Friday, September 21, 2018

Review: Tiada Tolok Banding, Tidak Terkira #AntaPermana



September 21, 2018, penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbaharu beliau berjudul Anta Permana

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan Anta Permana membawa maksud "Tidak terkira"

Komposisi yang disusun Hael Husaini dan Ezra Kong ini kedengaran segar. Malahan elemen pop tradisional ( a little bit pengaruh Hajat ada kat dalam ni) yang disuntik menerusi lirik-lirik yang puitis menjadikan Anta Permana sebuah karya yang mesra telinga.

Anta Permana secara subtle membawa harapan Siti kepada peminat setianya agar tidak melupakan beliau sekiranya beliau tidak lagi menyanyi selain Siti yakin kesetiaan dan kasih sayang peminatnya tidak ada tolok bandingnya. Liriknya sedih sebenarnya.

"Andai bintang kan tak lagi berseri,
Janji kasih yang takkan terkhianati,
Andai habis nafasku yang terakhir,
Masih ku cinta,
Kerna ku pasti kau tiada pengganti."

Anta Permana sudah boleh dilanggan di medium seperti Spotify dan Apple Music.


SCORE: 5/5

PS: Mengharapkan agar Tokti hasilkan irama pop tradisional yang segar seperti adunan Anta Permana ni pada satu hari nanti.



Wednesday, September 12, 2018

Review: #Munafik2 dan #OneTwoJaga : Antara Rasukan Jin dan Kuasa Manusia

So, ada 2 filem tempatan aku tonton pada bulan 8 dan 9 ni. Let's check it out.



Percaturan Syamsul Yusof membikin sekuel kepada filem pertamanya aku kirakan sebagai berbaloi. Berbaloi dari segi pulangan, maksud aku. Munafik 2 setakat ini sudah mengutip RM35 juta dalam masa 10 hari tayangan. Satu pencapaian besar dalam industri filem tempatan. Tahniah.



Munafik 2 menelusuri konflik Ustaz Adam (Syamsul Yusof) dalam usahanya membantu orang dan tragedi silam yang meragut nyawa Maria (Munafik 1). Dia diketemukan dengan ibu tunggal miskin  bernama Sakinah (Maya Karin) yang bergelut dengan sihir dan ajaran ilmu sesat Abuja (Nasir Bilal Khan) serta pengikutnya.

Sebagai sebuah filem seram-islamik / seram-keagamaan, filem ini berjaya dalam genre nya. Jumpscare pocong paling menakutkan. Jumpscare telaga juga buat aku tak senang duduk. Malah adegan rasukan dengan butir bicara arab juga dibikin dengan baik.

Namun, filem ini bermasalah dari segi plot dan logik serta susur masa yang banyak lohong serta skor muzik yang membingitkan. Syamsul sebagai pengarah meletakkan tata muzik sebagai kayu ukur ketakutan penonton. Penggunaan muzik yang berlebihan ini menjadikan Munafik 2 bingit. Sinematografinya indah di beberapa tempat (aku masih cringe dengan syot atas dan speedboat membelah sungai, lagaknya seperti sebuah filem rom-com-heist hollywood) namun terganggu pada babak rasukan Sakinah. 



Munafik 2 walaubagaimanapun diselamatkan dengan dialog keagamaan dan lakonan berkesan Maya Karin (saingan Umie Aida untuk FFM akan datang) juga Nasir Bilal Khan. Fauzi Nawawi juga menyerlah, manakala Mawi adalah permata yang bersinar di dalam filem ini.

 


Masih diputarkan, Munafik 2 mempunyai adegan seram yang tidak keterlaluan namun perilaku ganas yang perlu dipantau oleh ibu bapa jika menontonnya bersama anak-anak. 

SCORE 4/5



***

Wow!

Perkataan pertama terbit selesai menonton One Two Jaga (OTJ) hasil karya Nam Ron ini. Aku pernah melihat mock up trailer filem ini (yang digunakan produser untuk mencari dana) di YouTube. Ketika itu dilakonkan oleh Nam Ron sendiri, Sofea Jane, Beto Khusyairi dan Zaidi Omar. Hasil ikutan aku di twitter Bront selaku Produser, filem ini banyak ranjaunya. 


Hasilnya, filem ini amat berbaloi untuk ditonton.

Filem ini menyelami jiwa-jiwa yang mungkin kita pernah lihat di sekeliling. Polis korup yang terdesak. Anggota baru yang terperangkap dengan falsafah kerja dan dominasi rasuah disekelilingnya. Kasih abang pada si adik. Amarah orang biasa apabila kerap ditindas. 




Semua pelakon mempamer mutu persembahan yang mengagumkan. Watak Joko anak kepada Sugiman (Ario Bayu) juga meyakinkan. Jangkaan aku untuk Zahiril Adzim tercalon untuk Watak Utama, Rosdeen Subuh, Ameerul Effendi dan Vanida Imran selaku watak pembantu di Festival Filem Malaysia akan datang. Color grading, editing yang kemas dan kerja kamera yang baik menjadikan OTJ sebagai sebuah gritty-slow burn filem tempatan terbaik pada tahun ini.



Justeru, aku menyeru untuk semua menonton filem OTJ ini. It was a good material, man. Filem ini straight forward. Cuma perlukan fokus kau sahaja ketika menontonnya. Sayang kalau korang tak pergi menntonnya. 

SCORE: 5/5


PS 1: Kali pertama menontonya di GSC Midvalley, penonton tidak sampai 10 orang walaupun pembukaannya sama dengan filem seram The Nun. Pendapat aku lah, kalau kita betul-betul penggemar filem tempatan, kita pun boleh cari info tentang filem-filem yang sedang berputar di panggung. Sedangkan  bahan lucah dan gosip artis pun kita boleh cari, takkan filem tak boleh dapat? Betul kan?

PS 2: Menunggu tarikh tayangan filem thriller MOTIF lakonan Sharifah Amani, Rosyam Nor dan Iedilputra.

Monday, August 13, 2018

Ulangtahun ke 10 Blog!

Aku masih berblogging. Cuma jarang-jarang.

Rupa-rupanya, blog Seindah Dunia Kita ni dah 10 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih ada pembacaan korang dan memastikan aku menulis kat sini walaupun tak sekerap dulu.


HAPPY 10TH YEAR ANNIVERSARY, BLOG!

Tusan Beach, Miri; Mac 2016
 

Wednesday, July 25, 2018

REVIEW: Reaksi Trailer #Munafik2





Trailer pertama Munafik 2 menemui penonton pada 23 Julai 2018, jam 9 malam seperti yang dijanjikan pengarahnya, Syamsul Yusof. 





 
 


Seperti instalment yang pertama, trailer Munafik 2 masih mengekalkan suara latar Quran yang ternyata menghasilkan mood seram. Cuplikan lakonan Maya Karin sebagai ibu tunggal beranak satu bernama Sakinah yang dianiaya oleh kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja (Nasir Bilal Khan) juga tampak meyakinkan.


 


Kemudian sajian visual mata yang indah dari segi seni sinematografi cantik hutan bakau, Istana Kelly dan Gua di Pahang juga babak-babak seram melibatkan Syamsul dan Maya (babak panjat pokok terus mengingatkan aku pada watak Pontianak Harum Sundal Malam 2)


 



 


Cuma agak cringe dengan babak speedboat yang diambil syot dari atas. Persis sebuah filem rom-com / heist pula. Hehe.


 


Munafik 2 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 30 Ogos 2018 dan selepas itu ke Brunei, Singapura dan Indonesia.

Wednesday, July 11, 2018

REVIEW: Ringkasan Enam Bulan Pertama 2018 dengan #MarlinaSiPembunuhDalamEmpatBabak, #Athirah, #Dukun, #AQuietPlace, #Hereditary, #Ocean8, #Incredibles2 dan #AntManAndTheWasp.




Selamat Hari Raya! (Masih raya kan?)

Crap! 8 filem terus sekali review! So, I will cut short.

ATHIRAH (INDONESIA)
GENRE: Drama, Historical
Filem biopic ibunda Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kala bernama Athirah. Jatuh bangun wanita yang terpaksa menerima perkahwinan kedua suaminya dan ketabahan mencurah cinta yang tak pernah padam buat sang suami dan pengorbanan serta kecekalan seorang ibu. Filem ini feminis. Lakonan Cut Mini Theo dan arahan Riri Riza juga cemerlang. 5/5



MARLINA SI PEMBUNUH DALAM EMPAT BABAK (INDONESIA)
GENRE: Drama-Thriller
Official selection di Festival Filem Toronto, filem ini mengupas kesanggupan seorang wanita Sunda bernama Marlina dalam mendapatkan haknya yang sudah dirampas. Cekal, teguh walaupun pelbagai pantang larang hidupnya kerana dia seorang perempuan. Marsha Timoty hebat! Arahan Mouly Surya juga penuh dengan subtle, simbolisme dan berseni. Karya ini seperti sebuah lukisan yang sangat cantik. 5/5



DUKUN (MALAYSIA)
GENRE: Psychological Horror
Akhirnyaaaa!!! Penantian 12 tahun menanti baby first Dain Said akhirnya terlerai juga. Inspirasi kes Mona Fandey diolah cemerlang oleh Dain. Kerja kamera dan set dekorasi yang terbaik dan persembahan Umie Aida yang luar biasa bagusnya. Calon awal Best Actress FFM 2018. 5/5



A QUIET PLACE & HEREDITARY
Genre: Psychological Horror
Aku gabungkan 2 filem seram ini kerana dua2 nya terbaik untuk 6 bulan pertama 2018. Kimia yang diserasikan John Krasinski dan isteri sebenarnya Emily Blunt terpancar di dalam A Quiet Place. Kisat post apokalips seram tentang makhluk yang akan memburu jika terdengar bunyi bising ini nyata mendebarkan. Pujian melangit harus diberikan kepada Krasinski atas arahan debutnya. Blut cemerlang. Nominasi awal untuk Best Actress untuk musim anugerah akan datang. 5/5
 
Hereditary pula sebuah slow-burn saiko horror yang sangat mengganggu. Plotnya mudah. Namun penceritaan dan lakonan – terutama Toni Collette kelihatan sungguh cemerlang. Sama seperti Krasinski, pengarah Ari Aster juga menterjemah karyanya dengan sangat baik dan twist yang cukup mendebarkan. Collette mungkin calon awal untuk Best Actress 2019. 4/5



OCEAN 8 & INCREDIBLES 2
GENRE: Heist Crime & Family Animation
Tiada apa yang menggembirakan bila melihat Cate Blachett, Sandra Bullock, Anne Hatahway, Rihanna, Sarah Paulson, Mindy Kaling & Helena Bonham Carter berkongsi skrin dalam Ocean 8. Namun semua itu tidak menjamin jalan cerita yang lancar tanpa lompong. Premisnya menjanjikan. Namun perkembangan karakternya diabaikan. Still, menghiburkan. 3/5

Lain pula dengan Incredibles 2. Premisnya menjanjikan. Plotnya juga bagus dan sangat menghiburkan terutama si bongsu Jack Jack yang ada lebih dari 7 superpowers. Ah mungkin kerana filem ini adalah animasi kegemaran, maka aku biased. Ha ha ha.  5/5


ANTMAN & THE WASP
GENERE: Action Superhero
Filem Marvel nyata tak mengecewakan. Selepas Avengers Infinity War (yang mengorbankan separuh penduduk bumi dan ahem “spoiler alert” beberapa superheros), sekuel kali ini tidak menghampakan. Paul Rudd seperti biasa. Lawak, heroic dan charming. Evangeline Lily juga cemerlang sebagai side kick AntMan. Watak Ghost juga aku suka. Kesedihan dan ketakutan membina meter kejahatannya. Kemunculan Michelle Pfeiffer amat dinanti cuma kecewa dengan wig putih yang agak palsu itu. Tunggu sehingga kredit akhir. Ada pengakhiran yang uh la la. 4/5


Friday, February 02, 2018

REVIEW: #Padmaavat dan Kebanggaan Rajput.





Hati sudah bulat untuk ke Singapura minggu lalu bagi menonton air tangan pengarah filem Hindi kegemaran, Sanjay Leela Bhansali. 10 tahun aku tunggu filem ini akhirnya aku disajikan dengan tatapan visual yang cukup mengagumkan sekali gus percaturan pergi balik hari itu sungguh berbaloi (juga antara paling gila aku pernah buat sepanjang hidup)

Muzik pembukaan filem ini menyamai stail Bhansali terdahulu seperti Ram Leela namun tidaklah sebagus Devdas dan tidaklah seringkas Bajirao Mastani. Filem ini mengambil latar lagenda yang didasarkan daripada syair tulisan Malik Muhamad Jayashi tentang penaklukan Sultan Alauddin Khilji ke atas Rajput kerana terpesona dengan kejelitaan Padmavati, isteri kepada Ratan Rawal Singh (Ratan Sen), pemerintah Rajput ketika itu. 




Sebagai sebuah filem berskala besar, Padmaavat ternytata tidak mengecewakan. Baik daripada kelincahan Padmavati memburu, set dekorasi yang grandeur, kostum yang menarik, gemerencing gelang kaki dan barang kemas perhiasan watak-watak mahupun tarian Ghoomar serta sinematografi yang memukau. Ia lengkap. Dialog-dialog tulisan Prakash R Kapadia juga mencengkam, mendalam dan subtle. Aku paling sukakan babak klimaks filem ini. Berseni. Ia terus mengingatkan aku kepada filem pengakhiran filem Devdas dan aksi kejar-mengejar Aishwarya Rai dengan sari berterbangan. Epik!

 


Watak kegemaran aku dalam Padmaavat adalah Mehrunnissa lakonan Aditi Rao Hydari. Emosinya cukup cemerlang walaupun di dalam beberapa babak sahaja. Matanya memainkan emosi yang sangat baik dan membolehkan audien memahami gelojak Mehrunnissa yang dahagakan kasih sayang suaminya Alauddin Khilji.


 


Padmaavat hadir dengan tiga bintangnya yang bersinar. Lakonan hebat Deepika Padukone-Ranveer Singh-Shahid Kapoor, set megah yang cukup mengagumkan dan persembahan berkesan Aditi Rao Hydari dan Jim Sharbat yang cukup cemerlang. Jujurnya tidak ada babak yang menyinggung aku sebagai muslim walaupun pameran Khilji sebagai muslim nampak sangat kejam. 


Aku berpendapat bahawa, dalam beragama, sikap jahat manusia tidak mewakili agama apa yang mereka anuti. Ada Buddha yang jahat, Kristian yang jahat malah Muslim yang jahat. Kita yang boleh berfikir, nilaikan mana baik buruknya. Ya, aku masih terkesan dengan sikap LPF melarang filem ini dari ditayang umum.  Kita tunggu filem The Shape of Water kelak. Kalau filem itu lepas, pastinya ada rompong dalam sistem penapisan filem kita. The Shape of Water ; mempamer beastality dan mempunyai babak seks manusia dengan raksasa hidupan air.


SCORE: 4/5

Thursday, January 25, 2018

REVIEW: Pencalonan Anugerah Akademi (Oscars) kali ke 90.




 


Aku dan Oscars, lebih kepada obsesi.  Untuk tahun yang ke 90, aku telah menonton hampir 98% filem-filem yang dipertandingkan. Senarai di bawah adalah TOP 10 filem yang menjadi kegemaran aku sepanjang 2017. Korang bolehlah cari filem-filem ni nanti.
1. Call Me By Your Name
2.  Lady Bird
3. The Shape of Water
4. Get Out
5. Coco
6. Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
7. Girls Trip
8. I,Tonya
9. Darkest Hour
10. Baby Driver

Kebiasannya aku akan melihat 8 kategori utama iaitu Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay, Best Adapted Screenplay, Best Actor, Best Actress, Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress. Berikut adalah calon-calon dan yang ditebalkan dan gambar paling besar adalah jangkaan pemenang (Berdasarkan penerimaan anugerah di festival filem utama Hollywood iaitu Golden Globes, Screen Actor Guild Award- SAG, Critics Choice Award dan BAFTA). Manakala yang bertanda * adalah pilihan peribadi aku.

 

BEST SUPPORTING ACTRESS
Mary J Blige; Mudbound
Allison Janney ; I, Tonya
Leslie Manville; Phantom Thread
Laurie Metcalf ; Lady Bird *
Octavia Spence ; The Shape of Water

SNUBS
Holy Hunter ; The Big Sick
Hong Chau ; Downsizing

TRIVIA
Octavia Spencer merupakan calon berturut-turut dalam kategori ini menerusi Oscar 89 dalam filem Hidden Figures. Memenangi Oscar menerusi filem The Help sebagai Minny Jackson.


 

BEST SUPPORTING ACTOR
Willem Dafoe ; The Florida Project
Woody Harrelson ; Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
Richard Jenkins ; The Shape of Water
Christopher Plummer ; All The Money in The World
Sam Rockwell ; Three Billboards Outside Ebbing, Missouri *

SNUBS
Armie Hammer ; Call Me By Your Name
Michael Stuhlbarg ; Call Me By Your Name

TRIVIA
Christopher Plummer merupakan calon paling tua (88) dalam kategori ini. Pernah menang dalam ketegori yang sama menerusi filem Beginners.  Sam Rockwell dicalonkan buat kali pertama manakala Michael Stuhlbarg muncul dalam 3 watak dalam 3 filem Best Picture Oscars iaitu Call Me By Your Name, The Post dan The Shape of Water.


 

BEST ADAPTED SCREENPLAY
Call Me By Your Name *
The Disaste Artist
Logan
Molly’s Game
Mudbound

TRIVIA
Logan merupakan pencalonan pertama dari komik Marvel. 


 

BEST ORIGINAL SCREENPLAY
Get Out *
Lady Bird
The Big Sick
The Shape of Water
Three Billboards Outside Ebbing Missouri

SNUB
The Florida Project


 
        

BEST DIRECTOR
Guillermo del Toro ; The Shape of Water*
Greta Gerwig ; Lady Bird
Jordan Peele ; Get Out
Christopher Nolan ; Dunkirk
Paul Thomas Anderson ; Phantom Thread

SNUBS
Luca Guadagnino ; Call Me By Your Name
Sean Baker ; The Florida Project
Martin McDougnah ; Three Billboaords Outside Ebbing Missouri



 

BEST ACTRESS
Frances McDormand ; Three Billboards Outside Ebbing Missouri
Sally Hawkins; The Shape of Water
Margot Robbie ; I, Tonya
Saoirse Ronan; Lady Bird *
Meryl Streep ; The Post

SNUB
Jessica Chastain ; Molly’s Game

TRIVIA
Melalui kategori ini, Meryl Streep sudah tercalon sebanyak 21 kali dan merupakan pecalonan paling banyak dalam sejarah Oscars.


 

BEST ACTOR
Timothee Chalamet ; Call Me By Your Name *
Daniel Day-Lewis ; Phantom Thread
Daniel Kaluuya ; Get Out
Gary Oldman ; Darkest Hour
Denzel Washington ; Roman J Israel, Esq

SNUBS
James Franco ; The Disaster Artist
Jake Gyllenhaal ; Stronger

TRIVIA


Pada umur 22 tahun, Timothee Chalamet adalah aktor ketiga paling muda dicalonkan dalam kategori ini selepas Jackie Cooper (8) juga Mickey Rooney (19). Beliau juga merupakan aktor pertama yang lahir era 90 an yang tercalon dalam kategori ini. Beliau bersama Daniel Kaluuya merupakan calon Oscar di bawah umur 30 tahun yang dicalonkan dalam kategori yang sama.


  

BEST PICTURE

Call Me By Your Name*
Get Out *
Lady Bird *
Darkest Hour
Dunkirk
Phantom Thread
The Post
The Shape of Water *
Three Billboards Outside Ebbing, Missouri *


Anugerah Akademi ke 90 akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel pada Ahad 4 Mac 2018 dan waktu siaran Malaysia pada 5 Mac (Isnin) jam 9 pagi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED