Thursday, June 27, 2013

Review: Tersalah Pilih (Cerekarama:Aku Bukan Malaikat)

Ambik dari TV, masuk dalam Instagram

Kombinasi Umie Aida dan kakaknya Erma Fatima boleh menghasilkan kima yang meletup.

Ini kenyataan, walau ending Aku Bukan Malaikat, siaran Cerekarama (22 Jun 2013) sedikit lari dari tema klise happy ending biasa.

Reality sucks. Dah nama pun kenyataan. No matter how good Mardiah is (Umie Aida) kalau dah tersilap memilih jalan, there is no turning back. Macam  biasa Umie mempersembah lakonan mantap. Sama seperti predecessor "Air Mata Nur Salina" penuh dengan emosi. Kita dapat "tangkap" perasaan kecewa Mardiah lewat kekecewaannya ditipu Mosi (kekasih negro nya) mahupun English tunggang tebaliknya menjadi (mungkin mahu tunjukkan Mardiah seorang gadis kampung tak berpendidikan.

Cameo Beto Khusyairi, Sharifah Amani, Nazim Othman malah Erma sendiri sangat memberi kesan. Barisan pelakon African American juga cukup semulajadi (manala Erma kaut diorang ni)

Aku Bukan Malaikat adalah naskhah jujur dan mendidik (jika tolak melodrama Mosi-Mardiah). Jangan hampiri dadah. Jangan hidup semata-mata kerana wang ringgit demi jadi keldai dadah. Hidup besederhana. Biar rezeki tu atas usaha sendiri.

Berkat kan?

Wednesday, June 26, 2013

Antara 2 Figura (Adaptasi Puteri Diana & Grace Kelly)

Salam Rabu!

Aku rasa, mungkin aku blogger yang paling eager mahu menonton filem biopic-biopic ini.

Mereka adalah figura- figura terkenal yang mendapat tempat di hati rakyat dan buruan media.

2 filem ini merupakan filem yang paling ditunggu untuk tahun ini.

Kisah Puteri Diana yang bermula sebagai orang biasa sehinggalah menjadi puteri di hati rakyat. Namun semuanya tercalar dengan skandal-skandal beliau yang menggegarkan Britain. Academy Award Nominee Actress kelahiran Australia-England Naomi Watts diamanahkan untuk memegang watak Puteri Diana.



Kisah seorang aktres Hollywood yang dianggap paling cantik di zamannya. Grace Kelly, seorang lagenda Hollywood, pernah menang Best Actress di Oscar pada tahun 1954 sehinggalah mengahwini Putera dari Monaco.Bintang ini dilihat sebagai "lagenda menjadi kenyataan". Dibalik senyuman, orang ramai tak mengetahui penderitaan yang dialami Grace, kerajaannya, konflik keluarga dirajanya dan buruan media. Dilakonkan oleh  pemenang Oscar Best Actress; Nicole Kidman.

PS 1: 2 lagi figura wajib tonton tahun ini adalah aktor Idris Elba sebagai Nelson Mandela (dalam Road to Freedom) dan Tom Hanks sebagai Walt Disney (Saving Mr Banks)

PS 2: Banyak aktor yang memeranankan watak figura bakal menjulang Oscar seperti Charlize Theron (sebagai Aileen Wournous; pembunuh bersiri kejam), Meryl Streep (sebagai Perdana Menteri Wanita Britain; Margeret Thatcher), Daniel Day Lewis (sebagai Presiden Amerika ; Abraham Linconl) dan Forest Withaker (sebagai pemerintah kuku besi Idi Amin)

PS 3: Aktress Naomi Watts dan Nicole Kidman berasal dari Australia merupakan rakan baik dan pernah menntut di sekolah lakonan yang sama. Tough fight in  Oscar Best Actress Category

Monday, June 24, 2013

Shortie: Hati

 

Punat  di skrin sentuh smartphone jenama Samsung dimati cepat bila bunyi beep panjang-panjang kedengaran.

Tahi!
Engaged pulak!

Hatinya marahnya beransur gusar. Runsing mula menapak dalam jiwa yang mula berkeluh resah. Tidak tenang. Tidak tenteram.

Dia mengirai rambutnya. Beralun sekejap dihembus kipas berhabuk debu. Nafas dihela hembus sama dengan adrenalin yang mengalir deras di seluruh urat saraf. Pandangannya kini kerap kali bertukar pada smartphone yang sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya.

"Dia terima aku balik ke?"

Cakap sendirinya terluah dari dua ulas bibir.

"Sampai bila dia nak simpan ego dia tu?"

Mengomel lagi. Gusar lagi. Kusut lagi. Tak tenteram lagi. Semuanya bercampur, berkecamuk dalam kepala tanpa dia sedar si kekasih pun resah nak mati seperti dia, menanti panggilan entah bila kunjung tiba.

Bezanya si kekasih hanya berboxer.

Menggaru-garu punai yang gatal memperdulikan kerlingan merayu kucing betinanya yang bernama Rosie sambil mengiau-ngiau bising minta makan.

Percubaan panggilan pertamanya gagal. Talian engaged. Haramjadah nak mati. 

Sukalah tu aku tak call! Tak pujuk dia. Entah ada jantan lain gaknya.

Longkang saja dia mencarut. Pedulik!

Namun, jauh dari sudut hati dia bimbang.

"Nak ke dia terima aku balik?"

TAMAT

Runsing

Runsing.

Satu perkataan yang korang sendiri boleh tafsir macam mana. Ibaratnya, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. 

Metafora ini melambang betapa kita tak sedap hati. (tak cukup garing gorengnya ; sebabtu tak sedap. Ok. Hambar)

Selalunya kerunsingan membawa kita menjadi sedikit pasif, dengan raut muka bermasalah & tidak tenang bila melaksanakan tugas. Akibatnya, kita murung sebab masalah belum settle. Kalau mak bapak runsing pasal anak, aku yang belum kahwin ni runsing pasal masalah kereta.

I have never ramblings about my car here tapi sebab aku sayang gila, akhirnya terluah gak. Hoho

Jujur aku runsing sangat sebab sekarang bengkel tengah cari punca rosaknya kereta aku tu. Semalam aku dah betulkan. Ganti spare part siap. Tak sampai sehari, jadi balik. Masalah sama pulak tu.

Adatla kan kereta nak manja dengan tuan. Dia pun nakkan perhatian. Magically, it exactly know bila tuannya berduit atau tak gitu. Mengada? I dont think so. Setiap kali aku bawak kereta, I feel connected to it. Sorts. Dia dengar kot aku melalak takpun maki  hamun other drivers yang tak berhemah.

Now aku rasa kosong sikit. Nampak tak ada sense of belonging kat situ? Maka, aku dah sayang Waja aku tu macam anak sendiri. Fak! Crazy? I think all people did that, what? Moreover, aku 'patah kaki' la nak kemana-mana' pasnih. Gi kerja pun kena tumpang orang for couple of days. Demmit!

I dislikes tumpang orang sebenarnya sebab macam menyusahkan orang pulak.  

But again, nothing perfect in this world, right? Orang pun boleh sakit. Kereta pun tau nak rosak.
Ini yang rosak semalam. Huhuhu

Monday, June 17, 2013

Review: Panas! Hawt! (Devious Maids)


Terbaru dan panas di Hollywood adalah siri misteri drama comedy "Devious Maids".

Menariknya, siri ini adalah spin off mini siri hit  "Desperate Housewives" yang dicipta Marc Cherry.

Cherry juga penerbit bersama mini siri ini. Turut bersama beliau sebagai Penerbit Eksekutif adalah aktress Desperate Housewives; Eva Longoria!


Aku dah tonton episode "Pilot" kelmarin.

It was great! Malah bagi mereka yang menggemari siri Desperate Housewives (macam aku contohnya) wajib tonton kisah Maids ini.

 

Ceritanya berkisarkan 4 maids yang berhadapan dengan karenah majikan masing-masing tersentap bila rakan baik mereka (Flora) mati dibunuh di satu malam majlis keraian. Keluarga Powell (majikan Flora) yang sangat scheme dan evil sebenarnya menyembunyikan a big secret!


Episod 2 Devious Maids (Setting the Table) akan mula bersiaran 23 Jun ini.

Weehoe!!!

Wednesday, June 12, 2013

Review: Semangat Hutan (Epic)


Kali terakhir tonton animasi di pawagam menerusi filem The Smurfs.

Lama tak? Haha.

Kali ni menerusi filem Epic lakonan suara Amanda Seyfried, Colin Farrel, Josh Hutcherson, Cristoph Waltz dan Beyonce Knowles.

Filem ini bagus untuk tontonan keluarga. Kisah tentang MK (Mary Kathleen) yang pulang ke rumah bapanya yanh obses dengan makhluk  kenit di dalam hutan lalu secara tak segaja membawa dan menukarkan gadis ini menjadi salah seorang dari mereka selepas kemangkatan Queen Tara dan demi menyelamatkan hutan dan dunia hijau yang ingin dimusnahkan oleh Mandrake.

Ia menguji nilai kasih sayang dan pengorbanan. Visually, filem ini cantik dan sangat menjamu mata.
4 stars untuk Epic. Paling mencengkam adalah watak kapten Mandrake yang jahat nak mam & suara mersik Queen Tara yang menusuk lembutnya.

PS: WHEEWWW banyak sungguh filem menarik tahun ni. Pacific Rim (Oscar Nominee: Rinko Kikuci ada dalam filem ni. Leading actress tuu), kemudian paling latest is After Earth dan Man of Steel. The Wolverine jugak! Tapi 2 movie yang aku nak sangat tonton dalam tahun ni. Diana (berdasarkan kisah hidup Puteri Diana; dilakonkan oleh Naomi Watts &Grace of Monaco: berdasarkan kisah hidup aktress cun ikonik Grace Kelly yang menjadi permaisuri Monaco. Dilakonkan oleh Nicole Kidman)

Tuesday, June 11, 2013

Shortie: Terbang


Hari ini bermula tayangan seluruh dunia, Man of Steel, sebuah filem reboot Superman--hero terkenal orang Amerika.

Dia gigih betul. Samsung Beam yang dibeli enam bulan lalu, kebetulan boleh menghubungkan dia dengan internet; salah satu keajaiban dunia masa kini, telah menghubungkannya dengan Majlis Pra Tonton Sedunia filem itu yang diadakan di Amerika Syarikat.

Di Amerika sekarang hujan lebat. Gila lebat sampai seorang pelakon Korea-Amerika Daniel Kim terpaksa dipayungkan. Kelihatan pula Kevin Costner yang memegang watak ayah angkat Clark Kent, superhero dari sebuah planet asing yang dihantar ibu-bapanya ke bumi.

Kevin Costner menjawab persoalan yang diutarakan wartawan dengan yakin.
Dia nampak faham dengan karakternya sebagai pelindung Clark Kent yang tersepit dengan kuasa anak angkatnya itu.

Matanya dan degup jantungnya sama seperi wartawan sekarang.

Menanti peranan utama Man of Steel, Henry Cavill.
Kerana dia dan Henry, mempunyai 'kemampuan' yang sama.

Betul.
Tak sampai tiga minit temubual singkat dengan Kevin Costner, aktor British, pemegang watak Clark Kent muncul. Accent Britishnya masih melekat. Ditanya bagaimana dia membentuk accent Amerikanya, Henry memberitahu bahawa dia sentiasa berlatih sambil dipandu oleh coach yang ditugaskan untuk mengawal accent nya iu.

Dia hela nafas.
Lega dapat tonton sendiri black-carpet Man of Steel di USA walaupun di telefon pintar saja! 

Connection diputuskan. Tiba masa untuk dia bersenam pagi, lantas dia ke luar kawasan rumahnya dengan hanya baju T dan seluar treksuit.

Kedua tangannya digenggam erat sebelum kepalanya didongakkan ke atas, menadang dada langit yang kusam dan sedikit berbintang.

Dia ukir senyum.

Seluruh tenaga dikumpulkan.  Adrenalin dipam ketika nafas berhembus laju. Dia mula melompat tinggi. Terlalu tinggi hingga tubuhnya terbang melayah terus ke menyapu awan.

Kan dah cakap, dia dan Henry Cavil ada "kemampuan" yang sama!

***

ps: Sempena tayangan Man of Steel minggu ini! Ta-Sabar okeh!


PROMO CERPEN: Kapsul Lupa 
Sekali lagi menyahut cabaran Geng Urban. Kali ini berkonspekan Sains Fiksyen. Ia menceritakan Izmir yang kematian isteri dan anak perempuannya serta kaitannya dengan manusia pembunuh bernama Sab. Bakal bersiaran Khamis ni! yeay!


Monday, June 10, 2013

Cerita Di Balik Koboi Sabtu

Aku jarang post entry seperti travelog. Tapi aku cubalah harini.

Sabtu dua minggu lepas aku ke Shah Alam. Ada tuntutan kerja sikit di sana. Menghadiri Pesta Buku Selangor di SACC. Turut hadir sama penulis Asrama: Fatrim Shah.

JUMAAT(31 Mei 2013)
7:00pm
Naik bus ke Shah Alam dari Terminal Larkin Sentral. Aku redah je beli ticket. Bas gerak. Well one thing for sure, aku benci dengan bas yang tak jalan terus dan terpaksa henti-henti. Dekat sejam jugalah baru keluar Johor. 1hari sebelum aku booked bilik di Shah Alam (area Jekel) untuk one-night stay. Plannya mau withdraw di Shah Alam je.

12:00am(1 Jun 2013)
SABTU
Sampai Shah Alam terus naik cab. Ajak pakcik driver tu ke mesin withdraw CIMB terdekat. Masuk-masuk je atm sections, PAP! Semua-again-SEMUA, ATM out-ta-servis. Damn! Menyumpah jugakla dalam hati. Sudahla duit dalam dalam CIMB tu nak dibuat bayar hotel. Mampus aku.

12:15am(1 Jun 2013)
SABTU
Kekal di tempat sama, aku ajak pakcik tu ke atm Bank Islam. Withdraw duit yang tinggal seciput dalam atm. Mujur kad Bank Islam boleh. Aku cuba-jaya pulak kad CIMB. Kad ditendang balik yer! Pui. Aku ajak pakcik tu ke Bank Islam berdekatan Blue Wave Hotel. Masa ni aku tak fikir berapa aku kena bayar pakcik ni. Aku fikir duit je.

12:45am (1 Jun 2013)
SABTU
Cubaan masih gagal. Even masuk building depan Maybank pun jahanam. Aku redha masa mesin atm paparkan Out Of Service. Tapi ketika dah dalam teksi, pakcik tu sarankan ke petrol station yang ada CIMB atm machine. Sampai je aku terus ke kaunter bercermin lubang-lubang. Jengah CIMB ATM yang ada dalam kios, menyala dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Ada peluang nak tidur hotel. Tapi bila penjaga petrol pump tak bagi masuk, okla aku terima. Polisi diorang mungkin. Lagipun sudah lewat malam. Memang wajar kalau ada rules &regulation kan?

1:00am (1 Jun 2013)
SABTU
Aku suruh pakcik tu drop je kat Jekel belakang UiTM. Pasrah jelah. Jadi lepas bayar RM 22, aku terus jalan kaki ke BSN (ketika dlm teksi aku nampak bank tu). Cuba jaya. Malang. Memang takdir duit tak boleh withdraw haritu. Jadi aku call hotel yang menunggu aku datang. Cancel the reservation. Mujur gak aku tak bayar deposit

1:05am (1 Jun 2013)
SABTU
Berjalan ke mamak Ombak, berhadapan Barra. Bateri henfon hampir dry. Cas sekejap. Oder 2 gelas nescafe dan fries bagi hilang ngantuk. Namun, mamak tempat aku plan nak stay sampai pagi tu dah nak tutup pulak. Oh ya. Sebelum aku blah, ada auntie indian ni datang minta sedekah makan. Ok. Aku tak mampu tolong. 

3:00-11:00am (1 Jun 2013)
SABTU
Lepak KFC. Hilang terus ngantuk sebab KFC pasang lagu-lagu yang boleh buatkan aku karaoke senyap-senyap sendirian. 2 moments I had seen there. 1. Bebudak study kat dalam tu (untungla study dalam KEPSEE) 2. Makcik minta sedekah tadi oder makanan dalam KFC. Aku lihat dan hati aku jerit "perghhh..biar betik?"

Aku stay sampai pagi jugak sebelum aku jadikan Shell sebelah KFC tu tempat mandi aku. Ye. Mandi. Solat subuh jap. Pastu berulang dari Barra ke Shell (luckly dalam Shell ada Maybank) untuk withdraw. Syukur! Boleh withdraw jugak akhirnya.

So my time was just berulang dari Barra ke KFC (dlm KFC ada aircond, jadi takla panas sebab jam 12 ada sesi dengan Utusan). Bayangkan aku tunggu dari jam 1am-11am.haha. Kalau jadi pelajar dulu bolehlah. Takla bosan. Ini dahla sorang. Bateri dah nak flat. Macam out of nowhere gitu.haha

Lepas sesi dengan Utusan,  aku terus gerak ke SACC dan bila sesi habis..aku terus balik JB dan tidur tak sedarkan diri. Haha. Sedar-sedar dah masuk area Skudai. Haha.

Ps1: Terima kasih Lely (dari Utusan Malaysia) sebab interview saya untuk segmen blogger pilihan. I am honored. Sebab saya blogging pun bukan nakkan glamer or whatnot. Glamer akan datang sendiri.

Ps2: Terima kasih buat yang membeli novel Sumbat. I think semua ni connected. Aku start dengan blogging. Quite struggling sebab readers may be will find a niche of our own writing. Kemudian barulah Novel. I do admit that writing kinda my passion too.

Ps3: This trip ke Shah Alam kalini betul2 koboi. Selalunya bila aku backpack, mesti tidur dalam bilik murah. Paling koman masa trip kat Sabah dulu, aku tidur dalam masjid. Mujur ada kedai mamak. I wont let myself tidur kat kaki lima. Mintak dijauhkan.

Phew! Punyalah panjang.
Keratan Utusan Malaysia Sabtu 8 June 2013. Muka bapak serious!

Friday, June 07, 2013

Sayang, Itu Dulu

Itu Dulu

Tuesday, June 04, 2013

Review: Hidup Dihargai dan Menghargai (KIL)

Poster paling cun setakat tahun ni
(AWAS! Mungkin mengandungi SPOILER)

Menonton filem Kil (dimana aku melihat trailernya kira-kira setahun yang lalu) merupakan satu pengalaman paling berbaloi untuk sebuah sinema Malaysia.

Mengambil latar seorang lelaki bernama Akil/Kil (dimainkan dengan cukup cemerlang dan beremosi oleh Redza Minhat) seorang yang dipresi dan mahukan solusi bunuh diri sebagai penamat riwayat. Muncul pula Zara (Cristina Suzanne) si gadis misteri yang seolah olah memberi cahaya kepada Akil untuk terus hidup.Tetapi, mampukah Akil mendapat 'sinar' hidup walaupun dia akan tahu bahawa dia akan mati tak lama lagi?
 Pengarahan Nik Amir Mustapha sangat baik untuk sebuah debut. Ini terus mengingatkan aku kepada seorang lagi bakat muda penuh visual Zarina Abdullah lewat filem seram yang sangat cantik, Chermin, debut pertamanya beberapa tahun lalu.

Selain skor muzik yang sangat bergaya disusun baik dari Bedroom Sanctuary (Lagu), Seven Collar T-Shirt (Lights) mahupun ditutup kemas dengan Butterfingers (Mati Hidup Kembali). Terasa sangat feel "indie" dengan himpunan lagu-lagu ini.

Cerita ini berkisar tentang kehidupan dimana ia mengajar kita untuk lebih menghargai.
KIL tidak semata-mata sebuah filem tentang bunuh diri-bila-kau-sudah-bosan-dan-tertekan-dengan-hidup tetapi tentang bagaimana cara kita menghargai nilai kehidupan, orang sekeliling, selain bukan kita saja ada masalah yang berat tapi ada orang lain yang lebih berat dari kita.

KIL secara "jujur" menyelongkar beberapa budaya "typical" orang Malaysia yang memang pernah kita nampak sebelum ini. Secara "jujur" juga kita akan tersenyum sinis.

Skor 5 bintang untuk buah tangan berbaloi tonton Nik Amir Mustapha ini. Tahniah pada semua yang terlibat. Jujur juga, this is my favorite film!

ps: Penantian lebih kurang setahun menanti tayangan filem ni berbaloi.
ps2: Tontonlah KIL jika anda sukakan Twist dihujung cerita dan sudah muak dengan sinema hantu-rempit-gangster-ayah kawasan-bohsia. This is Highly Recommended!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR