Saturday, June 18, 2011

Menyambut Keterujaan Bahagian 2: Trailer Terakhir Untuk Epik Terakhir – Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

Final trailer Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 telah disiarkan semalam, tepat jam 7:15 pagi waktu tempatan, eksklusif di web Apple.com. Trailer daripada filem arahan David Yates ini merupakan kesinambungan kepada bahagian pertama yang ditayangkan tahun lalu.

Aku…tak usah cakaplah betapa terujanya untuk menonton bahagian ke dua ni. Mengimbau bahagian pertama, Lord Voldermort (Academy Award Nominee Ralph Fienes) telah berjaya mencuri Elder Wand daripada makam putih Albus Dumbledore (Micheal Gambon). Bahagian ke dua diteruskan lagi dengan misi Harry, Ron dan Hermione memusnahkan baki Horcrux, serpihan roh Lord Voldermort yang dipecah kepada tujuh bahagian.

Antara baki Horcrux tersebut adalah Mahkota Rowena Ravenclaw, Nagini, Badge Helga Hupllepuff dan Harry Potter sendiri. (Mengikut buku tulisan JK Rowling)

Tak citer banyak, jom ushar gambar!

Naga tunggangan selepas memecah masuk Bank Gringgots!



Laskar Horgwarts



Pertemuan Harry di hutan


Amukan Voldermort



The Elder Wand


PS: Pertarungan antara Bellatrix Lestrange dan Molly Weasley paling ditunggu-tunggu
PS2: Horgwarts battle gonna be epic where Minerva McGonaggal will lead this battle
PS3: Few important characters will be die including Weasley twin, George
PS4: Babak Epilog (yang ditulis 19 tahun kemudian) menunjukkan kesemua pelakon termasuk Radcliffe, Watson, Grint, Felton akan memainkan sendiri watak tua masing2 dan pelakon-pelakon yang menjadi anak-anak mereka juga sudah dipilih.
Justify Full


10 comments:

  1. yang part 1 pun aku tk tgk lagi. dah tak ingat sgt pun HP yang awal2 dulu. nanti kena rally lah dr 1 sampai habis.

    ReplyDelete
  2. nak tunggu habis, then kumpul koleksi berharga tu..hehe

    ReplyDelete
  3. asal aku nk exam je, wyg best yg kluar.hp la, transformers la..

    ReplyDelete
  4. Bella Latip --->samalah saya pun.giler nak tunggu citer ni july nanti!!!

    ReplyDelete
  5. Fyzal --->ko wajib rally weh.tp tu pun kalau ko minat la.ada yg tak minat, tp aku sebab da tgk dr awal, gile rugi tak sampai habis.hahahaha

    thanks singgah, bro!

    ReplyDelete
  6. tengkorakemas --->betul weh.aku pun nak wat camtu nanti.ahahaha...nak tgk byk kali pun takpe:)

    ReplyDelete
  7. Muhamad Zaki Zafir --->oo ko dah exam dah?pttla jarang blogwalking weh:)

    ReplyDelete
  8. aku pun tak sabar nak tunggu nih.bila lama sangat nak tunggu part II nanti asyik duk mengingat apa yang jadi masa part I.

    ReplyDelete
  9. ghost writer --->kira ko kena tgk part1 balik la ni.heheh

    takpe2 part2 hanya bersambung apa yg part1 dah ada.cumanya kena tgk hermione akan bertukar jadi bellatrix since the trio nak pecah masuk bank gringgots:)

    ReplyDelete