Saturday, July 30, 2011

Biar Gambar Bercerita #5: Kasih

Tiada rupa, tanpa suara, tanpa bicara
Hati berdetik seribu bahasa,

Hendak dirayu, tiada tempatnya
Hendak menangis, tiada sebabnya

Sekelumit hatiku yang ada, entah apa tujuannya
Namun hatimu, Hatimu jua

Hati meronta meraung sepi
Disana kasih, disini simpati
Disana pergi, disini menanti

Walau langkahmu disisi, langkahku ketepi
Namun, setiap kegelapan malam akhirnya pasti menyinar pagi…

Thursday, July 28, 2011

Karat # 3: Asal Tengok Gua Se-mata?


Minggu lepas gua tak muncul. Ada rindu update gua tak?

Ni gara-gara tuan blog la. Asik update Harry Potter, gua sindir dia, lu dengan budak parut kat dahi tu dah macam kekasih. Ubi gua rasa tak mencoret kat blog lu ni barang sehari.Kui Kui Kui. Nama gua AL. Buat yang baru kenal dan tahu, tuan blog memberi izin pada gua untuk menulis, setiap Khamis apa-apa isu yang gua rasa, gua nak gebangkan.

Gasak la. Gua cakap hembus. Tuan blog paham gua.

Ok seperti yang gua janjikan, gua tetap tunaikan. Gua nak bercerita tentang pendidikan yang gua ada lama dulu. Gua ada sijil aje. Padan muka gua. Sekolah gua tak pandai mana. Jadi lepas SPM daripada gua merempit tak tentu hala, baik gua sambung belajar ambil sijil. Kimpal je. Tapi gua rasa macam nak mampos juga belajar.

Gua grad juga tak lama lepas gua hempas pulas.Nak dijadikan cerita, sebelah kolej gua, letaknya asrama sisiwi universiti. Enjoy tak enjoy la tengok budak-budak universiti comey-comey kuar pergi outing setiap Sabtu. Gua dengan kawan-kawan ushar baik la derr. Mana tau sangkut sorang. Maklumlah masa tu gua single.

Gua ada minat dengan sorang minah ni. Gua syak dia Chinese mix Melayu sebab mata dia kepit.Gebu pulak tu.Tapi lepas dua-tiga hari gua ushar dia, haram dia tak layan. Dulu gua ada Honda EX. Motor cabuk tu jadik saksi. Dia jeling gua macam gua ni bekas perogol pulak. Lagi-lagi lepas gua kuar dari kolej kemahiran gua.

Judgement dia buat gua rasa loser gila.

Seminggu lepas tu cuti semester. Gua fly lepas kelas Kimpal langsung tak jumpa Kay dan kawan-kawan lepak kangkang. Kacung gilabiawak sampai rumah dua jam. Mak gua membebel kata gua merempit macam Iblis. Walaupun bebelannya macam juruhebah radio lama, gua sayang mak gua. Gua peluk tubuh dia macam dah bertahun tak jumpa. Padahal gua baru balik pau duit Along, tiga minggu sebelum tu.

Mak gua kongsi cerita ceriti kampung. Gua sebagai anak yang taat, mendengar penuh hemah, walaupun kadang kala ada juga part yang gua nak menyampuk. Mak gua cerita pasal Amar, kawan sekelas gua yang sama hancusnya keputusan SPM sama sebijik macam gua. Dia masuk kemahiran tapi dah grad. Kebetulan nak meminang anak Cik T yang belajar degree di Universiti.

Gua tertarik kata-kata Cik T.

‘Anak aku tu lulusan U.Jadi hantarannya mesti macam budak U.Sesuai la.Barulah sepadan’

Tertarik gua disertai dengan hamun dan maki dalam hati.

Ada lagi style pandang harta macam ni? Di zaman ada Facebook, Twitter dan Blackberry ni ?Sial la, puiii!!!

Apa budak Universiti calon Cik T tu leh bagi sama dengan kehendak Cik T? Gua rasa lambakan graduan Universiti menganggur makin bertambah dari setahun ke setahun. Itu belum tengok beberapa pelajar yang handal teori tapi gagal di praktikal?

Oh Cik T, Cik T dah bagi impresi jahat gua pada Budak U. Maaf ya budak U. Gua nak bagi Cik T sedar walaupun last-last gua dengar Amar dah kahwin dengan budak tu. Siap hadiahkan bini dia MyV Pink Ladies lagi. Gua dah bayangkan Cik T mata bulat tu, bertambah bulat matanya. Gua syak, Amar leh jadi menantu kesayangan (Gua bayang Amar kena puji macam Syawal dalam Ahmad Albab, lepas dia jumpa harta karun Jin)

Moralnya, tak elok pandang rendah pada orang lain.Lagi-lagi nak letak label. Lu tak boleh suka-suka nak label siapa dia, baik ke dia, kaya ke tak dia. Buang masa. Baik lu selami hati dulu. Kenal pekerti dulu.

Minggu depan dah puasa. Gua nak elak mencarut lah. Kurang pahala puasa gua ! Minggu depan gak gua nak citer pasal sekelompok manusia ni. Sembahyang jumaat buat, Sembahyang lima waktu tinggal. Sunat buat yang wajib lu tinggal. Fahaman mana lu ikut ni?

Wednesday, July 27, 2011

Lelaki: Majalah, Cleanser, Suai Padan

Apa kejadah la tajuk entry harini.

Salah satu symptom orang kering idea, beginilah

Aku tak tahulah mentaliti seperti ini masih ada lagi ke tidak.
1) Lelaki yang baca majalah berkaitan dengan isu lelaki akan dicap (isilah yang sesuai), walhal wanita yang baca majalah berkaitan wanita tak ada apa-apa gelaran pulak
2) Lelaki tak payahla pakai cleanser. Kulit orang lelaki memang kena kasar dan masculine
3) Lelaki kena sarung apa saja yang difikir sesuai, sebab nature lelaki pakai hentam apa saja

Cukuplah tiga. Lelaki-lelaki sekalian, jangan melenting dulu. Rasionalnya ada di bawah.

Aku tahu perkara-perkara ini sudah didebat lama, tak pada wanita sendiri, tapi juga pada lelaki. Paling tak, ungkapan kerisauan selalu bermain di fikiran lelaki.

Alamak, macam perempuan lah pulak baca majalah
Alamak, macam perempuan lah pulak pakai pencuci muka
Lelaki, kena sarung aja apa yang ada


Sebagai lelaki, aku melihat perkara ini sebagai opsyen. Makna kata, lelaki ada pilihan untuk dibuat.FYI, aku pernah tanya beberapa kawan perempuan tentang lelaki idaman mereka and surprisingly, kebanyakan mahu yang pembersih (bukan style metroseksual apatah lagi harian metro.LOL)

Perempuan mana nak lelaki selekeh? Entah di pandang ke tidak. At least kemas. Sedap mata memandang. Kalau tak ada perfume pun, pakailah deoderan. Bau ketiak kita ni kadang-kadang macam radiasi jugak. Sekali duduk dalam komuter, tak ke hamisnya sampai ke belakang.

Begitu juga selepas kita ‘mencemar alam’ dengan Dunhill, Marlboro hatta Gudang Garam. Take some effort untuk sembur perfume, jadi bau tobacco tak adalah melekat kat hidung pasangan kita.

Begitu juga cleanser. Tak perluah ber toner, moisturizer semua. Pakai pencuci muka pun dah cukup. Sekali siang sekali malam. Kalau nampak bulu- bulu misai mula tumbuh-tumbuh manja, kalau terasa nak cukur, cukur elok-elok.

Menjadi lelaki sebenarnya agak beruntung sebab kita kalau nak bersiap, sekejap saja dah boleh. Kalau perempuan..agak..lamalah nak tunggu dia bersiap. Siap leh makan, mandi dan tidur semula !hehehehe

Jangan marah, perempuan. Makin marah, makin comel. :D

Tuesday, July 26, 2011

Beribu Sesalan


Semalam entry tentang kemaafan.
Harini entry tentang sesalan.

Ada suara nakal bertanya.

‘Kau okey ke bro ?’

Jawapan: Aku sangat okey. Entry tak ada kaitan dengan kestabilan emosi.

Mungkin lagu ni dah basi, tapi aku tetap nak buat sedikit ulasan.

Gabungan tiga artis wanita yang mempunyai pelbagai vokal range menjadikan lagu ‘Beribu Sesalan’ kedengaran indah.

Aku jarang mendengar kolaborasi lebih dari dua suara dalam satu lagu, lebih-lebih lagi dalam scene musik Malaysia. Ada tak ada pun lagu ‘Ada Cinta’ beberapa tahun lepas. Hadirnya Beribu Sesalan menjadikan lagu ini unik-dengan kolaborasi triple dan lirik yang menceritakan kekecewaan wanita yang dihamput cinta yang dah pergi meninggalkan. Beribu Sesalan mantap apabila dialunkan Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Manakala alunan Shila Hamzah tampak lebih lembut, sesuai dengan vokal beliau.

Shila Hamzah masa masuk Sinaran Pasport Kegemilangan, sangat comel ok !he he he.

Penceritaan dalam Beribu Sesalan simple. Kisah cinta yang akhirnya putus, menjauh lalu kecewa dengan janji dimungkiri lagi. Ini diperkukuh dengan lirik ‘Sia-sia ku mencintaimu, setia padamu, percayakanmu’. Lirik yang starughtforward dan mudah faham.

Overall, lagu ni pun kalau masuk katergori vokal terbaik dalam Anugerah Industri Muzik musim depan pun, ada harapan nak menang!


Tetiba tersama plak


PS: Dah semakin jarang tengok TV.Lagu ni dijadikan tema untuk cerita ke?

PS2: Semalam tonton Supermak.Nasha Aziz what a word??She's stunning!

Monday, July 25, 2011

Kemaafan Dendam Terindah


Eh. Macam tajuk lagu!

Ya! Kembali berupdate setelah menyibukkan diri dengan kerja yang sibuk. Sedar tak sedar, minggu depan dah masuk Ramadhan. Puasa di siang hari pada waktu bekerja seronok sebenarnya. Tak payah fikir pasal nak makan apa waktu tengah hari.

Berbalik dengan tajuk entry.

Kita semua pernah lakukan kesilapan. Mengguriskan hati dan perasaan orang lain.

Sampai waktu, takkan nak berdiam diri?

Pintalah kemaafan, walaupun kadang-kadang sebenarnya perit untuk dilakukan.

Yang penting kena ikhlas.

Memaafkan dan melupakan adalah satu perkara sukar, lebih lebih lagi perkara yang ingin di maafkan tu terlalu pahit untuk diterima

Memetik bait lirik Kemaafan Dendam Terindah:

Sekali ini aku rela, merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula..

Indah bukan ?

Thursday, July 21, 2011

Ringkas Sebab Nak Cepat

Macam lama tak update blog. Dan mungkin blog ni tak berupdate sampai minggu depan.

1) Orang kata, cintailah seseorang itu dengan sederhana. Tak perlulah berlebihan. Sekali kalau terluka, parah nak pulih semula. Betul juga, kan?

2) Isu blogger memanipulasi traffic. Sumpah aku tak sangka. Quite a hot talk juga sepanjang minggu ni. Aku bukanlah berbelas tahun berblogging pun. Ogos ni nak masuk tiga tahun. Aku tetap pentingkan kualiti entry. Tapi tak bermakna tak boleh tulis something yang ease,gonjeng, gedik-gedik atau kopipes dari site lain (dengan kredit kepada tuan asal). Hargailah pembaca yang spent masa sepuluh ke lima belas minit masa nak baca blog kau tu, ya

3) Bila berlaku satu perkara, langkah pertama pleaaaaseeee lah jangan kecoh tahap gavan! Selidik dulu pucuk pangkal barulah jatuhkan hukuman

4) AL, si penulis aka kawan baik akan kembali minggu depan. Mamat tu marah betul bila slotnya di ambil untuk aku menulis slot Harry Potter. Katanya ‘Lu dengan budak sihir tu dah macam ‘kekasih’. Si AL ni belum rasa kasut aku kat mulut dia gaknya.

5) Alhamdulilah, kerja semakin selesai. Kertas soalan dah siap. Skema dah siap. Jadual Penentu Ujian hampir siap—kesemuanya empat subjek. Harini buat Lawatan Latihan Industri selepas itu unplanned holiday. Aku bukan Robocop yang nak kena kerja saja

6) Iklan Yusof Taiyob dah kuar TV dan Radio. Puasa tak lama lagi! Serius tak sabar!

7) Makin lama berblog, rasa macam dah tak peduli dengan penurunan rank Alexis. Nak turun, turun lah labuuuuu

Align Center
Antara filem yang ditunggu-tunggu tahun depan! Nak tengok Anne Hathaway as Catwoman.Mesti cekci!hehehe

Monday, July 18, 2011

Magis Dunia Potter: Terakhir-Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2: Review


Ini adalah rebiu paling terkini selepas filem Cun!

Mungkin ramai blogger sudah membuat rebiu tentang filem blockbuster of the year ini.

Sebagai peminat tegar installment nukilan JK Rowling aku mampu katakan bahawa adaptasi arahan David Yates ini berada pada titik kepuasan paling maksimum.

Apa yang Yates lakukan, iaitu mengambil bahagian-bahagian penting di dalam siri terakhir ini menjadikan Harry Potter and the Deathly Hallows sebagai a proper goodbye of ten years filmmaking.
Dimulakan dengan Harry yang berteleku di hadapan kubur elf Dobby, misi trio ini adalah cuba untuk berbincang secara baik dengan Goblin Griphook tentang bagaimana cara untuk memecah masuk ke Bank Sihir Gringgots seterusnya ke bilik kebal Bellatrix Lestrange, untuk mendapatkan Horcrux Cawan Helga Hupplepuff. Asalnya, Goblin adalah makhluk yang sukar untuk memberi kerjasama.

Plot demi plot bergerak sangat pantas, ketika trio ini melepaskan naga bawah tanah Gringgots seterusnya membawa mereka ke Hogsmaede tempat bertemunya adik Albus Dumbledore , Abeforth yang lebih perengus tetapi baik hati sebelum peperangan besar Hogwarts.


Paling istimewanya, siri terakhir ini memaparkan segara rahsia yang selama ini kekal tersimpan seperti rahsia Snape samada baik atau jahat, kisah Grey Lady, perlindungan kubu Hogwarts dan juga pembentukan pecahan Horcrux secara tak sengaja yang terdapat dalam diri Harry Potter dimana dia mesti mati di tangan Lord Voldermort.

I must say that the music score directed by Alexandre Desplat antara yang terbaik selepas gubahan asal John Williams. Malahan, sebagai apresiasi siri ini berakhir, musik lakaran Williams diperdengarkan di akhir kredit filem. Begitu juga dengan teknik gerakan kamera Eduardo Serra yang sangat memberi jiwa kepada fantasi ini. Aku paling suka teknik gerakan kamera ketika dan selepas trio terjun dari naga yang melepasi sebuah tasik. Dramatik!


Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 menjanjikan sebuah kesimpulan pada dunia magis yang selama ini ditunggu tunggu oleh peminat siri ini. No more Harry Potter after this. No more spells and curse and magic object and so forth…

Goodbye Harry Potter


ps: Ada tak pihak Warner Bross nak adapt Tales of Beedle the Bard??hehehe

Thursday, July 14, 2011

Experliarmus: Harry Potter # 7: Deathly Hallows dan Peperangan Hogwarts


Ini bukan rebiu filem terakhir, bahagian ke dua Harry Potter and the Deathly Hallows.

Ini adalah kesinambungan daripada bahagian pertama hingga ke tujuh alkisah magis nukilan JK Rowling yang menyentak satu dua, fenomenanya.

Versi novel dimulakan dengan penguasaan Dark Lord di dalam Malfoy Manor (Rumah Besar Keluarga Malfoy) dimana Dark Lord berbincang dengan beberapa Death Eaternya tentang waktu Harry Potter dibawa keluar dari rumah makciknya. FYI, Harry perlu tinggal di rumah makciknya sehingga dia berusia tujuh belas tahun disebabkan di rumah itulah kubu yang paling selamat untuk didiami. Malam dimana Harry bertukar menjadi tujuh individu serupa (penangan Polijuice Potion), dia diserang hendap oleh beberapa Death Eaters sehingga menyebabkan Professor Mad Eye Moody dan burung hantu kesayangannya Hedwig mati terbunuh.

Harry dipindahkan ke rumah keluarga Weasley dimana bakal berlangsungnya majlis perkahwinan Bill Weasley dengan Fluer Delacour. Sebelum kejadian, trio ini didatangai oleh Menteri Sihir yang baru bernama Rufus Scrimgoer mewakilkan mendiang Albus Dumbledore tentang wasiat pengetua itu kepada Harry-Ron-Hermione. Untuk Harry, beliau dibekalkan dengan Snitch (bola emas bersayap, hasil tangkapan Quiddictnya yang pertama), untuk Ron dibekalkan pula Deluminator, alat pemetik api yang mampu menyedut cahaya dan bagi Hermione dibekalkan dengan salinan asal Tales of Beedle the Bard, buku dongeng kanak-kanak sihir, dengan tulisan kuno, dimana di dalam buku itu terkandung tiga objek Deathly Hallows iaitu Invisibility Cloak, Ressuraction Stone dan Elder Wand.

Perkawinan Bill dan Fluer dicemari dengan serangan para Death Eaters sehingga trio ini terpaksa melarikan diri dari satu kawasan ke satu kawasan, memburu sisa Horcrux yang ditinggalkan demi membunuh Lord Voldermort keji itu. Di dalam installment ke tujuh, Horcrux pertama yang didapatkan adalah loket asal Salazar Slytherine yang disimpan oleh keluarga Black, dicuri dari Mundungus Fletcher dan diambil oleh Dolores Umbridge.

Horcrux itu berjaya dimusnakan Ron dengan menggunakan Pedang Godric Griffindor. Pedang itu kemudian dibawa ke rumah keluarga Malfoy akibat trio ini ditangkap ‘Snatcher’-geng sekutu Lord Voldermort. Trio disoalsiasat Bellatrix Lestrange dan menyeksa Hermione sebelum Dobby si elf rumah membawa trio ini ghaib ke Shell Cottage, rumah Bill dan Fleur.


Dobby terbunuh dalam usaha ini menjadikan trio Harry Ron Hermione semakin bersemangat untuk memburu baki Horcrux. Malas nak ulas panjang-panjang takut dedah banyak-banyak. Tapi senarai berikut merupakan saki baki Horcrux yang bakal korang jumpa dalam versi filem. Apa yang aku tulis ni berdasarkan novel yang dibaca.

Horcrux: Cawan Helga Hupplepuff
Dimusnahkan Oleh: Hermione Granger
Alatan: Taring Basiliks

Horcrux: Mahkota Rowena Ravenclaw
Dimusnahkan Oleh: Vincent Crabbe
Alatan: Mantera Findefyre

Horcrux: Nagini
Dimusnahkan Oleh: Neville Longbottom
Alatan: Pedang Godric Griffindor

Horcrux: Harry Potter
Dimusnahkan Oleh: Voldermort
Alatan: Sumpahan Avada Kedavra

PS: Apabila Warner Bross mengumumkan Harry Potter and the Deathly Hallows akan dibahagikan kepada dua bahagian, ramai peminat bersetuju memandangkan banyak babak penting perlu ditunjukkan.

PS 1: Watak-watak yang tiada di bahagian 1 dikatakan banyak ditunjukkan dalam filem Deathly Hallows ke dua ini seperti Minerva Mc Gonaggal, Horace Slughorn, Severus Snape, Narcissa Malfoy, Lucius Malfoy, Aberfoth Dumbledore, Grindlewald

PS 2: Antara babak yang bakal dinantikan penonton adalah pertarungan Molly Weasley dengan Bellatrix Lestrange, peperangan Hogwarts, pertarungan Harry Potter dengan Voldermort dan babak 19 tahun kemudian ketika Trio Harry, Ron dan Hermione menghantar anak-anak mereka ke stesen King Cross

Selamat menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 dipawagam berdekatan anda!

Wednesday, July 13, 2011

Sectusempra: Harry Potter # 6: Kisah Si Putera dan Hikayat Horcrux


Macam tak percaya boleh tulis dari Bahagian 1 dimana Harry memulai tahun pertama di Hogwarts, Bahagian 2 yang penuh kejutan dari Dobby, Bahagian 3 dengan anasir Dementor, Bahagian 4 dengan kebangkitan Lord Voldermort dan ke 5 tentang kawalan Kementerian Sihir terhadap pemberontakan kecil Dumbledore’s Army.

Bahagian 6 bersambung tatkala seluruh dunia sihir dilimpahi kabus akibat Dementor dan para pengikut setia Lord Voldermort yang dipanggil Death Eaters menculik dan membunuh beberapa orang. Antara orang penting yang diculik Death Eater adalah Olivander, si pembuat tongkat sihir, dimana Lord Voldermort sendiri mahu mengetahui rahsia tentang mengapa tongkatnya dengan tongkat sihir Potter tak berfungsi (rujuk Bahagian 4)

Installment ke enam ini dimulakan dengan perjanjian keluarga Black diantara Narcissa Malfoy dengan Severus Snape tentang kesetiaan Snape kepada Dark Lord selain permintaan Narcissa yang inginkan Snape melindungi anaknya, Draco ketika melaksanakan misi berat iaitu membunuh Albus Dumbledore. Melalui tongkat sihir Bellatrix yang datang bersama-sama dengan adiknya, mereka bertiga melaksanakan The Unbreakable Vows. (Aku sangat suka lakonan Helena Bonham Carter ketika melafazkan taat setia Severus Snape: ‘He’ll do his best effort’)

Di Hogwarts, Harry dan Ron dikehendaki memasuki kelas Posyen (yang dulunya di ajar oleh Severus Snape) tetapi kali ini di ajar oleh bekas guru Horace Slughorn, seorang guru yang gemar mencari pelajar berbakat lalu dijadikan Teacher’s Pet, diundang dalam majlis makan-makan anjuran beliau. Harry yang merupakan pelajar paling bengap dalam posyen, tiba-tiba menjadi pujaan Sloghorn akibat kepandaian Harry dalam mata pelajaran itu. Slughorn menganggap kepandaian Harry dalam Posyen diwarisi oleh Ibunya, Lily Potter, walhal semuanya berpunca dari buku Posyen kepunyaan Half Blood Prince!

Dari buku itu, dia mempelajari pelbagai sumpahan sehinggalah satu sumpahan yang sangat asing, yang tak pernah dipelajarinya, dipraktikkan ke atas Draco Malfoy. Kejadian ini menyebabkan guru pasukan Slytherine (Malfoy berada dalam kumpulan itu) Severus Snape mengesyaki sesuatu yang tak kena. Dalam pada yang sama, Albus Dumbledore mengadakan kelas istimewa kepada Potter. Kelas dimana Dumbledore menunjukkan tentang masa lampau Dark Lord, dengan menggunakan alatan yang dinamakan Pensive. Pensive adalah alatan magic dimana ia mampu membaca ingatan lampau seseorang.

Dark Lord, dikenali sebagai Tom Riddle adalah anak yatim hasil hubungan ibunya Merope Gaunt, anak kepada Marvolo Gaunt (seorang keturunan sihir) dengan orang biasa yang bernama Tom. Tom ini sangatlah kacak orangnya sehinggakan Merope sanggup memberi ubat pengasih kepada Tom sehingga Tom jatuh cinta kepadanya. Sampai masa hendak bersalin, Merope memberitahu Tom perkara sebenar. Tom merasa tertipu lalu meninggalkan Merope yang akhirnya mati ketika melahirkan bayinya.

Tom Riddle mempunyai kepelikkan mengumpul objek-objek yang dicuri dan apabila dia mendapat tahu dia seorang ahli sihir yang mempunyai kelebihan luar biasa, dia menggunakan kelebihan yang ada selain menjadi pujaan di Hogwarts, sama seperti mendiang bapanya. Dia membunuh datuk sendiri untuk memiliki cincin pusaka keluarga Gaunt dan bercadang untuk membuat Horcrux keatasnya.

Oh..Horcrux? Horcrux adalah satu praktis memecahkan roh kepada bahagian-bahagian tertentu dan ianya adalah satu sihir paling keji selain membunuh. Horcrux roh akan dipecahkan seandainya satu pembunuhan telah berlaku. Tom Riddle berbuat demikian kerana ingin hidup kekal abadi, walaupun tubuhnya sudah tiada lagi. Lalu, dengan menanyakan hal itu kepada cikgu kegemarannya Horace Slughorn, dia berjaya memecahkan rohnya kepada tujuh bahagian.

Masih ingat dengan Diari Riddle? Diari yang ditusuk dengan taring Basiliks? Ya. Diari itu adalah sebahagian daripada Horcrux Tom Riddle. Horcrux lain yang didedahkan dalam buku ke enam ini adalah Cincin Marvolo Gaunt, Loket Salazar Slytherine (yang palsunya diletakkan jauh ke dalam Gua) selain cawan Helga Hupplepuff yang disimpan oleh pengumpul barangan antik bernama Hepzibah Smith, seorang wanita separa usia yang sentiasa kesunyian.

Hogwarts yang semakin terancam, diburukkan dengan Draco yang berjaya menyeludup beberapa Death Eater ke dalam istana kota itu sebelum Draco sendiri teragak-agak membunuh Dumbledore. Walaubagaimanapun, peristiwa di Menara Astronomi itu menjadi titik hitam tatkala Severus Snape sendiri membunuh Dumbledore dengan Killing Curse sebelum mendedahkan beliaulah pemilik asal buku Half Blood Prince!

PS1: Versi filem diarahkan oleh David Yates dan pengamatan pertama menonton di hari pertama di Jusco Bukit Raja sangatlah menghampakan. Banyak babak menarik dipotong begitu saja

PS2: Penampilan pertama Narcissa Malfoy (Helen Mc Crory) hanya berdurasi 10 minit

PS3: Babak terakhir filem ini sangatlah menghampakan berbanding gambarannya di dalam buku

PS4: Sangat suka watak Levender Brown versi filem.Sifat gewdix nya terserlah

Bersambung ke Bahagian Terakhir: Peperangan Hogwarts

Tuesday, July 12, 2011

Maki dan Hamun


Bila terasa sabar dah over the limit, manusia kebanyakannya akan menyumpah seranah.

We all do that things eventhough kita kadang-kadang malu nak mengaku pada khalayak.

Orang honk dari arah belakang suruh cepat, kita yang dalam keadaan kelam kelibut akan maki balik, sambil hidupkan signal suruh motong.

Barang tetiba buat hal. Maki barang tu macam lah barang tu boleh jawab semula.

Bercakap pasal maki barang, I’ve been cursing my Acer Aspire since laptop ni ada masalah white screen. Skrinnya tiba-tiba putih melepak (aku rasa dah banyak kali aku update pasal kedajalan Acer ni.Dajal-dajal pun aku sayang sebab banyak dah jasa dia dengan aku, and I’m not the one who are having a lot of money and easily said aku ganti lappy baru)

I’m just a well to do people, makan gaji yang terpaksa catu itu ini untuk dapatkan few things yang berbaloi. Jadi bila bercakap, aku masih berpijak di bumi nyata.

But the funny thing was, aku maki pada benda yang tak boleh melawan balik. Ia tak memberi kepuasan. Sungguh! Sebab once kita curse the ‘F’ word, per say, perkataan itu akan berlalu macam ditiup angin, sedangkan barang makin rosak, makin jahanam.

Aku bukanlah seperti orang yang lekas cool bila berlaku satu disaster melibatkan barang yang dibeli mahal. Tapi apa aku boleh buat hanyalah beristighfar banyak-banyak. Reduce sikit stress. Rendahkan sikit tekanan darah because darah pun naik kalau asyik marah saja, kan?

Maki seperti meluahkan rasa marah atas apa yang kita rasa tak sampai diluahkan secara sopan berhemah. Tak puas hati kita selalunya akan maki.

Hey semua orang pernah buat lah! Setuju tak?

Orang tak follow blog kita pun kita maki. Eh?!hahahahaha

Monday, July 11, 2011

Protego: Harry Potter # 5: Kemunculan Bellatrix dan Ramalan yang Hilang

The paiseh hantu one.Trouble maker:)


Bertemu lagi kita pada satu edisi istimewa Harry Potter. Terima kasih kerana membaca empat bahagian sebelum ini.

Misi Harry Potter dan kawan-kawan diteruskan dengan tahun ke limanya di Hogwarts, sekolah sihir untuk ahli sihir dan bukan sihir yang berbakat. Installment ke lima ini turut memaparkan perkaitan budak lelaki ini dengan musuh utamanya yang hidup semula, Lord Voldermort. Harry boleh membaca fikiran Voldermort lalu memperjelas mengapa pengetua Hogwarts, Albus Dumbledore enggan mengambil tahu (tetapi dalam masa yang sama menyuruh guru Severus Snape mengajar Harry kemahiran Oklumensi, satu kemahiran magic supaya Voldermort tidak boleh mempengaruhi pemikiran)

Buat kali pertamanya, untuk installment kali ini, pengetua Hogwarts diketuai oleh pengetua wanita bernama Dolores Jane Umbridge, berbadan dempak, berkaki pendek bersuara nyaring dengan baju sejuk warna pink yang sangat hodoh. Umbridge menggntikan Dumbledore kerana merasakan kurikulum Hogwarts sangat bercanggah dengan kehendak Kementerian Sihir

Dolores lebih bersifat kuku besi, cuba menerapkan kemahiran teori dalam subjek Defense Against the Dark Art selain cuba mematternkan ketidakwujudan Dark Lord yang semakin berleluasa di dunia magic. Ini membangkitkan rasa berontak pada diri Harry, Ron dan Hermione lalu menubuhkan Dumbledore’s Army, dengan Harry melatih beberapa rakannya secara rahsia di dalam Requirement Room.

Walaubagaimanapun, kelas sulit itu dapat dihidu oleh Umbridge (akibat menyoal siasat beberapa pelajar, termasuk Dumbledore’s Army dengan menggunakan Verita Serum, posyen bercakap benar) sebelum kebijaksanaan Hermione memerangkap Umbridge ke hutan kemudiannya diculik Centuar (makhluk berkepala manusia, berbadan kuda)

Harry mendapat bayangan bahawa ayah angkatnya Sirius Black ditawan oleh Voldermort dan tanpa berfikir panjang beliau dan rakannya menuju ke Kementerian Sihir-Jabatan Misteri (tempat Sirius di tawan) dengan menggunakan Thesteral (Makhluk berbadan kuda, bersayap dan hanya boleh dilihat oleh mereka yang pernah melihat kematian; Harry pernah melihat kematian di depan matanya—iaitu kematian Cedric Diggory)

Menerusi filem ke lima yang pertama kalinya di arahkan oleh David Yates, nuansa baru diberikan oleh pengarah ini dengan menampilkan Rumah Keluarga Black yang dijadikan Markas Order of the Pheonix selain susur galur keluarga Black. Sirius Black bersepupu dengan tiga saudara perempuan iaitu Andromeda, Bellatrix dan Narcissa. Andromeda berkahwin dengan orang biasa (muggle) bernama Ted Tonks lalu mendapat Nymphdora Tonks. Bellatrix yang lebih ekstrim dan pengikut Dark Lord yang setia berkahwin dengan Rodulphus Lestrange sebelum dipenjarakan di Azkaban kerana menyeksa keluarga Longbottom (mak ayah kepada Neville, sehingga keduanya terpaksa di rawat di Hospital St Mungo)

Narcissa berkahwin dengan Lucius Malfoy dan mempunyai anak Draco, juga merupakan musuh ketat Harry dan kawan-kawan. Tindakan Narcissa di akhir perjuangan Potter dan rakan-rakan menyebabkan aku suka dengan karakter ini!

Harry dan rakannya yang sudah tiba di Bilik Tilikan, Jabatan Misteri sekali lagi bingung dengan ketiadaan Sirius Black disitu. Lebih memeranjatkan beberapa pengikut setia Voldermort termasuk Bellatrix dan Lucius tertawa pabila umpan mereka mengena. Mereka ke situ semata-mata mahukan tilikan (prophercy) tentang takdir Harry yang dikatakan mampu membunuh Dark Lord.

Pertempuran kecil terjadi antara pengikut Voldermort dengan Dumbledore’s Army sehingga menyebabkan tilikan itu secara tak sengaja terpecah dan kerakusan Bellatrix Lestrange membunuh sepupunya sendiri. Kejadian di Kementerian itu akhirnya dapat menyedarkan Menteri Sihir, Cornellius Fudge bahawa Dark Lord memang sudah kembali berkuasa!

PS1: Buku ke 5 Rowling ini mendapat beberapa kritikan akibat plot yang bertindih-tindih selain terlalu banyak untuk dihuraikan. Paling penulis ingati adalah bab ‘A Voice Behind a Veil’ dan kemana hilanganya jasad Sirius Black setelah lesap di tirai itu

PS2: Di dalam buku, Harry begitu marah akibat kawan-kawannya langsung tidak mengirim berita kepadanya tetapi babak itu tak dipanjangkan di dalam filem

PS3: Ron dan Hermione dilantik menjadi pengawas dan mereka sepatutnya duduk di gerabak lain dalam keretapi Hogwarts, tetapi tidak di dalam filem

PS4: Pelakon Helen Mc Crory dipilih untuk watak psiko Bellatrix Lestrange tetapi terpaksa menarik diri ekoran hamil lalu digantikan dengan Academy Award Nominee: Helena Bonham Carter. Mc Crory ditawarkan watak Narcissa Malfoy untuk filem ke 6 dan ke 7 menggantikan pelakon asal yang ditawarkan Naomi Watts.

PS5: Watak elf rumah bernama Kreacher ditonjolkan di dalam filem ke lima ini selain pemaparan Kementerian Sihir

Friday, July 08, 2011

Reducto: Harry Potter # 4: Juara Ahli Sihir dan Adaptasi Paling Buruk


Terima kasih kerana membaca slot ke dua KARAT semalam. Al happy gila tengok komen2 korang. Klik sini untuk membaca.

Aku membaca buku ke empat dan menonton air tangan Mike Newell untuk filemnya. Love the book, hate the movie so much.

Goblet of Fire menjadikan adaptasi siri Potter sebagai paling buruk, mengikut pandangan peribadi. Kenapa aku cakap macam tu?

1) Tiada langsung babak perjuangan Hermione dalam usahanya membebaskan House Elf lebih lebih lagi selepas Elf kepunyaan Barty Crouch disoal siasat kerana tuannya (anak kepada Barty) memancarkan Dark Mark di majlis Quiddict (sukan ahli sihir) World Cup
2) Professor Dumbledore sangat marah pabila nama Harry tercampak keluar dari dalam Goblet of Fire (versi filem) tapi versi novel, Dumbledore kelihatan sangat cool dan calm
3) Buku GOF ni patut dibuat dua part!hahaha

Harry meneruskan saki baki perjuangan magis bersama dua rakannya Ron dan Hermione pada tahun ke empat mereka dengan kejutan pertandingan Triwizard Tournament bakal diadakan di Hogwarts. Wira dari dua sekolah (Beauxbattons Academy dan Drumstrang) telah dipilih iaitu Fleur Delacour dan Viktor Krum. Wakil Hogwarts diwakili bonbon Cedric Diggory

Plot diperkuatkan lagi pabila nama Harry secara sengaja dimasukkan ke dalam Goblet of Fire secara tak langsung menjadi Wira termuda dalam pertandingan itu. Bantahan dibuat dari dua pengetua Madame Maxime dan Igor Karkarof. Tetapi, penganjur Barty Crouch menyatakan, tiada jalan berundur jika nama terpilih dari Goblet of Fire.

Dalam keterpaksaan Harry terpaksa memikul tugas besar lebih-lebih lagi rakan Hogwartsnya terutama Ron menyangka Harry sendiri memasukkan namanya ke dalam piala itu. Bagaimana dia melawan dengan naga, kisah sensasinya yang dipanaskan oleh wartawan mulut lancang Rita Skeeter, kisah cinta tak kesampaian dengan Cho Chang, bergelut dengan masyarakat ikan duyung di dalam Black Lake mahupun tugasan terakhir di dalam Maize dimana dia dan Cedric dengan secara tak sengaja menyentuh Triwizard Cup lalu membawa ke lembah gelap, tanah perkuburan keluarga Riddle, dimana segala keganasan Dark Lord kembali bermula.

Tujuan si penjahat memasukkan nama Harry dalam Goblet of Fire adalah untuk menghidupkan semula Dark Lord, dengan tiga syarat dipenuhi iaitu mengambil tulang dari kubur ayah, Korban dari pengikut setia (Si tikus celaka Peter Petegrew yang sudah bertukar menjadi manusia, menghidupkan semula Dark Lord) dan titisan darah dari musuh ketat (in this case darah Harry)---Dark Lord hidup dengan kepala botak, mata seperti kucing dengan hidung hanya ada dua lubang yang sangat kecil. Tongkat saktinya diserahkan lalu berlakulah fight antara Harry dan Dark Lord selepas tongkat sakti panjahat itu membunuh Cedric Diggory.

Tidak menyedari hal sebenar, kedua Harry dan Voldermort tersentap pabila dua kuasa tongkat sakti ini bertembung lalu menyerlahkan rahsianya (tidak ditunjukkan di dalam filem) dimana tongkat sakti Harry dan Voldermort berkongsi teras yang sama iaitu dari ekor burung pheonix menjadikan tongkat itu tidak berfungsi, jika dilawankan bersama.

Bersambung ke Bahagian 5 : Kemunculan Bellatrix dan Ramalan yang Hilang

Thursday, July 07, 2011

Karat # 2: Cakap Lebat


Ada rindu carutan gua tak? (Gua siapkan seminggu awal tulisan ni)

Macam biasa limit gua sehelai muka surat, gua cuba manfaatkan.

Harini gua nak gebang pasal satu lagi perangai ubi jilaka pada marhaen yang suka cakap lebat, dalam erti kata lain ‘cakap besar’

Gua tahu mereka-mereka ni saja nak up diri sendiri. Nak tunjuk konon-konon hebat. Apa orang ada, lu pun nak ada. Arghh macam jilaka lu tau tak, meng-ada-adakan benda yang takda. Gua rasa marhaen jenis ni memang tahap loser gila, layak kita jolok dengan mop lantai berbulu dreadlocks tu!

Gua ada kawan jenis ni. Ah sial lah. Bukan kawan gua pun. Kawan si Kay. Asal datang tumpang tidur rumah gua, tak bawak ubat ketiak. Ubat ketiak si Kay jugak dirembat. Padan muka lu Kay. Kalau dia cuba pinjam gua punya, gua sumbat dulu mulut dia dengan ubat gegat sebelum gua humban dia dari tingkat tiga rumah gua. Gua anggap kawan Kay tu macam liability yang langsung tak bagi hasil! Sengal la lu. Kata lu kaya sangat. Ubat ketiak pun nak subsidi?

Bila bercakap, tak nak kalah! Abang dia ada bisnes dalam kapal dagang di Selatan tanah air. Kalau melancong nak ke over the hell sea saja. Tak main local! Gua malas nak tanya lebih-lebih. Gua tengok Kay nampak macam berminat. Gua rasa, Kay terpaksa layan kawan dia yang nampak excited tiapkali Kay tanya abang dia kerja apa.

Peliknya, tiap-tiap bulan bila tabung kerajaan dah habis, gua tak pernah nampak mamat cakap lebat tu belanja si Kay. Kay tuang-tuang megi goreng stok kat rumah lagi adalah. Gua kadang nak sound tepek jugak. ‘Aik kata lu kaya. Stail borak nak U, I tapi megi pun lu kongsi?’

Satu lagi gua heran dengan Kay. Macam dah tak ada orang lain nak dibuat kawan. Mamat cakap lebat tu jugak diusungnya kesana sini. Gua takdelah kata gua ni baik gilabiawak tapi kalau kita dah tahu satu benda tu dah busuk, buat apa lu simpan? Lu gali tanah. Lu kambus.

Jangan baik sangat kalau ada orang yang dah buat taik dengan lu. Lu marhaen sama macam gua. Masing-masing ada perasaan. Kalau lu rasa cakap lebat dia dah keterlaluan, suruh dia tunjuk bukti.Tepek dekat dahi.

Gua kalau selagi tak jumpa bukti cakap lebat dia tu, sampai mampus gua tak percaya!

Gua rasa kalau korang nak buat ulasan sikit pasal perkara ni diblog korang, gua galakkan. Tinggalkan link sebab gua nak tengok jugak pandangan korang. Kalau korang rajinlah, gua tak paksa.

Minggu Depan: Gua nak ulas marhaen yang kuat label kata budak cikai macam gua yang ada sijil kemahiran, belajar tak pandai tak boleh berjaya dalam hidup. Yang boleh berjaya cuma budak-budak universiti. Sial apa kenyataan ni?! Gua menyirap bandung, lu tau?! Sapa tentukan kejayaan seseorang? Hah! Jawab la!! !!

Wednesday, July 06, 2011

Expecto Patronum: Harry Potter # 3: Kisah Black, Patronus dan Pengkhianatan


Bertemu kita sekali lagi. Terima kasih kerana kesudian kalian membaca Bahagian Satu dan Bahagian Dua. Mari selongkar pula ke Bahagian 3.

Apabila tampuk pengarahan bertukar ke tangan Alfonso Cuaron, minat untuk menonton installment ke tiga ini agak berkurangan berbanding dua filem ditangani oleh Chris Columbus. Walauapapun, satu perkara yang aku suka tentang adaptasi magis ke tiga ini. Warna filemnya sedikit gelap dan perkembangan watak yang sangat matang, bersesuaian dengan usia peranan Harry, Ron dan Hermione.

Installment ke tiga dimulakan dengan amukan Harry apabila makciknya, Marge menuduh bapa Harry, James Potter sebagai lelaki tak bertanggungjawab dan meninggalkan Harry sebagai beban kepada adiknya Vernon juga isteri Petunia Dursley. Secara tak sengaja, Harry ‘menggembungkan’ makciknya pada satu malam lalu bertindak dengan melarikan diri dari Private Drive, Little Winging, Surrey. Malam itu juga dia terlihat seekor anjing hitam besar sebelum kedatangan Bas Knight—berbentuk seperti double decker, kemudian membawa Harry ke Diagon Alley, penempatan magic untuk pengamal magic.

Plot Prisoner of Azkaban berkembang dengan sangat baik dimana pembaca didedahkan dengan si bijak Hermione Granger yang akhirnya mempunyai haiwan peliharaan iaitu seekor kucing berbulu oren, bermuka kemek bernama Crokshanks dan kerap mengejar tikus garble kepunyaan Ron Weasley yang bernama Scarbers, tikus milik abangnya Percy dan sudah tinggal lama dalam keluarga Weasley. Dek kerana ini, mereka berdua kerap bertekak.

Khabar bertiup kencang selepas banduan dari penjara sihir, Azkaban bernama Sirius Black terlepas dan ingin memburu Harry Potter kerana didakwa banduan itu masih berdedam dengan Harry atas kekalahan tuannya, Lord Voldermort semasa budak lelaki itu masih kecil. Black turut didakwa sebagai orang kanan Lord Voldermort kerana mengamuk di malam kematian Lord sehingga sanggup membunuh beberapa orang awam, sehinggalah dimasukkan ke penjara Azkaban.

In addition, kembara Harry di Hogwarts semakin menerujakan apabila diajar oleh guru baru bagi subjek Defense Agains the Dark Art (Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam), bernama Remus Lupin. Ada satu momen yang paling aku suka di dalam buku Prisoner ini. Momen itu menceritakan bagaimana Hermione Granger, si bijak pandai terpaksa menempuhi halangan denai-denai kecil, di dalam kelas, untuk peperiksaan praktikal subjek ini.

Kesemua dilaluinya dengan berjaya, baik makhluk penyamar Gryindylow mahupun penyesat bernama Kappa. Namun, apabila gadis itu memasuki bonggol kayu untuk bertarung dengan Boggart (Boggart adalah sejenis haiwan perosak dimana biasa bersembunyi di tempat gelap. Menariknya, Boggart akan dapat mengetahui apakah ketakutan kita. Kalau kata kita takutkan langsuir, Boggart akan menjelma menjadi langsuir mengilai-ngilai dihadapan kita.LOL). Dalam ujian Boggart itu, Hermione keluar dari bonggol kayu dengan muka hampir menangis.

Ditanya mengapa perkara itu terjadi, dia menjawab dengan wajah yang sangat sedih dan takut, katanya Professor Mc Gonaggal memberitahu bahawa dia gagal dalam semua subjek yang diambil di Hogwarts!! ROFL! (Boggart Hermione bertukar menjadi Prof McGonaggal)

Sehinggalah Harry mempelajari bahawa Remus Lupin merupakan rakan baik ayahnya, James dan juga Sirius! Ini menyebabkan Harry berdendam dengan Sirius kerana menganggap kematian ibu bapanya adalah berpunca dari maklumat lelaki itu kepada Dark Lord!

Installment ke tiga ini banyak bermain dengan masa, lebih-lebih lagi ketika Hermonie mendapat Time Turner yang mampu mengembalikan masa beberapa jam yang tertinggal dan disinilah Harry mendapat tahu bahawa Sirius Black bukanlah pengkhianat yang sebenar.

1) James Potter dan Sirius Black merupakan kawan baik di Hogwarts. Mereka turut disertai oleh Remus Lupin, pelajar yang sentiasa sakit (kerana Remus boleh bertukar menjadi serigala jadian. Dan kerana demi persahabatan, James dan Sirius mempelajari teknik animagus—teknik seorang ahli sihir mampu bertukar menjadi haiwan). Trio ini ditambah dengan Peter Petegrew, si lembam yang takut-takut berani malah sanggup mengkhianati persahabatan mereka! Peter yang boleh bertukar menjadi tikus, adalah haiwan peliharaan keluarga Weasley selama beberapa tahun.

2) Dalam installment ini juga, Harry diajar bagaimana untuk menghasilkan Patronus, perlindungan kepada Demantor (makhluk berjubah yang mengawal Azkaban) dan Patronus Harry berbentuk seekor rusa jantan.

Bersambung ke Bahagian Empat: Juara Ahli Sihir dan Adaptasi Paling Buruk

PS: Jangan lupa slot KARAT esok:) Bolehlah aku berehat kejap:P

Tuesday, July 05, 2011

Peram: Cantik Tapi Tak Molek


Mungkin entry yang bakal korang baca ni pernah dibaca di mana-mana medium atau mungkin pernah jadi pada diri sendiri.

Jujur aku katakan, aku tersangat pantang dengan manusia bersikap biadap atau dengan kata lain kurang ajar.

Lebih-lebih kalau perasan diri tu cantik/hensem semua orang dia nak pandang rendah. Macam dia saja yang bagus, jadi tak perlu terima pandangan orang lain. Terma biadap ni ada macam-macam jenis:
1) Cikgu cakap kat depan, dia sibuk berborak dekat belakang. Langsung tak hormat!
2) Bila bersoal jawab atau diminta beri pendapat, buat muka, siap jeling
3) Nasihat tak mahu terima. Macam dia sorang betul saja
4) Ah malas la nak list down. Menyakitkan hati aku saja.

Kau orang pun pernah nampak banyak kan? See a lot of examples! Sindri mau ingat derr!

Muka cantik/hensem, otak kosong perangai biadap, takde guna! Betui dak? (stail Kedah-Juvana)muehehehehe

Bagi aku cantik tu datang dengan pakej seperti hormat orang tua, bersopan, cakap penuh hemah, sentiasa memandang orang lain dengan persepsi baik, kawal perangai dan macam-macam lagilah. Bila dah berlaku perkara biadap, secara tak langsung, mak bapak juga yang dipersalahkan-walaupun-hampir-kesemua-kes-didikan-dari-ibu-bapa-adalah-perkara-pertama-yang-perlu-diambil-kira.

Namun, bagaimana kalau mak ayah sudah mendidik dengan baik, tapi anak tu sendiri yang berperangai seperti syaithon-nirrojim?

Perlukah, terma lututku di pipimu atau kasutku di mulutmu??? LOL

Tepuk dada, dada sakit:)

PS: Tak sempat nak berblogwalking.Bulan sibuk sudah bermula

PS2: Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan sekelas, Saimah Hamid dengan Pasangan Mohd Zahril semoga berkekalan hingga akhir hayat. Minta maaf sangat2 tak dapat datang majlis 2hb Julai di Batu Kurau (aku ada Majlis Konvokesyen) dan 9 Julai di Ipoh (aku terlibat dengan program Sukan Rakyat). Untuk dua minggu mendatang pula, program Kemahiran Insaniah UiTM. Minta maaf sangat2 ya:)Justify Full

Monday, July 04, 2011

Alohamora: Harry Potter # 2: Dobby Yang Cute, Darah Tulen dan Bilik Rahsia


Bersambung dari bahagian pertama minggu lepas.

Trio protagonist ciptaan JK Rowling ini meneruskan kembara mereka di tahun ke dua Hogwarts, dimana menerusi filem dan novelnya penuh dengan cabaran (Pengarah Chris Columbus mengekalkan 90 peratus jalan cerita mahupun lakon layar)

Dimulakan di rumah pakciknya, Harry terasa tertekan disebabkan tidak memperolehi surat-surat dari dua kawan baiknya, Ron dan Hermione. Tensionlah sebab selain mereka berdua, Harry dah menganggap Hogwarts seperti rumahnya. Memang ada plan dia nak lari, tapi Hagrid (penjaga mergastua Hogwarts, yang baik dengan trio ini) selalu berpesan supaya tidak berbuat demikian.

Sehinggalah kehadiran seekor House Elf bernama Dobby yang datang hormat dan memberi amaran ‘Harry Potter Must Not Come Back To Hogwarts’. Rupanya semua surat dah disimpan Dobby. Malah surat Hogwarts pun disorokkan juga. Sehinggalah Harry dengan tak sengaja (actually memang kerja Dobby pun) menumpahkan kek di atas kepala client Pakciknya, Vernon pada satu majlis makan malam. Kecewa dan malu, Vernon mengurung Harry di dalam biliknya sehinggalah kehadiran kereta terbang milik keluarga Weasley untuk menyelamatkan Harry.

Installment ke dua ini memfokuskan kepada darah keturunan magic dimana pada asalnya magic hanya layak dipelajari oleh golongan Darah Tulen (Pure Blood) sahaja dan bukan Campur (salah seorang ibu bapa rakyat biasa) ataupun Darah Lumpur (Mud Blood- merujuk kepada rakyat biasa). Prinsip ini datangnya dari Salazar Slytherine, pengasas rumah pasukan Slytherine.

Kebolehan Harry bercakap dalam bahasa Parsletounge (bahasa Ular) bukanlah satu anugerah yang boleh dibanggakan. Bahasa ini hanyalah layak dipertuturkan oleh darah tulen, berketurunan Salazar Slytherine sahaja. Ia adalah satu dark magic. Walaubagaimanapun, kebolehan ini akhirnya merungkai misteri beberapa pelajar yang ditemui kaku dan kelibat ular gergasi yang menghantui Hogwarts.

Ular gergasi bernama Basiliks ini adalah raksasa kebangaaan Salazar Slytherine yang disembunyikan di Chamber of Secret dimana hanya keturunannya sahaja yang boleh membuka Chamber itu (dibuka dengan kemahiran berbahasa Parsletounge). Installment ke dua ini turut membongkar salah satu Horcrux Voldermort iaitu Diari Tom Marvollo Riddle. Diari ini diselinapkan oleh Lucious Malfoy (ayah kepada Draco Malfoy) ke dalam barang sekolah Ginny Weasley (adik kepada Ron)

Diari itu dimusnahkan dengan taring Basiliks dan bayangan remaja Voldermort hilang buat seketika.

Ada dua versi filem yang berbeza untuk installment ke dua ini iaitu ketika pemburuan keluarga Weasley memusnahkan Gnome (haiwan perosak laman rumah-berbentuk seperti sebiji kentang) dan ketika Trio ini menyiasat kewujudan raksasa kuno, Basiliks di Chamber of Secret

Bersambung ke Bahagian 3: Kisah Black, Patronus dan Pengkhianatan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR