Tuesday, November 29, 2011

Shortie: Dua


‘Mula-mula saya ingat awak akan marah saya’
‘Yeah! At first. Tapi kalau saya marah pun, ia takkan pulihkan keadaan asal!’

Lisa berdiri menyandar sambil memerhatikan Fauziah yang memperbetulkan kek harijadi anaknya, Tina-berusia sembilan tahun dengan menambah icing berwarna kuning.

‘Masa saya mula-mula berpisah dengan bekas suami saya pun, keadaan saya dan anak tak terurus’
‘Awak pernah berkahwin?’

Lisa memandang Fauziah yang terus mengangkat wajahnya tegar. Secalit senyuman nipis terukir sebelum mengangguk.

‘Lima belas tahun sebelum dia menceraikan saya. Hari pertama bercerai, saya pedulikan hal sekeliling sampai lupa nak ambil anak kat sekolah’

Lisa tersenyum. Fauziah menyambung.

‘Jadi apa yang awak dah buat ni, bukanlah satu yang pelik pun’
‘Thanks by the way. Saya cuma nak jadi sempurna di hari jadi Tina. First time harijadinya dimana papa dia dah tak ada. I mean..literary with someone else’

Fauziah senyum.

‘Soon she will understand’
‘I hope so’

Fauziah bangkit dari tempat duduknya setelah membuat sentuhan terakhir pada lima belas kuntum fondant bunga lili kecil ungu lembayung di atas kek harijadi Tina. Dia kemudian memandang Lisa.

‘I hope we can be friends. Situasi kita lebih kurang kan?’

Lisa tersenyum sebal. Dia berkira-kira dan sedikit teragak-agak untuk berkata sesuatu kepada Fauziah. Namun, dia cuba untuk mengumpul kekuatan walau untuk berbicara.

‘Boleh saya minta tolong pada Fauziah?’
‘Ya. Sudah tentu’
‘Boleh tak tolong pergi jauh dari suami saya. I am begging to you Fauziah! Saya ada anak kecil. Tina perlukan perhatian. So for the first time please, back off from my husband. Please don’t steal him from me!’

Fauziah tergamam. Dia menghembus nafas sedikit tersentak. Dia bersuara terkejut

‘Whoa…Whoaa Ini tak adil!’
‘Apa yang tak adilnya, Fauziah? Awak dah pernah alami kegagalan dalam berumah tangga. Jadi awak tahu bagaimana rasanya!’
‘No! Apa yang awak alami dan saya alami berbeza!’
‘Apa yang bezanya?’
‘Suami saya langsung tak mahu terima pendapat saya. Apa saya cakap, dia bangkang. Apa saya cadang, dia tak terima!’
‘Jadi dengan menggoda suami saya, awak akan dapat kehidupan sempurna? Begitu?’

Fauziah terhenyek. Air muka tegang Lisa dipandangnya dalam-dalam.

‘Your husband is the one who telling me his problem and we kinda share the same problems from our marriage failure’
‘Dia luahkan perasaan dia pada awak?’
‘That’s not the point! Perkara tu berlaku lepas setahun dia berpisah dengan awak dan sikap awak tak ubah macam bekas suami saya. Dominan’

Lisa menelan liurnya. Serasakan kesat bagai menelan debu. Dia memandang Fauziah penuh mengharap.

‘Saya akan lakukan apa saja untuk dapatkan kembali suami saya daripada awak’

Fauziah senyum. Dia kemudian memaut tangan Lisa.

‘Awak ingat saya akan serahkan dia pada awak? Awak masih memburu dia sedangkan awak tahu awaklah yang menjadi punca perpisahan. Awaklah yang memutuskan ikatan perkahwinan dan sekarang awak tak boleh terima kenyataan yang perkahwinan awak dah musnah?’

Air mata Lisa bercucuran. Fauziah memandangnya kasihan tetapi tak berupaya untuk membantu.

‘Kita kasihkan lelaki yang sama. Tapi mana tahu ketentuan Tuhan nanti?’

Wanita itu berlalu tatkala Lisa memendam perasaan kecewa…

TAMAT

Monday, November 28, 2011

Menanti: Tak Pasti: Pergi


I love rhymes.

Salah satunya tiga patah perkataan di atas.

Perkara tiga perkataan di atas selalu jadi pada manusia.

Kita menanti pada satu kepastian.

Dan bila kepastian itu kabur warnanya.

Maka ada dua pilihan:

A) Tunggu
B) Pergi

Seperti yang aku katakan mungkin dalam entry-entry sebelum ini, jika kita rasa BERBALOI nak tunggu seseorang tu, kita patut tunggu. Jangan sia-siakan cintanya sama sekali. Lakukan yang terbaik sebab kita tahu, kita akan dapat HASIL dari apa yang kita tunggu itu.

Tapi kalau rasa PENANTIAN itu tak BERBALOI, maka keputusan pantas yang perlu kita lakukan adalah PERGI. Pergi dan mencari lagi.

Soalnya disini, kita selalu TAK TAHU sama ada penantian kita itu BERBALOI atau TAK. Selalunya kita akan dapat keputusan yang sangat menyakitkan.

Dan selalunya, kita takkan bersama orang yang kita tunggu tu.

Penantian tu penyiksaan, tahu?


Lagu ni aku tujukan khas buat mereka yang setia menanti tapi kat hujung2 tu tak dapat apa yang dia nak. Ok sounds brutal. Well that's life we talking about. Terima kenyataan yang dia sebenarnya bukan milik kita pun.

Lagu ni dah lama.Sekitar 1993. Orang ofis ada yang bukak jadi aku gugle.hahahaha

Sunday, November 27, 2011

Shortie: Puas (Penyertaan Pertama Untuk Fixi:Contest Novel Tabu)


‘Siapa sebenarnya yang ada masalah ni? You ke I?’

Pintu bilik pasangan itu berdentum. Rauf memandang isterinya berang.

‘Kita baru balik dari kaunseling,Rauf! Do we need to talk about it?’

‘Yes! I need to know! I ingat you happy dengan I?’

‘I’m happy with you!’

‘Dah tu? Tak cukup ke apa yang I bagi dekat you selama ni?’

Jerkahan Rauf bingit. Dilla semakin tertekan. Dia meraup wajah tegarnya sambil memandang Rauf dengan selamba.

‘I am not happy with our sex life’

‘What?’

Rauf tercengang. Mulutnya terlopong sedikit menyerlahkan sifat dungu yang tersembunyi dibalik misai dan janggut yang dicukur rapi.

‘Come again, sayang? Apa you merepek ni?’

Dila jengkel. Ya! Kedengaran janggal tetapi bukankah hak seorang isteri untuk menyurakan apa yang tidak berpuas hati kepada suami? Salahkah dia untuk mengembalikan harmoni?

‘I tak gembira dengan …’

‘Jangan cakap perkataan tu. You nampak desperate!’

‘Oh please, Rauf! We know the term! We play a lot with the term! We desperately need the term! Dan sekarang you jijik pulak?’

Rauf semakin naik angin. Tali pinggang yang dipakai pada slack hitamnya ditanggalkan rakus. Kemeja berjalur dilucutkan lekas sebelum lelaki itu melompat ke atas katil, menyerlahkan boxer gelapnya lalu duduk terkangkang.

‘Come on now baby,I am ready!’

Dila mengeluh tidak percaya.

‘Bukan cara macam ni yang I nak!’

‘You nak seks. I bagi. Now what? Keris I tak cukup besar buat you? You nak besar mana lagi? We have a son dari seks yang you tak puas ni!’

Rauf tampak bengang. Dila semakin meluat.

‘You cepat ejaculate! I belum ready lagi you dah tamatkan game!’

‘Itu je sebabnya?Cepat pancut?Itu je yang you kecohkan?’

‘That is a big deal for me!’

‘Pancut? Game?Apa tu Mama?Papa?’

Kelihatan anak mereka,Razi yang tercengang tatkala melihat ayahnya duduk terkangkang hodoh dan ibunya berteriak dengan pintu bilik yang sudah terbuka.


Cerpen pendek ini dihasilkan untuk kontes novel terbaharu penulis/blogger Shaz Johar, kedua selepas Kougar iaitu Tabu. Saja nak berkongsi pada korang semua. Tahniah kepada pemenang Zara Syed dan Syaihan Syafiq

Sebarang kritikan sangat-sangat dialukan

Jom serbu kedai buku berhampiran untuk mendapatkan novel Tabu

Saturday, November 26, 2011

Sepi: Eh Ada Adik-Adik Lah!

Lagu tema filem ‘Sepi’

Siapa tak ingat satu lagi karya masterpiece Kabir Bhatia selepas award winning ‘Cinta’

Aku ada menulis tentang lakonlayar filem ‘Cinta’ menerusi entry ini.

Actually aku sangat kagum dengan kolaborasi mantap Kabir dan isterinya Mira Mustaffa.

Ok why on earth I am telling about Sepi yang berkurun lama ni?

Actually, aku nak cerita pasal MV Sepi nyanyian Yuni Shara yang aku tonton siang tadi. Aku sangat sukakan lagu ini. Tergerak hati pulak nak cari di YouTube. Even on a very first time mendengarnya pun (waktu menonton karakter Sufi kehilangan isterinya akibat kemalangan—yang diakibatkan oleh sehelai kertas ‘mencari jodoh’), I’ve got goose bumps a few times! Serious talk!

Satu perkara yang aku terkejut menonton MV Sepi versi ini adalah perjalanan ceritanya. Tak tahulah kalau korang dah tengok,tapi apa yang aku tonton, yeah, the storyline creates moods for the song, tidak sekadar menggunakan klip-klip dalam filem Sepi. Ada dua penceritaan yang digunakan dalam clip ni.

Jom ushar!


A housewife. Struggle with her husband cheat on her and knowing her husband is hella drug addict! What is the determination of a good wife even her husband makes her feel bad? Patient. Her emotion of disappointment trapped between her love and loyalty to her husband. Its like thorn of her life. A tragic figure,I guess. What say you?


Lelaki lembut kinda type adik-adik would like to become what he want in his life without realizing who is he actually. He loves to see himself in make up, wearing girly costume and pretend like a woman even he knew the consequences he should bear. Aku sukakan scene last lelaki lembut ini. Its kinda emancipation of his own, sort of biarlah aku dengan duniaku..hahaha



Frankly speaking, siapa nak hidup sunyi dalam dunia ni?

Tapi apabila dah tak ada sesiapa nak memahami, Tak ada sesiapa nak menyayangi, Tak ada sesiapa nak ambil peduli, maka kita akan hidup dalam keadaan sunyi dan sepi

Hidup ini percaturannya singkat. Gembira selagi boleh gembira.

Thursday, November 24, 2011

Karat #12 : Terima Siapa Anak Kita Sebenarnya


Ok. Tajuk entry bapak sopan sial!

Rupanya ada yang minta gua menyambung menulis slot Karat di blog kawan gua ni! Gua terharu beb! Tahan ke lu semua nak dengar maki hamun gua lagi? Hehehe

Gua masih ingat situasi ketika mengambil keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Gua adalah umat paling cuak bila nak mengambik keptusan ni.

Jadah!

Untuk pengetahuan, gua memang lemah gila biawak dengan subjek B.I masa zaman-zaman remaja dulu.

Gua tak tahu kenapa. Mungkin:

a) Kat rumah mak bapak gua cakap melayu campur jawa. Mak bapak gua tak reti nak speaking-speaking ni kecuali beberapa patah perkataan:
- Oter (Outer)
- Obohol (Over haul)
- Peset Gaji (payslip)
- Buat dono (don’t know)
- Pesen (Fesyen)

b) Kawan kuat menganjeng. Kerja lain takda. Tahu menganjeng kalau gua salah sebut perkataan Inggeris. Macam mana gua nak belajar sial! Malu! (ok ni silap gua yang paling bangang. Jadah gua nak malu buat apa)

c) Sebab gua rasa Bahasa Inggeris susah. (jujur)

Paling gua ingat tatkala mengambik keputusan BI peringkat SPM.

Gua kalih keputusan BI dulu.

Tanda berupa cangkul tercetak disitu!

Sumpah.Gua rasa nak pitam jam-jam tu jugak.

Gua balik rumah sambil kira-kira mungkin gua akan mendapat peluang yang tipis untuk sambung belajar. Serius hati gua tak senang.Nak menjawab bebelan mak lagi.Ayah lagi. Arghhh kusut!!

Bapak gua pandang dari jauh. Gua respeklah semua mak bapak yang totally boleh faham perasaan anak-anak dengan tengok air muka saja.

Bapak gua tak banyak kira. Ambik terus keputusan SPM gua dari tangan sebelum meneliti semua keputusan.

Bila nampak symbol cangkul disebelah keputusan B.I gua, bapak gua senyum. Bukan sinis tapi ikhlas.

‘Kau dah usaha bersungguh. Tak apa dapat banyak ni pun’

Gua lega, Tuhan saja yang tahu.

Point yang gua ingin kongsi kat sini adalah tentang penerimaan mak bapak tentang siapa anaknya. Gua sedar mungkin mak bapak moden zaman sekarang sangat mementingkan IQ anak-anak mereka. Mak bapak pernah dengar peribahasa/proverb/bidalan ...

Dalam setandan pisang, tak semuanya elok?

Macam itulah ibaratnya anak-anak


Ini tak.Dihantar ke kelas itu, kelas ini. Kadang-kadang ada yang gua tengok si anak macam TERPAKSA je ikut semua schedule mak bapak. Dalam seminggu tu full schedule si anak mengalahkan bisnesmen drama swasta. Umur baru pat lima tahun!

Ada pulak siap marah-marah anak sebab tak menang sesuatu acara yang dimasukinya. Fahamilah wahai mak bapak sekalian! Jangan jadikan minda anda semua kelas ke tiga walaupun anda semua adalah pemegang ijazah kelas pertama.

Memang. Kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa taknak, bai?

Tapi sekali lagi fahamilah keupayaan anak-anak. Jika kecik-kecik pun dah diterapkan ‘Kalau masuk pertandingan mesti menang’ maka kalau dah besar bila masuk pertandingan dan kalah,maka tak boleh nak terima kenyataan!

Terapkan nilai-nilai murni pada anak. Tak boleh tak apa. Peluang akan ada nanti. Jadah kau nak paksa-paksa buat apa?Biar dia mencorak masa depannya sendiri. Kita memantau. Mana baik, kita sokong. Mana tidak, kita tegur.

Jangan terlalu mencorak mereka mengikut kehendak kita. Gua yakin bila anak tu dah besar sikit, tak mustahil dia memberontak.

Sopan tak entry gua?

Wednesday, November 23, 2011

Take 5: Melancong Edisi Sempoi


Lama gila tak buat slot ni! Almost a year!

Okey. Aku bukanlah pro kalau nak bergebang sakan mengenai melancong. Sekadar apa yang ada saja.

Rasanya dalam sepuluh orang, tujuh daripadanya suka melancong.Betul tak?

Mari aku kongsi beberapa tips melancong. Pastinya melancong edisi aku ni lebih kepada sempoi, mampu dan korang pun boleh buat.

Check it d-out!hehe

1. Check List
Sebelum pergi melancong, buat satu senarai check list. BAWA APA YANG PATUT sahaja. Tinggalkan patung anak beruang teddy korang yang besar gedabak tu kat rumah. Tak mati pun kalau tak bawak. Jangan bawa baju macam nak berkampung pat puluh hari pat puluh malam. Basically bawa yang easy to wear saja. Treksuit, pants, jeans, T-Shirt antara yang boleh dibawa. Pilih mana yang sesuai dengan occasions. Kalau nak ke pantai, tak perlu bawa Jeans yang fancy atau tak perlu bawa langsung. Nak snorkling tu, pakai trunk sudah! Barang-barang asas seperti towel and soap sudah disediakan oleh pihak penginapan. Plus kalau ada yang nak bercuti ke luar negara, berpada-padalah membawa barang. Jangan sampai terkena charge extra baggage allowance masa turun flight. Sapa suruh bawa beg tarik Akedemi Fantasia?

2. Wang, Peta dan Passport
Ini paling initial. Takde duit macamna nak jalan weh? Takde peta macamana nak cari tempat menarik? (unless ada tour guide.Tapi nama pun percutian terjah-sempoi, takde masa nak upah tour guide.Kau lah jadi tour guide nya). Pastikan recce tempat yang ada ATM. Tengok peta untuk pastikan tempat-tempat menarik dapat dilawati dengan masa yang dirancang. Passport pula penting jika korang nak bercuti ke luar negara Malaysia. Pastikan berupdate!

3. Kemudahan
Tempat menginap juga keutamaan. Kalau namanya percutian sempoi, tak perlu nak duduk hotel lima bintang dengan makanan dihantar ke bilik. Duduk motel atau rumah tumpangan lebih memadai. Kos pun rendah. Kebanyakan rumah tumpangan dan motel pun dah ada air cond dalam bilik. Asal selesa, bilik air bersih, ada water heater, katil nak tidur, plug untuk mengecas handphone atau kamera, kan dah cukup? Kalau korang berhajat nak naik bas turun bas untuk ke tempat menarik, boleh saja.Tapi tidakkah itu akan nampak lebih menyusahkan? Yalah. Persekitaran kita kan asing? Kemungkinan nak sesat tu tinggi. Jadi nak mengelak sesat tu samada travel dengan kereta sendiri atau dengan sewa kereta. Kalau pergi dalam kumpulan 2-4 orang lebih mudah nak kira bajet seperti minyak dan tol.

4. Makan
Mereka yang on diet perlu lupakan seketika hasrat berdiet jika pergi bercuti ya! Hentam saja makan! Jangan sekat sebab masa inilah nak cuba masakan negeri lain. Kalau melancong lepas tu makan KFC baik tak payah pergi melancong, Mengabeh boreh yo! Hahaha. Masa inilah nak belajar budaya masyarakat lain. Bandingkan harga makanan sana dengan makanan di tempat kita selain cara penyediaan yang mungkin sedikit berbeza.

5. Sharing is Caring
Kalau pergi berkumpulan atau lebih dari seorang, seeloknya cuba bawa barang-barang yang boleh berkongsi seperti toothpaste, sunburn atau cellphone charger. Space beg kita pun jimat. Untuk perempuan pula, I guess tak perlu lah nak bawak beg mekap besar-besar. Pakai bedak asas sikit pun kalian dah nampak cantik di mata kami (ahem ahem)hehehe.

Sebenarnya banyak yang perlu disenaraikan. Tapi cukuplah lima. Pelancongan sempoi ini sebenarnya lebih challenging. Mana nak tengok peta, mana nak drive, mana nak berhenti kat stesen minyak dan tanya orang arah jalan.

Tapi on the other side, bukankah itu sebahagian dari pengalaman hidup?

PS: Jangan lupa bawak air mineral. Penting tu!Keep your body fluid to the max bebeh!

Tuesday, November 22, 2011

Shortie: Chantik


‘Kakak ni duduk mana?’

‘Kampung Hulu’

‘Kampung Hulu yang dekat belakang Plaza Sinaran tu? Yang dekat dengan tapak projek PPRT tu?’

Wanita itu mengangguk lemah. Air matanya diseka cepat.

Intan yang sedang memandu hanya memandang wanita disebelahnya dengan penuh kasihan. Lewat lima belas minit lepas dia singgah di kedai serbaneka Tujuh Sebelas. Niat nak beli Ridsect sebotol terbantut apabila melihat tanda harga yang agak mahal.

Tak padan dengan kedai sebaneka.Mahalnya macam barang import.

Jengkel, dia bercadang untuk terus pulang ke rumah sebelum terserempak dengan seorang wanita pertengahan dua puluhan dengan beg pakaian yang besar bagai menanti seseorang di perhentian bas. Air mukanya kelihatan sugul dengan air mata tampak bercucuran.

‘Kakak dicerai suami. Dihalau dari rumah dalam keadaan hamil begini!’

Intan tekun mendengar sebelum membuat sedikit lencongan ke susur masuk Gemuruh yang menghubungkan ke Bandar Seri Gemuruh, tempat letaknya Kampung Hulu.

Wanita itu bersuara lagi sambil memperbetulkan selendang yang menutupi rambutnya yang sedikit terlondeh ke hadapan.

‘Orang lelaki! Habis madu sepah dibuang!’
‘Tak semua lelaki macam tu, kak!’

Wanita itu memalingkan wajahnya ke arah Intan. Gadis itu sedikit tersentak.

Wajah wanita itu cedera teruk di bahagian pipi kiri dan kanannya. Bagaikan ada kesan lecur dengan keruping-keruping kesan luka kering. Kulit wajahnya seperti dibakar sesuatu.

‘Kamu lihat sendiripun kamu terkejut, bukan?’

Intan tak berkata apa-apa. Masih diam takala memasuki simpang utama Kampung Hulu, melepasi tapak PPRT yang masih separa siap.

‘Tiap malam, dia akan cucuh muka kakak dengan puntung rokok kalau makanannya tak siap. Dia akan pukul kakak sesuka hatinya kalau kakak tak menyahut panggilannya. Tubuh badan ni dah lali dengan sepak terajangnya kalau keinginan malamnya tak dipenuhi!’

Wanita itu menangis lagi. Makin teresak-esak.
Intan mengeluh simpati lalu menghentikan kereta Kancil merahnya pada satu kedai makan yang sudah ditutup. Lampu jalan yang terpacak di tepi kedai makan itu menerangi isi dalam kereta milik Intan.

Wanita itu memandang Intan dengan penuh simpati. Tangannya menggenggam erat jari jemari Intan. Dia merayu penuh mengharap.

‘Tolonglah kakak dik! Tolong keluarkan kakak dari rumah neraka tu! Kakak mahu bebas. Kakak tak mahu dihantui lelaki jahanam tu!’

Rayuan wanita itu mengundang simpati Intan.

Nafasnya dihela.

Gadis itu akhirnya mengangguk perlahan sambil tersenyum. Wanita itu menangis kegembiraan sebelum memeluk tubuh Intan erat.

**

Intan membuka matanya luas.
Dia masih tertidur dalam suasana paling panjang dalam hidupnya.

Kelihatan seorang lelaki datang menghampirinya. Lelaki itu turut disertai oleh lelaki yang lain. Wajah mereka seakan-akan tidak percaya.

‘Macam mana dia boleh sampai sini?’
‘Kau jangan tanya soalan bodoh boleh tak?’

Lelaki pertama datang mendekat kearahnya. Cuba menyentuh kulit Intan. Gadis itu cuba mengangkat tangannya untuk menepis.

Tetapi..gagal??
Mengapa tangannya dirasakan berat?

Lelaki kedua datang mengahampiri.

‘Ia berlaku lagi, kan? Di tempat ini, kan?’

Lelaki pertama mengangguk dengan wajah sugul. Mereka disertai kemudiannya dengan seorang lelaki berusia yang nampak alim.

‘Mungkin dia adalah salah satu mangsa penipuan perempuan tu’

‘Perempuan itu perlukan empat puluh darah anak dara untuk kelihatan muda semula’

‘Perempuan itu mengamalkan ilmu salah! Jadi sebagai harga apabila pantangnya dilanggar, nyawa jadi taruhan!’

Intan tercengang. Dia cuba bangun dengan upaya sebelum tubuhnya yang dulu boleh disentuh pejal, dirasakan bagai satu zarah yang tak ubah ringannya seperti angin, lutsinar dan terapung sebelum memandang jasadnya yang sudah kaku dengan mata terbelalak dengan lehernya yang sudah dirobek ganas!

TAMAT

Diadaptasikan dari kisah urban legend, Wanita Purdah

Monday, November 21, 2011

Review: Festival Filem Malaysia 24 yang Membosankan


Berikut adalah senarai pemenang bagi Festival Filem Malaysia ke 24 yang baru berlangsung malam tadi di PICC,Putrajaya

Best Film
Won: Hikayat Merong Mahawangsa
Predicted: Hikayat Merong Mahawangsa/Hantu Kak Limah Balik Rumah

Best Director
Won: Syamsul Yusof
Predicted: Syamsul Yusof/Yusry/Mamat Khalid

Best Actor
Won: Shaeizy Sam
Predicted: Awie/Remy Ishak

Best Actress
Won: Eja
Predicted: Eja/Tiz Zaqyah

Best Actor in a Supporting Role
Won: Sofi Jikan
Predicted: Syed Mohd Asri

Best Actress in a Supporting Role
Won: Faezah Elai
Predicted: Faezah Elai

Best ORIGINAL Story
Won: Libas (WTF?)
Predicted: Hikayat Merong Mahawangsa

Best Screenplay
Won: KL Gangster
Predicted: Khurafat


Ok! Done

Hanya a few saja aku nak komen. Yeah kinda rumah siap pahat berbunyi style lah kan.

Pertama aku nak lihat criteria yang digunakan untuk menilai filem terbaik. Kebanyakan festival filem di dunia akan menggunakan beberapa factor(s) untuk sesebuah filem diangkat sebagai yang terbaik:
A) Pemenang Pengarah Terbaik
B) Pemenang Lakon Layar Terbaik
C) Pemenang Cerita Asal/Adaptasi Terbaik
D) Pemenang Aktor Terbaik
E) Pemenang Aktress Terbaik
F) Pemenang Aktor Terbaik dalam Watak Pembantu
G) Pemenang Aktres Terbaik dalam Watak Pembantu


Anugerah teknikal jarang digunakan sebagai penanda aras untuk sesebuah filem dijulang sebagai yang terbaik.

Lihat pada senarai pemenang.

Walaupun aku sendiri menyukai malah memilih HMM sebagai filem terbaik, tetapi jika dilihat dari sudut pemenang, KL Gangster lebih sesuai untuk membawa pulang gelaran Filem Terbaik.

Melihat Libas yang turut memenangi Cerita Asal terbaik membuatkan aku gelak sendiri. Ok memanglah, filem tu pasal dunia sepak takraw. Usaha filem tu bagus. Tapi nak mengaitkan filem tu dengan CERITA ASAL, give me a break! Banyak ulasan mengatakan filem tu seperti saduran Shaolin Soccer, jadi mana datangnya ORIGINAL?

Sama juga baru-baru ini filem Aku Tak Bodoh memenangi Cerita Asal Terbaik. Di ASK. Come on! Filem itupun mengambil konsep yang sama dengan sebuah award winning film dari Singapura, I am Not Stupid.

Kelakar!

Kat Malaysia ni, bila bercakap tentang Anugerah, perlu ke nyanyi-nyanyi bagai? Kalau anugerah muzik tak apa juga! Ini majlis filem.Pernah tonton Oscar? I bet you would,wahai orang filem. Lihat bagaimana mereka menghargai karyawan seni. Masih ingat ketika filem Curse of the Golden Flower memenangi katergori Best Costume. Siap ada model diatas pentas menggayakan pakaian itu dan VO menerangkan simboliknya pakaian itu dipakai oleh watak-watak.

Tayangkanlah slides-slides/VC beberapa previous winner, short clip filem-filem yang bertanding ikut genre. Buat short clip beberapa nominees tentang slogan FFM setiap tahun. Tunjukkan statistic actor, actress, director yang banyak kali dicalon tetapi tak pernah menang ke.

Despite of nyanyi-nyanyi, yang diatas pun menarik. Asyik nyanyi bagai. Lagu kalau sedap tak apa. Ini dua persembahan pembukaan sudah dihidang dengan lagu bingit!

FFM seperti tahun sudah, tiada masa untuk berucap. Ini adalah yang paling ralat kita lihat. Memanglah masa jadi kekangan, tapi jika setiap sorang diberi masa 30-60 saat untuk berucap rasanya tak jadi masalah! Hargai orang-orang anda!

Tepuk tangan pun macam orang tak makan! Sampai ditegur si Liyana Jasmay. Come on audience! Walaupun seat banyak romping, itu tak jadi alasan untuk korang malas bertepuk tangan! Again! Hargai orang yang menang tu.

Dahlah, Kalau diikutkan pun next year masih sama. Orang yang tonton di rumah pun sudah bosan, apatah lagi yang berada dalam dewan tu!

BTW next year tolonglah tunjuk sikit muka juri-juri. Siapa yang mengadili . Kuranglah sikit ragu-ragu tu.

ps1: Masih ralat dengan kekalahan Syed Asri. Kau berceritalah watak Usop Wilca ke merata-rata. Semua kenal! Semua boleh tiru tangan melenggang dia. Semua tahu ayat ‘kita bako’ dia tu. Dia dah cipta cult dalam penonton. Itu pun boleh tewas?

ps2:Seat banyak gila kosong. Haih boikot ke?

Friday, November 18, 2011

Snow White and the Huntsman: Official Teaser Trailer


Tak sangka legendary tale kanak-kanak dijadikan sebagai sebuah cerita serius.

Harapnya filem ini tidaklah se-CRAP Red Riding Hood walaupun filem itu menawarkan hero yang cukup menggiurkan.Slurpp slurpp.

Enough chat baby. Meh kita tengok beberapa footage filem lakonan Twilight babe-Kristen Stewart (jujur aku tak berapa berkenan dengan peranan dia sebagai Bella yang cakap pun macam mumbling), Oscar Winning Actress-Charlize Theron, Thor heartthrob-Chris Hermsworth dan Sam Clafflin (sailor yang menyelamatkan si duyung jelita dalam Pirates of the Caribbean:On a Stranger's Tide)

Snow White mencarik-carik di balik hutan


Evil Queen: Nganga luas-luas mulut kau. Aku nak sedut. Ini cara CPR yang baru, tahu?
Gadis tak bernama: Sakitla bodo!!


Nak jadik muda kena mandi susu. Takda susu, kapur kasut pun boley. Ko ade?


Konfrontasi dengan cermin. Tuankulah paling chuantekkk compared dengan patik


Plot ni semua kita tahu. Dalam buku sekolah tadika Kampung Kelipat Tujuh Likur* pun ada okey.

Snow White anak raja. Well mestilah cantik kan? Kata puteri raja. Maknya dah mati jadi bapak dia kahwin sorang lagi kepada seorang Evil Queen.To be exact Evil Queen ni ada cermin sakti. Mestila kan. Dah kertu mesti nak sentiasa tengok cermin.Betulkan few wrinkles seribu tuh.hahaha. Cermin magic tu boleh menentukan siapa paling chuantekkk dalam alam buana ni with a few magic words

'Mirror mirror on the wall. Who's the fairest of them all?'

Snow White dihantar ke tengah hutan untuk dibunuh tapi berjaya melarikan diri lalu terjumpa dengan tujuh orang kerdil. Evil Queen tak pueh hati. Cuba jejak Snow White dengan mengumpan sebijik epal dan bila dimakan, hanya true love kiss yang boleh membangunkan Snow White yang pengsan itu. And they live happily ever after..

Fuh! Dah habis ye adik-adik ceritanya.

Dalam filem ini, ditwistkan sedikit plotnya dimana the Huntsman (Hermsworth) yang ditugas untuk membunuh Snow White (Stewart) berkomplot (insaf kut) bersama untuk memusnahkan kerajaan kuku besi Evil Queen-Raveena (Theron) selain cinta bersegi antara Snow White, Huntsman dan Prince (Clafflin)

Baris...baris sedia!!!


Marikita berperang!!!!


Apa dah jadi dengan muka mek???


Filem ini kelihatan dark. Which is good for me. And for your info juga sebuah filem adaptasi dari Snow White berjudul Mirror Mirror bakal ditayangkan. Ia lebih kepada comedy flick dan Oscar Winner Julia Roberts ditugaskan memikul watak Evil Queen.

Snow White and the Huntsman dijadualkan ditayang SUMMER 2012



Thursday, November 17, 2011

Karat : Sudah Sampai ke Penghujung



Ok harini aku update memandangkan AL masih bercuti, tetapi dua entry terakhirnya sudah aku terima lewat petang semalam.

Ikutkan perjanjian, AL hanya menulis sebanyak #13 entry saja.

Ke ada request dari siapa-siapa yang mahukan slot Karat ni terus disiarkan? Muehehehe femesla ko AL.

Btw, AL adalah rakan rapat aku. Kenal sejak kecik kot. Pujuk-pujuk boleh kut nak suruh dia tulis lagi.bwahahaha

Ini coretan Karat yang mungkin korang semua nak baca. No worries, AL akan balik semula menulis minggu depan

Karat # 1: Mukadimah Karat
Karat # 2: Cakap Lebat
Karat # 3: Asal Tengok Gua Se-mata?
Karat # 4: Lu Wajib Sunat Pun Dah Tak Boleh Beza
Karat # 5: Baik Bertempat. Berbudi Berpada

Karat # 6: Gua Masih Jaki Dengan Lagu Raya
Karat # 7: Gua Tanya-Kenapa Tanya Artis?
Karat # 8: ‘Kay Cinta Sebegitu Takkan Boleh Menyatu’
Karat # 9: Berhenti Berlagak Kalau Lu Tu
Karat #10: Kedai Mamak dan Kedai ‘Orang Kita’
Karat # 11: Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan. Sayang Anak Anak? Gua Terajang

Selamat membaca!

Wednesday, November 16, 2011

Peram: Harga Hargai

Trip ke Sabah tempohari diisi sedikit dengan lawatan ke tempat ini. Tanjung Simpang Mengayau di Kudat.There is something special about this place. It's Tip of Borne:) Ce lihat peta Sabah.Perasan tak yang atas, yang tajam tu. Nilah bentuknya:)



Dua perkataan yang berasaskan kata dasar yang sama tapi mempunyai makna yang sedikit berbeza

Harga- Nilai.

Ayat: ‘Jamenah,berapa harga keropok mony ni kalau aku nak beli berbundel bundle?’
Ayat Balas: ‘ Lima puluh ringgit ‘

Hargai- Menilai
Ayat: Ozlin tak pernah hargai pemberian Poyogo, yang actually menyukainya dalam diam.

Faham ye. Oh almost forgot. Kertas BM, SPM sudah lepas..

Enough chat. Let’s get some dirt.

Could anyone agreed with me yang apabila seseorang itu benar-benar meninggalkan kita, barulah kita merasai kehilangannya. Barulah kita terhegeh-hegeh nak buat tribute padanya. Barulah kita terfikir nak mengingatinya semula.

Face the truth. Hidup ni macam itulah.

Bila ada depan mata, tak pernah nak hargai. Bila si dia dah pergi meninggalkan, timbullah penyesalan yang konon-konon, lalu angau katanya tak boleh nak lupakan.

Kenapa semasa ada tak pernah cuba untuk hargai?

Kenapa mesti nak tunggu selepas berpisah?
Kenapa mesti nak tunggu selepas dia pergi?
Kenapa mesti nak tunggu selepas si dia sudah mati?

Jawapannya mudah.

Dalam pencarian seorang manusia itu, kau dan aku mungkin dikaburi dengan nilai ‘kesempurnaan’atau dalam erti kata lain, perfect match. Nak ikut citarasa kita. Selera kita.

Why not you stop searching and start valuing people. Hargai orang yang ada disekeliling, usah sibuk fikirkan clans/kawan-kawan twitter/kawan-kawan FB/blogger/partner tak menepati kriterialah, tak HOT lah, tak layaklah.

Hello! Go and mirror yourself. Jangan muka saja elok, perangai haramjadah, otak kosong, tulis macam budak tak sekolah, perangai tak semenggah dan itu harga yang nak dipertaruhkan untuk menilai orang lain? Give me a break!

Hargailah semasa ada. Semasa nampak depan mata. Boleh jadi, dialah yang akan jadi kepunyaan kita, pengubah nasib kita, teman hidup kita, teman rapat kita.

Besides, berapa sen sangat harga nak hargai orang?

Priceless tahu?

Tuesday, November 15, 2011

Shortie: Sembang (Sebuah Adaptasi Lagu Joget)


1998: Krisis Ekonomi,
Kampung Pekan Sepetang

‘Abang tak ke sawah? Anjang tanya saya semalam’
‘Malas saya nak menghadap muka si Anjang. Kerja tahu nak kompelin saja!’

Munah menghela nafas berat. Sejak pendapatan padi bulanan agak berkurang, dia sekeluarga bagai hilang punca. Suaminya, Seman nampak macam putus harap. Apatahlagi kerajaan telah mengumumkan kedudukan ekonomi yang sedang sakit, seolah dia, suami dan lima anaknya akan mati bila-bila masa!

Dia melihat wajah anak sulungnya, Melati yang masih gigih mengajar empat adiknya kira-kira. Dan dengan kepintaran Melati, dia yakin hanya pendidikan saja mampu mengubah nasib mereka sekeluarga.

Seman bersiap-siap. Rambutnya disikat tepi. Dua ringgit syiling perang keemasan sedikit hasil lepat pisang jualan isterinya, diambil dari atas laci meja solek sebelum melangkah keluar menuruni tangga teratak kayu mereka.

‘Awak nak kemana pulak tu?’, Munah bertanya dari dalam rumah. Seman menyorong Yamaha cupnya ke laman rumah.
‘Mengopi. Kopi rumah ni tawar’, balasnya selamba. Ditinggalkannya rumah dan hati Munah yang tersentap begitu saja.

Munah menggeleng kepala. Melati memandang ibunya berat.

‘Sehari dua ni, Melati tengok mak macam pening kepala je? Nak Melati urutkan?’, si anak bertanya manja. Munah menggeleng lembut. Nyata Melati pandai mengambil hati. Namun, itu langsung tak mengubat kegusaran hatinya sekarang.

‘Mak fikirkan ayah. Tak ada kerja. Dulu katanya ambil upah gali telaga. Lepas tu tak larat pula! Sekarang kerja dengan Pak Anjang kau. Itupun bertahan seminggu’, jelas Munah membiarkan natijah Melati terhadap ayahnya timbul untuk dipersoalkan.

‘Ayah tu asyik mengopi je kerjanya. Duit mak jual kuih juga diambilnya! Kenapa mak tak marah aje ayah?’, Melati mula bersuara keras. Wajah berceratuk emaknya dipandang dalam-dalam. Munah mengangkat wajahnya, sedikitpun tidak berang.

‘Isteri yang baik, takkan membantah apa saja yang dilakukan suaminya, nak’

Melati menghela nafas separa tidak berkenan.

Emak, kalau nak menurut pun, biarlah pintar! Ini bukan taat. Ini perhambaan!

Gadis itu menyelar tindakan ibunya, namun ia sekadar terpancar di hati kecilnya saja.

Munah bangkit dari tempat duduknya lantas memandang anaknya dengan penuh kasih sayang.

‘Mak nak ke dapur. Beras ada sikit. Pisang buat jualan lepat pun ada lebih sikit. Tengahari ni kita makan bubur pisang ya,nak. Melati kongsi lima orang dengan adik-adik ya’

Melati mengangguk sebelum terdengar lagi pesan ibunya yang sayup sudah ke dapur.

‘Panggil ayah tu balik. Mak takut ayah kelaparan. Nanti tak sempat makan, mukanya masam. Macam rimau kelaparan pula!’

Gadis itu mengangguk lagi. Lemah. Fikirannya lekas terbayang sosok ayahnya yang rancak bersembang di kedai kopi, kalah ahli menteri!

**

‘Pak menteri tahu apa? Cuba dia letakkan diri dalam situasi orang susah macam kita-kita sekarang n?’, suara Seman memecah kerancakan perbualan Musa dan Ghazali tentang dasar pembangunan ekonomi yang diperkenal kerajaann lewat berita yang ditonton jam 12 tadi.

Jamil yang duduk meminggirkannya mengangguk bersetuju.

‘Pak Menteri pakai BMW! Honda bulat buruk aku yang selalu aku kitai ke kebun getah tak pernah pun kompelin nak ganti baru!’
‘Aku setuju!’

Suara Sagof memecah perbualan panas itu. Meja kayu ditepuk-tepuk menambah provokasi Musa dan Ghazali yang semakin merah telinga.

‘Kita patut cadangkan pada kerajaan, kalau mahu kita undi mereka, mereka patut bantu golongan susah macam kita ni! Cakap saja tak guna! Bagi elaun bulanan dua ratus ke tiga ratus sebulan. Nak cantik lagi enam ratus sebulan. Cukuplah makan pakai!’

Seman makin galak mempedulikan anak perempuannya Melati menghendapnya di balik lalang yang mengitari Warung Kopi Wak Ma’un itu.

Ghazali memandang Musa dengan menjuih bibir.

Alah orang tak kerja. Berangan nak elaun. Kau ingat duit tu turun dari langit, tiba-tiba ada bawah sejadah? Potong burung aku la kalau jadi!

‘Wah. Kau cakap macam menterilah, Man! Aku tabiklah kau’, pekik Sagof kemudian saja menghulur salam sebelum Seman bangun megah langsung mendabik dada. Dia tersenyum menggeleber berkedut tatkala ideanya diterima baik. Satu tamparan buat Ghazali dan Musa yang akhirnya panas punggung, bangun menginggalkan kedai Wak Ma’un.

‘Tu! Dah kalah la tu. Lari sembunyi bawah ketiak bini!’, sindir Seman sambil disambut deraian ketawa Sagof dan Jamil.

Seman menghembus nafas kemenangan. Jari telunjuknya diangkat ke udara mengisyaratkan Wak Ma’un untuk menambah segelas lagi kopi. Papan karom dicapainya sebelum mengajak Sagof dan Jamil bermain bersama. Masing-masing dengan gaya tersendiri.

Melati yang melihat dari jauh sangat terpempan. Sayat hatinya melihat perbuatan ayah yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Lupa segala anak isteri, Makan minum isteri yang cari, Minum kopi duit isteri yang bagi, Tak bagi duit isteri di caci Pak balik pak, bubur pisang dah masak. Balik cepat pak cepat, Jangan terlambat. Pak balik pak, kita menggali ubi. Nanti malam perut kita tak berisi…

TAMAT

Kisah ini diadaptasi dari lagu joget Pak Balik Pak. The reason I choose this song is because of kritikan sosial pada lagu ini. Settingnya simple pada kehidupan masyarakat kampung. Utamanya adalah pada kehidupan suami isteri dan anak-anak. If u have a chance one day, InsyaAllah; your children needs and wants selalunya didahulukan. Tanggungjawab itu penting. Sayang bagi mereka yang menganggap perkahwinan hanya untuk berseronok-seronok. Ingat! Tanggungjawab berumahtangga adalah sangat berat!Bersedialah memikulnya.

Sembang-sembang juga.Tanggungjawab jangan lupa

Monday, November 14, 2011

Usaha, Sayang!(Nasihat Buat Adik-Adik SPM)


SPM menjelang hari ini. Selamat maju jaya aku ucapkan.

Aku tak dapat nafikan keputusan SPM yang baik menjadi tiket untuk menempa kejayaan di masa depan. Jadi all SPM candidates, bila berdepan dengan kertas soalan, please do your best. Bila dah submit, kamu tak boleh nak patah balik ubah keadaan.

Maka ini pentingnya usaha. Usaha sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Lantaklah badan kamu nak sakit ke, dik. Otak kamu separa mereng ke, tapi SPM kena lakukan dengan sebaik-baiknya.

Ia bukan hanya SIJIL SPM. Kamu nak minta kerja, SPM kena ada. Kamu nak apply diploma, master, degree, phd pun kena SPM. Hatta kerja kerajaan pun perlu ada SPM.

So work your ass out.

PLEASE MAKE YOU FATHER AND MOTHER PROUD OF YOU.

Penat kot membesarkan kamu yang sometimes spoil brat, whining, petulant, malas nya lain. At least buktikan yang kamu tu dah besar panjang dan ready to becomes a grown up. Bukan grown up sebab nak kahwen!

Please ye sayang-sayang sekalian, Adik-adik SPM.

Kahwin muda, dalam usia yang sangat-sangatlah mentah akan menjadikan cita-cita kamu terbatas. Come on. Berdiri atas kaki sendiri dulu.Makan duit hasil kerja sendiri dulu.

Dalam dunia ni, mana boleh hidup dengan ‘makan cinta’ je dik! Duit kena ada. Education kena ada (if u wanna be respect by others. Ya ini kenyataan perit. Dengan ilmu kita dihormati!)

Jangan nak mengada kata 'alah aku memang macam ni.Usaha macam ne pun, aku macam ni!'

CRAP! Itu bukan benar-benar berusaha!

Pernah dengar pepatah ‘bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian?’

Then, amalkan!

Thursday, November 10, 2011

Shortie: Deus-Ex-Machina

Siapa kau ni?

Orang yang sentiasa mengekori kau. Macam bayang-bayang kau !

Jantung Rizal berdegup kencang ! Sudah tiga kali dia menerima mesej asing daripada satu nombor telefon bimbit yang langsung tidak dikenali. Ikutkan hati, mahu saja dia buat laporan polis. Hidupnya tertekan. Fikirannya buntu. Dek kerana reputasi dia sebagai CEO SoundFex, sebuah syarikat audio terkenal Malaysia, dia sanggup mendiamkan segala gangguan yang mengganggu hidupnya itu.

Lebih-lebih lagi dari pengetahuan isterinya, Sofia.
Atau lebih teruk, si pengirim misteri memberitahu Sofia tentang hubungan sulitnya dengan Gina, model terkenal majalah Man Juice, separa playboy versi tempatan.

SMS alert dari telefon bimbitnya berbuyi. Tangkas jemarinya mengimbas skrin telefon.

Apsal diam?

Dia membalas geram

Eh Sukahati akulah, mangkuk! Yg kau sibok sangat pasaipa?

Wajahnya tegang. Kurang lima minit, si penghantar membalas. Siap ada smiley di hujung SMS menyakitkan hatinya itu.

Marah. Tau pulak marah ! Yg kau sakitkan hati bini kau sapa suruh ! Jangan ingat aku tak tahu. Spy aku merata. Aku spy lelaki gatal miang macam kau ni yg tak cukup sorang ni!

Rizal semakin sebal. Hendak saja dilontar android ke dinding. Biar berderang terhempas pecah.

‘Abang okey ke? Muka ketat saja ni? Ada masalah ke?’, suara Sofia melayah menerjah telinga. Android yang menjadi peneman lekas disimpan ke dalam poket, lantas memandang wajah isteri tercinta. Rizal senyum. Cuba menyembunyikan resah seribu yang bersarang di hati.

Kalaulah you tahu I ni buat dajal dengan you, Sofi! Nak ke you maafkan I?


Sofia mengurut bahu suaminya. Lemah lembut.

‘Abang penat ni. Tak banyak rest.Almaklumlah CEO kan?’

Rizal tersenyum lagi. Pandai Sofi melayan. Tapi kenapa dia harus curang ?

‘CEO dari syarikat ayah Sofi juga ? Kalau ikutkan abang ni eksekutif biasa je’

Sofia mengeluh nafas berat.

‘Abang ni ! Pleaselah ! Don’t say anything about that. You deserves it, bang. Sofi bangga punyai suami seperti abang. Bukan macam Fikri tu. Tak sudah nak mengampu ayah. Dah dapat jawatan eksekutif tu sudah-sudahlah!’

Sofia tiba-tiba naik angin pabila mengenangkan sepupunya Fikri. Lelaki yang cuba merampas dia dari tangan suaminya. Lelaki yang tak habis-habis melobi bapanya untuk mendapatkan jawatan CEO SoundFex. Malah menjadi duri dalam daging setiap kali suaminya membuat presentation dihadapan ayahnya.

Entah apalah yang hendak dikondemnya! Abang dah buat yang baik. Tak sudah-sudah nak dengki!

‘Abang nak minum?’, Sofia bertanya lembut. Memandang wajah Rizal, hati marahnya lekas surut. Lelaki ini ada magnet, barangkali. Tarikan yang kuat untuk melegakan tekanan.

Rizal mengangguk. Sofia lekas berlalu, lekas ke dapur.

Gelas highball diambilnya dari tempat letak pinggan mangkuk. Jus oren Marigold dipandangnya sepi tatkala pantas membuka peti ais dua pintunya. Melilau-lilau arah matanya mencari sekotak susu UHT kegemaran suaminya sebelum tersenyum memandang jenama Dutch Lady tersusun kemas di antara Jus Buahan Campur Peel Fresh dan sebotol besar Squash Lemon.

Telefon rumah yang diletakkan di dapur berbunyi minta dijawab. Sofia lekas meraih sebelum meletakkan ganggang itu ditelinganya.

‘Sofia bercakap. Siapa di sana?’

‘Fikri’

Sofia berdengus tidak berkenan.

‘Kau nak apa?’
‘Saja telefon malam-malam’
‘Banyak cantik muka kau nak telefon aku malam-malam. Aku ni isteri orang!’
‘Isteri bos aku je pun. Kau tetap sepupu aku’
‘Dah dah dah ! Jangan nak mengada-ngada boleh tak? Kalau penting nak bercakap dengan Abang Rizal, kau telefon esok.’
‘Aku bukan nak bercakap dengan dia. Aku nak cakap dengan kau’

Sofia hilang sabar. Nafasnya berhembus di hujung kata.

‘Kau ni tak faham Bahasa Melayu ke apa ? Aku kata esok. Esoklah!’

Ganggang diletakkan kasar. Meluat kalau melayan Fikri lama-lama. Buat menyakitkan hati buat apa?

Sofia lekas ke ruang atas banglo dua tingkatnya, mempedulikan tentang berita yang hendak disampaikan Fikri kepadanya. Berita tentang hubungan sulit Rizal dengan Gina!

**

Rasa bersalah dengan isteri sendiri?

Eh kau jangan masuk campur dalam urusan aku boleh tak, bangsat!

Bangsat kau panggil aku? Hey sedar diri sikit budak miskin!


Rizal terhenyek. Pengirim SMS misteri masih menghantui hidupnya. Siang malamnya kian terseksa. Pengirim misteri itu masih mengganggu.

Dan sekarang, si pengirim SMS sudah tahu siapa dia sebenarnya. Anak orang susah yang berkahwin dengan anak orang senang. Siapa pengirim ni?!

SMS alertnya berbunyi. Jemarinya lekas membuka inbox atas nama ‘X’ yang sudah disettingkan di dalam Androidnya.

Kenapa kau diam?! Kau tak sayang isteri kau ke hah?

Rizal membalas marah.

Sayanglah bodo! Suami mana tak sayang isteri!

Dahtu? Yg kau bodo sangat ada affair dengan Gina model separuh bogel tu apa kejadah?! Kalau kau tak sayang dia, kenapa kahwin dengan dia? Sepupu dia lebih sayangkan dia. Kau patut lepaskan dia dengan Fikri !


Rizal termengkalan memandang nama Fikri tatkala mengimbas SMS dari X.

Siapa pengirim misteri ni ?
Siapa X ?
Adakah orang suruhan Fikiri ?
Ataupun si Fikri !

Tak guna kau Fikri. Selama ni kau benci aku, ini sebabnya !

Jemarinya lekas menaip sebelum menghantar ke X

Tak guna kau Fikri! Kau usah bimbang. Semua mesej-mesej kau dah ku simpan cantik dalam inbox. Esok lusa, kau ditangkap atas tuduhan mengugut. Ucap selamat tinggal pada katil selesa kau dan makanan kegemaran kau tu!

Lima minit ditunggu.
Sepuluh minit berlalu
Lima belas minit bergerak.

Sejam…
Dua jam…

Rizal mengeluh lega.

Tidak boleh tidak, esok dia akan beritahu Sofia tentang perkara sebenar. Dia yakin Sofia boleh menerima (walaupun dia tidak fikir sangat kemungkinan itu) tapi yang paling penting, Fikri bakal ditahan polis!

Aku mahu lelaki itu menderita !!!

**

Hatinya menyumpah berang!!

Fak! Tak guna!!! Sial!!!!

Nokia 3315 miliknya terhumban ke dalam lubang tandas!! Bayangnya sudah lesap dipandangan!

Dia akui kecuaian nya. Malah tatkala menghantar SMS terakhir tentang betapa tak berkenannya dia dengan perangai Rizal menduakan isterinya Sofia. Dia juga menyesal atas menyetujui perkahwinan Rizal-Sofia, bukannya Fikri-Sofia. Tika amarah semakin meninggi, dia meletakkan telefon Nokia 3315nya di atas penghadang kaca, lalu dengan terburu-buru mengambil telefon bimbit itu sebelum ia meluncur jatuh berdentang di atas lantai marmar dan tanpa dirancang tercampak masuk ke dalam lubang tandas !

Sofia menghembus nafas kegeraman. Hatinya sakit melebihi sakit tatkala mengetahui si suami punyai hubungan sulit dengan Gina !

Tak mengapa. Mungkin ini sudah takdir ! Tapi kau jangan ingat kau akan lepas, Rizal ! Dasar tak tahu untung ! Apa faedah kau dapat bila kau curang, hah ?

Dan sekarang aku akan buatkan Fikri dan Rizal bercakaran. Fikri akan ku sungkirkan. Rizal mungkin berguna untuk aku. Otaknya geliga. Lepas habis aku perah ideanya, aku akan hancurkan dia dengan tangan aku sendiri!

Sofia tersenyum puas!

TAMAT

• Sesekali kita paranoid dengan pasangan/partner/bf/gf tak mengapalah. Jangan terlalu obsess. By rights, siapa suka dirinya beradala dalam ketakutan?

• Hati2 SMS dalam tandas. Mujur Nokis3315. Kalau BB mahal kau orang tu?? Nak-nak yang beli bayar bulan-bulan

Thursday, November 03, 2011

Karat #11 : Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan. Sayang Anak. Gua? Terajang!


Taip dalam keadaan laju bila si tuan blog sms gua petang semalam. Gua ushar blog dia dua hari lepas, update Ombak Rindu masih ada lagi. Kering benda nak merapu ke apa kawan gua ni ??

Dia tak update, biar gua update barang serangkap dua. Sesekali menulis, gua nak karang macam BM kertas dua!

Lu semua pernah dengar simpulan bahasa kat atas yang gua dah twistkan?

Alkisahnya gua bawak Kay balik kampung (bak kata tuan blog, gua macam nak bawak Kay kenalkan kat mak ayah sebagai menantu. Mangkuk ar lu!!!!). Sekarang musim hujan, jadi gua tak boleh nak hayak Kay kemana-mana. Apa barang ronda kampung naik Kelisa second hand gua? Walaupun boleh berlagak gilababi dengan orang kampung dan budak perempuan yang gua crush dulu (dia dah kawen sekarang dan anak tiga,gua pula masih bujang). Jalan berkepak dengan Kay! Bukan awek romantis!

Ok gua dah meraban.

Sambung citer.

Selang sehari lepak macam buaya tembaga dan Kay masih menyemak dinding FB, rumah gua didatangi Kak Mel, yang masih ada anak kecil. Anak dia kalau tak silap baya-baya anak sedara gua yang umur sembilan tahun. Nampak je gua lepak tertiarap kat ruang TV, slow2 dia bual dengan mak gua yang hidang baki goreng pisang dengan teh O panas.

Kal Mel bercerita tentang ketidakpuasan hati nya dengan sistem AUTOKRATIK lagi KUKU BESI di sekolah. Diceritakan lagi tentang bagaimana anak dia dirotan di tapak tangan sebab tak siap homework. Kesian sampai birat!

Ok panggil gua jumud, tapi gua rasa sistem mendidik dengan bawa rotan kemudian menghukum budak tak siap keje sekolah, main-main dalam kelas sewaktu belajar atau bertumbuk disekolah adalah sistem paling piau kalau nak jadikan budak sekolah lagi hingusan sebagai ‘manusia’

Katanya; Rotan tak releven di zaman sekarang. Hanya guru tertentu saja yang boleh bawa rotan. Rotan boleh nampak secara psikologi bahawa cikgu itu garang.

Ah shit! Kalau tak mahu didik anak dengan cikgu, pergilah homeschooling? Kan lagi senang. Anak lu pun terbela. Nyamuk pun tak berani gigit.

Gua dulu, kalau mengadu dengan mak gua. samada gua akan :
A) Dibebel balik oleh mak gua. Celotehnya je dah setengah jam dan membawak ke bapak gua.Bila bapak gua tau, itu dah jadi cerita lain bai. Yang penting bukan happy ending dengan bapak gua peluk cium cakap ‘alah siannya anak aku ni’

B) Mak gua ‘mem-padan-kan muka’ pada gua. Ayatnya begini ‘Padanlah muka kau. Siang kerja main sampai hitam! Malam melongo tengok TV. Padanlah muka! Kalau aku jadik cikgu kau, aku dah ganyang-ganyang dah kau ni!’

Jadi nak mengelak daripada dendaan makin bertambah, gua kunci mulut, bawak buku senyap-senyap dan siapkan kerja rumah

Sekarang bukan zaman rotan. Budak-budak sekarang kena dididik dengan psikologi.

OK! Sial la kenyataan ni. Masa kecik-kecik la nak lentur. Masa kecik-kecik nila nak rotan kalau malas buat keje sekolah, tak sembahyang, melawan cakap atau buat perkara tak elok.

Dah jadi kutu brahak nanti tak pasal ‘Tembak-mana-suka-anak-dara-orang’ lepas tu dapat ‘hasil’ gelabah tak tahu nak buat apa, tanam.

Fak !!! Lu ingat ni main tanam-tanam pokok ubi ke apa ?

Pergi jahanam dengan ‘tak boleh tegas sangat dengan anak nanti dia memberontak’. Sampai masa lu berlembut, berlembutlah dengan anak. Pandai-pandailan main suhu. Bila nak naik, bila nak turun. Jangan asyik naik je. Anak pun jadik benci. Jaga anak betul-betul. Harta tu der ! Mana boleh beli kat pekan sehari ?

Lu caya cakap gua, satu hari dia akan berterima kasih sebab didik dia macam tu.

Antara dendaan yang gua paling ingat
a) Kena cubit dengan cikgu BM di bawah ketiak sebab tak siap keje. Balik rumah mesti kat kawasan tu melecet dan pedih tiap kali mandi
b) Kena tampar dengan cikgu Sains sebab bising dalam makmal
c) Kena tulis ‘Saya Tak Ponteng Sekolah Lagi’ 1000 patah perkataan
d) Kena tampar (lagi) dengan cikgu apa ntah sebab sorokkan barang kawan

Cukupla empat je.Lebih-lebih kang nampak gua nakal nak mampus kat sekolah. Gua rasa kalau empat denda ni jadi kat kanak-kanak sekarang, mak ayahnya mesti yang lebih-lebih! Naik court! Cikgu bayar ganti rugi. Niat mendidik tak sampai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR