Friday, April 29, 2011

Menyambut Keterujaan:Harry Potter Part 2: First Premier

Bercakap mengenai saga Harry Potter adalah bagai menyambut satu keterujaan yang sangat maksimum.

Meh tengok foto-foto yang disediakan ni.

My word...speechless

Kalung Salazar Slytherin, salah satu horcrux Voldermort


Pertembungan dua dunia.Petunia Dursley dan Lilly Potter


Serangan di Hogwarts.Final Battle


Amukan naga Gringgots


FindeFire Curse di Requirement Room


Not my daughter you bitch!!!


I will live..forever!

ps1: Entah berapa kali Voldermort memekik dalam trailer nih.hak hak hak.
NYEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!

ps2: Thanks for all birthday wishes.Paling terharu menyambutnya dengan students yang kunun2 nak tanya apa tak faham. Thanks. I feel suprised!

Klik SINI untuk menonton

Ralat: Gambar pertama adalah Rowena Ravenclaw's Diaderm. Maaf penulis teruja sangat.
Terima kasih, Aira Zulaikha:)

Wednesday, April 27, 2011

Angin

Air yang tak boleh masuk dalam tekak. Pilihan tak banyak. Ini aje yang ada. Sadis



Sifat angin bagaimana? Lagi-lagi kalau meniup lalang.

Macam mana rupa bentuk lalang tu?

Kejap ke kanan, kejap ke kiri bukan?

Konklusinya, jadi manusia tu cubalah jangan jadi macam sifat angin.

ps: ada sesuatu berkaitan dengan angin. Nanti dululah. Tengah serabut milo

ps2: Melewati hari privillage yang bakal ditarik kembali.Oh sadisnya..

Tuesday, April 26, 2011

MAM: Makan Aje: Hashbrown Versi Super Malas


Ahad lepas turun ke dapur sebabnya bosan duduk di bilik menghadap internet yang sangat lembab. Tolong emak goreng kacang tanah sebab tengok dia terkocoh-kocoh menyiapkan menu nasi lemak.Justify Full
Paling ke kanan, rak bahan kering, selonggok kentang belum dikupas. Liur ditelan. Gulpp..masa ni pulaklah teringin nak makan bergedil! Ya bergedil makanan jowo tu lah. Gumpalan kentang lecek, digumpal bulat lalu digoreng deep fry sehingga kekuningan.

Holy s#$%@#$ Terliur plak weyh!

So apa lagi. Memang baka kuat makan kentang, definitely aku suruh adik lelaki aku join sama gumpal-gumpal benda Allah ni. Dia paling suka makan kentang.LOL

Bahan-Bahan
8 biji kentang, dikupas, potong dadu, rebus
Setengah biji bawang besar, dicenceng halus
2 biji lada merah, dicencang halus
Garam dan sikit serbuk perasa

Kentang lenyek pakai lesung, kau!senang keje.hahaha

Breading Process
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur, dipukul

Bahan untuk breading process

Cara-Cara
1)Lecek kentang yang dah empuk.
2)Masukkan semua bahan dalam lecekan (ada ke perkataan ni) kentang
3)Ambil sederhana besar. Gumpal bulat. Leperkan sikit di tengahnya.
4)Lakukan breading process. Memula masukkan gumpal kentang ke dalam larutan telur lalu disalutkan ke dalam tepung gandum

Dah dibulat-bulatkan.Ok yang huduh gedemo tu aku yang buat.hahahaha


5)Panaskan minyak. Bamm..Goreng
6)Makan ngan sos! Sedap wooo

Sebenarnya tak jadi pun exactly bergedil. Lebih kepada HashBrown. Tapi kentang. Bulat, dah goreng. Rupa dah ada. Bantai ajelah.

Macam jemput2 pisang pun ada ghopenye.hahaha

Trivia:
a) Kentang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi selain berkanji (starchy). Rasa manis kentang bergantung pada kadar gula yang terdapat di dalamnya. Dipecahkan menjadi glokosa di dalam badan
b) Resipi ini lagi best kalau dicampur cebisan daging ayam.
c) Breading process adalah salah satu teknik kulinari popular dalam mempopularkan masakan berasaskan kentang. Ada banyak teknik masakan kentang selain yang kita tahu seperti wedges, mashed, croquette, baked, fries dan lain-lain lagi
d) Bagi aku pulak, kentang antara sayur yang paling kerap dimakan masa kecik. Lauk kentang pun aku boleh hidup.hehehe
e) Hashbrown adalah resipi barat paling sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi, juga berasaskan kentang.
f)Breading process yang asal adalah menggunakan serbuk roti.Kalau takde, tepung boleh jadi pengganti. Sebenarnya nak membentuk forming dan nak coating antara telur dengan gumpalan hashbrown aka bergedil tadi=)


Happy trying!

Friday, April 22, 2011

Lalu Ku Pergi Membawa Diri Ini Ke Sana Menjauh


Berkecai hati terhempas tak bersambut
Sendiri ku pungut cebis derainya

Bersama raga dan hampa, melara

Ku hanyut terbiar dalam gelora

Ingin benar ku jadi milikmu
Hingga akhir masa kita, bersama

Namun mimpi dan hakikat berlaga..
Nurani ku jua jadi mangsanya..

Betul kan? Bila mimpi dan kenyataan bertembung, tidak sekata…perasaan jadi havoc tak teratur, tak tentu hala.

Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..hidup tak terasa nikmat

Lalu kemana kita pergi membawa diri,setelah kecewa?

Mencari teduh, di balik sinar gelap mentari, meminta pada Ilahi, tawakkal dengan tabah dan redha.

Buat mereka yang mengalami prarasa begini, bersabarlah. Allah sudah tentukan yang terbaik buat kita…

Hanya mampu berdiam, terima…

Baraqa Jumaat!

Thursday, April 21, 2011

Api Et Elektrik: Kebencian Waktu Dahulu

Di puncak Gunung Lambak, Kluang Johor. Sesuatu menggamit disini. Nantilah update.
ps:pesen gambar malas edit



Fuh! Gila bersawang blog ni!
Ada yang tolong bersihkan? Meh nak upah susu cap teko, meh!

Et, diambil dari perkataan Perancis bermaksud ‘dan’.

Dulu, waktu kecil, aku sangat tak suka bila takde elektrik. Bahasa mudahnya ‘karen’.

Asyik nak maki aje bila terputus. Almaklumlah budak-budak. Hidupnya bukan takat bermain, tapi dengan rancangan kartun segala. Bila malam, nak tengok tv!

You see, ‘karen’ memang totally sudah mendominasi kanak-kanak macam aku di waktu itu:)

Hendak pula duduk kampung. Bila sekali bekalan elektrik terputus, nak pulih semula makan dua tiga hari! Bila malam, ayah selalunya akan nyalakan lampu gasolin jenis-pam-bila-nyala-benderang-satu-rumah. Lepas itu aku mulalah main-main bayang-bayang dengan Along. Konon-kononla wayang kulit.hahahaha

It is a bit different compare bila takde air. Masa kecil, memang seronok. Sebab apa? Aku boleh berkubang di sungai, ajak arwah emak basuh baju di sana. Sambil emak basuh baju, aku main pura-pura jadi ikan jaws!

Bila besar ni, aku dapati, ketiadaan air itu lebih menakutkan berbanding ketiadaan elektrik. Manusia lebih memerlukan air.Nak makan guna air, Masak basuh nak perlu air, mandi lagi!

Lots of water, kan?

Jadi demi nak mengelakkan kurangnya air bila bekalan terputus, selalulah merajinkan diri untuk menadah air dalam tong, especially untuk simpanan. Air bersih, jaminan kesihatan! Untuk kegunaan kita jugak, kan?

Berjumatlah, sebab bila dah tak ada, selalunya kita akan menyesal pada sesuatu yang telah dibazirkan..

Friday, April 15, 2011

Mix and Match dan Si Cantik Katerina

Salam Jumaat.

Moga hari kalian berada dalam kemakmuran. Baraka Jumaat!

Sesuatu yang sukar bagi aku, seorang lelaki adalah memilih konsep padanan. Lebih-lebih terlibat dalam kerja berkolar putih, sebab hari-hari nak kena nampak smart. Ok smart. Smart dan kacak adalah dua perkara berbeza.

Smart; kemas.Sedap mata memandang. Pleasant.
Kacak; muka tampan. Handsome

Tak semestinya kau tak kacak, tak boleh berpakaian smart. Tapi bila muka tampan, absolute pakai apa pun nampak smart. Faham dua frasa ni?

Jadi, setiap hari perlu berpakaian smart. Nak-nak pula terlibat dalam industri pelancongan dan hospitality---apa lagi yang perlu aku jelaskan, kan? he he he

Berbalik pada konsep padanan. Serius aku gagal dalam bab memadan. Let say beginilah, setiap kali membeli kemeja baru, of course aku akan membeli tali leher yang baru.


Antara satu koleksi yang aku suka.What's wrong a guy wears pink?


Konsep asasnya mudah, menurut seorang kawan.

Bila membeli kemeja plain, satu warna, eloklah memadankan dengan tali leher sedikit bercorak. Begitulah sebaliknya.

Pening jugalah bila dia bercakap pasal warna tanah la, warna mana yang dominasi la. Ok aku bukan tak mahu ambil tahu. Perlu ambil tahu. Ye lah, manalah tahu kan, kot-kot satu hari kelak, future wife mintak advise, “eh you warna tudung ni mana yang sesuai ngan baju I?”

Tak ke haru aku time tu? Takkan nak main angguk geleng aje?? Bagilah pendapat siket derr..

Sesuatu yang dihargai bila si lelaki memberi pendapat kepada future wife dia.ececehhh

In addition, jenis material juga perlu diambilkira. Setahu aku, kalau kemeja jenis cotton, bila sekali berpeluh, baju tu nampak basah gila-gila. By the way, kalau nak elak peluh menyerap di baju, pakailah singlet. (Bila tersarung di badan, aku rasa singlet tu seksi.har har har)

Dan bila kita smart, secara tak langsung, aura kacak dan tampan tu akan datang secara automatic.
(ye ye je aku nih.hehehehe)

Sweet je Katerina ni.
ps: Maya Karin portray as Katerina in latest Lagenda Budak Setan 2: Katerina.

Sumber:Oh Bulan

Thursday, April 14, 2011

Semai Budi, Tanam Bakti: Kisah Di Sebuah Rumah


Salam

Harap sejahtera semua.
Justify Full
Kelmarin ke pusat penjagaan orang tua di Johor Bahru. Pengalaman ke dua membuat kerja melibatkan sosial.

Satu perkara yang aku pelajari ke sana.

Bila hidup ini tak diperlukan, kasih sayang dah tak ada makna, ikatan kekeluargaan sudah terlerai, maka hidup kau akan kesunyian dan salah sayu option yang ada adalah tinggal di pusat jagaan ini.

Melibatkan warga tua adalah satu perkara yang aku boleh katakan rumit. Walaupun mereka berusia, lanjut daripada kita, tetapi mereka sensitif. Perlu bertanya kabar, kalau kau bagi buah tangan sedikit, kau perlu adil-bagi pada semua- Kalau tak ada yang bermasam muka.

Apa yang aku lihat mereka terjaga, makan pakai, tempat berlindung, mengambil kira keupayaan mereka yang semakin lama semakin dimamah usia.

Itu membuatkan aku terfikir secara tak langsung.

a) Kalaulah aku tua dan anak-anak aku tak mahu menjaga aku. Adakah nasib yang sama menimpa ibu dan ayah di sini?
b) Bila ayah aku tua nanti, bolehkah aku menjaganya?

Scary thought ni tetiba menerjah masuk di dalam kepala, ketika melihat telatah ibu ayah di situ. Mereka gembira kami datang. Hiburkan mereka. Tapi menjelang petang, mereka tahu kita akan pulang semula dan bersedih disebabkan tiada siapa yang mahu menjengah mereka semula nanti.

Which is bagi aku, very sad!

Pesan aku, sama-samalah kita menjaga kedua orang tua kita. Masa kecik dia boleh urus kencing berak kita, dah besar, apa salahnya kita pula lakukan perkara yang sama. Pesan juga buat diri sendiri.

“Kata nak bawa makcik jalan-jalan ke pantai, tau-tau di hantar ke sini”
“Makcik yakin, abang makcik akan ambil dan keluarkan makcik dari sini dan jaga makcik”

ps: Dialog diubah mengikut kesesuaian dan tahap sensitivity

ps2: Polisi rumah kebajikan selalunya tak membenarkan pelawat mengambil gambar penghuni. Ok yang tu aku baru tahu

Tuesday, April 12, 2011

Mencari Jalan Untuk Membuat Pilihan


Merindui Broga Hills.Bila lagi boleh ke sini...


Salam
Tertarik dengan intipati sebuah siri terkenal luar negara yang ditonton malam tadi.

“Jangan biarkan pilihan ke dua merosakkan, seperti apa yang pernah kita lakukan pada pilihan yang pertama”

Dalam berhadapan dengan hidup, kita mempunyai pilihan. Dan pilihan itulah yang membezakan kita dengan orang lain.

Bila kita berhadapan dengan satu situasi dimana situasi itu pernah kita hadapi dahulu, jangan biarkan si pelaku melakukan perkara yang sama seperti apa yang pernah kita lakukan. Mostly perkara buruk.

Contoh: Kita mempunyai kawan yang akhirnya meninggal dunia di jalan raya disebabkan tidak memakai tali pinggang keledar. Puncanya, kita tak pesan pada dia sebelum dia ‘pergi’. Of course, terpalit sedikit rasa sedih waima bersalah bukan?

Oh lainlah kalau kau orang semua tak berperasaan. Letaklah sedikit rasa empathy! Kita manusia tak hidup selamanya. Maaf. Ciri-ciri immortal bukan hak kita.

Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang, kita pesan pada kawan lain, pada insan tersayang lain supaya tak berlaku perkara serupa.

Bukankah tanggungjawab manusia sentiasa berpesan-pesan pada perkara kebaikan?

Tidak pada kemalangan sahaja. Lihat keadaan sekeliling. Perhati orang sekeliling sekitar kita. Lebih-lebih yang rapat pada kita. Benarkah hidupnya tenang? Benarkah hidupnya bahagia?

Ya, semua orang boleh tutup kepahitan dengan segaris senyuman. Tapi hati? Siapa tahu?

Rentetan dari itu, sentiasalah bertanya khabar. Sudah banyak kes ‘ambil-nyawa-sendiri’ di akhbar dan internet disiarkan. Puncanya banyak kerana tekanan perasaan. Jadi bila iman tergantung di awangan, berserak tanpa hala tujuan, apa ertinya pegangan? Maka, disinilah peranannya si syaitan.

Tak salah berkongsi masalah dengan orang yang paling rapat. Bagi aku, itu terapi. Masalah tak setel, tapi sedikit sebanyak ia meringankan.

PS: Hari ni pergi membuat kerja amal di Rumah Seri Kenangan JB. Pusat jagaan orang orang tua dan kebimbangan pertama, kalau aku ada anak, anak aku akan hantar aku ke pusat ini juga ke?

Monday, April 11, 2011

Kat Mana Hang Letak Nilai Cinta Hang? Atas Kaki Ka?: CUN Review


Salam

Baru berkesempatan menonton buah tangan terbaru Osman Ali, sutradara yang berjaya memancing audiens dengan beberapa karya berat seperti Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Anak Halal dan Puaka Tebing Biru.

Cun: definisi ringkas menggambarkan cantik, lawa, menarik tertarik kau memang da-bomb.ha ha ha

Pertama kalinya mendengar Osman bakal mengarahkan Cun, fikir jugalah, bagaimana hasilnya. Tetapi, sesudah menonton filem berdurasi kurang lebih 105 minit ini, ternyata bisa Osman terhadap komedi romantik mampu memukau audiens.

Gandingan Maya Karin dan Remy Ishak mengikat ikatan kimia yang terbaik. Watak Atan di tangan Remy nampak neutral. Bengisnya menjadi. Barannya bersebab. Dan sifat tanggungjawabnya terserlah. Manakala persembahan Luna Latisya lakonan Maya kelihatan berjaya. Mutunya meningkat dan tampak berbeza dengan watak Bella (Pisau Cukur) yang gedik menjadi ditambah dumb bimbo-ish.

Watak tambahan mengukuhkan cerita. Faezah Elai sepatut dicalon Best Actress in a Supporting Role untuk festival filem musim depan. Karaternya sebagai Kuntum (Tom) mengundang kasihan. Gelodak Tom terhadap Atan dapat dibaca audien. Begitu juga persembahan luarbiasa Nadia Nisa sebagai gadis OKU, Manis. Lakonannya tak splastik. Aksi bersahaja Nadia Nisa kadangkala mengundang sedih dan tawa. Lebih-lebih gandingannya bersama Kembang. Cute!

Cun meletak jalinan cerita simple. Luna si pengacara gosip Meletops, membogel berita sensasi artis, tertepek cerita di batang hidung sendiri bila tunang sendiri ditangkap bersama perempuan lain. Kecewa, dia membawa diri ke kampung di Kedah, bertemankan pembantu peribadinya dan disitulah dia bertemu cinta hati.


Tipikal kan? Tapi, disinilah sentuhan Osman berbeza dengan karya romantis yang lain. Ikatan kekeluargaan yang kuat selain emosi yang disuntik setiap watak menjadikan Cun cukup perasanya.

Tapi agak terkilan dengan watak-watak bandar seperti Candy(Ning Baizura) yang rimas ditonton. Candy seorang produser. Ketiadaan Luna menyebabkan rating Meletops turun dan dia sangat desperate mahu mendapatkan coverage cerita2 panas. Watak itu ditangani dengan baik oleh Ning. Dia seolah predator yang mahu memusnahkan hubungan Luna dan Atan.


Tapi sayang. Ia dilebihkan dengan aksi gedik tak sudah sudah, buat aku tertanya-tanya adakah dunia artis dipenuhi dengan kegedikan, cakap terkinja-kinja, suara buat-buat? Mekap over? Ke ataupun nak menampakkan lagi ke-plastikan dunia artis?

But overall, filem ini ringan untuk ditonton. Ringan gila sampai kau boleh terbahak-bahak tertawa. Humor was very good, lagi-lagi kalau ada antara hampa orang Kedah!

Memang Cun ah!

Sunday, April 10, 2011

Sunday Memory Lane: Emak Yang Bernama ‘J’



Salam Ahad

Entry feeling hari Ahad.

Tak adalah feeling mana pun. Sekadar imbasan memori kepada seorang emak bernama Jamilah. Yang kini arwah.

Bulan ni merupakan bulan kelahiran emak. Tapi emak jarang sambut. Tak penting baginya sambut hari jadi ni pun. Asal ingat, emak tak lebih dari sekadar gembira. Ya, aku mewarisi sikap emak yang itu. Asal orang terdekat aku ingat, aku sangat happy. Beri hadiah tentulah satu bonus. he he he:)

Aku nak bercerita tentang bagaimana aku bersama emak di hari-hari terakhirnya.

Emak meninggal dunia disebabkan penyakit kronik. Kencing Manis, Batu Karang dan Darah Tinggi---which is kalaulah ada orang invent pil yang boleh melawan sakit ni. Kan Bagus.

Di waktu terakhir kehidupan, hari meninggi. Tak silap pukul 12.20 tengahari. Hari Khamis. Waktu itu aku nak ke sekolah sesi petang, sekitar penghujung tahun 1998. Emak terlantar sakit dan berkata dengan aku.

“Angah janganlah pergi sekolah. Teman emak”

Aku serba salah. Terngiang pesan cikgu supaya datang.

“Tak datang sekolah kamu takkan boleh dapat buku teks”

Kata cikgu itu bagai amaran keras. Aku cakapkan pada ayah. Ayah memahami dan memandang emak serba salah. Emak berkata lagi. Aku pandang emak, serius penuh keterpaksaan.

Kemudian, ayah mencelah.

“Biarlah budak tu nak pergi sekolah”, pujuk ayah pada emak. Wajah emak kelihatan ralat. Dan rasa serba salah itu aku bawa ke sekolah sebelum mendapat khabar gembira yang aku bakal dilantik pengawas perpustakaan.

Petang menjelma. Motor yang membawa aku dan Along untuk pulang ke rumah, sekitar jam 6.30 petang buat hal. Sangkak tepi jalan. Tolak motor sebelum salah seorang jiran datang menyunsung.

“Emak korang dah berada di hospital”

Aku pandang Along. Along pandang aku.

Jantung berdetak tidak sedap. Tapi kami berdua gagahkan balik ke rumah, menjenguk adik beradik lain yang menunggu.

Malam dibuai tidur, diganggu dengan ketukan pintu. Ketukan jam tiga pagi. Kami bangun lalu membukanya perlahan.

Kelihatan dua tiga jiran tetangga berwajah agak suram, tersenyum.

“Pergi ambil air sembahyang”

Aku dah tak sedap hati. Adakah emak…

Kami berhimpun bersama jiran di ruang tamu, ketika ada jiran membukakan tingkap rumah seluas luasnya. Ketika bidai langsir diikat, membenarkan udara malam menghembus ke dalam pelosok ruang tamu.

“Kamu kena bersabar ya. Emak kamu sudah tiada. Sudah meninggal dunia”

Serius aku tergamam. Along diam. Tunduk merenung lantai.

Adakah emak telah meninggalkan aku?
Adakah aku dah jadi anak yatim?
Kenapa emak pergi?
Kenapa emak tinggalkan saya?
Siapa nak masak untuk kami?
Raya tahun ni macam mana?

Perlahan-lahan kolam mataku panas…

Aku ralat sebab tak teman emak.
Aku ralat sebab tak berada disisinya.

Dan kini, sudah 7 tahun emak meninggalkan saya, saya tetap kenang emak.

Saya sayang emak!

PS: Sayangilah orang tua anda ketika mereka masih ada.

PS2: Mendoakan kesejahteraan ibu seorang kawan baik. Pernah ke rumahnya dulu. Emaknya sangat baik dan ramah. Aku doakan yang terbaik buat emak kau, kawan sebab aku dah anggap emak kau, macam emak aku juga!

PS3: Syurga itu, ditelapak kaki ibu.


Karam aku di lautan duka, bila wajahmu hilang di mata..
Tiada berita mengubat rindu di kala sendu.

PSP:Lagu fevret arwah emak yang turut menjadi lagu tema sebuah cerita Jepun(alih bahasa melayu) sekitar tahun 90-an. Aku lupa judulnya apa)

Friday, April 08, 2011

Kesederhanaan: Suka Duka Kehidupan Ini


Salam

Oh tajuk entry yang berbunga. Jangan salah tafsir.

Ini pasal mendengar paduan suara pasangan suami isteri Azlina Aziz dan Azlan Abu Hassan.

Lagu ini tak silap tahun dipenghujung lapan puluhan.

Liriknya simple. Sangat berterus terang dan tanpa ada bahasa kiasan.

Aku suka lirik verse ke dua lagu ini

Bila renungi hari yang berlalu
Menyesali dosa yang berlaku
Sering di bawah kesedaran diri
Kesilapan serupa berulang lagi..

See, liriknya takde satu pun yang memeningkan kepala, kan?

Dalam hidup ini, walau apa juapaun, kita perlu besederhana. Besederhanalah dalam segala hal. Lagipun ia dituntut dalam Islam, kan?

Begitu juga ketika berkasihan. Besederhanalah. Terimalah si dia dalam keadaan besederhana.

Pertahankan sederhana itu, pasti menjamin kunci kebahagiaan..




Entry maha pendek untuk Jumaat yang mulia

Thursday, April 07, 2011

MAM: Gula Batu Bunga Cengkih

Align Center
Salam

Err..gila apa menu bulan ni.

Ok truthful. Batuk-batuk tuan penulis masih belum reda. Kalau lah batuk tu manusia, sudah lama aku sepak terajang. Hell yeah, involved dalam education field memerlukan aku bercakap. Kalau bercakap asyik tersangkut, terkehel batuk, memang tahi suci sungguhlah!

Memang terasa jatuh credibility didepan pelajar. Solusinya aku telan lozeng berubat.

Er…di dalam kelas tak boleh makan.

Tapi kejap. Apa guna undang-undang kalau tak dilanggar kan? Whoaaaa..I am sending a wrong signal. Maaf ye. Keterpaksaan.

Mari aku gebangkan apa jadahnya aku buat dengan Gula Batu Bunga Cengkih dan relatifnya dengan batuk.

Seperti yang diperkatakan, batuk masih belum reda. Ayah mungkin dengar aku terkokoh-kokoh selepas overlap di depan laptop semasa mengisi markah pelajar. Ya, aku terbongkang di depan laptop, tak sedar, dan bila sedar, 154 tweets berdedai dedai di timeline.

Aku ke dapur, membuang kahak.

“Batuk kau tak baik lagi?”, soal ayah, prihatin. Aku diam sebelum menjawab belum dengan nada tertahan-tahan. Gatalnya tekak, macam nak dibuat beg tinju.

Concerned, ayah bingkas dari tempat duduk di ruang makan, membuka peti ais, mengeluarkan bahan-bahan di bawah:

4 biji gula batu
8 kuntum bunga cengkih
Setengah cawan air suam

Cara-Cara
Rendamkan Gula Batu ke dalam air suam bersama bunga cengkih
Kacau dengan sudu sehingga sedikit larut.
Amalkan dalam 3-4 hari

Maap ler, gambar tak eye appealing:)


Aku ikut saja. Petua orang-orang tua ni kadang-kadang ada betulnya. Jadi aku ikut sajalah. Dua tiga kali teguk tak berasa apa-apa.

Selepas dua puluh minit, tekak yang hendak dijadikan beg tinju mula perlahan-lahan menyejuk dan tahap kegatalannya kurang sedikit. (Tahap kegatalan tu..)

Google sekejap tadi, membaca khasiat gula batu dan bunga cengkih
1) Lebih sejuk daripada gula biasa. Kalau demam-demam ke apa, disyorkan meminum air rendaman gula batu.
2) Kadar kemanisan yang kurang berbanding gula pasir
3) Menguatkan stamina tubuh dan mampu melawan penyakit jenis panas
4) Bunga cengkih plak boleh merawat sakit gigi, mual-mual, muntah,masuk angin, sakit kepala.

PS: Ubat batuk chemical pemberian doktor langsung tak membantu. Makin batuk batuk lagi adalah. Seksa. Tonsil habis, flat jadik suara aku kedengaran sangat garau. Ayah tanya juga, ubat kau tu habis minum ke tidak. Jujur aku jawab ‘tidak’. Merasalah dikhutbah ayah dalam jangka masa lima minit.

PS 1: Makanan yang kita makan sangat membantu dalam proses kita recover. Di Malaysia umumnya makanan kebanyakan bergoreng. Tak payahla expect nak makan ikan stim bila hidung tersumbat dengan hingus. Ini inisiatif sendiri untuk makan berpantang. Mana nak baik kalau taram makanan berminyak dengan air batu? Tapi orang katalah, nak cepat baik, langgarlah pantang. Baru rock!

PS2: Dalam usaha menulis kembali. Dan mahu kembali kepada genre kegemaran asal: Suspence Thriller.

PS3: Sekarang sibuk nak key in markah, kemudian lawatan ke rumah orang-orang tua, kemudian perkemahan bersepadu sebelum peperiksaan akhir pada April 20 nanti.

Wednesday, April 06, 2011

Cinta: Sebuah Kajian Lakon Layar


Salam

Sering kita terlalai mengejar apa yang belum pasti, hingga kita lupa meraikan satu satunya perkara yang menjanjikan kebahagiaan.

Cinta.. Yang lahir dari naluri.. Menagih pengorbanan.. Bersandar kesetiaan.. Akhirnya bersimpul mati..

Karya Kabir Bhatia ini merupakan karya kesukaan. Hidupnya mengesankan. Entry hari ini saja-saja mahu mengkaji seni lakonlayar ditulis isteri Kabir, Mira Mustaffa dan dibantu oleh Ara.

Setiap babak hidup cantik seperti babak seorang ibu muda, menghulur langkah pertama untuk melintas, lalu mengusap perutnya yang sedang hamil. Simbolik babak ini dengan konsep cinta.


Ditunjukkan pula bapa yang mengeluarkan dompet, terisi not satu ringgit di dalamnya, berhadapan dengan dua anak lelaki. Terkesannya lakon layar ini bilamana bapa mengeluarkan not satu ringgit, lalu ditunjukkan kepada dua anak isyarat berkongsi. Indah!



Babak sepasang tua, memaut bahu, menampilkan cinta memang tak kenal batas usia. Dan bila hasil gerak sinematografi Mat Nor Kasim close up pada pasangan tua, kedua duanya buta.

Cinta juga tak kenal bangsa. Diperlihatkan pula pasangan Cina sedang menikmati usia senja di sebuah kopitiam. Isn’t that nice?

Itu adalah klip 1 minit 20 saat yang dilihat pada tayangan awal Filem Terbaik Festival Filem Malaysia tak lama dulu. Gerak lakon layar, tanpa dialog saja sudah membuatkan sentuhan Kabir memang emas. Jarang kita dapat perhatikan lakon layar sesempurnah tulisan filem ini.

Dan dari filem inilah, aku memahami betapa pentingnya bahasa lakon layar dalam mencorak sesebuah jalan cerita. Silap percaturan, penonton takkan faham.

That’s why, Kabir Bhatia antara pengarah fevret aku ketika memilih list menonton filem di panggung. Baik Cinta, Sepi, Setem mahupun yang terbaru Nur Kasih The Movie, sentuhan Kabir memang lain dari yang lainnya…

Tuesday, April 05, 2011

Asing dan Isih


Blogspot bengong..


Salam

Entry ni hasil idea blogger friend. Masak la kau femes dalam blog aku, bro! ha ha ha

Semalam buat pengisihan dan pengasingan kawan-kawan di FB. Pening jugalah kepala mana satu pelajar, mana satu kawan.

Proses mengisih ni dilakukan kepada students.

Aku sedar tindakan ini mungkin double standard, tapi aku rasa ada kebaikannya juga.

Mungkin manalah tau, aku terkasar ketika menulis…eh kejap..aku nak ke toilet. Serius otak tepu.

Lepas lima belas minit…



Mungkin manalah tau, aku terkasar sewaktu menulis entry, jadi aku tak mahu jadikan contoh buruk kepada-mungkin-pelajar-membacanya-walaupun-perkara-itu-sudah-dipikir-betul-pada-Disember-2009-sebelum-bekerja-di-kolej-lagi.

Menjadi center of the attention umpana public figure. Ok sounds poyo. Tapi jujurnya, setiap apa yang di post di FB akan dibaca students. Kadang-kadang rilek-rilek, kadang-kadang gedik-gedik. Kita kan manusia. Buat apa nak cover diri ni molek? (sumber quote di sini)

Jadi disinilah rasional yang kadang-kadang slip into a thin boundaries yang kita dah lukiskan di atas kanvas diri. Tak faham? Masa post status tu la kadang-kadang tak sedar yang kita dah terlebih dari garisan profesionalisme batasan pendidik dan pelajar.

Bagi aku tak salah kalau nak menambah let say students.

Lagipun hakiki FB memamg begitulah kan?. Melebar networking.

Tapi harus di ingat. FB adalah direka untuk kegunaan personal. Untuk peribadi. Jadi tak hairanlah kalau nampak satu dua status yang berbunga-bunga waima marah sekalipun. Eh tu FB dia, jangan nak menyibuk. Kalau tak suka, sila unfriend.

Ini mengingatkan aku dengan kisah beberapa tahun sudah tentang ketidak setujuan classmate menghadiri annual dinner yang dianjur fakulti. Marah la konon kononnya sebab dapat invitation last minute. Childish kan?

Nak dijadikan cerita, some of us letakkan ketidakpuashatian di wall FB. Tak kurang meng-tag notes.

Pung pang pung pang
Dum dam dum dam
Tak puas hatilah kononnya

Last-last lecturer mai komen (salah sorang dari kami ada add FB lecturer tu)
Pedas dan sentap jugalah.

Segan ok.
Malu pun ada.

Decided, we all remove all thread dan pergi dengan hati yang konon-konon keterpaksaan.

ha ha ha

Serves our right.

Moral of the story:
1) Tak payah la nak add cikgu korang ke, lecturer korang ke dalam FB. Nak tanya apa2, call senang atau jumpa. Haih, kan ada consultation hour. Manfaatkan.
2) Keje umah melambak ke, esaimen melambak ke, tak payah nak put stress out di FB kalau korang ada add cikgu atau pensyarah korang. Ada kang kena sembur balik.
3) FB ni personal. Tak payah la nak menyibukkan diri.

Apa-apa pun, twitter lagi besh! oh my…

ps: Blogspot ni masalah la. Nak post tak boleh. Nak upload gambar tak boleh. Spoilkan pagi aku ajelah

Sunday, April 03, 2011

Sunday Memory Lane: Oh Reena


Salam

Aku menambah slot di petang Ahad.

Slot yang muncul tiba-tiba saja dalam kepala dengan rambut yang sudah dipotong pendek.

he he he

Kisah ini berlaku awal tahun 2000, masa zaman remaja muda dimana boy band meledak, dimasa Malique dan JoeFlizzow berduet dengan si cantik Camelia dan musik lantai berpetak hitam putih menjadi kegilaan.

Cerita ni tak exactly berlaku pada hari Ahad. Tapi waktu cuti sekolah. Along macam biasa, balik dari sekolah teknik dan membekalkan aku dengan komik Gempak. Salah satu kegemaran adalah kartun Mat (apa ke nama mat ni dengan kucingnya yang kunun-kunun macho)

Along selalu rekomen aku musik yang bagus, seperti kolaborasi Too Phat dengan beberapa artis ketika itu antaranya Sharifah Aini (sekarang Dato’)- lagu “Anak Ayam” dan Camelia, (aku lupa tajuknya, tapi tajuknya sipi sipi macam nama pil khayal.hahahaha—ke imaginasi aku je tuh?)

Honsetly, perubahan generasi muda waktu tu dalam memperkenal musik seperti itu, disambut baik oleh peminat. Ya! Aku salah seorangnya. Pulak tu, semasa musik itu diputarkan, filem Spinning Gasing menjadi penanda aras style pengarahan baru dalam sinematik Malaysia. Jujur, aku gemarkan karya yang mengangkat pelakon utamanya Ellie Suriati sebagai Best Actress di India, menerusi filem ini.

Oh ya. Band yang aku maksudkan adalah Corumn 80’s. Band ini simple. Track listingnya waktu itu pun tak banyak. Band yang mempertaruh elemen ska ini sungguh menjadi kegilaan budak-budak asrama sezaman dengan abang aku, waktu itu. Waktu tu mana mampu nak beli CD, jadi Along beli kaset dan aku selalu pinjam waktu dia balik ke kampung, berselang seli dengan album Too Phat.

Bagi aku, percubaaan Corumn 80’s walaupun tak masuk line mainstream kelihatan sangat baik. I mean, daripada kita target user kita yang variable, baik kita target market kita yang niche. Of course, pulangan tak banyak. Tapi daripada niche market yang ada, ia boleh berkembang dengan baik.

Well, apa guna word of mouth, kan?

Apa-apa pun, jom layan lagu fevret aku, one upon a long long long time ago.

Ada lagi track listing yang aku suka dalam album tu. Nak google jap gi:)

Friday, April 01, 2011

Bila April

Pesen gamba malas nak edit. Stick ni buat aku mengidam, bah!


Salam

Dua hari tak update, bila jemari kembali mengetuk papan kekunci, idea terbang entah kemana.

Mood masih sakit. Batuk belum kebah. Sudahnya aku ambil cuti hari ini. Tak pasal menyebar virus dalam ofis kang. Aku perhatikan cuaca tak menentu sekarang. Hujan dan panasnya tak Justify Fullseimbang.

April dah datang menjengah. Serius sekejap saja. Bulan yang menjadi penanda umur aku meningkat setahun lagi. Fikiran-kawan-sebaya-sudah-ada-anak-dua-tiga-dah-tak-bermain-di-fikiran-sekarang. Jujurnya, aku masih jauh ke arah itu apatah lagi dalam keadaan sekarang. InsyaAllah, jika Allah beri rezeki, aku dapat juga bahagiannya, kan?

Chill sudah.

Mujurlah aku lelaki. Aku masih mempunyai peluang untuk memperbaiki struktur kewangan, taraf hidup, nilai actualization dalam hirarki Maslow ataupun sikap egoistic ketika membeli. Tak salah kan?

Dan April ini juga menjadi bulan penuh stress bagi pelajar kebanyakan institute pengajian tinggi. Aku tahu, derr. Asal bulan 4 je final exam.

Apa-apa pun, bagi mereka yang bakal menghadapi peperiksaan akhir, hadapinya dengan tenang. Lakukan persiapan sementara ada ni, okey!

Buat mereka yang berkongsi satu bulan kelahiran dengan aku, rilek2 sudah! he he he. Age just a number. Asal kita beringat dalam hidup:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR