Tuesday, March 29, 2011

Ikut Saja


Salam

Pertama-tamanya, terima kasih kalian sebab membaca cerpen yang disiarkan Ahad lepas. Mixed review. Lain padang lain belalang, bukan? Sudah disiarkan. Baik buruk kenalah terima:)

Minggu yang sibuk juga. Terkejar sana sini disebabkan majlis besar sekitar esok. Mula-mula mengeluh juga. Dengan demam dan sakit sendi yang datang bertimpa. Kemudian berfikir. Ujian ni. Allah tengah bagi test. Aku rileks tak dengan test Dia? Kemudian Allah datangkan dengan rezeki. Aku perlu redha.

Ar Rahman daripada Nya

Lumrah manusia kalau ditakdirkan A, boleh boleh dia mahukan B. Adatlah kita manusia yang fikirkan itulah yang terbaik buat kita. Tapi kalau itu (A) sudah takdir dari Nya, mampukah kita melawan?

Kebahagiaan boleh dicari.

Ya. Betul. Tepat sekali.

Tapi bagaimana pula dengan keredhaan?

Allah menentukan kita dengan jalan lain, ada sebab musababnya. Ada hikmah. Ia tak dijumpai kalau kita tak berani nak menempuhinya. Orang putih kata “Every cloud has a silver lining”

Jaluran perak tu takkan jumpa kalau kita tak tempuhinya sendiri. Lumrahla. Takkan terus je nampak dunia, dah temui bahagia? Berjaya? Sukses? Standartla kenal pahit maung dulu. Makan jadam dulu. Makan gambir dulu.

Macam manusia yang cuba melawan kematian. Dibelinya mesin awet muda untuk kekal cergas. Makan berpantang. Buat pembedahan supaya dia boleh lawan usia tua. Teringat pulak karakter Marsani (Pontianak Harum Sundal Malam) yang hidup segan mati tak mahu disebabkan hutang lama yang tak “dipulangkan”.

Manusia bukan bersifat immortal.

Dia akan mati. Tapi cepat lambat, Allah tentukan.

Takdir Allah itu pasti. Ya kita boleh mengubah. Tetapi hujungnya, redha Allah juga yang paling utama.

23 comments:

  1. pengalaman mematangkan kita...

    ReplyDelete
  2. setiap yg berlaku ada hikmah tersendiri, rahsia tersimpan di sisiNya,

    kalau kita tahu apa yg bakal berlaku, dah tak thrill

    ReplyDelete
  3. ramai kata kecantik adalah hak milik setiap insan

    tpi mesti ingat perlulah kecantik semulajadi bukan kecantikkan ciptaan mesin

    hoho

    ReplyDelete
  4. kesedaran itu lahir dari hati manusia sendiri dan keredhaan juga datang dari hati..maka didiklah hati untuk menerima apa yang telah ditakdirkan,tapi ya kan..kita masih boleh rencana takdir yang terlaksana..

    ReplyDelete
  5. cik bebel --->dan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar:)

    ReplyDelete
  6. tengkorakemas --> haha..sure kan. kalau dah tau sumpah tak thrill hidup ni.at least, kita cuba la:)

    ReplyDelete
  7. mr.syazwan --->tambah.dengan suntikan botox dan adik beradiknya.hehehehe

    ReplyDelete
  8. ghost writer--->yupe! betul. ayat last tu aku suka:)

    ReplyDelete
  9. ye broo..ujian mmg perit..tapi nikmatnye kemudian Allah saje yang tau..Allah menguji ade sebabnye kan?

    ReplyDelete
  10. oh..tak sempat nak bace cerpen nukilan anda itu..

    pape pon, live your life bro.. pengalaman hak milik setiap insan..;p
    mematangkan dan mengajar ape itu erti sebuah kehidupan.

    Segala kesilapan dan kutukan/kritikan haros diterima dengan redha..pujian diterima berpada2..

    have a nice day..sorry x sempat nak komen2.huhu

    ReplyDelete
  11. apa yg UJIAN yg diberi menjadikan manusia lebih beringat...

    ReplyDelete
  12. bukan semua yang kita nak kita akan dapat.... jodoh pertemuan ajal maut itu semua rahsiaNya..

    ReplyDelete
  13. salam FS...
    lama abg eq tak singgah sini. harap faizal memahami abg eq yg dh jd student ni...hehehe

    ReplyDelete
  14. epol --->betol tu.apa pun ujian, kita kena redha, sabar. Ada hikmah yang terlindung tu:)

    ReplyDelete
  15. Adlan --->ehehehe

    takpe adlan.students bizi gaknya skunk.nak dekat final dah kan?

    well,best of luck,k!

    ReplyDelete
  16. mardianaabubakar--->beringat dan supaya tak mengulangi perkara yang sama:)

    ReplyDelete
  17. mR.sYaH--->betul.sangat betul.kita pohonlah yg terbaik:)

    ReplyDelete
  18. eqbalzack --->salam bang eq.

    faham2.takpa, fokus2 apa yang dilaksanakan skunk:) sy pun pernah jadik student gak dulu:)

    wish u all the best, bang eq!

    ReplyDelete
  19. hahaha..saya takde esemen and exam lah!;p

    sibuk ngan report final..huu

    ReplyDelete
  20. Adlan --->sibuk gak tu adlan.goodluck, ok!

    ReplyDelete
  21. betul, mnusia kalau dpt A dia nk B.

    & blh jd benda yg kita benci itu merupakan benda yg terbaik utk kita, & mungkin bnda yg kita suka sgt2 akan mndtgkn mudarat pada kita pulak.

    Dia yang Maha Mengetahui ape yg terbaik utk kita. :)

    ReplyDelete
  22. Muhamad Zaki Zafir ---> Dia penyimpan semua rahsia yang tersembunyi:)

    ReplyDelete
  23. betul2..
    OE setuju yang itu...
    (n_n)

    ReplyDelete