Umum mengetahui bahawa kemenangan sesebuah filem di Anugerah Akademi atau Oscars tidak hanya menjadikan sesebuah bintang itu terkenal tetapi juga mampu membanggakan sesebuah negara. Malaysia secara amnya pernah menghantar Puteri Gunung Ledang dan Redha sebagai calon awal Filem Bahasa Asing Terbaik manakala Upin Ipin Keris Siamang Tunggal sebagai calon awal Filem Animasi Terbaik, namun tidak berjaya lolos sebagai Top 5.
Namun disebalik jerih perih kemenangan Parasite yang dijulang Filem Terbaik baru-baru ini (selain dari peruntukan wang untuk sasaran pemasaran yang tinggi), tahukan korang bagaimana sesebuah filem itu dinobatkan sebagai filem terbaik Anugerah Akademi?
Di dalam
sejarah 90 tahun penganjuran Oscars, pemilihan Filem Terbaik berubah dengan sangat drastik
Tahun 1970 an, filem-filem bercorak jenayah dan gangsterime mendominasi seperti
The French Connection (1970) atau The Godfather (1972). Di tahun 1980 an pula
filem-filem epik period menjadi pilihan Ahli Akademi seperti Platoon (1986) dan Out of
Africa 1985.
Namun di penghujung
dekad ini, pemilihan Filem Terbaik telah mengalami satu trend dan evolusi
baharu yang drastik lagi menyeronokkan. Kumpulan filem –filem ini perlu
menyertai Festival Filem terkenal sebelum beradu di gelanggang Oscars. Untuk 10
tahun yang lalu, kebanyakan filem-filem yang memenangi Oscars pernah sekurang-kurangnya sekali telah menyertai
beberapa Festival Filem terkenal seantero dunia. Amour (2012) dan The Artist (2011)
misalnya di Pesta Filem Cannes atau 12 Years a Slave (2013) dan Moonlight (2016)
di Pesta Filem Telluride.

Penganjuran Festival Filem adalah sesuatu yang unik dimana di majlis inilah para
Ahli Akademi, Pengkritik Filem dan Bintang Hollywood akan hadir memeriahkan
filem-filem yang dipertontonkan. Oleh kerana penganjuran Festival Filem ini
terlalu banyak seluruh dunia (like seriously banyak giler!), maka fokus kita
hanyalah kepada 5 Festival Filem sahaja.
Kenapa 5? Sebab ini yang paling
menyerlah dan mendapat liputan.
Pertama, Pesta Filem Sundance. Di majlis ini,
filem-filem yang berpotensi besar untuk menang akan mencari studio pembeli yang tentunya tertarik
dengan filem tersebut. Filem-filem yang berpotensi disini kerap mendapat
jolokan The True Indie Darlings.
Filem-filem seperti Whiplash (2014) dan Call Me By Your Name (2017) pernah
dipertontonkan di sini dan disanjung pengkritik filem ketika digelanggang penganugerahan.
Kedua, Pesta Filem
Cannes. Eksklusif, bergaya dan mungkin over
the top. Korang takkan tahu bagaimana reaksi penonton samada dimalukan dengan sorakan
boo mahupun tepukan gemuruh para penggemar. Filem-filem seperti The Artist
(2011) dan terbaharu Parasite dan
Rocketman (2019) diterima sangat baik di pesta ini.
Lajukan sedikit ke
minggu-minggu terakhir musim panas kerana filem-filem berpotensi Oscars akan
menyertai 3 Pesta Filem terulung yang
memberi impak yang sangat besar. Venice,
Telluride dan Toronto.
Pesta Filem Antarabangsa Venice yang merupakan
pesta filem tertua di dunia dan kerap menjadi pilihan kerana selain memberi
pulangan box office, filem-filem tersebut juga mendapat pujian melangit
pengkritik. La La Land (2016), Birdman (2018) dan terbaharu The Favourite (2018)
pernah ditayang perdana di sini. Menerusi La La Land, Emma Stone memenangi Volpi Cup untuk Best Actress manakala melalui The Favourite, Olivia Colman memenangi anugerah yang sama. Kedua-duanya lolos menggenggam trofi Aktres Terbaik Oscar pada tahun kemenangan mereka.
Seterusnya, Pesta Filem Telluride. Kebanyakan
filem yang berpotensi dan ditayangkan di sini kerap dipanggil sebagai ‘ the quiet
contenders’. Filem-filem seperti Room (2015), Lady Bird, The Shape of Water dan
Darkest Hour (2017) dipuji pengkritik seterusnya menjadi calon filem terbaik
Oscar pada tahun tersebut.
Terakhir sekali
adalah Pesta Filem Antarabangsa Toronto (TIFF). Uniknya di TIFF , penganjur
membuka luas penyertaan kepada pembikin
filem dan pengguna filem seluruh pelusuk dunia. Pada 2016 sahaja lebih 480 ribu
penyertaan disahkan di TIFF. Lebih besar festival, lebih besar impaknya. Betul
tak? So, dengan menyertai semua festival ni maka impian untuk menggenggam trofi
emas Oscars akan menjadi lebih mudah, kan?
Aha! Korang salah!
Ada satu lagi laluan rahsia yang sering dilihat
oleh penggemar, pengkritik malahan Ahli Akademi sendiri sebagai saingan kepada calon-calon yang menyertai pesta-pesta filem yang disebutkan tadi. Filem-filem ini ditayangkan beberapa
bulan sebelum Majlis Oscars berlangsung (sekitar Oktober hingga Disember) dimana filem-filem ini bukan sahaja dibikin dengan sangat baik malah terdapat
mesej-mesej penting yang tersembunyi di sebaliknya. Sebagai contoh filem
seperti Get Out (2017) memberi mesej yang sangat jelas tentang colored people.
Filem Mad Max Fury Road (2015) pula pernah
digelar sebagai ‘The Feminist Picture of the Year’ dan yeah, Titanic (1997).

Filem-filem yang ditayangkan
pada waktu ini akan dipastikan oleh pihak studio penerbitan agar filem mereka
akan sentiasa menjadi bualan penggemar dan pengkritik seperti temubual meja
bulat dengan The Hollywood Reporter selain melalui hebahan pemasaran secara
besar-besaran. Terdapat 2 fasa penting di dalam hebahan ini.
Fasa Pertama.
Menjadi calon. Seperti kempen-kempen
lain, penggunaan perkataan atau slogan yang tepat, stretegik selain dari pengiklanan
yang tertera ‘for your consideration’ di majalah, papan iklan mahupun stesen tv sekaligus
merayu Ahli Akdemi bagi memastikan filem
tersebut diingati dan diundi sebagai calon.
Teknik pemasaran juga sangat-sangat penting. Pemasaran secara besar-besaran ini
pernah dilakukan oleh The King Speech (2010) dengan menggunakan tagline ‘Find
your Voice’ atau menawarkan tayangan eksklusif untuk selebriti bertaraf A List terutama untuk Ahli Akademi
seperti yang dilakukan oleh The Artist (2011) dimana tayangan itu dianjurkan
sendiri oleh 2 orang cucu Charlie Chaplin.
Fasa 2? Go for Gold! Filem-filem
yang berpotensi tadi perlu mendapatkan babak keduanya yang lebih boom dan
meletopz. Sebagai contoh filem Lion (2016) yang mengisahkan perjalanan seorang
kanak-kanak yang mencari zaman silamnya.Setelah filem itu mendapat
pencalonan Filem Terbaik, studio dimotivasikani dengan gerakan anti imigran
oleh President Trump dan mengubah logline yang lebih segar iaitu kisah imigran
yang berhak untuk mendapatkan suatu kehidupan yang baru. Mesej yang jelas disini menunjukkan bahawa, 1 undi
Ahli Akdemi untuk Lion bermakna mereka
menyokong para pendatang untuk memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan
terjamin.
Namun, disebalik semua ini, terdapat 1 badan penting yang sudah
disebutkan berkali-kali di sini. Yup! Ahli Akademi. 8000
orang kesemuanya.

Ahli Akdemi terbahagi kepada 17 cabang. Setiap satunya mempunyai syarat tertentu
untuk menjadi Ahli. Sebagai contoh seorang pengarah filem perlu
sekurang-kurangnya 2 filem yang telah diarahkan, dimana 1 daripadanya adalah
dari filem arahan dekad yang terakhir.
You get the picture.
Terdapat 5-10 slot untuk calon-calon Filem Terbaik. Selepas
filem itu dicalonkan, penentuan pemenang akan menjadi lebih sukar. Tidak
seperti kategori-kategori lain, jika kategori tersebut mendapat undian
tertinggi maka akan diisytiharkan sebagai pemenang. Namun, perkara itu tidak
berlaku untuk penentuan pemenang Filem Terbaik.
Penentuan
pemenang akan ditentukan dengan menggunakan sistem yang dipanggil ‘Preferential
Balloting’. Sekiranya terdapat 10 calon filem terbaik, Ahli Akademi akan mengundi kedudukan calon filem itu dengan meletakkan
skor 1 hingga 10 di atas kertas ballot. 1 untuk paling digemari manakala 10
tidak digemari.
Jika ada calon filem yang tidak mencapai piawaian 50%, Pihak
Akademi akan menyingkirkan filem itu dan undi filem itu akan diberikan kepada
filem ke dua yang tertera dalam kertas ballot. Penentuan akan diteruskan sehingga
terdapat calon filem yang melepasi 50%
dan yeah, Filem Terbaik Oscars telah ditentukan!