Tuesday, June 26, 2012

Membedah Siapa Julia

Bedah ye (cara menyebut Beli), bukan Bedah (cara menyebut Belon)

Aku memang nak buat post moterm sikit pasal cerpen yang aku tulis dalam antologi cerpen Kopi keluaran Buku Fixi ni. Untunglaa siapa yang dah baca. Akceli, aku tunggu masa yang sesuai sebenarnya.

Jom semak trivia:
1. Masih mengekalkan konsep “a family dark secret”. Konsep kegemaran aku ketika menulis.

2. Ketika menulis, Julia digambarkan seorang head house jelita yang mempunyai susuk yang menggiurkan, seductive, manipulative and having MILF kinda look.

3. Ikram digambar sebagai pendiam, kurang keyakinan diri tetapi plan yang ada dalam otaknya adalah kejahatan. One word. Psycho!

4. Rashad digambar seorang yang positif, charming dan lekas tertarik.

5. Julia adalah figura femme fatale yang dipergunakan Ikram. Sebagai timbal balas untuk terus hidup, dia perlu ‘menjaga’ harta keluarga Ikram.


6. Ikram adalah gambaran lelaki looser yang dahagakan power/kuasa. Rendah diri dan tak berkebolehan dalam segala segi. Si power hunger ini sangat gembira bila buat pertama kali dalam hidupnya, dia berjaya mengawal Julia. Ada sebab dia begitu. Dia tak punyai sikap seorang ahli perniagaan seperti bapanya, kesunyian kerana kurang kasih sayang.


7. Manakala, Julia secara human nya masih mempunyai sifat kasih sayang seorang ibu dan bersifat pelindung

8. Sifat setiakawan Rashad menyerlah walaupun Ikram sering dipulau kawan-kawan di kolej.


9. Ada yang tertanya-tanya apa kaitan “Kopi” dengan “Julia”. Begini. Kopi hidangan keluarga Ikram datangnya dari dusun kecil kepunyaan keluarganya. Bila tetamu dijemput Ikram masuk ke ‘jerat’ yang dipasang, Julia mula pancing dengan Kopi buatannya. It is like adat orang melayu. Kedatangan tetamu sangat dialu-alukan bila kita hidangkan mereka dengan santapan ataupun secawan Kopi. Ini signifikan biasa. Tetapi signifikan ni di-twist oleh aku dimana kedatangan tetamu yang dibawa Ikram sama sekali tak diundang dan kopi hidangan Julia adalah umpan kepada kerja keji yang menakutkan.


10. Oh ya. Working title untuk cerpen ini adalah “Kopi Janda”. Bimbang disamakan dengan produk Kopi Janda, aku menamakan si janda cantik ini dengan nama Julia—triva kepada si cantik actress Julia Rais :)

Jujurnya selepas menonton adaptasi Kopi Julia (yang dijadikan filem bisu) arahan director Singapura, Tan Bee Thiam Ahad lepas aku berasa cukup kagum sebenarnya. Sebagai penulis, aku berpuas hati dengan adaptasi ini. It’s a good thing when non Malay director, directing pure Malay story (‘saka’ thingy) without forgetting the main essence. Some adapted scenes on screen are very good!!! Congratulation once again for the entire team including Amy Tashiana as Julia, Raimi Liandy Safari as Ikram and Ridhwan Rahmat as Rashad. Harap boleh bertemu kalian satu hari nanti!


Tweet BukuFixi, April lepas


DVD Antologi Kopi akan dijual mulai Jumaat ini 29 June 2012 secara online dengan harga RM15 ataupun anda boleh dapatkan sendiri di Pesta Buku Selangor pada hari yang sama.


* Gambar diambil di fenpej Fixi as well as thanks to 13 Little Pictures

Thursday, June 21, 2012

Jom Ke Tayangan Perdana KOPI THE DVD

Stills Kopi Julia. Filpen ini dibikin dengan style 'filem bisu'. Tak sabar mau nonton!


Sila angkat tangan siapa yang dah beli Antologi Kopi keluaran Fixi?

Alangkah ruginya mereka yang tak beli sebab stock kumpulan 19 cerpen maha adiktif itu sudahpun habis. (yeay!!)

Selepas sukses dengan Antologi Kopi, Fixi mengambil inisiatif yang sangat osem bila 8 cerpen dari Kopi sudah difilem pendekkan (filpen). Sila lihat lineup :)

1. KOPI 3 RASA
(Pengarah: Nazri M Annuar. Cerpen Asal: Shaz Johar)

2. KOPI & DIA
(Pengarah: Fikri Jermadi. Cerpen Asal: Syaihan Syafiq)

3. LUWAK & KRETEK
(Pengarah: Aidil Rusli. Cerpen Asal: Ridhwan Saidi)

4. KOPI, DONAT & BAYANGAN GADIS BERAMBUT HIJAU
(Pengarah: Bebbra Mailin. Cerpen Asal: Adib Zaini)

5. CINTA KOPI
(Pengarah: Sheryl Chong. Cerpen Asal: Gina Yap Lai Yoong)

6. KOPI JULIA
(Pengarah: Tan Bee Thiam. Cerpen Asal: Faizal Sulaiman)

7. KOPI JANTAN KAW
(Pengarah & Cerpen Asal: Nik Adam Ahmad)

8. KOPI PERCIK
(Pengarah: Azizulhakim Salleh. Cerpen Asal: Amal Hamsan)

Event akan berlangsung pada 24 June 2012 (Ahad) jam 4 hingga 6 petang bertempat di The Arts For Grab, Central Market, KL (Tempat sama launching Antologi Kopi haritu). FYI Salinan KOPI THE DVD juga boleh dibeli pada event tersebut. Warghhh!!

Wednesday, June 13, 2012

Istanbul Aku Datang (Promo)

Klik pada pic untuk direct link ke fenpej Istanbul Aku Datang


Aku menggemari karya-karya fresh pengarah Bernard Chauly. Pisau Cukur adalah salah satunya.

It looks so fresh dan Lisa Surihani sangat comel! Turut membintangi filem ini adalah Beto Khusairi, Tomok dan Aizat.



Friday, June 08, 2012

Promo: Waris


Masih ingatkan kalian dengan drama bersiri seram "Kekasihku Seru" arahan Kabir Bhatia yang disiarkan sekitar 2008 dulu?

Well, ini ada satu khabar gembira.

Sekuel kepada drama ini berjudul "Waris" akan disiarkan dalam slot SERAM bermula 14 June 2012 depan!

Kenapa aku super seksaited ni??

Banyak sebab. Kekasihku Seru (KS) antara all time favorite kegemaran selain aku memang minat gila dengan sentuhan emas Kabir Bhatia dan isterinya Mira Mustafa! Adalah satu kerugian jika tak menonton kesinambungan kisah Marisa dan keluarga Mas yang menentang saka bernama Waris.

Secara kasarnya drama ini mengambil 10 tahun akan datang bila Marisa dan Rashad bahagia dan mempunyai anak lelaki hasil perkahwinan mereka. Konflik terjadi bila anak mereka Amar berubah sikap selepas pulang bercuti dari Terengganu.

Jom tonton!

Baca sinopsis


Antara promo

Wednesday, June 06, 2012

Tips: Lupakan... (Si Dia)

Mood gambar kena jiwang-jiwang.hahaha

Kenapa pulak aku nak buat entry ni. Hahaha saja je. Look at the bright side. Kita semua nak hidup happy kan? Harini entry jiwang sikit. ha ha ha

Sesungguhnya nak melupakan si ex adalah satu perkara yang sangat sukar. Memang sukar sebab yalah kita dah bagi sebahagian hati kita pada dia. Ada yang ambil masa bertahun, berbulan tak kurang satu hari je. Haha

Jom aku kongsikan beberapa tips yang aku ambil dari kawan terdekat dan pengalaman diri sendiri. Ish yalah diri sendiri. Apa? Aku tak pernah frust ke? (Senyum)

1. Kalau perlu nangis, nangislah puas-puas. Kalau perlu nak jiwang, jiwanglah puas-puas.Cukuplah sehari saja.

2. Ada dua opsyen pada barang-barang yang si ex bagi. Pertama; sama ada kau buang-bakar atau simpan-sorokkan-dan-takkan-bukak-sampai-tujuh-keturunan. Lakukan ini dengan hati kering.

3. Get a new haircut. Kalau selama ini dah selesa dengan gaya cantik/kemas apa kata rebondingkan rambut/permkan rambut (perempuan) atau botak saja (lelaki)

4. Dapatkan new look. Buang imej yang lama. Gantikan yang lebih fresh

5. Elakkan dengar lagu jiwang selepas nombor 1 berakhir. Dengar lagu-lagu keras, disko, dangdut atau lagu yang tak berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Lagu nak balas dendam? Ada je, Klik sini. (hint :sila dengar baris lirik terakhirnya)

6. Pergi vacation. SEORANG DIRI. Kalau rasa macam costing sangat. Isi minyak kereta penuh-penuh, memandulah tanpa hala tuju. Ambil lane kiri. Bawalah 90 saja. Satu. Jangan fikirkan masa bersama korang tu. Ingat Tuhan sikit

7. Dengar bacaan-bacaan yang menenang hati. Al Quran is the best source. Dekatkan diri banyak-banyak dengan Allah

8. Gantikan nama si ex dalam handphone anda dengan nama yang luarbiasa/pelik atau kalau nak hati kering lagi, buang saja.

9. Sibuk sibukkan diri. Buatlah apa saja untuk lupakan apa yang dah jadi. Damage has been done.Tak payahla dikenang-kenang.

10. Dalam masa begini, sokongan kawan-kawan dan keluarga adalah penting.

Cukuplah 10.

Selamat beramal .hehe

Tuesday, June 05, 2012

Shortie: Bah!


Tijah duduk selesa dalam perut My V itu. Ditangannya ada dua bimbit plastik. Potongan jambu air dengan serbuk asam yang sudah meresap dalam kepingan berair itu. Kelihatan seorang lelaki di tempat duduk pemandu. Segak. Tapi jambangnya nampak serabut. Entah berapa lama tak dicukur. Dia kurang pasti.

Lelaki itu abahnya.

“Berapa semua?”, soal si abah mula menekan punat berlabel bulat sebelum terdengar suara Aznil Hj Nawawi berceloteh macam bertih. Tijah keluarkan baki duit yang dipulangkan. Di bilangnya sendiri.
“Seringgit enam puluh sen”, jawabnya pantas. Abahnya terdiam, kemudian memandang bungkusan jambu itu dan wajah Tijah berkali-kali.
“Jambu tu sebungkus berapa harganya?”, soal si Abah. Tijah terkebil mata. Hati dah seriau nak jawab. Tapi dek kerana mata abah dah macam scanner, renung dia tajam-tajam, dia tak banyak pilihan.

“Seringgit sebungkus”, ujarnya polos.
“Kalau dua bungkus?”, Abah bertanya. Nadanya mendatar.
“Dua ringgit”, Tijah jawab jujur. Ocehan Pak Nil menerjah telinga disertai selingan lawak jenaka Mak Jemah. Sumpah lawak! Tapi dia tak berada pada posisi untuk bergelak tawa. Renungan abah dah cukup membunuh seleranya untuk mengilai sama.

“Abah bagi berapa ringgit tadi?”
Tijah tunduk bila si abah dah memandangnya tak berkelip.

“Empat ringgit”
“Jadi kenapa bakinya seringgit enam puluh sen? Mana lagi empat puluh sen?”
“Orang yang potong buah tu cakap, tu komisyen dia. Ada tertulis kat papan promosi tu”

Abah hulur menjengul leher di tingkap. Benar seperti dakwaan Tijah. Ada potongan empat puluh sen bagi setiap kali pembelian. Ah! Bullshit punya kedai! Cekik darah namanya ni! Kalau sorang dah dapat kaut empat puluh sen, camne kalau lima puluh orang??

Baran. Sakit hati. Panas.

Tijah dah pandang telinga abah yang merah padam. Ada dua saja kemungkinan dalam perjalanan singkat mereka itu. Abah akan marah-marah atau abah akan diam membisu!

“Kamu pergi tuntut baki duit tu sekarang. Abah tunggu sini!”
“Tapi bah?!..”
“Tak ada tapi-tapi. Pergi tuntut. Jadi perempuan tu jangan hanya tau menurut. Jangan hanya tahu angguk dengan apa orang lelaki cakap. Kamu ada hak. Itu hak kamu!”

Ada penegasan dalam permintaan abah. Tijah menurut juga walau hatinya separuh terpaksa. Dia turun dari My V abah. Melangkah lambat-lambat pada abang pemotong buah yang nampak garang itu. Tapi, bila difikir balik, kata-kata abah ada benarnya.

Abah kata jangan biarkan hak perempuan dicabul lelaki sewenang-wenangnya. Tak puas hati, cakap. Terasa ditindas, bersuara. Abah cakap kuasa perempuan ni kuat walapun zahirnya mereka nampak lemah lembut. Ego lelaki setinggi Dataran Xizang sekalipun boleh runtuh dek penangan kuasa wanita!

Tijah tak pasti pula perihal kekuatan kuasa perempuan itu.

Tapi satu yang dia pasti.

Setegas mana Abah didik dia tentang kehidupan, Abah layu dengan permintaan emak. Ya! Itu yang dia nampak! Emak bungkus kain baju. Abah perhati tanpa tindakan menghalang. Dia nampak air mata emak dah mengalir lesu. Katanya demi kerjaya. Abah merelakan saja.

Tapi aku yang tersepit sekarang ni, perlukah aku merelakan?

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Mencari nama emak. Dapat. Pandang lama-lama.

Pesan abah terngiang. “Kamu ada hak! Itu hak kamu!”

Delete!

TAMAT

Monday, June 04, 2012

Review: Salji Putih VS Permaisuri Gagak (Snow White and the Huntsman)


Ada spoiler. Jangan baca jika tak nak tau spoiler!

Secara visualnya, Snow White and the Huntsman (SWATH) sangat memukau! Serius memukau. Maklumlah, director filem ini Rupert Sanders merupakan seorang pengarah iklan. Patutlah cun!

SWATH versi ini berbeza sedikit dengan filem Mirror Mirror yang lebih kepada muzikal. Secara kasarnya SWATH menceritakan kisah anak raja yang dikurung mak tirinya ketika tahta diambil secara cabul oleh perempuan gila kuasa itu. Si gadis dikurung sehingga terlepas keluar bilamana si mak tiri mengetahui si gadis mempunyai kuasa untuk menjadikannya immortal dan kekal menawan.

Beauty starts to fade away


Boleh tak aku nak tukar judul cerita ni. Nak jadikan A Tale of Queen Ravenna! Haha. Oscar Winning Actress, Charlize Theron really steal the show! Sebagai Queen Ravenna, dia powerful, kejam, jahat. Tetapi aku memuji bagaimana pengarah dan penulis lakon layar menyelongkar background Ravenna. Dia dan adiknya pernah melalui kejadian hitam dalam hidup, perang, kelaparan. Hidup mereka dirampas dan pesan si ibu Ravenna diingati. Hanya guna kecantikan. Itu kuasa wanita untuk dapatkan segala-galanya. Theron sebagai aktres, berjaya menzahirkan watak ini. Kita akan fear dengan plan dia. Penegasan dalan suara dia. Tapi, dalam masa yang sama kita boleh jatuh kesian dengan dia! Damn! Over the top performance!


Mandi susu dengan ghairiyah nya. Spoiler alert: Babak ni takdok dalam filem tapi ada dalam MV: Florence & The Machine: Breath of Life


Serius.

Aku terpancing simpati masa Huntsman bunuh adik dia Finn, dimana Ravenna turut merasai kematian adiknya itu.

Kristen Stewart is boleyyyylaaaa as Snow White. Is just emosi Kristen sangat limit dalam filem ni. Dia watak utama kot. Tapi pamerannya sebagai Snow White nampak kurang beremosi, tidak meyakinkan dan aku nampak sedikit bayangan Bella Swan dalam diri K-Stew ni. Chris Hemsworth dan Sam Claffin juga tidak berada dalam keadaan luar biasa.

K Stew yang biasa

Perjalanan SWATH agak baik. Tetapi ada beberapa plot yang kurang meyakinkan mengisi filem ini. Antaranya perkembangan watak Prince William dengan Snow White. Si William ni macam suka kat Snow tetapi perkembangan tu macam tak ada. Termasuk juga perkembangan Snow White mempelajari ilmu peperangan dari Huntsman. Ia tak dikembang dengan baik. Hanya sekali pelajaran dalam Dark Forest, dia dah boleh memimpin bala tentera. Ok she is the princess, but would it be nice if she know how to plan?

Overall, filem ni terlalu extravagant pada promonya. Cantik visualnya. Tetapi jalan ceritanya agak longgar here and there. Bagi aku ianya diselamatkan dengan cantik oleh lakonan meyakinkan Charlize Theron. Ya! Aku puji menggunung. Kalau nak tahu kenapa, bolehlah pergi menontonnya sendiri.

Aku mengharapkan Charlize Theron tercalon Best Actress in a Supporting Role pada Oscar musim depan! Again! She is great!!

Spoiler Alert. It is just me atau mana babak ni pergi masa aku tengok haritu??

Friday, June 01, 2012

Heal.InsyaAllah (Jauh Dirindu)



Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED