Wednesday, August 19, 2009

SAYA PUNYAI ALASAN UNTUK TERUS HIDUP. ANDA?

Mungkin ini merupakan tajuk entry yang paling panjang, sepanjang aku berblogging. Dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang manusia dan anak, aku selalu mendengar keluhan

"hidup ini membosankan"
"untuk apa kita hidup"

Sekadar contoh saja. Sebelum ini pun, aku seringkali dibebani dengan kata2 ini. Namun, persepsi aku berubah apabila mendapat tahu orang yang paling aku sayang, menghidapi penyakit. Serius, buat pertama kalinya aku rasa sangat takut. Bermacam-macam firasat buruk melayang-layang dikepala otakku nih. Ini termasuk kehilangan si dia.

Jujur aku katakan, aku sendiri masih belum puas memberi apa yang aku ada terutama sekali dalam hal2 membahgiakannya.

Dan paling penting, sulit bagi aku melepaskannya buat masa ini. Terlalu banyak dosa aku padanya dan perkara paling awal yang akan aku lakukan apabila aku pulang ke kampung nanti adalah untuk memeluknya erat2. Nak sangat minta maaf kerana aku tiada disaat dia sakit.

Buat ayahanda ku, Sulaiman b Saman, doa saya dikejauhan ini supaya ayah cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat. Jaga makan--)Ouh kalu la dia membaca slot ini, ingin saya katakan saya sangat sayangkan ayah dan harapan saya sangat tinggi untuk menggembirakan ayah!.
Kini, baru aku dapat rasakan yang aku memang mempunyai alasan untuk terus hidup dan paling utama, jangan periskan hidup kita yang singkat ini. Mungkin Tuhan sudah membuka mata ku untuk melihat dunia dengan lebih terbuka dan lebih sensitif.

My father and my stepmom. My biological mom died when I was 13. I don't want the tragedy repeat again. Really hurt my feelings!


Anda pula bagaimana?

Indera:--)Tak sabarnya nak balik kampung raya ni!. Oh Tuhan, panjangkanlah umurnya!

16 comments:

  1. tajuk ko ni horror tul laa..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. bro thank you very much for remind me.
    sm2 kt doa semoga keluarga dan ibu bapa kita sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  3. salam

    sori lme x drop komen disini

    quite bz since da keje nie

    hope awk baik2 selalu yer

    cikYana doakan ayah indera cpt sembuh

    insyaALLAH :)

    send my best regards 2 them

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan. Saya selalu berkunjung keblog ini sebagai silent reader tapi tak pernah memberi komen walau kadang2 ingin berbuat begitu. Namun entri anda kali ini amat menyentuh dan saya turut memahami apa yang anda rasakan. Semoga ayah anda akan tabah dalam mengharunginya.

    ReplyDelete
  5. CikYana(",)--)thanks for stopping by ye.InsyaAllah :-)

    ReplyDelete
  6. D.L Sumunie--)trimas krn datang memberikan komen.jgn malu dan segan nak komen lepas2 ni.eheheh..thanks also coz be one of my silent reader. huhu..terharu seh. Saya harap pun begitu:-)

    ReplyDelete
  7. ko wat ak xsabar nak balik jumpe parent ak....

    ReplyDelete
  8. may your dad sembuh cepat..
    kadang2 kite sebagai anak selalu terlalai dengan mereka yang ada didepan kita
    hargai masa sekarang

    ReplyDelete
  9. semoga ayah anda kembali sembuh dan sihat sejahtera...sentiasa panjatkn doa kpd yg Maha Esa agar panjang umurnya dan agar hajat anda utk membahagiaknnya tercapai. Insyallah doa anak yg soleh akan dimakbulkn.

    ReplyDelete
  10. chocolatecake--)aku pon tak sabar weii.huhuhu. 1st time in my life ada rasa tak sabar nak balik kampung:-)

    ReplyDelete
  11. cik kedondong--)Thanks a lot cik. aku pon harap2nya begitu:-)

    ReplyDelete
  12. aku pon rase terharu bace entry ko kali ni..huhu..
    rindu kat mak ayah.
    raye nti pasti air mata tanpa segan silu turun bak air terjun :(
    aku nak blk kg...

    ReplyDelete
  13. lady waleane --)Sabar LW. tunggu cuti nnti tau!

    ReplyDelete