Thursday, January 06, 2011

Cool Di Minggu Pertama

Salam

Aku tahu mungkin ada beberapa bloggers mahupun readers yang masih bergelar students sedang sibuk hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Standard la kan. Mula-mula minggu pertama mesti kacau bilau.

Hendak-hendak yang pertama kali mendaftar.

Itu nak urus , ini nak urus.
Tengok jadual plak, satu haram tatau bilik kuliah kat mana. Tambah plak, jadual tu pack gila babang punya!

Masa nilah emosi terganggu.
Perasaan tak stabil malah paling memburukkan adalah ia secara tak langsung mempengaruhi mood kita—hendak hendak yang dah lama tak menghadap buku.

Pesan aku satulah.

Kuatkan semangat.
Kentalkan perasaan.
Pedulikan egois yang emosi.

Nak berjaya bukannya senang. Mental dan fizikal kena bersedia secukupnya.

Aku pernah menghadapi perasaan yang sama setelah setahun tak buka buku, semasa pengajian tahun pertama Ijazah, awal 2007.

Masa tu dok study satu subjek ni, namanya ‘Hospitality Service Management’

Ni baru modulnya. Memang menjerut leher..


Truly, aku hampir give-up bila membaca, satu pun tak masuk dalam kepala. Aku tension. Dan bila aku tension, Dunhill mula memanggil-maggil. Sepam asap dua aku ambil, kemudian memikirkan kemungkinan nak berhenti dari mengaji.

Teruji sungguh. Mujur aku ingat wajah ayah di kampung.
Penat ayah sekolahkan aku.

Jadi dengan pemikiran sebegitu, aku trus tersedar.

Nak tak nak, aku kena baca.
Biar muntah darah sekalipun, aku kena cuba.
What the heck menyerah saja tanpa usaha, kan?
Jangan give up.

Aku cuba baca. Mata mengantuk macam haram, tapi aku gagahkan juga.

Alhamdulilah, aku skor dengan baik paper tu.

Sebenarnya, ia terletak pada usaha dan tawakkal kita. Berat manapun dugaan, tentanginya dengan perasaan tenang.

Allah ada. Mintalah bantuan Nya selalu:)

The truth is, jangan mudah mengalah. Bila sudah ambil selangkah kehadapan, jangan menoleh lagi kebelakang. Teruskan saja. Tidak ada benda yang senang di dunia ini.

Selagi boleh berjalan, mengapa tak terus sahaja berlari?

18 comments:

  1. quote ayat arini : JANGAN MUDAH MENGALAH!!!!!


    tp xtau sampai bila harus BERALAH...
    =(

    ReplyDelete
  2. tiba2 ku rasakan diri ini bertambah bersemangat lepas baca entry ni.. nice bro!!!

    ReplyDelete
  3. da terganggu emosi da.. sebab purse hilang hari kedua kuliah =.='' nak urus kuliah punya pasal la ni :((

    ReplyDelete
  4. True3...
    Never give up...
    The key of successful.

    ReplyDelete
  5. Hebattt bro!! never ever give up!
    Allah sentiasa membantu..:) Best of luck...:)

    ReplyDelete
  6. setiap sem minggu pertama mesti kalau-bilau terutamanya nak tukar seksyen. tapi ada juga yang ambil kesempatan ponteng kelas

    ReplyDelete
  7. pilihan ditangan kita..pilih la untk kebaikan..


    p/s: anda mesti pileeyyyyyhhh

    ReplyDelete
  8. cik bebel sentiasa --->kalau sentiasa beralah, memang menyakitkan hati. sesekali jadilah keras hati:)

    ReplyDelete
  9. shatooman --->thanks! semoga semangat tak mudah luntur ye:) teruskan usaha! chayok2:)

    ReplyDelete
  10. aleeya husnan--->la ya ka? dlm tu mesti ada ic kan? pi report k, takut orang salah guna

    ReplyDelete
  11. Pencacai Alim --->yeah betul2.pening kepala weh!

    ReplyDelete
  12. Mr. BLB --->sesama bro! wehh..lama ko tak update.tuka nama siap:P

    ReplyDelete
  13. n@jwamz --->tengkiu2.sama juga pada students yg membaca entry ni:)

    ReplyDelete
  14. Seri --->hahaha..itu sudah pastilah..memonteng:))

    ReplyDelete
  15. zixol--->yay! pilihan itu sentiasa ada!!!

    ReplyDelete