Tuesday, August 30, 2011

Sesuci Syawal: Cerpen: Wasiat Aidil-Fitri



Jam di dinding menunjukkan ke pukul enam setengah petang.

Mak Wan masih menyiapkan juadah untuk berbuka puasa. Berbuka puasa untuk kali yang terakhir. Menyusun empat jenis hidangan dengan dua jenis kuih muih di atas meja.

‘Budak-budak tu tak balik lagi, Wan?’

Kedengaran suara kering berdehit Syarifah Izzah. Bagai ada kahak yang berhimpun di kerongkongnya sebelum Mak Wan berpaling memandang puan besar rumah banglo Tuan Haji Sahak dengan senyuman manis. Syarifah Izzah, walaupun bersuara parau, tetapi wajahnya seakan tidak dimamah usia. Rambutnya masih disisir rapi kebelakang, diikat siput. Walau ada sehelai dua uban yang menutupi, wajahnya masih jelita..

‘Adil kata dia akan sampai kejap lagi. Fitri tak tahulah. Berkemungkinan malam’
Syarifah Izzah mendengus geram.
‘Apa ke salahnya budak berdua tu balik sekali? Nama aje kembar seiras. Yang si abang langsung tak tahu nak bawa adiknya balik ! Yang si adik pula mengada-ngada sangat nak balik lambat, kenapa ?’

Suara Syarifah Izzah bergema nyaringnya. Rona wajahnya tampak dingin menyebabkan Mak Wan tak jadi untuk memujuk. Dia meneruskan kerjanya sebelum kedengaran deruman Proton Saga FL melintas di hadapan banglo bercat kuning langsat itu.

Pintu kereta terkuak, lalu mendedahkan dua anak muda, dalam lingkungan dua puluhan. Wajah mereka saling tak tumpah antara satu dengan yang lain. Mungkinlah yang berbeza adalah potongan rambut dan ketinggian.

‘Mak ingatkan kamu berdua dah lupa jalan balik’, bingkis Syarifah Izzah dengan suara dingin lantas menyambut salam anak bongsunya terlebih dahulu, Fitri yang mengenakan T Shirt coklat. Aidil yang berwajah kelat mengikuti jejak langkah adik kembarnya sebelum menyertai Mak Wan di ruang meja makan.

‘Tengoklah abang kamu tu Fitri! Emak belum habis cakap lagi dia dah ke meja makan ! Emak ni tak cukup mendidik kamu berdua ke?’, bingkis Syarifah Izzah sebelum bahunya diusap lembut anak bongsunya itu.
‘Biarkan lah mak abang tu. Mak macamlah tak kenal perangai dia’, ujar Fitri dengan nada memujuk. Pemuda itu kemudian membawa ibunya meyertai Aidil dan Mak Wan di meja makan sebelum duduk menghadap hidangan hari itu.

Ketam bercili, Udang Goreng Tepung, Sayur Lemak Pucuk Ubi dan Telur Dadar menjadi santapan mereka.

‘Wah Mak Wan! Makan besar kita hari ni! Mesti sedap ni!’, ungkap Aidil dengan tak sabar-sabar menyendukkan nasi di dalam pinggannya. Perbuatannya itu walaubagaimanapun tidak menyenangkan ibunya, Syarifah Izzah.

‘Awak ni tak boleh nak beradap sikit ke, Aidil ? Mak faham kalau kamu lapar pun. Puasa je. Bukannya nak mati !’ , tegurnya dingin sambil menjeling tidak senang.
‘Mak! Saya lapar dan saya nak makan. Bukannya saya tak puasa pun!’, bidas Aidil mempedulikan perbuatannya yang agak keterlaluan itu. Mak Wan cuba untuk meredakan ketegangan.

‘Puan. Tak payahlah nak marah-marah. Biarkan sajalah si Aidil ni’
‘Wan! Awak tak payah nak susah-susah membela budak ni. Balik jumpa saya ada disalamnya saya ni, Wan?’

Aidil menghembus nafas. Membalas jelingan ibunya, sesuatu yang kembarnya Fitri merasakan itu adalah satu perbuatan yang sangat berat balasannya di akhirat kelak.

‘Mak tu sayang Fitri saja. Mak tak sayang saya, kan ?’

Kata-kata itu sangat memeranjatkan Syarifah Izzah. Wajah Mak Wan dan anaknya Aidil dipandangnya silih berganti.

‘Saya ni bukan anak mak, ke? Siapa saya, mak?’

‘Kenapa mak sayang Fitri lebih daripada saya?’

Syarifah Izzah memandang Aidil lebih berang daripada biasa.

‘Kau cakap apa ni, hah? Kalau kau bukan anak mak, kenapa muka kau dengan Fitri serupa ? Kau ni memang anak tak mengenang budi, tahu!’, pekiknya lantang sebelum tubuhnya jatuh berdebuk di atas lantai. Matanya buntang tatkala tangan kanannya meramas dadanya yang seakan menghimpit. Wajahnya seakan-akan berkerut seoalah menahan kesakitan yang amat sangat.

‘Mak!!! Ya Allah abang, apa kau buat ni! Kenapa dengan Mak ni, Mak Wan ?’
Perempuan tua, orang gaji mereka itu tak terus menjawab sebaliknya berlari ke ruang dapur, dan kembali beberapa saat kemudian membawa segelas air dan ‘sesuatu’ dari genggamannya.

Mempedulikan wajah tertanya-tanya dan bingung Aidil dan Fitri, dia menyumbatkan ‘sesuatu’ itu ke dalam mulut Syarifah Izzah sebelum beberapa ketika kemudian, wanita pertengahan lima puluhan itu terdiam dari sentakan dan tidur dengan lena.

Dari kejauhan banglo atas bukit itu, kedengaran sayup-sayup azan Maghrib memecah hari terakhir Ramadhan.

***

Syarifah Izzah diletakkan di atas katil biliknya. Wanita itu masih tidak sedarkan diri dan ketika itulah si kembar Aidil dan Fitri saling memandang antara satu dengan yang lain, tidak berpuas hati layaknya.

‘Kau lah punca. Kau patut balik, salam emak. Peluk emak. Bukan buat mak marah-marah macam tu’, tegas suara Fitri sebelum Aidil mengerlingnya meluat.
‘Jadi akulah budak jahat. Semua yang aku buat tak kena. Kau budak baik. Malaikat. Apa kau buat semua eloklah?’
‘Kau yang tak pandai ambil hati emak!’
‘Aku tak pandai hipokrit! Aku tak macam kau! Kau pandai berlakon depan mak!’
‘Kau jaga-jaga sikit mulut kau, Aidil! Aku balik inipun sebab emak ! Kalau sebab kau, sampai mati pun aku tak mahu !’
‘Hey..kau kau kena ingat. Aku ni abang kau. Hormat sikit bila bercakap !’

Fitri hampir menjerit ketawa besar tatkala mendengar kata-kata kembarnya itu. Cakap tak serupa bikin !

‘Jadi apa yang kau cakap dengan emak tu, kau hormat dialah ? Padan dengan muka kau. Baru kau tahu rasanya bagaimana orang tak hormat kau !’
‘Kau !!!!’

Aidil hampir saja bangun sebelum menghayunkan penamparnya ke muka adik kembarnya itu. Mak Wan yang duduk disebelah Syarifah Izzah berlari ke arah mereka, cuba menghalang pergaduhan dua beradik itu.

‘Sudah ! Mak kamu berdua sakit pun, kamu berdua masih nak berbalah ?’, buat pertama kalinya Mak Wan memekik lantang.

‘Dia ni Mak Wan. Suka cari pasal !’
‘Kau tu ? Pengampu ! Mentang-mentang harta mak banyak, kau pun mengendeng lah, bukan ?’
‘Kurang ajar !!!’

‘SUDAH !!!!!’

Pekikan Mak Wan menghentikan perbalahan dua beradik itu. Dia kemudiannya , tanpa banyak soaln mengheret lengan Aidil dan Fitri lalu membawa mereka ke ruang biliknya yang terletak sebelah sahaja bilik Syarifah Izzah.

Perempuan tua itu mempelawa dua beradik kembar itu duduk tenang. Mak Wan walaubagaimanapun berdiri diantara mereka. Suasana hening seketika.

‘Mak Wan rasa, sudah tiba masanya.’

Aidil dan Fitri memandang bingung sesama sendiri, terlupa bahawa mereka sedang bersengketa.

‘Tiba masanya?’

Kembar itu bertanya serentak. Mak Wan mengangguk, lalu menuju ke bawah katilnya, mengambil sebuah kotak kayu sederhana besar lalu dibukanya perlahan. Seketika, dia mengeluarkan dua keping kertas, dimana kedua-duanya adalah bertulisan jawi, sebelum diberikan kepada Aidil dan Fitri untuk diteliti.

‘Wasiat Tuan Haji Sahak bin Yahya Tahir? Macam mana wasiat ayah, Mak Wan yang pegang? Bukannya emak?’, soal Aidil bingung. Mak Wan tersenyum.
‘Kamu bacalah, nak. Lalu buatlah keputusan’

Adapun kamu berdua, anak-anak ku telitilah wasiat ini agar keputusan yang dibuat kelak menguntungkan dirimu sendiri.

Perjalanan hidup ayah dan emak sangat berbeza dengan yang lainnya. Kami tidak mudah mencapai kesenangan seperti yang kamu berdua kecapi sekarang. Perkahwinan kami dihalang akibat tidak sekufu. Keluarga emak menentang lalu atas dasar cinta, emak mengikut ayah ke lembah ini, membina penghidupan baru, bersama Mak Wan, sepupu emak.

Lima belas tahun kami berkahwin, emak tidak juga hamil. Emak mungkin sudah putus harap menghadapi kehidupan dan ayah kerap berfikir bahawa semua dugaan itu adalah balasan Tuhan kerana tidak mendapat restu perkahwinan.

Sehinggalah pada satu hari ketika emak dan ayah dibuai kesedihan dan ketika ayah menghiburkan emak di luar rumah, datang sepasang suami isteri berpakaian serba putih bertemu dengan kami. Di samping mereka ada bayi kembar lelaki yang sangat comel.

Bayi itu adalah Aidil dan Fitri.

Dan menariknya, ayah dan ibu kandung Aidil dan Fitri bukan dari alam nyata. Bukan jasad yang sama dengan ayah dan ibu.

Sampai disini, pembacaan dua beradik itu terhenti, lalu memandang Mak Wan yang setia menanti tindak balas kedua-dua pemuda itu.

‘Apa semua ni, Mak Wan?’
‘Mak Wan tolonglah terangkan pada kami. Kami bingung!’

Kedua beradik itu bertanya silih berganti. Masing-masing berwajah keruh.

Mak Wan menghela nafas dalam-dalam. Pandangannya keatas Aidil dan Fitri sangat menyentuh. Sinar keiibuannya terselah walaupun dia tidak pernah berkahwin.

‘Ya.Kamu berdua bukan dari keturunan manusia. Dari keturunan bunian’
‘Bunian???’
Mak Wan mengangguk, lalu menyambung.
‘Kamu diserahkan ketika usia kamu berdua masih sehari. Menurut ayah kamu, tempat tinggal kamu diserang sehingga tak ada tempat tinggal’
‘Jadi? Mereka bunian kan? Mereka boleh guanakan kuasa-kuasa ajaib mereka’, soal Fitri musykil walau kelihatan abangnya Aidil tersenyum sinis pada soalan ini.

‘Itu Mak Wan tak pasti. Yang pasti pada wasiat itu tertulis dimana salah seorang daripada kamu perlu berkorban dan kembali pada dunia asal kamu’

Kedua kembar itu saling berpandangan.

‘Jika tidak ibu kamu takkan boleh dibawa pulang ke dunia ini. Dia akan kekal tidak sedar, mungkin untuk selama-lamanya’

Aidil meraup wajahnya buntu manakala Fitri bingkas bangun menuju ke jendela yang terbuka. Memerhati sinar malam kelam yang mulai memanjat larut.

Dua beradik itu bungkam kesenyapan. Sebelum Aidil meluah kata-katanya.
‘Biar abang yang pergi. Kau tinggal sini jaga emak!’
Fitri berpaling memandang abangnya.
‘Saya takkan benarkan. Abang yang sulung. Abang kena jaga emak! Biar saya yang pergi, bang!’
Aidil membangkang.
‘Kau jangan degil! Biar aku yang pergi. Kau jaga emak !’

Keputusan Aidil itu nyata tidak dapat melunturkan pujukan Fitri. Dia bergegas ke kamar tidurnya, memerhati keseluruhan isi bilik sebelum melangkah keluar. Kelihatan abangnya masih berada di luar rumah, seperti menanti seseoang.

Dia menuruti abangnya ke luar rumah.

‘Abang, kita sembahyang maghrib dulu. Lepas tu baru kita selesaikan tugas kita’

Aidil mengikut tanpa bantahan. Disempurnakan juga rukun wajib seorang muslim.

Usai solat, kembar berdua itu saling bermaafan.
Aidil memandang adiknya, buat pertama kali dengan penuh perasaan kasih sayang.
‘Abang minta maaf, dik. Abang tahu abang dah banyak kali sakitkan hati kau’
Fitri mengangguk wajahnya, membiarkan abangnya memeluk tubuhnya sendiri.

‘Dunia akhirat abang sayang kau, dik’

Aidil bingkas bangun, mengampiri ke tombol pintu.

‘Abang nak jumpa emak. Nak minta maaf banyak-banyak’

Fitri mengangguk dan setelah bayang Aidil tiada, dia segera menuruni rumah banglonya sebelum ke laman rumah, memerhati sekeliling dengan penuh harap agar dia dapat menggantikan abangnya Aidil. Dia yakin emaknya akan faham pengorbanannya itu. Aidil perlu lebih masa untuk emak berbanding dia. Aidil dan emak pun tak rapat.

Fitri…Fitri
Fitri…disini, nak!

Pemuda itu berpusing tatkala mendengar bisikan suara seperti memanggilnya. Ada satu jaluran perak lutsinar sebelum mendedahkan sepasang suami isteri berpakaian serba putih sedang tersenyum kepadanya. Fitri membalas senyuman itu, walaupun dirasakan sedikit janggal.

Ayah dan ibu kandungnya sedang memandangnya penuh ihsan.

‘Pulanglah, nak! Kami mengharap kepulangan kamu!’

Fitri menghulur tangannya, ke arah jaluran perak itu sebelum bahunya direnggut seseorang. Kelihatan Aidil menegahnya dari belakang.

‘Abang yang patut berkorban, dik! Kau jagalah emak! Abang rela!’, desak Aidil. Fitri walaubagaimanapun membalas dengan senyuman.

‘Abang jagalah emak. Abang layanlah emak sebaiknya. Emak akan faham. Lakukanlah tanggungjawab sebaiknya sebagai anak yang soleh’, pesan Fitri sebelum tubuhnya ghaib disedut jaluran cahaya perak itu.

Aidil tergamam.
Tubuhnya jatuh berdebuk, matanya terpejam tak sedar diri.

Dari kejauhan kedengaran takbir raya memecah heningnya malam

TAMAT

***

[ Recap slot, klik pada gambar]

Sesuci Syawal: Catatan Lebaran: Sinar Syukur


Kisah ini adalah adaptasi dari pengalaman sebenar penulis ketika bertemu dengan beberapa insan istimewa bergelar anak yatim

Jauh di lubuk hati, siapa yang tak mahukan ibu bapa di dalam dunia ini ?

Itulah yang terjadi kepada Hanafi (bukan nama sebenar).

Ibu bapanya meninggal dunia, tiga hari sebelum Syawal mulia datang menjengah. Ketika Izrail datang menjemput, kedua mereka sedang dalam usaha untuk bangun sahur. Berlaku kejadian litar pintas menyebabkan kebakaran yang tidak semena-mena, menghancurkan impian empat beranak itu untuk menyambut syawal mendatang.

Benarlah itu ramadhan yang terakhir buat mereka. Selain ibu dan ayah, satu-satunya adik perempuan Hanafi juga terkorban dalam tragedi itu seterusnya meninggalkan budak lelaki itu sehelai sepinggang.

Parut di hati siapa yang tahu? Dan dek kerana hidup perlu diteruskan Hanafi dihantar pakciknya ke sebuah sekolah asrama anak yatim di negeri ini dan perihnya ditanggung tidak bersendirian.

Dia punyai kawan-kawan yang senantiasa membantu, bahkan senasib dengannya.

Berbeza dengan Johan (bukan nama sebenar). Tidak seperti Hanafi, Johan dibesarkan dengan kasih sayang ibunya seorang diri kerana ayahnya sudah meninggal dunia ketika dia berusia empat tahun lagi.

Ibunya menatang dia bagai minyak yang penuh.

“Emak sayang saya seolah saya ini emas permata”, Johan memetik ketika wajahnya nampak malu-malu ketika penulis mendekati beliau. Budak lelaki itu senyap sekejap sebelum wajahnya keruh.

“Tapi saya khianati kepercayaan dia!”

Menurut Johan sikapnya yang kerap dimanjakan, menjadi punca dia sering mengikut kata hati. Sering ponteng sekolah. Umur sepuluh tahun sudah pandai merokok. Malah curi duit ibunya untuk membeli sebatang rokok.

Berkali-kali penulis kilas wajahnya yang nampak sangat menyesal.

“Kalau saya tahu keadaan bertambah buruk, saya takkan buat emak macam tu”

Ibunya meninggal dunia sewaktu perjalanan pulang dari terawih, pada masa Ramadhan 2, beberapa tahun lepas akibat kemalangan jalan raya.

“Agak-agak kalau saya minta maaf dengan Tuhan, Dia boleh maafkan saya tak, bang?”

Soalannya saya jawab dengan tenang. Sentiasalah berdoa. Mohon petunjuk sebab Allah kan Maha Pengampun.

Dua budak lelaki itu penulis tinggalkan dengan pelbagai kesimpulan terbirai dimata. Adakala hidup kita nampak bahagia. Orang tak tahu kita derita sebenarnya. Malah, kita sendiri nampak derita, walhan kita sebenarnya bahagia. Takdir manusia berbeza-beza. Kita ikut saja jalan yang ditentukan.

Di hari mulia ini, pohonlah kemaafan untuk kita dan sesiapa sahaja yang ada dikeliling kita.

Mungkin kita tak sedar, mungkinkah kita jumpa Ramadan dan Syawal tahun hadapan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, Maaf Zahir Batin

***

[ Selepas Ini]
Antara Aidil dan Fitri, kembar seiras yang dipisahkan dengan hanya satu garisan

[Sebelum Ini]

Sesuci Syawal: Cerpen: Fitrah Syawal



Pintu rumahnya dikuak perlahan, mendedahkan cahaya samar pagi yang sangat hening. Wajahnya sedikit berkerut tatkala sinaran itu memanah kulitnya yang mulus halus.

Kelihatan kelibat seorang wanita, dari sosoknya yang langsing. Hijab yang dipakainya labuh, hijau pucuk pisang warnanya, dipadankan dengan jubah warna sepadan. Manis. Sangat manis sekali.

“Boleh kakak masuk?”

Saida menyungging senyuman lawa. Wanita yang membahasakan dirinya ‘kakak’ itu lekas dipelawanya masuk, malah terus dipersilakannya duduk.

“Kak Ayu sihat?”

Saida bertanya lembut. Wajah Rahayu yang dioles tipis mempamer senyuman sangat cantik. Dia kemudiannya mengangguk perlahan. Wanita itu lantas memaut bonggol tangan Saida sebelum menepuknya lembut. Air mukanya kelihatan sangat tenang.

“Terima kasih sebab jaga makan pakai Abang Farami dalam minggu ni. Kakak terhutang budi sangat dengan Saida”

Saida mengulum senyuman manis. Jauh dari lubuk gadis itu, dia ikhlas. Abang Faraminya juga suami Kak Rahayu. Mana mungkin dia mengabaikan tugas sebagai seorang isteri dari seorang lelaki, seorang suami wanita lain yang sanggup mengambilnya sebagai suri hati yang sah.

Terutamanya, dia harus berterima kasih kepada Kak Rahayu. Jodohnya dengan Abang Farami sebenarnya diaturkan oleh wanita itu. Pengorbanan Kak Rahayu tiada tolok bandingnya.

“Saida? Saida kenapa ni? Murung saja?”
Gadis itu menggelengkan kepala. “Tak ada apa-apalah kak. Cuma….”
“Cuma apa, dik?”

Saida tidak terus menjawab sebaliknya memandang Kak Rahayu dengan matanya yang sangat bergenang.

“Besar pengorbanan kakak terhadap saya. Saya seolah hidup atas ihsan kakak. Kakak yang memaksa Abang Farami untuk berkahwin dengan saya. Kalau tak, sampai sekarang saya tak kahwin-kahwin. Hidup dengan permintaan emak yang memaksa saya lekas berkahwin dan umpat keji jiran tetangga yang tak habis-habis”

Airmata Saida mula bergenang. Rahayu mengusap bahu madunya itu, lembut.

“Kakak redha.Dekat sepuluh tahun kakak kahwin dengan Abang Farami. Abang faham yang dia inginkan zuriat walaupun dia tak pernah beritahu”, ujar Rahayu perlahan. Dia kemudiannya memaut bonggol tangan Saida.

Gadis itu memandangnya.

“Malam ini, buka puasa terakhir, kita buka sama-sama, nak?”, cadang Saida lantas memandang wajah Rahayu dengan sinaran mata penuh pengharapan. Wajah Rahayu tampak keruh, tetapi dalam garis senyum, dia cuba ukirkan semanisnya.

“InsyaAllah kakak datang, dik. Kakak ada kerja sikit”
Saida mengerling dengan riak bagai hendak tertawa.
“Kakak Ayu ni. Esok raya kak. Kerja apa lagi?”
Rahayu menyungging senyumtipis.
“Raya..raya juga. Kerja kena jalan, Saida”
“Alah kak. Boleh lah. Sekali ni je”

Alasan seakan tersekat antara mulut dan akalnya. Rahayu menimbang permintaan Saida dengan penuh kebimbangan.

Aku tak mahu dia tahu sebelum waktunya! Bagaimana kalau dia tahu hari ini. Malam ini?
Semua yang aku buat ni, tiada jalan untuk berundur ! Ya Tuhan. Maha Pengasih lagi Penyayang. Beratnya ujian Mu ini !

‘Senyap tu tanda setuju, kak ! Boleh ya ?’
Gemersik suara Saida memecah gegendang telinganya. Sayup-sayup saja kedengaran. Ukir bibirnya berkeluk manis, membunuh semua prasangka jahat, nafsu cemburu wanitanya kerana memberi separuh kasih sang suami kepada anak dara lanjut usia seperti Saida.

Ya Tuhan.Kuatkan semangatku ini!

Rahayu mengangguk sedikit. Dia cuba sembunyikan riak kerisauannya dibalik senyuman yang semakin rapuh dek kegagahan palsu.

‘Saya akan masakkan ikan caru bakar kegemaran kakak. Abang Farami suka gulai ikan tongkol! Seronok berbuka sama-sama ni, kan?’, tingkah Saida sebelum memperbetulkan tudung labuhnya yang serasakan tidak selesa. Wajah Rahayu dipandangnya dalam-dalam.

‘Saya harap hubungan kita, saya, kakak dan Abang Farami mendapat rahmat dari Allah’

Saida memeluk madunya erat. Ada rona keihklasan terpancar dari wajah bujur sirihnya yang putih itu.

Rahayu, walaubagaimanapun masih diburu sisa kerisauan!

***

‘Positif? Awak yakin positif?’

Suara garau Farami memecah hening petang. Bagai ada sedikit nada gembira di balik pertanyaannya itu. Di balik talian, isteri pertamanya Rahayu sudah basah dengan linangan air mata.

‘Dah empat minggu, bang! Syukur! Allah makbulkan doa saya. Doa kita. Dah lama saya nantikan saat ini. Saat akhirnya saya bergelar ibu’, suara Rahayu bagai hendak berteriak. Keajaiban Allah langsung tidak diduga nya. Apa yang dihajati akhirnya menjadi kenyataan. Benarlah kata-kata sesetengah bijak pandai. Tak sekejap, tak lama, Rahmat Allah pasti akan diberikan pada setiap makhluknya.

Asal kita jangan berputus asa berdoa dan berusaha!

‘Alhamdulilah! Allah dah mendengar hajat kita’, ujar Farami sedikit sebanyak kelihatan sebak. Hampir sepuluh tahun dia dan Rahayu menanti saat ini. Saat dimana mereka bergelar ibu dan ayah. Sepanjang tempoh itulah banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Dia dituduh mandul. Dia dituduh tak mampu berikan cahayamata kepada Rahayu. Dia dituduh gagal melaksanakan tugas sebagai suami. Malah ada cubaan untuk memisahkan dia dengan Rahayu kononnya isteri tersayangnya itu membawa sial.

Segala cubaan ditangani dengan redha. Dia tahu Allah ada bersamanya. Dia tahu Maha Pengasih itu mendengar rintihannya lewat lima waktu perintahNya. Dia tahu Maha Penyayang akan membantu hambaNya.

Semua itu tidak terbanding tatkala suatu hari Rahayu menyuarakan keinginannya meminta dia berkahwin dengan rakan sepejabat isterinya itu yang bernama Saida.

Dia menolak keras. Tak mungkin dia menceraikan Rahayu.

Namun, sekeras-keras hatinya, Rahayu lebih tegas dan lebih mendesak. Malahan dia sanggup meminang Saida untuknya.

‘Abang anggaplah abang membantu dia meringankan beban ibunya-yang meminta dia berkahwin dan umpat keji jiran tetangga yang menuduhnya bukan-bukan’

Farami menerima dengan redha. Itupun selepas perbincangan demi perbincangan, termasuklah giliran antara Rahayu dan Saida. Malah, perkahwinan kali kedua mereka ini dibuat dalam suasana sangat sederhana. Sekadar akad nikah saja.

Namun, apabila mengenangkan Saida, berita bahawa dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi seolah luput dalam ingatan.

‘Saida dah tahu ? Dah tahu yang awak hamil ?’, soalnya perlahan sambil memerhati ruang bilik, bimbang Saida terpacul di muka pintu setelah menyiapkan hidangan di dapur.

Kedengaran dengusan bimbang Rahayu di hujung talian.

‘Belum, bang. Saya takut! Sebelum dia jemput datang rumah malam ni, saya hendak beritahu. Tapi bila saya pandang wajahnya, saya kasihan. Kasihankan dia’

Farami diam. Dia juga buntu. Jika diberitahu Saida, akan diterimakah perkhabaran ini? Apatah lagi untuk bulan-bulan mendatang, isteri pertamanya itu pasti memerlukan perhatian dari seorang suami.

Hati wanita Saida tidakkah cemburu?

‘Kita rahsiakan perkara itu daripada dia. Kita perlukan masa untuk memberitahu dia’, putus Farami senafas sebelum talian dimatikan. Lelaki itu kemudiannya duduk di tepi katil, meraup wajahnya yang sugul.

Oh Tuhan..bantulah aku! Bantulah hambamu ini

***

Majlis ringkas berbuka puasa itu diiringi dengan senyuman dan gurau tawa Rahayu dan Saida. Farami banyak mendiamkan diri. Sambil memuji hidangan yang dimasak madunya, Rahayu membawa hadiah berupa sepasang baju kurung moden yang dibungkus cantik dengan pembalut kilat.

‘Susah-susah saja kakak ni. Saya dah ada. Abang dah belikan minggu lepas’, ungkap Saida dengan senyuman manis biasanya sambil memandang Farami. Rahayu menggeleng lembut.
‘Tak ada susahnya Saida. Kakak memang nak beli untuk Saida’
‘Terima kasih, kak! Biar saya letak kat dalam bilik dulu, ya?’

Rahayu mengangguk lembut. Saida, masih tersenyum bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke bilik tingkat atasnya sebelum membuka tombol pintu, lalu menguncinya dari dalam.

Almari pakaiannya dibuka, lalu menyusun bungkusan yang diterima Rahayu tadi elok-elok sebelum menutup pintu almari itu perlahan.

Gadis itu kemudiannya duduk berteleku di atas tilam dengan wajahnya ditekupkan dengan tangan.

Ya Allah besarnya dugaan Mu ini!

Masih terngiang-ngiang perbualan suaminya dengan madunya, Rahayu. Perbualan bahawa madunya itu sudah berbadan dua!

Esak tangisnya menggila, tetapi dia cuba untuk mengawal tangisan itu.

Perlahan-lahan dia bangun, menuju ke almari soleknya. Membuka laci almari bercermin itu perlahan-lahan, mendedahkan sebuah kotak hitam, segi empat sama.

Diambilnya kotak itu perlahan-lahan, lalu membukanya dengan teliti.

Di dalamnya terdedah sehelai kertas, laporan pemeriksaan doktor. Laporan dimana doktor sudah mengesahkan bahawa dia adalah antara berjuta wanita malang seluruh dunia, penghidap kanser servik. Satu kanser yang boleh membawa maut!

Kata-kata doktor itu tiba-tiba menujah benaknya.

‘Awak perlukan sokongan suami dan orang keliling dalam menghadapi kanser ini. Hidup gembira dan saya yakin, awak mampu melawannya’

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Mampukah aku menghadapinya dalam keadaan sebegini?
Mampukan kau berikan nyawa untukku, untuk bernafas sekali lagi?

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mahu
Oh Tuhan, tuntun(pandu) lah hatiku

TAMAT


[Selepas Ini]
Antara pengakuan dan kebenaran: Kisah mereka yang tidak senasib dengan kita


[Sebelum Ini]

Sesuci Syawal:Titipan Aidilfitri 2011


Salam Syawal!

Tengah-tengah sibuk rebus ketupat tu, meh jenguk meh kiriman-kiriman cantik kad raya beberapa blogger untuk segmen khas Titipan Aidilfitri 2011 ni. Silalah like kalau suka.hehehe Sambil-sambil tu boleh tekan butang play kalau nak dengar lagu ghayo!

Wah pengirim pertama ni..orang paling awal hantar ucapan. Terima kasih bro, support! Ni kira kali pertama kau join kan? Thanks! Tengan buat ape tu? Makan ketupat ke?hehehe


Ucapan : Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini termasuklah rakan-rakan blogger yang selalu memberi dorongan kepada aku untuk terus berblog.. Ampun maaf dipinta sekiranya ada kekhilafan diri ini selama kita berkenalan sama ada dari perbuatan mahupun bicara..Kad Raya tahun ni spesel sebab aku buat kaler pink.. nak bagi nampak jambu skit sempena Aidilfitri ni.. Kepada member2 di perantauan tu, cepat2 la balik kampung..aku boring ni x de geng.. kepada awek aku...hmm, sori, aku takde awek lagi.. sesiapa nak berkenalan, boleh bagi nombor telefon kat aku..(sedih pulak aku dengar ucapan ko ni bro.sabar bro.InsyaAllah ada jodoh ko nanti yek)




***
Pengirim kedua adalah classmate aku masa zaman Uni dulu. Kalau tahun lepas, Lady Waleane (clasmate penulis juga) hatar kad, takpa, tahun ni Cik Kedondong wakil pulak.hehehe

Pengirim: Cik Kedondong
URL: http://misskedondong.blogspot.com/

Ucapan:Selamat hari raya maaf zahir dan batin. semoga ketibaan bulan syawal ni tidak melupakan ramadhan yang berlalu. semoga berjumpa lagi ramadhan akan datang.



***

Pengirim seterusnya, dah dua kali hantar. Terima kasih ye Aira! Tahun depan hantar lagi yek!

Pengirim: Aira Zulaikha
URL: http://cekaira.blogspot.com/

Ucapan: Selamat hari raya buat rakan-rakan tercinta sama ada di fb mahupun dibelog.. ..jaga diri elok2.. semoga lebaran kali ini memberi seribu pengertian buat kita dan menambahkan kesyukuran ke hadrat Illahi...hari raya adalah hari untuk kita bersyukur bukan untukberseronok sampai lupa dunia.. dengan ini jari disusun memohon ampun dan maaf atas kesilapan dan kekhilafan.. sesungguhnya manusia tidak pernah lari dari kesilapan. minta maaf ya... Akhir sekali..selamat hari raya minal aidil walfa izin maaf zahir dan batin..weee :)
p/s: makan jgn over2 tau raya nanti..



***
Ucapan Qilah ni buat aku ketawa terbahak-bahak.Hahahaha. BTW Qilah, thanks for kad raya ko tu.Nice!


Ucapan: Hi ! Saya nak ucapkan selamat hari raya buat Faizal Sulaiman dan kepada faizal-faizal yang lain =P Baikla, serius, selamat hari raya buat awak tu (ye awak la), yang kenal blog yellowkuning89 / kawan blogger, kawan-kawan facebook, twitter, formspring, friendster dan lain-lain. SELAMAT HARI RAYA 0 0? (kosong kosong okies !)



***

Pengirim seterusnya, ni baru first time hantar. Thanks Syah. Takpa, ada masa lagi nak bubuh dalam wish. Lagu tu sedih la Syah.huhu.Apa-apa pun jangan sedih-sedih pagi raya k!

Pengirim: Syahrafi Aziz
URL: http://syahthebest.blogspot.com/

Ucapan: Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini.. Bagi pembaca KACAK MACAM SYAH kemaafan dipinta jika ada entri yang mengguris hati.. Semoga raya kalian kali ini lebih baik daripada Hari Raya yang terdahulu.. Maaf Zahir dan Batin..




***
Actually bro Eq ni dah beri kebenaran untuk bubuh kad raya dalam segmen ni.Tapi dah diberi sekali dengan lagu, so takpe, aku tujukan khas lagu kat bawah ni untuk bro eqbal! Selamat Hari Ghayo!!

Pengirim: Eqbal Zakaria
URL: http://www.eqbalzack.com/

Ucapan: To all my friends, followers and readers, I would like to wish everyone, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. And to the non-muslim Happy Holiday!

***

[Selepas Ini]

Kisah pengorbanan cinta indah. Cinta tidak hadir dengan simpati semata-mata

[Sebelum Ini]

Monday, August 29, 2011

Sesuci Syawal:Jurnal Puasa Raya Akmal Faris


Coretan dan kisah ini diubahsuai sedikit gaya penulisannya agar lebih mudah dibaca

MINGGU PERTAMA RAMADHAN (1-7 Ogos 2011)

Pagi-pagi emak kejut bangun. Saya pun bangunlah sebab emak kata hari ini puasa. Nasib baik harini cuti (1 Ogos). Emak kata puasa kena latih dari kecik. Saya dengan abang tak ada masalah nak puasa. Tapi laparlah juga bila tengahari.

Esoknya sekolah saya dah rasa malas nak bangun pagi. Emak kejutkan lepas saya dan abang tidur depan TV. Nasib emak dah kemaskan buku ikut jadual. Emak jugalah yang sediakan air panas setiap kali saya nak mandi pagi. Emak pakaikan baju seluar. Ayah pula tolong pakaikan minyak rambut, bedak dan sikatkan rambut. Nasib rambut saya kerinting lebat, tak lurus macam rambut abang.

Kat sekolah kawan-kawan sibuk cerita pasal mercun, bunga api dan baju raya. Tak kurang cerita pasal nak balik kampung! Saya pula fikirkan apa makanan buka puasa saya petang ini. Semua adik beradik tahu, saya kuat makan! Tolaklah apa saja. Saya bedal!

MINGGU KEDUA RAMADHAN (8-14 Ogos 2011)

Rutin harian berlalu seperti biasa. Sahur makan berat, buka puasa pun makan berat. Kadang-kadang emak dan abang-abang marah juga kalau saya tak habiskan makanan. Emak ayah pesan, duit bukan senang nak dicari. Makanan makin mahal (kadang-kadang saya dengar ayah saya membebel)

Apapun menarknya, baru minggu kedua ramadhan, emak benarkan saya dan abang bermain di rumah jiran sebelah. Tapi jam 9 lebih sikit, lepas ayah dan angah balik terawih, saya dan abang mesti kena ada dekat rumah. Bila along balik saja, baru saya dan abang ke terawih sebab lepas-lepas tu along bawak pusing kampung!hehehe

MINGGU KETIGA RAMADHAN (15-21 Ogos 2011)

Minggu angah beli baju raya. Saya pun mengendeng emak nak sepasang, walhal saya dah ada. Saya cari yang murah-murah saja. Tapi abang tak pula jumpa baju yang dia hendak. Warna coklat, saiz 30. Jurujual tu kata, dah takde. Paling kuat pun saiz 31. Abang saya cerewet orangnya. Kalau tak ada, jangan haraplah dia nak beli. Balik dari beli baju, ayah belanja sate. Nyum nyum. Saya makan nasi goreng paprik dengan milo ais. Kan saya dah cakap, saya kuat makan. Dan saya boleh habiskan sepinggan tu. Angah tengok, tercengang.

Makan sahur saya juga dah bertukar. Nestum saja. Dengan tiga keping biskut dicecah dengan teh O panas. Sedap! Dah makin hujung-hujung ni, malas pula nak makan banyak.

Oh ya, angah juga tercengang bila saya minta diperdengarkan lagu Justin Bieber dalam playlist keretanya. Apa? Ingat saya tak tahu Bahasa Inggeris?

MINGGU KEEMPAT RAMADHAN (22-29 Ogos 2011)

Angah dan Along ke bandar beli barang untuk raya. Sekolah pun dah mula cuti. Abang dan kakak saya pun dah mula cuti. Rumah dah dengar bising-bisingnya bila seorang usik lagi seorang. Lesen emak untuk saya dan abang keluar malam masih lagi laku. Asal sembilan lebih kami balik.

Masa petang saya pun dah jarang saya habiskan bermain di luar. Saya banyak tidur. Pukul 5 bangun buatlah apa yang patut sebelum tunggu berbuka. Oh ya, saya minta dekat angah RM30 sebab puasa saya cukup tahun ni. Saya tak tahu berapa dia nak bagi.hehehe

Hari ini (Ahad 28 Ogos) ada jiran tetangga sudah memulakan adapt ‘mengunjung’ iaitu memberi lauk raya (lodeh ke, ayam masak merah ke, ketupat ke, kari ke,sayur goreng ke) kepada rumah jiran tetangga lain. Terkejut juga sebab awalnya jiran tu masak. Setiap daripada kami ada makanan fevret jiran masing-masing. Saya tahu, angah mesti tunggu rendang daging Cik Senah rumah atas bukit tu sebab rendang dia memang sedap.hehehehe

Apapun, saya, Akmal Faris Sulaiman, ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2011. Maaf zahir batin!!

Terima kasih sebab baca coretan ni!

Saya dan abang (dia sakit gigi masa ni) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir Batin!


***

[Selepas Ini]
Himpunan ucapan beberapa blogger

Selamat membaca!

Friday, August 26, 2011

Promo Sesuci Syawal 2011: Disyukuri, Dinikmati, Diberkati

Seperti tahun lepas, aku masih lagi aktif membuat ‘sajian’ khas buat blogger yang mempunyai waktu luang di pagi raya ataupun tak tahu nak buat apa sepanjang menjelangnya Syawal yang bakal tiba.

Tahun sudah, aku memperkenalkan segmen Syukra Ramadhan, Taqbir Syawal dengan beberapa slot. Musim Aidilfitri kali ini, segmen Sesuci Syawal bakal disajikan dan sememangnya khas untuk korang yang datang singgah ke blog ini, lebaran nanti.

Sesuci Syawal dimulakan dengan jurnal khas yang diambil ideanya dari adik aku sendiri. Suka tengok gelegat dia berpuasa.Ini secara tak langsung mengingatkan aku puasa masa kecil-kecil dulu.


Slot diteruskan dengan kiriman ucapan beberapa orang blogger dalam segmen Titipan Aidilfitri 2011. Tahun ni kiriman tak banyak macam tahun lepas. Mungkin ramai blogger yang sibuk bulan Ramadhan ni, InsyaAllah, Syawal akan datang boleh hantar lagi ya! InsyaAllah panjang umur:)




Aidilfitri hening pagi diteruskan dengan siaran cerpen khas, Fitrah Syawal manakala disebelah petangnya pula kupasan kisah benar anak-anak yatim dalam Catatan Lebaran: Sinar Syukur. Malam syawal menjelma dan slot terakhir bagi segmen ini adalah cerpen suspense thriller antara kisah dua beradik Wasiat Aidil-Fitri

*Tarikh siaran bergantung kepada jatuhnya Aidilfitri yang bakal ditentukan nanti

Thursday, August 25, 2011

BerSMS Twit Twit

Ihsan google


Kepada korang yang berkesempatan dan ingin menghantar ucapan raya,korang boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut, atau terus ke ruangan STICKY POST di bawah. Penyertaan masih dibuka sehingga jam 12 malam ini. Ucapan raya korang akan disiarkan pada malam raya, InsyaAllah 30 Ogos ini.

FYI, untuk slot KARAT, penulisnya AL sudah balik kampung, kangkang depan TV agaknya menunggu waktu berbuka puasa. Rindu sangat dengan rumah agaknya. Yelah asyik makan masakan bazaar ramadhan saja. AL…AL

Balik kepada topic utama.

Aku ada akaun Twitter. Ada tak? On the other hand, Twitter adalah salah satu akaun sosial dimana di laman Twitter, kita boleh menulis apa yang terlintas di fikiran kita dengan limitasi 140 buah aksara sahaja. Kalau ada add aku twitter.com/faizalsulaiman

Tambah kenalan. Tambah follower (gila lame alasan aku)

Baru-baru ni dek kerana tak puas hati dengan wajah yang boleh dikatakan baru Twitter, aku menukarnya terus kepada pelan Twitter SMS dari Celcom. Frankly speaking, aku lebih suka wajah oldskool twitter yang lebih laju timeline nya berbanding new looks ini.

However kedua-duanya mempunyai pro and cons.

Kenapa aku twit menggunakan sistem Celcom SMS? Dari segi rate, aku rasa sama sebab untuk perkhidmatan Celcom prabayar, caj RM 1 akan dikenakan setiap minggu. Sama kan dengan mana-mana kadar? Twit lah apa lagi.

Kenapa aku gunakan sistem Celcom SMS? Nah ini jawapannya:
a) Boleh twit bila-bila masa, di mana jua. Even dalam jamban tengah berry pun boleh. Siap boleh describe dapat sepuluh markah lagiJustify Full
b) Meluahkan rasa marah, tak puas hati, bengang especially dengan individu yang ada FB tapi tak ada atau tak tahu akan kewujudan twitter.hahaha

c) Dengan memilih beberapa followers (dimana status twitternya akan diupdate dalam telefon bimbit) kita boleh tahu keadaan follower kita selain dimana dia berada.

d) Simple-Part 1. Hanya taip di dalam handphone kemudian send, tanpa perlu bukak-bukak laptop

e) Simple-Part 2. Menunjukkan kita ni busy sangat ataupun orang keliling menganggap kita berbalas mesej dengan kekasih hati.

f) Tak perlu follow public figure. Maaflah kalau ada yang terasa hati tapi artis ni (kebanyakannya di twitter) sombong. Bila kita balas twit, haram tak dibalasnya semula. Cuba tengok nanti bila ada promosi filem atau drama baru, barulah terkedek-kedek nak cari peminat

g) Berbanding dengan timeline web, twitter SMS akan appear , bergantung pada followers yang kita follow(walaupun twit akan load banyak dalam satu-satu masa) dan secara tak langsung membolehkan kita untuk membalas.

h) Sangat sesuai digunakan ketika mengantuk dalam bilik meeting, menunggu kawan yang tak sampai-sampai, ketika kesesakan lalu lintas, ketika sedang menonton TV-komen jalan cerita sampailah kepada kostum pelakon, ketika sedang melawat bazaar ramadhan, ketika sedang iftar bersama kawan-kawan dan sebagainya

i) Khidmat Twitter SMS sangat sesuai untuk semua lapisan telefon bimbit. Yang cikai macam hanphone Nokia torchlight aku atau secanggih Samsung Galaxy Tab pun boleh

j) Yang penting, paling utama, boleh twit macam artis. Kau ada? hahahaha

Apa-apapun ini apa yang aku rasalah sekarang. Twitter kawan-kawan space memang making my day lot of fun and laugh. Thanks friends!

Cuma satulah yang aku harap. Janganlah bertwitter ketika di dalam masjid. Dengar khutbah ataupun ketika bersembang dengan kawan. Mata pandang muka kau, tapi tangan lincah menekan keypad membalas twitter follower. Ini baru namanya ‘tak menang tangan’!TKDMPA

Sesekali boleh la. Not all the time dia cakap, ko sibuk dengan handphone ko. Kang ada yang kena sumbat dengan phone. Dah jadi tajuk utama Harian Metro:

“Bahana Twitter: Pelajar Tertelan Telefon Bimbit”

Tak ke foyyyyemesss satu Malaya?


PS: Esok disiarkan promo penuh Sesuci Syawal yang bakal menjelang tiba. Tunggu!!!!

Wednesday, August 24, 2011

Pembongkaran :Disebalik Dunia Magis Potter dalam Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2- Review serta UK vs US Child Star


Sebelum meneruskan ulasan, pada korang yang nak menghantar ucapan khas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ni, KLIK SINI untuk maklumat lanjut, atau terus ke ruang STICKY POST kat bawah nanti. Tarikh tutup adalah pada hari esok, 25 Ogos 2011. Jom cepat-cepat!:)

Ya. Mungkin aku gilakan dunia magis Harry Potter sampai menonton rancangan khas pembikinan Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, menceritakan pencarian baki Horcrux- Serpihan jiwa Lord Voldermort dalam usaha melenyapkan ahli sihir jahat itu di dalam dunia magic.

Kesimpulan aku. Bila ada budget besar, maka filem yang dihasilkan haruslah gempak dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan.

Cakap banyak tak nak. Meh selongkar beberapa snapshot yang berjaya di’tangkap’ sepanjang menonton dokumentari berdurasi 40 minit ini.Justify Full
1. Kesan Efek-Skrin Hijau

Neville Longbottom (Matt Lewis) ketika dikejar Death Eaters


Ride to Bellatrix Vault


You see a green stick hold by a film crew.Well that's Nagini, the snake

2. Memerlukan tenaga 60 orang pelakon orang kerdil untuk watak pegawai bank gringgots
dengan solekan prosthetic dan latex dimana setiap pelakon memerlukan sekurang-kurangnya dua orang jurusolek


3. Keadaan Bilik Kebal Bellatrix


4. Bangunan Hogwarts tak pernah wujud sebaliknya menggunakan model dan inspirasi dari bangunan terkenal seluruh dunia


5. Memerlukan 9 bulan untuk membuat pre-visualization untuk scene perang dan watak-watak pelik dengan efek CGI


6. FYI cermin mata Harry Potter tiada glasses. Ini bertujuan bagi mengelakkan pantulan cahaya kamera kelihatan pada cermin matanya.


7. Sebanyak 2000 tongkat sihir (wands) digunakan di dalam filem Harry Potter dimana setiap karakter akan diberikan sekurang-kurangnya 6 batang wands seorang. FYI juga, wands pelakon Daniel Radcliffe telah ditukar ganti sebanyak 80 batang sepanjang 10 tahun pembikinan filem ini


8. Semua rubble rocks diperbuat daripada polisterine block dimana setiap satunya direndam di dalam dipping latex, sebelum disapu dengan pasir

9. Semua pelakon tak dibenarkan membawa balik sebarang props

Nevertheless, francise Harry Potter yang telah mengaut beberapa billion keuntungan sejak ditayang pada tahun 2000 lalu meninggalkan kesan kepada pelakonnya. Lama kot depa ni berlakon dari kecil sampai besar and guest what, para pelakon British ni sebenarnya jarang (tak pernah) ada gossip-gosip liar berbanding bintang cilik Hollywood yang lain.

Mari kita lihat perbandingan antara UK dan US Child Star

*US CHILD SCANDALS
(Lindsay Lohan)Masuk kelab malam ketika masih bawah umur, penyalah gunaan dadah, ketagih seks dan mempunyai beberapa koleksi boyfren macam berlawan-lawan dengan Paris Hilton. (Macauley Culkin) Ditangkap di bawah pengaruh Marijuana. (Drew Barrymore) Memulakan minat merokok dan minum minuman keras diusia 9 tahun dan mengambil sedikit dadah semasa remaja.Bergambar nude dalam majalah Playboy pada tahun 1995

*UK CHILD SCANDALS
(Daniel Radcliffe) Membuat kemunculan scene nude sebagai peranan remaja bermasalah dalam pementasan teater Equus. (Emma Watson) Gambarnya memegang botol beer ditangkap paparazzi…twice. (Rupert Grint) Berminat bermain golf dan sangat takutkan labah-labah

Perbezaan working hour kanak-kanak UK dan US dikatakan menjadi punca permasalah bintang muda US. Sebagai contoh, pelakon kanak-kanak US dibenarkan bekerja di waktu sekolah berbanding kanak-kanak UK yang dibenar bekerja di waktu cuti sekolah, selain perlu membawa seorang tutor ke set pengambaran dan hours of working yang sangat limited.

Memetik kata-kata Emma Watson dan Daniel Radcliffe pada dokumentari ini

On Emma says;
“…english film industry is very different from hollywood,
I mean particular environment the fact that we've had
You know a solid base lives in studios, incredibly sheltered.
We here everyday and we working really hard”

On Daniel says;
“On a kids star, we were nothing. I'm quite a boring person. I like to stay at home and watching TV. I like to parties but when it comes to work its work”
* Dipetik dari First, July 2007 Issue 57, SPH Magazine Pvt Ltd, Singapore

Tuesday, August 23, 2011

Lelaki, Stoking dan Bau Kaki


Kaki. Macam juga mana-mana anggota tubuh badan kita perlukan aliran pernafasan yang cukup. Tapi sayang. Tak ramai mengambil pusing tentang kebersihan kaki, especially bahagian kulit.

Ini fakta. Kenyataan yang tak boleh disangkal lagi.

Stoking dan kaki pula ibarat aksesori yang saling melengkapi. Kalau pakai kasut, mesti wajib pakai stoking. Ruang kaki kita adalah ruang paling mudah dijangkiti fungi atau kulat, especially kulat air akibat daripada perpeluhan melampau.

Kulit kaki kita, compared dengan yang lain-lain, especially lelaki, mempunyai tahap kelembapan yang berbeza-beza.Ada yang kering, mudah berpeluh, lembap dan macam-macam.

Sebab itulah dimestikan, selepas mandi untuk ke tempat kerja misalnya, celahan kaki perlu dikeringkan dengan sempurna.

Kalau tak, kat situlah kulat-kulat bermaharajalela, siap buat kenduri gulai kawah lagi! Bayangkan ya, bayangkan!

Kulit kaki yang cepat berpeluh, tambahan kaki pulak ditumbuh kulat dengan stoking yang diguna tidak berganti mengakibatkan kaki secara sengaja akan berbau seperti MAYAT.

Sekali bukak stoking, BUSUKNYA MasyaAllah,kepam-kepam masam!!!

Selalulah mengganti stoking. Jangan underwere saja asyik berganti. Stoking pun sama. At least 2 hari sekali. Pakai yang kaler putih kalau boleh lah. Senang nak nampak kotor. On the other hand, kuku kaki pun kena jaga. Jangan biarkan kuku kaki macam Beast X Men badan biru tu. Bersihkan celahan kaki kalau ada masa. Bukan lama pun. By right, tu kaki korang juga kan?

Bila try kasut di kedai, try dengan kaki yang berstoking. Elakkan mencuba dengan bare foot sebab manalah tahu, pencuba (orang yang mencuba kasut sebelum korang tu) ada kurap kat kaki ke, athelete foot ke, tak ke naya dapat kulat free? Masuk sebelah kaki, percuma berjuta-juta bakteria.Wah! Macam menang jabutan bertuah!

Main boling pun sama. Kalau tak bawak stoking, tolonglah beli. Dua ringgit, dua ringgit pun korang boleh guna banyak kali, apa? Berpadalah kalau nak kedekut. Dah tau nak main bowling, bawakla stoking. Ni sanggup tipu kakak cashier yang comel tuh. Bila ditanya ‘ada stoking tak ?’ sanggup jawab ‘adeee kak !’ Sudah-sudah kaki kau juga yang berlendir peluh nanti.

Yang pentingnya HYGIENE.

PS: Penghantaran ucapan hari raya untuk segmen khas malam raya masih lagi dibuka. Klik SINI untuk butiran lanjut atau terus ke ruang STICKY POST di bawah. Selamat menyertai!

Monday, August 22, 2011

Bebas Merdeka: Merdekakan Diri Dahulu


Sana sini sibuk bercerita tentang Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bagi yang mempunyai komitmen, waktu yang bergerak pantas langsung kita tak sedari.

Dan kita (mungkin) tak sedar yang tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia juga akan datang tak lama lagi.

Walaupun sambutan Hari Merdeka bakal dilangsungkan pada 16 September ini (sempena Hari 1 Malaysia)

Bila ditebak dengan soalan ‘apa erti merdeka’ kebanyakan dari kita akan menjawab secara spontan ‘…bebas dari belenggu penjajah…’

Betul. Memang betul. Penjajahlah yang menyebabkan kehidupan warga Malaysia, bangsa Melayu, Cina, India tinggal di demografi berbeza-beza sehingga bagai sudah disetkan dalam kepala Orang Melayu tinggal di desa, Orang Cina duduk di bandar dan Orang India tinggal di
estet.

Itu definisi dahulu.

Zaman sekarang, persepsi merdeka perlu dihayati dengan mendalam. Maknanya masih sama, iaitu ‘Bebas’ tapi apakah kita benar-benar bebas di zaman sekarang.

Mungkin aku boleh dikatakan agak sinikal dengan entry ini. Tak mengapa habiskan dulu pembacaan. Di mileu canggih ini, dizaman semuanya arus perdana, kita tak harus ketinggalan dengan teknologi (bentuk penjajahan juga) dimana kita akan terbiasa dengan penggunaan Facebook, Twitter waima kedua-dua aplikasi ini boleh digunakan di hujung jari saja. Dibandar pula kelihatan pelbagai outlet makanan ‘penjajah’. Namakan saja semua dan aku yakin ianya berputar ligat difikiran kalian.

Baik. Mungkin ada sesetengah memandang sinis entry kali ini. Tak kurang juga (mungkin) mengatakan aku seorang yang ortodoks.

Baca lagi.

Merdeka adalah keadaan dimana kita bebas melakukan sesuatu tanpa ada rasa takut. Setuju ?

Situasi mudah :
Kita masih gunakan Nokia torchlight yang langsung tak ada aplikasi touchscreen apatah lagi Facebook atau Twitter for Mobile. Kawan keliling semua dah ada. Aisehmen! Kacaulah macam ni kalau balik raya nanti, masih tayang hendpon yang layaknya direjam. Maka pada hari raya yang mulia, sanggup tak mahu jumpa kawan sebab hendpon tak canggih. Bimbang jadi bahan. Takut jadi sindiran. Orang dah duduk zaman baru, hendpon kita masih zaman batu.

Contoh lain:
Seorang wanita bimbang tak dapat kerja kalau pakai tudung di dunia korporat.Syarat kerja kat situ mesti kena pakai skirt atau trouses pants pesen ketat.Maka bimbang dengan peluang kerja yang semakin menghimpit, rasa takut menguasai diri. (Zaman sekarang dah banyak corporate ladder menggunakan khidmat wanita bertudung)

Senang kan contoh?

Merdeka perlukan keberanian. Untuk menjadikan diri kita tak takut lagi untuk membuat apa sahaja yang terbaik untuk diri kita. Bebaskan rasa ketakutan kita. Merdekakan diri kita sepenuhnya.

Bukan merdeka dengan cara ‘I’m gay I’m okey’ atau 'I bergesel pipi sebelum dia cium mulut I kinda thing'. Ikut tempat kalau nak berani pun!

PS : Terkenang kata-kata Arwah Yasmin Ahmad tentang kemerdekaan. Aku membacanya melalui buku The New Malaysian Essay Part 1, hasil tulisan beberapa orang penulis muda Malaysia. Tak silap ruangan yang aku baca itu ditulis pengarah filem Indie; Amir Muhammad.

Bunyinya lebih kurang begini.

‘Saya tak fikir remaja zaman sekarang perlu dipaksa merasai jerih perih orang dahulukala dalam memerdekakan tanah air. Biar mereka (remaja) merasa suasana merdeka dengan cara mereka sendiri’

Aku merenung. Betul kata-kata beliau. Kita pelihara apa yang ada sekarang. Jauhi perkara-perkara jahat yang menggoyahkan keutuhan negara. Sama seperti kita sama-sama menyokong Harimau Malaya ketika perlawanan dengan beberapa negara tempohari. Kau biru ke, hijau ke, roket ke, bulan pecah dua ke, kita sama-sama menyokong Malaysia. Semangat itulah yang perlu ada!

Selamat Hari Merdeka untuk kali ke 54, Malaysia!

Pernah menulis entry tentang kolaborasi 15Malaysia, dua tahun lalu.Antara filem pendek kegemaran aku. 'Lumpur' karya Kamal Sabran ini sungguh kreatif.




Ucapan khas raya untuk siaran malam raya masih dibuka. Klik SINI untuk maklumat atau terus ke STICKY POST di bawah untuk keterangannya. Selamat menghantar!

Saturday, August 20, 2011

Antara Bunohan, Abuya dan Misteri Jalan Lama


Tiga filem yang boleh aku katakan, must watch, InsyaAllah (Tidak termasuk Hanyut, Tanda Putera Merdeka dan Katerina)

Bunohan, satu karya yang boleh dianggap masterpiece dari sutradara Dain Iskandar Said. Kisah adik beradik yang melalui jalan sukar dengan kehidupan yang mana setiap seorang dari mereka mempunyai perangai yang maha berbeza. Aku pernah menulis tentang satu filem arus perdana Dain, berjudul Dukun lakonan mantap Best Actress FFM, Umie Aida dua tahun lalu dimana filem ini dibanned atas sebab persamaan dengan kehidupan hitam Mona Fandey.

Dari segi trailer yang sudah berbulan disaksikan di internet, karya Dain ini mampu mencabar pembikin filem komersil yang lain. Kalau tak, masakan supermodel Tengku Azura bersetuju membintangi filem ini ?

Berlainan dengan Abuya.
Tengok trailer saja, aku sudah boleh mengagak, kisah ini macam kisah siapa, but nevertheless Abuya salah satu fiksyen kan? Untuk pengajaran kan?

Abuya menyelongkar kisah pemimpin ajaran sesat bernama Abu Zakaria yang membawa pengikutnya ke lembah sesat atas tiket agama. Harap filem ini lepas LPF hendaknya. Dan aku mula perasan actor Faizal Hussien baru diberikan peranan mencabar sepanjang beliau berlakon. Kalau tak asyik jadi jahat gaya tipikal. Gangster, mat rempit, pusher, etc.

Manakala Misteri Jalan Lama, garapan serius pertama Afdlin Shauki menggabungkan idea fantasi dan kasih pertalian antara dua beradik dengan cantuman misteri alam ghaib.

Bagi aku perkara-perkara seperti ini menampakkan perkembangan filem tempatan. Tonton dahulu. Nilaikan kemudian !

PS : Penghantaran ucapan raya untuk siaran malam raya masih dibuka.Jangan segan nak hantar ya.Cara-caranya ada di SINI

Atau skroll ke sticky post kat bawah :)

Friday, August 19, 2011

Lelaki dan Aksesori Wajib: Jam Tangan



Lelaki dan Jam Tangan.

Aku rasa benda Allah ini sangat penting untuk semua dan lebih-lebih lagi lelaki.

Mungkin ada yang memerhatikan aksesori jam tangan ini sebagai kayu ukur betapa tebalnya poket lelaki itu.

Tapi Tunggu dulu.

Pandangan boleh menipu, derr.

Ada sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, makin bergaya. Makin senang hati gadis nak jatuh hati bila tanya ‘saudara pukul berapa sekarang’ (haih lame nye taktik ngurat aku.LOOL. KALAU adalah)

Tapi berapa ramai dari kita yang mencari jam tangan di pasar malam? Di kedai-kedai murah ? Yang membeli dengan online shopping ?

Oh aku pernah buat tiga-tiga tu.

Pucuk pangkalnya adalah bagaimana kita menjaga barang tersebut. Benda yang kita panggil sebagai ‘speciality goods’ ini sememangnya memerlukan kadar penjagaan yang cukup. Means bukan kena lap-lap macam body kereta. Cukup sekadar mengelakkan cermin jam dari tercalar, jam tangan terjatuh ataupun memakai jam ketika tangan berpeluh-peluh.

Itu sebabnya perlu cari jam yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti kegemaran. Kalau minat menyelam (scuba) dan di bawah sana masih nak memakai jam, tak salah membeli ‘speciality goods’ jenis yang boleh dive in. Yang ini for sure jangan beli di pasar malam. Tak pasal-pasal rosak pula.

Lagi satu, pakailah jam tangan mengikut occasion. Kalau pergi masjid tu, jangalah pakai jam tangan yang boleh berbunyi-bunyi. Kalau masih tak solat, kita masih boleh matikan. Tapi kalau dah solat? Banyak contoh kan dah kita lihat. Bagi aku ia agak mengganggu jemaah lain. Apatah lagi kalau dia duduk sebelah kau je.

Untuk tidak kelihatan awkward, pakailah jam tangan yang sesuai dengan tona baju atau kulit. Ini tambahan sajalah. Kadang-kadang ada yang suka nampak pelik di tengah khalayak. Pesen attention seeker namanya!

Sekadar pendapat. Oh ya sebelum terlupa, kalau ada sesiapa daripada korang nak join beberapa blogger lain untuk ucapan khas Aidilfitri akan datang, scroll ke STICKY POST ke bawah atau KLIK SINI. Ada syarat-syaratnya disitu. InsyaAllah ucapan korang akan dijadual disiarkan pada malam raya nanti!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED