Tuesday, May 25, 2010

MULA BERKUASA, BUTA MATA HATINYA


Salam;

Ini entry umum.

Siapa terasa lantak kau lah ya. Tiada langsung spesifikasi disini.

Setujukah kau, jika aku katakan segelintir (tak semua ya) manusia akan menjadi buta hati bila dia mula berkuasa?Mungkin ramai yg menganggap perkara ini leh di umpamakan sebagai luahan peribadi. Ok aku terima pandangan itu.

Tetapi secara jujurnya, bila bergelar pemimpin, kuasa itu ibarat sudah berada di hujung jari kau. Hujung jari tahu? Bila2 masa kau boleh gunakannya. Kau boleh jatuhkan siapa yg kau benci mahupun kau akan sokong siapa yang kau suka.
Favoritisme?

Ya, itu sudah pasti. Malahan dalam adik beradik pun ada yg kita suka, ada yang kita kureng suka.

Mujur aku sudah belajar sikit ilmu tentang pengurusan. Sikitlah. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan setitik air di lautan?
Kita kongsi, ya?

Penyelia/penguasa adalah insan yang dipertanggungjawabkan @ diamanahkan utk melakukan sesuatu tugasan. Tanggungjawab yang mulia pulak tu. Berkuasa bukan bermakna kita harus pandai poiting fingers, arah itu ini segala tetapi kau harus tahu apa yang dilakukan oleh org bawahan. Kiranya, bila berlaku masalah/chaos kita akhirnya dapat sama2 kaji dimana silapnya. Menjadi satu kesalahan besar jika seratus peratus kita salahkan orang bawahan, tanpa mengambil berat faktor dalaman @ luaran pekerja itu.Lain cerita kalau memang benar2 org bawahan memang bermasalah tegar.

Dia juga mampu memahami tugas2 setiap pekerja2 nya. Sebab itu penting, penyelia harus bermula dari bawah.

Apakah dengan menjadi ketua, kita harus singkat menjatuhkan hukum?
Apa pentingnya post moterm?
Letakkan akal, terlebih dahulu dari nafsu.

Ada satu-aku boleh kata fenomena- dimana segelintir dari kita kurang professional dalam bekerja. Malah ada yg tak professional langsung. Cakap pung pang pung pang..habuk tarak. Menjadi ketua tidak bermakna kau betul dalam segala segi, sampai cadangan org bawahan taknak didengari. Sudahnya di hujung hari, kita boleh melihat justifikasi pekerja itu. Tak kena buang, turun gaji @ memulakan sesi perang dingin sesama sendiri.

Kita harus professional
..lalu kata2 ini hanya dijadikan tagline tanpa difahami maknanya..

FaizalSulaiman:--)Kerja tanggungjawab kita sebagai khalifah. Ingat, rezeki itu nak dibawa makan anak-anak/adik beradik/mak ayah. Jujur dalam melaksanakan. InsyaAllah diberkati. Amin!

12 comments:

  1. biasa lah tuh

    bile da ade feveret, ada salah pn wat2 xnmpak jek hehe

    sabar jela eh

    ReplyDelete
  2. yela faizal...cakap je labih, tapi ...

    ReplyDelete
  3. Abe Annahl ---)ehehehe..absolutely true la neh;)

    ReplyDelete
  4. Saya setuju... tp saya tk suka ada kuasa...

    ReplyDelete
  5. 'AQILAH ---)pung pang pung pang.ahahaha

    ReplyDelete
  6. El-Zaffril --)yg akan lead to gila kuasa.huhuhu..kan long?;)

    ReplyDelete
  7. Kita ambil ikhtibar dari soalan yang ditanyakan Imam Ghazali ni:

    Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

    Murid 1 : Baja
    Murid 2 : Besi
    Murid 3 : Gajah

    Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
    MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

    Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,
    dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

    ReplyDelete
  8. subhanallah...
    amanah itu mmg berat...

    ReplyDelete
  9. Salam FS

    well said bro

    kate2 last ko tu buat aku terpikir
    kdg aku pn mengejar yg satu je - duit

    ape yg lebih pentg ialah keberkatan, keredhaan Allah. tu yg bakal menjamin hidup. apa yg dikejar tk selamanya membahagiakn melainkn kebahagiaan hakiki. tu yg aku dn rmai dr kita lupe

    ReplyDelete
  10. yusuf mujahidin ™---)takpe.sebagai manusia, kita saling ingat mengingati;)

    thanks for dropping some comments!

    ReplyDelete