Wednesday, April 29, 2020

Disebalik Siapa dan Projek Kad Raya 2020



Entry ni panjang sikit. So sorry kalau aku banyak membebel.

Ketika entry ini ditulis, aku sudah memasuki angka 35 tahun semalam (April 28th) dan dah masuk hari ke 6 berpuasa . Fun fact, aku pernah berangan bagaimana hidup aku pada usia 35 tahun semasa di bangku sekolah, tak silap darjah 4-5 macam tu. I have a stable career (checked), ada kereta (checked), dah kahwin (checked—bless with my beautiful wife). To add some fun, aku pernah jugak berangan nak mati diumur 75 tahun. Ha ha ha.


So apa perkembangan korang sepanjang PKP ni?  Tak sangka kan? 2020 yang kita harapkan ada kereta terbang rupanya deadly virus yang datang menyerang. People loose jobs. Keluarga terpisah. People showing their true colors. Rutin harian jugak berpusing 360 darjah, tanpa sebarang amaran. Yup, COVID 19 memang sangat menakutkan. Virus tak ternampak dek mata tu, semakin memakan korban dan menjejaskan ekonomi dunia.  Socmed jadi medan execution di mana  netizen untuk judge, bully dan menyebar kebencian. Twitter yang dulunya boleh jadi tempat menciap banyak kali sehari, sudah jadi lapangan untuk dihakimi dan menghakimi. Yang muda makin menjadi. Yang tua pulak suka menambah api, terasa besar dan sudah hilang sikap manusiawi.


 


Jadi PKP yang dah masuk 40 days –or more, aku pun dah lost count. Aku ambil keputusan untuk turut serta pertandingan filem pendek Kuman Pictures Challenge. Hadiah RM1k. Banyak kan? So cubalah nasib dengan membikin filpen (filem pendek) hitam putih dengan Alfred Hitchcock sebagai inspirasi. Semuanya buat sendiri. Dari writing, pre production, cinematographer, sound engineer hinggalah kepada editing. Aku suka kerja-kerja tu, tbh. Dan kalau buat sendiri ni, kita lebih faham kenapa orang seni sangat pantang dengan isu hakcipta. Sebagai penulis jugak, aku pun terkesan kalau hasil penat lelah kita tu di copy tanpa pengetahuan. Dulu-dulu zaman belajar UiTM circa 2007-2009, aku rajin jugak buat filpen untuk presentation. Nak dapat markah lebih la katakan haha. Ada waktu tu aku shoot sampai 2 minggu back to back untuk video 2 minit sahaja. Penat memang penat tapi dah minat kan?

So filem pendek "Siapa?" sudah aku muat naik ke channel aku...




...yang dah lama ada tapi tak pernah guna. I’ve got 300++ views dengan 9 likes. Tu pun aku kira banyak dah. So terima kasihla kepada yang sudi tonton. Aku hargai sangat sokongan korang. 




Which may lead to my second thought lepas video tu ada view. Aku macam nak venture into vloging pulak. Tapi  bukan aku la yang bercakap cuma upload video masak-masak sekadar nak share ilmu. Aku dengar pendapatan dari youtube pun macam okay. Ha ha ha. Kuat berangan aku ni.



Berbalik kepada Kuman Pictures Challenge tu, overwhelmingly, senarai filpen yang turut serta dalam kontes itu bertambah hari demi hari. Dan sebagai peminat filem, aku suka melihat situasi itu. Dalam PKP ni pun masyarakat kita kreatif! Korang boleh ke channel YOUTUBE KUMAN PICTURES untuk lihat senarai penyertaan.



So macam tahun sudah2 masa aku aktif blogging, aku selalu gak hantar kad raya kepada followers blog. Kad raya e digital la hehehe. Seronok sangat masa tu. So aku pun terfikir, like apa kata aku start balik tradisi tu dengan hantar kad fizikal pulak untuk musim PKP ni.  Kita tau yang kita semua akan menyambut Raya sendirian, tak bersama keluarga dan jauh di rantauan (aku la tu). So to cheer you up, aku nak hantar korang kad raya untuk Aidilfitri 2020.



So kalau nak kad raya ni, boleh isi google form okeh! Aku akan start pos kad on 6-8 Mei 2020. Till then, jumpa lagi. Toodles!

Tuesday, April 14, 2020

Review: Tiada yang Dipenuhi Rasa #Tiada #LizaHanim


 

Lagu: Tiada
Penyanyi: Liza Hanim
Komposer & Lirik: Liza Hanim / Ahmad Fedtri Yahya


Sudah lama Liza Hanim tidak muncul dengan single terbaharu. Tiada merupakan buah tangan 2020 yang dirilis sempena musim PKP. 

Kembalinya Liza Hanim dengan  balada Tiada ini semacam mengubat rindu peminat (termasuk aku) dengan karya balada yang surprisingly sangat segar, tidak melentok-lentok dan muziknya terkedepan. Ya. Muzik itu seharusnya bersifat boleh berevolusi dan bukan masih bersembunyi di takuk lama.

Tiada dipersembahkan dengan sangat "cantik" dengan lenggok vokal Liza yang lembut, tidak berlebihan, tidak kurang dan jelas sebutannya menjadikan lagu ini punyai rohnya. Dikemaskan lagi dengan susunan Sharon Paul, tak mustahil Tiada bakal lolos ke final AJL 2020 kelak. Cuma ada bahagian-bahagian muziknya seakan tidak lepas atau mungkin sengaja dibikin begitu kerana konsep Tiada ini adalah 'kehilangan sesuatu'.

Exceptional and beautiful. 


VERDICT  4/5

ps: Gundah (Ernie Zakri) dan Tiada menyantuni konsep kehilangan. Di musim PKP ini mungkin ada diantara kita yang sudah gundah kerana ketiadaan sesuatu.




Tuesday, April 07, 2020

Review: Daulat yang Penuh Helah #DaulatMovie







Ketika negara kita dilanda krisis politik melalui Langkah Sheraton hujung Februari lalu sebelum wabak COVID 19 menggila, Daulat hadir seakan memberi satu tamparan besar kepada situasi semasa landskap politik Malaysia masa kini. 


Karya Imran Sheik ini bukan sahaja dibikin dengan baik (untuk buah tangan sulung dengan budget yang terhad, it’s quite impressive) dari sudut teknikal, senimatogrfinya cantik, grading warnanya nampak mewah, opening titles yang menarik, walaupun ada persamaan dengan mini siri luar negara, namun itu satu anjakan baharu sinema tempatan selain  persembahan lakonan luar biasa terutama Vanidah Imran dan Tony Eusoff. Penuh helah, muslihat, bercita-cita tinggi dan sanggup lakukan apa sahaja demi survival politik. It’s dirty, yeah. 


 
               

Daulat bermain dengan lingo politikal yang sedikit janggal dan cringe namun itu tidak mencacatkan karya ini. Begitu juga jalan ceritanya yang sedikit longgar dan terlalu mudah membuatkan aku sebagai audien tidak puas dengan apa yang dipersembahkan. Mini siri Daulat, perhaps? Persamaan-persamaan yang tidak subtle dengan situasi poliik sekarang turut  menjadikan Daulat sedikit try too hard namun ianya releven, empati kepada audien, tajam dan sinis selain berada dalam kelasnya yang tersendiri.


Jujurnya, filem ini merupakan kegemaran aku untuk tahun 2020. Lekas tonton secara percuma di web Iflix semasa PKP ini. 


VERDICT: 4.5 / 5 

 Thriller-politik #DaulatMovie lahir sesuai dengan politik semasa menjadikan naskhah ini releven,classy, berani,sinikal walaupun agak ringkas perjalanan ceritanya. Tony Eusoff memberi dimensi dalam wataknya manakala Vanidah Imran bersinar cemerlang!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED