Tuesday, June 05, 2012

Shortie: Bah!


Tijah duduk selesa dalam perut My V itu. Ditangannya ada dua bimbit plastik. Potongan jambu air dengan serbuk asam yang sudah meresap dalam kepingan berair itu. Kelihatan seorang lelaki di tempat duduk pemandu. Segak. Tapi jambangnya nampak serabut. Entah berapa lama tak dicukur. Dia kurang pasti.

Lelaki itu abahnya.

“Berapa semua?”, soal si abah mula menekan punat berlabel bulat sebelum terdengar suara Aznil Hj Nawawi berceloteh macam bertih. Tijah keluarkan baki duit yang dipulangkan. Di bilangnya sendiri.
“Seringgit enam puluh sen”, jawabnya pantas. Abahnya terdiam, kemudian memandang bungkusan jambu itu dan wajah Tijah berkali-kali.
“Jambu tu sebungkus berapa harganya?”, soal si Abah. Tijah terkebil mata. Hati dah seriau nak jawab. Tapi dek kerana mata abah dah macam scanner, renung dia tajam-tajam, dia tak banyak pilihan.

“Seringgit sebungkus”, ujarnya polos.
“Kalau dua bungkus?”, Abah bertanya. Nadanya mendatar.
“Dua ringgit”, Tijah jawab jujur. Ocehan Pak Nil menerjah telinga disertai selingan lawak jenaka Mak Jemah. Sumpah lawak! Tapi dia tak berada pada posisi untuk bergelak tawa. Renungan abah dah cukup membunuh seleranya untuk mengilai sama.

“Abah bagi berapa ringgit tadi?”
Tijah tunduk bila si abah dah memandangnya tak berkelip.

“Empat ringgit”
“Jadi kenapa bakinya seringgit enam puluh sen? Mana lagi empat puluh sen?”
“Orang yang potong buah tu cakap, tu komisyen dia. Ada tertulis kat papan promosi tu”

Abah hulur menjengul leher di tingkap. Benar seperti dakwaan Tijah. Ada potongan empat puluh sen bagi setiap kali pembelian. Ah! Bullshit punya kedai! Cekik darah namanya ni! Kalau sorang dah dapat kaut empat puluh sen, camne kalau lima puluh orang??

Baran. Sakit hati. Panas.

Tijah dah pandang telinga abah yang merah padam. Ada dua saja kemungkinan dalam perjalanan singkat mereka itu. Abah akan marah-marah atau abah akan diam membisu!

“Kamu pergi tuntut baki duit tu sekarang. Abah tunggu sini!”
“Tapi bah?!..”
“Tak ada tapi-tapi. Pergi tuntut. Jadi perempuan tu jangan hanya tau menurut. Jangan hanya tahu angguk dengan apa orang lelaki cakap. Kamu ada hak. Itu hak kamu!”

Ada penegasan dalam permintaan abah. Tijah menurut juga walau hatinya separuh terpaksa. Dia turun dari My V abah. Melangkah lambat-lambat pada abang pemotong buah yang nampak garang itu. Tapi, bila difikir balik, kata-kata abah ada benarnya.

Abah kata jangan biarkan hak perempuan dicabul lelaki sewenang-wenangnya. Tak puas hati, cakap. Terasa ditindas, bersuara. Abah cakap kuasa perempuan ni kuat walapun zahirnya mereka nampak lemah lembut. Ego lelaki setinggi Dataran Xizang sekalipun boleh runtuh dek penangan kuasa wanita!

Tijah tak pasti pula perihal kekuatan kuasa perempuan itu.

Tapi satu yang dia pasti.

Setegas mana Abah didik dia tentang kehidupan, Abah layu dengan permintaan emak. Ya! Itu yang dia nampak! Emak bungkus kain baju. Abah perhati tanpa tindakan menghalang. Dia nampak air mata emak dah mengalir lesu. Katanya demi kerjaya. Abah merelakan saja.

Tapi aku yang tersepit sekarang ni, perlukah aku merelakan?

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Mencari nama emak. Dapat. Pandang lama-lama.

Pesan abah terngiang. “Kamu ada hak! Itu hak kamu!”

Delete!

TAMAT

4 comments:

! Arjunakirana ! said...

Kamu ada hak! itu hak kamu" perghhhh... hak aku hak kamu juga, :)

Miss Red Apple said...

kan bagus kalau saya pon boleh menulis macam awak :)

may Allah bless you :)

Faizal Sulaiman said...

! Arjunakirana !---> hak bersama. Terima kasih baca, bro!!

Faizal Sulaiman said...

Miss Red Apple---> menulislah dari hati. Awak mesti boleh punya! :)

terima kasih membaca, ya!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED