Monday, April 11, 2011

Kat Mana Hang Letak Nilai Cinta Hang? Atas Kaki Ka?: CUN Review


Salam

Baru berkesempatan menonton buah tangan terbaru Osman Ali, sutradara yang berjaya memancing audiens dengan beberapa karya berat seperti Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Anak Halal dan Puaka Tebing Biru.

Cun: definisi ringkas menggambarkan cantik, lawa, menarik tertarik kau memang da-bomb.ha ha ha

Pertama kalinya mendengar Osman bakal mengarahkan Cun, fikir jugalah, bagaimana hasilnya. Tetapi, sesudah menonton filem berdurasi kurang lebih 105 minit ini, ternyata bisa Osman terhadap komedi romantik mampu memukau audiens.

Gandingan Maya Karin dan Remy Ishak mengikat ikatan kimia yang terbaik. Watak Atan di tangan Remy nampak neutral. Bengisnya menjadi. Barannya bersebab. Dan sifat tanggungjawabnya terserlah. Manakala persembahan Luna Latisya lakonan Maya kelihatan berjaya. Mutunya meningkat dan tampak berbeza dengan watak Bella (Pisau Cukur) yang gedik menjadi ditambah dumb bimbo-ish.

Watak tambahan mengukuhkan cerita. Faezah Elai sepatut dicalon Best Actress in a Supporting Role untuk festival filem musim depan. Karaternya sebagai Kuntum (Tom) mengundang kasihan. Gelodak Tom terhadap Atan dapat dibaca audien. Begitu juga persembahan luarbiasa Nadia Nisa sebagai gadis OKU, Manis. Lakonannya tak splastik. Aksi bersahaja Nadia Nisa kadangkala mengundang sedih dan tawa. Lebih-lebih gandingannya bersama Kembang. Cute!

Cun meletak jalinan cerita simple. Luna si pengacara gosip Meletops, membogel berita sensasi artis, tertepek cerita di batang hidung sendiri bila tunang sendiri ditangkap bersama perempuan lain. Kecewa, dia membawa diri ke kampung di Kedah, bertemankan pembantu peribadinya dan disitulah dia bertemu cinta hati.


Tipikal kan? Tapi, disinilah sentuhan Osman berbeza dengan karya romantis yang lain. Ikatan kekeluargaan yang kuat selain emosi yang disuntik setiap watak menjadikan Cun cukup perasanya.

Tapi agak terkilan dengan watak-watak bandar seperti Candy(Ning Baizura) yang rimas ditonton. Candy seorang produser. Ketiadaan Luna menyebabkan rating Meletops turun dan dia sangat desperate mahu mendapatkan coverage cerita2 panas. Watak itu ditangani dengan baik oleh Ning. Dia seolah predator yang mahu memusnahkan hubungan Luna dan Atan.


Tapi sayang. Ia dilebihkan dengan aksi gedik tak sudah sudah, buat aku tertanya-tanya adakah dunia artis dipenuhi dengan kegedikan, cakap terkinja-kinja, suara buat-buat? Mekap over? Ke ataupun nak menampakkan lagi ke-plastikan dunia artis?

But overall, filem ini ringan untuk ditonton. Ringan gila sampai kau boleh terbahak-bahak tertawa. Humor was very good, lagi-lagi kalau ada antara hampa orang Kedah!

Memang Cun ah!

19 comments:

  1. morning faizal..
    aaa.. pagi2 lagi review filem.. hesh.. bile la nak g tgk nih..

    ReplyDelete
  2. masih belum ada kesempatan nk tgk citer ni.. ramai kata best..

    ReplyDelete
  3. dunia artis mmg penoh dengan keplastikan pon..hahaha

    ReplyDelete
  4. Cun laaa...nk kne tgk gak ni...TQ 4 d info...

    ReplyDelete
  5. shahirahkhairudin--->afternoon shira.cepat2 tengok semasa masih ada di panggung.

    best!

    ReplyDelete
  6. MR. SYAH--->ada masa kang tengok lah syah sebab komedi romantiknya memang acuan tempatan, which is very good.

    suka tgk faezah elai dlm citer neh:)

    ReplyDelete
  7. Adlan ---->hahahahaha
    hhaha...statement tu adlan.hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->sama sama pojie.ada masa kang pi tgk. memang cun ah!

    ReplyDelete
  9. Atan kemudiannya dijemput bg menjayakan rancangan tv kan?

    rasanya mcm hampir sama dengan Krishh lakonan Hitrik Roshan, bezanya ia melibatkan seseorang yg berkuasa, dan Atan hanya seorang yg biasa

    apa2 pun pastinya menarik :)

    ReplyDelete
  10. tengkorakemas --->yeahh..

    mcm aku ckp ar tipikal, tp nice.olahan dia nice.

    ko kena tgk dengan si jantung hati:)

    ReplyDelete
  11. kenapalah banyak sangat filem best tahun ni. tak dapat gi tonton. setakat pun dapat tengok 'hikayat merong mahawangsa' je

    ReplyDelete
  12. Seri ---> tgk blog seri pagi tadi, ya Allah sibuk sungguh:)

    ReplyDelete
  13. cun ahh maya karin..wajib tonton ni sebab maya yg berlakon..awek aku tu..hahahaha

    ReplyDelete
  14. shatooman --->eh kira madu la kita ni ek?hahahahhaha

    ReplyDelete
  15. aku harap kalau filem nih berjaya meraih keuntungan berjuta tidak akan ada deretan filem2 yang punya genre sama sepanjang tahun dan memenuhi jadual tayangan di malaysia..muak jadinya macam filem hantu...walaupun digarap dan diolah dalam bentuk citer yang berlainan tapi konsep tetap sama..HANTU.

    ReplyDelete
  16. ghost writer--->bulan april ni..penuh ngn citer hantu saja.

    ReplyDelete
  17. @FaizalSulaiman

    er..setakat ni aku dan si jantung hati layan cite mcm terminator, transformers dan aksi2..hehe

    ReplyDelete
  18. tengkorakemas --->kira layan citer ganas ajelah ni ye?muehehehehe

    ReplyDelete
  19. oh kalau Remy berlakon memang OE tabik sebab semua watak yang dia bawak memang berkesan...
    OE ada dengar jugak pasal cerita nie...
    nak tengoklah kalau kamu kata best...
    tapi nanti tunggu dia keluar cd dululah agaknya....
    sebab macam biasa, OE nie nak jejak panggung susah sikit...
    (n_n)

    ReplyDelete