Tuesday, November 30, 2010

KITA, PRIHATIN!

Mendung di RnR Gurun


Salam

Semalam bertolak balik dari Jitra ke Johor Bahru.

Gedebak gedebuk, bertolakla dalam pukul 2.30 petang. Sempat online dekat RnR Gurun, kau! Bateri laptop plak cam harr, jadik takle nak online lelama.

Aku mempunyai kegemaran mengambil gambar ketika perjalanan—tak kira la dari mana nak kemana—

Sampai di lebuh raya Kuala Kangsar, hujan renyai-renyai, berlaku satu kesesakan teruk. Gila-gila teruk macam di Kuala Lumpur. Pelik jugalah sebab tengah-tengah alam yang tak jam tu tetiba boleh jammed!

Tak ke gila kentang?

So, aku da ready dengan kamera sambil sing along lagu yang along aku pasang.

Tengok-tengok…ada eksiden, kau!

Sesak!!

Dua lori.

Satunya hampir terbalik.

Magiknya, ia berlaku di seberang jalan (heading to the North), jammed gila-gilanya adalah jalan yang nak ke Selatan.

Along aku berseloroh.

“Orang kita ni, prihatin! Sesak-sesak sikit mulalah perlahankan kenderaan. Lepas tu dalam kereta buat analogi sendiri. Lori tu langgar lori ni la. Lori ni langgar lori tu la..sort of”

Aku senyum.

See?
Tahap keperihatinan kita memang sampai macam tu sekali. Prihatin sampai sesak jalan raya. Kalau kemalangan tu berlaku di jalan yang aku lalu tu, munasabahlah juga.

This is like culture. Orang lain eksiden, we just say kesiannya. Kesiannya dan kesiannya Lepas tu mungkinlah perlahankan kenderaan, sampai berjujuk jujuk kereta beratur di belakang, juga membuat analogi sendiri.

Bercakap pasal kesian cuba kita letak diri kita dalam kasut orang tu. Macam ne perasaan kita kalau kereta kita kena sodok dari belakang? Ada nyawa yang hilang kerana kemalangan? Aku pun sendiri kadang-kadang selalu je kata kesian dekat mereka-mereka yang malang. Tapi bila kita cuba praktikkan empathy, ianya sangat membebankan.

Beban yang dipikul tu sangatlah berat…

Memerlahankan kenderaan akan menyebabkan kenderaan lain turut sesak sama…

LORO: JILBAB EPISODE 23


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 23 akan disiarkan pada 1 Disember 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai. Pastikan bacaan anda hingga ke episode akhir, 25!


Uthman membuka matanya dalam keadaan dirinya masih tertiarap. Dia sedikit terpinga-pinga dengan perkara yang sedang berlaku. Dia segera berdiri seraya matanya terus tertancap kea rah sekujur tubuh bapanya yang seperti sedang tidur. Matanya memperincikan pandangan terhadap sekujur tubuh yang sudah pucat.


‘Puas hati aku.’ Desis hati Uthman.

Dia terus mengambil Jilbab yang sudah bertukar warna lalu dimasukkan ke dalam karung plastik hitam yang sudah tersedia. Kemudian karung itu disumbat ke dalam beg galas tepinya.

‘Aku tak ada masa lama yang lama.’ Desis hatinya lagi.

Satu kaca mata hitam dikeluarkan dari beg galas tepinya itu lalu dipakainya untuk menutup keadaan matanya dari pandangan oranglain. Uthman membuka langkahnya mahu keluar dari bilik itu.

‘Bapa kau bagaimana Uthman.’ Berdengung suara Seri selepas menerima persalinan baru.

Langkah Uthman dihentikan di muka pintu bilik oleh dengungan suara Seri. Dia mengerling sedikit ke arah Seri yang terkaku berdiri di penjuru kanan katil bapanya.

“Nanti aku uruskan.” Dia tahu Seri tidak bisa membaca suara hatinya.

‘Aku pula bagaimana?’

“Kau akan aku panggil bila aku perlukan.”

‘Tapi aku memerlukan kau untuk terus hidup.’

“Jadi kau perlu mendengar setiap apa yang aku katakan untuk terus hidup. Jangan sesekali melawan setiap kata-kata aku. Kalau tidak, akan aku hantar kau pulang ke tempat asal kau.”

‘Tolong jangan Uthman. Darah yang mengalir dalam tubuh kau dapat aku rasa dalam tubuh aku. Setiap denyutan jantung kau bergetar seluruh nadi tubuh aku. Kita sekarang sudah menjadi satu Uthman.’

“Sudahlah, aku tidak punya banyak masa. Dia akan ku uruskan kemudian. Kau pula perlu berpegang pada janji aku. Sesungguhnya aku manusia yang tidak akan memungkiri janji.”

Uthman meneruskan langkahnya membiarkan Seri terkaku tanpa bicara. Hatinya dipempan rasa yang bercampur baur. Bagaimana syaitan seekor itu bisa terlepas ke pangkuannya juga. Sungguh licik permainan dunianya yang akan mengheret keseksaannya di akhirat.

Dia menyelusuri tangga rumahnya. Di halaman rumah bersebelahan keretanya, Nur menanti dengan penuh sabar. Tanpa berkata sepatah kata pun, dia terus masuk ke dalam perut keretanya.

Nur yang memerhatikan Uthman dari tadi kelam kabut masuk ke dalam kereta. Dia hairan, bagaimana tadi sebelum naik ke rumah, Uthman biasa sahaja. Tiba-tiba muncul semula, wajah Uthman masam mencuka.

Uthman menghidupkan enjin kereta dan terus menurunkan gear, kereta mula bergerak meninggalkan halaman rumah orang tuanya itu. Tiada reaksi dari wajah Uthman.

“Uth, boleh Nur tanya?” Nur takut-takut mahu mula bicara.

“Apa dia?” Ringkas sahaja Uthman menjawab tetapi masih lembut tutur bicaranya.

“Apa yang Uth buat atas rumah tu tadi?”

“Kenapa Nur nak tahu.”

“Tak adalah, sewaktu Uth naik rumah tu, senyap sunyi sahaja. Apa Uth buat atas tu?”

Tiada satu suara yang akan terlus dari rumah itu yang bisa menerjah halwa telinga setiap manusia yang lalu-lalang di rumah itu. Itulah yang telah diciptakan oleh bapa Uthman dan Seri, memasang dinding kebal yang langsung tidak telus bunyi.

“Uth ambil sesuatu yang bisa menghidupkan.”

“Maksud Uth?” Nur mengerutkan dahinya. Dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Uthman.

“Uth mahu Nur bernafas kembali.”

Nur tersenyum mendengar kata-kata Uthman. Dia bisa bernafas kembali dan selepas ini dia akan terlepas dari seksa menjadi halimunan.

“Tapi bagaimana Uth.”

Uthman mengukir sebuah senyuman, membiarkan Nur dalam keadaan tertanya-tanya.

BERSAMBUNG...

Monday, November 29, 2010

TAK PAYAH LA KEDEKUT

Ladang tebu yang sangat cantik

Salam

Harini Isnin, ramai yang sudah masuk kerja selapas ber yada-yada an semalam. Adik aku yang dihantar belajar di Politeknik utara tanah air, diharapnya berada dalam keadaan elok-elok aje.

Berbakul-bakul nasihat aku suruh dia telan, nasib la kau, dik!
ha ha ha

Dua hari lepas, aku menghabiskan masa kebayakannya di Jitra, Kedah Darul Aman. Ni kali ke dua aku datang ke negeri ini, bezanya kali ni dengan Sulaimans yang lain.

Apa yang nak diceritakan adalah tentang sikap pemurah yang aku temui hampir kebanyakan pekedai makan di sini. Yalah…mungkin aku membuat satu justifikasi melampau. Pemerhatian baru empat, kau dah gebang kata pemurah?

Itulah gunanya impresi pertama. Mujur postif.

Malam pertama menginap, aku dan ahli keluarga yang lain menjamu selera di kedai makan hidangan a’la carte. Air dipesan. Sampai dalam kurang lebih tiga minit. Kami sama-sama hirup air yang terhidang.

Rasanya melekat.
Cukup manisnya!

Memang betul-betul tak kedekut!
Aku happy dengan makanan dan minuman yang aku bayar tu.
Seriuosly

Esoknya, gedebak gedebuk pi hantaq adik aku daftar, kami menikmati pemandangan ladang tebu di Chuping, Perlis. Ini kali pertama aku jejakkan kaki disitu. Melihat sekitar termasuk UniMap yang sedang membangun, mengingatkan aku dengan UiTM Puncak Alam, kampus kesayangan.he he he

Ada stall tepi jalan, jual jagung.
Aku pesan jagung manis.

Sekali lagi rasanya sangat memikat.
Cukup sempurna.

You see, kebanyakan dari kita akan berkira dengan jumlah bayaran yang kita bayar untuk sepinggan nasi, mee goreng ataupun semangukuk tomyam. Kita berkira atas value, atau nilai yang kita dapat selepas menjamah makanan itu.

Makanan merupakan satu barang dagangan perishable---kena guna mengikut waktu, kalau tidak makanan rosak---sama seperti produk-produk perkhidmatan yang lain seperti pelancongan, per se.

Apabila kita makan, for sure kita akan pastikan rasa, kualiti juga mungkin kuantiti diambil kira.

Pernah hadapi situasi bila makan tomyam ayam, tapi hanya dua tiga ketul isi saja?
Pernah hadapi situasi bila makan chicken chop yang sepatutnya boneless, tetapi tergigit juga tulang, dengan kuah sos yang sangatlah cair, mengecewakan!

Makanan adalah suatu service.
Teras service/perkhidmatan adalah kepuasan pelanggan, kerana perniagaan jenis ini adalah berdasarkan customer orientation!

Memanglah, kepuasan adalah nilai yang sukar hendak diukur, tetapi para peniaga makanan dan minuman perlu yakin dengan ability pelanggan mereka.

Pernah dengar term “Loyal Customer?”

Dalam diri pelanggan, mereka selalunya akan mencipta satu ‘ingatan istimewa’ tentang makanan, tempat pelancongan mahupun produk harian yang secara langsung meningkatkan jumlah jualan makanan dan pembentukan Loyal Customer.

Contohnya begini.
“Dol, jom makan tomyam. Aku belanja”
“Kedai mana hang nak pi?”
“Kedai Man Tomyam Simpang..dah doblas kali aku try..sedap wooo”

Faham?

Kesimpulannya, berniagalah dengan ikhlas. 9 per sepuluh rezeki itu datangnya dari berniaga. Kalau iklhas, dari hati, InsyaAllah pelanggan suka air tangan korang tu. Mengeyangkan orang yang lapar itu adalah suatu pahala yang sangat besar.

Jangan kedekut!

Sunday, November 28, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 22


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 23 akan disiarkan pada 29 November 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai. Pastikan bacaan anda hingga ke episode akhir, 25!


Hajar membuka kotak kayu Cendana yang memperlihatkan satu jasad kaku seperti patung yang sedang terbaring, mendiami khazanah itu beratus tahun lamanya.

Dia sudah mengetahui tentang sejarah Chendana Sari sejak usianya enam belas tahun lagi. Dia tidak mempunyai pilihan dengan terpaksa menyelongkar bilik lama keluarganya sebelum menjumpai satu tinggalan buruk yang sangat menakutkan.

Dan dari situ, dia menanam azam untuk memiliki Chendana Sari suatu hari nanti. Mendapatkannya dengan cara apa sekalipun walau terpaksa berbalah dengan kakaknya sendiri.

Tuanku masih mengingati perkara lama itu ?

Kedengaran satu suara halus, bergema dari dalam kotak yang diletakkan di atas ribaannya. Hajar memandang isi dalamnya dengan satu perasaan sayang dan teruja.

“Sekali sekala. Aku membayangkan saat bagaimana sukar untuk berdamping dengan engkau, Chendana!”

Hajar mengeluarkan patung kayu itu, kemudian diletakkan dalam keadaan duduk, di atas meja soleknya sebelum kelihatan patung Chendana Sari seolah-olah menguntum senyum. Rambutnya yang panjang mengurai menambah kecantikannya, ditambah dengan kebaya merah, berkain batik—menjadikan Chendana Sari sangat jelita, walaupun dia hanyalah sebuah patung yang kaku, tak bernyawa.

Segala hajatmu telah hamba penuhi

Gadis itu diam. Seperti mendengar arahan guru pada muridnya.

Akan ku pastikan kau gembira. Bahagia, walaupun Tuanku mungkin telah menyakiti hati kakak dan ibumu

Hajar tunduk lagi. Bibirnya kelihatan menggeletar.

“Emak hanya sayangkan Kak Mira. Tiap kali Kak Mira membawa keputusan cemerlang dalam peperiksaan, emak memuji kepandaian dia. Langsung mengendahkan saya yang akhirnya disuruh menjadi cikgu di sekolah agama!”
Bukankah tugas itu, suatu tugas murni wahai Tuanku Hajar?

“Aku tak gembira, Chendana! Aku seolah dipaksa melakukan sesuatu yang bukan menjadi kesukaanku. Tetapi kerana emak, kerana kakak, aku terpaksa jua!”

Hajar merintih. Air mata yang dikumpul sejak kali pertama ayat-ayat tentang pengorbanan tak berbalasnya terhadap keluarga terhambur keluar. Jujur hatinya sakit.

Kenapa Kak Mira boleh belajar tinggi-tinggi, sedangkan dia tidak?
Jurang apakah yang cuba emak pisahkan? Adakah kerana emak mahu memastikan aku berada di bawah seliaannya? Atau mahu mengongkong hidup aku?
Emak Tuanku mengharapkan Tuaku boleh mengikuti jejak dia. Bukankah itu sudah memadai?

Hajar mendengus. Kemudian tersengih sinis.

“Sebaik mana yang aku lakukan padanya, dia tak pernah hargai sehinggalah peristiwa itu berlaku, emak sudah mula percayakan ku!”

Chendana Sari tersenyum menyeringai. Sesekali mata bundarnya berkelip sekali, menampakkan riak jahat di balik renungan baik hatinya itu.
Adakah Tuanku mahu katakan tentang malam kejadian di mana emak Tuanku…
“Shyyyy!!!!”

Hajar menunjukkan isyarat diam dengan jari telunjuk di bibirnya yang rapat. Matanya menjengil marah.
“Diam! Tak ada sesiapa patut tahu. Hanya aku, kau dan dia saja!”

Gertakan Hajar, langsung tidak menakutkan Chendana Sari.

Mungkin dia boleh digunakan dalam misi kita? Itu cadangan hamba saja, Tuanku Hajar

Hajar diam. Menimbang-nimbang kata-kata patung kaku dihadapannya itu. Ada benarnya kata-kata Chendana Sari. Selama ini pun, si dia sudah banyak membantu melaksanakan tugas-tugas berat. Seolah sudah menjadi orang kepercayaan dia dan Chendana Sari. Si dia pun sudah hampir separuh jalan melaksanakan misi nya itu.

“Mungkin…boleh dipertimbangkan!”

Patung Chendana itu mengukir senyuman yang menyeramkan. Matanya berkelip sekali lagi. Bibir mungilnya yang berwarna merah berkata-kata lagi.
Keluarga Tuanku Hajar akan dilanda bencana sekali lagi. Dari majikan kakakmu yang berhati binatang itu!

“Siapa? Katrina?”

Chendana Sari mengendahkan untuk menjawab, sebaliknya berkata-kata lagi.
Dia sudah dirasuk oleh satu semangat jahat. Tuanku Hajar bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Hajar kelihatan tertanya-tanya. Dia kemudiannya memandang patung yang kaku itu seperti mendesak untuk meminta jawapan.

“Kemungkinan?”

Ya, Tuanku. Kemungkinan!

“Kemungkinan tentang apa?”

Kemungkinan bahawa Tuanku perlu mengorbakan salah seorang dari darah daging Tuanku! Saudara terdekat Tuanku!

Mata Hajar membulat. Hatinya mulai bersarang debaran.

Seketika buat beberapa lama dia duduk berteleku mencari siapakah yang sesuai dijadikan mangsa, kedengaran suara Jamil melayah di udara, memmanggil-manggil namanya.

Dan seperti cahaya menerangi fikiran gelapnya, dia langsung memandang Chendana Sari yang sudah tersenyum cantik.

Jamil harus dikorbankan!

BERSAMBUNG

Thursday, November 25, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 22


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 22 akan disiarkan pada 27 November 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai. Pastikan bacaan anda hingga ke episode akhir, 25!



Uthman mengeluarkan sebuah bungkusan plastik yang sejak dari tadi disandangnya. Bungkusan itu dibuka dan dikeluarkan sehelai jilbab putih.

“Kah kah kah.” Uthman ketawa berdekah-dekah. Jilbab putih itu dihalakan kewajahnya.

‘Kau nak buat apa dengan Jilbab putih itu.’

Seri terkaku saat melihat jilbab putih itu. Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan yang muncul dek panahan jilbab yang muncul di hadapannya. Terjelepuk Seri ke lantai menggelupur kesakitan.

“Kini kau rasakan sakitnya Seri.” Puas hati Uthman dapat menyeksa Seri.

Uthman menghampiri Seri. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke arah jasad terjelepuk menggelupur kesakitan yang hanya kadang-kadang bisa dilihat oleh mata kasar manusia. Puas hati Uthman kini, racun yang bisa membuatkan Seri yang begitu ampuh dengan kekuatannya kini terkulai layu.

Seri mengundur menjauhi Uthman yang menghampirinya. Wajahnya bertukar rupa, dari seorang yang segak menjadi seorang lelaki yang tua sekali akibat kesakitan yang teramat. Perlahan-lahan Seri mengesot dengan tangannya semata.

‘Jangan buat Seri begitu Uthman. Kau akan menyeksa Abah juga.’ Uthman menjeling ke arah bapanya yang berkerut-kerut kesakitan juga.

Uthman tidak mempedulikan bapanya. Dia tetap menghampiri Seri. Dilajukan langkahnya ke arah Seri. Entah dari mana dia mendapat seluruh kekuatan itu. Lalu perut Seri disepak sekali. Seri mendengus kesakitan dan berguling-guling di atas lantai.

“Rasakan.” Uthman ketawa sambil mendongak ke siling rumah sambil tangannya mencekak pinggang dengan angkuh.

Kemudian dia menjambak rambut seri yang putih, lalu dicampakkan Seri ke dinding. Terpelanting Seri ke dinding kayu rumah bapa Uthman lalu terjelepuk ke lantai.

“Masa untuk Man ambil nyawa Abah.”

Uthman menghampiri bapanya dengan tangan kirinya memegang jilbab putih.

‘Jangan Man, Jangan. Tolong Abah.’ Rayu bapa Uthman.

Uthman langsung tidak mengendahkan rayuan bapanya. Perlahan-lahan dia menghampiri wajah yang sayu ketakutan itu. Tidak pernah sekalipun Uthman terlalu berani sebegini.

“Aku tahu kau dah mati dan kau hidup untuk menghidupkan Seri. Jadi, aku mahu nyawa kau untuk menghidupkan makhluk yang sepatutnya hidup. Bukan mayat hidup seperti kau. Nah, berikan nyawa kau pada aku.” Lagak Uthman bak anak durhaka yang menuntut keadilan.

Uthman meletakkan jilbab putih yang dipegangnya di ubun-ubun bapanya. Menggelitik kesakitan bapanya dengan bebola mata yang berputar tanpa ada hala tuju.

‘Sakit Man, tolong Abah Man. Abah tak mahu mati lagi. Abah nak hidup lagi.’ Rintihan hatinya dalam keadaan nyawanya cuba dicabut Uthman.

Uthman mengerutkan dahinya kehairanan, sukar benar mahu mendapatkan nyawa bapanya itu. Dilepaskan jilbab itu dan dibiarkan terletak di ubun-ubun bapanya.

“Kenapa aku tak boleh ambil nyawa kau?”

‘Nyawa abah bersatu dengan nyawa Seri.”

“Maksud kau?”

‘Kalau kau mahukan nyawa Abah, ada satu syarat yang perlu kau terima tanpa ragu.’

“Apa dia?” Uthman memeluk tubuhnya angkuh bak wira yang sudah berjaya menawan musuhnya, hanya tinggal dibunuh sahaja musuhnya, tetapi liat benar mahu bercerai nyawa dan badan.

‘Untuk memiliki nyawa abah mudah Uthman. Tidak perlu kau seksa Abah sebegini rupa.’

“Jadi Abah redha Man mahu Abah mati?”

Perlahan-lahan bapanya mengangguk dalam kesakitan yang teramat sangat-sangat.

‘Kau perlu menerima Seri dalam hidup kau.’ Ringkas bisik hati bapanya.

Uthman membeliakkan matanya, pandangannya diarahkan kepada Seri yang masih terjelepuk kesakitan. Seri hanya menyeringai menguntum senyum kerana bakal menjadi parasit dalam sebuah tubuh yang baru.

Uthman menunduk, terasa sukar benar menerima syarat ini. Syarat yang pastinya akan membawa kepada sebuah kehidupan yang amat menyeksakan keturunannya dan juga orang sekitar. Nyawa yang perlu diambil menjadi kekuatan Seri, kemudian darah yang menjadi minumam Seri hari demi hari. Kalau tidak diri sendiri yang akan menjadi mangsanya.

“Baiklah, aku terima Seri sebagai galang ganti satu nyawa yang aku perlukan untuk satu nyawa yang lain.”

Berdesup Seri selaju cahaya masuk ke dalam tubuh Uthman. Uthman menjerit kesakitan yang teramat. Bebola matanya terbeliak. Dalam keadaan berdiri itu, Uthman terdepa seperti seorang yang terkena renjatan elektrik. Lama-kelamaan Uthman menjadi semakin tidak keruan. Kulitnya menjadi pucat lalu terjelepuk ke lantai.

Seraya itu juga, perlahan-lahan nyawa bapanya ditarik oleh jilbab yang tersedia di ubun-ubun kepala bapanya. Kadang-kadang nyawa itu tersekat-sekat di urat yang penuh dosa sehingga menyeksakan dan menyesakkan dirinya yang berhadapan dengan sakaratul maut. Perlahan-lahan bapanya menutup mata selepas satu hembusan kuat dilepaskan. Itulah hembusan yang terakhir.

Jilbab yang tadinya berwarna putih bertukar menjadi warna keemasan. Warna yang akan menghidupkan seseorang yang berada diambang kehidupan dan kematian dan sedang menunggu Uthman sedar dari lena kepenatan bersatu dengan Seri.

‘Kini kau milikku Uthman.’

BERSAMBUNG

KANAK-KANAK YANG TAK TAHU APA.


Beberapa malam lepas aku ada membaca beberapa artikel tentang contest yang dianjurkan Nuffnang. Kesedaran tentang “Stop Child Abused”

By the way, entry ni takde kena mengena dengan contest tu. Just menulis atas kesedaran saja.

Bayangkan situasi ini. Adapted dari situasi sebenar.

Beberapa minggu lepas aku on the way nak ke tempat kerja. Kena cepat-cepat sebab pagi tu kena jaga exam. Sampai ke satu jalan besar, kelihatan bangkai dua ekor monyet side by side to each other. Sekor besar dan sekor kecil macam anaknya.

For a moment, aku melihat bangkai itu, melalui cermin kereta, terpalit rasa simpati.

Sampai di ofis, my colleague beritahu bahawa monyet besar tu pada asalnya mengendong monyet kecil sampaila monyet kecil ni terjatuh dari wayar tempat gayut. (Wayar tu dekat tepi jalan, bersambung dengan tiang, berdekatan dengan jalan lalu lalang kereta)

Malangnya si monyet kecil dilanggar sebelum diselamatkan si monyet besar---dan kedua-duanya mati--- Expectation aku, monyet dua ekor tu, anak beranak.

Moral: Haiwan pun tahu sayang anak.

Inikan kita manusia. Cuba tanya diri sendiri, akal yang Tuhan bagi untuk apa? Dua tangan Tuhan bagi untuk apa? Dua kaki Tuhan bagi untuk apa?

Tangan bukan tujuannya nak menampar tumbuk
Kaki bukan tujuannya nak sepak terajang.
Otak bukan tujuannya rancang strategi camne nak bagi budak-budak yang dibela tu seksa merana!

Kita dah disogokkan dengan keganasan lama dulu. Sebelum wujudnya filem-filem Hollywood bawak senapang bagai atau aksi bom-bom melampau.

Sejak kecil kita ditayangkan dengan babak dera Mak Kundur pada Bawang Putih. Mak tiri mesti jahat. Mesti nak dera-dera. Piat-piat telinga. Cubit-cubit. Tarik-tarik rambut. Jadi ia semacam diperturunkan dari generasi ke generasi bahawa mendera itu adalah sebahagian dari didikan untuk melentur anak!

Wadafuuuuu…..

Penderaan sekarang tak sama macam dulu. Kita flash back pada situasi mungkin dua puluh, tiga puluh tahun lepas. Emak ayah ada aja pukul anaknya. But pukulan itu lebih kepada mendidik, selapas sesi ceramah, khutbah atau sesi cakap baik-baik tak makan dek anak.

Bukan macam sekarang.
Takde cakap-cakap lagi, terus balun si anak.
Pukul anak macam melepas geram plak.

Kadang-kadang budak tu tak faham apa salah dia. Hey, come on lah. Gunakan psikologi. Kalau anak silap, tujuan mak bapa lah tegur, bukan main pukul sesuka hati.

Budak tu bukan robot. Kalau kau kena pukul pun, sakit, kan?

Ini mengingatkan aku pada Kelab Penyayang, satu society sukarelawan yang aku sertai di UiTM Pulau Pinang beberapa tahun lepas, masa diploma. Kami dikehendaki ke rumah anak yatim untuk meninjau anak-anak ini disamping membuat community service buat mereka.

Tak kira la kemas dorm ke, mengajar ke atau sesi kaunseling.

Aku memilih untuk mengajar:)

So berbekalkan buku-buku Maths ngan English tahap 1, aku bekalkan pada dorang. Buat style tutorial..

Sambil-sambil aku round tengok-tengok kot-kot depa ada masalah.

Terperasan sorang budak ni. Tangannya macam ada kesan lecur yang sangat teruk.
Aku tanya.

“Kenapa ni dik? Jatuh basikal ke?”
Dia jawab. Selamba
“Ayah cucuh dengan puntung rokok”

Truly, aku betul betul terkejut. Umur baru lapan tahun!

This is seriously the truth about human yang dah transform diri mereka menjadi monsters. Sepatutnya kita harap dia boleh melindung. Jaga amanah Allah dengan sebaik-baiknya. Ini tak.

Kau boleh bayang tak pendera, bagaimana keadaan kau bila kau tua nanti?
Bila kau powerless.
Bila kencing berak kau bersepah
Bila kau nyanyuk.

Balasan ni bleh ditunjuk dalam dunia.
Ya..mungkin kau terlepas hukuman mahkamah, itu tak menjamin kau hidup selamat dalam dunia ni.

What you give, you get back!
Maaf cakap…You may root in hell

Faizal Sulaiman:---)Talian Nur: Ingat ya! 15999 Jangan salah gunakan!

Wednesday, November 24, 2010

DIA: AISHAH


Salam.
Ini bukan kisah Aishah lima puluh sen.LOOL (Hint: drama Azean Irdawaty jadik watak terencat akal)

Satu petang, sedang berbaring, menongkat kaki di atas kusyen, telinga aku menangkap sebuah lagu.

“Di hati ini..sering melagukan rindu..senyum tangis mu di mata ku”

Aku tanya emak (arwah).

“Lagu sapa ni, mak?”
Mak jawab
“Lagu Aishah”

Dalam hati kata. Bole layan jugak.

Masa tu umur baru enam tahun. (Dah tahu lagu2 bagai.haihhh…)
Masa tu petang, baru balik dari majlis graduasi tadika aku. Masa tu, aku kena perform sketsa sebelum menerima skrol tamat tadika.

ha ha ha

Adalah dalam sembilan belas tahun lampau….Tua dah aku..tskkk

Aishah.
Bagi aku beliau ni setanding dengan Dato’ Siti (Nurhaliza), sekarang
Bahkan, vokal nyaring penyanyi ini masih tak dapat ditandingi mana-mana penyanyi zaman sekarang—bar none—
Uniknya Aishah, beliau mempunyai tahap education yang membanggakan ketika menjadi penyanyi selain mempunyai band boys (yang turut disertai pengkritik lantang Paul Moss)

Aishah ni, kalau tak silap pernah menetap di luar negara, waktu beliau further study lah. Istimewanya, disetiap in lay cover album Aishah, akan ada elemen musik timur dan gambar-gambar seperti bunga, tepak sirih dan congkak. Aku masih ingat koleksi kawan aku. Keluarga beliau tegar dengan Aishah!

Aishah juga pernah berlakon dalam filem Syakila. Masa tu lagu Janji Manismu tengah top. Aku pernah tengok filem tu. Masa tu umur aku baru 9-10 tahun. Ingat lagi masa tu hari raya pertama, ditayangkan filem tu. Kuat betu ingatan aku neh.he he he. Turut bersama beliau adalah Rahim Maarof dan Kuza.

Pernah tengok aksi Aishah waktu perform Juara Lagu, Janji Manismu? Fuhh dahsyat kan? Ala kau google je YouTube, mesti jumpa.



Siap bawak beg balik kampung, kau. Hempas beg atas pentas. Dramatik gila! :P But yet, tulah persembahan terbaik artis sezaman beliau. Menang persembahan terbaik!

Tu belum tengok lagi persembahan lagu Cinta Beralih Arah.
Mantap!

Plus, lagu ‘Pulanglah’ yang sesuai dimainkan waktu raya pun, aku suka ulang dengar berkali-kali.

Kini Aishah dah pakai tudung. Dah kahwin pun. Latest lagu beliau ‘Melukut Di Tepi Gantang’ memang menangkap. Feeling la ‘Seputeh Qaseh Ramadhan’ jap bila terdengar.hehehehe

Pilihan Playlist Aishah:
1) Janji Manismu
2) Kasih Kita
3) Cinta Beralih Arah
4) Kemaafan Dendam Terindah
5) Kau Sahabat, Kekasih dan Teman
6) Wajah
7) Selanjur Bercinta
8) Melukut Di Tepi Gantang
9) Antara Cinta dan Kasih
10) Camar yang Pulang

ps: Terbaca tentang event MAHA 2010. Buat rakan blogger yg sedang bertugas, aku tau ko takkan baca ini tapi wish you a very good luck, bro!

ps 2: Terima kasih banyak2 ya sebab komen entry semalam. Cik A pun mengomel-ngomel tanya itu ini. Thanks pada yang like juga yang share. Follower baru, tunggu sat na, Kang aku gi balik blog korang, okay! Lagi best kalau korang tinggal link dlm chatbox. Senang nak kunjung balas=)

Tuesday, November 23, 2010

LELAKI ITU: TELUS


Salam:)

Harini sudah mula bekerja balik. Menyudahkan apa-apa yang tertunggak selain merancangkan beberapa hari-hari penting sebelum menjelangnya 2011. InsyaAllah.

Aku sebagai lelaki dan melihat golongan sejenis aku sebagai adventerous dalam survival hidup.

Jarang ada lelaki yang hidup hanya menyerah, tanpa memperjudikan nasib dirinya terlebih dahulu. Figura sejarah-sejarah lama membuktikannya.

Lelaki. Suatu makhluk yang bermula dari Adam didatangkan dengan pelbagai jenis, rupa dan sifat.

Tapi, satu frasa akan keluar dari mulut kaum lawan jenisnya:

Semua lelaki sama saja

But yet..itulah lelaki. Wanita perlu memahami rentak lelaki. Lelaki tidak suka dikawal. Tetapi boleh diubah perlahan-lahan jika wanita itu pandai mengambil hatinya.

Lelaki boleh jadi setia. Setianya lelaki mampu menunggu wanita yang dicintainya walau cintanya ditolak berkali-kali. Lelaki tidak pernah berputus asa. Jarang sekali mengaku kalah kalau cintanya ditolak.

Lelaki mata keranjang? Gatal? Itu lumrah. Pandangan lelaki lebih kepada 'visionary' berbanding wanita yang lebih mementingkan hati budi--mungkin rupa jatuh nombor tiga empat. Tetapi, awas ya, lelaki.

Pandangan kadang kala mampu menipu. Jadi nasihat aku, jangan mudah terpedaya dengan pandangan pertama. Think wisely before you make another serious step!

Lelaki selalunya berfikiran jauh kehadapan. It sets to be like that berbanding wanita. Mungkin itu ciri-ciri pemimpin yang memang diciptakan buat lelaki.

Menjadi lelaki, juga sesukar seperti wanita.

Perlu sebagai ketua keluarga, tahu hukum agama, adil , pendidik dan pencari rezeki halal buat isteri dan anak. Disitu akan terlihat kekuatan seorang lelaki yang selama ini tidak terlihat oleh wanita.

Lelaki jarang menangisi masalahnya. Lelaki lebih suka keluar bersuka-sukaan dengan kawan-kawan rapat, dari mengingati masalah yang tak berkesudahan. Lelaki juga mudah adapt pada persekitaran.

Jika air mata adalah senjata wanita, ego lelaki adalah perisainya. See?
Lelaki dan wanita memang saling memerlukan.

Lelaki juga jarang memahami isi tersirat kata-kata wanita, biar lelaki itu adalah seorang pemuisi sekalipun. Lelaki lebih gemar berterus terang. Cakapnya telus dan tidak ada selindung-selindung.

Lelaki jarang menangis dan jika dia menangis kerana seorang wanita, wanita itu memang benar disayanginya:)

ps: Buat adik lelaki aku yg menduduki SPM harini, juga calon2 SPM yang lain, wish all of you a very good luck!

Menjadi adil kepada ENTRY INI

Monday, November 22, 2010

MAGIS DUNIA POTTER: AZIMAT MAUT: REVIEW

Salam.
Terlebih dulu ingin mengucapkan selamat, buat hari keputeraan Sultan Johor hari ni.

Allah Selamatkan Sultan.

Pekerja di Johor sedang bercuti harini. Alhamdulilah

**


Menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 merupakan sesuatu yang sangat berbaloi, lebih-lebih lagi buat korang yang dah membaca novel tersebut. Tidak mengecewakan seperti franchise filem Potter yang lain (Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and Half Blood Prince---dua filem ini sangat mengecewakan), HPDH juga memberikan bonus, memecahkan filem fantasi ini kepada dua bahagian , which is bagi aku very brilliant idea.

HPDH dimulakan dengan ketiga-tiga watak utama Harry, Ron dan Hermione hidup dalam kebimbangan bila dunia sihir semakin rancak diserang Death Eaters, penyokong kuat Lord Voldermort. Harry yang ditinggalkan keluarga Dursley, Hermione terpaksa mengubah ingatan ibu bapa muggle nya dan Ron memandang ke luar rumahnya di The Burrow, melihat tanda2 jahat akan muncul tetiba.

Seven Potters

Secara kasarnya, HPDH Pt 1, mengisahkan tentang ketiga-tiga trio ini dalam kembara mencari horcruxes (alat yang digunakan Lord Voldermort untuk memisahkan rohnya supaya jadi kuat) selain memusnahkannya.

Filem ini dicantikkan dengan penggunaan CGI tahap maksimum seperti:

1) Penggunaan Polyjuice Potion untuk penciptaan Seven Potters dan pertukaran Mafalda Hopkirk dan dua kawannya untuk melepaskan sorang ahli sihir muggle di Kementerian Sihir.

2) Pertarungan di langit dari para Death Eaters dengan Seven Potters

3) Serangan Death Eaters di rumah Xeno Lovegood, penjelmaan Patronus Silver Doe di tasik beku, ahli sihir yangg Appperate (Muncul Tiba-Tiba) , Nagini dan dua elf (Dobby dan Kreacher)

4) Penceritaan “Kisah Adik Beradik” (di dalam buku Beedle The Bard) yang dilaksanakan dalam bentuk animasi, kelihatan sangat kreatif

Dobby yang comel

Details filem ini juga sangat baik. Lakon layar ditulis Steve Klose juga menunjukkan peningkatan dari segi perkembangan watak, emosi, kesinambungan cerita dan dialog. Penampilan Professor Charity Burbage di awal cerita sebelum dibunuh, penulis obituari Albus Dumbledore, Ephias Doge dan penulis buku 'History of Magic', Bathilda Bagshot, makam Ignotus Peverall, Lilly dan James Potter di Godric Hallows membuktikan ketelitian ini.

Malfoy Manor


Pembinaan set untuk Malfoy Manor juga mengagumkan selain set Ministry of Magic yang nampak sangat ‘menjajah’ menerusi perkataan MAGIC IS MIGHT.

Mungkin sebab ceritanya dibahagikan kepada dua, jadi plot lebih berkembang baik.

Lakonan Radcliffe, Watson dan Grint juga berada pada par yang membanggakan. Begitu juga penampilan Anak beranak Malfoy, Bellatrix Lestrange (Halena Bonham Carter), Ministry of Magic, Rufus Scrimgoer (Bill Nighy) yang memberikan wasiat terakhir kepada tiga sekawan ini sedikit sebanyak mencetuskan rasa menyampah penonton kerana sikap lebih-lebih ingin tahu beliau.

Rumah Xenophilius Lovegood semasa diserang Death Eaters


Gubahan music latar oleh Alexander Desplat membuatkan HPDH ini bernyawa, walaupun aku lebih suka music score asal oleh John Williams. Sinematografi menarik oleh Eduardo Serra juga memperlihatkan filem ini memang sudah menampakkan tahap kematangannya, dari segi angle, getaran gambar untuk babak cemas dan warna gelap yang digunakan.

Dikejar Snatchers


Tetapi ada juga kekurangan filem arahan David Yates ni. Antaranya:

1) Babak Bathilda Bagshot menukarkan diri menjadi Ular Nagini kelihatan sangat baik. Tapi tak ditunjukkan bagaimana tongkat Potter bleh patah. (Novel: Hermione dengan tak sengaja terpijak tongkat Harry lalu mematahkannya)

2) Tiada babak Kreacher mula menganggap Harry sebagai tuannya. (Novel: Kreacher membenci Harry sebab Harry terpaksa ambil dia jadikan elf suruhan. Tapi lepas Harry bagi Kalung Salazar Slytherine tu pada Kreacher, dia mula menganggap Harry tu sebagai tuannya dan sekaligus mengingtkan nya kepada tuan lamanya R.A.B ---Regulus Acturus Black, adik kepada Sirius Black)

3) Ada ditunjukkan penggunaan serpihan cermin yang dipunyai Harry. Bagi pembaca novel, mungkin faham fungsi cermin itu. Agak mengganggu bagi mereka yang tak faham. (Novel: Harry dapat cermin tu masa HP: Order of Pheonix. Tapi tak diterang jelas dalam filem2 sebelumnya)

4) Snacthers tetiba datang serbu tempat persembunyian Potter and Co. Snacther tak datang jika tak dipanggil. (Novel: Ron menyebut bahawa nama Voldermort adalah satu pantang, jika disebut, para Snacther akan datang menangkap. Sebab tu nama Voldermort diapanggil dengan ‘You-Know-Who’ @ ‘He-Was-Not-Be-Named’ oleh para witches. Harry ngan tak sengajanya menyebut nama Voldermort lalu ditangkap)

Pertarungan di langit


Walau apapun, bagi pembaca novel filem ni, aku sarankan pergilah menonton sebab banyak bab-bab menarik dimasukkan di dalamnya, seiring dengan durasi masanya. Puas betul tonton HP ni dalam dua bahagian, kalau nak bandingkan dengan HP yang lepas-lepas. 4 /5

Menunggu Part 2, July 15, 2011.

Buat Cik A, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati. Amin! Nak saya nyanyikan lagu, tak?hak hak hak

Buat mereka yang masih belum membaca bingkisan-bingkisan terdahulu, klik pautan di bawah:)

Adha
Tunggu Sekejap
Laki-Laki Berpanji

ps:Gambar2 diambil dari trailer HPDH pt 1

Friday, November 19, 2010

MAGIS DUNIA POTTER: POTTER MANIA

Articles yg aku kumpul (dulu) adalah dalam 4 thn simpanan.. Sekarang dah tak lagi:)


Salam Jumaat.

Selain memikirkan solat Jumaat tengahari ni, ada satu lagi perkara yang membuat aku melonjak-lonjak menunggu hari ni.

“Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1”

Aku pembaca setia novelnya. Tulisan JK Rowling ..takat aku rasalah memang terbaik dari ladang dan tak mampu melawan tulisan Stephenie Mayer ‘s Twilight.

Well, aku lebih sense HP sangat dekat dengan aku berbanding Edward Cullen si pucat tu. LOL. Persamaan paling ketara tentulah sama-sama pakai spek mata!

ha ha ha

Gelak secara berjemaah, ok!

Aku memulakan pengembaraan Harry Potter (HP) dengan menonton filem ke duanya: Harry Potter and the Chamber of Secrets. Pelik kan? Aku lagi lah pelik. Sebabnya aku tak tengok installment pertama and paling menyeronokkan aku membuat review filem ini untuk karangan Bahasa Melayu berbentuk ulasan.

Aku masih ingat perkataan keras yang aku tulis melalui kertas berkajang-kajang.

“Watak mengarut, karakter fiksyen mengkhayalkan dan memberi impak buruk kepada kanak-kanak

Sekarang?
Hambik kau! Terkena batang hidung sendiri. Padan muka aku. kah kah kah

Lepas dari menonton filem ke dua tu, aku terus mencari novelnya!

Padah membaca tulisan JK Rowling, aku tak berhenti membaca (melainkan nak solat, tido dan makan) Hebat betul penangan pompuan neh!

Dan dari situ aku kenal beberapa sumpahan.(curses)

Expeliarmus = Melucutkan Senjata (Disarming Charm)

Petrificus Totalus= Mantera mengakukan (Body Bind Charm)

Riddikulus= pengubah boggart menjadi sesuatu yg lucu (Boggart change shape curse)

Accio= Mantera memanggil (Summoning Charm)

Crucio= sumpah seksa (Cruciatus Curse)

Expecto Patronum= Pengeluaran patronus utk menghalau demontor (Patranous Charm)

Avada Kedavra= Sumpah membunuh (Killing Curse)

Don't try this at home aaa
Coz it never works!

ha ha ha
Novelnya..Adventure


Ni yang beberapa aku ingat lah.

Sounds silly tetapi benda ini semacam magis yang melariskan buku2 Rowling. Selain Harry, Ron dan Hermione, HP diwarnakan dengan pelbagai benda2 pelik, karakter pelik yang nyata menghiburkan!

Antaranya:
1) Buckbeak (Burung gergasi, campuran helang dan kuda)

2) Centuar (Separuh manusia, separuh kuda) Mythology Greek

3) Sphinks (Tubuh wanita, berkepala singa) Mythology Eygpt

4) Basiliks (Ular besar yang mempunyai pandangan membunuh) Mythology Greek for Medusa

5) Dementor---) A cloak dark creature yg menyedut rasa bahagia. Ditempatkan di penjara Azkaban

6) Jubah Halimunan---)Invisibility Cloak, salah satu Deathly Hallows kepunyaan keluarga Potter

7) Kabinet Menghilang---) Vanishing Cabinet. Boleh transport object atau orang ke satu tempat ke tempat yang lain.

8) Nagini----) Ular belaan Voldermort, dimana dalam tubuh ular ni juga disimpan salah satu Horcrux nya

9) Nimbus 2000---)Penyapu terbang kegilaan kanak2 dunia sihir sebab laju gila

10) Horcruxes---) Alat2 yang digunakan Voldermort untuk memisahkan rohnya kepada 7 bahagian. Ini membawa maksud, Harry, Ron, Hermione perlu memusnahkan all the horcruxes sebelum dapat membunuh si Voldy. Kalau main bunuh si Voldy, dia boleh hidup semula dengan bantuan all the horcruxes.


Ini plak antara fakta menarik dlm HP (Wah gigih betul aku)
1. Tongkat sakti (Magic Wand) akan memilih tuannya sendiri dan teras tongkat itu biasa diperbuat dari bahan2 magic contohnya tongkat Harry berkembar dengan Voldermort iaitu mempunyai teras bulu burung phoenix yang sama.

2. Jabatan misteri (Department of Mystery) menempatkan tilikan (Prophercy) yg dibuat Professor Trelawney terhadap takdir Harry yang harus membunuh Voldermort

3. Tanda Azimat Maut (Deathly Hallows) berbentuk bulat, segi tiga dan garisan panjang membawa maksud Sorcerer’s Stone, Invisibility Cloak dan Elder Wand

4. Salah satu Azimat Maut yg dimiliki oleh Voldermort (dicuri dari Dumbledore) adalah Elder Wand

5. Harry bakal berkahwin dengan Ginny Weasley dan melahirkan anak bernama James, Albus Severus dan Lilly Potter

6. Hermione akan berkahwin dengan Ron Weasley dan mempunyai dua anak, Hugo dan Rose

7. Voldermort mati dengan sumpahan berbalik kerana menjadikan Harry sebagai salah satu Horcrux nya

8. Horcruxes Voldermort adalah Cincin keluarganya, Diarinya, Cawan/Piala Hupplepuff, (Hupplepuff Cup), Nagini, Harry Potter, Mahkota Ravenclaw (Ravenclaw Diaderm) dan Rantai Slytherine

9. Terdapat empat pengasas Sekolah Sihir Hogwarts: Godric Griffindor, Helga Hupplepuff, Rowena Ravenclaw dan Salazar Slytherine

10. Dalam masyarakat sihir, terdapat 3 golongan, 1- Darah Tulen (mak ayah ahli sihir) 2-Campur (salah sorang ahli sihir) 3- Mud Blood (orang kebanyakan, selalu dihina)

Amacam?
Lepas tak nak jadi pengetua Hogwarts?

Hahahahahahaha

“Reducto!”
Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 1 on cinemas November 19th 2010

Thursday, November 18, 2010

KRITIKAL FORMSPRING


Screen shot page formspring...



Salam:)

Masih beraya ker?

Aku tak tahu samada aku yang ketinggalan zaman sebab masih memperkatakan tentang magisnya penggunaan aplikasi sosial Formspring.

Tipikal lah.

Bila munculnya satu yang baru (especially talk of the town), orang keliling akan sibuk memperkatakannya.

Buat yang masih belum tahu, aplikasi formspring ni tujuannya adalah untuk bertanya soalan. Kau tanyalah soalan apa2 kepada user formspring tu. Kau tak de akaun? Senang aja bha. Kau tanya dia sebagai anon.

Walaupun soalan Anon ni macam puaka kadang2. Tapi aku jawab jugak. Aku dah dapat satu.

Faham? Kalau faham, angguk!

Tapi, sebelum aku melanjutkan penulisan fasal aplikasi ni, aku minta maaf banyak2 kalau2 followers formspring aku merasa annoying ngan soalan yang ditanya. Dah tujuannya nak bertanya, aku tanyalah.

he he he

Banyak jawapan formspring dari beberapa followers yang sangat bagus dan pintar. Oh my..love asking questions. Lebih2 yang berbaur pemikiran kritikal ni.

You see, ada sesetengah jawapan yang diberi kedengaran cliche, tapi sesetengahnya lagi...prove me wrong, instantly.

Few questions with a brilliant answers

Q=How much do you agree with this: "Not all of our friends are kind. They offering their help coz some ulterior motive they wanted frm us, nosy rather than caring plus like to dig some dirt"

A= I still believe that humanity still exists in our world. Yes, maybe some of 'em want some kind of reciprocal favor from their help, but i do believe there are some people who help for the sake of humanity



Q=Have u tired of being nice to people?why?

A= Tak pernah penat untuk bebaik dengan org lain...


Q=People deserve a second chance? Agree? Why?

A= Agree.. nyawa belum terpisah dari jasad, selagi itu lah peluang terbuka lebar..


Q= 3 things you should do before die

A= Amal jariah bebanyak, didik anak yg soleh2 dan tinggalkan ilmu yg bermanfaat utk semua org



Cukuplah empat je. Nak tanya, klik kat link bawah atau korang terus je tanya kat box formsprin sebelah kanan:)

Tapi kebanyakan jawapan yg diberi menerusi soalan yang ditanya, memang bijak. Aku suka membacanya.

Yang tak menjawab soalan pun ada.hak hak hak

So sapa2 nak ber-formspring dengan aku, klik sini FORMSPRING SAYA

Tanyalah apa saja. Lately ni kerap betul dapat soalan dari gay mabuk mana ntah. Nak jawab pun seriau suam-suam kuku, kau!

Tapi aku rileks sudahh

Jawab ajela...

Terlepas membaca bingkisan istimewa 'Adha'. Klik sini untuk meneruskan pembacaan:)

Wednesday, November 17, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 21


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 22 akan disiarkan pada 19 November 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Semuanya bermula ratusan tahun yang lalu dimana lahir seorang gadis cantik yang diramalkan akan membawa tuah dan kekayaan kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Gadis itu bernama Sari Ayu. Kejelitaanya tak terkalahkan. Santunnya memikat teruna mahupun yang sudah bersuami.

Malah ada yang berani berjumpa dengan ayah bonda Sari Ayu kalau barang tentu boleh memperisterikan gadis sunti itu, langsung memberi kesenangan kepada keluarganya. Kedua mereka tidak mengizinkan malahan tidak percaya langsung yang anak gadisnya membawa tuah, malah menganggap Sari Ayu membawa bala bencana dalam keluarga nya sendiri.

Padi tanaman bapanya, Jalak tidak pernah menjadi.
Begitu juga hasil tenunan Lang, ibu Sari Ayu tidak laku di pasar Duma, pasar tani kebanyakan penduduk.

Walauapapun, ia tidak pernah disuarakan kepada Sari Ayu.

Tetapi Embah yang tinggal di Bukit Berapi percaya tentang keistimewaan gadis itu.

Biarlah orang nak kata dia gila sekalipun, dia tetap tahu Sari Ayu bakal membawa kesenangan kepadanya kelak. Lalu, dia menghantar anak saudaranya Demak, untuk menggoda Sari Ayu.

Dan perancangannya menjadi. Sari Ayu benar-benar menyintai Demak sehingga gadis itu tertipu tentang perancangan Demak untuk membawanya keluar kampung dan berkahwin.

Tetapi siapalah dia untuk menghalang cinta muda?

Demak memgubah keputusan di saat akhir tatkala tugasannya menyerahkan Sari Ayu kepadanya untuk dijadikan korban. Malam dimana wajah Sari Ayu akan ditoreh, darahnya dijadikan bahan makanan kepada kayu chendana, sebelum memindahkan roh gadis itu ke dalam ukiran kayu itu yang berbentuk seperti patung permainan anak kecil.

Ya.
Kedengaran pelik.
Tetapi itulah tujuan utamanya untuk memerangkap Sari Ayu.
Tubuhnya dibunuh. Darahnya dititiskan pada chendana dan rohnya dipindah.

Maka sesiapa yang mewarisi atau memiliki Chendana Sari akan berkuasa. Berkuasa harta dan pengaruh.

Firasatnya tentang cinta muda, menjadi nyata.
Demak mulai terpaut sayang pada Sari Ayu, lalu bercadang melarikan diri ke kampung yang didiami oleh penduduk muslim, mahu menganut agama itu lalu meninggalkan amalan karut yang memualkan.

Tetapi, dia lebih bijak.
Lebih tahu akan gerakan merpati dua sejoli itu.
Dan cubaannya menggagalkan perancangan itu akhirnya berjaya.

Demak dipancung kepala, meninggalkan adik lelakinya Masri yang lari ke kampung Nyior Chondong dan mendalami agama Islam di sana.

Roh Sari Ayu yang ingin membalas dendam tersimpan dalam patung Chendana lalu melalui kurun-berkurun ianya diiikat kemas dalam jagaan keluarga Syed Hashim sehinggalah dirampas oleh anak perempuannya Mardihah lalu dibawa lari ke Gunung Tumbuh, dimana dia berkahwin dengan Abdul Hadi, seorang mubaligh Islam.

Perkahwinan mereka dilanda badai.
Pertelingkahan akhirnya berlaku antara suami isteri itu menyebabkan Chendana Sari akhirnya memilih sendiri siapa tuannya.
Dia memilih Abdul Hadi langsung menyebabkan puaka patung itu membunuh Mardihah!

Abdul Hadi masih terkejut dengan tindakan patung yang dirasakan bodoh, yang selama ini menjadi teman tidur isterinya. Adakalanya dia melihat Mardihah bercakap dengan patung itu, tetapi sedikitpun dia tidak ambil pusing.

Madihah tinggal seorang selepas dia pergi ke baruh mengerjakan sawah. Perkahwinan dua tahun mereka pula tidak dikurniakan zuriat. Dan pabila patung kayu berukuran setinggi lutut itu, mencapai parang panjang, lalu menetak Mardiah yang terpekik-pekik pada suatu pagi, Abdul Hadi memutuskan untuk membuang Chendana Sari dalam hidupnya.

Tetapi siapalah dia hendak berlawan dengan puaka patung itu?

Chendana Sari berkeras untuk tidak mahu pergi dalam hidup Abdul Hadi kerana dia sudah memilih Abdul Hadi sebagai tuannya yang baru.
Dia memujuk Abdul Hadi untuk menerimanya.
Menemaninya sehingga mati.

Tetapi setiap kali Chendana Sari ingin mengumpannya dengan harta dunia, dengan kuasa yang tak terbandingkan…maka saat itulah Abdul Hadi meminta petunjuk Allah s.w.t dan tiap kali itulah Chendana Sari akan ghaib.

Sehinggalah selepas setahun Abdul Hadi menduda, dia memilih Sakinah, gadis sunti dari kampung seberang untuk menjadi suri hidupnya. Sakinah menerima lamaran itu dengan hati yang sangat senang sehinggalah mereka dikurniakan anak perempuan bernama Jamilah.

Jamilah dididik dengan ajaran Islam yang betul.
Solatnya sangat terjaga.
Amalannya sangat teratur.
Setiap kali suaranya mengalunkan bacaan Al Quran, setiap kali itu jugalah ramai teruna-teruna terpaut cinta padanya.
Abdul Hadi menyayangi puterinya itu dengan sangat mendalam dan bercadang ingin menjodohkan Jamilah dengan Abdul Taha.

Tetapi berlainan dengan Sakina.
Dia mahu jodohkan anak tunggalnya dengan Syed Firdaus, anak saudagar sutera yang terkenal.
Malah setiap kali Abdul Hadi tiada untuk bertugas, dia akan mengaturkan temu janji dengan Syed Firdaus, walaupun tidak pernah dipersetujui oleh anak perempuannya, Jamilah!

Sehinggalah perbuatan itu diketahui oleh Abdul Hadi lalu melarang keras perbuatan isterinya. Jamilah kelegaan dan sangat berterima kasih dengan bapanya. Sakinah membuah dendam. Maka, perancangan bertahun-tahunnya bakal dilaksanakan malam itu. Di luar pengetahuan suaminya, dia bersahabat baik dengan Chendana Sari. Ia diketahui oleh Anum, sahabat baik Sakinah. Anum yang sudah dianggap Sakinah sebagai saudaranya sendiri melarang perilaku perempuan itu. Dia yang waktu itu sarat mengandungkan anak sulung, dihalau oleh Sakinah selain memutuskan ikatan persaudaraan yang selama ini dibina.

Tiba di majlis pernikahan Jamilah dan Abdul Taha, sesuatu yang dahsyat telah berlaku.

Abdul Hadi ditemui mati dengan kepala terputus dari badan manakala Sakinah hampir hancur mukanya bagaikan dihentam sesutau dengan kuat.

Semua tetamu melarikan diri sebelum menjeritkan perkataan keluarga sial kepada Jamilah. Walaubagaimanapun, Abdul Taha yang masih menyayangi isterinya, membawa lari Jamilah jauh dari situ.

Dan Chendana Sari telah mengikuti tuan barunya, Jamilah!

Jamilah dijaga Anum, yang sudah dianggap seperti makcik ketika dia sarat mengandungkan anak keduanya, Hajar. Samira yang ketika itu baru berusia lima tahun, menerima tentang kematian bapanya yang menemui maut akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja!

Jamilah hampir pengsan. Mujurlah ketika itu Sufiah, anak kepada Anum menemani keadaan saratnya. Sufiah yang mempunyai anak bernama Jamil kelihatan sangat tenang walaupun suaminya, Ghaffar telah meninggal dunia ketika si kecil Jamil berusia dua tahun.

Ketika Hajar lahir ke dunia, Jamilah menyambut bayi perempuan itu dengan senyuman. Melihat orang keliling-kelilingnya, dia tahu, hidupnya masih berkeluarga, walaupun Anum, Sufiah dan Jamil bukanlah dari darah dagingnya sendiri…

Malah, ketika keluarga itu berbahagia, Chendana Sari melihatnya sebagai satu ‘santapan’ enak untk dijamah tidak lama lagi.

Akan ku pastikan keluarga ini porak peranda! Selapas aku memilih samada Hajar atau Samira yang mewarisi kuasaku ini…

Dan tatkala malam bulan mengambang itu, Hajar, yang kini sudah menginjak dua puluh tahun membuka matanya pantas. Satu per satu gambaran tentang sejarah keluarganya terbayang terang benderang menerangi fikiran. Lalu dia melihat ke bawah katil, tempat pembaringannya. Mengambil satu kotak besar, lusuh lalu membukanya pantas.

“Chendana Sari..kau adalah kepunyaanku…”

BERSAMBUNG

Tuesday, November 16, 2010

AYAH DAN MAK: SLOT ENTERFRAME


Salam

Masak aku masukkan citer mak ayah dalam blog.
Possibility untuk abang aku baca tinggi lah.
Hah! Aku pedulik apa:)

Rilek ek long. Kita sama2 baca entry aku ni. Senyum sama-sama adik beradik.

FYI, Mak yang aku maksudkan disini adalah ibu tiri aku. My biological mom, died when I was 13years old. Aku dah anggap wanita ini macam emak aku sendiri walau kadang kala berlaga angin. Biasalah..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak makanan dalam mulut.LOL

Cerita yang aku nak kongsi ni mungkin dah makan puluhan tahun. Ianya bermula bila adik bongsu lelaki aku leka dengan main bola, walhal SPM nya tinggal beberapa hari saja lagi.

Memang kau tempah maut la dik. Kena dengar radio—kombinasi DJ-DJ veteran bagi khidmat nasihat dekat engkau. ROFL:)))

Iyalah. SPM dah tak lama lagi. Dia sibuk dok main bola mengalahkan Park Ji Sung plak. Berangan tanak kalah, kau! hak hak hak. Dari eavesdropping aku tu, aku ada dengar secebis kisah menarik untuk dikongsi buat kalian. Moga ia jadi pengajaran, ya!

Emak ayah aku sekolah rendah dalam pertengahan tahun 60 an-70an. Masa tu semua barang murah. Satu masalah melanda, duit susah nak carik.

Bagaimana ayah bercerita tentang zaman kecilnya yang kena makan beras India (agak berbau—nenek basuh banyak kali (hampir dua belas kali) untuk hilangkan bau, ikan kering bakar cecah air asam.

Pagi2 kena tolong nenek atuk menoreh getah sebelum pergi sekolah.

Berbeza dengan emak. Adik beradik emak agak ramai. Pagi2 dia akan tolong mak ayahnya menoreh, pakai kasut getah putih, potong kayu untuk di jual, menjala ikan dan dalam masa yang sama surviving untuk sekolah.

Emak cakap, kadang2 awal2 pagi kena pergi sekolah. Lalu denai2 gelap. Dulu2 takdelah takut kena rogol atau perbuatan tak bermoral lain, tapi lebih takutkan kemunculan binatang2 buas dan berbisa.

Yuran sekolah serendah 15 sen (bulanan) dengan kad kuning yang perlu diupdate setiap bulan.

Emak psiko adik aku, zaman dulu susah sangat nak sekolah. Nak makan susah. Beli baju susah. Zaman sekarang, semua teknologi ada. Handphone sorang satu ada. Tapi kenapa tak pandai juga belajarnya?

Adik aku diam. Timbang tara kata ayah ngan mak kut.

Dan pesan aku pada si adik, belajar selagi kau boleh sekarang. Aku tak mahu kau menyesal bila kau dah tua nanti. Masa tu, kita tak boleh nak undur waktu yang dah kita lewati dengan perkara sia-sia.

Biar kita susah sekarang, asal senang dikemudian hari…

FaizalSulaiman:--)Cara aku belajar dengan adik aku ni lain betul lah…Aku struggling bagai nak gila dan beliau ni belajar senang2 ajer? hehehehe

Monday, November 15, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 21



Align CenterPenulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 21 akan disiarkan pada 17 November 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.




Seri lenyap entah ke mana perginya. Mencari mangsa untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala. Selagi tuannya masih bernafas, selagi itulah dia mampu untuk terus bernyawa. Kalau tuannya tidak bernyawa sekalipun, akan Seri pastikan yang jasadnya masih bisa dikawal olehnya.

Uthman memandang keluar rumah. Nyatanya, nyawa bapanya yang diinginkannya masih belum pasti adakah patut dilakukan atau tidak. Sungguhpun dia begitu menginginkan nyawa bapanya, namun jauh di sudut hatinya masih mahukan bapanya sihat seperti sediakala.

‘Man, kau satu-satunya waris Abah. Kenapa kau buat Abah macam ini?’ Bapa Uthman hanya menggunakan hatinya untuk berbicara, dia tahu Uthman bisa mendengar.

“Dan Man bahu bertanya Abah, kenapa Abah buat keluarga kita macam ni? Man tak mahu jawapan Abah yang kolot tu.”

Tiada apa yang bisa didengar oleh Uthman. Bapanya hanya diam dan memejamkan matanya. Sesekali bergerak-gerak kelopak matanya itu dek gerakan bebola mata yang tidak berhenti bergolek.

“Kali ini Man minta nyawa Abah.”

‘Untuk apa Man?’

“Untuk menghidupkan sesuatu yang masih hidup dan mematikan sesuatu yang sepatutnya sudah lama mati.”

‘Jadi kau mahu bunuh Abah?’

Uthman mengalihkan berdiri tubuhnya dari tingkap dan memandang tepat kepada bapanya seraya dia mengangguk perlahan. Uthman tersenyum sinis tatkala itu.

“Ia Abah, dengan satu cara yang tidak menyakitkan Abah. Untuk sebuah kehidupan yang lebih menjamin masa depan, pengorbanan Abah amat Man perlukan.”

‘Maksud Man, nyawa Abah man perlukan untuk kebaikan diri Man.’

“Apa guna Abah hidup untuk menghidupkan Seri yang akan membawa Abah ke neraka. Man tak mahu anak-anak dan cucu-cucu Man terpesong akidah semata-mata kerana Seri. Banyak lagi cara lain untuk kita hidup senang Abah. Semua yang kita buat kerana Allah.”

‘Abah minta ampun Man.’

“Abah ingat dengan minta ampun macam ni sahaja dah boleh kembalikan nyawa Mak dan oranglain yang Abah ambil nyawanya untuk kepentingan hidup Abah? Sia-sia saja Abah solat lima kali sehari, puasa penuh sebulan, bayar zakat setiap tahun. Sia-sia saja apa yang Abah lakukan.”

Uthman mencekak pinggangnya. Mukanya merah padam menahan marah yang membara. Nafasnya tercungap-cungap dek gemuruh yang melanda.

‘Kau tekad mahu mengambil nyawa Abah?’

“Iya.” Uthman mengangguk laju untuk yang sekian kalinya.

Uthman memandang tepat ke arah bapanya dengan sebuah senyuman sini. Menyeringai senyum lebarnya itu sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Uthman tidak lagi seperti selalu. Wajahnya berubah menjadi seorang yang bukan dirinya. Karakternya turut berubah. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri lelaki yang sudah tidak ada daya untuk bangun.

“Kau sudah bersedia untuk menyerahkan apa yang aku minta?”

Bapanya mengangguk lemah.

‘Tapi dengan syarat.’

“Apa syaratnya?”

‘Kau wajib menerima Seri. Kalau kau berkeras mahu nyawa abah, kau harus turuti pintaku. Kerana, aku tak mungkin akan mati selagi Seri bersama aku.’

Uthman tersenyum. Hajatnya mahu mendapatkan nyawa untuk menghidupkan seseorang tercapai, dan yang paling penting, dia akan akan pastikan yang Nur bernafas semula.

“Baiklah...”

BERSAMBUNG

INDIEPRETASI JIWA INDIE


Salam

Sedang melayan musik generasi baru, P Ramlee: Dimanakan Ku Cari Ganti: Suatu Indiepretasi.

Usaha bakat-bakat muda yang terbaik, setakat ini yang kurasakan.

Sebab sebelum2 ini, ramai singers and musician kita buat remake album karyawan tersohor ini, tetapi sekadar mengubah susunan musik dengan teknik nyanyian yang berbeza. Beberapa penyanyi yang pernah memberi penghormatan kepada P Ramlee adalah KRU, (kolaborasi terbaik ‘Getaran Jiwa’), Liza Hanim dengan album ‘Dimanakan Ku Cari Ganti’ lewat 1998 (kalau tak silap) dan beberapa penyanyi yang membuat tribute dengan mendendangkan satu, dua lagu ciptaan beliau.

Panjang la intro kau, Faizal.

Jom selak2 Indiepretasi.

Album ini, segar!
Bugarnya sampai bila dengar terus membeliak mata.

Kesegaran itu terserlah dengan susunan musik baru hampir keseluruhan 17 track listing. The most listen by me, antaranya ‘Azlan & The Typewriter- Jeritan Batinku’. High pitch suara Lan memang tepat pada note lagu ini yang lebih meruntun kalau dinyanyikan dengan nada tinggi. Diikuuti dengan ‘Kugiran Tepi Pantai- Nujum Pa Blalang’, ‘Meet Uncle Hussain ft Hazama- Ya Habibi Ali Baba:: Lagu ni ada pengaruh band favorite aku ‘Muse’ pada intronya. Menerusi kreativiti ini, MUH mencorak warna ‘gelap’ pada transisi pengawalan musik ini lalu menjadikannya antara terbaik dalam track listing

Selain itu, aku terhibur dengan music light dari “Altimate-Maafkan Kami”, “One Buck Short- Pok Pok Pok Bujang Lapok”, dan tentulah si comel Yuna “Gelora Jiwa”

Indiepretasi juga mengimbau beberapa music sentimental seniman agung ini lalu dibawakan dengan sangat baik oleh indie2 band ini. Antaranya “7 Color T-Shirt- Jangan Tinggal Daku” (macam ada dialog filem Ibu Mertuaku lah). “Monologue- Tiada Kata Sechantek Bahasa” dan terakhir menerusi petikan gitar dan bunyi gerimis yang syahdu “Hujan: Tunggu Sekejab”

Walaubagaimanapun, ada beberapa band yang kurang menyerlah, sepertinya musik yang disusun pada lagu tersebut sudah didengar menerusi komposisi lagu2 mereka sebelumnya.

Macam deja-vu

Mungkin ada sesetengah pemerhati musik merasakan usaha anak2 muda ini seakan merosakkan ketulenan lagu seniman agung P Ramlee, but for me myself, hiburan adalah untuk menghibur. Kita perlukan pelbagai variasi supaya selera pendengar dapat mengetahui bahawa scene musik kita juga mempunyai jalur kreativitinya yang tersendiri.

Adakala jika terlalu berpegang kepada takuk yang lama, ia mungkin akan merosakkan diri sendiri.

4.5 bintang aku taburkan kepada usaha Indiepretasi ini. Tahniah semua yang terlibat...

Loro:Jilbab Chendana akan kembali bersambung, InsyaAllah malam ini:)

ps: Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan.Tapi masih tak sihat lagi. Harini ambil MC.

***
Promo2. Inginkan satu bacaan keras, lain dari yang lain. Aku salah sorang penulisnya, bersama penulis2 hebat yang lain. Paan Ovrtd, Avid Gunner, DeusXMachina, Pais Mais, Shafaza Zara Syed dan Shahrul Tanaka Shafeai :)

Klik sini

BLOGBUSTERS

Friday, November 12, 2010

KAWAN-KAWAN..IZINKAN AKU PERGI


Salam.

Hidup mati memang tak boleh nak ditentukan kita, manusia.

Banyak perancangan kita yang kadang2 tak tertunai. Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya.

Badan tak sedap. Kepala berat dan suhu makin panas. Mujur tak bertukar ke Human Torch-Fantastic 4 tu!:P

Sakit..
Sebagai salah satu kifarah dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan.
Istighfar banyak2…

Jujurnya aku tak suka sakit.
Siapalah yang suka sakit? Habaq mai?

Tak selesa semua.

Andai kata aku tiada esok..maafkan aku kawan-kawan.


Kematian itu suatu kewajipan. Hidup belum tentu…mati sudah pasti

3 perkara mengingatkan aku tentang kematian:
1) Rupa aku waktu mati
2) Azab kubur
3) Amalan yang dah aku lakukan


Adakah kita bersedia menghadapinya?

ps: Alhamdulilah…pagi ni badan dah bugar selesanya. Moga Allah permudahkan urusan..

Thursday, November 11, 2010

WANITA DALAM DOMINASI


Salam:)

Aku, sebagai lelaki melihat wanita/perempuan sebagai golongan yang fascinating.

Aiyoo! Memanglah!

Secara harfiahnya, aku mengenali ramai wanita dalam hidup sepanjang dua puluh lima tahun ini and more to come. Ibu, kawan, kakak, adik, sepupu, jiran tetangga selain orang2 minor lain seperti pensyarah atau doktor antara contoh2 nya.

Aku ambil contoh environment aku sekarang. Duduk dengan family di kawasan beresiden 'Felda'. Sometimes, through my observations here, ada beberapa kawan2 perempuan aku yang melangsungkan perkahwinan dengan terlalu awal. Maksudnya, mereka (perempuan) tak memberi peluang pada diri sendiri untuk cemerlang dalam hidup.

At least ada diploma dalam hidup kita, walaupun aku tahu tak semua orang diberi peluang untuk berjaya.

Ada beberapa soalan aku tanyakan tentang kenapa diorang tak mahu menyambung pengajian (soalan ni dah aku tanyakan lewat enam tahun yang lampau)

Dan antara jawapan mereka

"Susahlah belajar ni. Pakai duit semua"
"Aku nak dulukan adik2 aku. Kalau belajar tinggi2 aku ke dapur juga"



Do not be suprise, ya.
Memang masih ada berfikiran begini, lebih2 bagi mereka yang hidup di kawasan pedalaman.

Sekarang ada yang dah kahwin, menurut perintah suami masing2 supaya tidak berkerja. I've got a few points mengapa mereka ini tak berkerja:
1) Jaga makan pakai suami
2) Jaga anak

Ini tipikal, kan?

Dalam masyarakat sosial kita memang begitu pun.
Lelaki pergi kerja, perempuan duduk rumah jaga anak.
Dan ini terbukti keberkesanannya. Anak lebih terjaga, rumah bersih dan makanan panas terhidang.

Tapi, aku pernah nampak situasi begini, bila susu tepung habis di rumah, diapers anak pun habis dan duit nak makan anak beranak kering di tengah bulan.

What I'am trying to say here, cubalah berikhtiar kepada dual income. Family household di zaman ICT ni memang memerlukan pendapatan berganda. Itu belum anak2 meningkat besar. Nak disekolahkan. Nak diberikan ilmu, yuran semua.

Itu hal2 yang aku boleh perhati dalam persekitaran felda yang aku duduki sekarang. Tak ramai wanitanya yang berjaya dengan diploma/degree selain ramai kahwin muda. Kalau berjaya dengan kelulusan setinggi itu, mulalah dipandang serong wanita lain(especially those nosy2 makcik).

Antara yang selalu aku dengar:
1) Dengan siapa dia nak kahwin?
2) Hantarannya entah berapa lah tu
3) Belajar tinggi2 pun esok lusa ke dapur juga!

This is the truth! Lebih2 di kampung macam aku.Mungkin situasi ni pernah dihadapi kalian yang membaca.

Kita semua diberi hak untuk berdiri atas kaki sendiri. Aku tak pernah nak mendoakan tapi bagaimana kalau tiba2 breadwinner @ penanggung nafkah tiba2 tiada? Bercerai atau meninggal.

Life's full of possibility. Kehidupan tak selalunya indah. Tak selalu berakhir dengan happy ending macam dalam drama@ filem.

Ini mengingatkan aku kepada keadaan sosial di India (di kawasan pedalaman) dimana kaum wanitanya agak sukar untuk mendapatkan kerja dan hidup dalam dominasi lelaki sahaja. Kahwin kemudian beranak pinak. Legasi itu berterusan sampailah beberapa keturunan.

Sedangkan dalam agama Islam wanita itu adalah kaum yang dipandang dengan sangat mulia.

Sebab itu kita, sebagai lelaki muslim perlulah menjaga kehormatan adik perempuan kita, kakak kita, ibu, kawan perempuan kita selain melindungi mereka2 ini. Asal kejadian wanita adalah dari rusuk Adam. Yet, they are very fragile. Emosi mereka selalu berubah ubah. Air mata adalah senjata besar mereka.

Dengan kehadiran lelaki, ia seakan membentuk wanita menuju ke jalan yang diredhai selain mencari titik kebahagiaan dalam kehidupan.

Sebab itu wanita memang dicipta khas buat lelaki. Malah dalam Islam juga, wanita diberi hak eksklusif untuk berlaku 'mood swings'* setiap bulan kepada suaminya. Suami kena faham.

See?
Wanita ini mulia ciptaannya.
Hargailah wanita2 disekeliling kalian.

*mood swings ni merujuk kepada 'datang bulan'

Wednesday, November 10, 2010

PERKAHWINAN: KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN


Salam

Wah tajuk entry kau. Macam subjek ekonomi plak.

Semalam chatting dengan seorang buddy ini melalui aplikasi Facebook. Sebelum melanjutkan pembacaan, usah di tanya bila penulis pojok ini akan berkahwin sebab confirm aku tak akan jawab.

ha ha ha

Perkahwinan. Sapa tak mahu kahwin beb?
Manusia normal, yang inginkan kehidupan normal pasti nak kahwin. Aku pun nak kahwin. Nak isteri dan anak-anak comel selanjutnya membina rumah tangga bahagia.

Ayat majalah sangat!

Tak tahulah ada yang tengah membaca sekarang ni memilih untuk menjadi abnormal!

Perkahwinan, suatu tugas yang memberatkan. Selain dari tolenrasi berkomitmen yang tinggi, ianya dimulakan sejak proses merisik lagi. Al maklonglah, adat Melayu kita. Santun sopannya perlu dijaga. Kalau nak kan anak orang, yang keluarga si lelaki akan sibuk wat proses risik-risik bunga ditaman.

Takde lagi takat ni aku dengar, dikahwinkan terus (melainkan kes2 tertutup yang kau tahu kenapa, kan). Tak ke dijejeh sekampung kata anak sipolan-si polin tu kahwin instat macam mee segera Hooliau??

Ini aku tak faham lah. Kahwin salah. Tak kahwin salah. Tak sudah2 nak umpat keji. Apa la yang kau dapat? Duit jatuh dari langit, ke? Ohh lupa..Tiket. Menempah tiket ke neraka.

Ok stop citer melalut pasal umpat dengki tak sudah.

Lepas dah risik adalah upacara menilai (nilai lah..aku nak sebut tawar menawar dah macam barang pulak) harga hantaran.

Nah!
Kat sini kita akan lihat rambut-rambut lelaki-lelaki kachak akan gugur dengan sendirinya.

Kita ambik contoh Semah Senapang. Tak nak kalah ni. Habis dipukul canang, konon kalau siapa2 nak kawen dengan anak dia, Limah Teteye mesti kena ada doploh ribu. Serba satu.

Hujah ringkas Semah tentulah:
1) Limah anak sulung pempuan.
2) Sekali sekala melabur apa salahnya. Kau nak anak aku, korbanlah sikit
3) Limah ada diploma. Kena up sikit sebab dia pandai
4) Nak buat majlis ala2 fairytale. Mekap aku nak tempah Nurul Syukor, juru solek Dato’ Siti tu, baju kahwin aku nak tempah Cosry ngan Bill Keith. Kasut Jimmy Choo. Artis boleh buat, aku boleh jugaklah. Kau? Mampu?

Memang macam senapang betul!

Sapa yang nak kawen ni sebenanrnya? Limah ke Semah? Sib baik Limah bukan Puteri Gunung Ledang dowh! Kalau tak, mampus dimintaknya jembatan emas putih melintang dari rumah dia ngan bakal husband yang disayangi (disayangila sampai koyak rabak poket lelaki tu dikerjakan)

No offense here.

Aku minta maaf kalau entry ni agak keterlaluan, but believe me, tak perlulah nak menyukarkan urusan walimatul urus. Setakat termampu kan memadai.

Ada kawan2 berbisik kata.

“Kenalah kahwin awal. Kalau tak hantaran makin lama makin tinggi”

I am totally agreed with that walaupun kedengaran agak annoying…hakikat selalunya memeritkan.

Mana tak makin tinggi. Asal minyak naik ajer, hantaran pun naiklah harga. Buat yang kaya raya, bolehlah buat grand-grand. Lima puluh-lapan puluh ribu tu pejam mata je. Buat yang ada-ada ni? Telan liur pun mau keluar balik woo.

Ada sesetengah tu, lelaki saja yang support. Ada sesetengah berkongsi. Tak kira la. But it should be done reasonably. Ada yang takut untuk berkahwin, disebabkan perkara hantaran-hantaran inilah. Kumpul duit tak cukup-cukup.Mana nak cukup bai! Kereta, minyak kete, ptptn, sewa rumah, bil air letrik, emak ayah lagi. Simpan memang simpan, tapi masih belum cukup!

Teori aku mungkinlah disebabkan banyak public figure buat siaran langsung perkahwinan di kaca TV maka sebab tu ada yang berangan nak buat majlis se gah itu.

Teori saja. Kalian ada teori lain?

Memang ia seolah lambang kecintaan suami pada isteri selain WOW factor kepada makcik2 kepoh yang lain untuk menjaja cerita tentang hantaran beriban-riban si pengantin. Al maklonglah..masing2 taknak kalah.

Jangan sampai melabur jadi ‘melebur’
Jangan sampai ikhlas jadi ‘tak ikhlas’

ps: Entry Zaki Zafir ni antara yang aku dah baca dulu. Thanks bro bagi inspirasi sekejap:P

Tuesday, November 09, 2010

KENA MATI DULU..BARU KAU FEYMES, DISAYANGI

Openning sequence

Salam.

Heh jangan sentap ok.
Takde niat nak melukai siapa2.

Ayat ini yang aku dapat ketika menonton dokumentari istimewa P Ramlee: The Biography siaran History Channel. Ia sudah ditayangkan beberapa minggu lepas.

Aku baru berkesempatan menontonya semalam.

Kesimpulan aku: P Ramlee ibarat bintang yang dijulang tinggi, kemudian jatuh merudum dengan dahsyat ibarat fallen star.

P Ramlee, figura yang kita kenali sekarang adalah seorang seniman agung, bergelar Tan Sri. Mengarah filem dan lagu membuai—yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan ini pernah dihina cerca semasa hayatnya.

P Ramlee hidup melarat selepas zaman kejatuahan, perpindahan dari Singapura ke Malaysia.

Pernah di-boo ketika sudah membuat persembahan. Pernah membuka kedai mahjong selepas tiada tawaran TV, Radio, berlakon mahupun mengarah filem selepas beberapa filemnya di Studio Merdeka gagal di box office.

Namun, selepas beliau meninggal kerana sakit jantung, ramai yang mula membuka mata, melihat hasil karya seniman agung ini dengan lebih teliti selain menghormatinya sebagai salah satu khazanah tak ternilai negara.

Mungkinkah ada P Ramlee lain (other P Ramlee) yang akan muncul selepas ini?
Adakah karya2 filem sekarang setanding dengan karya Allahyarham?

Memang benar, kan?
Kita dihargai selepas ketiadaan kita kelak.

Last sequence of P Ramlee: The Biography


Tahniah Astro, History, pengarah prolifik Shuhaimi Baba kerana menghasilkan dokumentari terbaik abad ini!


“Mungkin kalau dia masih hidup, dia dapat Tan Sri ni saya bangga lah..Cuma sekarang saya tak rasa apa dah..saya rasa sedih. Sesudahnya dia pergi, baru diagung-agungkan. Masa dia hidup..,tak ada orang pedulikan dia”
Mariani Ismail (Sister in Law, Actress, Singer)

“Ini kebiasaan manusia. Masa seseorang tu masih hidup memang tak dipedulikkan. Apabila dia meninggal baru kita tahu…baru kita sedar…dia buat tu meninggalkan khazanah yang sukar untuk kita menidakkan”
Mustafa AR (Journalist)

“It sad..but its true. If you wanna be love, wanna be famous..you have to die first”
Afdlin Shauki (Actor, Director)

Monday, November 08, 2010

KOMIKA: AKU BUKAN UNTUKMU

Salam:)

Jangan pernah kau dustai takdir mu..pasti itu yang terbaik untukmu.











Align Center

Align Center




Perpisahan memang tak asing kalau kita bercakap tentang sebuah perhubungan.

Lelaki akan salahkan perempuan. Perempuan plak akan salahkan lelaki.

Itu tipikal.

Aku bukanlah si bijak pandai yang hendak berjela-jela menulis tentang kisah cinta, solusi, punca perpisahan semua. Tetapi harus kita ingat tentang konsep jodoh.

You see, kalian pernah melihatnya.

Sepasang kekasih, bagai nak rak bercinta masa sekolah.
Memang betul akan kahwin lima tahun lepas habis sekolah.

Tup2 lepas lima tahun, gadis kahwin dengan orang lain, si lelaki pun kahwin dengan orang lain.

Ada pulak yang dah kahwin.
Tiba-tiba pulak bercerai.

Tak mahulah ulas pasal pergolakan rumahtangga yang datang dari pelbagai faktor. Dalaman dan luaran salah satu sebab major minor lah.

Tetapi kita berbalik pada intipati jodoh itu sendiri.
Ada manusia hidupnya berliku-liku.
Ada yang senang saja jalan hidupnya.
Ada yang senang nak dapat jodoh.
Ada plak yang bertahun-tahun menunggu.

Nah..disini konsep Qada dan Qadar kena faham betul2.
Apa yang dah tertulis di Arasy sana akan dilalui juga.

Ada sesetengah pendapat Islam mengatakan bahawa kita boleh mengubah takdir mahupun nasib kita.

Bagaimana?

Dengan berdoa.

Manusia boleh mengubahnya. Kalian yang sedang membaca pun boleh mengubahnya. Ianya muncul dari kesedaran diri sendiri.

Minta bersungguh dengan Allah. Temukan kita dengan orang yang sesuai. Yang faham diri kita. Yang serasi dengan kita. InsyaAllah Dia makbulkan.

Jika si dia bukan diciptakan buat kamu, usahlah disesali.
Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.

Dia Maha Kasih, Lagi Penyayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR