Wednesday, June 22, 2022

Review: Bila Wanita Bergelar Janda Melawan Arus Kehidupan (Tiga Janda Melawan Dunia)

  


 Lama tak tulis review filem. Mula-mula fikir nak tulis pendek tapi Tiga Janda Melawan Dunia perlukan ulasan yang lebih panjang.

 

Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tiga sahabat—ketiganya janda ingin ke konsert terakhir penyanyi terkenal Aiman Zalini (Norman Hakim) namun terpaksa menempuh halangan dari Datin Martipah (Rosnah Mat Aris) hingga memaksa mereka menjual vape, sesuatu yang tak pernah mereka bayangkan seuumur hidup lantas menyingkap latar belakang Midah, Rahayu dan Ani yang dipenuhi suka dan duka.

 

Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura cemerlang dalam menghayati watak masing-masing. Usah dipertikai bakat mereka. Dengan segala teknik lakonan drama dan komedi, trio ini berjaya mengangkat Tiga Janda sebagai sebuah wadah dramedi terbaik Malaysia untuk tahun ini. Pendapat aku, Raja Azura bakal dicalonkan dalam kategori Aktres Pembantu Terbaik dalam wataknya sebagai Noraini.

 

Hyrul Anuar sebagai pengarah bukan sahaja melawan arus sceptical pandangan masyarakat seorang Janda tetapi mengubah persepsi pandangan terhadap wanita itu sendiri. Teknikalnya, Tiga Janda mempunyai pakej yang sangat bagus dalam color grading, transisi babak, soundtrack yang sangat sedap dan kerja kamera yang kemas. Bakat-bakat baharu seperti Ellyza Aziz dan Abbas Mahmood juga tampak hidup dan tidak disia-siakan. Moga masa depan yang cerah untuk pelapis-pelapis ini.

 

Tiga Janda Melawan Dunia adalah sebuah filem hebat setanding komedi-komedi tempatan seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Lelaki Harapan Dunia. Rasanya masih ditayangkan di pawagam. Pergilah tengok ya.

 

 

Filem 2022 yang sudah ditonton: 

Feb 2022

Moonfall 2/5

Meh! Teori konspirasi yang entah apa2. Losse plots.


Mac 2022

Turning Red (Animasi) 5/5

Best. Coming of age seorang gadis yang dimetaforakan akan bertukar menjadi panda merah setiap kali datang bulan.


April 2022

Everything Everywhere All At One 5/5

Best gilababi wey. Michelle Yeoh kalau tak tercalon Oscars tak tau nak kata apa. Best of her career so far!

 

Fantastic Beast: Secrets of Dumbledore 3/5

Mengantuk! Tapi utk potterhead, sila la tonton.

 

Gangubai Kathiawadi 4/5

Sebuah grandeur Sanjay Leela Bhansali pasal kisah benar Mafia Queen, Gangubai Kathioweli yang menjadi kepala di rumah pelacuran di Kamathipura. Alia Bhatt is great as Gangu. Lari dari typical Sanjay yang banyak lagu dan sari meleret. Ajay Devgan memberikan cameo yang simple tapi berkesan.

 

Mei 2022

Dr Strange in the Multiverse of Madness 4/5

Cameo The Illuminati yang dinanti takla sehebat cameo 2 Spiders dalam Far From Home tetapi masih boleh layan sebagai sebuah filem santai. Elizabeth Olsen is MPV!

 

The Northman 4/5

Epik saga balas dendam dari pengarah filem The Witch (Robert Eggers)  ini sangat mega bila dintonton. Lakonan Alexander Skaasgard yang mantap, penampilan istimewa penyanyi Bjork dan lakonan yang bakal mengggegarkan tiang Anugerah Akademi musim depan dari Nicole Kidman. 


Jun 2022

Kongsi Raya 4/5

Not bad sebagai sebuah filem gabungan bangsa cina dan melayu tapi ada beberapa kata bual yang nampak kaku. Erra Fazira punya monolog power!


Cha Cha Real Smooth 4/5

Drama romcom yang best. Tak semua filem romcom perlu berakhir dengan kegembiraan kan? Cha Cha Real Smooth ni salah satunya. Dakota Johnson punya acting sgt subtle tapi berkesan.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED