Friday, February 02, 2018

REVIEW: #Padmaavat dan Kebanggaan Rajput.





Hati sudah bulat untuk ke Singapura minggu lalu bagi menonton air tangan pengarah filem Hindi kegemaran, Sanjay Leela Bhansali. 10 tahun aku tunggu filem ini akhirnya aku disajikan dengan tatapan visual yang cukup mengagumkan sekali gus percaturan pergi balik hari itu sungguh berbaloi (juga antara paling gila aku pernah buat sepanjang hidup)

Muzik pembukaan filem ini menyamai stail Bhansali terdahulu seperti Ram Leela namun tidaklah sebagus Devdas dan tidaklah seringkas Bajirao Mastani. Filem ini mengambil latar lagenda yang didasarkan daripada syair tulisan Malik Muhamad Jayashi tentang penaklukan Sultan Alauddin Khilji ke atas Rajput kerana terpesona dengan kejelitaan Padmavati, isteri kepada Ratan Rawal Singh (Ratan Sen), pemerintah Rajput ketika itu. 




Sebagai sebuah filem berskala besar, Padmaavat ternytata tidak mengecewakan. Baik daripada kelincahan Padmavati memburu, set dekorasi yang grandeur, kostum yang menarik, gemerencing gelang kaki dan barang kemas perhiasan watak-watak mahupun tarian Ghoomar serta sinematografi yang memukau. Ia lengkap. Dialog-dialog tulisan Prakash R Kapadia juga mencengkam, mendalam dan subtle. Aku paling sukakan babak klimaks filem ini. Berseni. Ia terus mengingatkan aku kepada filem pengakhiran filem Devdas dan aksi kejar-mengejar Aishwarya Rai dengan sari berterbangan. Epik!

 


Watak kegemaran aku dalam Padmaavat adalah Mehrunnissa lakonan Aditi Rao Hydari. Emosinya cukup cemerlang walaupun di dalam beberapa babak sahaja. Matanya memainkan emosi yang sangat baik dan membolehkan audien memahami gelojak Mehrunnissa yang dahagakan kasih sayang suaminya Alauddin Khilji.


 


Padmaavat hadir dengan tiga bintangnya yang bersinar. Lakonan hebat Deepika Padukone-Ranveer Singh-Shahid Kapoor, set megah yang cukup mengagumkan dan persembahan berkesan Aditi Rao Hydari dan Jim Sharbat yang cukup cemerlang. Jujurnya tidak ada babak yang menyinggung aku sebagai muslim walaupun pameran Khilji sebagai muslim nampak sangat kejam. 


Aku berpendapat bahawa, dalam beragama, sikap jahat manusia tidak mewakili agama apa yang mereka anuti. Ada Buddha yang jahat, Kristian yang jahat malah Muslim yang jahat. Kita yang boleh berfikir, nilaikan mana baik buruknya. Ya, aku masih terkesan dengan sikap LPF melarang filem ini dari ditayang umum.  Kita tunggu filem The Shape of Water kelak. Kalau filem itu lepas, pastinya ada rompong dalam sistem penapisan filem kita. The Shape of Water ; mempamer beastality dan mempunyai babak seks manusia dengan raksasa hidupan air.


SCORE: 4/5

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED