Thursday, February 25, 2010

TUNGGU

Salam;

Sedang membaca blog pengarah/pelakon filem yang sinonim dengan komedi-Afdlin Shauki, aku tertarik dengan filem beliau yang akan datang "Misteri Jalan Lama" yang betul2 aku tunggu tayangannya, menjelang Aidilfitri ini. Filem bergenrekan Fantasi-Horror ini diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd dimeriahkan dengan Hans Issac, Que Haidar, Vanida Imran dll lagi.

Filem MJL ni mengisahkan Indra dan Ilya, dua beradik yang terpisah dan bertemu semula kerana mendapat khabar tentang kesihatan ayah mereka di kampung. Mereka kemudiannya melalui sebatang jalan lama dan tanpa menyedari makhluk "dunia lain" bakal menanti mereka di jalan itu..

teaser poster dari blog Afdlin Shauki



METER TERUJA 10/10

Sebuah lagi karya hebat bakal menanti penonton filem Melayu adalah epik termahal tahun ini: Hikayat Merong Mahawangsa (tajuk antarabangsa The Malay Chronicles:Bloodline), terbitan KRU Studios. Here's the best part. Filem ni sudah dijual ke 25 buah negara (menerusi klip tayangan 8 minit) termasuk Perancis, UK , Rusia dan Negara Timur Tengah. Filem ni gak dijadualkan ditayang di Festival Filem Cannes di Perancis pada Mac nih. KRU juga menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak Universal Picture International Entertainment untuk mengedarkan filem ni keseluruh dunia. Menariknya, filem ni gak menggunakan 70 peratus bahasa Inggeris, manakala selebihnya bahasa Melayu klasik dan bahasa Cina.


Aku tengok trailernya saja sudah membuatkan keinginan semakin melonjak-lonjak untuk menonton. Harap2 nya filem ni bagus dan tak mengecewakan peminat;)

METER TERUJA 10/10



17 comments:

  1. da buat review
    hehe

    http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/salji-dan-peluh.html

    ReplyDelete
  2. camne nak pasang yg view tu ek?
    yg kat atas tu?

    ReplyDelete
  3. cant wait for vanida imran...huhuhu

    ReplyDelete
  4. joegrimjow---)ok joe.dah baca.thanks for your complement;)

    pasang view kat atas?view camne ek?

    ReplyDelete
  5. ada group di FB-We Hate Prof Razak Film...haha

    ReplyDelete
  6. Blog Anuar Kamaruddin™---)betol2! terbaik neh!

    serius ke nuar ada?hahahaha

    ReplyDelete
  7. tgk trailer hikayat merong mahawangsa pn cam best jer....


    p/s : nnti bila tgk cite tu leh la tgk keindahan pantai terengganu tempat feveret aku tu...hihihi

    ReplyDelete
  8. aik
    da xde da
    ritu ada je
    huhu
    xpe xpe
    abaikan

    ReplyDelete
  9. hikayat merong mahawangsa ... wa teringin nak tegok! seyes ...

    ReplyDelete
  10. Mr.Homosapiensz ---)ha'a..tempat yg ko selalu joging tu kan?hehe

    ReplyDelete
  11. joegrimjow---)err link apa joe?nggak ngerti dong!hehehe

    ReplyDelete
  12. afdlin buat cerita misteri misteri?
    jadi kijo ko boh?
    aidilfitri dih.bulih kiroo.

    ReplyDelete