Tuesday, February 21, 2012

Shortie: Sesal


“Ini dah sesi yang ke tiga. I’m hoping you getting better”

Lis diam. Tak peduli sangat apa suaminya nak cakap.
Steve memandu Viosnya sambil menanti jawapan balas si isteri.
Punat radio ditekan.

Alunan Sorry Seems to Be the Hardest Word berkumandang.

“Turn the damn radio la Steve!”

Lis memberontak. Mengusutkan rambutnya, mempedulikan si suami yang akur dengan terpaksa.

“Is it about the sessions? Awak tak suka sesi yang kita buat tu ke?”
“Orang gila je suka sesi-sesi kaunseling bodoh macam tu”
“I am trying here, Lis. Saya cuba! Saya harap awak bagi kerjasama!”

Lis menjeling suaminya benci.

Fuck!

“Go to hell with trying! I am tired of it la Steve!”

Pekikkan Lis membuatkan Steve panas telinga.
“Ooo… you ingat you sorang la penat? You sorang la stress? Kerja I yang melambak tu siapa nak siapkan?”

Steve melawan balik. Lis menghela nafas tak puas hati.

“This is how you treat your wife? Sibuk dengan kerja dan tak peduli dengan isteri yang ada masalah?”
“Bila masa I tak peduli? I temankan you tiap kali kita pergi kaunseling! And it ended up with you bitching around kata you stress konon-konon you dah habis mencuba?”

Lis memandangnya dengan satu perasaan yang sangat geram. Air matanya lekas bertakung.

“And now I’m a bitch?”

Kereta sudah diparkir di laman rumah dua tingkat itu. Lis membuka pintu Vios pantas sambil berpaling memandang suaminya benci.

“Fuck you!”

Dia menghempas pintu dengan kuat, berjalan menghentak kaki ke dalam rumah.
Steve mengeluh kesal. Dia menyertai Lis lima minit kemudian.
Kelihatan Lis sedang sibuk menuang breakfast cereal ke dalam mangkuk lalu dituang sedikit susu.

“Makan malam belum siap!”, bentaknya melihat kelibat Steve.
“Saya tak suruh awak siapakan makan malam!”, balas lelaki itu selamba.

“Dahtu? Terjengah-jengah macam kucing minta ikan ni pasal apa?”
“I want to check up on you. What you are doing?”
“I’m doing great! Thank you for asking! Tak payah susah-susah”
Steve tak puas hati. Matanya memerhati breakfast cereal yang masih tak terusik.

“Cereal tu sapa punya?”

Lis diam. Mengirai rambutnya kebelakang lalu menjawab selamba.

“Zach kan? His favorite”
“Lis?”
“Kejap lagi dia makan la tu”
“Do you hear me, Lis?”
“Kalau dia lambat makan, it’s getting cold and soggy. Dah lembik kang tak sedap!”

Steve maju ke arah isterinya. Menggapai pipinya, menekup wajah murung itu lalu dihadapkan ke mukanya sendiri.

“Zach dah takde”
“Dia pergi mana?”
“He’s dead!”
“What?”
“In car accident”

Lis merenggut cengkaman Steve. Cuba membebaskan dirinya. Wajahnya ditekupkan. Tangisannya kedengaran. Perempuan itu kembali merenung suaminya dengan pandangan tajam.

“I remember that night. You buru-buru nak keluar rumah dan terlanggar dia, kan?”
Steve menghela nafas. Terbit satu perasaan paling tak enak dikepala. Bersalah.

“I admit it was my fault”

Air mata wanita itu tak tertahan-tahan.

“Memang salah kau! Kau sebabkan kematian anak kita!”
“It was an accident!”
“You killed him!”
“Buat apa saya nak bunuh dia, Lis! Dia anak saya”
“Is it never occurred to you to apologize? Feel guilty all the time? Suffer?”

Lis memekik sekuat hatinya, mempedulikan jika jiran-jiran pasang telinga.
Steve diam mati akal. Lis mengepam bibir. Air matanya deras mengalir laju.

“Dua bulan saya cuba lupa dia. But I can’t”

Steve angguk pasrah. Lis menyambung lagi.

“Saya mengandungkan dia. Lahirkan dia. Even tahu breakfast cereal kegemaran dia!”, pekik Lis terus maju ke arah Steve, memukul-mukul dada suaminya.

Dia menangis lagi. Steve menenangkan.

“Zach selalu cakap… “mom, you are strong”… I guess saya tak mampu pikul semua tu”

Steve mengusap rambut Lis.
“Awak boleh”

Lis menghela nafas dalam-dalam. Wajah suaminya dipandang dalam-dalam.

“Saya yakin awak boleh tempuhinya. Kita sama-sama akan tempuhinya”

Dalam sisa tangis yang masih berbaki, Androidnya diraih pantas. Mendail tak tentu hala.

Talian bersambut.

Perempuan itu mengumpul kekuatan.
Tekadnya sudah bulat.

“ I want to check in myself…for a nervous breakdown”

TAMAT

**
ps: Pra Tempahan Antologi Kopi dah bermula sekarang! Baik cepat-cepat tempah sebab KOPI takkan DIULANG CETAK. Cetakan hanyalah LIMITED EDITION saja. Rugi woo! Harga RM 20 sekali dengan postage cost. Kenapa harus beli? Sebab kat dalam tu menghimpunkan penulis-penulis berbakat dan karya yang rare!!

KLIK SINI untuk membeli

ps 2: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan SegiJiwa. episod cliffhanger akan bersiaran pada Khamis ni, jam 6.40 am. Massive reveleation akan berlaku tau:P hehe


Wednesday, February 15, 2012

Mari Kita Rasa Kopi Julia. Promo Antologi Cerpen 'Kopi'

Click and open in a new tab untuk tumbesaran lebih jelas


Akhirnya. Alhamdulilah.

Ini adalah promo muka surat pertama 'Kopi Julia' yang ditulis secara enthusias oleh aku selain pertama kali ianya dibukukan. Jangan cerita pasal perasaan sebab gelodak jiwa ni Tuhan saja yang tahu betapa rendah diri ni melihat tulisan-tulisan penulis lain yang sangat berbakat, intruiging dan melankolik dalam himpunan adiktif ini.

Like dulu fan page INI dan kau orang semua pasti mengenali nama-nama yang dah biasa dalam penulisan mainstream dan indie.

Sebanyak 19 cerpen, Kopi Julia berada dalam senarai ke 17 maka tinggal lagi 2 cerpen yang masih tinggal. Sedikit sebanyak tentang Kopi Julia, well ianya tentang Julia lah! har har har.

Antologi Cerpen Kopi bakal dijual secara ONLINE pada 1 Mac 2012 ini.(tak lama lagi weyhhh) dan ianya TAKKAN DIJUAL KAT MANA-MANA KEDAI BUKU. Kelas kan? Eksklusif giteww!

Tapi kalau kata berhajat nak beli bukan online, buku comel ini akan dijual pada event Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, tak silap April ini. How's that sound? Fair enough right?

Selamat membaca promo ni, loike fenpej dan leh beli ONLINE:) hehe

Monday, February 13, 2012

Menyorot Bulan Februari, Speku Whitney dan Promo Back To Back Segijiwa:)


Bulan Februari memang bapak la sibuk. Bulan ni pendek, tapi few things need to be accomplish, as I am applogize if my entry turun naik macam bursa saham. InsyaAllah bila semua dah settel down, ia akan kembali berupadate macam biasa. Sekarang ni sedang perah otak untuk adaptasi. Adaptasi apa? Nanti nantilah aku bagitau. Tak sepraise okay nak bagitau awal-awal. Letih juga nak adaptasi ni rupanya. Wheww

Few news update had shock the moments kan, especially upon Whitney Houston RIP. Apa yang aku nampak, media sebelah sana sukalah nak speku-speku bagai. As aku tahu through readings and sorts, Whitney memang ada ketagih dadah whatsoever semenjak jaman dia dengan tok laki dia, Bobby Brown. Suara dia masa nyanyi memang mantap lah, tapi lepas Mariah Carey steal the show, carrier Whitney macam suram-suram malap giteww. Tapi royalty dia jangan cakaplah beb. Makan tujuh keturunan belum tentu habes.

Kematian Whitney sekali lagi meletakkan rumours, hearsay as well as speculation yang spektakular setanding dengan kematian MJ, Amy Winehouse waima Heath Ledger. In carrier, Whitney diminati kerana kemerduan suara, how she inspire people selain bagaimana struggle nya dia nak lepas lari dari ketagihan dadah (kokain) dan alkohol sepertimana yang dilapor media sebelah sana.

Well, mungkin pasni ada director nak buat film biografi dia? he he he. My choice tentulah Jennifer Hudson!

One of my favorite song! Tak silap dipetik dari filem 'Bodygurad' ala-ala filem Gemilang Erra Fazira tu la:P




ps: Terima kasih bagi mereka yang menyokong penuh penulisan Segijiwa:) Sebagai tanda terima kasih, aku menyajikan BACK TO BACK episodes Segijiwa pada esok dan Khamis, bermula jam 6:40 am:)

Well, keep guessing who's Emran sebelum episode cliffhanger February 23, 2012:)

Yang belum membaca, bolehlah click kat pic.Setakat ni baru sampai episod 6:)

Friday, February 10, 2012

Review: Trailer Adiwira Labah-Labah (The Amazing Spider Man:Reboot)


3 Filem berfrancisekan adiwira superhero labah-labah ni berjaya mencatat kutipan memberangsangkan. Tiga filem terdahulu dihasilkan dengan bergayanya oleh Sam Raimi yang terus memperkenalkan aktor Tobey Maguire (terkenal dengan beberapa filem independent ‘Big Fish’) selain aktres Kristen Dunst (juga terkenal dengan filem indie seperti The Virgin Suicide).

Andrew Garfield akan jadi fenomena macam Tobey Maguire

Seantero dunia kenal dengan dua pelakon ni sebagai peranan Peter Parker dan Mary Jane Watson. Turut menjadi tempias adalah aktres Bryce Dallas Howard sebagai Gwen Stacy, Oscar Nominee- James Franco sebagai Goblin mahupun Topher Grace sebagai Edie Brock aka Venom.

Tinggalkan kejap perkara lama. Mari kita tonton lebih seronok lagi (mungkin)


Emma Stone..pujaan hati.Suara serak basahnya..cekci!

Filem reboot Spiderman ini berjudul The Amazing Spider Man dilakonkan oleh dua bintang baru (err tak berapa barulah bagi aku). Andrew Garfield (The Social Network) dan Emma Stone (The Help) kedua duanya sebagai Peter Parker dan Gwen Stacy dibantu oleh Martin Sheen, Oscar Winner- Sally Field (Makcik dan Pakcik Parker) dan Rhys Ifans (Harry Potter and the Deathly Hallows) sebagai Dr Curt Conner aka The Lizard


Alter ego Peter Parker!

Semua dah tahu premis ni, cuma installment pertama diceritakan bahawa Peter Parker sebenarnya bercinta dulu dengan Gwen Stacy dan mendapat superpower yang amazing lalu bertukar menjadi Spiderman. Kekuatan Parker tu secara tak langsung mencurigakan pihak polis (kerana usahanya menangkap penjenayah) selain penjahat The Lizard yang cuba memusnahkan bandar. Turut diselitkan beberapa plot tentang siapa bapa Parker sebenarnya.


Parker tika nerd!

Whewww jeng jeng jeng

Ini antara filem yang aku tunggu-tunggu selain Snow White and The Huntsman.

Nidiah penjahatnya!!!


Filem yang dijangka ditayangkan pada July 3rd 2012 ini mungkin bakal dikeluarkan dalam bentuk 3D

Lizard dah bertukar daa


TRIVIA:
A) Filem ni asalnya nak diterbitkan dalam sekuel ke 4 Spiderman. Tapi pihak Sony dan Columbia Pictures mencadangkan untuk menghasilkan reboot saja

B) Aktres Emma Stone mewarnakan rambutnya dari red headed kepada blonde, which is rambut asal Stone

C) Kedua-dua pelakon utama pernah dicalonkan dalam Golden Globe 2011 dimana Garfiled dicalonkan menerusi Best Supporting Actor (The Social Network) manakala Stone menerusi Best Actress Musical/Comedy (Easy A)

D) Andrew Garfield..teringat kat kucing oren yang malas tuh! But he’s hot anyway!


Friday, February 03, 2012

Review: Tattoo Si Gadis (The Girl with The Dragon Tattoo)


Poster filem ni ada 2 versi:)


Fail kes lama dibuka. Siasat gadis yang hilang atau mungkin..dibunuh!


Gadis yang tinggal dengan family besar. Mungkin salah sorang suspeknya?


Rumah family si gadis. Situated at an island. How creepy is that?



Lisbeth Salander.Gempak minah ni. Ada tattoo naga kat belakang badan dia dan seorang hacker!


Penyiasatan dilakukan



Cari hubung kait dengan family



Dan Lisbeth akan bekerja dengan investigator cum penulis biografi hot ini. What do you expect?



PS: Rooney Mara get nominated for an Oscar for Best Actress in a Leading Role. Aku suka cara dia memotretkan watak Lisbeth Salander melalui adaptasi novel ni and of course a few pre-nude scene (ada ke term ni??) and keep me thinking of criteria befor you get nominated in Oscar. Seriously get nude and having wild sex? Sopan tak boleh?LOL. Here are some list of actresses that have been used their famme fatale and hell yeahh won the Oscar:)

1. Helle Berry: Monster's Balll
2. Charlize Theron: Monsters
3. Kate Winslet: The Reader
4. Natalie Portman- Black Swan

PS2: Sebelum ni aktress Naomi Repice dipertanggungjawabkan memegang watak Lisbeth Salander dalam filem versi Sweden


Wednesday, February 01, 2012

MAM: Kentang Pecah Telur- Mudah Dowh!


Pheww lama tak post entry untuk MAM. First edition untuk 2012 dan hey!! Dah bulan 2 meh! Selamat Datang Februari!

Dulu-dulu aku cari-cari makananan ni dan bagaimana cara nak membuatnya sebab aku ni:
1) Hantu Kentang
2) Banyak-banyak sayur, aku paling suka kentang
3) Kentang ni sedap
4) Kentang ni….ahhh apa-apa ajalah!
Most probably, resipi ni mudah dan kalau buat sendiri, ia lebih berbaloi kan? Moh kita tengok cara membikinnya:


Bahan-Bahan

5 biji Kentang, dikupas kulit, potong sederhana besar dan rendam dalam air
3 biji bawang kecil (shallot)- hiris halus
2 biji bawang putih (garlic)- hiris halus
Ikan bilis, disiang siap-siap
Tauhu Kering (direndam)
So’on (direndam)
Sebiji Telur


Instructions

1. Kentang direbus dalam ukuran air setengah periuk. Rebus hingga empuk estimation 30-45 minitues.
2. Masukkan Shallot, garlic dan ikan bilis bila Kentang sudah empuk. Kacau rata.
3. Masukkan Tauhu Kering, So’on dan telur. Kacau rata. Masukkan serbuk garam dan perasa.

Mudah dowh!! Datin Maimun pun tahu buat!!haha


Just few notes here:

a) Kentang perlu dipotong sederhana besar bagi memastikan teksturnya tak hancur jika direbus lama. Ia perlu direndam dalam air bagi memastikan ia tidak melalui proses ‘browing’ jika didedah udara dan menjadikan kentang mudah direbus (not time consuming)

b) Menambah ikan bilis dalam resipi ini hanya bertujuan sebagai flavoring

c) Penambahan telur di akhir resipi perlu dimasukkan secara rawak (bukan 1 hala) bagi memastikan tekstur ‘pecah telur’ nampak berketul. The form of ‘berketul’ disebabkan serat protein yang terdapat pada telur yang mengakibatkan ianya ‘coagulate’ disebabkan ‘heat’

d) Kentang mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kentang adalah kumpulan karbohidrat

Selamat mencuba guys!

Ps: ‘Pecah Telur’..aku senyum sorang-sorang pagi ni:P kinky
Ps2: Episode 5 SegiJiwa: Mona datang dengan amaran manakala Emran tetap dengan ‘usahanya’

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR