Friday, December 18, 2009

AKU, HANG DAN DEMO

Jumaat sudah harini. Penghulu segala hari dan juga merupakan hari pertama tahun baru Hijrah!
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah!!!

Dah simpan azam baru?

Harini mood aku baik. Sangat suci murni. Tanpa was-was.

Kita di Malaysia sangat bertuah sebab mempunyai kaum yg pelbagai. Bukan setakat komuniti majoriti tetapi juga yang minoriti. Bertuahnya kerana budaya yang variasi selain banyak cuti umum.LOL!. Tapi itu satu2 nya yang unik di Malaysia.

Aku nak kecikkan skop kat sini. Nak bercerita lebih lanjut tentang dialek atau loghat antara negeri. Kita banyak loghat. Utara dengan nahu tersendiri. Pantai Timur pulak ada stylenyer. Citer kat Selatan plak beza gayanya. Masa aku belajar kat Penang, aku yg berasal dari Johor, bertemu dengan rakan2 lain. Kebanyakkannya berasal dari Utara tanahair. Memula tu susah gak dowh nak adapt apa yg diorg cakapkan.

Kau umpamakan dialog antara burung ngan ayam ya. Spesis yang lebih kurang sama (berbulu pelepah dan bleh terbang), tapi bahasa berbeza. Pernah sekali aku pelawa kawan aku (org Utara), gi makan. Ajak la punya ajak. Dan beliau menjawab;

"Aku segan la nak pi makan. Hang pi la", katanya senafas pastu sambung tengok movie kat komputer beliau. Aku, ngan keadaan tercengang memikirkan kelogikan kata2 beliau itu. Nak makan pon malu? Wat de Fish?!. (masa ni motif-motif takde lagi). Kalau kat Johor, Segan ni membawa maksud "malu".

"La nak makan pon malu ke?. Hidung kau takde sebelah ke?", aku memprotes. Dia pon senyum gelak2. Cissss.. leh pulak dia main2.

"Mana ada weii. Segan tu kalau kat kami maleh(malas).", jawab beliau lagi masih tersenyum-senyum.

See?!. Dialek antara negeri memang membezakan banyak maksud. Dan bila bercerita tentang dialek ni, ada satu peristiwa yg betol2 buat aku ingat sampai skunk. Kisah ni berlaku di lab kitchen kat Uni di Penang dulu.

Mamat yg namanya J ni orang Klate. Sangat pekat ye Kelate beliau. Si A pulak orang Johor yang sangat pekat kejawaan dan kejohoran beliau; yg banyak ekkkk..ekkkk tu.hehe. Situasi, si A sedang kupas beberapa bijik bawang. Si J, yg merupakan kaki sakat datang la nak menyakat tapi si A suh Si J buat keje ngan gaya mandornya. (AWAS! Dialog dibawah mungkin tidak memberi keselesaan bagi sesetengah readers. Harap maklum.)

A: "J, baik mu tolong aku"
J: "Tolong gapo?" (sumpah muka beliau sangat innocence)
A: "Kopek bawang nih. Banyak nak mampus ni!" (A dah start membebel)
J: "Kopek???"(buat2 tanya, sambil mata beliau membuntang tiba2.)
A: "Ye lah.Kopek bawang ni. Buang kulitnya", marah si A sambil tak faham kenapa si J dah start nak gelak.
J: Dalam keadaan gelak2 dia meyambung "Kopek tu..ni haaa(kata J sambil membuat aksi dua bonjolan besar di dadanya dengan menggunakan tangan beliau)". Kat tempat kawe, panggil kupas. Lucah ar mu nih!"

Walaupun agak blu, tapi bagi aku sangat kelakar. Ini kerana mengingatkan aku untuk menggunakan beberapa perkataan yang betul dalam perbualan seharian dengan kawan yg berlainan dialek. Contoh lain;

Kat Johor, buah mangga adakala dipanggil mempelam or pelam.
Tapi kat Kelantan, diorang tak panggil pelam. Diorang biasanya akan panggil pauh atau mangga.

Sebab apa?.hahaha..kau carila sendiri.

NotaKakiFaizal--)Aku nak try cakap nogori ngn ganu ar. hehehe
p/s--)aku pernah praktikal di Kelatan quite a while, so bahasa klate ni mang kawe leh gi ar.

Tajuk entry diambil dari buku New Malaysian Essay 2 (baca review di sini), hasil tulisan Danny Lin pg89-116 keluaran Matahari Books, 1st Edition July 2009.

Tahniah wat pasukan Malaysia!.Hadiah paling bermakna Tahun Baru nih!

23 comments:

  1. haha..mmg kelakar..ktorang pon panggil kopek bawang..

    ReplyDelete
  2. iyllienaz--)memang pun,hehehe.memandangkan i penulis gak org Johor, sometimes tersebut benda nih,hahaha

    ReplyDelete
  3. haiah..kopek tu kira bhsa lama gak la tok t***k.skang ni jd bhse psr tok kupas..rsecm skema je ckp kupas..

    aku ni yang ade dua slang pon prob
    johor+perak...

    ReplyDelete
  4. cik kedondong --)haha..tulah pasal.
    takpe..,perbezaan yg mendekatkan kita:-)

    ReplyDelete
  5. hehe..best taw cakap byk loghat..
    senang nk tawar menawar harge kat negeri lain..

    ~hye
    ~blogwalking

    ReplyDelete
  6. cikmemy --)hi cikmemey thanks!
    yep
    best ckap banyak loghat neh.
    selain leh blaja culture msyarakat lain kan?kan?

    ReplyDelete
  7. huhu..aku tau kenapa..aku blaja sume ni masa kat kmns...bagus gak bila berkwn dgn org2 dr negeri lain. nie

    ReplyDelete
  8. bEEdLE d' bARd --)hahaha..kita simpan sendri2 bard:-)

    ReplyDelete
  9. klu kat terengganu ni org pggl "koyok"
    e.g : tolong KOYOK bawang...
    (tolong kupas bawak...)

    klu belah kelantan tu kopek mmg agak blu..hihi

    kat kelantan pn pggl mempelam/pelam gak tp bunyinya agak lucah...hiihi

    ReplyDelete
  10. Mr.Homosapiensz ---)aku sudah takle bayangkan Mal bagaimana bunyiknya.hahah..

    ya..ya panggil koyok kan?heheh

    ReplyDelete
  11. haha. btul dow. slang utara tak sama ngan slatan... slang KL tak sama ngan pantai timo.. Sabah sarawak pun ada slang masing2..

    best tul malaysia ni :)

    ReplyDelete
  12. hahahaha even aku belajar kat melaka pun dieorang tak paham sangat certain words aku guna. (aku guna jaweee :P)

    ps: verification word kau kali ni ade lucah sikit..die tulis "bootor" isk ahaha

    ReplyDelete
  13. hahahaha
    penah budak kelantan sound aku sebab aku cakap buah pelam
    aku sound je balik
    adoi,susah tul diorang nih
    bahasa semua pelik2 jer

    ReplyDelete
  14. NUke_Rude --)betol dowh.(ha..ni pon satu2 nya dialek KL)hahaha. sampai aku kena tegur ngan member. "sikit..sikit dowh."hahahaa

    ReplyDelete
  15. 'AQILAH--)hehe..tulah.risau gak nak tulis entry ni memula.tp takpe la. aku sendri wat sensorship.hahahaha

    ReplyDelete
  16. hans --)pelik la unik hans.hehehe.
    hati2 la menyebut "pelam"lain kali okey:-).aku dulu pon salah sebut. depan makcik lagi tau.bukan sengaja nih.sumpah, malu gilaa

    ReplyDelete
  17. hans --)pelik la unik hans.hehehe.
    hati2 la menyebut "pelam"lain kali okey:-).aku dulu pon salah sebut. depan makcik lagi tau.bukan sengaja nih.sumpah, malu gilaa

    ReplyDelete
  18. haha... lawak jugak...

    kalau dgr dialek tmpt sy sure lagi susah...

    weeeeee~

    ReplyDelete
  19. hehe..nice..kalo dialek Borneo lak tawu dak?hehe...

    ReplyDelete
  20. SuFy --)Hi sufy!
    borneo?tatau la.leh ajarkan?ngeeee

    ReplyDelete