Thursday, June 30, 2011

Karat # 1: Mukadimah Karat


Salam semua!

Gua diberi kepercayaan oleh pemilik blog untuk ambil alih slot Karat. Gua tak banyak hal, beb. Menulis ni dah macam makanan gua. Semalam gua enterfreme, sial punya Tuan Blog. Paksa gua masuk kejap slot dia. Tulis dua tiga baris perkataan suruh intro tentang Karat. (Jilaka! Gua ter-typo Karat sebagai Karak)

Banyak sebenarnya perkara baik bertukar busuk menghempap jiwa gua. Campur sikit angin kentut utara timur barat, gua rasa gas busuk sana sini bercampur ,menyebabkan jiwa gua karat dengan perkara-perkara longkang. Hidup gua bercampur orang keliling kadangkala membuatkan gua rasa nak sangat suruh bumi terbelah dua, telan saja manusia-manusia ni.

Ini walaupun mukadimah, gua rasa paling sengkek, gua nak gebang satu perkara. Perkara yang gua rasa korang pernah hadapi.

Manusia kedekut bin berkira

Gua jenis manusia tak banyak kira. Tapi gua pelik dengan manusia jenis berkira. Pedih ulu hati bila member yang gua anggap sehidup semati sanggup bazir air liur ungkit benda-benda yang gua rasa era mesolitik! Kalau paleolitik dia boleh ingat, gua rasa zaman Nabi Adam punya hal pun dia nak kopek satu-satu.

Op! Kopek disini bermaksud kupas. Otak gua kuning juga.

Gua tension tahap ubi bila asyik-asyik nak berkira, sikit-sikit nak mengungkit. Gua anggap ungkit ni macam satu bentuk ugutan melampau paling halus bangsatnya supaya gua tunduk dengan apa yang dia minta.

Macam sampah!

Banyak lagi yang gua rasa gua patut tulis sebab jiwa karat gua ni dah perhati macam-macam. Gua akan tulis satu persatu dan korang yang membaca boleh la fikir. Gua assume semua dah sunat kan ? Kah kah kah.

Tuan blog limitkan gua tulis satu muka surat. Gua tau satu hari gua bakal famous sebab tu tuan blog tak kasik gua tulis macam karangan! Gua takde FB. Twitter pun gua takde. Gua hidup simple, mimple tapi tak ada pimple. Tapi MV P.I.M.P, gua suka!

Jumpa gua minggu depan! Gua nak gebang pasal Cakap Lebat. Ini satu lagi perangai haramjadah paling gua tak berkenan. Gua rasa bengang tahap ubi! Macam sampah! Kay pun kadang-kadang cakap lebat! Habuk tarak.

Wednesday, June 29, 2011

Biar Gambar Bercerita # 4: Patuh


Since we were kids, we were bound with a lot of boundaries. We were not supposed to curse others and follow certain rules and regulations. Respect the elderly and listen to them eventhough sometimes we were not agreed at all.

But why on earth we decided to disobey, when we becomes a grown up?

And most importantly, why the elderly; which is the one should set right examples, now showing bad signals, bad illustration or bad influence?


***

Ok.Gua dipaksa secara godaan oleh pemilik blog ni untuk menulis sesuatu dalam blognya. Sebagai kawan yang gua dah kenal lama, gua sumbanglah sikit penulisan buruk gua di laman dia ni. Korang jangan lupa baca tulisan gua, setiap Khamis. Hari itu saja pemilik blog bagi gua merapik. Asalnya dia nak buat setiap Jumaat, tapi dia tahu, gua kalau menulis, sekali tak mencarut memang rasa macam kentut tak habis. Lepas tak nikmat. Bau tak terasa.

Gua rakyat marhaen biasa yang memerhati marhaen biasa yang lain yang kadang-kadang buat taik! Kalau korang terbaca gua tulis pasal Kay, dia kawan lelaki baik gua. Kay ni baik tapi kadang-kadang perangai baik-baik bangang dia buat gua nak bagi penerajang Ong Bak.

Korang boleh panggil gua Al. Sambung besok sebab gua kalau dah menulis, sampai subuh belum tentu siap. Gua nak pedajal tuan blog, boleh? Padan muka lu Pejal.Sapa suruh gua tulis kat laman sekangkang kera lu ni.kah kah kah

Tuesday, June 28, 2011

Kerek Seyy!!-Bukan Di Blog Tapi Facebook dan Twitter


Jangan kerek-kerek.Nanti aku banje sos tobasco sebotol:))



Sebut Kerek tu macam Gerek (Gay-Rek) Demyuh kenapa mesti ada perkataan Gay kat situ.Nanti ada yang sesat masuk sini. Itu contoh saja.

Kerek tu maknanya berlagak. Sombong maha bungkak.

Kita mungkin pernah mengalami situasi di mana ‘kita tegur si polan itu di laman social, maybe say Hi, Hello, Morning to You, Apa Khabar and suddenly si polan tu tak membalas balik’

Tak kiralah situasi mana, Facebook atau Twitter. Paling obvious di Twitter bila kita tegur dia, langsung tak dibalasnya. Orang lain boleh pulak di balas.

Apa kau rasa? Kalau blogger Hidney baca ni, mesti dia jawab ‘oren’.hehehe

Teori aku mungkinlah begini:
1) Kita bukan popular dimana semua orang nak add, orang nak like post, orang nak hegeh-hegeh tinggal komen.
2) Kita bukan pesen muka handsome, cantik, body ketul ketul tambah kiut sikit sampai kita post ‘Harini jerawat tumbuh kat muka’ maka berduyun duyunlah komentator simpati berderet-deret.

Aku boleh senaraikan dua saja. Ini firasat aku lah. Kalau ada lebih, kalian boleh jot down di ruang komen.

Macam aku sendiri, aku akan like atau komen jika perasan satu status FB atau Twitter itu perlu dibalas semula.Mostly benda mengarut. Ni aku cakap betul. Aku dah seharian menghadap benda serius dalam hidup dua belas jam, aku dah tak mampu nak menanggung baki lagi dua belas jam menjadi serius-serius-pak-menteri-bila-menjawab-soalan-masalah-negara-lepas-tu-cakap-lepas-tu-tepuk-lepas-tu-kejung-macam-robocop.

Bagi aku tak salah kalau balas twitter tu. Komen di FB tu. Tak luak nya. Facebook contohnya tujuannya apa? Komunikasi dengan KAWAN dan mengembangkan networking untuk bersosial di alam maya dengan KAWAN. Tak perlulah rasa cuak bila ada orang asing tegur di twitter atau FB atau mungkin yang tak biasa chat dengan kita. Tak perlulah sombong. Tak kemana sombong tu. Dunia ni kecil saja. Ada kata hidup di dunia ni macam kotak. Ada yang kata macam roda. Bagi aku hidup dunia ada timbal balas. Kau buat harini, esok lusa tulat, kau dapatlah bahagian kau tu.

Tapi kalau ada kawan FB atau Twitter yang mula flirt, menggatal tak tentu pasal..mula mula kenal dah tunjukkan tanda-tanda sangap tak dapat seks sebulan, baik kau humban dalam Indah Water suruh kitar semula jadi BERSIH.

Opp Bersih ka? ha ha ha

Pendapat aku lagi: Kalau kawan twitter macam tak layan teguran aku. Sekali aku tegur.Tak layan. Dua kali buat tak mahu layan, Tiga kali langsung tak nak ambil peduli, aku remove lah. Cek punya cek, memang teman tu banyak follower twitter. Jadi kehilangan aku sorang tak bawa apa-apa kesan kan? Kalau dah kata ‘Assalamualaikum’ pun tak jawab, letakkan titik noktah disitu:)

Monday, June 27, 2011

Preteficus Totallus: Harry Potter # 1: Si Yatim Berparut, Magis dan Batu Hikmat


Menuju ke July 15 ini menerusi bahagian ke dua Harry Potter and the Deathly Hallows, aku wujudkan satu segmen khas mengimbau kembali alkisah ajaib nukilan penulis JK Rowling dari penerbitan buku dan novel yang pertama hinggalah yang terakhir.

Magis ini bermula dengan begitu cantik pabila pengetua Sekolah Magic Hogwarts sendiri menghantar Harry Potter ke pintu depan rumah makciknya Petunia Dusrley memandangkan Petunia adalah merupakan kakak kepada ibunya, Lily Potter yang mati akibat Killing Curse, Lord Voldermort yang turut mengorbankan ayahnya, James Potter. Sumpahan itu turut meninggalkan Harry parut berbentuk panahan petir di dahinya.

Itu baru permulaan dan Harry membesar secara tak adil dengan sepupunya, Dudley Dursley sehinggalah dia mendapat tawaran belajar di Hogwarts Witchcraft and Wizardry, sekolah sama ibu dan bapanya menerima pendidikan. Disini dia bertemu dua rakan baiknya, si pintar dan cik serba tahu, Hermoine Jean Granger dan Ronald Bilius Weasley.

Horwarts, bagi aku masih mengekalkan ciri-ciri pendidikan tipikal British (yang sama dengan pendidikan di negara kita) dimana setiap rumah pasukan diberikan lencana dan warna tersendiri. Rumah pasukan tersebut dibahagi empat iaitu:
A) Griffindor (Pengasasnya: Godric Griffindor, warna Merah simbolik kepada semangat keberanian
B) Ravenclaw (Pengasasnya: Rowena Ravenclaw, warna Biru simbolik kepada kebijaksanaan)
C) Hupplepuff (Pengasasnya: Helga Hupplepuff, warna Kuning, simbolik kepada keadilan)
D) Slytherine (Pengasasnya: Salazar Slytherine, warna hijau zamrud. Memantingkan darah tulen (pure blood) ahli sihir, bukannya darah orang biasa (Muggle) ataupun campur (half blood)

Menarik juga di Hogwarts bila semua pelajarnya diasingkan dengan menggunakan ‘Sorting Hat’ atau Topi Pengisih untuk ditentukan rumah pasukan masing-masing. Harry, Ron dan Hermione diletakkan ke dalam pasukan Griffindor sekaligus menakdirkan mereka pada dunia ajaib penuh adventure hinggalah kepada perangkap guru-guru di Hogwarts dan pertumuan Harry dengan Lord Voldermort yang menumpang di tubuh seorang guru (ketika itu Lord Voldermort dalam keadaan nyawa-nyawa ikan)

Buku pertama (juga filem) diakhiri dengan Harry berjaya menyelamatkan Sorcerer’s Stone (dimana kuasanya boleh mengembalikan hidup orang yang dah mati selain rahsia hidup kekal abadi. Sorcerer’s Stone juga merupakan satu objek Deathly Hallows) dan batu ajaib itu dipulangkan kepada pemilik asalnya, Nicholas Fleming.

Di dalam filem, diarahkan oleh Chris Colombus, penonton dapat diajak menyelami dunia magis Potter dengan dirinya yang boleh bercakap dengan Ular Boa di Zoo, ratusan Owls menghantar surat tawaran sekolah Hogwarts, perlawanan Quiddict dimana Potter menjadi Seeker (penangkap bola emas bersayap) dan pengembaraannya di alam magis yang dia sendiri tak tahu.

Bersambung ke Bahagian 2: Alohamora: Harry Potter # 2: Dobby Yang Cute, Darah Tulen dan Misteri Bilik Rahsia, Minggu depan!

Friday, June 24, 2011

"Anggap Saja Perempuan Simpanan. Saya Rela"- Izzah:Ombak Rindu Teaser Trailer

Sumber teaser trailer ini diperolehi dari FanPage Facebook 'Ombak Rindu'. Sila like ramai-ramai.

Filem ini tak pasti dijadualkan ditayangkan bila, tapi selepas menonton teaser trailer 30 saat dari filem adaptasi novel 'Ombak Rindu' karya Fauziah Ashaari ini, terbit rasa ingin tahu dan rasional pengarah Osman Ali mengambil pelakon berdarah kacukan Maya Karin sebagai gadis kampung, Izzah dan Lisa Surihani sebagai antagonis Mila.

I would like to say, usaha Osman dan team jurulakon pelakon Ellie Suriati sangat berbaloi dalam memelayukan Maya dan mencari sisi hitam Lisa. Ini bukan kali pertama Lisa berlakon watak hitam. Menerusi V3 Samseng Jalanan, pelakon berbakat ini turut memegang peranan sama.

Aaron dan Bront dilihat menerusi trailer ini, masih berada pada par yang cukup selesa.Dua aktor ini berjaya membawa watak masing-masing.

At least give some actor/actress watak-watak berbeza dengan karakter yang pernah mereka bawakan. Kita sukakan variety dalam watak, begitu juga para pelakon. Mereka juga mahu cuba sesuatu yang baru:)

Jom ushar gambar

Maya Karin sebagai Izzah. Dalam trailer Izzah kena tarik rambut dengan Haris.Gila kejam!


Haris: Charming.Tapi sikapnya menyakitkan hati. Tipikal la kan.Nanti-nanti jadi benci-benci sayang.awch.hehehe


Bront. Tak usah dipertikai. Beri apa saja watak. He's damn good!


Siapa kata cik Surihatiku ni tak sesuai berlakon jadi Mila? Sisi hitamnya terserlah. Malah, aku boleh katakan, kita akan simpati dengan karakter beliau. Why she's become an evil? Jahat Mila bersebab. Dia nakkan Haris. Tu je. We do dredful things to get what we want, all the time so as Mila

Sumber video didapati dari fanpage FB Ombak Rindu

video

Ini baru teaser.Review penuhnya belum lagi:) Hopefully baik!

Thursday, June 23, 2011

Lelaki, Wallet dan Barulah Stylo


Siapa lagi nak tulis pasal lelaki, kalau bukan lelaki sendiri. Ahem !

Selalu dapat rungutan dari kaum lawan mengatakan lelaki itulah, lelaki inilah-kebanyakannya negatif. Ok itu hanya segelintir lelaki yang memang memalukan lelaki. Macam perempuan jugalah kan. Ada yang baik. Ada yang kontra.

Ok jangan bakar blog aku hanya kerana aku cakap pasal isu sensitif ini.

Lelaki, macam perempuan ada aksesorinya. Salah satu, wallet aka beg dompet.

Perempuan ada pelbagai jenis dari purse, clutch, beg kecik, beg super kecik hinggalah beg cenonet. Orang lelaki ada satu je merujuk kepada wallet.

Kebanyakan lelaki suka memilih dompet jenis wallet. Berukuran segi empat tepat biasanya didatangkan dalam pelbagai jenis. Macam aku sendiri, kalau pilih wallet, kriteria inilah yang aku tengok:
A) Compartment: Ini adalah bahagian paling penting. Mana nak bubuh duit syiling, mana nak bubuh duit kertas. Dua part yang paling penting aku rasa. In addition, duit syiling dan kertas JANGAN dicampurkan. Kalau boleh susun duit itu mengikut nilai. Not merah dengan merah.Hijau dengan hijau. Istilah organize untuk metroseksual, I think dah tak boleh pakai lagi. Itu belum tengok bahagian IC, Kad Bank, Kad Matrik juga kad-kad perniagaan lain. Gambar yang tersayang pun jangan lupa!
B) Ketahanan: Tengok tekstur wallet. Ada yang Leather tak kurang gunakan PVC. Hati-hati dengan tekstur PVC seperti Leather sebab ia cepat rosak
C) Brand: Demyuh! Ya! Brand bagi aku jatuh yang terakhir. Aku tak pandang brand sangat. Tapi kalau sesuatu brand itu bagus dipakai, why not spend on something expensive? Value buy kan?

Aku rasa cukuplah tiga. Lebihnya kepada penjagaan wallet itu sendiri. Wallet tend to have ‘bau kepam ya rabbi’ kalau kita tak jaga dengan betul. Part tu kena jaga-jaga. Baling kat sungai, mau mampus ikan-ikan. Jangan sampai wallet tu dah uzur baru nak diganti baru. Bahaya. Kut-kut la compartment syiling bocor, tak ke jadi rezeki orang lain ? Itu kalau syiling. Kalau not lima puluh?

Ce cek wallet masing-masing? Barai tak? Benyai tak? hahaha

ps: lelaki zaman sekarang pun ada pakai wallet jenis purse (memanjang). Nak isi not atau kad-kad mudah! Cuma tersangat hodoh kalau diletakkan dalam poket seluar. Gabak gila besarnya!!!

Wednesday, June 22, 2011

Nasi Minyak Bergaris Lurus Dengan Kahwin

Apakejadah la tajuk entry.

Ok ini status FB kelmarin.


Serius tekak aku rasa nak makan nasi minyak selepas beberapa lama alergi dengan minyak ghee yang baunya mashaallah wanginyaa macam Giorgio Armani!! (tangan ke dada,mata pandang ke atas)

Kenapa kalau kahwin perlu sedia nasi minyak ye? Ada yang boleh tolong jawabkan? Kalau jamu biasa-biasa boleh kan?

Aku beritahu ayah tentang persiapan dan makanan untuk tetamu jika satu hari nanti dia bermenantu.
1) Makan: Nasi berlauk. Paling sempoi buat nasi lemak, kacang sikit, sambal ikan bilis, timun.Lauk bagilah variety.Ayam ke, daging ke, telur ke. Ikut selera tetamu
2) Air masak, tak perlu gula. Gula kan dah naik harga, jadi perlulah nak jimat, kan?
3) Makan beramai-ramai dalam dulang. (Menu nasi lemak tak sesuai. Kalau makanan jawa-Nasi Ambeng sangatlah sesuai)
4) Sanding tak payah. Nikah je terus.
5) Boleh tak kalau tak nak pakai songket? Rimas! Nak pakai baju melayu, bersongkok??

Ayah jawab dengan selamba.
‘Cincai nye kau ni’

Aku jawab
‘Alah..buat simple-simple je sudahlah’

Ayah pandang macam seolah berkata ‘kepala hotak kau berjambul’ .

Nak tergelak pun ada. Tapi dek kerana menjaga hati orang tua itu, aku diamkan aje sambil ayah bercerita detik perkahwinan dia dengan arwah emak. Dimana dia kena berarak berkompang dengan cermin mata hitam rayban dia. Kata ayah, masa tu hujan, mujur masa dia sanding hujan dah berhenti. Dia cerita lagi, menu makanan dia haritu adalah ‘Nasi Minyak’

Aku mengeluh sendiri..apasal lah nasi minyak. Nasi lain tak boleh?

Ayah kata itu tradisi orang Melayu. Nasi minyak , zaman dulu susah nak dapat, jadi Nasi Minyak ni dikira special selain pembuatannya yang agak renyah tu. Jadi dihidangkan di hari istimewa itu dikira satu yang sangat berbaloi ! Bersanding pun adat. Yang wajibnya, nikah.

Ayah sempoi. Dia pesan pada aku, ‘ikut kau lah nak buat macam mana. Yang pentingnya nikah. Agama tu didahulukan. Kau yang nak kahwin. Bukannya aku!’

Ok. Aku bayangkah ayah yang kahwin lagi. kah kah kah!

ps: Ayah kahwin masa usianya 22 tahun. Aku ? Ala rileks la. Zaman sekarang ni keluk perkahwinan dah macam bursa BSKL!. Nak citer ekonomi..sampai bulan puasa kang tak habis! Setuju tak?Kalau setuju, sile angkat tangan macham shayee!

Tuesday, June 21, 2011

Biar Gambar Bercerita # 3: Benda Aneh Bernama Cinta


Love, always come and go all of the sudden! We never know where it is. Realize when it comes and pain when it fly away…

Tak perlu sebab untuk menyinta. Perlu ikhlas dan bercinta. Perlu setia dalam Cinta kerana cinta itu _________________________

Isilah sendiri…

'Tidak semua cinta, bersatu'

Monday, June 20, 2011

Emo! Bukan Band Emo!

Gambar lama: Nak berjaya kena daki sampai puncak!


Lepas sarapan pagi, terus lupa nak tulis fasal apa.

Padahal masa menyuap nasi dalam mulut tadi, membuak-buak idea sampai boleh tulis entry Justify Fulluntuk seminggu panjangnya. ha ha ha

Oh ya. Emo. Ya ! Emo . Emo yang selalu kita kaitkan dengan ‘berangin’ tak tentu hala. Cakap sikit nak emo. Tegur sikit nak emo. Faham ya?

Emo ni, semua manusia ada. Tak kira lelaki perempuan, bertubuh kekar, slim, tinggi rendah semua ada perasaan ini. Orang putih kata emotionally unstable. Tapi, emotionally unstable ini selalunya dikaitkan dengan satu lagi terma yang dipanggil ‘nervous breakdown’ which means seseorang individu itu gagal mengawal permasalahan hidup lalu mengalami tekanan perasaan yang maha teruk.

Emo pula adalah pecahan kecil daripada ketidakseimbangan emosi.

Panjangnya intro aku!

Emo terjadi bila kita ‘tersentap’ dengan satu satu perkara. Tak kira perbuatan waima percakapan. Selalunya percakapan lah. Kita manusia ni selalunya tak sedar butir kata kita itu dah menggores hati individu lain. Implikasinya individu itu akan menunjukkan melalui perbuatan balas samada :

a) Muka masam.Tajam saja jelingan dia kat kita. Benci sangatlah tengok muka kita ni. Ini termasuklah ‘kemunculan’ muncung dibibir.LOL
b) Buat kerja tak ikhlas. Kalau boleh semua benda dia nak hentak supaya nak tunjukkan betapa emonya dia itu
c) Buat-buat tak layan kita. Manusia yang sedar diri akan segera minta maaf kalau dia sedar kesalahan dia. Jenis pura-pura tak layan ni konon-konon nak tunggulah sampai bila kita tahan bila dia buat macam tu.
d) Tak bertegur sapa. Paling parah kalau orang itu emo diam-diam, tahu tahu esok lusa dah masam kelat dengan kita. Paling menakutkan, kita sendiri tak tahu salah kita apa sebenarnya.

These are the things based on my experience. Kalian yang membaca, aku tak tahula bagaimana.

But new things has been invented sekarang kalau katalah kalian berhadapan dengan manusia-manusia emo ni. Nak tahu caranya. Begini:

a) Keluarkan kata-kata paling sopan yang pernah anda keluarkan. Orang emo, kita jangan layan emo. Sampai bila nak selesai, kan? Jadi kita cakapkan perkara paling elok untuk ‘pengamal emo-ist’ ini
b) Dah cakap tu (make sure dengan senyuman manis), tangan di dada
c) Mata pandang ke atas

Contohnya begini:
Jijah sentap dengan Tonah sebab Tonah cakap Beg Luis Voitton kepunyaan Jijah beli dekat Padang Besar. Dekat dua hari Jijah taknak tegur Tonah sebab emo. Kebetulan Tonah membaca entry ini selain menonton rancangan Sentap yang dikendalikan oleh Prof Sentap Hati Mak Nak dan mengamalkannya.

Tonah: (senyum) ‘Aku sebenarnya cemburu dengan beg LV kau ni, Jijah! Cemburu sampai aku nak beli pat belas bijik dekat Petaling Street tu’ (tangan ke dada, mata pandang ke atas)

Kah kah kah

AMARAN KERAS: Ini bukanlah penyelesaian. Silap haribulan dibako nye si Tonah nanti. Hanya sekadar hiburan. Carilah solusi yang paling terbaik !

ps : Anyways, Sentap by Afdlin Shauki ni banyak juga benda yang boleh apply dalam kehidupan.hahahahahaha

Saturday, June 18, 2011

Menyambut Keterujaan Bahagian 2: Trailer Terakhir Untuk Epik Terakhir – Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Final trailer Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 telah disiarkan semalam, tepat jam 7:15 pagi waktu tempatan, eksklusif di web Apple.com. Trailer daripada filem arahan David Yates ini merupakan kesinambungan kepada bahagian pertama yang ditayangkan tahun lalu.

Aku…tak usah cakaplah betapa terujanya untuk menonton bahagian ke dua ni. Mengimbau bahagian pertama, Lord Voldermort (Academy Award Nominee Ralph Fienes) telah berjaya mencuri Elder Wand daripada makam putih Albus Dumbledore (Micheal Gambon). Bahagian ke dua diteruskan lagi dengan misi Harry, Ron dan Hermione memusnahkan baki Horcrux, serpihan roh Lord Voldermort yang dipecah kepada tujuh bahagian.

Antara baki Horcrux tersebut adalah Mahkota Rowena Ravenclaw, Nagini, Badge Helga Hupllepuff dan Harry Potter sendiri. (Mengikut buku tulisan JK Rowling)

Tak citer banyak, jom ushar gambar!

Naga tunggangan selepas memecah masuk Bank Gringgots!



Laskar Horgwarts



Pertemuan Harry di hutan


Amukan Voldermort



The Elder Wand


PS: Pertarungan antara Bellatrix Lestrange dan Molly Weasley paling ditunggu-tunggu
PS2: Horgwarts battle gonna be epic where Minerva McGonaggal will lead this battle
PS3: Few important characters will be die including Weasley twin, George
PS4: Babak Epilog (yang ditulis 19 tahun kemudian) menunjukkan kesemua pelakon termasuk Radcliffe, Watson, Grint, Felton akan memainkan sendiri watak tua masing2 dan pelakon-pelakon yang menjadi anak-anak mereka juga sudah dipilih.
Justify Full


Thursday, June 16, 2011

My Super Cool Dad

Ayah kata sejauh mana kita berdiri, ingatlah langit yang dijunjung!


Asyik update gambar, nampak sangat pesen malas nak update blog.

Tak lama lagi kita akan menyambut satu lagi hari penting, Hari Bapa 2011, yang dijangka akan berlangsung pada 19 June 2011. Di Malaysia, kita menyambut peringatan ini pada tiap-tiap minggu ke tiga setiap June.

Orang kata, kenapa kena buat yang special sedangkan setiap hari pun kita boleh sambut Hari Bapa?

Jawapan aku senang je. Aku nak jadikan June 19 tu sebagai hari yang diingati terutama ayah aku. Plan mesti kena surprise!

Bercerita tentang ayah, I have so many passion to talk about it walaupun masa hayatnya arwah emak, aku tak berapa ngam dengan ayah. Most probably neighbor and orang-orang tua cakap, kalau muka serupa ni-berlaga angin. I don’t really care about that matter after all.

Ayah sangat cool masa muda-mudanya. Striker di padang bola. Aktif dengan takraw. Aktif dengan badminton.Pialanya di rumah masih disimpan dan ada sesetengah nya sudah berkarat (sebab color saja macam emas, tapi sembur saja). Dengar lagu Iklim dan rock kapak bila memantau aku dengan along ketika membuat kerja rumah. Kadang-kadang seleranya berubah kepada lagu enam puluhan. Paling aku ingati adalah ceritanya menumpang rumah jiran ketika zaman remaja sesudah menyaksikan wayang gambar ‘Sundel Bolong’.

Ayah sangat particular kalau membuat kerja. Kerjanya perlahan, tapi teliti. Dia akan tahu akan wujud masalah kalau satu-satu perkara tu tak dirancang betul. I guess it’s the matter about being old or mature, you have to master all sorts of overcomes yang datang. Dah banyak pengalaman. Dia akan bising kalau aku dan along bermain-main mengutip biji sawit atau ada biji sawit yang tak habis dikutip ketika menolongnya di ladang. Ayah kata itu punca rezeki. Kena hargai.

Tegas ayah semasa aku kecil dulu memang ada sebabnya. Dia nak yang terbaik dalam hidup kita and well memang benar pun apa yang terjadi sekarang. (walaupun aku agak memberontak juga dulu-dulu. har har har.Okey I degil!hahaha) I should say million thanks for that, ayah!

If happens soon, macam mana anak aku jawab if the same question is to be ask?

Wondering….

Wednesday, June 15, 2011

Biar Gambar Bercerita # 2: Henti

Red light mark a sign for a stop. Stop before one thin white line in front



Berhentilah sebelum terlambat.
Hidup ini dipisahkan dengan satu garisan tipis yang mengelirukan.
Silap pilihan, tersasar

Kita menentukan pilihan sebelum tiba pada garisan itu.
Dan pabila garisan itu semakin menghampir, wujudkan titik noktah dan semuanya bakal berakhir.

Soalnya: Bersediakah kita disuluh lampu merah dan tiba di garis penamat?

Tuesday, June 14, 2011

Biar Gambar Bercerita #1:Tunggu


Don't keep others waiting for you because waiting is much more suffering.

'Tak suka, lepaskanlah layang-layang itu. Biar bebas, melayang ditiup angin.Itukan lebih baik?'

Perkara paling bullshit dalam perhubungan adalah 'menunggu' and suddenly we realize tak ada sebab menunggu pada sesuatu yang bukanlah milik kita. Lebih-lebih bila kita tau menunggu tu membazir.
Eh betul ke aku cakap ni?

Just a pic.Aku okey-okey aje.

Monday, June 13, 2011

Cakera Padat Video : Tanpa Nama

Tajuk tak boleh belah. Macam cerpen. Ops..masih belum baca cerpen semalam. Klik sini ya.

Dulu fenomena negara kita pernah dilanda demam drama VCD. Hampir semualah produser filem mengambil keputusan membikin drama atau telemovie Cakera Padat Video ni. Dari cerita jiwang, bunuh-bunuh, tembak-tembak sampailah cerita hantu.

Aku melihat situasi ini sebagai sangat sihat dan berdaya saing walaupun kebanyakan cerita dan pelakonnya sangatlah tipikal. (Selalu artis rakaman yang banyak berlakon)

Satu-satunya VCD drama yang aku tonton lebih dari sekali adalah dwilogi thriller pembalasan dendam ‘Blok 404’ dan ‘Kem 505’. Jalan cerita dan kesan efek sangat menjadi malahan kedua-dua VCD ini jugalah menjadi perintis bagi kebanyakan VCD yang keluar melambak selepas itu.

Biasalah, kalau dah namanya manusia, mesti akan following apa yang tengah on trend. Kalau musim cerita islamik, berlumba-lumba bikin yang sama juga. Kalau cerita hantu, segala tok nenek hantu nak di enterframe kan. Kalau reality TV menyannyi, semua stesen televisyen nak tayang benda yang lebih kurang sama.

Namun, jangan bimbang dengan lambakan ini.

Kalau dah satu-satu produk tu best..tak boleh nak kata apa ! Banyak mana pun persaingan, takkan gentar.

Rasa teruja bila melalui jambatan yang baru siap dibina antara laluan KongKong, Teluk Sengat Johor Bahru. Ini serious talk. Perjalanan dari Bandar Penawar ke Pasir Gudang hanya memakan kurang lebih tiga puluh minit! Jimat gila-gila masa. Nak ke KL lalu laluan ni pun bley!

Friday, June 10, 2011

Chatbox. Ya Aku Dah Buangkannya Dan Entry Cepat Famous

I love artifact. Entah bila lagi masanya akan menjejakkan kaki di kawasan artifak dan bersejarah..


Aku tau peranan chatbox agak penting dalam berblogging.

Orang kunjung blog kita, kita bila ada masa balas kunjungan semula. Timbal balas, derr!

Tapi semenjak dua ni, aku boleh perhatikan chatbox selalu diserang promosi perniagaan wang atau lebih buruk, spam. Serius..aku kurang gemar.

Hits Alexa aku pun dah menurun. Dulu mungkin aku kisahlah. Tapi sekarang tak lagi. Kalau nak naikkan traffic zaman berblogging sekarang ni mudah je. Ini antara yang terfikir dalam kepala aku:

1) Tulis something nasty dengan pemikiran dangkal. 'Kunci Keghairahan Seks Wanita'. 'Mengawal Keghairahan Seks Isteri'. 'Skandal Seks Di Pejabat' 'Aku Benci Lelaki Lembut' 'Aku Benci Perempuan Kasar'
2) Kau perang dengan blogger sana sini. Kau tulislah kau tak suka entry dia. Tulisan macam sampah. Banner buruk. Selagi ada blogger, kau pukul cananglah
3) Tulis something controversy. Tulis gosip-gosip murah.
4) Explore rahsia diri sendiri. 'Aku pernah mengandung doe!' 'Aku pernah main doe!'
5) Tulis statement yang kononnya berbentuk rebel, tetapi bangangnya menjerat diri sendiri. 'Apa jadahlah negeri X ni. Pasaraya pun takde! Dasyat pebendenye!'

Dahla lima. Aku rasa few bloggers pun mungkin dah foreseen beberapa 'scene' ini.

Nak femes dengan jalan mudah memang banyak. Kalau nak buat boleh sangat dan tak payah nak bergantung dengan chatbox.

Tak perlulah ambil jalan singkat semata-mata nak terkenal. Kita tulis something out of the line kadang kala MENYERLAHKAN lagi nilai stupidity dalam diri tu.

Percaya dengan integriti penulisan. Once bila orang suka bacaan kau, kau jangalah risau. Pasti akan ada pembaca setianya.

PS: Dengan tajuk mock-up di atas, aku nak check hits dalam dua hari ni.

Thursday, June 09, 2011

PERAM: Manusia? Ada Ego Dowh! Siapa Nak Terima Kekalahan? Kekurangan Diri?

Mencari perkara yang tak pasti itu sukar..


Kita masih boleh jadikan surat khabar sebagai alatan untuk mengembang minda, walaupun sekarang bahan internet merata meluas merayap-rayap macam kutu.

Semalam terbaca sebuah headline tentang ‘asmara terlarang’ terpapar di muka depan.

Adik aku yang berusia 11 tahun kelihatan berkerut-kerut membaca tatapan ‘asmara’ yang mengikut pengeritian aku, dia tak faham. Nak tanya mungkinlah segan. Plus..macam mana pula aku nak terangkan.

Kita pupukkan minat membaca sedari usia kecil. Bahan dah ada depan mata. Dari dia bazir masa depan tv tengok Ultraman Gaia, Hamtaro, Stuart Little…baik dia peruntukkan sedikit waktu untuk sedikit asahan minda. Sekurang-kurangnya dia boleh asah bahasa ibundanya sendiri.

Itu belum lagi beliau membaca akhbar yang memaparkan perkataan ‘Liwat’, ‘Seks’ and a few words yang kita sebagai orang dewasa merasakan budak sekecil itu tak patut dengar.

Adakah aku yang terlalu over-protective?

Hey budak 14 tahun dah buat ekspolrasi tentang dia yang dah tak ada dara. It could be worst nowadays! Yang kena tegur pun boleh balas dengan maki hamun balik. Tegur demi kebaikan, dibalas dengan ‘sampah’?
Manusia? Ada ego dowh! Siapa nak terima kekalahan? Kekurangan diri?

Sepuluh patah perkataan di atas bukanlah isu yang ingin diperkatakan. Isu aku tetap pada headline yang membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk dibaca budak-budak. Sometimes, isu terlalu violent.

Adakah headline sekadar sebahagian strategi jualan?
Atau itu kenyataan sekarang hatta menampakkan kerakusan, kebodohan, ketamakkan, kegilaan manusia?

Ya..aku bingung mencari jawaban yang serasakan sesuai…

(mengeluh)

PS: Meh singgah ke website Yoyooh dan baca my 2nd entry.Leh komen pakai FB button okay!Gerek gila!!!

Tuesday, June 07, 2011

Kaset


Sebelum wujudnya CD, aku terlebih dahulu diperkenalkan dengan kaset. Pita plastic dengan tape hitam di dalamnya yang paling koman boleh memuatkan sebanyak sepuluh track. Kegilaan ini dipengaruhi oleh ayahanda tercinta disebabkan minat beliau mendengar band kegemaran Iklim. Aku pernah tanya ayah, kenapa minat benar dia dengan band tu. Dia jawab suara Saleem serak. Rock!

Itu belum dengar lagu ‘Duhai dara kau manis jelita’.hahaha

Ayah have quite collectors. Aku dan along selalunya akan menjadi tukang penjahanam barang ayah and once we get caught ayah akan baiki without bising-bising. Dia tahu hero-heronya ganas. Hahahaha

Selalunya, aku dan along akan tarik a black tape dari dalam kaset tu laju-laju sebelum kami pusingnya semula masuk ke dalam. The problem is, bila pita hitam dah terlalu panjang, for sure akan terbelit dan menyukarkan keadaan untuk memasukkan semula ke dalamnya. Bila dah takut, bad things happen dan as a result, pita hitam putus!

Bising ayah mungkin akan kedengaran seperti ‘jangan usik barang ayah, kalau tak kau orang berdua duduk di luar maghrib nanti sebagai hukuman’. Selepas itu ayah akan baiki pita terputus tu dengan melekatkan dengan pita pelekat.

Hasilnya lagu kegemaran ayah akan kedengaran ‘Duhai dara sretttt jelita sretttt

Takut-takut aku dan along pun, the next time pasti kami akan buat lagi.

PS1: Selepas SPM kegilaan mengumpul kaset menggila seperti kaset Blue, O Town, Siti Nurhaliza, Aku dan Kenangan Vol 1, Hits Terbaik Indonesia, Soundtrack Ada Apa Dengan Cinta dan kerana meminati Maya Karin, aku berjaya mendapatkan album keduanya ‘Bukan Qalamanya’ di Summit Bukit Mertajam. hehehehe

PS2: Kaset dah tak dengar dah sekarang memandangkan semua lagu boleh diperolehi mudah di internet. Korang ada kumpul kaset tak?

Monday, June 06, 2011

Bila Lelaki Datang Bulan. Seriously Datang Bulan?

Sesekali menge-bowl, hilang stress kejap


Opp.Jangan salah sangka dulu. Bukan datang bulan macam orang perempuan.

In fact, bukan orang perempuan saja yang ada datang bulannya. Lelaki pun ada juga. Datang bulan disini membawa maksud, moody.

Sebenarnya banyak faktor menyumbang kepada keadaan begini. Aku, seorang lelaki, well melihat faktor ini dari pelbagai sisi sudut yang berbeza. Majoritinya lebih kepada tertekan. Tertekan dengan kerja, persekitaran, perhubungan cinta, rakan atau famili, demand yang mana lelaki sebagai breadwinner versus kehendak perkahwinan yang melambung tinggi (hahaha) dan banyak lagi.

Biasanya kami lelaki akan banyak mendiamkan diri bila berhadapan dengan moments of dread. Bila datangnya emosi tak menentu ini, lelaki kebanyakannya akan cuba mengimbang antara perasaan tak stabilnya dengan ego. Tetapi bila melibatkan lelaki, egonya akan selalu lebih tinggi dengan emosi.

Contohnya beginilah. Seorang isteri yang sangat concern pasal suaminya mendapat tahu satu pagi suaminya diam tak banyak bercakap. As a matter of fact yang perempuan-memang-dilahirkan-mempunyai-senses-membaca-fikiran-seseorang- hanya-melihat-melalui-air-muka, cuba bertanya kepada suami tercinta. Malang si isteri, sepatah di tanya, sepatah pulak dijawabnya. Jawab pula tu tak ikhlas membuatkan hati isteri tak selesa, sedih dan berfikir, mesti-aku-ada-buat-apa-apa.

Lelaki, jarang nak berkongsi masalah lebih-lebih melibatkan kerunsingan. Kebanyakan lebih suka settle sendiri, memikirkan strategi selain tak mahu diganggu isteri/teman wanita/kawan. Yes this ego-ing thing happening sebab ia adalah sebahagian daripada lelaki.

Daripada apa yang aku dengar dari slot motivasi pagi Dr Fadzilah Kamsah, ada beberapa cara nak mengorek rahsia lelaki, jika benar lelaki ada kerunsingan. Antara caranya adalah secara indirectly. Pikat hatinya dengan sesuatu yang dia gemari. Kalau isteri tu bolehlah masak makanan yang dia suka. Belikan something yang boleh makes him cheer up. Mungkin cubaan kali pertama tu gagal. Meaning dia takkan cakap buat kali pertama. Let it be. Keep on going the same thing dan bila moodnya dah betul-betul stabil, lelaki selalunya akan bercakap sendiri masalah nya tanpa dipinta.

Lelaki tak boleh dipaksa. Janganlah sekali kali sebabnya mereka akan mudah merasa tercabar.

Wanita ada kelebihan seperti air. Datangnya untuk menyejukkan. Datangnya untuk menyegarkan. Datangnya untuk menenangkan. Ego lelaki boleh mendadak turun dengan adanya kelebihan pada wanita ini. Dan buat lelaki (peringatan untuk diri sendiri juga), kita perlu melayan wanita dengan sebaiknya. Janganlah selalu menyakitkan wanita sebab mereka ini perlu dilindungi dan well, dikasihi:)

Friday, June 03, 2011

Popular? Datang Sendiri.

Teringat kat iklan ombak jahat.hahaha


Siapa tak mahu dikenali?

Ok depends pada orang juga. Tak semua gilakan kemsyuran sebabnya kemasyuran boleh membunuh.

Ini berkaitan dengan dunia berblogging. Aku sudah berblog hampir tiga tahun. Macam-macam karenah blogger aku jumpa, not personally in real life, tapi menerusi style penulisan, cara pemikiran, interaksi dengan pembaca dan lain-lain. Mana sempat, aku senaraikan:

1) Aku Ikut Engkau, Engkau Ikut Aku
Style ini yang paling ramai dalam dunia berblogging. In fact, masa aku mula-mula berblog dulu pun, aku terpengaruh dengan action timbal balas ni. Nota kaki: Setakat ni, tak pernah paksa orang lagi nak follow blog sendiri. Kita kena sedar. Semua orang ada hak nak follow blog mana yang dirasakan suka. Ada tu kadang-kadang tak sampai setahun blogging, followers dah jejak ribu. Serius, aku sangat kagum. Tapi dalam ribu-ribu tu, siapa saja yang benar-benar membaca blog kita? Yang ambil tahu apa yang kita tulis? Berapa ramai? Jangan follow, sekadar follow. Tapi ikutilah perkembangan. Teliti isi blog dan followlah kalau berminat. Itu lebih baik. Kuantiti followers tak penting, yang penting kualiti entry kita. Dah tu tujuan berblogging sebenarnya untuk apa? Nak kumpul followers ter-ramai ke?

2) Blog Aku, Aku Punya Sukalah
Pesen tak ambil peduli. Ambil gambar terkangkang ka, entry tak sesuai ke, penulis jenis ini tak peduli. Itu style dia. Laman blog dia adalah jajahan dia. Kau orang semua tak boleh masuk campur.

3) Bermaklumat
Jenis blog berinformasi. Kita dapat banyak maklumat dengan membaca blog ni.Jarang update, tapi bila sekali update memang entrynya gempak, bermanfaat, menghiburkan dan jarang menghampakan

4) Kaki Update
Pesen update selang tiga puluh minit. Sekejap sekejap kang update. Selalunya update tentang isu yang bakal keluar bulletin utama malam karang ataupun isu yang mungkin berkait dengan diri sendiri. Babe, kalau ya pun nak dapatkan page rank tinggi, tulislah entry bermaruah. Yang kau rasa proud untuk disiarkan. Aku pernah suka dengan satu page blog ni. Tapi disebabkan beliau kerap update. (Selang sejam sekali), momentum bacaan makin lama makin jatuh, plus beliau selalu pusing ganti isu yang sama. Writer’s block la tu.

5) Satu Hala
Jenis tak membalas komen. Actually ada banyak faktor seperti komen terlalu banyak (tak larat agaknya nak balas satu-satu..errr tapi kalau kau hargai pembaca kau, kau akan balas. At least ada komunikasi dua hala.Jadi pembaca taklah anggap sombong atau mereka sendiri merasa alienated) Ataupun memang penulis membiarkan pembacanya berkomen atas pemikiran depa sendiri. It depends.

Sebenarnya banyak lagi. Ada jenis yang berbulan-bulan tak update. Yang yang ‘hilang’ tetiba sebab mood berblogging dah tak ada. Et Cetera

Bagi aku, berblogging menuntut komitmen. Kena sentiasa ingat nawaitu sebenar berblogging. Blog bukan Facebook yang ‘orang ada blog, aku pun nak jugaklah’ Populariti? Ia akan menyusul kemudian. Kalau hensem, cantik senanglah nak famous. Tu kira bonus lah. Sentaiasalah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik buat pembaca. Hey, ada silent readers di luar sana yang mungkin sedang stalk kita sekarang.

PS1: Pernah dikomen oleh seorang blogger ketika menulis entry emo mengenai pengomen yang terdiri dari orang yang sama, setahun yang lepas. Komennya berbunyi ‘Ini first time saya datang sini dan apabila saya membaca entry ini, saya tak pasti samada saya nak follow atau tak blog kamu’. Depends sayang! Saya tak memaksa

PS2: Ini kali ke dua aku buang shoutbox disebabkan banyak spam dan iklan iklan perniagaan yang membuatkan aku geleng kepala. Ada juga tulis ‘I Follow You, You Follow Me’. Maaflah sangat-sangat kalau saya tak singgah dan follow blog kamu sebabnya kamu sendiri tak datang ke blog saya, komen entry saya. Sekali pun cukuplah. Aku bukan kemaruk komentator, tapi aku mahukan komunikasi. Ada respon atas apa yang aku tulis. Bukan semua yang aku tulis, kalian bersetuju kan?

PS3: Minta maaflah kalau ada blogger yang terasa dengan entry ini. Ini adalah observasi aku selama hampir tiga tahun berblogging. Selamat berjumaat!

Layan..


Wednesday, June 01, 2011

Geli Bercukur

Dua beradik aku yang turut ada simptom geli kat tengkuk. Family trails ke apa?hahahaha


Entry pertama June!

Antara satu perkara paling aku menggigil kegelian adalah bercukur.

Opss banyak benda nak kena cukur okay. Cukur disini membawa maksud bercukur selepas menggunting rambut.Spotnya di belakang tengkuk!

Ok aku tau tahulah aku saja atau lelaki-lelaki lain mengalami sindrom geli yang sama, belakang tengkuk merupakan antara bahagian sensitif. Ada sense, so bila disentuh terus rasa geli.

Tak tahulah bagaimana gamaknya bila bakal isteri membenamkan bibirnya disitu dan…

LOL!

Selain sensitive dengan sentuhan, bahagian tengkuk,(berdekatan dengan rambut yang selalu dicukur) juga mempunyai lapisan kulit yang agak tipis. Dua tiga kali pisau cukur mencukur kawasan itu, kulit automatic akan menjadi rengsa dan pedih.

Aku selesa mengguntimg rambut di kedai biasa dan bukan salon. Entahlah, mungkin tak rasi dengan salon agaknya sebab tak biasa selain aku rasalah potongan rambut akan jadi entah apa entah. Maaf persepsi bukan orang bandar.

Tapi satu yang nak kita alert dengan blade ni, sometimes barber tak ambil pusing dengan pisau cukur yang digunakan. Ia boleh merebakkan disease merbahaya. Hygiene apatah lagi. Kalau teringin nak digunting oleh barber, make sure dengan barber yang kita kenal atau dah biasa.

Baru syok nak menggayakan rambut untuk NAMPAK hensem. (senyum bangga)

PS1:Pernah dicukur dan hasilnya di tengkuk ada beberapa kesan luka. Serik aku nak pergi kedai tu lagi. Sudahnya seksa nak mandi.Pedih der!

PS2: Setiap kali cukur di tengkuk, fobia aku satu. Takut terpotong telinga.LOL

PS3: Ada sesetengah barber yang tukar ganti blade setiap kali nak melakukan proses cukuran. Soalan first yang ditanya 'ni side burn nak potong ke tak?'. Perghh gila nak potong?

PSP: Hari besar semalam sudah lepas. Lepas beban. Lega gila! Sempoi gila.ahahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR