Monday, September 10, 2012

Memori: Rap Too-Phat, Kenangan Belajar Bahasa Inggeris & Kegemilangan BoyBand

Pasti dari kau orang semua kenal dengan kumpulan rap duo Too-Phat.

Kalau tak kenal, maka tak lejen!

Too-Phat yang asalnya dianggotari Malique dan Joe Flizzow ini membawa gelombang baru dalam dunia seni suara Malaysia. Rap Duo ini meletup dengan album kolaborasi mereka dengan artis-artis top!

Aku mengikuti scene Too-Phat ini melalui along yang gemar membeli kaset ska termasuklah album Platinum Edition duo ini, tak silap around 2000. Ramai artis berkolaborasi dengan mereka termasuk lagu catchy bersama Camelia dan Sharifah Aini (kini Dato'). Masa tu aku form 3. Kebetulan masa itu aku sedang gigih cuba kuasai Bahasa Inggeris dengan baik. Maklumlah, aku sekolah kampung. Penggunaan B.I dikalangan kawan-kawan pula sangat limited. Maka, kita belajar sendirilah =)

Rupanya belajar melalui lagu lebih seronok!

Namakan saja BoyBand yang muncul bak cendawan masa tu. InsyaAllah aku ingat. Westlife, Backstreet Boy, Nsync, O-Town, Blue, A1, hat siapa yang nyanyi lagu "Last Flight Out" tu? Sumpah tak ingat!

Mungkin sebab mereka ni kiut (kot) maka jadi tarikan seantero Asia. Aku? Pernah tahu battle Britney Spears dan Christina Aguilera? I vote for Christina sebab bila dia nyanyi live, suara dia mantap tak macam Britney yang lain sikit. Masa tu Britney agak liar. Budak-budak baru nak naik katanya! hahaha.

Tapi lagu yang betul2 beri kesan kat aku adalah duet bekas suami isteri ini. Siap tampal kat meja belajar.

Kau mampu?


***

Promo Cerpen Khas "Sepatu Kaca"

Diambil dari dongeng Cinderella, mengisahkan Fariq Zakri yang tinggal berdua dengan datuknya, Al Bana yang mewariskan sebelah sepatu kaca peninggalan keturunan mereka. Al Bana meminta Fariq mencari 'pasangan' kepada sepatu kaca yang hilang kerana dia percaya bahawa pemilik sepatu yang hilang itulah jodoh cucunya. Pencarian itu menemukannya dengan Cik Melati, pensyarah arkeologi yang licik dan power hunger yang juga mencari pasangan sepatu kaca yang sama, untuk dijual dengan harga yang tinggi. Dia sanggup menipu anak saudaranya Amira Hani, pemilik asal sebelah lagi sepatu kaca, pada malam tari menari sebelum berniat untuk membunuhnya dengan epal beracun.


Sepatu Kaca akan disiarkan pada Khamis jam 0630 pagi :)

12 comments:

  1. semua boy band yg disebutkan tu memang kegilaan akak n bestfriend pada masa tu..since ktorg form4.masa tu boy band2 ni mmg top n hensem2..hahaha

    ReplyDelete
  2. fuh! tangkap dlm la lagu 'where you are' tu...
    tima kasih sudi hadir beri semangat ye n_n

    ReplyDelete
  3. Masa ni jugaklah, band-band indonesia dah mula msuk ke Malaysia. Aku masih ingat, masa ni Sheila On 7 meletup.

    ReplyDelete
  4. zaman aku mengenal NKOTB, gian nak berboyband gak.

    ReplyDelete
  5. NY ---> misti poster2 penuh dalam bilik kan?

    ReplyDelete
  6. Ri ---> sama2 ri. what's friend's for?

    ReplyDelete
  7. MuhdJijiee ---> yup. sejak tu tetiba tahu all lagu Indo :)

    ReplyDelete
  8. ghost writer ---> dem!! Step By Step aku tahu wehhhh

    ReplyDelete
  9. Asrul "iLham" Sany ---> beliau seksi. aku masih ingat pameran beliau lewat VC 'dont let me be the last to know'. hawt gilaaa

    ReplyDelete
  10. Saya belajar bahasa inggeris melalui lagu!!!

    ReplyDelete
  11. Lyla Ibrahim ---> kan? ia lebih menyeronokkan!!

    ReplyDelete