Friday, May 17, 2013

Review: Cinta Terhalang Kerana Kau Ronggeng (Sang Penari)



 Sebenarnya lama dah lama nak review filem ni. Tapi tertangguh je.

Aku tertarik nak menonton filem ni selepas menonton trailernya di YouTube dan dapat tahu bahawa filem ni adalah Official Selection dari Indonesia untuk majlis Oscar ke 85 yang lalu. Negara kita mempertaruhkan karya Dain Iskandar Said, Bunohan.

Filem yang diangkat dari trilogi novel Ahmad Tohari ; Ronggeng Dukuh Paruk diarahkan oleh Ifa Isfansyah ini menceritakan kisah Rasus dan Srintil yang hidup susah pada waktu kecil di kawasan perdukuhan (kampung) Dukuh Paruk. Setelah kematian penari Ronggeng lewat daripada tragedy penduduk kampung keracunan makan tempeh bongkrek, Dukuh Paruk lembam dengan tiada lagi hiburan ronggeng. Ronggeng dikira sebagai salah satu sumber ekonomi yang sangat baik di Dukuh Paruk.Mereka hidup dengan seni ronggeng itu.

Konflik bermula bila Srintil dipilih jadi ronggeng. Seorang ronggeng adalah pujaan seluruh penduduk kampung. Para lelaki mahu memilikinya. Para wanita ingin memanjakan dia dan mahukan si ronggeng tidur dengan suaminya (di malam Bukak Klambu)

Cinta terhalang ini sudah dipersembah di banyak filem. 

Disini terletaknya bagaimana penulis lakon layar dan pengarah memberi nafas baru bagi tema cliché ini.

Ifa Isfansyah berjaya mengaplikasikannya.

 

Persembahan Prisia Nasution sangat membanggakan. Aku wiki kejap minah ni. Wow!  Asalnya dia seorang atlet yang sangat pandai berpencak silat! Weehoooo!! Pasangannya  Oka Antara (Perempuan Berkalung Sorban) juga memberi persembahan yang mantap.

Aku sempat baca bukunya. Kemiskinan, konflik dan hidup di Dukuh Paruk sangat terkesan di hati.

3 comments:

  1. di mana nak tengok fullomovie? buku tak sempat baca lagi huhu

    ReplyDelete
  2. Sy tengok dah dekat youtube lepaih abis baca review ini. Filem yang bagus walaupun sy langsung tak faham bahasa jawa. HUHUHUHU.

    ReplyDelete
  3. Assalam.
    Saya belum nonton trailernya. Filem yang ada asalnya , jika sentiasa bernafas baru berlainan penerbit dan pengarah , biasanya tidak jemu menjadi penontonnya. Kerana walau susur jalan yang sama , meneliti sudut dan babak yang tiada satu sama lain amat tidak merugikan :)

    ReplyDelete