Friday, December 10, 2010

MASAM KELAT PASAL APA?


Salam Jumaat.

Jangan terpedaya dengan tajuk entry sebab harini mood penulis dalam keadaan stabil. Heh!

Senyum Faizal..Senyum.

Entry harini nak becerita tentang senyum dan kaitannya dengan hormat.

Kita kalau nak rasa diri dihormati, kita perlu menghormati orang dahulu.

Betul tak cakap aku? Kalau betul sila ‘like’

Ok-ok aku gurau.

Aku bukanlah hendak mengoceh, tetiba nak melenting macam mak nenek, tapi adakala perkara ini too much melangkaui batasan sabar kita. Dua situasi yang boleh aku refresh semula:

1) Di kaunter sewaktu belajar dulu. Staf yang bertugas jumpa aku. Aku senyum. Dia masam. Aku sabar. Naik lagi satu level bangunan. Jumpa lagi sorang staff. Aku senyum. Dia balas masam. Konklusi hati? Aku menyumpah. Tahi Suci! Tahi, Tahi dan Tahi~~aku menyumpah

2) Masa belajar lagi. Jumpa pula pengawal keselamatan. Ok aku tahu anak dia sebaya umur dengan aku. Aku wave tangan. Senyum. Hampeh tak dibalasnya. Ketat sungguh mukanya macam kena tarik-tarik.

Ya.
Mungkinlah aku sudah belajar makna Hotel dan Hospitality maka segala aspek perlu Hospice.

Concise Oxford English 11th Edition
Hospice: home providing care for sick and illness

Itu secara theoretically. Hospice disini bermaksud pleasant.

Balik pada situasi.

Dalam situasi aku ni, kedua-dua individu ini adalah golongan tua. By all means, pepatah melayu ada kata “Yang muda perlu menghormati yang tua”. Aku hormat orang tua, bukan aku tak hormat, apatah lagi kurang ajar.

Tapi apa salahnya SENYUM. Angkat juga tangan. Angguk sikit kepala, noticing body language kita. Ini tak, makin aku senyum, makin dia kelat masam. Macamlah aku tunjuk jari tengah dekat depan muka dia!

We all semua dah TER-educate dengan pepatah yang aku katakan di atas. Aku yang muda, kau orang yang muda, mesti hormat orang tua, kan?

Tak hormat, hidup kau tak berkat.
Tak hormat, silap-silap kau kena sumpah jadi batu!

Betul. Keberkatan datang dari redha orang tua. Lebih-lebih ibu bapa kita sendiri. Tapi, kalau orang tua tu bukan ahli keluarga kita? Bukan mak ayah kita? Setinggi mana hormatnya kita pada dia?

Kau orang boleh respon soalan aku ni.

Ini sama juga terjadi pada kasta seniority, tak kiralah dalam suasana belajar atau bekerja.

Kau budak baru, kau kena hormat aku sebab aku kerja lama dari kau.
Kau freshies, kau kena hormat aku sebab aku senior kau. Apa-apa karang kau refer aku juga.

Kenyataan tahi yang sangat menjengkelkan!

26 comments:

  1. setuju
    ular menyusur akar tiada hilang biasanya. tak ada salah pun kalau nak senyum. tua, muda ayuh kita senyum

    elok senyum pagi2 ni

    ReplyDelete
  2. org2 tua ni ada sesetengahnya yg ego."alah, kau budak,buat pe aku nk respect".macam tu lah aku rase.mrh pn ada, tp persepsi diorg mcm tu.

    nnti klu dh tua sgt,anak2 hntr ke rmh org2 tua, ber*k pn tak blh nk cuci sndiri,bru kau tau peranan org2 muda ni ye dok? org2 muda volunteer ni la yg akan cuci segala tu. :)

    ReplyDelete
  3. Seri---> tulah.senyum je.takya nak cakap apa2 pun.tak kena bayar pun..

    ReplyDelete
  4. Muhamad Zaki Zafir---> betul tu zaki.sometimes sebab mungkinlah orang tua lebih banyak pengalaman dari orang muda. and perkataan 'kau budak2 tau apa'tu sort of annoying sgt.

    ReplyDelete
  5. betul tu FS.. byk kali juga snyum tapi xdibalas... lepas tu dah teragak2 dah nak senyum terutama jaga.. nak buat muka ganas sokmo...

    ReplyDelete
  6. mR.sYaH ---> betul tu syah.jadik jaga tak semestinya kena masam, muka garang a.k.a the typical one tuh.haihshhhh

    ReplyDelete
  7. W. Hidney---> betul tu bro.kalau aku, memang dont give a damn pun. kita bleh conclude org mcm tu sombong la. by all means, ikutla resmi padi.makin berisi, tunduk aje:)

    ReplyDelete
  8. akk mmg pernah jumpa org macam tu...kite senyum, dia langsung xnak senyum, macam laa dia sorg jer ada pangkat besor...sangat berlagak, macam kite ni tak layak dengan dia...tiap kali jumpe still macam tuu...at last, malas eden nak tegur dia hhuhuhuhu..daripada sakit ati, wat donno udah

    ReplyDelete
  9. B E T U L!

    kat tmpt wan bljr pun macam tu

    baik kerani mahupun pak gruad

    kekwat!

    ReplyDelete
  10. Tergelak bila sorang junior di kolej panggil 'abang' and then aku sound balik "abang ngko. panggil nama je dah. tak cool langsung. ko ingat ni asrama apa?".

    ReplyDelete
  11. cik_sue ---> Tulah kak..tu baru jadik macam tu.kalau jadik pangkat besar..tatau laa

    ReplyDelete
  12. mr.syazwan ---> Tau takpa! kekwat lebey nehh

    ReplyDelete
  13. Paan Ovrtd---> Abang paan. hahahahahahahahahha

    ReplyDelete
  14. senyum sokmo bak kata orang terengganu ni.....hehe

    ReplyDelete
  15. alahh.biase la tu boh..hehe..datang bulan tu..

    ReplyDelete
  16. apik pehe---> hahahhaa..jolo gak tuh.hehehehehe..kalu jate plok? guane?

    ReplyDelete
  17. hm apa yg ko cite tu bro, memang mcm dah jadi benda biasa..kdg2 kalau kat masjid pun bila bersalam org tua memang tak senyum..sedangkan aku senyum..

    dorang tak suka ke org muda mcm aku ni ke masjid..mcm mana bro..patut ke tak patut dorg buat aku mcm tu..

    haha tapi aku relax jela..mybe hidup dorg dah penuh sgt asam garam pahit manis

    ReplyDelete
  18. tengkorakemas ---> Agaknya kat dahi kita ni ada cop "buat salah" agaknya.

    ReplyDelete
  19. Nabi dah pesan, "bukan umatku yang mana orang tua tidak menyayangi orang muda dan orang muda yang tak menhormati orang tua"...

    betol bro, hormati org lain jika nak diri kita dihormati..bukan susah pon nak senyum.. jangam sampai m.daud kilau g nyanyi depan muka~ senyumlah, senyumlah, wahai che mek molek.. LIKE THIS entry~

    ReplyDelete
  20. selalu jadi macam ni kat tmpt kitorang terutama lecturer jabatan kitorang..huwaaaaa tak suka betol..senyum slah,tak senyum pn salah..kalu tak senyum atau bagi salam..kena ckp kurang ajar plak,bla da wat gtu,kena pndang lain ar plak..wahhh mentaliti org zaman skrg..ntah laaa..
    maybe we should respect ourself first then respect other people..

    ReplyDelete
  21. shatooman--->beb, aku suka permulaan ayat ko.

    nak LIKE juga la:)

    ReplyDelete
  22. MiSzy DiaN---> Lol..senyum la kan sikit.sikit pun jadik la=)

    ReplyDelete
  23. betul tu ijal, tak salah pun org tua hormat org muda, apa lagi rakan sekerja, pada pendpt saya jika kita berkawan terutama org muda semangat kerja kita juga akan sentiasa membara, itu adalah aliran tenaga org muda yg kita serap.. satu lagi senyuman awk mmg manis hehehehhe

    ReplyDelete