Tuesday, January 04, 2011

MAM: Sayur Orang Malas

Salam

Memula nak ucap terima kasih pada EqbalZack sebab bagi peluang diri ni menang Giveaway EqbalZack tempohari. Lupa nak say some gratitude. Thanks bang eq! Next GA, saya buat lagi terbaik!he he he

Well., Ahad kelmarin macam biasa, aku berkelentang kelentung di dapur. Tapi sejak Ogos lepas, aku dah jarang turun main perang-perang dengan blander dan pisau. Literary, memasak lah.

Kali ni nak kongsi satu resipi baik punya. Nak-nak bujang macam aku yang malas nak masak renyah-renyah.

Korang pun tahu buat. Pejam mata, pling! Dah siap!

Ok aku tipu.

Mana ada tutup mata, bleh siap? Agak-agak la kalau nak percaya pun!

Kobis Masak Bening*
½ Kobis. Dihiris ikut suka. Jangan nipis sangat
½ biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia, dihiris dua
6 tangkai cili padi. Kalau bleh 3 hijau, 3 merah** (Tujuan nak bagi pedas je)
Ikan bilis, dibersihkan

Bebahan



Aku terhiris macam nak buat coleslaw plak. Patutnya lebar lagi


Cecaranya:
1.Masukkan air dalam periuk. Ni ikut suka. Dua cawan bleh. Kalau makan tu jenis kuah macam banjir, bubuhla 3-4-5 cawan.
2. Masukkan bawang-bawang, halia, cili padi dengan ikan bilis. Tunggu sampai didih
3. Bila dah mendidih, masukkan kobis yang dah dihiris tadi.
4. Bubuh garam dan serbuk perasa (kalau perlu).


Fuhh terer tak I?hahahaha


Bam! Dah siap pun.

Bak kata Chef Wan, ko lebur je, Senah. Siap dah!

Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan, masyuk jugak neh!

* Bening= merujuk term jiran sebelah rumah untuk ‘masak air’. Siapa lagi guna term ni?
** Penggunaan warna dalam masakan adalah sangat penting. Salah satu faktor tarikan makanan adalah pemadanan warna@ penggunaan warna yang menarik, supaya menimbulkan selera untuk menjamu.

Selamat membaca final three Write Cup dan cerpen tulisan penulis, bergenre Thriller Psikologi: Suci Kasihnya. Selamat Membaca!

30 comments:

  1. cerpen suci kasihnya memang mantap... hebat bro, dpt buat cerita mengenai illusi si bella.. ingatkan zafran tu yg bangang~silap rupannya.. ahaha

    ReplyDelete
  2. BENING, aku pun gune istilah tu..org jawe mmg ske masak bening kot..^^

    ReplyDelete
  3. shatooman --->tima kasih, bro! appreciate that so much:)

    tima kasih skali lagi, k:)

    ReplyDelete
  4. zixol --->kan. mungkinla nak kata aku tatau, aku half jawa.ceh..mcm half blood prince sangat:P

    ReplyDelete
  5. BENING???? giler jawa...hahahha
    xleh buat nama kobis masak air ka????hahahhahah...

    besh makan ngn nasi panas...ada sambal TUTUK pun besh..ikan bilis goreng dengan lada n bawang ker??wowwwwww....craving...

    ReplyDelete
  6. waaa tahniah la menang!

    hehe

    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O

    disamping pandai menulis cite

    pandai masak jugak

    perh!

    ReplyDelete
  7. masih lagimenggunakan terma bening.
    kadang-kadang je panggil kobis masak air...

    hehehe baguslah campak2, janji boleh makan dan kenyang.

    ReplyDelete
  8. kt rumah aku pun guna term bening ni.sedap dimakan bersama nasi dan sambal getuk klu tak silap nama smbl tu.. :D

    ReplyDelete
  9. dah lah menang..
    pndai masak g..
    hehehe..
    hebat..
    tahniah..
    :)

    ReplyDelete
  10. cik bebel sentiasa--->WARGHHHHH sedap tu.lapa tengah2 hari neh:)

    ReplyDelete
  11. mr.syazwan --->hahahaha..takde apa2 pun wan.simple je neh:)

    ReplyDelete
  12. dandelion kiss --->panjang noo nama kobis masak air.hehehehe

    ReplyDelete
  13. Muhamad Zaki Zafir --->betul la bro! besh gila makan wehh

    ReplyDelete
  14. MiSzy DiaN --->haha..menang tu rezeki tu.masak takla bape pandai sgt pun:)

    ReplyDelete
  15. mudah je resepi ni. tak perlu nak tumis bagai

    ReplyDelete
  16. tahniah dpt GA tu...huhu..jels2.....

    ReplyDelete
  17. Mr.IX --->thanks Mal. tahniah ek dapat cek tu.jeles2:P

    ReplyDelete
  18. congrats menang
    sedap nampak
    malas2 pun janji sedap sudah
    hohoho

    P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

    ReplyDelete
  19. sedap nyer weh.. tapi lagi sedap kalo ko nak masakkan untuk aku..

    ReplyDelete
  20. anda kena tag join contest..hehheh

    http://homosapiensz.blogspot.com/2011/01/pose-slumber-laptop-contest.html

    ReplyDelete
  21. bro, letak 11 cili (cukup 1 team bola) kasi kepedasan mengancam, bening tak bening pasti mantap,

    tambah2 ada sambal belacan, masak telo dadar complete one set nasi bujang :D

    ReplyDelete
  22. tengkorakemas--->warghhh terbakar nanti.hehehehehe

    fuhhh tu memang set wajib tu, bro!!hahahaha..makan ngan nasik panas,,besttt

    ReplyDelete