaran satu suara halus sedang menyucuk-nyucuk berbisik kepadanya. Suara berdetar menyesakkan.

Kau ambil..Chendana! Dia..mampu menyenangkan…Dia memilih engkau..Dan kau harus terima..
Samira cuba membuka kedua matanya…tetapi cubaan itu gagal.

Kau perlu mengambilnya. Dia akan berikan kau kuasa..kuasa yang kau sendiri tidak terbayangkan….

Suara itu menggigit-gigit telinganya, lantas menyerap masuk ke celahan minda…

Kerana Chendana itu sendiri sudah memilih tuannya…

BERSAMBUNG..

SAYA SUKAKAN AWAK. SUNGGUH!!!

Salam Ramadhan

Komika lagi. Aku rasakan, siri komika warna warni ni sesuai untuk kisah jiwang aje kut:P Sila tekan soundtrack kalau mahu lebih feeling:)














:::
Moral
Kalau suka, terus cakap suka dengan orang tu. Tak perlu nak tunggu-tunggu. Cinta ini bukan senang nak datang. Nak-nak dengan orang yang sudah serasi dengan kita. Rebutlah peluang selagi ada.

Selagi ada cinta, luahkan saja sebelum ia terlewat:)

FaizalSulaiman:---)Jangan lupa slot Loro:Chendana 6 malam ini jam 8:08 malam:)

Sunday, August 29, 2010

M.A.M: SUP AYAM LEBUR SUKAHATI


Salam Ramadan

Slot M.A.M yg pertama. Gila lama aku baru nak update pasal benda ni.

Harini aku nak share ngan korang cara membuat sup ayam. Resipi paling senang dalam donia! Namanya..jangan gelak ok. It just pop on my mind.ahaks!! Sup Ayam Lebur Suka Hati! Ini cara cincai-malas ok. Ini hidangan sahur hari ini. Emak aku pesan awal2. Angah kalau bangun, tolong buatkan sup. Rempah ratusnya semua dah ada. Tinggal lebur saja. Ok la nama pun aku bagi sup lebur ok!ha ha ha

Kalau tak tahu nak makan apa sahur esok, korang leh masak sup ni. Senang je owh. Pejam mata boleh buat. Ok aku tipu. Bukak la mata tu:P

Bahan-bahan
4 Ulas bawang Kecil/Merah*
4 Ulas bawang putih*
Kayu Manis

Bunga Lawang
Cengkih

Sup Bunjut/Takde korang leh ganti dengan rempah sup yg serbuk tuh.
Halia*

5 tangkai Lada Cili (ni kalau nak pedas)*
Ayam, setengah ekor pun boleh. Potong kecil2 comel

5 biji kentang. Potong dadu
Daun Sup

Garam
Serbuk Perasa (kalau nak guna)


Bahan yang digunakan

Untuk sambal kicap

Kicap
Lada cili/lada burung**

Bawang Putih**

Gula**

Note 1: Bahan * korang kena kisar ok. Bahan ** kisar selepas korang kisar bahan *
Note 2: Aku tak gunakan bawang goreng sebab nama pun lebur. Lebih ekonomi.he he he. And tiada penggunaan minyak untuk menumis. Lebih sihat:)

Cara-cara
Masukkan setengah jug air paip dalam periuk. Biarkan mereneh kejap, kemudian masuk bahan kisar * dalam periuk, beserta sup bunjut dan segala rempah tumis (Bunga lawang, Cengkih dan Kayu Manis). Sesetengah orang suka tumis. Sebenarnya sama je. Kalau guna air ni, kuranglah sikit penggunaan lemak.

Masukkan kentang berpotong dadu. Rebus kentang. Kentang quite lama juga nak masak. Plus kalau kentang dah mulai lembik sikit, ia memberi tekstur pekat pada sup korang, which is mean VERY GOOD!!!

Bahan yang sudah siap dilebur


Dah agak2 nak masak kentang tu (estimation dalam 20-25 minutes), masukkan potongan ayam. Kacau rata. Biarkan ayam empuk sekejap. Sesetengah orang suka letak kiub ayam. Tak perlu pun tak apa sebenarnya. Sebab pati/kiub ayam ni memberi lebih flavor dalam sup korang tu.

Apabila ayam mulai mengempuk, bubuhkan garam dan serbuk perasa. Selalunya salt, pepper or seasonings ni diletakkan di akhir proses masakan supaya rasanya lebih enak selain mengelakkan rasa makanan hilang lebih awal sewaktu proses memasak.

Taburkan dengan daun sup yang telah dihiris.

Penyediaan sambal Kicap
Nak sedap lagi, bahan ** korang goreng dulu atas api TANPA MINYAK. Apa orang panggil? Sangai? Haa lebih kurang la. Sangai dalam 2-3 minit saja.

Lepas tu bahan ** dikisar halus. Nak tumbuk pon boley. Tapi aku ni jenis nak cepat punya orang. So apa guna teknologi kalau tak digunakan? (tetibe).

Tuangkan kicap, kacau rata. Hidangkan. Kalau ada limau kasturi bubuh sekali. aduhaiii…masyukk!!!


Taraaaaa..err selera tak?

Dah siap.Lupa nak letak daun sup laa


Kandungan Nutrisi dalam Sup Ayam Lebur Sukahati

Protein (Ayam)
Mineral (Bawang putih+Merah+Garam+Lada)
Karbohidrat (Kentang+Gula)
Lemak (terhasil dari ayam)


SELAMAT MENCUBA!


FaizalSulaiman:---)Terlepas membaca Loro:Jilbab ep 6? Klik sini

Saturday, August 28, 2010

LORO:JILBAB EPISODE 6


Tajuk: Jilbab Episode 6
Penulis: El Zaffril

Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 6 akan disiarkan pada 30 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Dia membontoti lelaki yang berlarian bersamanya tadi. Perlahan-lahan dia menuruti saja langkah lelaki itu. Cermat dia menyusun langkahnya.


‘Kacak juga dia ni.’ Hatinya menguntum senyum.

Matanya pantas memerhatikan lelaki itu dari atas ke bawah. Rambut sisir tepi yang kerinting beserta kulit putih seperti kulit cina memang begitu padan dengan tinggi lelaki yang menghampiri lima kaki sepuluh inci pada anggarannya. Mengenakan kemeja lengan panjang warna putih berjalur menegak berwarna ungu dan seluar khakis berwarna cerah sememangnya cocok dengan susuk tubuh sasa lelaki itu. Dipadankan pula dengan kasut kulit berwarna coklat terang menampakkan betapa maskulinnya lelaki itu.

‘Tapi pakai tali pinggang putih superman. Macam budak-budak.’ Desisnya dalam hati sendiri.

“Jangan ingat aku tak dengar bisikan hati kau. Tali pinggang superman ini gaya terbaru. Bukan kebudak-budakan.”

“Kau boleh dengar suara hati?”

Lelaki itu diam, tanpa langsung menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Sewaktu berjalan menuju kerumah lelaki itu, bermacam-macam perkara bermain dibenak fikirannya. Hampir sejam juga mereka berjalan sehingga tiba di satu perumahan townhouse empat tingkat lengkap berjaga keselamatan.

“Villa Taman Tasik.” Kuat dia membaca papan tanda yang tertera nama perumahan itu. Namun tiada siapa yang memberi reaksi terhadap kata-katanya.

Kemudian mereka melewati pondok jaga keselamatan yang berjaga untuk kawasan perumahan itu. Sisi kanan rumah lelaki itu betul-betul bersebelahan dengan pondok jaga keselamatan dan dipisahkan dengan sebatang jalan keluar.



“Kenapa kau berjalan sehingga ke rumah? Kau tak penat?”

Dia merasakan dirinya langsung tidak mengah dan penat. Malah, tiada peluh pun memercik didahinya. Kemudian dia memegang bajunya, tiada juga kelibat peluh membasahi bajunya. Hairan, bagaimana berjalan sejauh itu tidak bisa mengeluarkan peluh.

“Kereta aku tinggal di pejabat.”

“Kenapa kau tinggal di pejabat.”

“Kau ni, banyak sangat soalanlah. Kau tak nampak ke aku kena kejar tadi.”

“Tadi tu apa benda.”

Lelaki itu hanya tersenyum seraya membuka pintu pagar rumahnya dan dengan pantas, dia berjalan menuju jeriji rumahnya yang berkunci. Dibuka kuncinya dengan pantas lalu membuka kasut dan diletakkan di rak kasut yang terletak diluar rumah. Pantas, pintu diselak, rumahnya di ruang atas dan hanya menggunakan tangga untuk ke rumah bahagian atas itu. Tangga itu dihiasi dengan parkir kayu, menampakkan ciri-ciri tangga kayu seperti rumah ekslusif. Rumah lelaki itu di ruang atas, di tingkat tiga dan empat.

“Masuklah.”

“Ini rumah lelaki. Mana boleh aku masuk.”

“Jangan risau, tak mungkin akan kena tangkap khalwat punya. Aku duduk seorang saja. Bukan ada sesiapa pun.”

Dia gusar,bimbang lelaki itu mengapa-apakannya. Lagipun dia baru saja kenal lelaki itu saat berlari dari makhluk aneh yang mengesot. Dia masih berdiri di hadapan pintu rumah lelaki itu.

“Kau nak berdiri depan pintu tu saja? Tak mahu masuk? Kalau macam tu terpulang pada kau. Aku mahu mandi.”

“Takkanlah malam-malam macam ni nak biarkan aku seorang disini.”

Pantas dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Sebelum menutup pintu kelihatan makhluk mengesot yang tadi mengejar mereka. Lelaki itu hanya tersenyum melihat makhluk itu. Tidak lagi dia berlari.

“Jangan bimbang, rumah ini sudah ku pagar.”

“Ini takdirmu nak... ini takdirmu...” makhluk mengesot itu merintih pilu.

Pantas pintu di tutup. Tidak mahu lagi dia melihat takdirnya yang tidak membawa apa-apa kebaikan dalam hidupnya.

SAYA SAYANG MALAYSIA!


Salam Ramadhan.

Saya sayang MALAYSIA

Saya sayang keharmonian rakyatnya. Berbilang kaum tanpa mengira darjat dan bangsa.

Saya sayang perayaan di dalam Malaysia. Unik. Baik India, Cina mahupun Melayu..semua menyambutnya seakan-akan kita ini satu keluarga.

Saya sayang keamanan Malaysia. Keluar masuk rumah tanpa ada pertumpahan darah. Saya sedih dengan nasib rakyat2 dalam kancah peperangan. Syukur saya di Malaysia. Tidak ada semua itu.

Saya sayang barang2 Malaysia. Saya bangga dengan ciptaan anak tempatan. Paling tidak sudah menembusi pasaran luar. Proton, Dato Jimmy Choo, Dato Michelle Yeoh, Dato Siti Nurhaliza, Dato Lee Chong Wei..saya gembira dengan pencapaian kalian!

Saya suka makanan Malaysia. Celik mata aje, sudah ada makanan. Pelbagai pula tu. 24 jam lagi! Warna warni dan sangat sedap!

Saya sayang keperihatinan Malaysia. Lekas memberi bantuan pada yang memerlukan. Hantar misi bantuan tidak kira dimana saja. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Saya sayang bendera Malaysia. Saya letakkan antara tertinggi dalam hidup saya selepas agama Islam. Sejak kecil melihat bendera itu berkibar di mana2 sahaja tanpa rasa jemu. Tiap kali Negaraku dimainkan, saya hormat berdiri-menyanyi bersama.

:::

Perjuangan yang lepas usahlah kalian abaikan. Imbaulah kembali saat getir orang terdahulu dalam membina negara selesa yang kita duduki sekarang ini. Ya..mungkin ada perselisihan faham antara kita, tak kira soal politik, sosial atau apa sahaja. Lupakan sekejap demi menyambut kemerdekaan yang kita raikan ini.Sudah 53 tahun, bukan? Bukan satu usia yang muda lagi..

Tugas kita yang muda ini, peliharalah nuansa kemerdekaan yang kita sudah perolehi dari penjajah. Mungkin konsep 'jajahan' sekarang sudah berbeza. Itu hakikat yang kita harus akui. Bersatu, saling menghormati, toleransi serta kerjasama dapat memupuk semangat nasionalisme antara kita, sesama kita:)

Saya sayang MALAYSIA

Anda?

FaizalSulaiman:---)Merdeka Ramadhan..Uniknya..

Friday, August 27, 2010

KISAH TUJUH SEPULUH

Teaser Poster yg aku buat edit2 sikit-sikit



Salam Ramadhan

Mungkin ada sesetengah readers tak tahu yg aku pernah mempunyai blog koleksi hasil penulisan sendiri berjudul Oktober 7. Ok la aku flashback balik kisah dwilogy balas dendam back to back tu.

Idea Oktober 7 muncul selepas evolusi filem yg aku tonton seperti antagonis Fredy Kruger ataupun teen chick flick 'I Know What You Did Last Summer', 'I Still Know What You Did Last Summer' dan dwilogy Urban Legand. Masih ingat gelaran 'bilik hantu' di asrama Uni masa diploma dulu disebabkan kegemaran aku menonton filem thriller slasher, horor Jepun dan Korea!

Ya..Oktober 7 berkisarkan jalinan lagenda moden/urban yang dimomokkan kepada remaja kutu rayau-tak tahu peraturan seperti zaman sekarang. Ianya dibentuk dalam medium penceritaan yg kemudiannya diceritakan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Contoh terbaik Urban Legend Malaysia adalah 'Hantu Kumkum', 'Hantu Purdah' dan 'Kisah Wolkswagen Kuning'

Kalian pernah dengar kan?

Jadi bermulalah aku sebagai penulis dalam blog Oktober 7 itu. Ikutkan perancangan asal, aku akan menghasilkan Trilogi Oktober 7 dengan tajuk2 seperti di bawah:
1) Oktober 7
2) Oktober..Yang Kembali

3) Oktober..Dendam Terakhir


Teaser 2.


Biasalah manusia hanya merancang. Tuhan jua menentukan. Aicehh..

Penulisan trilogy Oktober hanya berhenti setakat bahagian ke dua, which means aku tak publish yang ke tiga. Hendak juga dihantar ke publisher, tapi itulah..ada ke yg menerima?^^

Roughly, dwilogy Oktober mengisahkan kisah dua beradik, Maria dan Maya yg dibesarkan tanpa ibu bapa, suddenly menerima pelbagai ancaman dalam hidup mereka. Kisah Maria dibentang jelas dalam siri pertama (Oktober 7) kemudian di sambung 10 tahun kemudian dengan kisah adiknya, Maya (Oktober Yang Kembali). Menariknya, OYK ni menempatkan setting di sebuah muzium tua di Perak, dimana 10 strangers will be killed-one-by-one.

Oktober Dendam Terakhir melengkapi trilogi balas dendam ni dengan setting cerita sudah dianjak setahun kemudian, melibatkan cerita kedua-dua adik beradik ni.

Poster utama


Sejak dipublish dalam tahun 2009 (lebih kurang), dwilogi ni agak mendapat sambutan. Alhamdulilah. Tapi kurang sambutan untuk siri ke dua. Sebab itulah aku hide sekejap blog ni. Sebab tu aku tukar namanya. Hasratnya mahu delete saja. Iyalah..kalau takde pembaca, buat apalah aku nak publish..selain bimbangkan karya ini diciplak.

Takut woo

Jadi sekarang ni aku buka semula. Terpulang kalau hendak folow. Aku nasihatkan kau orang bookmark saja, tak payah nak folow sebab tak ada updates pun.

Till then, selamat membaca! Terus ke pautan Oktober 7

FaizalSulaiman:--)Jangan cakap aku rajin pulak buat novel ni sebab karya ni dah tersimpan dalam komputer (masa tu masih format CPU lagi), tahun 2006. Lama kan? Oh ya..siri ketiga ni sudah siap separuh jalan. Tak silap aku, dah masuk bab 15 dari 40:) Selamat membaca!

Thursday, August 26, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 5


Tajuk: Chendana Episode 5
Penulis: Faizal Sulaiman

Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 6 akan disiarkan pada 28 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



“Assalamulaikum”

Sapaan itu sangat mengejutkan Samira yang sedang menutup akhbar yang dibacanya sejak pukul sembilan setengah pagi itu. Dia memandang teman lelakinya, Asyraf yang leka sedang melayan laman sosial Twitter dengan adik perempuannya Hajar yang sedang menyusun majalah manakala ibunya yang sedang sibuk mengemas ruang dapur.
“Walaikumsalam”, salam dijawab perlahan sebelum Samira menjengulkan kepalanya melalui tingkap sebelum disambut senyuman si empunya tetamu.

Kelihatan sepupunya, Jamil tersenyum manis dengan kopiah putihnya masih terlekat di kepala.
“Eh Jamil. Masuklah”, tutur gadis itu sebelum meneriakkan nama ibunya dengan kuat. “Mak..oh..mak..Jamil anak Mak Su Piah datang ni”, teriak Samira berlari kecil menuruni tangga batu rumah kampungnya menyambut Jamil.
“Abang Jamil baru habis belajar ke? Seronok tak kat sana?”, soal Samira terburu buru sebelum disapa dengan sopan oleh Hajar yang berada di muka pintu.
“Suruh Abang Jamil masuk, kak. Kesian pulak dia duduk luar”

Jamil dipelawa masuk sebelum berkenalan dengan teman lelaki Samira yang kemudian menutup komputer peribadinya sebelum menyambut huluran salam lelaki yang nampak warak itu.
“Kamu sihat?”, soal Jamil yang duduk bersila kepada Hajar sebelum menghidangkan air-seperti kebiasaan para tetamu yang bertandang ke rumah- untuk lelaki itu. Gadis itu mengangguk perlahan. Tiada ulas kata terkeluar dari kedua bibirnya sebelum tersipu-sipu berlalu ke ruang dapur.

Samira kemudiannya memandang teman lelakinya yang menjungkit bahu tidak faham sebelum memandang wajah tidak mengerti sepupunya. “Saya ada buat apa-apa ke?”, soalnya perlahan. Samira menggeleng dan berkata “Tak ada apa-apalah bang. Hajar tu memang macam tu. Malu tak bertempat”, jelasnya dengan sengihan di hujung kata. Jamil mengangguk faham.
“Eh…mana ustazah? Kata tadi ada di rumah. Lama benar tak jumpa dia. Rindu!”, usik Jamil sebelum menghirup sedikit teh O panas yang dihidang Hajar. Samira tersenyum.
“Kejap-kejap lagi dia keluar lah tu. Mak rajin benar kemaskan dapur. Macamlah abang tak tahu”, jelasnya sebelum memandang riak tenang Jamil yang mengerti. Gadis itu kemudiannya berpaling ke arah kekasihnya yang diam membisu. Mungkin tidak tahu apa yang hendak diborakkan.

“Awak kalau nak tahu, Abang Jamil ni masa kecil…nakal sangat. Selalu ajak Mira dengan Hajar ke Kolah Pelita dekat hujung kampung. Orang sibuk bercakap tempat tu berpuaka. Budak-budak. Tahu sajalah. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan”, jelasnya dengan senyuman melirik. Asyraf yang mendengar sedikit ceria manakala Jamil sudah kemerah-merahan menahan malu.
“Dahla Mira. Malu abang dengar ni”, bisiknya sopan. Tetapi Samira mempedulikannya. Tak salah kan kalau nak mengimbau semula kenangan lama. Biasalah budak-budak. Apalah yang hendak dimalukan?
“Jadi..kami memang kawan bertiga. Selalu main dekat paya sampai Mak Su Piah membebel-bebel dekat kitaorang. Tapi bila semuanya menjelang dewasa, saya sekolah MRSM, Hajar masuk Sekolah Agama, Abang Jamil pulak ke Jordan…tak banyak yang boleh kami kongsikan selepas itu”, jelas Samira terkenang-kenang. Jamil juga kelihatan tunduk merenung lantai rumah bagai memikirkan sesuatu.

“Kau dah balik ya, Mil?”, terdengar satu suara lemah lembut sebelum Jamil, Samira dan Asyraf berpaling melihat Ustazah Jamilah sedang bertelekung, membutir tasbih yang terkirai di balik jemarinya.
Jamil sedikit terperanjat dan rona wajahnya sedikit berubah. Samira kemudian memandang Asyraf yang sama peliknya sebelum gadis itu bertanya lembut.
“Eh..mak sembahyang apa ni. Dah jam sepuluh kan?”
“Solat Dhuha’. Awak tu apa tahu?”

Samira pelik. Sejak bila pula ibunya sudah pandai bercakap kasar dengan anak-anaknya sendiri? Malah sejak dua hari kepulangannya ke dalam rumah ini, ibunya yang juga merupakan seorang ustazah sekolah agama, jarang benar bercakap dengannya. Bila bertentang mata dengan Asyraf, mulalah ibunya hendak marah-marah.

Apa yang dah jadi dengan mak, ni?

“Mira. Sudah lah apa yang kau fikirkan tu! Kau ingat mak tak tahu, ya?”, soal ibunya dengan nada dingin yang sangat menjengkelkan. Jamil kemudian bangun, terus meluru ke arah Ustazah Jamilah, cuba untuk menghulurkan salam tanda hormatkan ibu saudaranya itu. Dia tidak mahu drama keluarga terus-terusan dihambat rasa bersalah kerana datang ke ruamh makciknya dalam waktu yang salah.
“Kau buat apa ni, Mil? Tak payah nak salam-salam! Kau ingat kau tu baik sangat?”, marah Ustazah Jamilah sebelum tersenyum sinis. Kedengaran suara Samira menjerit kecil. Mak! Apa yang mak cakap ni?
“Ya aku tahu, Mil. Mak Su Piah kau banyak berhutang dengan aku. Iyalah..nak hantar anak pergi Jordan. Mak kau bukan ada duit! Jadi dengan siapa dia mintak kalau bukan dengan aku ni, kakak dia?! Kau kena sedar Mil! Kau tu anak orang miskin! Hina! Faham?”, pekiknya lantang sehingga Hajar yang duduk berkemas di dapur turut berlari ke ruang hadapan melihat pertelingkahan itu.

“Apa dah jadi ni, kak?”, soal gadis itu cemas. Ustazah Jamilah memandang anak perempuannya yang seorang lagi dengan pandangan kasih sayang.
“Hajar anak mak. Mak tahu kamu sayangkan mak. Kamu jaga emak sepanjang ketiadaan kakak kamu. Kamu anak yang baik, nak!”, jelas Ustazah Jamilah lemah lembut sebelum berpaling menghadap tiga individu yang keliru melihat perilakunya. Mata meliar ustazah itu melihat susuk seorang lagi anaknya, Samira yang tercengang tidak mengerti.

“Mak kecewa dengan kamu, Mira. Keluarga ini menaruh kepercayaan yang tinggi buat kamu. Hantar belajar tinggi-tinggi. Tetapi siapa yang kamu pilih sebagai suami? Lelaki itu kan?”, bentak Ustazah Jamilah sebelum jari yang membutir tasbih menunjuk ke arah Asyraf yang tiba-tiba mendadak terkejut. Ustazah Jamilah berkata lagi dengan senyuman menyindirnya.
“Ilmu agama tak cukup. Harta apatah lagi!”, desisnya tajam membuatkan Asyraf tetunduk merenung lantai. Malu dan rasa terhina menghukum diri.
Ternyata Ustazah Jamilah tidak puas lagi menghina dan mencerca walau sudah dilauhkan segala-galanya. Dia kembali memandang Jamil yang melihatnya dengan tenang-tenang sahaja.
“Kau balik ke sini dengan tujuan apa? Kalau semata-mata nak melangsaikan hutang piutang yang dahulu, aku persilakan. Dan kalau kau datang semata-mata nak mengikis harta aku semula…JANGAN HARAP!!!”, pekiknya garang sebelum Jamil mengangguk mengerti. Dia kemudiannya melangkah sedikit menuju ke muka pintu, menuruni tangga batu rumahnya sebelum kedengaran lagi pekikkan Ustazah Jamilah lantang.
“Pergi!!pergi berambus kau dari rumah aku!”, sebelum perempuan itu meluru masuk ke biliknya dan kedengaran bunyi pintu dihempaskan dengan kuat. Hajar membuntuti ibunya pantas.

Kelihatan di luar Jamil sudah menyarungkan seliparnya dan bersiap sedia untuk pergi meninggalkan teratak makciknya. Makciknya yang suatu ketika dulu membantu tanpa banyak berkira. Yang suatu ketika dahulu menolong tanpa banyak soal jawabnya. Hati lelaki itu benar-benar terpempan. Ya Allah..dugaan apakah ini?

“Abang Jamil..tolong jangan pergi dulu!!!”

Samira memekik lantang dari dalam rumahnya sebelum berlari pantas menuruni tangga batu dan berdiri tercegat seperti patung sesudah kakinya menginjak tanah yang kering.
“Tolong bang. Jangan pergi. Jangan putuskan persaudaraan ini. Samira yakin, emosi mak tak stabil. Mak kurang sihat!”
“Tapi Mira..apa yang makcik cakap tu betul. Memang keluarga abang banyak susahkan keluarga Mira”
“Abang anggap apa yang mak cerita itu tak wajud ya. Tolonglah bang”

Jamil menggeleng-geleng perlahan. Riak wajahnya sangat resah, keliru, malu dan tertekan.
Oh Tuhan..tabahkanlah hatiku!!

“Tapi…”

Belum sempat Jamil menyudahkan kata-katanya, kedengaran pekikan dahsyat Hajar dari dalam rumah sebelum Samira dan Jamil berlari menuju ke dalam rumah. Asyraf turut berlari sama dan kelihatan di ruang bilik berhabuk Ustazah Jamilah, perempuan itu sudah menggantung dirinya, dengan lidah terjelir dan jejehan air liur yang sudah membasahi lantai…

BERSAMBUNG

HARI INI..PENJELASAN SEGALANYA

Mr Ass-cer kesayangan, selalu marah dia ni sebab skrin jadik putih. Aku malas nak betulkan.Menyesal plak amek kaler cerah camni. Cepat kotor.



Salam Ramadhan

Apresiasi mula2. Terima kasih readers and commentators semalam. Cayalah..entry semalam melompat naik ke tangga 4 dalam senarai entry mesti baca! Thanks kalian. InshaAllah, aku buat lagi entry kaler-kaler macam semalam. Aku bubuh lagu extra super jiwang lagi ok!ha ha ha

(Bagi mereka yg nak pasang widget tu dalam blog, korang klik aje kat simbol Feedjit kat bawah kotak tu. Letak la dalam blog, so korang bleh tahu entry mana yg pembaca kau suka^^)

Ok back to the entry.
Tajuk nak gempak! Hello, surat khabar pun nak naik ratings juga ok. Kalau tak, takkan la ada tajuk mengghairahkan kat muka depan @ headlines?

Ok. Puasa. Astaghfirullahalazim.

Harini nak bongkar sikit rahsia diri. Rahsia blogging aku yang sebenar-benarnya. Aicehh. Eksklusif la sangat. Tentu ada yg pelik macam mana aku leh update hari-hari, kan? (ada ke?) Dulu masa belajar di Uni, aku lebih prefer update dua hari sekali. Masa tu blogging untuk suka-suka. Nak share info, thoughts dan sangat jarang blogwalking.

Iyalah, dengan internet yang jadahnya seperti tortoise, sangat limit ye connections, jadi aku sangat jarang merayap-rayap ke laman orang lain. Al maklong la benda free. Ada takda, aku gunalah sehabis baik! Baik kan aku? he he he

Dulu pun rajin tulis series. Nak tengok examples? Sila klik pada Mini Series@link2 cerita yang ada di sidebar kanan. First series berjudul '7 Hari'. Komedi Gelap genre sama macam siri on-going di Aksara Keraian, Farcir.

Kenapa Komedi Gelap? Aku suka bereksperimentasi dengan dark selain put a humor inside it. Mungkin genre ni baru, so takdelah sangat pembacanya.

Heh! Tadi nak cerita pasal update kan? Ciss dah melalut sampai London! Jom patah balik Malaysia, Tanahairku!

Sekarang ni..iayalah dengan siri Farcir, dengan mini siri kolaborasi Loro: Jilbab Chendana malah kadang2 bila tahap kerajinan aku dah macam amah--- aku tambah lagi dengan cerita pendek , ada yg bertanya pada aku..

'Banyak pulak masa engkau nak update blog. Hari2 pula tu'

Jawapan aku mudah.

'Aku taip entry in advance. Sometimes aku menggunakan MS Words, sometimes direct terus ke blogspot. Kemudian aku autopost ke waktu kegemaran aku, jam 7 am sebelum pergi kerja'

Mudah kan? Kalian pun boleh mencubanya!!! Senang! Semudah A, B dan C!! LOL!!!

Serius.
Aku memang buat begitu. Kadang-kadang aku update blog hari Ahad je, dan taip entry in advance sehingga hari Jumaat.Macam entry yg kau orang sedang baca ni, aku menaipnya kurang lebih jam 12:27am-Khamis/August 26, 2010. Rasanya mungkin perkara macam ni juga yang diamalkan para blogger lain terutama yg buat 'daily updates'. Yang gila blogging macam aku.

Tak sempat lah nak taip on spot! Idea kalau datang mencurah tak apalah jugak!

Ini bukan boleh aplikasi pada blogging saja. Kerja, ulangkaji, baca buku, buat nota semua boleh dilakukan in advance. Tak salah sebenarnya. Jimat masa sebab bila sibuk, kita perlu cekap dengan pengurusan masa. Masa itu kan emas. Masa pun dah bersumpah dalam Al Quran.

Demi masa. Sesungguhnya Manusia dalam Kerugian.
QS: Al Ashr:103:1-2

Jadi uruslah masa sebaiknya. Rugi sangat kalau masa kita tu terabai begitu saja. Melainkan kalau betul2 sibuk sampai terpaksa tahan nak terkencing, itu hal lain.bwahahahahahaha.

FaizalSulaiman:--)Ohhh hari ini hari penting. Seriau macam rasa nak terberanak plak.LOL!

ps:Jangan lupa teruskan momentum bacaan Loro:Chendana ep5! Ada yg tak kena dengan family Samira tu, rupanya!

Wednesday, August 25, 2010

BAGI AKU, ENGKAU TELAH TIADA

Salam Ramadhan;)

Hari ni nak buat entry lain sikit. Harap Kalian suka la. Yelah..asik skema tegak je. Bosan kan?:) Aku ingat nak buat petarajahminda. Tapi bila apply paint..MashaAllah..Huduh! Lukis pon apatah lagi! huduh banga!. Jadi aku buat mana ada. Dengan grafik2 ni, lawa juga (perasan sendiri). Eksklusif buat korang la neh:)

Oh ya, nak dapatkan feeling, klik la kat lagu atas tu. Sikit tidak, feeling tu mesti ada.Wallaweiii!!!












Kalian rasa, apa yang kalian fikir?

Aku? Pendapat beginilah ya..

Lupakan saja. Buang karan fikirkan orang begini:) Tak elok nak bersedih atas sebab dia tak ingat kau. Mungkin dia tak kisah akan kau sekarang. Sakit ke..sihat ke..susah ke..senang ke..

Lebih baik, kita sayang dengan orang yg ikhlas suka kat kita saja. Kan lebih baik?..

Lagipun benda2 internet macam ni tak kekal lama.Ini baru kes ditinggalkan.Kalau kena tipu sampai beribu-ribu ringgit, tak ke naya. Fikirlah kalau nak berkawan dengan serius di internet. Aku tak menghalang. Tapi ingatlah batasnya. Bagi aku sekadar kawan cukuplah..

FaizalSulaiman:Jiweng la pulek:P piftttt

ps:Terima Kasih atas pembacaan Loro:Jilbab Episode 5: Terlepas? Klik sini

Tuesday, August 24, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 5

Tajuk: Jilbab Episode 5
Penulis: El Zaffril

Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 5 akan disiarkan pada 26 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



“Man! Aku kata ambil ni.”

Tidak langsung diambilnya sebilah keris yang dibalut dengan kain kuning yang dihulur oleh bapanya. Geram dia melihat bapanya yang tidak henti memaksanya mewarisi sesuatu yang tidak pernah dia mahukan.

“Saya tak mahu. Abah yang mulakan semua itu dalam hidup abah. Abah yang patut tamatkannya. Bukan terus mewarisi sesuatu yang khurafat macam ni.”

“Kurang ajar punya Anak. Pandai kau tinggikan suara dari abah. Anak durhaka.”

Sebuah tamparan hinggap dipipi anaknya itu. Terpelanting anaknya sehingga ke dinding rumah. Begitu kuat sekali tamparan yang diterima anaknya itu.

Pantas Man menekup pipinya yang merah, darah merah mula mengalir keluar dari hidung Man. Badannya mula terasa bisa yang teramat.

“Sejak dari kecil Abah tak pernah nak hargai Man. Abah pentingkan keris itu saja. Abah bunuh Mak!” Man menjerit sekuat hati.

“Kurang ajar punya anak!”

Mahu saja diluahkan apa yang berlaku setiap malam Jumaat Keliwon pada dirinya. Namun, sudah tentu perkara itu tidak akan diendahkan oleh ayahnya. Sememangnya itu kehendak ayahnya.

“ Aku nak ikut kau?” Wajah bapanya berubah menjadi seperti seorang lelaki lagak pendekar dengan dahi terikat kain kuning.

“Kau siapa?Mana bapa aku?”

“Aku, Seri. Siapa aku tak penting, bapa kau yang mahu aku mengikut kau. Kau terima aku, kau akan kenal aku siapa.” Menyeringai lelaki di jasad bapanya itu sehingga menampakkan siung di gigi.

“Aku tak mahu!” Dia menjerit sekuat hati.

“Man, aku bisa buat kau menjadi orang terkenal, terkaya. Tak mahukah kau?”

“Aku tak mahulah bodoh! Kau tinggalkan aku dengan keluarga aku.”

Seri menyeringai dan ketawa besar dari jasad bapa Man. Kemudian memandang bengis ke arah Man. Perlahan-lahan rambut Seri memanjang separas bahu dan kemudian memutih.

“Engkau harus ku ajar menjadi lelaki sejati.”

Seri pantas mencekik leher Man yang sedang lemah. Badan itu dihempas ke dinding rumah papan itu sekali lagi. Saat terjelepuk ke lantai, Man menggelupur di atas lantai.
“Kah... kah... kah...” Berderai ketawa Seri.

Sepantas itu juga, tangan dan kaki Man di pasak Seri di atas lantai papan rumah bapa Man itu. Berdiri Seri di sisi kiri Man sambil menyeringai menampakkan siungnya.

“Tolong Man Abah, Man tak mahu. Abah tolong Man, Man tak mahu. Kasihankan Man Abah.”

“Bapa kau tiada. Ini aku Seri.”

“Tolong, aku tak mahu.”

Pantas makhluk dijasad bapanya itu melutut disebelahnya. Pantas tangan kanan Man diambil lengannya yang terdedah pantas digigit makhluk itu dengan rakus.

“Sakit... Sakit... tolong... tolong...” Tiada siapa yang mendengar jeritan itu.

Kelihatan darah mengalir ke arah lengan kanannya itu. Laju darah itu mengalir kemudian memasuki kerongkong makhluk itunya.

Dia tidak bisa lagi menjerit, badannya lemah seperti setiap malam Jumaat Keliwon yang telah dilalui sebelum-sebelum ini. Sudah puas, lantas lengan itu dihempas saja ke lantai. Saat itu, wajah bengis itu bertukar manjadi bapanya semula.

“Kenapa abah buat Man macam ni?”

“Aku cuma mahu kau merasa kenikmatan dunia yang tiada tolok bandingnya. Hidup di dunia ini tidak perlu menjadi terlalu baik Man. Tidak perlu juga melihatkan kita terlalu jahat. Semua ini aku buat untuk kebaikan keluarga kita.”

‘Petuih...’ Dia yang masih lagi terbaring lemah meludah ke arah kaki bapanya yang sedang berdiri di sebelahnya.

“Kepala otak kau untuk kebaikan keluarga kita. Ini musibah kau tahu tak?”

“Kau masih budak-budak Man. Baru 25 tahun. Apalah yang kau tahu sangat tentang hidup. Satu hari nanti kau akan tahu, betapa seksanya menjadi seorang yang selalu kalah dalam hidup.”

Bapanya pantas meninggalkan Man yang masih lagi terbaring lemah. Kedengaran Azan Isya’ mula berkumandang. Sesudah Maghrib tadi Bapanya mengerjakannya. Sudah tentu dia puas mendapatkan apa yang dihajati malam itu. Kemudian mencari mangsa lain untuk malam itu.

“Kenapa Abah buat kami macam ni Abah?” Perlahan dia membisik kepada dirinya sendiri. Kolam matanya mula digenangi air, perlahan-lahan ia tumpah.

BERSAMBUNG

PERCAYA PADA KARMA? AKU? SUDAH TENTU


Salam Ramadhan.

Sebelum kau orang freak out, biar aku terangkan dahulu.

Karma yang aku maksudkan adalah 'balasan'. Fungsinya begini. 'Kalau baik perbuatan kita pada orang, maka baiklah balasan yang bakal kita dapat dikemudian hari'.

Karma dalam banyak2 kepercayaan membawa pengertian berbeza. Ia lebih kepada penghidupan semula, selepas mati-dalam medium lain- sebagai balasan apa yg sudah dilakukan di dalam donia. Aku percaya konteksnya merujuk kepada perkara yg sama iaitu 'pembalasan'.

Sebagai manusia, kita perlu kawal tindakan kita dari terkeluar dari batasan norma yg dah digariskan.Contohnya begini, kalau kau orang pernah menghantar orang tua ke pusat orang2 tua, jangan salahkan anak-anak kau nanti kalau dia buat perkara yang sama buat kau.

Doa orang teraniaya tu makbul beb. Kira janganlah sembarangan buat perkara yang dilarang atau menyakitkan pihak lain sebab balasannya akan jadi sama seperti apa yang kita dapat nanti.

Sebab itu Islam menggalakkan kita untuk muhasabah diri sebelum tidur. Kenang semula dosa-dosa lampau yang dah dilakukan. Allah kan Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi.

Gambar agak kembang dan hodoh..hehe

Semalam tulis isu panas. Bukan sebab aku nak up traffic. Traffic naik ciput je. Aku lebih kepada perkongsian. Aku tak mahu dengar lagi dah orang bercakap ikut sedap mulut. Jangan 'longkang' kan mulut kita ok. Mulut dianugerahkan untuk bercakap perkara2 baik. Kisah semalam terus melompat ke tangga ke dua--mengalahkan cerpen komedi romantis 'Gula-Gula Chenta' and suprisingly tragic-love short story 'Kaseh Seribu Bintang' naik ke tangga ke lapan. Aku curious jugalah sebab commentators kurang utk kisah ni berbanding GGC:) Apa2 pun terima kasih for your concerns. Komen2 semalam sebenarnya impressi rasa marah dan nasihat supaya kita berfikir sebelum bercakap. Terlepas membaca? Klik sini

Followers2 baru yg follow, terima kasih. Rajin2 ya tinggalkan komen. Jangan senyap saje., k:)Rugilah berblogging kalau macam tu:)


FaizalSulaiman:---)Kau orang perasan tak blog aku semakin lama semakin serius. Tegak pulak tu seriusnya.oh tidak..aku nak kembali menjadi riang ria..Boley??

Monday, August 23, 2010

PENGHINAAN LAGI!

Salam Ramadhan.

Aku tak tahu apa yang boleh dapat bila kita menyentuh sensitiviti agama lain. Ya..kau femes, tapi tak ke menunjukkan tahap kebodohan engkau tu?

Tolong fikir sebelum sebelum tulis. Tolonglah. Kalau ya pun tak berpuas hati dengan agama lain, tak perlu kecoh2 nak tulis dalam wall FB konon2 nak tunjuk 'rebel' sangat-sangat.

Aku tak tahu apa yang Salleh Gregor Samsa dan yang terbaru Sing Yee Chin ni dapat. Itu belum bercerita tentang Aduka Taruna mahupun NorAzita Osman. Femes la kau. Femes sebab kutukan orang..

Klik kanan, view pada toolbar baru apa yg dia tulis ni

Aku dapat info dari blog Faizal@Pejay. Meluap-luap juga marah. Mujur ini Ramadhan. Aku hanya geleng2 kepala. Istighfar banyak-banyak.

Ok lah pandangan aku satu. Kita duduk dalam Malaysia: Negara Islam.Of course lah kena ada Masjid. Kalau tak suka..faham-faham lah. Pulak tu kita tinggal dalam multiracial country. Ada Chinese, Indian dan etnik2 lain. First rule duduk dalam negara ini, Jangan menyentuh sensitiviti pihak lain!

Aku harap ada tindakan. Kalau marah2 tapi takde tindakan, tak guna juga..

FaizalSulaiman:---)Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata??

Ps:Terima kasih buat mereka yang membaca kisah tragis dan seram semalam;)

Sunday, August 22, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 4


Tajuk: Chendana Episode 4
Penulis: Faizal Sulaiman

Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 5 akan disiarkan pada 24 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.

Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan mereka ke Pelita, kampung halaman Samira. Tatkala Vios hitam milik Asyraf membelok ke pekan Larut, bandar kecil yang menghubungkan penduduk Chemaran dengan bandar Kuala Kelam. Asyraf kelihatan tenang sambil menghidupkan signal disebelah kanan sebelum membuat lencongan selamat.
“Awak macam mana?”, soal Samira masih dengan cardigan belangnya, cuba melawan rasa kesejukan penghawa dingin yang menggigit. Asyraf tersenyum menyerlahkan alur dagunya yang nampak sangat tergoda.
“Macam mana apa, ni?”, tanya lelaki itu semula sambil memalingkan wajahnya sedikit-memandang rona kekasih hati. Samira tersenyum nipis seterusnya memandang cermin kereta yang sudah dibasahi hujan renyai-renyai.
“Iyalah pasal awak. Novel ‘Ariana ke Bulan’ tu macam mana? Sudah siap ke?”, bisik gadis itu lembut sambil mengiraikan rambutnya yang panjang. Asyraf walubagaimanapun diam, bagai enggan menjawab pertanyaan Samira.

“Tak ada apa yang hendak diperkatakan. Awak faham-faham sajalah. Jalur cerita Ariana tu bukan kegemaran saya. Agak sukar kalau saya nak menghayatinya dan menyiapkannya dalam tempoh masa yang singkat”, ulas Asyraf panjang lebar sebelum melihat seimbas susur keluar ke bandar Kuala Kelam yang berjarak dua puluh lima minit ke Pelita. Samira mengangguk perlahan sambil mencuri pandang ke arah raut serius kekasihnya. Ada garis kekecewaan jelas terpancar tetapi seakan disembunyikan dengan nyata oleh Asyraf.
Samira cuba menjadi ingin tahu.

“Awak ada masalah ke?”, gadis itu bertanya sebelum disambut dengan senyuman memujuk Asyraf. Dia menggeleng-geleng bagai berkata tidak.
“Tak ada apa-apa lah. Saya cuma bimbang kalau-kalau cerita fiksyen macam Ariana tak boleh dijual di pasaran. Awak faham faham saja pasaran novel sekarang. Kisah cinta saja yang berlambak. Sudah pembacanya begitu. Kita kena ikut, kan?”, lelaki itu bersuara dengan yakin sebelum menekan breknya perlahan akibat lampu isyarat sudah bertukar merah.
“Itu saja?”, Samira bertanya jelas. Dia berpaling kemudiannya menghadap wajah serba salah kekasihnya Asyraf. Lama jugalah Samira merenung dan ternyata Asyraf kalah dengan perasaannya sendiri.

Kalaulah kau tahu gelodak rasa yang aku alami sekarang ni, Mira. Aku tak mahu dicap gagal dalam hidup. Apatahlagi sebagai salah seorang penulis paling laris, dan pernah menghasilkan sebuah mahakarya beberapa tahun lepas. Aku sukakan kerjaya menulis novel ini. Aku sayangkan nya lebih dari sendiri. Tapi, siapalah yang mampu melawan takdir Ilahi. Aku kalah dengan percubaan beraniku sendiri. Aku tewas dengan jalur cerita sains fiksyen yang aku karang lewat setahun lalu. Aku sedar aku telah mengambil risiko dan sesalan itu aku tanggung sehingga kini. Aku gagal menjadi yang terbaik, malah karya ku itu dihentam pemerhati sebagai karya yang tiada nilai moralis, tepu, menjengkelkan, malah dianggap merosakkan minda pembaca!
Itulah yang aku alami sekarang, Mira. Dan jika aku luahkan pada kau pun, kau takkan faham. Apa yang kau faham tentang penulisan ni? Tahukah engkau, aku rengsa setiap kali mencari idea terbaik-cuba menandingi mahakarya terdahulu?

“Kanda jangan ingat adinda tidak tahu!”

Bisikan lembut itu terkeluar dari dua ulas bibir Samira. Seminit kemudian aroma Lavender Ambi Pur berganti haruman melur dan kemboja yang silih berganti. Wangian itu bagai menyucuk-nyucuk rongga pernafasan Asyraf.
Lelaki itu sedar dari lamunannya, sekaligus memandang ke arah tempat duduk disebelahnya. Samira tunduk merenung kedua jari jemarinya yang halus.

“Kanda usah khuatir. Adinda akan senantiasa bersama Kanda”

Asyraf merasa pelik sebelum menghidupkan signal untuk memberhentikan keretanya disebuah pohon yang besar ditepi jalan. Hujan lebat turun serentak dengan itu sebelum kelihatan lampu sorot pelbagai jenis kereta bersimpang siur membelah deraian rahmat Tuhan itu.

“Mira..Mira okey ke?”, bisiknya perlahan sambil menggoncang-goncang sedikit bahu kekasihnya itu dengan perlahan. Samira diam membatu. Nafasnya turun naik mendadak-seperti lelah. Seketika, kedengaran suara halus dari kerongkong perempuan itu seperti sedang ketawa mengilai.

Heeee hee hee heee hee hee hee hee hee hee hee hee

Sungguh. Bulu tengkuk Asyraf mulai meremang tidak menentu. Tetapi demi mengenangkan Samira itu kekasihnya, dia cuba memberanikan diri.
“Mira..Mira”, dia menyentuh sedikit bahu gadis itu sebelum Samira mengangkat wajahnya lantas memandang Asyraf dengan bengis. Sekitar dahi dan kedua belah pipinya kelihatan ngeri-dengan torehan dan kesan terkupas-kupas berdarah dan benang-benang hitam yang dijahit masih melekat di celah daging yang tertoreh. Kedua bibirnya nampak kering waima kedua belah matanya membuntang dengan sinaran merah menyala!

Samira dengan wajah menakutkan itu bingkas bangun, menghulurkan kedua tangannya , lantas mencekik batang leher Asyraf dengan kuat sehingga lelaki itu sukar untuk benafas.
“Dinda..dinda tahu..apa..yang..bermain-main difikiran..kanda!”, pekik Samira dengan suara parau. Matanya semakin membesar dengan cahaya merah yang menakutkan!

“Herrrr…Kanda adalah kepunyaan dinda!”, pekiknya tidak keruan lagi sebelum Asyraf menolak gadis itu dengan sekuat tenaganya. Samira terdorong kebelakang.

“Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!!”
Asyraf bertakbir sebelum kelihatan satu cahaya merah menyala keluar dari tubuh gadis itu lantas membuatkan Samira tidak sedarkan diri. Serentak dengan itu juga, haruman kemboja dan melur yang menyucuk rongga hidungnya menghilang bagai dibawa angin.

Ya Allah, apakah tadi! Apakah “benda” merah tadi?!

Tanpa berfikir panjang, Asyraf lekas menyambung pemanduan pacuan empat rodanya terus ke Pelita. Tempat yang mungkin.. menjadi titik permulaan buat segala-galanya.

Hujan renyai berhenti tepat jam empat setengah petang, tatkala Hajar, adik perempuan Samira menyambut kepulangan kakak dan bakal abang iparnya dengan mesra. Samira yang nampak seperti pening-pening lalat cuba tersenyum dan seakan ingin bertanya Asyraf apa yang membuatkannya tiba-tiba sahaja tidur tidak sedarkan diri.
“Mak ada dekat atas. Baru lepas baca Al Quran”, jelas Hajar dengan rajinnya membawa beg galas Samira dan Asyraf ke atas rumah.
“Mak..oh mak. Mira balik ni”, jerit gadis itu dengan penuh rasa gembira sebelum kelihatan seorang wanita tua, sedang bertelekung tersenyum mesra ke arahnya. Masih membimbit Tafsiran AlQuran kepunyaannya, dia menyambut salam anak perempuannya dengan penuh rasa sayang.

“Ustazah sihat?”, soal Asyraf sambil disambut senyuman nipis Ustazah Jamilah. Dia tidak menjawab sebaliknya terus ke ruang bilik nya untuk bersalin pakaian. Asyraf menghembuskan nafasnya berat.
“Emak awak macam tak suka saya, je”, rungut lelaki itu perlahan sambil disambut senyuman memujuk kekasihnya. Dia merenung Asyraf dalam-dalam.
“Awak ni. Mak tu sekejap je tak sukanya. Lama-lama kang sukalah! Lagipun, saya yang nak kahwin dengan awak. Bukan dia”, ujar Samira perlahan sebelum menyuruh Asyraf ke bilik tetamu untuk berehat.

Samira duduk di atas kerusi ruang tamunya. Sedang matanya hampir sahaja terlelap, kelihatan adik perempuannya Hajar sedang menatang dulang berisi sirap ais dan potongan kuih ketayap. Usai menghidang, dia melilau-lilau mencari kelibat Asyraf.

“Abang Asyraf mana, kak?”,gadis berusia sembilan belas tahun itu bertanya kakaknya.
“Ke bilik tetamu. Kejap-kejap lagi dia keluarlah agaknya”, jawab Samira bena tak bena.
“Pasal mak ke?”, soal budak perempuan itu ingin tahu.
“Pasal mak?”

Hajar tersenyum penuh erti.
“Saya ternampak mak macam senyum tak senyum saja bila abang Asyraf nak salam dia. Dia masih tak suka dengan abang ke kak?”, soal Hajar ingin kepastian. Samira menjungkit bahu tanda tidak tahu. Hajar kemudiannya menyentuh jemari kakaknya, cuba menenangkan hati gundah Samira.

“Entah-entah mak tak suka dengan abang Asyraf agaknya”, bisik Samira telus kepada adik perempuannya. Hajar menyungging senyuman nipis.
“Akak jangan cakap bukan-bukanlah. Mak tu jarang tak suka pada orang. Takkan akak tak kenal mak kita tu”, tutur adik perempuannya kemudian mengurut-urut jemari kakaknya. Seketika, wajah Hajar berubah. Bagai ada satu kebimbangan nyata sedang menyelubungi jiwa kacau budak perempuan itu.

“Kenapa ni, dik?”, soal Samira perlahan, kemudian lekas memandang wajah gelisah adik perempuannya. Hajar serasakan enggan untuk bercerita, tetapi paksaan dari rona ingin tahu kakaknya, dia lelah jua.
“Saya rasa mak dah nyanyuk, kak. Asyik cakap sorang-sorang saja”, jelas budak perempuan itu sebelum memandang wajah kakaknya untuk diminta mengerti. Samira bagai tidak percaya.
“Kau biar betul, dik?”
“Betul,kak! Hajar nampak dengan mata kepala Hajar! Dia ada sebut nama…ya..nama…Chendana!”
Samira bagai terpempan.
“Chendana?”, soalnya ragu-ragu sambil memerhatikan wajah mengiyakan adik perempuannya sebelum bertanya sendiri.

Siapa Chendana???

BERSAMBUNG…

Friday, August 20, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 4


Tajuk: Jilbab Episode 4
Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 4 akan disiarkan pada 22 Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Saat sedar membuka mata, dia menjengilkan matanya bulat-bulat. Cuba mengecam kawasan yang tersaji dihadapan matanya. Sebuah simpang empat yang penuh dengan manusia-manusia kota beserta dengan kenderaan-kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

‘Itu McDonalds, tapi aku tak rasa lapar pun.’ Desis hatinya sendirian.

Dia cuba mengecam tempat itu, sepertinya dia pernah melewati kawasan-kawasan itu. Entah kenapa sukar benar dia mengingati kawasan di situ.

“Cik, saya di mana?”

Lewat dihadapannya, seorang wanita berbaju kurung putih corak bunga-bunga kecil berwarna merah yang dipadankan dengan sehelai tudung berwarna merah hati. Dia menyentuhi bahu wanita yang berusia awal tiga puluhan itu untuk mengenalpasti di mana dia. Namun, sentuhan dibahu hanya di pandang oleh wanita itu. Tiada reaksi langsung dari wanita itu lantas wanita itu terus berjalan.

“Pelik.” Dia mengerutkan keningnya, bagaimana mungkin wanita seperti itu tidak mahu menjawab soalannya.

Kemudian lalu pula seorang wanita berbangsa cina yang seakan hampir sama baya dengan wanita tadi. Wanita itu disentuhi bahunya juga lantas dia bertanya soalan yang sama. Namun jawapan yang diterima sama seperti wanita yang pertama tadi.

“Mungkin manusia di bandar terlalu sombong dan angkuh.” Dia berkata dengan kuat disimpang itu, namun tiada siapa yang menghiraukan kata-katanya. Seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Tiada seorang pun memandangnya.

Lantas dia bosan dengan manusia-manusia yang tidak menyedari langsung kewujudannya. Perlahan-lahan dia melangkah melintasi jalan utama, kenderaan semua sedang berhenti menanti berduyun-duyun manusia sedang melintasi lampu isyarat merah.

Dia melintasi bawah laluan monorel yang tertera nama stesennya. Diamatinya lama, dia masih bisa membaca butir tulisan. Satu persatu tempat dibacanya.

‘Sungai Wang Plaza, The Mall.’ Desis hatinya sendiri. Dia mengukir senyuman saat berupaya mengingati tempat itu. Namun, dia masih belum bisa mengingati namanya sendiri.

“Sana tu Pavillion.” Menyeringai senyumnya saat melihat kompleks membeli belah yang baru dibuka beberapa tahun sudah.

Dia membuka langkahnya. Perlahan-lahan dia berjalan, mengekori manusia-manusia yang juga berjalan ke arah tempat yang sama dengannya. Ada juga yang berjalan bertentangan arah darinya. Sebelah kirinya terdapat tempat melepak mereka-mereka yang gemar mendengarkan muzik secara langsung, Planet Hollywood. Berjalan beberapa meter dari situ, kelihatan pula hotel-hotel bertaraf bintang yang sudah tidak terbilang jarinya. Namun, itu langsung tidak menarik minatnya.

Lampu isyarat pejalan kaki masih lagi merah nyalanya. Dia menunggu bersama-sama puluhan manusia yang mahu ke arah yang sama.Ada yang seperti memandang ke arahnya. Dia mengukir senyuman. Namun senyuman itu tidak dibalas, lantas manusia itu memalingkan pandangan ke arah lain.

‘Sombong,’ Desisnya dalam hati. Diperhatikan arah awan, mula menginjak menghampiri waktu Maghrib.

Saat lampu bertukar hijau. Dia pantas membuka langkah mahu melintas bersama yang lain. Matanya masih melilau memerhatikan sekeliling.

“Kau mahu lari ke mana?” Sebuah ngauman menerpa gegendang telinganya.

Lantas kelihatan seorang lelaki berlari bertentangan dari arahnya. Termengah-mengah lelaki itu berlari. Namun tidak kelihatan langsung sesiapa yang mengejar.

“Aku mahu kau jadi milikku” Ngauman suara itu bergema sekali lagi.

Dia memerhatikan sekeliling. Hanya lelaki yang berlari itu sahaja yang sedang ketakutan dengan suara itu. Yang lain-lain biasa saja, tiada langsung ketakutan dengan suara itu.

“Jangan lari lelaki. Jangan jadi pengecut. Ini takdirmu. Ini hakikat hidupmu. Kau harus terima.” Untuk kali ke tiga suara itu bergema.

“Aku tak mahu! Jangan ganggu hidup aku lagi!” Lelaki itu menjerit sekuat hatinya pantas ia mengundang perhatian umat manusia sekeliling yang kemudian memerhatikan lelaki itu terus berlari sekuat hati.

“Ini takdirmu, kau harus terima. Atau aku akan membelenggu hidupmu, anak cucumu sampai mati.” Suara bergema itu kemudian mengilai dengan kuat.

Sehinggakan dirinya terpaksa menutup telinganya dek kerana suara yang begitu nyaring sekali. Lama juga dia terpaksa dalam keadaan sebegitu. Matanya dipejamkan, kemudian perlahan-lahan suara itu lenyap dari pandangan.

Saat membuka matanya pula, dia kini berada di tempat lain. Tiada lagi Pavillion, Planet Hollywood, hotel berbintang-bintang. Dia berpusing-pusing cuba mengecam tempat itu, bangunan-bangunan lama sahaja yang menghiasi landskapnya.

Matanya terpanah ke arah lelaki yang sedang berlari ke arahnya kali ini. Lelaki yang tadi ditemuinya sedang berlari juga. Termengah-mengah lelaki itu berlari ke arahnya.

Saat itu juga, kelihatan sesuatu sedang mengesot laju dibelakang lelaki itu seraya mengejar. Diamati makhluk yang sedang mengesot mengejar lelaki itu, mahluk menyerupai seorang perempuan. Rambutnya mengurai mencecah tanah sehingga menutupi paras wajahnya. Mengenakan baju kurung jenis kain kapas yang comot dan compang camping serta berkain batik yang sudah lusuh. Menyeringai makhluk itu saat sedari diperhatikan sedemikian sehingga menampakkan gigi taringnya.

Dia pantas menekup mulutnya, hatinya berdebar-debar.

“Kau akan menjadi habuanku” Bergema suara makhluk itu sebelum mengilai.

“Lari!” Tanpa berlengah, dia terus berlari. Pantas dia berlari membelakangi lelaki itu. Semakin laju dirasakan langkahnya, semakin dekat makhluk mengesot itu ke arahnya.

“Kau akan merasa kenikmatan dunia nak. Kekayaan yang tidak pernah termimpi oleh kamu. Pangkat yang membuat kau disanjung tinggi. Kau manusia, nafsumu tinggi!”

“Aku tak mahu. Aku kata aku tak mahu, aku tak mahu.”

Kemudian perlahan-lahan makhluk mengesot itu ketinggalan dibelakang sebelum lenyap dari pandangan dan larian mereka berdua. Lelaki itu tertunduk, melepaskan penat lelah berlari. Tercungap-cungap lelaki itu mengambil nafas.

“Kenapa kau lari?” Lelaki itu bersuara pada dirinya.

“Aku tak tahu.” Dia menggelengkan kepalanya.

“Sekarang dia dah nampak kau. Kau akan menjadi habuannya juga.

BERSAMBUNG

KERANA ILMU, JANGANLAH KEDEKUT


Salam Ramadhan dan Salam Jumaat

Ilmu kita tahu sangat penting. Tanpa ilmu, kita nak pergi mana? Kalau emak bapa kaya, harta makan tujuh keturunan pun tak habis, ok aku terima kalau kau tak mahu mendalami ilmu. Kau mungkin berfikir 'aku dah senang.Buat apa nak belajar ilmu.Hendak2 ilmu agama'

Ilmu yang aku hendak tulis harini adalah 'ilmu agama'.

Sekadar pengalaman sendiri. Aku dibesarkan di Johor, to be exact komuniti Felda. Ya, penulis seorang anak peneroka yang pernah tolong bapa beliau pungut biji kelapa sawit, menabur baja, kutip buah sawit, tolong motong getah (err..aku kutip getah sekerap saja) semua. Iyalah adik beradik ramai. Semua nak sekolah. Jadi sebagai anak, kita perlu tolong bapa kita kalau-kalau dia nak dibantu.

Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.

Berbalik kepada Ilmu Agama. Di Johor, sistem sekolah agamanya sangat baik Budak2 umur 6 tahun perlu didaftarkan ke sekolah agama. Sesinya tak panjang. Bermula jam 2 hingga 4 petang atau 4 petang hingga 6 petang. Pendek saja masanya. Kelas pun 30 minit paling lama. Aku didaftarkan ketika berusia 9 tahun, terus lompat ke darjah satu disebabkan semasa usia itu ,aku sudah masuk mengaji AlQuran. Uniknya, apabila tiba peperiksaan sekolah agama di Johor, darjah 1-3 perlu WAJIB lulus Solat (amali), Tauhid, Ibadat dan AlQuran (termasuk hafazan).

Alhamdulilah, aku lepas darjah 1-3 dengan baik.

Bila masuk darjah 4-6 subjek mula bertukar. Subjek paling seronok tentulah Munakahat (subjek nikah kahwin), Muamalat (Ekonomi islam) dan Jenayat (undang2 islam). Aku kureng sedikit subjek Faraid (matematik:pembahagian harta pusaka) selain Bahasa Arab.ha ha ha. Alhamdulilah lepas juga. Masuk darjah 5-6 aku didedahkan dengan pelajaran Tasauf (ilmu rohani/jiwa) dan Akhlak (subjek ni senang masa mula2 ambil, tetapi bila masuk saja darjah 6, aku banyak keliru dengan subjek Tasauf yang lebih kurang sama)

Dan di waktu darjah enam ini jugalah aku belajar subjek wajib Tauhid yg agak sukar, iaitu mengenali sifat2 dan zat2 Allah. Susah sangat sebab kita tidak boleh bayangkan zat dan sifatNya dibimbangi jatuh kepada kufur.

Sama seperti tradisi darjah 1-3, 4-6 juga memerlukan aku wajib lulus subjek Tauhid, AlQuran dan Ibadat. Alhamdulilah.

Syukur selepas belajar bertahun itu, aku lepas kesemua tahap tanpa perlu mengulang dan uniknya lagi, untuk menghabiskan sesi sekolah agama, satu darjah ditubuhkan yang diberi nama 'darjah khas'. Seronoknya kami hanya perlu datang pada setiap hari Sabtu sahaja! Subjek tambahan yang perlu diambil adalah Hadith selain subjek2 yg aku sebutkan diatas menjadi lebih advance. Untuk lulus juga, kami perlu menghafaz tiga surah (akan ditanya salah satu) iaitu Surah Sajadah, Surah Al Mukminun dan Surah Yaasin. Aku pilih Surah Yaasin.

Habis cerita. Ulasan aku terhadap topik.

Disebabkan sekolah agama di Johor (ketika itu) merupakan satu alternatif, ramai ibu bapa menyekolahkan anak mereka sehingga darjah tiga sahaja. Ini yang aku tak faham. Sekolah biasa boleh pulak sekolahkan sampai darjah enam. Tingkatan 1 sampai 5. Tapi tidak sekolah agama. Alasannya?
1) Tak cukup duit
2) Cukuplah sampai darjah 3 je. Asal dia tahu hukum hakam sudah
3)Budak2 dah tak minat
4)Banyak kali mengulangnya

Ini alasan-alasan yang aku kerap dengar bila dua, tiga kawan berhenti sekolah agama. Sama juga halnya dengan perihal ibu bapa yang liat nak bayar duit yuran Qiraati @ mengaji AlQuran. Jangan sebutkan perkataan 'mahal' sebab ilmu tiada nilai kalau hendak diuukur harganya. Jangan kerana alasan2 ini, anak2 kita tak dapat apa yang sepatutnya seorang muslim perolehi.

Hendakkah kita dipersalahkan sewaktu akhirat kelak?Jangan pandang remeh pada ilmu lebih2 ilmu agama. Kalau kita, sebagi ibu bapa meninggal dunia, siapa yang lebih afdal memandikan kita? Siapa yang lebih afdal doanya ketika kita sudah menjadi ruh?

Anak2 yang soleh.

Renung2 kan dan fikir2 kan:)

FaizalSulaiman:---)Hari Jumaat yang serba tak kena.Entah apa yang merisaukan, aku pun tak tahu...

Malam ini Jilbab ep 4 dan Farcir 44.Selamat membaca!

Thursday, August 19, 2010

BERITA SEKARANG DAN PANDANGAN KALIAN?


Salam Ramadhan.

Puasa dah masuk seminggu. Tak sedar kan?

Ok lah. Entry serius.

Kebelakangan ini aku selalu tersentap bila menyelak-nyelak akhbar utama. Isu buang bayi dah semakin lama semakin menjadi-jadi. Kalau tak satu hari takde kes buang bayi..memang tak sah dunia Malaysia ni.

Aku selalu terperasan-sentap bila tengok manusia diganasi manusia lain. Lebih tepat kekejaman yang semakin lama berleluasa. Macam dah takde akal aku tengok manusia zaman sekarang. Mana yang toreh muka isteri, simbah asid kat muka isteri dan anak, mana pijak perut isteri yg tengah hamil. Dengan kes sadis sembelihan menakutkan itu. Aduhaiiii..

Kadang2 aku keliru dengan sikap manusia ini.

Ok mungkin 'hukuman' yang aku jatuhkan terlalu enteng tanpa selidiki permasalahan sebenar si pelaku. Sila mainkan peranan 'empathy' anda Faizal Sulaiman.

Mungkin si pelaku mempunyai masalah, kita tak tahu. Kewangan, keluarga, perselisihan faham, anak degil, isteri curang, suami panas baran and so forth. Tapi logiknya, semua manusia ada masalah. Malah ada yang lebih teruk daripada itu semua. Masalah boleh diselesaikan dengan musawwarah. Bukan dengan membunuh selagi ada orang di muka bumi Allah ni.

Ia takkan selesai. Kau tambah satu lagi masalah, adalah. Orang keliling akan pandang serong. Masyarakat akan membenci. Itu kesannya. Tolong fikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu yang boleh dipanggil 'bodoh'

Dimana ajaran Islam yang diajarkan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W? Mana perkataan syura' yang kita selalu sebutkan sebagai solusi kepada sesebuah pertelingkahan? Mana kitabullah yang SEMEMANGNYA PERLU DIRUJUK bila berlakunya permasalah???

Tepuk dada, tanyakan iman kalian.

Jangan ikut telunjuk syaitan. Nafsu bila bergelora, syaitan akan cepat menolong menjayakan usaha jahat kalian tu. Kita telah diajar untuk beristighfar. Istighfarlah cepat2 bila dalam keadaan marah. Ayat itu sesungguhnya sangat membantu!

Ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita. Malaikat juga ada bersama kita. Sebelum bertindak, sila berfikir dahulu. Kita dianugerhkan akal, bukan? Gunakan sebaik-baiknya...

FaizalSulaiman:---)Hanya beristighfar panjang bila menatap akhbar setiap hari...

Empathy dlm Concise Oxford English 11thEdition membawa maksud 'ability to understang and share the feelings of another

ps:Terima kasih yg membaca Loro Chendana ep 3 semalam:)

Wednesday, August 18, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 3




Tajuk: Chendana Episode 3
Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 4 akan disiarkan pada 20Ogos 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.


“Apa yang akan jadi kepada kita nanti? Bagaimana kalau embah tahu dan cuba memisahkan kita?”

Pertanyaan Sari berlegar-legar di minda Demak. Direnung wajah kekasih hatinya dalam-dalam. Apa yang dikatakan Sari ada benarnya. Jika makciknya, embah tahu akan perhubungan terlarangnya dengan si dara itu, pasti Sari yang akan menjadi mangsanya. Dia bukan tidak kenal makciknya! Seluruh pelosok Nilam Perindu tahu bahawa perempuan tua itu seorang pawang yang handal. Pawang yang telah mempergunakan ramai nyawa manusia-manusia teraniaya sebagai alat untuk mengecap kemasyuran.

Dia sendiri bingung, mengapa ramai orang kampung Nilam Perindu, malah kampung-kampung jiran juga percaya dengan kekuasaan perempuan tua itu yang dianggap satu perbuatan yang sangat menyimpang!

Engkau jangan sebarang cakap Demak! Kerana Pulut, santan binasa!
Kedengaran satu suara halus, membentaknya dari dalam kepala. Demak diam, lantas cuba untuk mengingati semula ajaran yang dibawa oleh Kiyai Daud kepadanya beberapa minggu lalu.
“Istighfarlah, nak! Allah pasti akan membantu kamu. Begini aku ajarkan! Astaghfirullah-hal-azim. Bila datangnya satu musibah, lekas-lekas lah kau mengingatinya”

Demak memejamkan mata, lantas cuba melatih dirinya untuk beristighfar-seperti ajaran Kiyai Daud, seorang lelaki alim yang banyak mengajarnya ilmu agama Islam. Lega. Ketenangan menguasi diri. Dia kemudiannya, membuka kedua matanya melihat wajah Sari yang resah bercampur bimbang.

“Sari takut, Demak. Takut kalau-kalau upacara itu dijalankan dan Sari mangsanya!”, ketakutan jelas terpancar dari wajahnya yang mulus. Demak kemudiannya menggenggam tangan kekasih hatinya. Sambil tersenyum, dia berkata lembut “Malam ini kita lari daripada Nilam Perindu. Kita berdiam di Nyiru Chondong. Disana kita boleh belajar agama Islam dan yang paling utama-permulaan hidup yang baru”

Sari tersenyum. Hati gundahnya seakan terpujuk. Dia memandang wajah kekasih hatinya dalam-dalam, dengan penuh rasa kasih dan sayang. “Terima kasih, Demak!”

Namun, entah mengapa, angin deras tiba-tiba berpuput kencang lantas menolak sedikit selendang yang dipakai Sari, lantas mendedahkan rambut hitam berkilatnya. Senja yang semakin larut menjadikan pinggir hutan berbatu-tempat perjumpaan dia dan kekasihnya semakin menyeramkan. Tiba-tiba, di balik bayu yang kencang itu, kedengaran satu suara parau, seperti sedang marah, berlegar-legar di udara.
Aku tahu rancangan kamu, nak! Jangan kau ingkari takdirmu! Jangan engkau berani-berani! Jangan…
Samira dengan perlahan membuka matanya. Masya Allah...mimpi lagi.

Dia mencapai Nokia Express Musicnya yang diletakkan di atas meja kecil lalu menyemak skrin leper itu dengan mata yang berpisat-pisat kantuk.
19 Missed Calls, 1 Message

Dia kemudian memeriksa panggilan tidak berjawab itu dengan perasaan resah dan berbelah bahagi, lantas terlihat nombor telefon yang sangat dikenalinya. Nombor itu adalah nombor telefon rumahnya di kampung. Pasti adiknya, Hajar ada satu yang sangat penting hendak dikhabarkan.
Jangan..jangan…emak…

Dia lekas mempedulikan fikiran bukan-bukannya terhadap kesihatan ibunya, Ustazah Jamilah. Lantas, dia memeriksa satu mesej yang belum dibaca, lantas dibacanya dengan tenang.
Awak, adik awak Hajar telefon saya, lepas dia cuba call awak berkali-kali. Kita kena balik kampung. Ada hal mustahak!

Mesej itu datang dari Asyraf, teman lelakinya. Gadis itu menghela nafas perlahan-lahan, kemudian melihat tarikh dan waktu mesej itu dihantar. Ia dihantar malam tadi, mungkin sewaktu dia sedang nyenyak tidur. Pandangannya kemudian di alihkan ke arah jam dinding yang sudah melewati ke pukul lima setengah pagi. Seketika kemudian kedengaran sayup-sayup suara imam sedang memulakan bacaan Al Quran.

Dia kemudiannya melompat bangun untuk ke bilik airnya, bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Usai mengambil wudhuk, dia memakai telekung, lantas membentangkan sejadah. Dia berdiri dengan qiam dengan selesa sebelum menghela nafas.

Allahuakbar.

Sujud rukuknya berganti dengan bacaan surah. Kepada Yang Maha Esa dipohonkan supaya segalanya berjalan dengan lancar. Diminta pada Si Kekasih itu supaya disejahterakan kesihatan bonda yang tercinta. Supaya tidak berlaku apa-apa yang memungkinkan untuknya berduka…

Pagi menerjah beberapa jam kemudian dengan secawan kopi dan sekeping roti bermentega dijamah. Kedengaran deruan kereta Asyraf membelah kedinginan pagi yang dingin. Gadis itu bergegas. Membawa beg galasnya yang sederhana corak berpetaknya kemudian ke muka pintu ruang tamunya menyerlahkan senyuman Asyraf di dalam Vios hitamnya.

Lima minit kemudian, mereka memulakan perjalan. Membelah lautan dan kesenyapan suasana pagi yang masih muda itu.

“Awak dah makan?”
Soalan pertama Asyraf selepas membelok sebuah simpang keluar menuju ke bandar. Samira mengangguk perlahan. Fikirannya masih terganggu dengan panggilan tidak berjawab Hajar malam tadi. Ditambah dengan mesej tergesa-gesa Asyraf, membuatkan fikirannya semakin berkecamuk.

Lelaki itu seakan faham, lantas membuat kesimpulan sendiri bahawa Samira memang perlukan masa untuk bersendiri. Masa untuk menentukan sesuatu, mungkin.

Dan buat Samira, adakah kepulangannya bakal merubah sesuatu? Sesuatu yang serasakan sangat menakutkan…

Sepasang mata merah mengekori kereta itu…

BERSAMBUNG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR