Friday, December 31, 2010

SERBA SATU: GIVEAWAY EQBALZACK









:):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):)


Meh tengok se-syaratnya. Ni memang takde karut-karut macam permintaan Puteri Gunung Ledang, ok!

1. Jadi Followers eqbalzack.com. (bereh)

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" (bereh)

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. (bereh)

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. (bereh)

Shahira Khairudin

5. Tinggalkan link anda pada entry tersebut (bereh)

DUE DATE:
1.1.11 Jam 1.11pagi
RESULT:
1.1.11 Jam 11.11 pagi

Hadiahnya lumayan, ko! Lebih lumayan dariu YES! Opkosla sebab benda free..ngeh ngeh ngeh

Kebanyakannya adalah barangan IKEA! Aku suka IKEA sebab design nya trendy, simple but exquisite!

Cuba aje, manalah tahu rezeki Tahun Baru :)

Selamat tahun baru 2011.


Ok aku tak tipu, esok aku kerja..warghhhh:P

Thursday, December 30, 2010

MENCARI TEDUH DI SUDUT GAY-LAP MENTARI


Salam

Tajuk..Jadah!
Pulak tu semua huruf besar. (Sebahagian lirik dari lagu Di Sudut Gelap Mentari)

Setiap hujung tahun, selalunya aku nak sentuh kontroversi. Bukan gilakan publisiti semata, tapi nak berkongsi sedikit percanggahan dengan sedikit diskusi.

Apa-apapun syura’ itu penting kan?

Kita dikejutkan dengan pengakuan seorang Melayu, Muslim bahawasanya dia seorang gay. Ya..aku tahu, isu ini dah basi. Mungkin ada sesetengah jelak. Teruskan bacaan. Belum sampai pun ke point klimaks yang mampu mencipta bunyi ‘aaah’ kepuasan (terpulang pada definisi liar kalian—aku serahkannya sebulat sepetak)

Isu itu akan reda kalau dia bukan Muslim dan bukan Melayu.

The fact that he’s Muslim sangat memeranjatkan ramai pihak, apatah lagi dia dengan selambanya mengaku orientasi seksual songsangnya itu kepada umum. Tindakannya diselar banyak pihak. Blogger sepicisan aku pun turun ‘padang’ ingin tahu pasal isu panas ni.

Walau apapun tindakan berani nya mengaku pada umum membuatkan aku bercakap sendirian ‘This guy's really brave’ sebab dia buat perkara itu seolah macam tidak berfikir kemungkinan yang bakal dia hadapi (seperti kontroversi ciptaannya sekarang)

Kita kembali kepada ajaran Islam.

Islam tidak melarang untuk kita berkasih sayang sesama manusia. Bukan takat manusia, tapi kepada haiwan pun sama. Namun, ianya haruslah disalurkan kepada saluran yang sebaik-baiknya. Yang sebetulnya. Sudah ditunjukkan sejak zaman Nabi Luth diterbalikkan dunianya, masyarakat Pompeii yang dikakukan ketika lahar gunung berapi ‘menyapu bersih’ perkampungan seks itu. (Yang sekarang dijadikan Tapak Warisan Dunia, kawasan tarikan pelancongan itu di Italy)

Suara nakal berkata, apalah gunanya berpura-pura pada diri sendiri. Terus terang kan lebih baik?

Ambilah contoh lelaki A dan B. Dua-dua gay. Si A mengaku, selagi ada orang dia nak cakap dia gay—minat kaum sejenis—tak boleh blah dengan perempuan—dan hanya lelaki memahami lelaki. Si B plak gay sembunyi-sembunyi. Hanya kawan yang betul-betul rapat dengan dia tahu bahawa dia memang gay.

Si A kata, jadilah diri sendiri. Berani meluahkan seksualiti disebabkan masyarakat liberal yang kita punyai sekarang (kononnya). Masyarakat hujung jari yang katanya sudah boleh terima semua.

Harus di ingat..keberanian adakalanya bakal menjerat diri. Kelantangan bakal membuatkan kita bisu. Itu gunanya akal ketika hendak bercakap.

Berpura dengan diri sendiri adalah lebih elok, sebab dosa kita sendiri yang menanggungnya.

Being honest tidaklah menjadi salah.

Namun, jika terlalu jujur dalam hal yang terang sah haram disisi Islam, apatah lagi ianya hanya mahu menunjukkan rasa bangga dan riak, jatuh sudah satu dosa besar. Dosa orang Fasik, kerana membangga-bangga selain menggalakkan yang lain melakukan perkara yang sama. Mungkin lepas ni, ada 2,3 lagi gay-gay pemalu diluar sana meluahkan perkara yang sama. (Tiba-tiba aku teringat filem Milk, kisah gay struggler Harvey Milk dari Amerika. Amerika ye, bukan Malaysia)

Gay, seperti yang aku lihat dan faham, kebanyakannya lelaki gagah, berpenampilan kemas selain mudah mendapat tempat pekerjaan tanpa sebarang diskriminasi jika hendak dibandingkan dengan pondan atau mak nyah yang lebih struggling untuk mendapat kerja.

Tak boleh ke diam-diam kalau ada antara kita ni gay? Sorang-sorang tahu, sudahlah.

Walau apapun, kalau kita nak tegur atau nasihat, tegurlah dengan cara berhemah. Mana tahu, mereka boleh kembali ke pangkal jalan?

Actually banyak lagi isu yang sepatutnya kita kecahkan selain dari isu gay ni. (Selain populasi ini akan bertambah dengan bilangan lelaki Muslim semakin membimbangkan). Aku makin tertanya tanya tentang masalah kemiskinan yang tak kunjung padam. Jurang kaya dan miskin yang semakin berjarak jauh, pembangunan pendidikan, masalah pengangguran, peratusan masalah sosial yang semakin meningkat dari hari ke hari, isu politik yang agak memualkan, kenaikan harga minyak dan gula (selaras dengan kempen kurangkan gula dalam makanan, tambahakan gula dalam senyuman.Lame!)

Apa boleh buat, benda kecil dibesar, benda besar di sorok!

Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..

Semoga tahun baru 2011 dilimpahi sinar kegemilangan (tiada unsur illuminati iklan raya TV3)

ps: Tahniah pasukan Malaysia, Piala Suzuki berjaya dibawa pulang!

Wednesday, December 29, 2010

PERCA PERCA DUA RIBU SEPULUH

Salam

Dua ribu sepuluh bakal mengucapkan selamt tinggal.

Sumpah sekejap.

Aku sendiri tak rasa yang masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Apa ada dalam 2010 sepanjang hampir dua tahun berblogging? Jom selongkar!


Perca 1: Kerja
Alhamdulilah, usia kerja dah nak masuk setahun. Kerja di institusi pendidikan membuatkan aku lebih alert kepada isu semasa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan industri perhotelan dan pelancongan. Kerja membuatkan aku bertambah sibuk, walaupun adakala terskip nak update blog semua. Aku masih blogger macam dulu. Buat entry automatic post dengan entry yang sudah siap ditulis awal-awal. Tak lebih dari sekadar berkongsi apa yang aku ada, pada kalian. Apabila terlibat dengan kerja, ruang lingkup masa kita lebih terbatas. Kadang-kadang, balik kerja dah penat, terus berehat—lelap mata--, berbanding dengan masa jadi pelajar dulu. Masa tak pernah ada batasnya:)





Perca 2: Blog

Alhamdulilah, blog semakin diterima. Maaf banyak-banyak aku tak sempat nak berjalan balik ke blog kalian. Apa yang aku boleh katakan, aku masih belum puas menulis di blog. Writer's Block tu biasalah... Mungkin aku nampak kayu ketika menulis, tapi di luar, aku seorang yang gila-gila dan peramah (gila puji diri sendiri:P). Blog ini melalui pelbagai evolusi. Dari layout second column yang simple, dari bahasa banyak short form, kemudian ke layout gelap dan kemudian merah—sekarang.Aku sayang blog ni. Begitu juga dengan penulisannya. Mini siri dan cerpen yang ditulis semata-mata mahu explore lagi skill penulisan yang ada, but wait for next year sebab aku macam nak menulis 'based on a true story/event'

Tapi 2011 ni membuatkan aku terfikir, aku nak update hari-hari ke, atau dua kali sekali??hehehe


Perca 3: Future
Truly, plan nak sambung master memang terawang-awang dalam kepala. Ini saja yang terbayang dalam kepala aku sekarang, selain planning nak menggembara 3 lagi negeri di Malaysia yang masih belum aku jejaki! Kahwin? Lama lagi kot…:PP




Perca 4: Sekitar

Paling hangat dibincangkan adalah tentang kematian ngeri pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dimana mayat mereka dibelasah, dibunuh lalu dibakar di sebuah ladang ayam. Tak terkecuali insiden ngeri bas yang mengorbankan nyawa penumpang. Paling tragis, yang berlaku baru-baru ni di Simpang Pulai. Senario kenaikan harga minyak juga paling diperkatakan sepanjang bulan-bulan terakhir termasuklah kenaikan harga gula. (Aku perasan iklan ‘kurangkan gula dalam makanan’ kedengaran di radio almost everyday). Dan yang paling mencuri perhatian adalah perlawanan bolasepak Malaysia Indonesia yang dicemari dengan pancaran Green Laser Beam yang dikatakan sebagai punca kekalahan Indonesia baru-baru ni. Siapa yang mula dulu? And kita kalah 5-0 pada perlawanan awal, ada tak kita buat rusuhan, provoke sana sini?

Semoga kehadiran dua ribu sebelas menambah keceriaan dan kegembiraan kalian!

Selamat Tahun Baru 2011

Tuesday, December 28, 2010

BUKAN MELACUR, TAPI MELANCONG

Salam

Abaikan tajuk entry yang macam akhbar tabloid nak cari publisiti murahan.
Justify Full
Siapa tak nak melancong? Meh habaq kat cek, mai!

Melancong buatkan kita reduce stress. Sangat kot. (melainkan poket kau turut sama ‘rabak’ sebab kena pau itu ini). That’s why la kena menyimpan sikit kalau berangan nak travel satu Malaysia. Lupakan satu dunia kejap, sebab kat Malaysia banyak lagi tempat-tempat menarik yang patut kita kunjungi.

Dah macam V.O untuk Tourism Malaysia.

Definisi kasar WTO ( World Travel Organization) memberi takrifan pelancongan: melancong adalah satu aktiviti luar dari kebiasaan individu dan dalam masa yang sama melakukan aktviti senggang disebalik masa lapang yang ada, dan tinggal di kawasan tersebut tidak lebih dari satu tahun berturut.

Beza dengan excursionist yang mana individu excursionist ini melancong/menggembara ke satu tempat dengan tidak lebih dari satu hari. Orang melayu kita kata, balik hari.

Ter-slip kuliah Prinsip Pelancongan kat korang plak:P


Melancong menjadikan aku relaks. Aku tak adalah kemaruk nak beli barang-barang, walupun hakikatnya aku memang gilakan souvenir! Ni aku nak kongsikan tips melancong, kot2 la mana tau nak menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki? hehehe..

Petua aku tak banyak. Kita sharing-sharing ilmu.

1) Bawak minyak angin atau bahan2 masam (asam) yang cukup kalau nak travel ke pulau, especially ke chalet yang dibina di Pulau-Pulau. Aku bagi contoh Chalet di Pulau Tioman (Trip tahun 2008). First time naik bot, jakun agaknya, terus mabuk—pening-pening. Ubat-ubat dan asam inilah penyelamatnya. FAKTA: Aku tak suka asam. Nak buat lah satu topic battle of the sexes: ‘Kenapa budak pompuan suka nyonyot* asam?”

2) Travel jauh-jauh, pastikan cukup makan. Paling tak dua jam sebelum naik bus atau kereta. Pastikan dalam kereta ada minuman bertenaga macam 100 Plus atau bahan kunyahan yang lain. Pemanduan kena fokus. Penat sekejap, ambik masa untuk tidur. Lambat sampai takapa. Janji selamat.

3) Bawak air yang mencukupi kalau berhajat nak jungle trekking atau nak mendaki bukit atau gunung. Don’t ever feeling-feeling beauty, tak bawak air ok. (Gagahlah macam aku masa daki Bukit Broga, dua minggu lepas. Konon hero lah tak bawak air.pftttthhh). Satu lagi, don’t ever and ever LITTERING. Jangan buang sampah merata. Hutan tu kena jaga. Haiwan very curious dengan sampah sarap ni. Silap2 depa mati tercekik kalau termakan sampah korang tu.

Itu ajelah setakat tiga. Tapi kalau melancong style aku, aku gemarkan back packing. Baju dua tiga, laptop mesti dengan bekalan2 lain dirasakan sesuai. Tak payah kendong beg AF kalau nak gi melancong. Stress tengok beg banyak-banyak.

Align Center
Melancong ni tujuannya nak hilangkan stress. Naikkan mood, kembalikan energy selain cheerkan emosi.

Setuju kan?

Banyak lagi nak cerita, antaranya constrain ketika melancong dan kekangan di beberapa tempat. Ishh takdelah eksklusif sangat..apa yang aku ada, aku kongsi, Ok!

Nyonyot* tatau la bahasa Johor atau negeri lain gak guna bahasa ni. Maknanya kemam atau hisap.

InsyaAllah, aku sambung:)

Monday, December 27, 2010

DI AKHIRNYA

Tempat makan best di Tanjung Kapal, Sungai Rengit:)
Landmark yang senang nak ingat



Salam:)

Minggu terakhir bulan Disember, tahun 2010.

Azam baru? Oh azam lama pun belum tertunai, ni kan pulak azam baru.

Perspektif aku sendiri lah kan, tak perlu tahun baru untuk memasang azam, sebabnya setiap hari untuk manusia itu adalah hari baru untuk mereka. Untuk kita semua..

Tahun 2010 sebagai blogger banyak mengajar aku untuk menulis dengan lebJustify Fullih tertib dan beretika, selain memastikan kandungan di dalam setiap entry sesuai di siarkan.

Utamanya, aku tak mahu pembaca merasa waste dengan membaca setiap entry di dalam blog ni. Bayangkan, kau orang load page ini, sebab tertarik dengan tajuk entry (keyword ala2 blue--ghairah ghairah--)tapi isi??

Hampas.

Mesti kau orang rasa nak bakar blog aku, kan?

Irony nya begitulah.

Eventhough aku tahu, aku tak boleh nak memuaskan hati semua pembaca, tapi sedaya upaya juga menyiarkan yang terbaik untuk bacaan kalian=)

Walaubagaimanapun, seperti blogger lain, aku juga menghadapi isu yang sama.

Komen followers.

Aku pernah menulis isu ini, beberapa bulan yang lalu. Maklumbalasnya bercampur campur. Ada yang setuju, ramai yang membangkang. The good things about blogging is, bila kita siarkan sesuatu isu yang panas, jumlah komen pasti meningkat naik. Tapi awas! Jangan manipulasi isu semasa semata-mata untuk dapatkan traffic blog. Jangan jadikan penulisan kita murahan semata-mata mahu get some attention.

Hujungnya, kita akan kelihatan bodoh di mata penulis-penulis yang lain. Build yourself with pride selain style penulisan yang tersendiri. Menulislah dengan penuh maruah dan keikhlasan.

Sometimes, the ugly is the truth. Kenyataan kadang-kadang menyakitkan.

PS 1: Tahniah kepada pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia.

PS2: Wish me luck untuk Write Cup, final three writers pada Dec 31 ini. Idea? Psychological Thriller.

PS3: Salah satu cerpen di dalam blog ni akan di-sekuel kan. InsyaAllah mungkin tahun depan sebab sekarang isunya sedang hangat. Aku tak mahu menyambungnya sekarang.

PS4: Slot istimewa akan muncul menjelangnya 2011 dan InsyaAllah, sedikit perubahan akan berlaku pada blog ni. Yang utama, aku tak akan guna domain dot com, ok=)

Friday, December 24, 2010

SELEPAS KEJUTAN

Salam Jumaat

Dalam banyak-banyak kepercayaan seluruh dunia, figura lelaki dilihat lebih dominan dari wanita. Termasuklah jika diberi pilihan untuk membesarkan, anak lelaki boleh diajar survival hidup, boleh melepaskannya di bandar besar tanpa perlu dirisaukan.

Melahirkan anak lelaki dilihat dapat menyambung zuriat dan kebanyakan anak lelaki akan dibiarkan hidup independent berbanding wanita yang akan berkahwin dan perlu mengikut suami kemana sahaja mereka pergi.

Itu kepercayaan waima ada sesetengah negara masih mengamalkan amalan ini.

Aku tak mahu mengulasnya lebih, tetapi mahu mengaitkannya dengan filem disasater China arahan Feng Xiogang "After Shock"

Filem ni dah lama di tayang. Tak silap July lepas.

Filem ini premisnya simple. Berlaku pada tahun 70 an, mengisahkan kisah ibu tunggal yang terpaksa membuat pilihan sukar samada nak menyelamatkan anak perempuan atau anak lelakinya.

Unfortunately, si anak perempuan ter-eavesdrop perbualan ibunya itu.

Filem ini dilatari dengan peristiwa gempa bumi di daerah Tangshan,China pada tahun 1976 mengorbankan 655,000 kematian dan ini merupakan tragedi terdahsyat berlaku di China. Klik sini untuk membaca.

Aku boleh katakan karyawan sana lebih kreatif dalam mengambil true event menjadi sebahagian dari fiksyen ceritanya which is for me..Its Good!




Filem ini juga disenarai pendek untuk Filem Bahasa Asing Terbaik, Anugerah Akademi ke 83. Turut bersaing adalah filem Indonesia arahan Deddy Mizwar (Alangkah Lucunya Negeri Ini)

**

Kembali dengan Pencalonan Golden Globe untuk Best Actor/ Actress in a Supporting Role

Dua dari mereka adalah pencalonan baru iaitu aktor Andrew Garfield dan Christian Bale. Douglas dan Rush pernah memenangi Oscar dan Renner pernah dicalonkan menerusi filem The Hurt Locker. Douglas dilihat cemerlang sebagai pembuas wang dalam Wall Street tetapi laluan beliau tidak mudah jika berdepan dengan Bale yang cemerlang sebagai abang yang protective atau Renner sebagai gangster yang kejam



Katergori ini juga sengit,memperlihatkan tiga nominees Oscar: Amy Adams (Doubt) , Helena Bonham Carter (The Wings of the Dove) dan Melissa Leo (Frozen River). Laluan ketiga-tiga aktress ini tidak mudah kerana terpaksa besaing dengan karakter ibu yang bersekongkol dengan jenayah (Jacki Weaver) atau penari balet yang desperate (Mila Kunis)

Next:Best Director and Best Film

Thursday, December 23, 2010

TIADA DAYA

Terima kasih readers! Aku tak sempat nak blogwalking. Update di Blogbuster pun belum buat lagi.warghhh



Salam

Khamis dah harini. Gedebak gedebuk dah nak masuk new year tak lama lagi.

Malam tadi, sambil-sambil buat outline, telinga tiba-tiba menangkap rancangan yang dipasang pada TV di ruang tamu.

Kisah manusia struggling untuk hidup dalam slot Bersamamu.

Slot tu dah lama disiarkan di TV3, and it quite getting some attention dari masyarakat kita, yang rata-ratanya sangat pemurah.

Betul lah kan, kalau ada insan yang memerlukan, apa salahnya kita bantu meringakan beban dia.

Ini terus mengingatkan aku pada seorang pakcik. Tua dah kot. Lebih tua dari ayah aku agaknya. Ada motor kena curi. Sekarang pakai basikal. Lebih malang, pakcik tu pekak dan bisu!

Sad, but its true. Ramai pihak suka ambil kesempatan. Dah la orang tu tiada daya, makin di hentamnya orang tu sampai penyek.

Kau orang boleh lihat, masih ramai lagi di Malaysia yang masih belum cukup makan pakainya. Apa ada waktu pagi, itulah yang dimakan habis. Apa ada waktu petang, itu jugalah yang dimakan habis.

Sebagai manusia belajarlah bersyukur!
**
Part two pencalonan Golden Globe untuk Actor Drama dan Musical Comedy


Figura founder Facebook yang dilakonkan Jessie Eisenberg dilihat cemerlang tetapi pelakon muda ini terpaksa bersaing sengit dengan pelakon senior seperti Oscar Nominee Mark Wahlberg-watak peninju yang bangkit selepas kejatuhan, ataupun Colin Firth-si raja gagap yang mempunyai darah gemuruh ketika hendak berucap. Laluan sukar juga dilihat antara James Franco di dalam filem life documentary 127Hours dengan lakonan mantap Ryan Gosling dalam love drama Blue Valentine. (Ryan Gosling antara pelakon kanak-kanak berjaya dalam bidangnya dan tak seperti Macaulay Culkin, Gosling pernah dicalon Oscar menerusi watak cikgu yang ketagihan dadah)


Nods untuk actors comedy musical menyerlahkan Johnny Depp dengan dua nominasi! Watak pelik sebagai Mad Hatter dalam fantasi Alice In Wonderland dan pelancong yang terperangkap dalam aksi The Tourist. Namun Depp terpaksa bersaing dengan Oscar Nominee seperti Paul Giamatti (aksi beliau sebagai lelaki lurus, berkahwin dan mempunyai masalah hidup dilihat cukup cemerlang) ataupun seorang lagi Oscar Nominee- Jake Gyllenhaal (Brokeback Mountain) dan pemenang Oscar, Kevin Spacey(American Beauty)

Part Three: Best Supporting Actor dan Actress

Wednesday, December 22, 2010

AMET AMET

Salam

Frasa penuhnya: “Amet-Amet..Jembem-baik..ocho kaget”

Jangan risau kalau tak faham. Itu hanya frasa jawa yang berkaitan dengan entry harini.

Semasa kecil, masa arwah mak masih ada, aku dan adik beradik lain dibesarkan dengan suasana jawa yang cukup kuat. Makan sambal pedas (common food untuk orang jawa) selain pantang larang yang perlu diikut kami adik beradik.

Salah satunya adalah tentang mitos Malam Jumaat Keliwon

Aku tak berapa ingat tentang penjelasan Malam Jumaat Keliwon ni but elders said ia berlaku setiap bulan di malam yang ke lima belas, probably di malam bulan mengambang (ok la nak tambah setting seram)

Nah..malam ni lah..hantu syaitan akan kuar..especially hantu lagenda Sundel Bolong.

Tau tak Sundel Bolong?

Sejenis hantu perempuan yang dikatakan di rogol kemudian dibunuh. Belakang tubuh si hantu dikatakan mempunyai lubang (bolong) yang boleh dilihat usus dan daging si hantu.

Oh..oooo

So masa kecik ni, aku dan adik beradik, mostly my brother sangat takut denga term Malam Jumaat Keliwon, especially masa Hantu Purdah Hisap Darah Naik Kereta Kancil tengah hot diperkatakan umum lewat tahun 90 an dulu.

Kalian yang pernah dengar, tolong angkat tangan. ha ha ha

Balik dari mengaji, aku dengan along memang pecut seratus meter, langsung tak pandang belakang..tetiba teringat babak ratu seram Indonesia-Suzanna dalam filem Sundel Bolong zaman 80 an dulu. Dalam filem yang turut dibintangi hunky Barry Prima tu, lakonan Suzanna sangat menakutkan.

Masih teringat matanya yang membeliak besar ngan hilaian dia yang serem! Merinding sih bulu romaku! ghahahahahaha

Tinggal dengan arwah emak, walau tak lama, meninggalkan memori yang cukup kuat. Budaya jawanya cukup tebal walaupun emak cuba berfikiran liberal kadang-kadang. Mungkinlah dia sedar bila zaman berubah, manusia MUNGKIN dah tak percaya tahyul mahyul segala.

But it happens nowadays kan?

Dizaman telefon kecil macam tapak tangan.
Dizaman video dan komputer, masih ada lagi mereka yang mengamalkan kepercayaan tidak sihat itu—seperti meminta bantuan syaitan untuk terus hidup, meminta bantuan si laknatullah untuk membalas dendam, menumpang badan and all sorts of things.

Percaya ‘benda’ itu wujud, sudah semestinya.
‘Dia’ juga makhluk Allah.

Asalkan kita jangan terpedaya, ok!

Frasa jawa di atas literary memberi makna “selisih malaikat 44” macam tu. Aku tak tahu exact meaning of the phrase but literary itulah maknanya.

Oh sebelum berakhir, musim penganugerahan Golden Globe kembali (sebelum ke majlis besar Oskar tahun depan). Untuk part one harini, aku nak kongsikan pencalonan “Best Actress in Drama dan Musical/Comedy)


Dua dari lima calon ini pernah memenangi Oscar. Kidman menerusi The Hours dan Berry menerusi Monster’s Ball. However, dua nominees Oscar, Portman ( Portman memenangi Best Supporting Actress di Golden Globe menerusi filem Closer) dan Williams (Brockback Mountain) usah dipandang ringan. Portman contohnya memberi persembahan hebat sebagai penari ballet dalam psychological thriller Black Swan. Calon underdog Lawrence juga dilihat memberi saingan dalam filem thriller keluarga, Winter’s Bone.

Hathaway dan Moore pernah dicalonkan menerusi katergori yang sama iaitu menerusi filem Rachel Getting Married dan The Hours menerusi Oscar. Berlainan dengan Jolie yang pernah menggondol Best Supporting Actress menerusi filem Girl, Interrupted pada anugerah yang sama. Walaubagaimanapun, Bening yang memenangi Best Actress Comedy/Musical pada Golden Globe menerusi American Beauty dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang katergori ni. Emma Stone pula dilihat berjaya membawakan wataknya dalam filem teen chick flick yang dilihat jarang dinominasi dalam Golden Globe (yang selalunya memilih muzikal atau drama berat)

PS: Lepas aje emak meninggal, budaya jawa makin susut sebab ayah aku berbangsa banjar:) But I love both culture! Macam majlis kebudayaan bila dua budaya ni bertembung satu masa dulu:)

Tuesday, December 21, 2010

SEMAKIN MENGGERUNKAN: SUSULAN KEMALANGAN NGERI DI CAMERON HIGHLAND-SIMPANG PULAI

Gambaran petugas perubatan di Hospital. Gambar diambil diakhir Buletin Utama, TV3 siaran Dec20.2010


Salam

Tentu sebahagian dari kalian ada menyaksikan berita utama malam tadi dimana 25 pelancong Thailand, 2 rakyat tempatan mati dalam kemalangan bas dua tingkat ngeri di KM 15,Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi semalam

Ini membuatkan aku semakin lama semakin takut hendak menaiki bas.

Keselamatan semakin tidak terjamin. Kalian boleh lihat sendiri di highway. Bas lah kenderaan yang paling laju sekali.

Itu petanda tidak selamat bagi pengguna jalan raya yang lain. Seriously!

Kita boleh mengimbas kejadian bas menghempap kereta pada 10.10.10 haritu.

Ngeri. Sungguh Ngeri

Dalam hal ini, kebanyakan dari kita akan menyalahkan pemandu, for sure. Bawak laju di jalan raya. Mungkin terlelap semasa memandu (this is very dangerous) disamping maintenance bas yang cukup sadis menyedihkan.

Ok, since aku berkecimpung dalam Tourism field sejak zaman belajar dulu, antara kelemahan bus tour, especially di Malaysia adalah…

Bayaran kepada pemandu bas, kebanyakannya berdasarkan jumlah trip. Semakin banyak trip si pemandu bas, semakin banyaklah dia dapat sebagai imbuhan nya

Isu ini muncul selepas kadar pembantu rumah di Malaysia diberi penetapan sebanyak RM 300-RM600 sebulan.[SINI]

Berbanding dengan pemandu bas, mereka dibayar mengikut jumlah trip (ada basic, tp jumlah yang sedikit), which is I can conclude very pathetic.

Pemandu bas pun manusia. Tahu penat. Tahu letih. Nak rehat. Bukan robot.

Dalam hal ni, company bus kena main peranan yang sangat penting. Adakan sistem jadual bertugas yang baik. Sistem penyelenggaraan yang baik. Juga sistem dua pemandu yang bergilir membawa bas.

Sebenarnya cadangan ni dah lama kan? Mungkin ada sesetengah dah memasukkannya di dalam karangan Bahasa Melayu Kertas 2 dulu. Tapi tetap tak dipatuhi.

Zaman sekarang semua duit. So whatever rezeki depan mata, ramai yang grab walau adakala membunuh nyawa manusia.

Tragedi itu meragut nyawa banyak manusia. Ramainya bangsa asing. Jadi terdengar juga suara nakal mengatakan “nasib baik bukan orang kita”

Jujurnya aku katakan, tidak eloklah bercakap begitu. Tidak kiralah dia bangsa apa pun, kalau dah melibatkan nyawa, we should consider. Show some respect! Letakkan diri kau orang dalam kasut orang yang mati tu. What do you feel? Empathy la sikit..

Klik sini untuk paparan nama penumpang dan gambar-gambar
Align Center
Gambar di bawah pula diambil ketika menonton TV malam tadi..

Klik sini untuk bacaan Berita Harian

Monday, December 20, 2010

PERAM: MUAK

Biar kanak-kanak membersar dalam persekitaran mereka dulu..



Salam Isnin

Mood kembali berblogging selepas masalah diri sudah reda.

Alhamdulilah

Semalam, masih tangan mengemas-ngemas ruang buku yang bersepah di bilik, aku menangkap bunyi sorakan di TV.

Bola ke? Rasanya Malaysia dah menang semalam, melawan Vietnam

Jengah di balik langsir, rupanya, kanak-kanak dok menyanyi hu ha hu ha disertai sorakan peminat.

Aku pelik lah.
Tak cukup orang besar, budak-budak kecil dijadikan taruhan untuk menjadi penyanyi?

Budak-budak suka aje disorak. Dipakaikan cantik. Disolek. Diajar cara menjadi bintang. Jadi glamour! Aku cuba memandang rancangan berkonsepkan hiburan ini sebagai equal. Tak mahu berat sebelah dengan mana-mana stesen TV

Mungkin ada pro and cons nya.

Budak-budak leh reduce stress. Leh explore bakat menyanyi disamping recording company leh cungkil bakat dorang untuk jadi artis-lah-katanya- di masa akan datang menggantikan legasi Dato Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hujan, Yuna, (sekadar menyebut beberapa nama)

Tapi aku lebih memandang kepada negative side.

Kalian boleh fikirkannya sendiri.

Apa yang aku kesalkan, tidak banyak program kanak-kanak berunsurkan pendidikan macam sesetengah negara. Paling dekat Singapura.

Dulu, aku suka menonton rancangan ‘Singapore Brightest Kid’, mengumpulkan sepuluh kanak-kanak terpintar Singapura sebelum diuji dengan pelbagai soalan seperti Math, English, Sains juga Sejarah dan Pengetahuan Am.

Pernah satu ketika, kanak-kanak berbangsa Melayu muncul juara rancangan tersebut mengalahkan dua kanak-kanak berbangsa Cina.

Itu sangat membanggakan. Aku menumpang sekali.

Adakah Malaysia kita terlalu berhiburan?
Terlalu hedonistic dengan nilai melalaikan?
Kinja-kinja lalu dijadikan bahan sorakan, kebangaan, keistimewaan?

Cukuplah dengan rancangan hiburan, especially untuk kanak-kanak.
Popular mereka tak ke mana kalau takde pendidikan yang sempurna.
Paling jelas aku nampak mereka ini dikomoditikan seperti rancangan hiburan dewasa (pertaruhan SMS dijadikan sandaran undi)

Dalam hal ini, aku sangat merindui rancangan Along (penampilan cukup best Siti Sifir sambil baca sifir, pakai spek mata besar) atau rancangan Di Mana Joe Jambul yang menunjukkan peta di akhir rancangan untuk menjejak geng-geng Joe Jambul.

Itu bagi aku, ilmu.

Jadi berhibur dengan ilmu. Bukan berhibur sambil betulkan pitching, betulkan gerak tari, betulkan ekspresi muka, tingkatkan mutu vokal, yada-yada-yada.. They are too young for that!

Yang tak setuju, aku minta maaflah ya.
Tapi bagi aku, totally memang tak bersetuju.

Status FB semalam:
Honestly, aku muak dengan program nyanyian kanak-kanak di TV. For the sake of mencari bintang cilik?? Kenapa tak adakan rancangan kanak-kanak terpintar? Education base show?Dari kecik sampai yang dah besar, sumer berlumba-lumba nak jadi penyanyi.Haihhh

Faizal Sulaiman:--->Usaha NST membikin rancangan Spell It Right menerujakan aku. Aku yang besar gadang ni pun tetap tonton demi nak dapatkan ilmu!

ps: Lama betul aku tak menulis di Blogbuster...Sorry ye Paan. InsyaAllah dalam minggu ni kembali mengepos entry:)

Friday, December 17, 2010

DINIHARI DI BUKIT BROGA


Salam Jumaat

Trip ke Broga masih segar dalam ingatan. (ayat....)

Apa yang aku bleh katakan, hiking di bukit setinggi 1.7 meter ini memang mencabar. Mungkinlah ada pembaca yang dah pro, dah turun naik bukit ni patblas kali.

Ini pengalaman pertama ke bukit ini.

We all (aku dengan kawan) tiba jam 5.45 am, sedang molek nak mendaki (dlm pukul 6 am)-dengan nawaitu nak tengok sunrise bangkit dari puncak bebukit yang malu-malu tu.

Ahahahaha...

Pakaian nak mendaki kena sesuai. Sebab all the path nak ke atas tu tanah merah, so get ready for some dirt. Sebabnya, aku tengok ada pendaki yang tak practical nak ke puncak bukit tu. Macam nak pergi tengok wayang pun ada..

Align Center

Yang penting, sebelum mendaki tu, at least buatlah regangan otot sikit. Bukan apa, takut--manalah tahu-- sakit sendi ke, urat bersimpul ke. Eventhough bukitnya agaklah rendah, tapi kau orang kena consider consequences yang akan mendatang--sebab kita tak tahu, kan?--*



Bawa bekalan air yang cukup. Kalau nak makanan, bawak lah roti lima puluh sen tu. Sambil tengok matahari, sambil suap roti. Masyuk!

Kalau rasa penat mendaki, stop sekejap. Berentilah kat tepi-tepi. Takpayah nak tunjuk gagah sangat, ok

Masa pendakian nak sampai ke puncak tu kurang lebih dalam 45 minit--bergantung dalam masa kau berhenti--amik nafas--semua.


ps 1: Nak pergi lagi rasanya. Menurut sumber, aku ngan kawan aku tu cuma berada di stage ke dua dari empat stage. Misi pasni, nak ke stage ke empat. Kali ni nak bawak DSLR! ha ha ha

*: Kawasan tulang belikat aku sengal-sengal. Ubi sungguh!

Thursday, December 16, 2010

TIDAK SELAMAT TINGGAL DI JALAN INI

Okay..before all of you start to freak out, I ‘ll reveal the secrets.

Jalan ini telah banyak kali diancam dengan pelbagai insiden menakutkan.

Pada tahun 2006, sejumlah penduduk menjadi tebusan, berpunca dari sikap seorang suami yang telah berlaku curang pada isterinya. Si isteri mengambil keputusan mengancam bunuh sejumlah penduduk.

Pada tahun 2007, ribut taufan melanda dan kejadian mengerikan ini memberi tamparan yang sangat hebat kepada penduduk. Harta dan nyawa juga banyak terkorban.

Tahun berikutnya (2008) menyaksikan kejadian kebakaran terburuk di sebuah lounge, membunuh satu-satunya saksi dalam satu kes jenayah yang disimpan bertahun-tahun yang lampau.

Tragedi menimpa penduduk tidak berakhir disitu.

Setahun kemudian, tragedi itu berulang lagi dan kali ini ia disusuli dengan kejadian aneh. Sebuah kapal terbang (jenis pesawat ringan) yang hilang kawalan, lalu terhempas, memusnah dan meranapkan pesta tahunan yang diadakan di kawasan kejiranan tersebut, sekaligus membunuh banyak nyawa.
Dan bagaikan sumpahan, kawasan penduduk di jalan itu terus dihantui dengan pelbagai insiden mengancam nyawa. Kali ini insiden rusuhan, melibatkan kira-kira 400 penduduk sekitar, dibantu penduduk lain, membantah cadangan salah seorang bekas banduan yang ingin membina rumah pemulihan @ Halfway House untuk bekas banduan yang pernah dipenjarakan.

Kejadian protes yang berlaku di awal pagi itu turut merosakkan banyak harta benda dan menyebabkan nyawa penduduk dalam bahaya.


Memburukkan keadaan bila si banduan yang mencadangkan untuk membina rumah pemulihan itu, ditembak di waktu malam, sebelum rebah tidak sedarkan diri di depan rumahnya…

Real kan?





Drama sungguh!

Well, apa yang kau orang baca atas ni adalah sedutan beberapa disasater episodes untuk siri kegemaran penulis, soap-drama mystery ‘Desperate Housewives’

Jangan marah aaa..

Nanti kena jual!
he he he

Apa yang aku boleh katakan, untuk musim 7 ni,aku leh tengok kebanyakan karakter nampak lebih matang, especially Susan Mayer (yang dulunya bersikap cemerkap). Kebanyakan action dia musim ini, disusuli dengan akal—berbanding musim-musim dahulu yang kebanyakannya mengikut nafsu—

Anyway, badass Paul Young (played by Mark Mosses) sudah merencanakan rancangan dia yang maha-jahat-ya-ampun-macam-aku-nak-sepak-saja-tu. Habis kucar kacir Wisteria Lane disebabkan perbuatan dia sekarang ni.

Episode 10 “Down The Block There’s A Riot” merupakan episode cliffhanger DH, meneruskan tradisi siri black comedy ini menghentikan sekejap siarannya bagi memberi laluan kepada festive season (Christmas Eve dan New Year Eve) yang sebelum ini dihentam dengan tebusan, ribut taufan, kebakaran dan kapal terbang terhempas.

Episode 11 “Assassin” akan disiarkan Jan 2nd , 2011 nanti. Aku rasa..Paul Young tak mati lah!

FaizalSulaiman:-->Chendana Penamat dua, sudah boleh dibaca di SINI. Tinggalkan respon anda!

Wednesday, December 15, 2010

SEANDAINYA OMBAK LAUT SURUT LAGI, AKU PERGI


Salam

Ceh tajuk entry.

Macam…

Alhamdulilah, aku dah balik bercuti.

Maaflah blog bersawang. Ada yang tolong kemaskan tak?

He he he

Terima kasih pada semua pengunjung dan commentators

Broga Hills--->Ulu Yam--->I City--->Port Dickson--->Kolam Mandi Gunung Tampin






To my buddy, thanks again! Aku? Tentulah gembira..





VS




Kenapa tiba-tiba terkesan?hurmmmm

Saturday, December 11, 2010

Eqbalzack 2010 Giveaway Contest


Hidup ni macam kartun.

Tak percaya?

Tengok sekeling. Ya. Tengok sekeliling kau orang sekarang.

Kehidupan ini tak semestinya kena serius tegak. Lurus macam batang joran.
Sesekali kena gelak.
Sesekali kena melawak.
Align Center
Aku boleh conclude kan menerusi carta pie yang aku buat nih

Mendahului senarai adalah Action orang lain (40%).

Ya..kita akan gelak kalau orang lain jatuh terkangkang, terjelepuk, hampir2 nak jatuh.

“buat break dance ke?”

Disusuli dengan lawak jenaka (30%)

Kita bleh dengar lawak jenaka menerusi radio, TV ataupun kawan dan famili. Heh! Menyumbang jugak tu.

Diikuti dengan Diri sendiri (20%) dan Lain-lain (10%)

Biasalah..kadang2 kita gelak dengan diri kita sendiri. Foolishness ataupu memori lama yang tetiba teringat dalam kepala

Ini hanya pemerhatian dua hari dari blogger picisan. Eh! Jangan pakai untuk research ok! Aku tak tanggungjawab:P

Actually entry ni respons pada contest blog...

yg berlangsung dari 10 Dec hingga 17 Dec. Hadiah best! Kalander Upin Ipin. Aku nak satu! Leh buh kat meja kerja:)

Syaratnya, aku kena tag sorang.

Bro Tengkorak Emas, aku tag ko ye!

Aku buat entry ni sebab hadiahnya kalander Upin Ipin. Macam siri tu, hidup kita ni adakala memerlukan sedikit comical relief. Kalau tak, tak best, kan?

Kesimpulannya: Gelaklah untuk reduce stress. Hidup ini hanya utk mencapai kebahagiaan. Lain takda dah..

Fakta yang bukan auta: Manusia hanya menggunakan 17 muscles untuk senyum berbanding 43 muscles untuk mengerutkan kening tanda tak setuju, merajuk atau jengkel

Friday, December 10, 2010

MASAM KELAT PASAL APA?


Salam Jumaat.

Jangan terpedaya dengan tajuk entry sebab harini mood penulis dalam keadaan stabil. Heh!

Senyum Faizal..Senyum.

Entry harini nak becerita tentang senyum dan kaitannya dengan hormat.

Kita kalau nak rasa diri dihormati, kita perlu menghormati orang dahulu.

Betul tak cakap aku? Kalau betul sila ‘like’

Ok-ok aku gurau.

Aku bukanlah hendak mengoceh, tetiba nak melenting macam mak nenek, tapi adakala perkara ini too much melangkaui batasan sabar kita. Dua situasi yang boleh aku refresh semula:

1) Di kaunter sewaktu belajar dulu. Staf yang bertugas jumpa aku. Aku senyum. Dia masam. Aku sabar. Naik lagi satu level bangunan. Jumpa lagi sorang staff. Aku senyum. Dia balas masam. Konklusi hati? Aku menyumpah. Tahi Suci! Tahi, Tahi dan Tahi~~aku menyumpah

2) Masa belajar lagi. Jumpa pula pengawal keselamatan. Ok aku tahu anak dia sebaya umur dengan aku. Aku wave tangan. Senyum. Hampeh tak dibalasnya. Ketat sungguh mukanya macam kena tarik-tarik.

Ya.
Mungkinlah aku sudah belajar makna Hotel dan Hospitality maka segala aspek perlu Hospice.

Concise Oxford English 11th Edition
Hospice: home providing care for sick and illness

Itu secara theoretically. Hospice disini bermaksud pleasant.

Balik pada situasi.

Dalam situasi aku ni, kedua-dua individu ini adalah golongan tua. By all means, pepatah melayu ada kata “Yang muda perlu menghormati yang tua”. Aku hormat orang tua, bukan aku tak hormat, apatah lagi kurang ajar.

Tapi apa salahnya SENYUM. Angkat juga tangan. Angguk sikit kepala, noticing body language kita. Ini tak, makin aku senyum, makin dia kelat masam. Macamlah aku tunjuk jari tengah dekat depan muka dia!

We all semua dah TER-educate dengan pepatah yang aku katakan di atas. Aku yang muda, kau orang yang muda, mesti hormat orang tua, kan?

Tak hormat, hidup kau tak berkat.
Tak hormat, silap-silap kau kena sumpah jadi batu!

Betul. Keberkatan datang dari redha orang tua. Lebih-lebih ibu bapa kita sendiri. Tapi, kalau orang tua tu bukan ahli keluarga kita? Bukan mak ayah kita? Setinggi mana hormatnya kita pada dia?

Kau orang boleh respon soalan aku ni.

Ini sama juga terjadi pada kasta seniority, tak kiralah dalam suasana belajar atau bekerja.

Kau budak baru, kau kena hormat aku sebab aku kerja lama dari kau.
Kau freshies, kau kena hormat aku sebab aku senior kau. Apa-apa karang kau refer aku juga.

Kenyataan tahi yang sangat menjengkelkan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR