Thursday, February 20, 2020

Review: #TujuhNasihat dengan Sisi Melayu Yang Utuh. #7Nasihat


Datuk Sri Siti Nurhaliza (DSN) kembali dengan buah tangan terbaharu beliau yang segar hasil kolaborasi dengan anak muda berbakat besar iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta (yang sebelum ini terkenal dengan intrepretasi nuansa jawa dalam Gong Neraka).


Di dalam gubahan Tujuh Nasihat ini, DSN tidak hanya memfokuskan kepada gabungan moden (yang diwakili Kmy Kmo dan Luca Sickta) dengan lunak lenggok tradisi melayu (dari DSN sendiri sebagai orang yang lebih lama makan garam pengalaman) 


Tetapi, lebih menarik dari itu DSN tidak hanya menghasilkan Tujuh Nasihat ini buat Siti Afiyah, anaknya tetapi juga khas untuk generasi muda zaman sekarang yang membesar sebelum Afiyah mahupun yang sezaman dengannya. Nuansa penuh didikan ini dihasilkan cukup rasa puitis lirik-liriknya namun tajam kesannya dan dilontar penuh kelembutan. 


Penyampaian DSN dengan lenggok kemelayuan juga umpama satu bentuk teguran 'berlapik', sesuai dengan konsep orang Melayu yang lahiriahnya penuh dengan adab sopan dan santun. Tahniah team SNP kerana memberikan sesuatu yang istimewa di tahun 2020 ini. Tak sabar pula nak tunggu album penuh Tokti nanti.

Tujuh Nasihat sudah tersedia di semua steaming music seperti Apple, Kbox, Deezer, Joox dan Spotify. 

Hargailah karya anak tempatan.



2 comments: