Tuesday, March 30, 2010

DUNIA AJAIB ALICE…KASIHAN RED QUEEN


Menonton buah tangan terbaru Tim Burton umpama berada dalam dunia khayalan. Imaginasi kreatif serta campuran pelik Burton dalam membikin Alice in Wonderland menjadikan filem ni berbaloi untuk ditonton.

Harus diingat, penulis hanya pernah menonton kartun Alice semasa darjah 1 sahaja. Selebihnya di dalam filem ini. Banyak juga term2 yg aku tak tau seperti Hari Frabjous, Jabberwocky-si naga dan lain-lain peningnya.

Tapi yang paling diingati adalah Tea Ceremony tuh;)

Ok, style aku biasalah dalam hal2 merumus sinema ni. Jom semak lima pin point penting yang mewajibkan korang menonton..errr walaupun agak terlewat.

1) Peranan Alice dimainkan cukup natural. Tapi sayang comel2 Mia Wasikowska ni tak dapat menolak hatiku untuk mengomen lakonannya yang sedikit kaku walaupun beliau mempunyai ekspressi wajah dan riak emosi yang cukup baik.

2) Watak2 sampingan yang berkembang baik dan cukup menyenangkan!

3) Peranan White Queen (Anne Hathaway) cukup bagus. Comel, lucu tetapi awas!, beliau psycho okay. Penggunaan suara dalam Anne sangat menjadi dan paling tak boleh blah, bila si ratu putih ni menaiki kudanya dengan tangga?! Haha.sopan betul!

4) Ini point utama. Red Queen yg dimainkan oleh Halena Bonham Carter cukup mengesankan. Jarang aku, sebagai audiens merasa kasihan dengan watak jahat (selain watak Hatsumomo dlm Memoirs of a Geisha). Gila kentang kan aku?. Ratu Merah memang jahat. Sikit2 nak pancung kepala. Tetapi, jika kau melihat hanya satu dimensi sahaja watak Ratu Merah tu, memang kau akan dapati si Ratu Merah memang kejam, annoying dan jahat. Cuba kau lihat dari dimensi berbeza. Ratu Merah sebenarnya kesunyian kerana dipinggirkan keluarga kerana kecacatan kepala besar, lalu demi mahu org tunduk padanya, dia membela Jabberwocky agar rakyat tunduk pada beliau. Pengikut-pengikut beliau juga berpura-pura berpakaian aneh (seperti dagu berlapis, hidung terlebih panjang, berperut lapis-lapis buncit, etc). Satu kesedihan bila naga tu mati dan kuasa dia dah tak ada.

5) Beautiful visual effects dan ianya merupakan sesuatu yang berbaloi untuk ditonton!

FaizalSulaiman'sFootNote:--) Pautan terus ke BAB 8-FARCIR di Aksara Keraian. Skrol ke bawah ya;)


6 comments:

  1. 3d wehee. nak tengok tapi macam emmm, tunggu lama sikit la..hee

    ReplyDelete
  2. aku rase ok jer cite...myb not my cup of tea.

    tp ape yg kamu pointed out sgt2 setuju! hehe manusia boleh jadi kejam sbb die dilayan secara kejam juga.

    jadi berbaik2 lah kite dan jgn zalimi org len =)

    ReplyDelete
  3. film nih sebenarnya best tapi bagi aku dah jadi kurang menarik
    tapi watak red queen tu memang best

    ReplyDelete
  4. ada choral speaking dekat sekolah,
    nak lakonkan Alice ni,
    anak murid dengar suara CI baca dialog dia, semua suruh CI join.
    gila ke apa? mana cikgu boleh masuk,
    but,
    cute and interesting.
    giler comel CI baca,
    hahaha

    ReplyDelete