Tuesday, November 27, 2012

Shortie: Kecur!


Bila Jojo ajak tengok wayang cerita Twilight: Breaking Dawn Part 2, dia agak berat hati.
Tapi sebab Jojo sudah diisytihar teman hidup semati, dia gagahkan juga jengah panggung tengah malam demi melihat karya terbaru arahan Bill Condon itu. Dia jemput Jojo jam 9 malam. Tiga puluh minit ke panggung. Beratur demi mahu dapatkan tiket sementelah dia ke kaunter membeli popcorn dan minuman bergas. Gurau punya gurau. Senda punya senda. Canda punya canda, tirai Breaking Dawn Part 2 dibuka dengan hampir separuh panggung penuh dengan penonton wanita yang berbisik-bisik teruja.
Terpapar roman Bella Swan sambil membelai anak perempuannya, Renesmee. Hot betei!

Kristen Stewert dengan mata coklat walau lakonannya masih kaku seperti dulu-dulu. Cerita masih ditengah-tengah bila perutnya mula berkeroncong lapar.
Popcorn tak mampu menampung rasa laparnya. Apatah lagi minuman bergas. Dia toleh ke kiri. Pandang wajah eksaited Jojo. Perlahan-lahan beralih pula ke celah lehernya yang mulus--disapu losyen barangkali--samar-samar dipanah cahaya skrin panggung yang suram. Hampir menitik liurnya. Kecur! Apatah lagi keenakkan merah pekat dari leher gadis itu dijamahnya dengan rakus.
Satu setengah jam je lagi. Sabar.. 

Apadehal?

Thursday, November 22, 2012

Katerina dan Jwanita

Two different characters. Seorang mengejar cinta sejati. Seorang lagi mengejar saki baki dendam yang berbaki.

Siapa-siapa yang follow blog ini sejak dari awal mesti tahu betapa aku gemar dengan aktres ini. Aku mengikutinya sejak filem Seri Dewi Malam juga racangan bual bicara Wavelength. Telo Indo nya yang pekat sewaktu itu menjadi tarikan aku meminati beliau.

Dan sekarang, bakatnya semakin menyerlah.

Wanita bijak, berpendidikan, berdikari tetapi kerap tewas dengan rasa sayang yang sangat mendalam kepada Kashah. 


Gadis yang penuh dengan  kesumat akibat masa lampau yang menggerunkan akibat didera secara mental. Hidupnya melarat sejak kecil. Dendamnya merebak hingga dewasa.


#1 Lagenda Budak Setan 2: Katerina akan mula ditayang November 29, 2012 diarahkan oleh Sharad Shahan. (right click pada gambar utk ke fenpej)

#2 Filem saiko Jwanita pula diarah Osman Ali dijangka ditayang pertengahan tahun hadapan. (right click pada gambar utk ke fenpej)

#3 Oh ya. Gemersik ep 6 akan disiarkan esok. Writer's block :D

Tuesday, November 20, 2012

Shortie: Lucu!




Semua dari kita memang perlu ketawa.
Orang kata ketawa ni pengubat duka.

Iyalah. Buat apa hidup berduka semata, bukan?

Jadi aku dengan penuh usaha telah cipta C-Twenty-Two. Sebuah mesin ketawa untuk semua orang menikmatinya. Bentuknya segi empat sama dengan dua pemegang dikiri dan kanan. Nampak macam joystick versi besar pun iya juga. Penggunaannya mudah. Ada tiga punat berwarna Hijau, Kuning dan Merah.

Di tengahnya ada skrin mempamer lelucon tak ingat dunia, supaya dengan imejan ini, pengguna yang stress akan terbahak tertawa.

Mudah bukan?

Jadi tekanlah butang Hijau untuk bermula. Butang Kuning pula untuk memilih lelucon. Jika berkenan, bintangkan lelucon dengan butang ini. Tertawalah sepuasnya selagi mampu sebelum jantung kau berdegup kencang lalu meletup, menarik nyawa lalu membunuh engkau!

Ketika ini, butang merah sudah tak mampu lagi untuk menghentikannya!

Lucu kan aku ni? (senyum)

Monday, November 19, 2012

Tanpamu

On second thought, aku rasa tak payahlah berehat.

Writing has been part of my life.Makin banyak aku rehat, makin mencurah idea yang datang. ha ha ha


Well, korang semua yang datang singgah ke blog memang awesome. There is no reason to feel lonely.

Have a blissful day, semua!

#Semua slot berjalan macam biasa :D
#Selamat Menyambut Hari Lelaki Sedunia :D

 

Sunday, November 18, 2012

Layan.

Rehat. Penat. Letih. Semua ada. Tapi satu yang aku tahu, aku takkan berhenti mencari. Tiada yang pahit kalau bukan namanya hidup, bukan?



   

#Izinkan aku berehat sebentar. Bai...

Tuesday, November 13, 2012

Shortie: Bintang




“Allright guys. It’s a wrap! Tomorrow kita shoot di Set B. Jangan datang lambat or your wage akan di pancung! Be punctual guys!”
                       
Anderson mengeluh lega.

Kedengaran Pamela memekik lantang. Perangai tak nak kalah director William H Harris yang tampak lebih diam.

Anderson mempedulikan pekikkan Pamela yang sememangnya tidak mesra pendengaran. Dia lekas bertemu Faye, si pembayar gaji yang duduk terperosok di hujung set pengambaran. Wajahnya yang berceratuk, menambah kusut ketika wanita berusia pertengahan empat puluhan itu menggumam tak berhenti.

“Faye, gaji saya?”

Faye termanggu sambil memandang Anderson dengan satu senyuman nipis.

“Jake Anderson…a wannabe star…anak emas Harris…mana ya gaji kamu?”
“Faye! Don’t talk like that. Saya pekerja biasa saja!”
“But he likes you. Kalau saya jadi awak, saya ampu dia! Di dunia yang berbahasa I Pad, Tab dan Netbook ni, semua orang sanggup nak jadi kaya !”

Anderson tersenyum sebal. Aku tidak gelojoh seperti itu, Faye!

“Saya suka apa yang saya ada sekarang. I love the way I am!”

Faye seperti tersenyum mengejek. Raut wajah tampan Anderson dipandang dalam-dalam.

“Kamu tampan. Kamu ada pakej untuk dijadikan model! You supossed to be on a runaway. With all Armani, Polo, D&G on your lean muscle body! Bukan kerja pengambaran cikai macam ni! Don’t tell me you taknak semua kemewahan dan kemegahan macam tu?”

Faye mendesak membuatkan Anderson semakin tidak selesa. Semakin lama dia berdiri seperti manukin bodoh, semakin kuat Faye mengasak.

“So how much I get?” Putusnya mempedulikan desakan Faye.
Perempuan itu sedikit terhenyek. Dihulurkan empat ratus Dollar kepada lelaki tampan itu.

“You have such a good potential, man! You should try it!”

Kata akhir Faye itu terbang melayang.

Apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah wajah Miranda yang mungkin sedang menunggunya di rumah. Miranda adalah neneknya yang tinggal sekali dengannya sejak dia kecil lagi. Sejak mak dan ayahnya bercerai kerana masalah alcohol, Miranda mengambil tugas maha berat itu.

Tetapi Miranda bukanlah kuat lagi sekarang. Ototnya sudah longgar hampir kesemuanya. Dia sebagai cucu ingin membalas jasa, akan lakukan apa saja termasuk tidak menginggalkan Miranda keseorangan walaupun dia tahu peluang pekerjaan di bandar New York sangat luas !

“Hey Anderson ! Mr Harris want to see you! Ada benda penting!” Tegur Gary yang berselisih dengannya. Pelajar sekolah tinggi itu juga salah seorang pekerja di tempatnya sekarang. Baru tiga minggu dan dia nampak, Gary mempunyai potensi besar dalam bidang yang bakal dia ceburi sekarang.

Niatnya hendak terus pulang ke rumah terpaksa dibatalkan. Wajah Miranda berganti raut serius dan dingin Mr Harris, pengarah juga pemilik studio ini. Studio yang merangkumi lapan set utama dengan tiga set tambahan. Katanya, Mr Harris mendapat sumber membangunkan studio ini dengan duit hasil dari pertaruhannya di Las Vegas. Dia sebenarnya langsung tidak ambil pusing. Asal gaji hariannya masuk, Miranda terjaga makan pakai, dia boleh kerja seberapa lama yang Mr Harris mahu.

Pintu pejabat Mr Harris diketuk perlahan.

Seorang lelaki berusia lewat lima puluhan membukanya perlahan, mendedahkan raut wajah serius sebelum mempelawa Anderson masuk.

‘Yes, Sir. How may I help you?’

Mr Harris senyum. Raut tuanya jelas tak ubah seperti Karl Legafeld taukeh besar majalah perempuan seksi terkenal seantero dunia. Senyum lelaki tua selalunya bermuslihat. Merenyam lagi tambah meluat untuk dipandang.

“Duduklah. Saya sudah pesankan kopi untuk kamu”

Lelaki itu duduk menghadap Mr Harris yang kini sedang membelek fail di atas mejanya.

“Pamela kata awak berdisiplin di lokasi. Satu perkembangan yang bagus”

Anderson senyum nipis.

“I just wanna be the best. My grandma always sick jadi saya perlu kerja”

Mr Harris angguk. Dia bangun dari tempat duduknya, kemudian berpindah posisi di atas meja, betul-betul berhadapan dengan Anderson.

“You really love your grandma”

Giliran Anderson angguk penuh semangat.

“Dia nyawa saya. Dia jaga saya sejak kecil dan sekarang sudah tiba masa untuk saya balas jasa”

Mr Harris hela nafas lalu menyambar tangan sasa Henderson. Diletakkan lekas dicelah kelengkangnya.

“You don’t need to work hard, dear. Give me your seed whenever I want it. I’ll pay whatever you want it”

Anderson tersentak. Dia bangun terkejut lalu bingkas bangun, menjauh majikannya itu. Dia memandang Mr Harris dengan pandangan jijik.

Lelaki tua itu hanya tersenyum sumbing.

“Why? Orang lain semua nak kaya. Kenapa you tolak?”
“I tak mahu kaya dengan macam tu!”
“So kerja you selama ni mulia lah? Porn star macam you pun nak judge kerja mulia ke tak?”

Mr Harris sudah meninggi suara.
Anderson diam seribu bahasa.

“Sex is life. We need to fulfill people desire. Everyone have fantasy. Everyone have lust. You bertanggungjawab memenuhi nafsu dan fantasi orang-orang macam ni! Tak ada beza kalau you penuhi fantasi dan keinginan I. I akan bayar you tiga kali ganda berbanding performance you dengan Bella dekat atas katil tu!”

Anderson masih diam lagi.

Dia berjalan ke muka pintu, memperdulikan cercaan Mr Harris.

Ya. Tekadnya sudah bulat!

Dunia porno ini akan ditinggalkannya!

TAMAT

Monday, November 12, 2012

Review: Percaya Cinta Lalu Perlu Percaya Pada Luka (Istanbul Aku Datang)


Bernard Chauly dengan tema urban dan feminism menjanjikan magis yang tidak disangkakan.


Kesempatan yang diperolehi pada masa senggang lepas dihabiskan dengan menonton filem romantik komedi (rom-com) “Istanbul Aku Datang” lakonan Lisa Surihani (Dian), Beto Khusyairi (Hariz) dan Tomok (Azad).


Rom-com tulisan Rafidah Abdullah ini tidak menghampakan. Itu aku jamin. Audiens boleh melihat sendiri bagaimana Rafidah mengupas isu feminism dalam diri Dian. Watak ini berjalan dengan baik dimana Dian sanggup ke Istanbul untuk bersama kekasihnya dan dalam masa yang sama merancang supaya kekasihnya Azad melamarnya. Itu plan Dian. I guess ia mewakili impian semua gadis. Berkahwin dengan lelaki yang mereka cintai dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Dua watak lelaki yamng ditulis Rafidah juga memberi impak kepada Dian. Hariz yang lebih sopan dan menghormati wanita manakala Azad yang nampak cool dari luaran tetapi seorang yang sukar untuk bertoleransi. Kemuncak filem ini menyerlahkan sifat sebenar dua lelaki ini dan dimata Dian mahupun audiens,  sikap kedua-duanya sedang 'dinilaikan'.


Skrip tulisan Rafidah berjaya bagi aku, baik dari segi lontaran dialog mahupun lakon layar. Ikatan kimia antara Bernard dan Rafidah patut diteruskan dalam filem-filem akan datang. Well, its urban maka tema-tema urban memang tak boleh lari dari filem sebegini. Istanbul sebagai lokasi cukup menarik. Malah penggunaan warna-warna ceria cukup sesuai dengan tema filem ini.  Dari segi lakonan, Lisa Surihani , Beto Khusyairi dan Tomok memberi persembahan yang cukup baik (Tomok bermula dengan persembahan biasa, tetapi towards the end, lagi-lagi semasa babak kemuncak filem ini, bakatnya menyerlah perlahan-lahan).

Nuansa rom-com lewat filem-filem lakonan aktor/actress Hollywood seperti  Julia Roberts, Hugh Grant, Sandra Bullock, Ryan Reynolds sangat menjadi.  Watak-watak sampingan especially rakan blog Dian (aku sorang ke terperasan suara Fazura?) cukup melucukan! Momen kelakar, kiut, simpati, benci dan gembira bercampur lalu menjadikan Istanbul Aku Datang ini cukup serba serbinya. Tahniah Bernard dan Rafidah!

 

Filem ini secara tidak langsung mengajar bahawa adakala hidup dengan orang yang kita sayang ni tak lepas dari ditipu. Lumrah. It just bagaimana kita deal with it. Sama ada nak bagi peluang kedua ataupun tidak. Selalunya perasaan sedih mengatasi perasaan marah sebab a big question like “Kenapa dia buat aku macam ni?” bermain-main dalam kepala otak. Lima bintang aku berikan untuk Istanbul Aku Datang! Saksikanlah ketika masih ditayang ni. Bukan apa, aku agak ralat sebab tak sempat untuk menonton Zaiton Ceritaku di pawagam kelmarin dulu.

PS: Ini merupakan filem Melayu ke dua ditonton selepas Bunohan sekitar Mac lalu.



 Well, I am playing this song quite many times. he he he :)

Wednesday, November 07, 2012

Cerituit: #DearFutureWife

 

#DearFutureWife Saya nak pergi kerja. Awak jaga diri baik-baik.

#DearFutureWife Saya nak rumah kita nanti ada perpustakaan kecil. Buku awak dan buku saya campur sekali. Bosan-bosan, kita membaca.

#DearFutureWife Awak masak apa harini? Penat ya? Meh saya tolong awak.

#DearFutureWife Mari kita honeymoon di Sabah. Panjat Broga Hills dan Snorkeling di Tioman?

#DearFutureWife Saya tak memilih untuk makan, tau.

#DearFutureWife Mahukah awak bersama saya, hingga akhir hayat saya?



Tuesday, November 06, 2012

Shortie: Sempurna



Harja seorang perempuan.

Tabiat paling digemari adalah melihat dirinya di balik cermin.

Membelek wajahnya berkali-kali. 

Bentuk mukanya panjang. Bibirnya nipis. Sekali bila dia muncungkan bibir, wajahnya tak ubah seperti seekor kuda. Langsung tidak comel. Hakikatnya dia bukanlah seperti kebanyakan pencari perhatian dengan mengambil posing sendiri, memuncungkan bibir, menguntumkan sedikit senyum lalu memicingkan mata sebelum tangkapan pada kamera murah telefon tangan mengimbas imej lalu dimuat naik ke laman so-sial.

Ada like, ada yang minat. Makna ada yang stalk.

Tak ada yang like, maka jadilah engkau seperti ‘jualan’ yang tak laku di pekan sehari.
Bunyinya kasar. Tapi bukankah first impression itu umpama saranan halus untuk menjual diri?

Harja kepam bibirnya yang dicalit MAC merah jambu belacan. Pipinya dioleh kemas. Tudung yang ditiru dari video tutorial fesyen tudung Ombak Rindu dari Tasha Manshahar sangat anggun pada pandangan matanya.

Ini kali pertama dia keluar dating setelah enam bulan berkenalan dengan Sharaq, lelaki pertengahan dua puluhan di muka buku. Tak cukup chatting, mereka ber-inbox. Lepas Harja tahu yang Sharaq ada akaun burung biru, dia orang pertama yang menambah sebagai pengikut. Sharaq ramai pengikutnya. Perempuan tak usah cerita. Tapi lebih ramai lelaki. Twithandle nya menarik. Tun Sharaq. Avatar meletup. Muka petak. Alis kening tebal. Hidung mancung. Ada pula kumis dan janggut yang diurus rapi. Sesekali bila Sharaq posing dengan baju ketat, hati perempuan Harja macam mahu meletup keinzalan. Mungkin itu juga menerangkan kenapa ramai laki-laki terpikat pada Tun Sharaq.

Nafsu..
Nafsu..

Dia cuba tahan dengan godaan dunia.

Tapi siapa tahan bila Sharaq ajak ber DM bagai di burung biru. Aksara sebanyak 150 itu langsung tak menghalang Harja untuk kenal lelaki asal Keramat itu dengan lebih lanjut. Katanya dia anak sulung dari dua beradik. Adik perempuannya sambung belajar di luar negara. Ibu bapanya pesara kerajaan dan dia yang sudah bekerja, berulang alik dari rumah demi memastikan mak ayahnya cukup makan pakai dan tak sunyi.

Pesan Sharaq melalui DM.

“Apa guna kaya, banyak duit tapi kebajikan emak ayah diabaikan”

Serentak itu jugalah Harja menelefon ibunya Kelsum di kampung.Dan-dan itu jugalah dia bertanya Kelsum tentang duit belanja bulanan yang diberinya minggu lepas. Masih cukup atau tidak.  Ibunya yang sedikit hairan sempat pula mengomel-ngomel tentang betapa lupanya Harja dengan jalan kampung dek kerana sudah tiga bulan tak pulang. Pesan Sharaq lagi. 

“Kadang-kadang emak ayah ni bukan nak sangat anak-anak. Dia nak jumpa kita. Tu je”

Sabar ya, Mak. Minggu depan orang balik jenguk Mak. Orang siap nak beli Buah Berangan Goreng untuk Mak. Tu kan fevret Mak.

Langkahnya semakin yakin menuju ke Restoren Selasih tempat pertama pertemuan dia dan Sharaq. Dari jauh dia nampak lelaki tampan itu melambai. Bayangan avatar macho Sharaq dengan apa yang dilihat sekarang ini tak jauh beza.  Mungkin lebih fit. Tubuhnya lebih tegap. Kemeja kotak-kotaknya walaupun agak besar, tapi masih sendat lalu menampakkan beberapa otot kekar hasil latihan di gym barangkali.

Sharaq mempelawanya duduk. Lelaki itu kulum senyum.
Harja duduk. Berbalas senyuman.

Sumpah! Hati perempuannya cair!

“Hime haheh hebab hudi hatang humpe haye” (Terima kasih sebab sudi datang jumpa saya)

Harja senyum plastik.
Cuba tahan dirinya dari jatuh pengsan bila Sharaq bercakap dengan nada sengau.

TAMAT

#1 Mana yang kau orang cari?
      Orang yang potoshop gambar dia, edit gila-gila kemudian bila jumpa roboh semuanya.
ATAU

 Orang yang tak potoshop gambar dia, memang seadanya, tetapi jujur bila berkawan?

#2 Tidak perlu mencari kesempurnaan dalam mencari pasangan. Cukuplah yang menerima kita seadanya. Kesempurnaan akan datang seiiring dengan cinta dari hati yang tulus dan ikhlas.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR