Wednesday, October 06, 2010

PENGOR - BANAN


Salam Syawal.

Pengorbanan...
Cuba dalami maksud ini.

Aku tak tahulah pandangan korang terhadap istilah 'pengorbanan' atau 'korban' semua.

Yang aku faham dengan jelas adalah bila ada korban, mesti ada mangsa.

Ambil satu perkataan dalam ayat di bawah:
"Seorang remaja terkorban dalam nahas jalan raya lewat malam tadi"

It means, menjadi mangsa.

Aku bukan nak sentuh pun pasal kecelakaan jalan raya. OPS Sikap pun dah habis, kan?

Dalam hidup, kadang2 kita perlu berkorban.

Tapi ber-agak. Kadang2 habis semua nak dikorbankan. Demi adik-adik. Demi keluarga, demi kekasih and so forth...

Tapi adakalanya, pengorbanan itu semacam tak dihargai.

Beriya kita berkorban, esok lusa kita dilupakan.

Ya..that is life. Kehidupan terlalu complicated sampai terlalu ramai manusia-manusia mengambil kesempatan.

I am not talking about a problem here, okay. Ini hanya satu 'lintasan' yang bermain-main dalam kepada semenjak dua nih.

Bertambah pedih, pengorbanan itu langsung tak di ingati.

Kita bukan mengharap jasa itu di balas. Tapi cukuplah sekadar memahami. Some more, jangalah selalu berkorban. Jangan asyik kita sahaja hendak mengalah. Hello..lama2 kena pijak kepala baru tahu.

Jadi manusia tu, jangan terlalu baik hati sangat. Ok aku bukan nak mengajar jadik jahat, tetapi berwaspada sebab daripada 1 per sepuluh manusia, tujuh daripadanya bakal mengambil kesempatan atas kebaikan kita.

Jangan jadi 'pengor' - banan.

ps: 'pengor' adalah istilah jawa yang membawa maksud 'bodoh'. Sama istilah seperti 'goblok'

17 comments:

  1. sebab tu orang tua2 pesan,

    buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

    ReplyDelete
  2. pengorbanan- mengorbankan kepentingan sendiri utk kebahagiaan dan kesenangan orang lain....erm mampu ke kita berkorban..

    ReplyDelete
  3. Nazz@Purple---)huhu..mungkin bergantung pada orang kut.:)

    ReplyDelete
  4. Haha! This is one intelligent entry! Tiba2 satu jargon flash dalam kepala : KORBAN - KO teRbeBAN.

    ReplyDelete
  5. jalan raya sungai kematian
    eh tah..ni mcm ayat pm kot huhu

    ReplyDelete
  6. Paan Ovrtd---)hahahahaha..agreed

    KORBAN - KO teRbeBAN.

    haha

    ReplyDelete
  7. Arabella ---)hehehe..sungai maut..yes exactly:)

    ReplyDelete
  8. mmg betoi tu...kadang2 pengorbanan kita utk org lain tak pernah mereka hargai..bila kita ada kelebihan sikit, sibuk nak mintak tolong...tp kalau kita nak mintak tolong dia semula, mcm2 alasan diberi....dunia2

    ReplyDelete
  9. =) suka nasihat ni dato.. ^-^ tak mau jadi pengor.. ahh minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  10. pengor.. ekeke..
    teringat kadang-kadang kalau kene marah "kenapa la pengor sangat?"

    hah cemtu le bunyi nye..

    ReplyDelete
  11. Faz Nandra---)terima kasih faz.itulah jangan jadi terlalu baik sampaikan menjadi 'pengor'.hehehe

    ReplyDelete
  12. shahirahkhairudin---)hahahaha..kan shira.Goblok lebih kurang maksudnya..

    ReplyDelete
  13. pengorbanan.

    we can still look at it from soooo many different ways.

    :)

    ReplyDelete
  14. NUke_Rude ---)yes bro! couldn't agree more lah!

    my V oren.hahahaha

    ReplyDelete
  15. btl2..jgn terlalu percaye..........

    ReplyDelete