Tuesday, July 15, 2014

Review #Fragmen (Revolusi Muzik Siti Nurhaliza)




Kali terakhir membuat review album Dato Siti Nurhaliza adalah sekitar 3 tahun lepas ketika beliau berkolaborasi dengan Kris Dayanti menerusi album CTKD. Umum mengetahui revolusi Siti  dengan muziknya sangat berkembang sejak Transkripsi ataupun menerusi album tradisional kegemaran aku Lantera Timur.

Komposisi kematangan muzik itu berterusan dalam terbaru beliau, Fragmen. Album studio ke 15 beliau ini memuatkan 9 lagu, which is all songs are really good.

Aku.
Siti dan elemen feminist memang berpisah tiada. Sejak album Hadiah Daripada Hati (Wanita) kemudian CTKD (fiercely dalam Amarah) semangat kewanitaan dalam setiap karyanya tak pernah luntur. Ok. She’s a women. Memang patutlah kan. Susunan music upbeat ini patut diberi pujian dan sangat sesuai diletakkan sebagai track utama

Jaga Dia Untukku
Ada suntikan Russian Roulette didalamnya. Sedikit dark – ballad. Liriknya menyentuh.

Mula dan Akhir
Tak menjangka ini adalah hasil Awi Rafael. Beautifully arranged yet lirik ketuhanan yang sangat baik. Khabarnya ada yang menangis dengar lagu ni waktu bulan puasa? Ha ha ha

Kau Sangat Bererti
Tak berapa menggemari track ini. Sorry sitizoners.

Sanubari
Liriknya ikhlas. Mungkin Siti khususkan untuk suami beliau. Membandingkan dengan Kau Sangat Bererti, Sanubari mempunyai alunan vocal yang lebih padu dan mantap.

Terbaik Bagimu
 Fav track. Rasa kekecewaan menerusi liriknya disampaikan dengan baik.

Warna Dunia
Ada pengaruh KPOP Nobody But You di awal lagu. Pop Lin Li Zhen ini boleh buat kaki dan kepala bergoyang sama

Membunuh Benci
Liriknya puitis. Hairul Anuar Harun kot. Komposisi pianonya juga mencengkam. Vokal Siti terkawal dan sangat baik menerusi alunan ini.

Hiruplah secangkir kenangan
Walau panas pahit rawan
Hanya itu termanis terindah
Ada rindu yang tertangguh
Tika hati luka luluh
Tersembunyi nazakmu dalam khilafku

Puitis kan?

Lebih Indah
Fragmen ditutup kemas dengan Lebih Indah. Walaupun sudah diputar banyak kali di corong radio, track ini sedap didengar,

Fragmen segar dari segi penyusunan music walau aku mengharapkan alunan balada ciptaan Adnan Abu Hassan terselit dalam album ini, seperti kemuncak beliau di tahun 90 an. Aku rindu balada seperti Jerat Percintaan, Kau Kekasihku atau Kesilpanmu Keegoanku. Aku oldschool? Taklah. Fragmen tetap menghiburkan. Percubaan Siti dalam menghasilkan karya segar dalam albumnya wajar dipuji. Hampir kesemua lagu dalam Fragmen ni aku suka. Ini agak mengejutkan sebab kesukaan ini tak seperti kali pertama aku mendengar “Safa”, “E.M.A.S”, “Deskripsi Seni” dan “Hadiah Daripada Hati”. Fragmen mengingatkan aku ketika kali pertama mendengar “Pancawarna” which is almost out of 10, I loved most of them especially “Kurniaan Dalam Samaran.” Vokal ala Jepun tu sangat menjadi k!

Saya bukan sitizoners :D

But I do support her cause she’s good.

4 comments:

  1. sape ntahhhh.... yg tulun carik website nak beli online kat dia...

    *batuk*batuk*batuk*

    ReplyDelete
  2. hahaha terima kasih daun keladi @Shandye

    ReplyDelete
  3. bukankosong---> wargh ha'a. hehe.

    terima kasih betulkan :D

    ReplyDelete