Tuesday, September 07, 2010

KAD RAYA DAN REVIEW KHAS RAYA

Salam Ramadhan.

Kad raya dah siap. Siap buat 2 versi lagi kau!ha ha ha


Versi utama akan ditag kepada kawan2 FB, blogger semua. Siap allocate lagi. he he he.

Baiklah..

Dikesempatan ini, saya Faizal Sulaiman, penulis blog Seindah Dunia Kita, ingin memohon ampun dan maaf sekiranya kandungan blog ni ada menyinggung perasaan kalian sebagai pembaca. Saya tahu ada beberapa pin poin yang kalian kurang selesa, sentap, marah, benci, meluat, tertanya-tanya, tertunggu tunggu dengan content dan isi blog ini. Saya masih belajar dalam menulis. Cara menyampai dan seboleh mungkin mahu menjadi blogger bertanggungjawab dengan melakukan sesi senaman blog walking setiap hari:) Buat pengomen yang selalu datang menjengah, menulis sedikit komen terhadap isu yang dikupas, saya hargai anda! Saya tahu susahnya nak mendapatkan komen, lebih2 blog yang isinya entah apa2 macam blog saya ni. Alhamdulilah, komen kalian tak pernah putus. Sayang ganda dua!

Kepada silent2 readers yg membaca, terima kasih banyak2. Maaflah kalau ada beberapa words yg kalian tak suka ketika membaca.

Salah dan silap harap di maafi!

Sebenarnya kan, bukan hari raya saja kita minta maaf, hantar kad, bersalam-salaman semua. Di hari2 lain pun boleh buat. Islam menggalakkan kita memohon ampun dan maaf sekiranya terbuat silap. Manusia. Memang tak sempurna.

Ingat. Jangan tunggu raya baru nak minta maaf, ok




Ini adalah teaser poster slot istimewa blog ini yang bakal bersiaran pada malam menjelang raya dan hari raya pertama. Kalian yang bercuti, ada masa nanti, singkap2 lah blog ini untuk bacaan menarik sepanjang malam 30 Ramadhan dan 1 Syawal. Bagi blogger yang berminat nak join, formatnya begini...

Pengirim: Faizal Sulaiman
URL: http://seindahduniakita.blogspot.com/
Ucapan: Selamat menyambut hari raya..kepada kawan2 maya, member2 aksara keraian, follower tercinta blog seindah dunia kita, Maaf zahir batin
Lagu raya pilihan: Selamat Hari Raya (Syarifah Aini)
Kalau ada kad raya buatan sendiri lagi besh!hehe. Boleh attach! Kalau tak ada, tak apa..ok!

Blogger yang berminat, boleh mengirimkan ucapan kalian di alamat faizalsulaiman85@gmail.com
sebelum jam 3 petang ini. Ingat ya..harini hari yg terakhir. Jom ramai-ramai hantar! Setakat ini baru ada 8 pengirim. Lekas-lekas!

Sesuatu yang menarik bakal disajikan menjelang Syawal ini dengan slot...
"Syukra' Ramadhan:Taqbir Syawal"

Esok promo penuh setiap program!

FaizalSulaiman:---)Farcir episode 50 akan cuba disiapkan dan dihantar hari ini. Maaf banyak2 Epi Elina dan Seri yang dok baca cerita tu dari musim pertama. Sibuk sikit dengan kertas peperiksaan. Jangan bimbang..cerita tu takkan lari jauh dari track punya:) Oh ya..Loro Chendana ep 8 akan disiarkan malam ini jam 8:08 malam:)

22 comments:

  1. slmat hari raya juga kat ko bro..maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  2. eqbalzack ---)hehe..thanks tp still takle nak lawan bro punya header.cun..tebaik ar

    ReplyDelete
  3. arif mohamad ---)selamat hari raya utk kamu juga!

    ReplyDelete
  4. Pencacai Alim --)selamat hari raya juga, bro!

    ReplyDelete
  5. akk dah post. tgh tunggu pubvlish jer hehehe...jom puasa dulu baru raya-raya

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya ye faizal..mohon maaf jik ada komen2 yg tak kene ngan tajuk..huhuhu

    ReplyDelete
  7. cik_sue ---)tunggu tau kak.special punya

    ReplyDelete
  8. Nazz@Purple---)baik nazz.faizal pun begitu.nazz da hantar ucapan?sila sila nazz

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya FS.. maaf zahir dan batin.. sedang ber-bakery ni.. jemput la datang beraya sini.. :)

    ReplyDelete
  10. aku dah emel dah..dpt x?

    lawa e-card raya tu.....ha'a wat header pun lawa gak.....

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya juga faizal...tak sabar nak tunggu ape ler yg kau buat dengan ucapan raya tu..:D

    ReplyDelete
  12. 'AQILAH---)haaa tu ko kena tungg ok!hehe

    ReplyDelete
  13. S
    E
    L
    A
    M
    A
    T

    H
    A
    R
    I

    R
    A
    Y
    A

    SENTIASA FUUYOOO RAYA ANDA..

    =_=

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya bro.
    sama juga lah. andai kata ada salah silap spanjg berblogging, harap smua dapat dimaafkan.

    :)

    ReplyDelete
  15. smart r..

    selamat hari raya juga FS..
    semoga berbahagia..
    dan cepat mendirikan masjid.. heheheh..

    ReplyDelete
  16. mr.syazwan ---)ya tudiah!fuyooohhh sgt wan.

    thanks sebab hantar ok!

    ReplyDelete
  17. mR.sYaH ---)hahaha..lama lagi ke arah tu ok:)

    ReplyDelete
  18. argh.. x sempat nk hantar..
    baru on9.. cish..

    ReplyDelete
  19. Kepada Faizal

    Selamat hari raya PKe ucapkan..
    kalau ada terbuat salah atau terkasar bahasa,harap dimaafkan ye..

    Entri terbaru PKE:
    Siapa tak Baca Tak Boleh Raya!!

    ReplyDelete