Salam Syawal.
Entry advance.
Malam tadi post status dalam FB
If we can turn back times...there are so many things we wish to alter...
(23 respons::termasuk komen dr Tuan Dinding sekali)
Benar kan?
Jika kita ada kuasa hendak memutarkan masa, pasti banyak perkara silam yang hendak kita perbetulkan.
Kita bergaduh dengan arwah adik beradik..Kita teringin nak minta maaf.
Kita masam dengan arwah ayah...Kita nak mohon ampun.
Kita bergaduh dengan arwah kawan...Kita rasa hendak peluk dia kuat-kuat saat ini juga.
Benar.
Bila teringat kisah lama, minda aku berputar terus mengenangkan arwah emak yang dah dua belas tahun meninggalkan aku, dan adik beradik lain.
Aku rapat dengan emak.
Suka sikat rambut dia. Carik rambut gatal.LOL.
Tapi satu hari bila emak cakap: "Nanti kalau emak dah takde, angah tolong beritahu ayah buatkan haji untuk emak, ya"
Aku?
Sentap owhh.
Tetiba sihat, cakap pasal mati?
Berderau darah nih.
Tengok-tengok selang 2 bulan, emak benar-benar meninggalkan kami buat selama-lamanya..
Masa emak di akhir hidupnya, aku ketika itu berusia 13 tahun. Nakal okay. Yalah budak2. Lelaki plak tu. Mana tak nakal?
Jadi aku selalu membangkang-bangkang cakap emak.Loyar buruk selalu dengan dia. Dia marah tapi aku tahu, dia sayang aku. Dengan ayah..jangan haraplah nak loyar2 buruk neh. Mau kena penampar sedas dua!he he he
Di awal kehilangan emak, aku menangis gila2. Sebabnya:
1) Aku tak caya yg emak aku dah meninggal. Kenapa bukan emak orang lain.(betul ohh aku fikir gini)
2) Aku banyak loyar buruk dengan dia
3) Aku tak caya aku dah jadik anak yatim
4) Aku masih terlalu muda nak hadapi semua ni.
5) Aku tak sempat nak membahagiakan dia. Nak bagi duit banyak-banyak. Rumah besar.
6) Mak ada halang aku gi sekolah dan suruh temankan dia ke hospital. Masa tu few days sebelum cuti panjang sekolah. Cikgu pesan, 'sapa tak datang sekolah dalam minggu terakhir ni, tak dapat pinjaman buku teks'. Yelah masa tu aku budak-budak. Kena gertak..aku takut. Jadi dengan to'otnyaa (taat) aku gi sekolah walaupun emak merayu jangan pi. Aku ingat lagi, apa yang aku cakap dengan mak. 'Tak boleh mak. Cikgu kita marah". Serius. Masa tu aku tengok muka Mak, kecewa sangat2. Tapi ayah pujuk emak. "Biarlah dia nak pi sekolah". Aku pun gi sekolah sambil melihat kekeruhan wajah dia.
Wajah terakhir yang aku lihat...
Malamnya, selepas emak meninggal, aku mimpi jumpa dia. Aku jumpa Qarin dia. Dia senyum tak bercakap sepatah.
Sungguh aku rindu..Rindu gila!
Mulanya, aku tak boleh terima kenyataan yang dia dah takde. Terbayang masakan dia. Terbayang lawak dia. Terbayang cara dia care dengan aku. Honestly sampai sekarang aku tak pandai potong kuku jari dan kuku kaki dengan baik..sebab dulu..emak yang buatkan. ha ha ha..Manja betul aku, kan?
Sampailah kehilangan dia dah masuk tahun kedua..dan seterusnya...kini.
Aku sudah perlahan-lahan berhenti mengenang dia. Bukan berhenti terus. Berhenti dari kesugulan kerana aku percaya, apa yang Allah tetapkan untuk dia adalah yang terbaik. Aku redha akan kepergiannya walaupun sekarang aku sudah senang, aku masih ralat sebab tak dapat beraya dengan dia waktu aku dewasa, masih sebal sebab tak menghulur wang padanya..tapi aku yakin apa yang telah Allah peruntukkan untuk dia.
Kita semua akan mati.
Yakin pada kehendak itu. Yang masih hidup...teruskanlah hidup ini. Perjalanan yang kita ada ini, jangan siakan sementalah masih punyai peluang untuk perbaiki hidup dan kesilapan. Jangan hanya menyerah pada takdir. Kita ada hak memilih jalan kehidupan kita sendiri.
Jika anda masih punyai orang tua, emak ayah...jangan siakan hidupnya. Jangan susah kan lagi hidupnya. Ya..mereka kaya raya..tapi sampai bila kita hendak duduk menempel dengan dia?
Emak ayah takkan cakap.
Tapi faham2 sendiri.
Dahlah dia besarkan kita. Makan pakai kita. Susu baju kita..semua dah diberi dan bila dah besar kita masih hendak menyusahkan mereka?
Berilah peluang mereka menikmati hidup.
Beramal..beribadah
Menikmati kesenangan kita.
Setinggi manapun kita berdiri.
Pandanglah pada mereka ini.
FaizalSulaiman:--)Aku selalu jadikan semangat emak sebagai pembakar kejayaan.Walaupun dia dah tak ada, tapi naluri, kemahiran dia Alhamdulilah aku perolehi...
ps: Tahniah kepada teman sepenulisan Aksara Keraian dan teman kolaborasi Loro:Jilbab Chendana-El Zaffril yg bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari ni. Tahniah, Long!
Tweet

16 comments:
sayu je baca entry ko pepagi ni...
betul tu FS.. kdg2 prnh terfikit utk putarkan balik masa.. tp perkara yg dh lepas tu r pengajaran buat kita utk tdk mengulangi kesilapan yg sama..
ucapkan tahniah untuk blogger along @ elzaffril..
Mr.Ix--) ;) ko nanges tak? hehe..moralnya..sayangilah ibu bapa kita ya, mal:)
mR.sYaH --)kan syah. perkara lampau tu tak perlu diulangi semula. jadikan pengajaran.:)
pejal..meyh aku nak lempang ko..sebab aku da nanges..waaaaaaaaa
cik kedondong ---)waaa janganlaa:P
huhuhuhu...sayunyer faizal...ni yg wat rasa nak nangis ni..
dahla akk plg manja dgn mak..sampai adik beradik lain sume jeles..huhuhuh
cik_sue ---) nah kak.amek tisu:)
sgt menusuk hati..:(
entry ni akak jadikan pembakar semangat akak utk berjasa pada mereka saat ini...terlalu besar pengorbanan diorg pd akak.walau ada 2 3 hayat akan dtg pun,takkan terbalas semua yg diorg lakukan pd akak...
wpun akak masih punya org tua tp akak sndri menangis bila terbayangkan suatu hari nnt akak hidup tanpa mereka hinggakan pernah terfikir biar akak yg pergi dulu sbb tak mau rasa sakit kerana kehilangan org yg terlalu disayangi...
nak tisu plz~~
...dan waktu itu, hingga kini aq masih bersama kamu. melihat kamu sesugul sugulnya.. bangkit dan kini mampu berdiri dan berlari sendiri.
..............masa semakin berlalu. kita perlu menikmati segala anugerah ilahi. kerana HIDUP adalah ANUGERAH. "sedetik bersama tidak pasti selamanya"
Fantasi Alam Diulit Lembayung Indah
NY---)betul tu kak.faizal selalu fikir begitu dulu. tp sometimes kita kena bersedia dengan takdir Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui..
semoga mak ayah akak sihat walafiat ya!
mr.syazwan ---)satu kotak boleh?hehehe
Tunjuk Bintang---)sayangi ibu bapa kita selama dia masih ada:)
nazz faham mcm mane kehilangan..sgt2 faham..dia tak mungkin kembali..hanya doa2 yg mampu kita kirim kan..
you... sayu plak baca ini pagi-pagi begini.. alfatihah utk mak awak yek..
Post a Comment