Wednesday, September 08, 2010

SYUKRA RAMADHAN:::TAQBIR SYAWAL. PROMO ISTIMEWA

Salam Ramadhan.

Ok aku belum pernah buat lagi, ya. Macam TV pulak. he he he.

Ok aku cuma nak lari sikit dari kebiasaan blogging di hari raya plus nak memberikan yang terbaik buat korang yang sentiasa berkunjung di page yang tak seberapa ni.

Terima kasih banyak-banyak.

Slot istimewa Syawal menanti kalian. Walaupun slot ini hanya memakan masa dua hari, diharapnya kalian mampu menjadikannya wadah special menjelangnya Raya dan Syawal Pertama. Ce wahh

Kenapa aku memilih 'Syukra Ramadhan: Taqbir Syawal' sebagai nama slot? Panjang tak ingat kan?

Sohih la aku kena jawab.

Syukra dalam erti kata lain bermakna bersyukur. Syukur dapat diketemukan dengan Ramadhan al Kareem ni buat kesekian kalinya. Bila lagi agaknya boleh bersua dengan bulan penuh berkat dan mulia ni? Puasa-puasa juga. Update blog tetap macam biasa. Malah semangat itu lebih padu berbanding bulan-bulan yang lain. Ramadhan kali ini juga banyak memberi rezeki blogging buat aku. Follower dah bertambah. Nuffnag murah hati beri iklan. Komentator juga sangat memberansangkan.

Sungguh!

Tak ada kata lain yang lebih sempurna selain mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian, para pembaca!

Syawal pula disinari dengan Takbir. Takbir di permulaan pagi dan membasahi lidah kita dengan kalimah Allah s.w.t mengucap nikmat dibangunkan di pagi Syawal, menjayakan kemenangan berpuasa selama sebulan.

Sebab itu munculnya slot "Syukra Ramadhan:::Taqbir Syawal" di musim raya 2010 ini.

Fuhh panjang punya mukadimah. Ha ha ha

Slot ini akan dimulakan jam 9 malam, menjelangnya Syawal dengan cerpen raya berjudul... 'Manis Manis Syawal'.

Kisah ini masih belum di garap. Serius sebab mood raya belum sampai.ha ha ha. Esok kot.. Tapi apa yang aku boleh cakap, cerita ini ringan saja.


Jam diteruskan pada pukul 11.30 malam dengan penampilan beberapa blogger untuk ucapan khas hari raya.

Promo khas bagi mereka yang dah join. Terima kasih daun keladi! Di malam menjelang Syawal, ada lagi yang istimewa!


Satu Syawal menjelma, sebuah catatan istimewa kehidupan dengan judul Qaseh Tak Berpenghujung: Inspirasi Kisah Benar akan disiarkan jam 7 pagi. Sebelum-sebelum gi solat, ada masa kejap, leh la belek-belek kisah ini.

Kisah ini di inspirasikan dari ceramah yang aku dengar beberapa minggu lepas. Sangat menyentuh

Mungkin ada pengajaran buat kalian.


Jam 3 petang, slot komikal 'Komika Raya' muncul dan kali ini real life character gelagat malam menjelang raya! Power betul budak2 neh!

Slot khas komika real life. Kalau sebelum ni cuma callout dialouge je kan? Kisah dua beradik di malam menjelang raya!


Manakala jam 8:08 malam, slot istimewa Jilbab Chendana akan menemui kalian dengan dua penulis, aku dan El Zaffril membuat sedkit pembongkaran eksklusif:)

Slot ini akan membongkar pembikinan disebalik Loro: Jilbab Chedana macam dari mana aku kenal penulis Jilbab, macam mana tercetusnya idea membikin kolaborasi ni hinggalah kepada prediction cerita ini. Jangan lupa membaca, ok!

Jika kalian terlepas, bolehlah klik pada button di atas tu label "Syukra Ramadhan Taqbir Syawal' ya. Selamat Hari Raya!!

FaizalSulaiman:--)Baru perasan harini last kerja bulan Ramadhan laa. Esok leh join kontes MrHomosapiensz!hehehe

19 comments:

'AQILAH said...

:D macam kat tv pula blog kamu ni faizal..hehe

Seri said...

pergh.... penuh jadual post entri. tahniah faizal. kalau mcm ni rancangan khas raya kat tv pun kalah

Unknown said...

faizal..ko gi ganti la sape2 yang kt tv nuh..hehe

Pencacai Alim said...

ada citer baru..bereh2..

slmat hari raya :)

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH ---)hahaha,,haa tulah konsep yang aku nak buat.hihi..jangan lupa saksikannya ok:)

Faizal Sulaiman said...

Seri ---)Hahaha TV tu lain la seri.hehe..ni blog picisan je.hehe

tq seri.selamat membaca!

Faizal Sulaiman said...

apik pehe ---)hahaha..dulu berangan nak ambil masskom.takde rezeki:)

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)Selamat Hari Raya boh!!

Faizalpj said...

tak dpt baca le takde line tenet kat kg
mesti dh basi nnti baca lambat

NUke_Rude said...

hahah.. dah macam rancangan TV bro.. hhaha.. bagus2! salam aidilfitri (wish awal2 dlu, takut nti busy, tak sempat nk wish)

Faizal Sulaiman said...

Faizal@PeJAY ---)ish takde la basi nya..sebab aku rasa tak ramai blogger akan spent masa depan lappy masa raya.lepas dua tiga hari cuti raya leh je baca:)

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---)samalah kat sini pun.hehehe..selamat hari raya nuke! wah ko follower terawal seh.aku ingat lagi owhh

Anonymous said...

pro jer pic2 ko erk...huhuhu...menjeleskan aku jer....

makin mantap blog FS skrg ni....

Faizal Sulaiman said...

Mr.Homosapiensz---)Hahaha..mal kontes ko aku join esok ok!

Pencacai Alim said...

raya hari jumaat...bukan khamis..hakhakhak..

cepat ar bt citer baru..boring dow mlm ni tak tahu wtpe

mr.syazwan said...

yeah nama kita ada...

SALAM FUUUYOOO RAYA FAIZAL...

JANGAN LUPA LAGU2 LIST WAN TU

KALAU LEH NAK 3 SEKALI YE

hehehe

mr.syazwan said...

tengok ur email...

wan ada bagi barang...

hehe

jgn lupa ltk erk

sori lmbt anta..
=_=

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)hahaha..citer raya tunggu malam nak raya ok!hehehe

sib baik raya Jumaat owhh

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---)hehehe..faizal tunaikan 1 je:P

dah terima dah wan! thanks k!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED