Wednesday, June 26, 2013

Antara 2 Figura (Adaptasi Puteri Diana & Grace Kelly)

Salam Rabu!

Aku rasa, mungkin aku blogger yang paling eager mahu menonton filem biopic-biopic ini.

Mereka adalah figura- figura terkenal yang mendapat tempat di hati rakyat dan buruan media.

2 filem ini merupakan filem yang paling ditunggu untuk tahun ini.

Kisah Puteri Diana yang bermula sebagai orang biasa sehinggalah menjadi puteri di hati rakyat. Namun semuanya tercalar dengan skandal-skandal beliau yang menggegarkan Britain. Academy Award Nominee Actress kelahiran Australia-England Naomi Watts diamanahkan untuk memegang watak Puteri Diana.



Kisah seorang aktres Hollywood yang dianggap paling cantik di zamannya. Grace Kelly, seorang lagenda Hollywood, pernah menang Best Actress di Oscar pada tahun 1954 sehinggalah mengahwini Putera dari Monaco.Bintang ini dilihat sebagai "lagenda menjadi kenyataan". Dibalik senyuman, orang ramai tak mengetahui penderitaan yang dialami Grace, kerajaannya, konflik keluarga dirajanya dan buruan media. Dilakonkan oleh  pemenang Oscar Best Actress; Nicole Kidman.

PS 1: 2 lagi figura wajib tonton tahun ini adalah aktor Idris Elba sebagai Nelson Mandela (dalam Road to Freedom) dan Tom Hanks sebagai Walt Disney (Saving Mr Banks)

PS 2: Banyak aktor yang memeranankan watak figura bakal menjulang Oscar seperti Charlize Theron (sebagai Aileen Wournous; pembunuh bersiri kejam), Meryl Streep (sebagai Perdana Menteri Wanita Britain; Margeret Thatcher), Daniel Day Lewis (sebagai Presiden Amerika ; Abraham Linconl) dan Forest Withaker (sebagai pemerintah kuku besi Idi Amin)

PS 3: Aktress Naomi Watts dan Nicole Kidman berasal dari Australia merupakan rakan baik dan pernah menntut di sekolah lakonan yang sama. Tough fight in  Oscar Best Actress Category

No comments:

Post a Comment