Friday, December 30, 2011

Review: Jaga Kelakuan Sebab Mak Bapa yang Tanggung Malu (We Need to Talk About Kevin)


Filem ini tidak bercerita secara linear dan jalan ceritanya bukanlah sesuatu yang komersil. Jadi jika fikiran berat, ambil masa untuk menonton berbanding komen sana sini pening kepala tak faham. (That is always our audiens keep complaining about. Asyik nak entertainment value.Cerita sampah pun cakap best)

We Need to Talk About Kevin diadaptasi daripada novel hasil tulisan Lionel Shriver center around kehidupan Eva Katchadourian (Tilda Swinton) seorang travel agent yang berjaya suatu masa dulu, terpaksa hidup dalam cercaan dan hinaan masyarakat akibat tindakan anaknya Kevin Katchadourian (Ezra Miller) yang membunuh sejumlah besar rakan sekelas dan cikgunya di sekolah (massacre). Tak cukup dengan itu, ayah dan adik perempuannya Celia turut dibunuh.

Align CenterPremis cerita ini turut menunjukkan flashback bagaimana Eva dan suaminya Frank Katchadourian (John C.Reilly) membesarkan Kevin yang kuat menangis masa infant, repulsive semasa kecil, suka ejek-ejek mak dia cakap, tak menunjukkan sebarang minat dalam apa-apa bidang (tahu sebut Kill..kill..kill masa main PS dengan bapak dia) dan turut menunjukkan permusuhan dengan ibunya sendiri.

Actually, Kevin ni pada pandangan aku seorang budak yang bijak. Dia ada perspective sendiri. Ada babak dia mengira dengan baik. Ada babak dia tahu bagaimana adiknya terjadi walaupun it’s a big deal when toddler can say fuck in front of an adult. Kevin adalah figura budak bermasalah yang memerlukan perhatian sangat lebih daripada penjaga.

Eva, on the other hand macam give up nak membesarkan Kevin, at one stage dan bercadang mahukan anak lagi dimana dia sangat-dying-mahukan anak perempuan and surprisingly anak perempuan dia sangat cheerful like ordinary child, compared to Kevin (probably mungkin semasa mengandungkan Kevin, Eva macam tak boleh terima kehamilan itu)

Frank menyedari hal itu lalu menghadiahkan set memanah kepada Kevin sehinggalah menjadi pemanah yang tepat. Well ironically, set bow and arrow itu digunakan untuk membunuh, mencapaikan hasrat Kevin untuk masuk TV dan jadi famous.

Editing filem ini sesuatu yang aku nak puji. Ia bergetar dalam setiap babak yang cacamerba-disusun tidak linear, berdasarkan lakon layar yang dikehendaki oleh pengarah. Ia dimulakan dengan pesta tomato which all visitors dalam keadaan merah menyala. Ya. Filem ni memang ‘berdarah’ dari segi konsep thriller walaupun kita tak nampak darah membuak-buak di atas lantai. Despite all the typical screaming, filem ini banyak silent moment (tanpa music) which is bagi aku lagi scary.

Acting? Superb! Kita dapat merasai simpatinya Eva tatkala ditampar oleh orang awam, rumahnya disimbah cat merah (mengingatkan aku kepada kedajalan Ah Long), Tidur malam terganggu bila teringat apa anak dah buat, kawan-kawan pejabat tak nak bercampur walhal satu ketika, sebelum anaknya dipenjarakan, Eva hidup selesa sebagai Travel Agent yang berjaya.


Academy Award Winner Tilda Swinton mempamer mutu lakonan sangat menyakinkan walupun melalui air mukanya saja, we believe she’s in a big suffering (Nominates in Upcoming Golden Globe for Best Actress in a Leading Role:Drama). Begitu juga Ezra Miller sebagai Kevin. His eyes, ya Rabbi..aku tengok pun scary. Ada devilish look dan rasa macam nak terajang kalau dapat anak macam dia ni. John C.Reilly..boleh la. Sebab kenapa? Sebab aku asyik bayangkan watak dia sebagai husband lurus bendul dalam musical Chicago!haha


Seperti mana jalan cerita ini tidak linear, begitu juga endingnya. Dua penunjuk bagaimana Eva memafkan Kevin adalah: (By rights Eva dah practice one of well known proverb ‘Busuk-busuk pun anak aku juga’)

1. Ketika Eva menggosok semula baju Kevin, menyimpannya dalam almari, mengecat semula bilik tidur Kevin (rumah yang disewa Eva selepas tragedi) dengan warna biru.
2. Memeluk anaknya di pertemuan terakhir mereka sebelum Kevin dipindahkan ke adult cell (sebab umur dah 18 tahun)

Filem ni diakhiri dengan fade putih menunjukkan Eva memilih life untuk terus hidup walau selepas 2 tahun tradegi, mungkin ada mangsa yang mengingatinya. That’s why, sebagai anak jagalah air muka mak bapa anda. Buat salah, mak bapa tanggung malu sampai mati.

* Review terakhir tahun ni. Phew!




Next Review: Samada Albert Noobs, The Skin I Live In, The Artists atau My Kingdom??

Thursday, December 29, 2011

Karat #14: Pembongkaran. Siapa AL? (Akhir)

Tuan blog tak paksa gua nak reveal segalanya.

Tapi dia kata adalah lebih baik untuk gua ujar siapa gua sebenarnya kepada semua pembaca slot ni.

Pertamanya gua nak minta maaf kalau sepanjang penulisan slot Karat ni ada yang terasa hati. Perkara biasalah kalau lu semua benci tulisan gua walaupun kita tau benda yang gua bebelkan dalam laman sekangkang kera ni ada gak betulnya, kan?

Ok la. Gua tanak tanggung lama-lama.

Gua adalah..

(lihat penulis pada poster)


Senyum.

Yup. AL adalah penulis blog ni. Rasa ditipu? Aku nak minta maaf banyak-banyak sangat. AL adalah short form yang aku gunakan untuk ALter Ego, satu perasaan lain yang kita gunakan untuk melakukan sesuatu, seperti menyamar atau memujuk hati supaya berlaku alter ego atau kata mudah ‘The Other I’

Tujuan sama sekali bukan nak cari publisiti murah.Tak sekali ya. Tujuan aku nak bongkar sisi gelap penulisan aku supaya kelihatan lebih ‘keras’ pembacaannya. So I decide to disguse as someone else. BTW, member aku yang nama Kay tu memang wujud. He’s part of my life as friend and wonderful listener.

Sekali lagi aku minta maaf yek. Jangan dibako blog ni sudah le.

*Slot Karat akan diganti dengan mini siri Segijiwa bermula minggu depan, jam 7 am

Wednesday, December 28, 2011

Lelaki Seperti Aku: Tabu-nya


Ok tak de kaitan dengan ulasan Tabu novel keluaran Fixi. Masih tunggu panggilan pos untuk pikap buku itu di pejabat pos (order 6 buah; tajuk berlainan;beg free lagi)

Lelaki. Shape, size pelbagai kau akan temui di mana-mana.

Lelaki. Selama hampir dua puluh nam tahun hidup sebagai lelaki, ada beberapa perkara yang boleh jatuh sebagai diskriminasi.

Men’s Health jatuh dalam majalah lelaki. Tapi kenapa bila lelaki baca, segelintir akan pandang pelik? Hint: Lead to gay-you-know-what-I-mean. Habis tu perempuan yang baca majalah wanita tu semua lesbo ka?(panggung dagu, senyum)

Payung. Penting kalau hujan. Tapi ada segelintir akan pandang pelik kalau lelaki pakai payung. Tengok occasion. Kalau hujan, kan tak basah. Takya la nak kerek sangat tak pakai payung ended up with basah lencun. Dalam kereta kena standby satu.

Lelaki, tak tahu pasal kereta bukan lelaki namanya. Salah ni bai. Ayat yang betul adalah tak semua lelaki expert pasal kereta sebelum memilikinya. (tekankan perkataan tak semua tu). Ia sama macam kes, tak semua perempuan pandai masak. Tapi bila dah kahwin, handal kalah masterchef.

Warna merah jambu dikaitkan dengan perempuan. Ini mitos je. Don’t afraid of pink (ok nasihat pada diri sendiri sebab aku agak fobia ngan kaler ni, just because of my skin tone tak match ngan pinkish shirt. But it would be nice if I try one soon.haha)

Pesan pada diri sendiri, juga lelaki yang lain, biar 2012 mendatang ni menjadikan kita lelaki yang boleh di harap pada emak, adik perempuan, bakal isteri, rakan sekerja perempuan because wanita secara harfiahnya memang memerlukan lelaki sebagai sokongan dan perlindungan.

Ingat wahai lelaki, letakkan wanita di tempat paling istimewa dalam diri anda, (aku juga). By rights, mereka kan dari tulang rusuk lelaki juga. Siapa nak jaga mereka kalau bukan kita?

Tuesday, December 27, 2011

Shortie: Baham


‘Saya nak tolong mak’
‘Jangan harap. Mak tak nak kau susah macam mak’
‘Susah senang kita sama-sama’

Salmah senyum. Raut wajah anak lelakinya, Baim diraup perlahan.

‘Mak nak kau ke sekolah. Belajar. Jadi budak pandai’
‘Ilmu pelajaran kat mana-mana boleh cari, mak!’
‘Pandai cakap. Kau ingat senang nak cari duit?’

Sindiran ibunya mengundang senyum pahit di wajah Baim. Bungkam tak bercakap.

‘Jadi orang pandai. Jangan jadi orang yang menyusahkan. Jangan gelapkan masa depan’

Salmah memujuk. Dia tahu Baim makan pujuk. Di usap lagi rambut ikal Baim.

‘Mak akan pergi. Selagi lintah-lintah darat tu tak datang ganggu hidup kita. Selagi mak tak habis bayar hutang mereka, selagi tu mak takkan balik’
‘Tapi kan ayah yang pinjam. Kenapa mak yang kena tanggung?’
‘Ayah sebahagian dari mak. Sebahagian dari hidup kamu. Jangan salahkan apa yang dah jadi. Tempuhi hidup dengan berani’

Baim angguk. Paksa diri untuk menelan sesuatu yang pahit. Belajar untuk terima kenyataan perit.

Salmah menghela nafas memerhati kegelapan malam sambil Proton Saga milik kawannya Rohana masih terparkir di bahu jalan. Kelihatan raut Rohana dari dalam kereta keruh tak keruan, menyebabkan Salmah lekas memeluk anaknya erat.

‘Mak pergi dulu, Baim. Ingat! Jadi manusia!...dan apa pun yang terjadi, jangan sesekali menyerah dalam hidup ’

Baim angguk. Kolam matanya bergenang. Tetapi cepat ditahan. Anak jantan, dalam mana keadaan apapun, hati perlu waja. Teguh kerikilnya menempuh badai yang datang menghempas.

Salmah menuju ke Saga perak Rohana, membuka daun pintunya lekas sebelum duduk selesa. Tanpa banyak soal, kereta itu memecut pantas sebelum membuat lencongan ke Bukit Hantu.

‘Kau pasti apa yang kita buat ni, Sal?’
‘Semestinya’

Saga menderu memecah sunyi Bukit Hantu. Tampak satu ruang yang agak luas tatkala lampu sorotnya melewati jajaran pohon sena yang mencuar tinggi.

‘Kat sini aku rasa sesuai’

Rohana ikut perintah. Saga diparkir segera. Enjin kereta dimatikan.

Senyap

Dua wanita ini bingkas membuka bonet kereta, lalu dibalik sinaran bulan terang benderang, terdedah satu bungkusan hitam besar berbodong kelihatan agak sukar untuk diangkat bebannya.

‘Kau masih ada pilihan, Sal! Ni bukan kerja kita! Kita tak buat benda-benda macam ni!’
‘Aku terpaksa, Ana. Anak aku nak sekolah. Nak pakai duit. Kalau bukan dengan cara ni, cara bagaimana lagi? Roslan pula hutang lintah darat. ’

Rohana terkekau. Wajahnya pucat.Bungkusan sederhana besar dan wajah sahabatnya Salmah diperhati silih berganti.

Antara mahu dan tidak. Akal sedang dipintas nafsu sekarang.

Salmah memaut bahunya lembut.

‘Kau sendiri mahu ke kota. Mahu mulakan hidup baru. Aku pulak nak selesaikan hutang-hutang lintah darat jahanam tu. Kita tersepit dalam keadaan, Ana!’
‘Aku lebih suka kita tak terlibat dalam hal ni’
‘Kita terpaksa!’
‘Kita patutnya mempunyai jalan pilihan’
‘Tapi kita sendiri tersasar. Jalan apa yang kita ada?’

Salmah mencapai tangan Rohana. Digenggamnya erat.

‘Dalam hal macam ni, kita tak banyak pilihan. Kita cuma ada ruang sempit dan sikit cahaya. Kita pilih sama ada gelap atau terangnya saja’

Rohana diam. Wajahnya sayu.

‘Kejarlah impian kau atas usaha kita kelmarin. Masa gelap ini biar aku uruskan sendiri. Kita perempuan biar berdikari. Jangan harap pada lelaki semuanya! Kau berhak menentukan siapa diri kau, Ana’

Salmah menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir sebelum membiarkan Rohana pergi meninggalkannya bersendirian menguruskan saki baki sisa kegelapan dalam hidup mereka…

Tamat

*Mungkin ramai membuat tekaan apakah yang dilakukan Salmah dan Rohana. Well, jika anda pembaca yang pandai mencari clue yang subtle disini, aku tepuk tangan dulu ye:) Clue yang subtle tu boleh jadi banyak kebarangkalian

Monday, December 26, 2011

Perca-Perca Dua Ribu Sebelas


Dari setahun ke setahun tahun meninggalkan kita.

Yes. 6 hari lagi menuju ke tahun baru 2012. Ini tahun ke tiga bergelar sebagai blogger. Tak sangka suatu yang aku boleh kata – kind- of –isi-masa-lapang-dah-jadi-seperti-kerjaya-sambilan.

Freelance writer.hihi

2011 sebenarnya mengajar banyak pengalaman mandiri. Jika 2010 adalah peralihan dari usia budak university mengadaptasi ke dunia pekerjaan, tahun ini lebih mencabar sebab dua ratus peratus adalah kerja. Duniaku kerja. Kawan-kawan ku kerja. Kekasihku pun kerja.


Mujur ada social network kegemaran Twitter berbanding FB.

2011 sebenarnya tak banyak nak dirumuskan. Kerja seperti biasa. Tapi jika sebagai blogger, aku melihat pelbagai sisi positif sesi penulisan maya ni.

Pertamanya, terima kasih followers yang sudi follow blog ni walau kadang-kadang aku tak balas kunjungan balik. Bagi aku follower penting, tapi bukanlah crucial. Kalau tulisan kita itu bagus, tak mustahil blog kita akan dikunjungi dan kemudian diikuti. Aku hanya menulis.


Isi blog kebanyakan memang aku cuba relatekan dengan kehidupan seharian. Aku cuba dekatkan korang dengan pemaparan isu bukan semasa dan semasa lebih santai untuk pembacaan.

Beberapa slot-slot yang aku kira berjaya meraih komen-komen korang seperti:
Dia (Jan-April)
MAM (Jan-Dis)*Diteruskan-Berkala
Peram (Diteruskan-Berkala)
Karat (July-Disember)
Biar Gambar Bercerita (Diteruskan-Berkala)
Review (Diteruskan)
Dunia Lelaki (Diteruskan-Berkala)
Sunday Memory Lane (Diteruskan-Berkala)
Take 5 (Diteruskan-Berkala)

Sebagai penulis bebas juga, aku mengilhamkan beberapa siri cerpen dan mini siri (satu je tahun ni iaitu Keramat Lima; Himpunan pengalaman seram dan ngeri sebenar beberapa blogger)

Satu lagi (seolah) emancipation aku kepada genre-genre yang jarang di explore adalah cerita kontot ‘Shotie’

Panjang muka surat Microsoft Words yang aku tulis hanyalah 3 helai saja.


Alhamdulilah. Tuhan masih memberi kudrat untuk aku terus menulis tahun ini. Aku terus berdoa supaya tahun 2012 ini memberi banyak lagi idea dan teguran-teguran positif menerusi laman blog selain mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca.

* Jangan lupa untuk membaca episode pertama Segijiwa, 5 Januari ini. Klik sini untuk Deskripsi watak
** Khamis ini, pembongkaran siapakah AL. Dia dah hantar draf autopost Khamis ni bagi mengelakkan dibaling telur tembelang.hahaha

Friday, December 23, 2011

Review: Cinta dan Restu Ibu Bapa (Di Bawah Lindungan Ka’bah)

Filem dari Indonesia ini dikatakan sebagai filem paling mahal dalam pembikinan, malah tempoh pengambarannya juga lama. Ini dapat dilhat dengan set kampung Padang dengan struktur Minangkabau, Kota Makkah pada tahun 20-an (sangat believable!!), pembinaan masjid kecil, busana pelakon dan satu set kincir air gergasi yang menunjukkan bahawa setting filem ini menerangkan penduduk kampungnya sebagai petani.

Di Bawah Lindungan Ka’bah ditangani oleh Hanny R Saputra yang sebelum ini cemerlang dengan beberapa filem cinta seperti Heart dan Love is Cinta

Di Bawah Lindungan Ka’bah adalah kisah adaptasi dari novel pengarang tersohor Hamka dengan judul yang sama. Rasanya ini bukan pertama kali novel ini di layar perakkan.Tak silap ia pernah difilemkan dulu.

Jainab dan Hamid.Sweet je

Filem ini membawa korang ke zaman 20-an di Padang menceritakan tentang kisah dua darjat muslim antara Hamid dan Jainab (aku lebih suka nama Jainab berbanding Zainab sebab lebih klasik) yang saling menyukai dalam diam. Jainab bermimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang mencintainya manakala Hamid mahu menyempurnakan hasratnya untuk ke Tanah Haram.

BoldSuka babak ni

Penentangan terhadap cinta mereka terhalang apabila Hamid menyelamatkan Jainab dengan teknik CPR-pernafasan mulut ke mulut- yang membawa kepada pandangan keji masyarakat kampung.Hamid diusir kampung, ibunya (dimainkan dengan sangat cemerlang) sakit lalu Jainab tak keruan.

Memburukkan keadaan apabila bapa Jainab meninggal dunia ketika perjalanan ke Tanah Haram dan ibu Jainab (aku suka lakonan Widyawati Soophian) seperti memaksan Jainab untuk dijodohkan dengan Ariffin, seperti yang dijanji semasa Almarhum ayah Jainab-Ungku masih ada.

Percintaan dua darjat

Novelnya aku tak baca, jadi seratus peratus review ini berdasarkan pandangan seorang audien saja. Dari segi pengadaptasian, aku dah membaca few bloggers (Mostly dari Indonesian) yang mengatakan filem ni tertinggal beberapa elemen penting seperti hak wanita (isu feminism) yang kuat dari Jainab mahupun pemberontakan masyarakat Muslim menentang Belanda pada tahun itu. Aku melihat nama Armantono (penulis lakonlayar untuk blockbuster Ombak Rindu) juga Titien Witiemina—Penulis lakonlayar bersama dalam filem Love (arahan Kabir Bhatia, adaptasi dari Cinta).


Jalan ceritanya mungkin sedikit songsang pada novel. Tetapi kata bual (dialog) filem ini tersangatlah INDAH! Barisan pelakon yang dipilih pada mulanya kelihatan agak miscast tetapi keserasian antara Laudia Cynthia Bella dan Herjunot Ali menyerlah selang minit seterusnya. Herjunot Ali sebagai Hamid tampak polos. Tapi tetap tak boleh banding karakter Khilodi Asadil Alam sebagai Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih.

Setting filem ini menawan. Temanya juga jelas. Mungkin sebab latarnya zaman 20-an dan masyarakat-masayarakat yang sangat jujur, cinta yang tak melebih-lebih (peluk-peluk, pegang pipi sorts of), ketaatan anak kepada orang tua, orang muda yang sanggup meredah lautan luas untuk menuntut ilmu, belajar ilmu agama selain tutur kata yang sangat mudah difahami lenggok bahasanya. Sisi miskin Hamid dan kaya Jainab juga teserlah dengan permainan warna terang dan gelap.

Aku suka kata bual ini:

Inilah harkat perempuan yang mulia dan bermartabat, dengan lima sifat utama. Benar, jujur, pandai, fasih terdidik,dan bersifat malu.Dari merekalah kita dilahirkan.Kepada mereka lah kasih sayang kita, kasih kita seharusnya berada

Overall cerita ini bukanlah filem islamiah terbaik yang ditonton dari seberang tambak. Jika diberi pilihan, aku lebih suka menonton Perempuan Berkalong Sorban. Intipati feminism nya lebih menyerlah. Watak Revalina S Temat kelihatan lebih bernyawa berbanding Laudia C.Bella. Malahan watak Widyawati dalam P.B.S juga lebih berdimensi berbanding watak orang kaya dalam D.L.K ni.

Mungkin kalau direktornya Hanung Bramantyo?hehe



*Sudah menonton We Need to Talk About Kevin! Horrific!!! Pertama kalinya saya melihat imbasan Oscar dalam watak Tilda Swinton yang selama ini saya agak annoy dengan lakonannya.lol

Thursday, December 22, 2011

Segijiwa: Coming Soon dan Siapa AL?


Akan datang Jan 5, 2012

Segijiwa, satu perasaan berliku dengan empat jiwa yang bersegi segi Emran, Anne, Lukman dan Nia.

Here's some sneak peak of Chapter 1


‘Embah kau, nampak kejam? Ni dah tahap kejam gila tau tak? Abang kau baru je meninggal. Kau nak berjoli sakan kat Hanoi tu buat apa?’
‘Reduce stress la apa lagi. Malas aku nak menghadap fail tinggalan abang aku tu!’
‘Anne! Bawak-bawakla bertaubat. Abang kau lebih perlukan sedekah. Yasin ke? Kau ni gila ke apa?’

Anne memandang Ramona pelik. Tangannya kemudian di angkat menekup dahi perempuan itu.

‘Kau demam ke Mona? Nak aku hantarkan ke klinik?’
‘Aku serius tahu?’
‘Perempuan yang selalu poya poya ke kelab malam nak nasihat aku itu ini? Give me a break!’
‘ Fine! Moral memang aku out. Tapi sekurang-kurangnya aku masih mampu sedekahkan Al Fatihah masa atuk aku meninggal dulu!’
‘Dulu is like when? Fifteen thousands years ago?’
**


* Segijiwa akan menggantikan slot Karat yang dah bersiaran hampir 6 bulan.
** AL akan membuat penampilan istimewa menjelang siri akhir Karat pada Dec 29 2011. Well aku rasa kan mesti ramai nak tengok siapa AL ni. Macam mana orangnya:) Habis la ko, AL!

Wednesday, December 21, 2011

Peram: Katak Dalam Gelas vs Katak Bawah Tempurung

Katak dalam gelas ni?Gulp??


Katak?

Slimy, amfibia dengan kaki belakang yang pantas melompat.

Asalnya dari berudu, (well masa kecil selalu bermain di lopak air selepas hujan dan terasa sangat jakun apabila melihat berudu berenang-renang seperti ikan)

Sekarang, apabila mengimbas berudu, lalu aku membayangkan sperma dalam rahim ibu sebelum sperma itu menjadi kita sekarang.

Stop cerita berudu dan sperma.

Kembali pada cerita katak.

Kita sering dengar peribahasa jangan jadi macam ‘katak bawah tempurung’ literary means, jadik orang tu jangan tak ambil tahu dunia luar.

Ada baiknya kan? Nak-nak manusia zaman sekarang. Semua maklumat kat hujung jari je. Gosip-gosip boleh dapat kat internet je Kak Bedah hoi! So bila sembang isu semasa, tak adalah kita jadi ‘kera sumbang’.

Tapi pernah dengar peribasa ‘katak dalam gelas’? Nehhh tak pernah dengar kan? Kan?

Ini sebab peribahasa ni cikgu kimia aku yang create. Nama dia Cikgu Habsah. Mana la dia sekarang. Habis puas aku jejak kasih kat FB. Tak jumpa pun weh! Thanks to you Cikgu Habsah. Credit to you sebab saya dah guna peribahasa tu untuk membahan pelajar saya yang TAK MAHU AMBIL TAHU LANGSUNG pasal dunia atau isu luar. Kata lain menge-dog (baca menganjing)

Katak dalam gelas? Senang.

Tangkap sekor katak. Bubuh dalam balang yang macam gelas tu.Pastu tutup lubang baling tu dengan pemberat. Kau akan melihat mata katak tu seolah-olah blinking-blinking chioomel . Terkebil kebil tengok action kau kat luar tanpa mampu buat apa-apa.

Orang yang hidup macam ‘Katak dalam Gelas’ ni seperti zaman sekarang. Ada teknologi. Ada sumber tapi langsung tanak tahu perkara sekeliling. Takda inisiatif untuk ambil tahu.

Kalau dah tahu tapi tanak ambik port, tak apalah.

Kita ada hak nak buat keputusan sendiri kan?

Actually, jadi ‘katak dalam tempurung’ lagi okey dari ‘katak dalam gelas’.

*
Ada penonton dah review filem Songlap. The thing in Malaysian viewers, mostly semua suka citer lawak-lawak lengai, rempit, hantu pesen satu hala! Well nasihat aku, Songlap banyak pengertian yang subtle. Jangan nak harap ceritanya rata je. Ye. Tonton filem sebab nak reduce stress jadi buat apa nak serius kinda stuff, but kemon la, sampai bila nak melengaikan diri dengan menonton sesuatu yang ‘sengal’ di layar lebar lepas tu ketawa terbahak-bahak macam tin kosong, disepak kelentang kelentung tak ada isi??

Sudah menonton filem ini. Heart wrenching piece. Another Indonesian film that making into 84th Academy Awards (before being shortlisted). Our Malaysian film that making into Academy Award entry was Puteri Gunung Ledang

Tuesday, December 20, 2011

Shortie: Vie


Kau percaya kalau dia tak curang?
'Ya! Aku percaya! Aku takkan sesekali dengar cakap-cakap bodoh kau tu!'

Vie mengangkat pinggir cawan berisi kopinya. Dihumban langsung ke lantai. Berderai.

Pekikkan matron kedengaran. Bayangnya berlari terkedek-kedek dilihat pada imbasan cahaya dari luar memenuhi dinding mansion besar itu.

‘Puan! Semuanya baik, puan?’
‘Tak payah lah nak berpuan-puan dengan aku!’

Matron berbaju putih, badan sedikit dempak itu mendiamkan diri. Jerkahan Vie mematahkan niatnya untuk bertanya lagi.

‘Rokok aku mana?’
‘Rokok?’
‘Yalah rokok, bangang! Kau jangan sampai aku panggil kau bodoh pulak! Dah lembab, nak jadi pekak pulak?’

Vie menghamput. Matanya dijegilkan memerhati Matron yang tergesa-gesa mencari sebatang rokok, dinyalakan di hujungnya dengan pemetik api sebelum disuakan pada puannya yang berang.

Matron itu memandang Vie dengan prihatin.

‘Tak elok kalau puan ambil rokok ni. Kesihatan puan boleh terjejas’

Vie mengerling. Air mukanya berubah jengkel.

‘Terjejas atau tak itu bukan urusan kau. Ni manuskrip berlambak-lambak ni siapa nak siapkan?’, soal Vie berang. Asap rokok dihembus berkepul kepul. Seketika dia menyambung. ‘Ini aje periuk nasi aku. Dunia aku. Selagi gaji kau aku tak potong, ikut saja apa yang aku suruh, faham?’

Matron separa abad itu mengangguk lemah. Langsung tiada niat untuk mempersoal, jauh sekali mencerca majikannya yang garang tak bertempat itu. Dia hormat Puan Vie. Dia mahukan yang terbaik untuk Puan Vie. Salahkah kalau dia mengambil tahu? Menegah mana yang tak perlu?

Matron itu melangkah pergi. Melangkah dengan penuh positif yakin bahawa Puan Vie akan berubah satu hari nanti. Vie, walaubagaimanapun merentap tangan Matron itu.

‘Aku tahu kau buat ni semua kerana aku. Suami aku pun nasihat banyak kali. Tapi apa yang boleh aku buat? Menulis dan rokok dah jadi sebahagian dari hidup aku yang dah berpuluh tahun di dunia ni’, bisik Vie perlahan.

Air muka garangnya tak semena-mena menyusut simpati. Air matanya bergenang.

‘Temankan aku sampai akhir hidup?’

Matron itu mengangguk lalu meninggalkan Vie keseorangan, membelek-belek manuskrip Between the Acts tulisannya, dia menutup kemas manuskrip itu teliti.

Kau nak ke mana?
‘Pergi jahanam. Kau jangan sibuk urusan aku!’
Kita kan kembar!
‘Kau yang membuatkan aku jadi macam ni, jadi berambus dari hidup aku!’
Kau melucukan aku, Vie! Habis suami kau siapa nak jaga?
‘Ramai perempuan yang lebih layak untuk dia! Aku ni menyusahkan!’

Vie mengambil kot besar musim sejuknya lalu dipakainya lekas. Menuruni tangga mansion mewahnya dengan senyap, tanpa pengetahuan si Matron, Vie keluar dari rumahnya waspada.

Dia berjalan perlahan menuju ke tebing sungai, belakang mansion nya. Beberapa biji batu sungai sebesar penumbuk diambilnya perlahan lalu dimasukkan ke dalam poket-poket kecil kotnya. Dipenuhkan lagi ruang kosong itu dengan serpihan batuan kecil.

Vie berjalan di tanah jerlus tebing sungai perlahan-lahan sambil suria petang memancarkan kemilau jingganya buat terakhir kali.

Langkahnya semakin ke tengah sungai, tatkala batu-batu di dalam kocek semakin memberat. Vie gagahkan diri untuk berjalan pada pasir jerlus sungai berkeladak itu.

Angin petang bertiup. Sesepoi bahasa.

Dia melangkah semakin ke tengah. Semakin dalam. Air sungai semakin memarasi hidungnya.

Ayuh Vie!! Hanya kesakitan ini dapat membunuh rasa sengsara kau

Pasir jerlus menjerat tatkala langkah Vie putus di tengah sungai. Tubuh terendam dalam air berkocak, ketika Vie sudah merasai nyawanya direntap dari tubuh badan.

Kejung..

Hidup.Berakhir

TAMAT

*
Kisah diangkat dari kehidupan sebenar penulis terkenal, Virginia Woolf (1882-1941). Semasa hayat, Woolf banyak menghasilkan karya femisme selain lesbianism (to name a few). Hidupnya tertekan semenjak usia 14 tahun lagi. Mentalnya sering terganggu dengan suara-suara aneh yang menyebabkan wanita ini mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan memasukkan beberapa ketul batu dalam kot labuhnya lalu membenamkan diri di sungai River Ouse. Kisah ini pernah difilemkan menerusi filem The Hours. Watak Virginia Woolf dilakonkan oleh Nicole Kidman yang menganugerahkan Oscar untuknya.

**
Judul Shortie ini diberi nama ‘Vie’ kerana nota akhir tulisan Woolf kepada suaminya Leonard Woolf mempunyai initial V di akhir nya. ‘Vie’ juga dipilih penulis kerana perkataan ‘Vie’ dalam Bahasa Perancis membawa maksud ‘Life’. Instead of dead, you can choose life,kan? Instead of sorrow, you can choose happy kan?


Kahlil Gibran: Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.

INGATAN: Membunuh diri adalah haram disisi agama Islam.

Monday, December 19, 2011

Kadar Iritasi aka Benci Doxey


Jadahnya tajuk.

Ok cop. Selamat berhari Isnin sayang. (*terasa merenyam pulak)

Jangan ada isnin biru sudah. Orang Kedah, Kelantan dan Terengganu dah mula semalam lagi Ahad biru dorang.haha

Dulu kita semua mengalukan kedatangan orang asing ke Negara kita. Technically kita panggil sebagai pelancong. By rights siapa tak bangga bila Malaysia yang kita cintai ni dikenali seantero Asia mostly sebab masyarakat yang berbilang kaum, hidup aman harmoni dan tempat-tempat maha menarik untuk dikunjungi.

Itu dulu. Masa tahun 1992. Tahun dimana mungkin yang membaca ni belum lahir atau mungkin masih tak pandai nak kesat hingus sendiri lalu slurp masuk dalam mulut.Yum yum. Masin, kan?

Apa lah aku. Sembang disgusting. (This is one of our beloved culture. Cover up the truth?)

Sekarang apa jadi? Berapa ramai sukakan kedatangan warga asing yang boleh kita panggil sebagai pelancong? Jika pertanyaan ini diperhalusi, bolehkah kita beza mana satu pelancong mana satu yang tidak? Well, itu bergantung kepada pandangan masing-masing. Yalah kan. Kata pandangan boleh menipu?

Jujurnya kita tak menghalang orang luar nak datang ke Malaysia. Tapi apabila segelintir (baca ya SEGELINTIR) membuat onar, habis semua kita pandang buruk. Satu pengajian yang aku telah ajarkan kepada pelajar adalah tentang aplikasi ‘Doxey Irridex’ atau nama panjang ‘Doxey Irritation Index’ (chiooomel je nama abbreviation dia)

Bermula dengan Euphoria-->Apathy-->Annoyance--->Antagonism

Terang punya terang, sampailah kepada Antagonism, dimana host (tuan rumah, technically komuniti dalam satu Negara) langsung tak ambil peduli malah open expression of irritation kepada pelancong atau pelancong-orang-asing

Seperti yang berlaku sekarang. Jenayah dan sosial yang paling kita nampak.

Berapa ramai dari kita yang…
a) …rasa selesa bila berada di gerombolan masyarakat asing/pelancong?
b) …rasa selamat apabila melalui satu kawasan yang didiami ramai masyarakat asing/pelancong?
c) …masih merasa kita mempunyai adat TIMUR yang tinggi?

Sekarang ni susah nak jumpa kawasan tarikan pelancong yang masih mengamalkan budaya timur. Ya technically sebab zaman dah berubah. Kalau debat perkara inipun, silap-silap dibahan kata ketinggalan jaman.

Well, apa yang tinggal inilah perlu kita selamatkan. Jangan untung kerana over dependency kepada pelancong saja. Luckily, Malaysia not one of the most country yang bergantung kepada hasil pelancong semata-mata.

Bila lagi nak merasa hidup aman damai, tenteram? Ini negara kita. Kita ada hak, kan?

Tersepit..

PS: Masih terkenang filem melayu lewat 80 an dimana watak anak dara yang duduk di pantai masih keluar berkelubung dengan kain batik, dibuat seperti tudung. Ayu pun ayu. Mat Saleh pun terpikat. Tapi apa yang dah jadi di Tioman baru-baru ni…agak la memalukan. As a people in this industry, economically speaking memang boleh jana untung berlipat ganda. Morality? Agama?

Ok aku tersepit.. (lagi)

Friday, December 16, 2011

Review: Semua Gara-Gara Ta*k (The Help)

Akhirnya berjaya juga menonton filem yang aku boleh simpulkan sebagai the best humanity!

The Help secara kasarnya menceritakan perjalanan hidup maid bernama Abailene (Oscar Nominee: Viola Davis) yang hidup sebagai servant dalam warga orang putih lewat 50’s. Di tahun tersebut, perbezaan warna kulit hitam dan putih memang amat ketara dimana warga kulit hitam dilayan berat sebelah oleh kulit putih. Konflik tercetus bila majikan kepada kawan Abailene,bernama Hilly, yang kejam (Bryce Dallas Howard) membuat satu cadangan ‘pengasingan bilik air buat warga kulit hitam yang dipanggil The Help dengan warga kulit putih’ kerana percaya The Help ini membawa sejumlah disease, bahaya untuk family apatah lagi anak pinak.

Minny yang berani dan loudspoken!

Sehinggalah Minny (Kawan kepada Abailine) dipecat majikannya Hilly. You know what, besoknya si Minny yang berani ni menghadiahkan ‘pie istimewa’ kepada tuannya. Kah kah kah. Aku tergelak besar bila si Minny kenakan bosnya yang memang kejam gila neh! Pai coklat isian 'istimewa' kinda "eat my shit".LOL

Kawan Hilly pulak yang namanya Skeeter (Emma Stone) seorang writer dan dalam banyak-banyak kawan, dialah yang nampak nak membela The Help supaya dilayan dengan baik dan apabila Minny dipecat serta beberapa Helper dilayan lekeh, dia menjadikan para Helper sebagai subjek penulisan buku sulungnya yang berjudul 'The Help' dengan menggunakan nama pena Anonymous:)

Kumpulan The Help yang ditindas

Filem ni jujur. Jujurnya kita dapat melihat bagaimana di zaman tersebut, para Helpers ini menjaga anak-anak kulit putih dengan penuh kasih sayang walaupun mereka tahu, bila anak-anak itu membesar, mereka akan buat perkara yang tak sepatutnya seperti menghina atau menghalau dari rumah bila tak diperlukan lagi.

Emma Stone yang gigih menyelongkar kisah The Help


The Help kaya dengan circle of feminisme. Feminisme bila mana watak Minny (lakonan mantap Octivia Spencer bangkit dari penderaan suaminya, lalu bekerja di sebuah mansion kepunyaan seorang perempuan simpanan. Itu belum termasuk Abailne yang fight for her right apabila dituduh mencuri oleh Hilly.

Satu ayat power yang disebut Viola Davis kepada Bryce Dallas Howard


‘You are godless women! Ain’t you die, Miss Hilly?’


Dialog power ini menyebabkan Hilly terus tersentak dan ada ura-ura nak tobat! Sikit jela..Padan muka ko!haha. Ingatan pada semua.Nak buat jahat, ingatlah mati sikit!

Emma Stone sebagai Skeeter tak pernah menghampakan. Serius! Dia akhirnya berjaya membuktikan yang dia bukanlah sekadar pelakon komikal saja (Dua filemnya 'Easy A' dan 'The House Bunny' adalah komikal)

Hilly yang kijam!

Ibunya sibuk suruh kahwin. Dia pula nak berjaya dalam karier. Dan apabila dia tahu, maid yang membesarkannya (Constantine namanya) diusir keluar dari rumah setelah lebih dua puluh tahun membesarkannya, Skeeter memberontak, langsung menyalahkan emaknya dalam hal ini. (Well you need to see for yourself sebab ada twist and turn)

The Help diwarnakan dengan props 50’s dengan perbezaan darjat white people dan black people. Semua karakter believable malahan aku sendiri teruja melihat lakonan Viola Davis lebih menyerlah berbanding penampilannya dalam Doubt, ibu yang protective apabila anaknya dicabul seorang Priest. (Which she garn an Oscar Nomination for Performance in Actress in a Supporting Role; eventually lose to Penelope Cruz’s Vicky Cristina Barcelona)

The Help menjanjikan pengajaran supaya kita jangan memilih warna kulit, bangsa atau budaya dalam apa jua keadaan. By rights, tak semua manusia sempurna, bai. Kadang-kadang mereka yang tak sempurna sifat inilah yang lebih mulia hatinya.

Selamat menonton!



Next: We Need to Talk about Kevin
[sebuah drama thriller tentang remaja bermasalah dan hubungkait dengan ibunya yang cuba mengingati masa silam semasa membesarkan anaknya itu]


PS: ya! Memang mood mahu menonton filem-filem terbaik 2011!!!

Thursday, December 15, 2011

MAM: Ketupat Goreng


Lama gila kot aku tak buat slot ni. Entry last masa bulan 4 lepas. Oh, btw slot Karat akan kembali pada 29 Disember 2011, menutup tirai slot itu yang setakat ini sudah menyiarkan 13 edisi. Terima kasih atas sokongan korang:)

Siapa pernah makan ketupat goreng? Alah baki-baki ketupat di hari raya yang tak habis, maka dijadikan ketupat goreng, dimana cara pembuatannya sama macam nasi goreng.

Al maklumlah, tanak membazir punya pasal.

Let's go economical,people!hehe Shall we?

Bahan-Bahan
8-9 biji Ketupat yang sudah dipotong dadu

Bahan Kisar
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 ulas kecil halia
5-6 batang cili padi (ikotlah kalau nak pedas, tambah bagi)
3-4 ulas cili kering, dibuang biji,direndam dalam air panas
Ikan bilis ikut suka, dibersihkan
Sedikit belacan, dibakar.

Minyak untuk menumis
Garam, Serbuk Perasa

Cara-Caranya
1. Tuangkan minyak.Panaskan
2.Tumis bahan kisar, around 2-3 minutes sampai 'terangkat' baunya. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak dalam kadar api yang sederhana. Jangan sampai garam tu berketul dalam ketupat goreng korang
3.Masukkan ketupat yang dah dipotong dadu. Kacau rata dalam 3-4 minit dan agak sedikit kering.
4. Dah siap dan bolehlah mencekik:)

BoldGambar tak berapa nak appetite.Guna camera aino.hahaha


* Ok benda ni sangat senang. Nak sedap, bubuhlah telur masa tengah menggoreng tu. Kacau cepat (quick stir) setelah telur dimasukkan dalam kuali. Ini mengelakkan telur daripada berketul di satu tempat saja.

** Hati-hati semasa membubuh garam dan serbuk perasa disebabkan adanya belacan. Belacan sendiri mempunyai kadar sodium yang tinggi. By rights siapa nak hypertension masa usia muda kan?

*** Bahan lain yang boleh juga diletakkan seperti potongan kecil kacang panjang, sayur campur atau hirisan ayam.Takdala nampak ketupat goreng tu dull je. Pastikan juga ketupat yang digoreng betul betul kering.Sebab ketupat ni ada sedikit moisture semasa kita menggoreng (technically disebabkan oleh bungkusan ketupat tu sendiri)

Selamat mencubaaaaa....

Justify Full

Wednesday, December 14, 2011

Take 5: Filem Bahasa Asing Wajib Tonton

Bertitik tolak dari entry Isnin lepas, aku nak berkongsi dengan beberapa filem bahasa asing yang aku sudah tonton sepanjang usia pengajian di Universiti. Well, aku tonton semua filem tak kira filem Melayu, Omputeh atau Bahasa Asing. Seronoknya tonton filem bahasa asing ni, kita boleh tengok ‘lenggok’ sinema luar berbanding dengan negara kita sendiri. Kalau korang rajin, carilah kat mana-mana kot-kot terjumpa.


[Toolompuk]

5-
Bangkok Love Story/The Maid/Jan Dara/Toolompuk/Bang Rajan (Thailand)
• Sinema Negara jiran ni jarang menghampakan. Dari kisah cinta terlarang dua lelaki yang menyedihkan kepada kisah pembantu rumah yang membongkar kegiatan jenayah, skandal pelajar dengan wanita lebih berusia atau kisah cinta adaptasi dari tragedy banjir besar mahupun semangat kental penduduk kampung menentang ketidakadilan, menjadikan sinema Gajah Putih ini kelihatan istimewa di pandangan mata aku. Kali terakhir menonton filem Thailand adalah menerusi Metro Sexual


[Powerful scene of Malena]

4- Malena/Maria Full Of Grace (Itali/Colombia )
• Dari citra wanita imaginasi seorang budak lelaki kepada wanita yang terpaksa menyeludup dadah memberikan dimensi baru terhadap filem dari Negara ini. Aku gemar persembahan Monica Belluci sebagai Malena


[Her dead mother coming back to tide up messy conflict among her life and her siblings]

3- Volver/La Mala Educasion/Roz Abrazos Rotos/Dot the I(Spain)
• Aku sukaaaaaa filem Spain lebih-lebih arahan Pedro Almodovar! Dari kisah struggling women, kepada perangai buruk seorang paderi, lalu menelusuri kecurangan seorang isteri dan permainan sepasang kekasih, Spain adalah antara Negara yang sangat kreatif!


[Biopic penyanyi terkenal Perancis, Edith Piaf]

2- Amelie/A Very Long Engagement/La Vie En Rose/ The Chorus (French)
• Kegemaran yang tak asing lagi. Dari perjalanan wanita yang memeriksan tahap ejakulasi seks, kepada kisah kekasih yang terpisah dari perang ditambah dengan kisah penghibur wanita penuh lagenda dan semangat kanak-kanak pedalaman untuk belajar muzik dengan penuh cabaran dan dugaan


1- Osama/Father/Children of Heaven (Afghanistan/Iran)
• Penuh dengan sikap kemanusiaan. Dari budak perempuan yang terpaksa menyamar jadi budak lelaki demi sesuap makanan, kepada pengorbanan ayah tiri dalam memenangi hati anak tirinya dan kisah sepasang adik beradik berkongsi kasut akibat hilang sebelah dan usaha mereka menyembunyikannya dari ibu bapa yang tak mampu untuk beli baru.


Lain-Lain Recommendation

1. Dogtooth (Grace)- Apabila seks dan kucing dijadikan perkara tabu dalam keluarga

2. Pasir Berbisik/Daun-Daun Di Atas Bantal (Indonesia) – Dari kisah gadis yang disleksia kepada gerombolan kanak-kanak miskin

3. Water (India)- Kisah keluarga seperti falsafah air. Dicincang manakan putus?

4. Biutiful (Spain)- Perjuangan bapa tunggal dalam menangai masalah keluarga dan hidupnya yang makin singkat akibat tumor

5. Vera Drake (Britain)- Kisah wanita yang membantu wanita-wanita yang terdesak kerana mahu melakukan pengguguran haram

Tuesday, December 13, 2011

Shortie: Adam


‘Kita balik sini lagi?’
Hail senyum.Wajah keliru anaknya Haidar dipandang sekilas. Ada kemilau tanda tanya di balik raut budak sebelas tahun itu.

‘Tak salah kan? Ini kampung ayah. Kampung Haidar juga’

Senyap. Nafas dihela tatkla jawapan si ayah menutur di pinggir bibir. Sebagai anak, tidak ada hak untuk dia bertanya itu dan ini. Seketika teratak Hisham, datuknya kelihatan dari kejauhan.

Sampai juga.

Dia mengeluh sedikit melepas lelah. Avanza dinaiki dua beranak itu diparkir selesa di bawah rimbunan sena mencuar tinggi. Sesepoi angin berpuput enak tatkala menelusuri laman bersih teratak papan itu.

‘Tau pun nak balik? Aku ingatkan dah lupa jalan!’

Suara menyindir memecah hening pagi. Dua beranak itu berpusing tatkala melihat Hashim masih gagah bertongkat memandang tegar. Tanpa mengucap sepatah, apatah lagi menyambut hulur salam anak dan cucunya, dia tergesa menaiki tangga meninggalkan Hail dan Haidar terpinga-pinga.

‘Dah jom naik!’, gesa Hail mempedulikan raut anaknya yang merenung keruh air mukanya yang berubah mendadak. Kelihatan di ruang tamu, Hashim sedang menyalakan rokok daun sambil menghembus angkuh. Lelaki separuh abad itu menjeling cucunya yang terkial-kial mengangkat bagasi besar.

‘Benda macam tu pun kau tak boleh angkat? ‘, sindirnya tajam. Haidar tersentak, hampir saja melepaskan bagasi merah maroon itu dari tangannya. Hail membantu sebelum menyuruh anaknya membawa bagasi itu ke dalam bilik. Hail menuju ke arah bapanya yang masih menghembus asap rokok daunnya. Salam dihulur lagi.

‘Abah apa khabar?’

Hasyim memilih untuk tidak menjawab. Huluran salam Hail sombong dipandang.

‘Mana bini kau?’
Hail mengeluh berat. Pertanyaan bapanya menggerogoti jiwa. Rasanya sudah hampir berbelas kali dia mengulang jawap pertanyaan yang sama. Dia dan Ana sudahpun bercerai. Bercerai selepas Haidar berusia lapan tahun lagi! Jawapan macam mana lagi yang abah nak?

‘Kan saya dah beritahu tiap kali saya datang ke sini?’
‘Aku tanya. Mana … bini … kau? Jawab dulu soalan aku!’
‘Saya dan Ana kan dah bercerai, bah’
‘Kenapa kau bercerai?’
‘Dah tak ada jodoh, bah!’
‘Itu jawapan anak lelaki bacul! Bacul sebab kau tak pandai nak jaga rumah tangga kau’

Hail tergamam. Wajah bongkak ayahnya dipandang dalam-dalam. Hasyim melempar sisa rokok daunnya ke luar jendela. Rona bengang Hail dilihat geram.

‘Kau yang tak pandai jaga bini! Lepas tu kau nak salahkan jodoh, pulak? Siapa nak jaga anak kau tu?’
‘Saya dah jaga dia sejak Ana tinggalkan kami’
‘Aku tengok budak tu macam kurang kasih sayang! Dah aku kata suruh kahwin dengan Zainab, kau tak nak!’
‘Saya tak cintakan dia!’
Hasyim ketawa deras. Kedengaran perkataan bodoh berulang-ulang di hujung katanya. Muncul pada ulas bibirnya.

‘Itulah kau! Degil! Kalau kau dengar cakap aku kan senang! Macam Along kau tu’

Hail tiba-tiba menyirap. Sejak kecil lagi kerap benar dibandingkan dengan abang sulungnya itu. Apa bagusnya Along?

‘ Abah tak habis-habis nak bandingkan saya dengan Along!’
‘Dah Along kau memang bagus. Nak kata apa lagi?’
‘Yalah! Dia sorang yang pandai Matematik. Saya tak pandai. Dia sorang yang masuk MRSM, tapi saya ada peluang abah tak bagi masuk! Saya selalu dapat barang second hand dari Along. Abah tak pernah beli baru pun untuk saya! Apa lebihnya Along? Apa kurangnya saya, bah?’
‘Aku tak pernah nak kurang lebihkan siapa-siapa!’
‘Abah pandai cakap! Abah ingat mata saya buta? Siapa saya di mata abah?’

Sampai disitu Hail tak mampu menahan sabarnya. Dia menderu langkah membiarkan Hasyim menelan ‘sebutir sebutir’ apa yang dikatakannya tadi. Perasaan berbuku itu sudah bertahun dia simpan. Jujur hati berkata. Kenapa mesti Along dilebikan? Kenapa mesti Along dijulang? Kenapa mesti Along didahulukan?

Dia menekup wajahnya tegar. Menutup rona dengan sedikit dosa terasa terpalit. Kolam matanya panas.

‘Ayah…’

Hail berpaling. Air matanya merembes. Kelihatan Haidar melempar senyuman memujuk. Hail memaut bahu anaknya sambil menundukkan sedikit paras tubuhnya.

‘Walau apa pun yang terjadi, ayah akan tetap jaga Haidar! Ingatkan ayah kalau ayah sudah abaikan Haidar!’
Budak lelaki itu mengangguk. Hail menyambung.

‘Jangan melawan cakap emak ayah. Berdosa besar. Buruk mana pun, mereka tetap ibu bapa kita’, bisik Hail sebelum memeluk tubuh kecil anaknya sebelum berkira-kira hendak ke ruang tamu untuk memohon secebis kemaafan kepada abahnya, Hasyim.

Anggaplah apa saja yang dicakapkan abah itu betul. Dengan doa, tak mustahil hati abah lembut…

TAMAT

Ingat, hidup kita tak lama. Hidup mak ayah pun tak lama. Redha ibu bapa, adalah redha Allah jua…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR