Penyimpan mohor-mohor besar sudah mengumumkan.
Hari Raya Aidilfitri menjelma lusa, bukan esok seperti yang diharapkan oleh So’od, adik si Latifah Rabaniah. Mencuka rona budak lelaki sepuluh tahun itu. Baru hendak menjerit sorak ‘raya..raya’, mahu cuba pakaian raya…tapi tersangkak sebab kena puasa satu hari lagi. Ohh..bosannya.
Dia kemudian berjalan dengan sugul menuju ke muka pintu, menuruni anak tangga sambil memerhati pelita yang dipasang sekeliling rumah.
“Tension la tu?”, tuding Rahmah, ibu dua beranak itu dengan selamba. Dia tahu benar perangai anak bongsunya itu. Puasa bukan main liat. Ada-ada saja alasannya hendak berbuka. Tak tahan lah. Perut berkeroncong lah. Tapi Rahmah tegas. Jangan hendak mengada mahu tunjuk muka konon-konon sakit. Kalau dari kecil tak di didik, sampai ke tua bangka liat nak puasa!
Latifah mendengus lucu sambil menyarungkan sarung kusyen seraya menjeling mesra ibunya yang sibuk menggubah bunga.
“Budak-budak..biasalah mak. Tahunya nak raya je. Kita yang kelam kabut hendak mengemas segala”, ujarnya menggeleng-geleng lemah.
“Alah..kau pun macam tu jugak, Pah!”, sindir ibunya membuatkan Latifah menyungging senyum. Ibu tua itu kemudiannya mengukir wajah manis, terkenang-kenang.
“Haih! Bila ingat masa dulu…seronok pula”
“Yalah…masa tu kan Tipah kecil lagi. Emak dengan arwah abah beli macam-macam, kan?”
Rahmah tersenyum bersetuju.
“Kau ingat lagi anak Mak Lang Bedah?”
“Mak Lang Bedah?”
Ibunya mengangguk macam burung belatuk. Latifah mengerut dahi. Matanya melilau-lilau mencari siapakah gerangannya Mak Lang Bedah. Maklumlah, sudah tiga tahun dia menyambung pengajian di Australia dalam jurusan perniagaan dan setahunya, saudara mara sebelah ibu dan arwah ayahnya tak ada yang bernama ‘Bedah!”
“Kau kenal tak?”
Rahmah bertanya inginkan kepastian. Muka pelik macam tak tahu sangat!
Latifah menggeleng perlahan, sambil membuat mimik muka cemas bimbang dimarahi ibunya, yang memang terkenal dengan sesi khutbah tak bertauliah berjela-jela!
“Kau ni! Mak Lang Bedah, yang rumahnya hujung kampung tu. Yang selalu bawak orang pergi Haji tu!”
Haji..Mak Lang Bedah..rumah hujung kampung..hmmmm
Tiba-tiba, bagai ada satu cahaya terang menerangi kepala kosongnya kini.
“Ohhh Hajjah Zubaidah ke? Hajjah Zubaidah yang gempal-gempal, pakai cermin mata tu, ya?”
Rahmah mengangguk tidak ketara selain tidak sabar.
“Orang kampung panggil dia Mak Lang Bedah!”
Latifah mengangguk perlahan. Mesra. Kalau perempuan itu yang dimaksudkan, memang dia kenal sungguh lah. Baik. Pekerti keibuan yang sangat manthop! Malatop macam biskut raya! Tapi satu saja slack. Anak lelaki dia. Ya Mak Lang Bedah, ibu mitahli pada pandangannya ada mempunyai seorang anak teruna.
Namanya Amri.
Perangai? Macam syaitan!
Dia masih ingat sewaktu dia di tingkatan lima. Ketika itu tumpuannya hanya pada SPM. Tak ada apa yang lebih baik dari SPM, kerana sijil itulah yang menentukan baik buruk masa depannya.
Tetapi tidak Amri.
Suka ganggu orang lain buat kerja sekolah.
Pen yang sedang ditulis, dia rampas kemudian campak jauh-jauh.
Buku yang hendak di hantar, disembunyikan sampailah si polan tu kena marah dek cikgu.
Suka conteng meja dan kerusi dengan kapur
Dan paling tidak tahan…
Menirunya di waktu peperiksaan akhir!
Hatinya sakit sebab dia paling pantang kalau ada orang yang meniru hasil kerja, tugasan hatta kertas jawapan periksanya!
Sudahnya dia pula yang sengsara..
Sebab hukuman yang cikgu bagi sungguhlah tidak adil!
Dia ‘disandingkan’ di hadapan kelas dengan Amri.
Seluruh kelas jadi saksi.
Wajah Amri pula tak sudah dengan berseri-seri.
Seri pengantinlah! Seri apa lagi!
Kepala hotak dia seri pengantin, macam hendak aku beri kaki
Memang sampai sekarang, aku jaki!
Kalau aku jumpa dia, aku belasah dengan beruti.
Memang malu, memang benci
Sebab rasanya kena tanggung sampai mati
Kawan-kawan siap puji
Eh sepadanlah korang macam salji di Gunung Fuji
Depa kata, jangan ambil hati
Kut-kut manalah tahu, betul betul sangkut satu hari nanti.
Hah!
Kan aku dah bubuh pujangga bagai semua!
Memang aku benci Amri! Tak guna punya budak. Nasib baik lepas SPM, Latifah terus ditawarkan biasiswa JPA untuk membuat kursus asasi di Johannesburg. Selamat lah dia dengan ejek caci Amri yang asyik usik menngusik---bila dia boleh masuk meminang—
Lelaki tak guna!
Sakit jiwa saja aku bersuamikan kau.
Perangai macam dajal, ada hati nak beristerikan aku yang macam dewi ni!
Dewi ke?
Latifah tersengih sendirian. Ibunya mendengus tak berkenan.
“Tebiat apa pulak ni sengih sorang-sorang?”
“Tak ada apalah, mak!”
Rahmah menggeleng-geleng tidak mengerti. Perempuan itu kemudiannya menghela nafas dalam-dalam. Dia merenung anak perempuannya dengan penuh rasa. Penuh rasa keiibuan.
“Gini, Pah. Mak dah ambil dan fikir perkara ni berbulan lamanya. Mak pun rasa..mak takkan hidup lama, menjaga kamu dan adik kamu”
Rahmah bersuara tegar dan wajah keibuannya kelihatan semakin lama semakin lesu. Seperti ada sinar keletihan di wajahnya yang semakin berceratuk itu. Latifah sedikit terkejut dengan kata-kata ibunya dan dia faham, pabila ibu yang sudah dikenali sejak dua puluh empat tahun lampau sudah berkata ‘kamu’ kepadanya, Latifah harus patuh mendengar dan lekas bertindak!
“Apa mak merepek ni?, soal gadis itu sedikit gusar. Rahmah tersenyum memandangnya.
“Kamu boleh tunaikan permintaan emak?”
Latifah mengangguk lemah.
Oh Tuhan…Adakah…
“Esok ada satu rombongan meminang. Orang jauh. Datang untuk meminang kamu”
Rahmah mengangguk dan dia seperti sudah tahu apa yang akan berlaku.
Si penulis cerita ini pun pasti, kalian tahu apa yang emak si Latifah ni plan, kan?
Ya
Rahmah meminta anak perempuannya menerima peminangan yang datang itu.
“Kamu boleh menerimanya?”
Latifah teragak-agak.
“Boleh kut!”
“Kahwin mana ada pakai kut..kut! Terimalah. Dia orang jauh. Datang dari Al Azhar. Mak yakin dia akan membimbing engkau”
Latifah menghembus nafas dalam-dalam. Al Azhar? Mesir? Orang Mesir, kah?
“Kak Tipah..ada orang datang! Nak jumpa kakak!”
Kedengaran suara lantang So’od berteriak dari bawah rumah. Apa lagi budak So’od ni. Sedang kita fikir soal hidup mati, ada aja mengganggu. Potong stim betul lah!
“Siapa?”
“Entah lah kak. Kak tengok sendiri lah!”
Latifah mendengus lagi. Haihhh!!! memang dasar tak boleh harap!
Dia bangun dari tempat duduknya lekas kemudian ke ruang muka pintu sebelum kelihatan seorang lelaki, muda, bersongkok hitam, berbaju putih—berkaca mata bingkai hitam—dengan sejemput janggut di dagunya yang runcing.
“Tipah, kan?”
Gadis itu mengangguk. “Siapa ya?”
Lelaki itu tersenyum. Kacak.
“Amri. Anak Mak Lang…”
“Anak Mak Lang Bedah? Yang nakal macam setan tu?”
Latifah hembus saja. Padanlah muka kau. Suka sangat kau kacau aku masa sekolah dulu!
Amri tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Ni..saya datang ni nak minta maaf. Yalah dah lama tak datang sini”
Latifah senyum. Sejuk sikit melihat Amri yang sudah seratus peratus berubah menjadi lebih baik. Tidak nakal seperti dahulu. Apa yang menyebabkan lelaki ini berubah. Tiba-tiba Latifah perasan ada sebentuk cincin emas putih di jari manis lelaki itu.
“Awak dah kahwin?”
Lelaki itu menggeleng perlahan.
“Taklah. Hampir bertunang. Nanti datanglah rumah. Lagipun ini kan sunnah Nabi kita”
Lelaki itu berkata lembut, penuh susila.
“Err..Pah boleh tolong beri ini pada emak..err makcik Mah? Emak saya bagi”, ujar lelaki itu sopan lagi sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang terus mengingatkan Latifah pada tradisi mengunjung makanan yang selalu di amalkan oleh semua penduduk kampung apabila menjelangnya musim Aidilfitri.
“Tak mahu naik rumah dulu ke? Jumpa mak saya?”, tutur Latifah menyambut mangkuk tingkat dan menjinjingnya. Amri menggeleng perlahan. Katanya ada urusan di masjid. Terawih mungkin.
Dia mulai masuk ke rumah dan melihatkan ibunya sudah terjengul di muka pintu, Latifah mendadak terkejut. Dan pandangan penuh keibuan perempuan itu menandakan yang dia harus menerima pinangan yang bakal bertandang esok hari…

***
BESOKNYA..
BESOKNYA..
Pagi hening.
Tiga puluh Ramadhan dengan kehadiran beberapa orang di dalam rumahnya membuatkan hati perempuan itu sedikit gusar.
Gusar dan bimbang jika hasrat ibu tuanya tidak tertunai dan berdebar untuk tahu..siapakah lelaki yang meminangnya.
“Kak! Ada orang bagi!”, tiba-tib So’od muncul di birai matanya menghulurkan sepucuk surat kepadanya.
Budak lelaki itu pelik melihatkan wajahnya yang muram.
Sambil menyambut huluran surat dari adik lelakinya, budak lelaki itu berkata culas.
“Eh..nak kahwin pun muram jugak? Ingatkan kahwin best!”, kata budak lelaki itu selamba sambil tersengih menyindir kakaknya.
“Diamlah kau! Pergi sana!”, marah Latifah sambil menggeleng kecil, lantas membuka surat yang tergenggam sedari tadi.
Lalu, matanya menjamah baris demi baris yang tertulis di atas tinta itu…

Buat Latifah Rabaniah
Pertama kali saya mendengar suara awak, hati saya tertawan. Cantik betul nama awak. Lalu saya menyimpan perasaan kasih pada awak, bermula dari Tingkatan Satu lagi. Kita sengaja masuk persatuan yang sama dengan awak, masuk kelas yang sama dengan awak dan ambil aliran yang sama dengan awak. Ya…mungkin pandangan mata awak menganggap saya budak paling jahat waktu tu. Saya akui saya nakal. Suka mengusik. Lebih-lebih awak.
Saya suka tengok awak marah.
Makin marah..makin lawa
Rasa ini saya pendam bila awak dapat belajar di Australia.
Hati saya perih.
Lalu atas keazaman diri, saya belajar agama.
Saya mahu jadi yang terbaik di antara insan.
Dan juga di mata awak.
Sehinggalah saya dapat biasiswa kursus di Al Azhar, setahun selepas pemergian awak.
Hasrat saya ini, saya beritahu pada emak saya.
Dan emak saya beritahu emak awak.
Lalu terjadilah peristiwa pagi ini.
Saya mahu jadi suami terbaik buat awak, Latifah.
Mahu menjadi pelindung awak.
Mahu menjadi pembimbing awak
Dan mahu menemani awak..tak kira awak nak kemana---ibu awak beritahu awak dapat kerja di Kuala Lumpur—dan sebab itu emak awak menerima lamaran ini.
Saya dengan berbesar hati akan menjaga awak.
Dan buat Syawal yang mendatang…
Buanglah segala kebencian..
Tanamkan kasih sayang
Semoga kita kekal berpanjangan
Berdasarkan sunnah dan Al Quran
InsyaAllah..berkekalan
Ikhlas menyayangimu;
Amri Izwan Radzi Bin Ibrahim

Latifah terpempan.
Benar jodoh memang tidak disangka.
Tuhan itu Maha Besar
Dia berhak menentukan siapa jodoh umatnya.
Allah
Ya Rabbi! Aku bersyukur!
Aku sudah melihat perubahannya dan aku redha atas keputusanMu ini
Syawal bakal menjelma..
Dan manisnya sudah aku kecapi

TAMAT
SETERUSNYA: Titipan Aidilfitri
Bacaan khas hasil tulisan beberapa blogger untuk ucap selamat hari raya dan lihatlah beberapa kreatifnya mereka mengepos kad raya! Cantik-cantik ok. Tak sia-sia penulis anjurkan program ni.hihi
Jam 11.30 Malam
2 comments:
F
U
U
U
U
Y
O
O
O
O
TERIMA KASIH....
PUAS NYANYI..
hehe
SELAMAT HARI RAYA...
=_=
<3 bestnye kalau camni..:D
Post a Comment