Thursday, November 06, 2014

#LelakiHarapanDunia dan #TerbaikDariLangit (Trailer)

Ini antara 2 filem anticipated yang paling ditunggu tunggu. Akulah. Tak tahu orang lain. Kedua-duanya diarahkan oleh pengarah baru dan muda dengan jalan cerita yang fresh.

Ini contoh 2 pengarah dari penerbit yang berani melabur kos tanpa memikirkan untung rugi sesebuah filem. Filem yang dibikin dicorakkan dengan nafas baru sesuai dengan golongan intelektual yang datang ke panggung bukan sekadar untuk berhibur.

Contoh filem terdahulu seperti KIL, CEO, KOLUMPO dan THE JOURNEY

Lelaki Harapan Dunia arahan Lew Seng Tat telah menjelajah dunia ke merata ceruk festival filem. Semuanya diperingkat antarabangsa. Adalah menjadi satu kerugian jika filem ini tidak dinikmati bersama audien tempatan yang selama ini disogokkan dengan filem gangster-hantu dan rempit.

Rugi. Rugi Besar!


Sedikit sinopsis Lelaki Harapan Dunia;
A peculiar Malay village gone haywire when an abandoned house in the jungle was moved into the village upon the request of one of the villagers, Pak Awang. Chaos occur when another villager saw a black shadow moving in the house and mistook it for the Malay ghost, Orang Minyak. However, the shadow is actually an African immigrant who is on the run, secretly reside in the abandoned house. A series of hilarious events followed after that. What will happen to the poor African guy? Will the misunderstanding be solve? -Cinema Online


Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon, mostly lelaki which is rare in our filming industry (kali terakhir menerusi BUNOHAN). Bakal ditayangkan 27 November 2014 ni. So, agak rugila kalau korang melepaskan peluang ni macam tu je.

Filem seterusnya adalah Terbaik Dari Langit aka NOVA, dari produksi yang membawakan filem KIL (Pemenang Filem Terbaik FFM26). So kombinasi Nik Amir Mustapha dengan skrip yang ditulis Redza Minhat ni tentunya bakal menyengat. 

Sedikit sinopsis:
The film is about a fresh filmmaker who reunites his school friends after being apart for 15 years to prove that the UFO he saw 15 years ago was real. Together, the four friends embark on a beautiful and exciting road trip journey across Malaysia to search for the truth and turn it into a film. However, along the journey, they encounter something unexpected.- Cinema Online
 


 


Tengok? Sinopsis dia je dah unik! Rugi gila kalau tak tengok weh!

Filem yang dibarisi Iedil Putra, Megat Shahrizal, Ameerul Affendi, Nadia Nissa dengan Siti Saleha dan Bront Palarae ni sudahpun tercalon di 27th Tokyo International Film Award bagi kategori Asean Future.

Hebat!

Filem Terbaik Dari Langit bakal berputar pada 25 Disember 2014!

Antara senarai filem tempatan wajib tonton akan datang adalah:
1. Rewan Ishak "Negeri Di Atas Pasir"
2. Bernard Chauly romance adaptation "Manisnya Cinta di Cappadocia"
3. U Wei Hj Saari epic drama adaptation "Hanyut" aka "Gunung Emas Almayer"
4. Yasu Tanaka collaboration with Hans Issac and Maya Karin psycho thriller "Nota"
5. Osman Ali psycho horror "Jwanita"
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR