Saturday, April 28, 2012

#Cerituit1





Tuesday, April 24, 2012

Cerita Kontot untuk Kontes Fixi's "Dosa" dan "Licik"

Walaupun tak menang, aku tak kisah pun sebab aku memang plan nak beli keluaran terbaru "Dosa", "Licik" dan "Si Tora Harimau Jadian"-- label pertama keluaran Fixi Retro.

Saja-saja cuba nasib. hehehe

Tempahan online untuk ketiga-tiga novel ini boleh dibuat di Kedai Fixi. Aku nak dapatkannya sendiri di Pesta Buku Kuala Lumpur, awal May nanti. Oh ya, antologi cerpen KOPI juga boleh dibeli online dan event itu:)


***
#Licik

“Amacam? Sedap?”
Dia mengangguk tak terkata kemudian mengunyah lagi potongan pizza yang disuakan untuknya.

Mona senyum. Sekurang-kurangnya penat lelah dia memasak terbayar juga, lebih-lebih kalau Dahlan yang memuji. Eh, mana tak suka kalau boyfriend sendiri yang cakap?

Dahlan menyungging senyum. Lega kalau Mona tahu kerja dapur. Nak jadi isteri bukan hanya tahu masak pizza tapi juga hidangan melayu yang lain. Salah satu sebabnya nak pikat selera emak di kampung. Dia mamah lagi kepingan pizza yang masih berbaki di tangan. Intinya tampak menyelerakan. Ada potongan dadu nenas, hirisan lada benggala pelbagai warna dan daging kisar yang dibakar masak sempurna. Dikunyah lagi rasa sensasi itu. Ada aroma oregano dan daun bay bercampur aduk dengan haruman minyak zaitun lalu dilengkapi dengan parutan cheddar yang mencair. Voila!

“Besok kita jumpa mak saya. Dia tentu gembira”, putus Dahlan tersenyum. Mona diam tapi masih tersenyum.
“Tak terlalu awal ke awak? Kita baru seminggu je kenal”,kata gadis itu tertunduk malu. Dahlan tertawa lucu.
“Bukankah bercinta lepas kahwin tu lebih indah?”, pujuknya romantis. Gadis itu hela nafas.
Liurnya ditelan. Hajatnya seakan dimakbulkan. Dia lekas ke dapur. Mengambil jus oren yang masih dingin dari dalam peti sejuk sambil memandang sayu raut Rumi, si posmen peramah yang dikenalinya seminggu lalu.

“Huh! Stok ni pun dah nak habis. Takpa! Stok baru boleh buat bekal”, bisiknya sendirian sambil tersenyum licik.


***
#Dosa

“Kau jangan ikut perangai anak Pak Hamid tu. Macam sundal”, suara Timah memetir tatkala melihat anak daranya Intan memakai baby-T di dalam rumah.

Itulah orang kita. Suka sangat cap sana, cap sini.
Hisap rokok dituduh jahat.Dosa!
Pakai seksi dikata jalang.Dosa!

Intan merengus tak setuju. Hanya hati saja mengeluh. Bimbang jika disuarakan, ia jadi kudis buat si emak. Dicakap baik-baik pun hati tua itu takkan terima. Adat. Orang tua bercakap, anak kena dengar – walaupun ada yang tak betul – anak tak boleh bersuara. Jatuh derhaka. Dapat dosa!

Timah mengoceh tak henti di dapur. Menanak nasi yang hampir masak kemudian menggoreng ikan untuk bapanya, Samad yang bakal pulang tiga puluh minit lagi. Dia lekas ke dapur setelah menukar baju bunga-bunga besar yang sangat hodoh.

“Rajin-rajinkan ke dapur. Nanti dah kahwin senang”, kata Timah sambil menerbalikkan tiga ekor ikan selayang yang semakin garing dari dalam kuali. Intan mengangguk terima. Timah menyambung lagi.
“Nak jaga orang lelaki ni senang. Perutnya lepas tu ‘burungnya’”, yakin si ibu memberi tips. Intan mula nak menjawab.

Ada juga yang bertahun kahwin. Si isteri kemain lagi jaga rumahtangga waima kebajikan suami . Bercerai jugak? Ish! Jaga mulut kau, Intan. Kau nak kena panah petir sebab derhaka?

Intan membisu sambil melihat ibunya cekap mengagkat ikan selayang yang sudah garing sebelum tangkas menyendukkan nasi ke dalam pinggan untuk disajikan kepada bapanya. Diletakkan sepinggan nasi itu di atas lantai, tempat selalunya mereka makan.

“Kau kena belajar benda ni.Pengikat suami isteri”, bisik Timah sambil duduk mencangkung, membuka kain batiknya, mengipas-ngipas wap nasi dicelah kelengkangnya

Intan tergamam.
Mana satu lagi dosa ni??


******
ps1: Tahniah pada pemenang! Anda semua memang deserve:)

ps2: Proses blog hiatus masih berjalan sebab kerja-kerja editing makin giat dijalankan. Terima kasih buat yang follow, tinggal jejak dan saudara Awie Omar yang menominasikan blog ini dalam kategori "Best Art Word Blog"

Tuesday, April 10, 2012

Review: Klip Bocor Filem Dukun (2007)

Lama gila tak update blog. Being busy lately dengan kerja-kerja pengeditan.

Well, masih ingatkah kalian dengan filem kontroversi yang digam dari ditayang, Dukun?

Filem itu sepatutnya dijadual ditayang sekitar 2007.

Filem arahan Dain Iskandar Said ini (sebelum Bunohan) mengisahkan tentang seorang pengamal ilmu hitam Batak bernama Diana Dahlan yang membunuh seorang tokoh politik (yang mahu kebal). Yeah. It does ring a bell rite? That's why filem ini dibanned dari ditayang.

Aku pernah membuat entry mengenai filem ini pada Ogos 2008.



Dan the other day masa duduk meggogle youtube, nah, klip 8:40 telah bocor ke internet! Kepalangnya gembira, walaupun tak tengok full length, Dukun dapat juga ditonton.

Dain macam biasa hebat.
Namron, Bront Palarae, Faizal Hussein dan Sofi Jikan juga terbaik.
Umie Aida? She deserves an award for her portrayal!

Nah. Lihatlah!


*Aku mengikuti filem ini menerusi penerbitan majalah Hype! dimana masa itu filem seram Chermin dan epik Queen of Langkasuka turut di-review.

Tuesday, April 03, 2012

Shortie: Manis


“Nah ambik. Double cheese burger dengan Milo”
“Tau-tau je kau aku tengah bad mood”
“Muka kau macam kucing mati anak. Mana nya aku tak tau”
“Bukan mati anak la. Mati bini”

Lisa pandang Faiz sekilas. Jengkel!
Ewah! Kemain gatal! Mati bini konon.

“Air muka kau tu mesti nak maki aku balik kan?”, tukas Faiz. Lisa mencebik. Tau pun!
“Bukan takat maki. Muntah hijau pun ada”, balasnya sambil menyeduk Coca Cola yang dibeli lewat ke Mc Donald. Faiz mula menjamah Double Cheese burgernya rakus.

“Kau baca bismillah tak ni?”,tegur Lisa. Faiz sentap. Double cheese buger dibungkus semula. Tangan ditadah. Doa makan siap dia baca. Sengaja dilambat-lambatkan sambil mengerling Lisa tak sabar nak menyedut baki coca cola yang masih tersisa dalam cawan extra large.

“Tulah.. masa ada awek, mana nak ingat aku. Dating pun kat Pavi je. Aku ni menyanggah kat Mid Valley sekor-sekor”, ujar Lisa sambil mengambil nota Anatomi dari balik novel Pilot Café yang dilipat kemas. Muka masam tiba-tiba Faiz dipandangnya selamba.

“Hah. Mulalah nak mengungkit! Buat ayat pasrah! Kau tolong aku ikhlas ke tak ni?”, Faiz menceceh tak endah dengan mulutnya penuh dengan isi buger keju. Serpihan roti bercampur liurnya bersembur sedikit ke lantai tempat mereka duduk kangkang. Tak senonoh punya perangai.

“Ikhlas tak payah cakap la der. Aku ni kawan kau kot? Bukan apalah. Time kau usung awek macam belangkas, ada kau ingat aku? Tak banyak pun kalau aku nak mintak. Frapuccino Starbuck pun jadilah!”, usik Lisa hampir tergelak tatkala Faiz menghabiskan suapan terakhir dengan tercengang.

“Dasar mata duitan!”
“Eh mestilah. Hidup zaman ni, maintenance kena tinggi doh”
“Kau jangan mintak mahal-mahal. Susah aku nak masuk meminang karang!”

Lisa gamam. Tawa yang disimpan tak jadi nak dihambur.

Apa punya gurau ni, Faiz?
Kau tau tak gurau kau tu kasar bagi aku?
Siot la ko ni!

Aku dah suka kat kau sejak kita tadika lagi tau tak?
Kau pun duduk tak jauh dari aku. Depan rumah aku je!
Kau tau aku selalu skodeng kau bila kau main bola? Main basikal? Main kawin-kawin? Gila macho kau masa tu. Bukan serebeh macam sekarang!

Bila time main kawin-kawin je, Linda Anak Timah Juling tu jugak yang jadik pengantinnya.
Aku? Aku mana layak. Asyik jadi mak pengantin je. Kerja lain takde asyik mekapkan pengantin.
Tak pun tukang bawa bunga manggar atau tukang kipas si Linda.

Kau tau tak masa tu aku nak juga rasa ‘kawin’ dengan kau, Faiz?
Kau rasa tak apa yang aku rasa dulu tu?

“Oi samdol! Kau berangan apa?”, ketikan jari Faiz menyentap memori lama Lisa. Berdetup hilang dalam kepala. Lisa geleng. Mukanya pucat sikit. Malu agaknya disergah begitu rupa.

“Amende?”, soal Lisa cuba cover line. Faiz senyum. Menyeringai macam nak kena tampar.
“Pinjam note anatomy. Esok test doh. Satu hapak pun aku tak baca lagi”, pintanya gedik. Lisa kerling tak puas hati.
“Kau nak bagi pinjam ke tak ni? Muka tak puas hati je?”, duga Faiz dengan senyumannya yang makin elok jika ditendang laju-laju.
“Kau ni bilala nak berubah? Umur dah 20! Macam mana kau nak tanggung makan pakai aku nanti?”

Eh kejap.
Aku?

Haaaamaiiigadddd

Kenapa mulut ni nakal sangat.
Ish mulut ni..mulut ni..tak baik tau cakap macam tuuu.
Babab mulut ni..babab mulut ni..

Faiz diam. Matanya terkebil-kebil tapi tak nampak pula keliru. Rona Lisa dah merah padam.

Seminit..
Dua minit…

Faiz terbahak-bahak gelak. Shaiton layaknya!
Kurang sopan sungguh. Siap berguling bagai mempedulikan orang keliling lihat dia seperti diharuk setan.

“Kau ni biar betul..kau ni main-main kan?”, Faiz masih menekan-nekan perutnya senak. Lisa bengang hingga tak sedar coca colanya dah kosong di tangan dan pabila pandangan bertukar ganti, Faiz terkesima tatkala cairan bergas itu dah membasahi tubuhnya.

“Padan muka! Aku seriuslah bongok!”

Faiz ditinggalkan. Dia betul-betul keliru tika ini. Bayangan Fira, Hani, Suraya, Kartina bla bla bla yang cantik cantik terpapar dalam otaknya sekarang. Paling koman dua tiga bulan melekat, lepas tu dia akan jumpa Lisa balik untuk sebuku double cheese burger dan milo. Bila dia junam dalam exam, dua benda Allah itulah yang menaikan moodnya kembali. Malah tiap kali bersama Lisa, bekas-bekas yang lama lesap macam tu saja.

Siapa Lisa ni?

Dia kawan sejak kecil aku.

Apa tujuannya dalam hidup kau?

Dia selalu gembirakan aku.

Kau nampak tak betapa pentingnya Lisa dalam hidup kau, bukan takat teman geli-geli saja!

Nampak. Jelas!

Jadi jangan jadi si tongong tercegat bodoh macam pinokio yang konon-konon comel, berfikir panjang lagi. Lari sana kejar jodoh kau! Nak tunggu kau cakap ‘I love u, Lisa’ memang harrrroooommm! Tapi, tak salah kan kalau perempuan yang mula dulu. Perigi cari timba? Adat semua tu! Gigit jarilah kalau diikut..

“Kalau cinta sebaiknya diucap, belum tentu kau masih punya hari esok”

TAMAT

Monday, April 02, 2012

Ulasan: Bisik (Tak Hensem Tak Apa. Jangan Kurang Kasih Sayang)

Judul: Bisik
Penulis: Syaihan Syafiq
Keluaran: FIXI
Halaman: 295 muka surat

Akhirnyaaa!!

Setelah hampir empat hari aku mampu juga menyudahkan bacaan psychological thriller penulis ini, juga merupakan karya terbaru penerbit FIXI. Bukan apa, konon2 nak habiskan satu hari, tapi disebabkan kekangan masa and few things yang kena settel up lately. But, whatever..

What I could say for BISIK?
Ia menakutkan!

Bisik secara ringkas menceritakan tentang Mikael yang terpaksa berpindah rumah disebabkan tragedy yang berlaku di rumah lamanya lalu membawa perkenalan kepada Nazzman, housemate baru yang sangat misteri. Beberapa kejadian ngeri berlaku selepas itu malah semakin kerap Mikael mendengar bisik-bisk juga kecurigaannya mula bercambah terhadap Nazzman.

Tahniah penulis kerana berjaya membangkitkan mood thriller dalam novel ini. Setiap babak cemas digarap dengan baik. Cuma mungkin aku dapat menebak siapa Nazzman usai melepasi beberapa bab pertama. But it's okay sebenarnya cos aku nak lihat bagaimana karakter ini dikembangkan.

Aku boleh katakan, Mikael adalah figura paling malang dalam Bisik. Kenapa? Masa kecilnya kurang kasih sayang. Keluarganya pincang. Emaknya juga bukan bekerja yang baik-baik, tapi buruk-buruk si emak pun, kasih sayang nya tak luput (ini dapat dilihat pada momen-momen terakhir Bisik).

Mikael hidup sendiri, tanpa berteman kesunyian. Jadi bila Suraya dijadikan tempat meluah rasa akibat masalah penyakitnya, dia ralat bila kawan baik sendiri ambil endah tak endah kebajikannya. Well, kita selalu berharap kat kawan baik kan? Jadi apa yang kita buat kalau kawan baik pun tak boleh nak diharap?

Nazzman on the other hand, digarap secara bijak. Sebagai partner (alamak spoiler kah?), Nazzman mempunyai sifat protective walaupun dia lebih kepada arah kejahatan. Malah watak ini yang menurut salah sorang karakternya Shah memang macam Chipsmore (kejap ada kejap takda) benar-benar menjadi. (Tapi pembaca yang curious macam aku ni lain cerita.haha)

Plot flashback Bisik sebenarnya tak beri masalah langsung untuk aku mencerna. Ia divisualkan cantik dalam kepala. Penulis bijak memberi hint pada setiap action yang berlaku di masa lampau dan action yang sudah berlaku di masa kini. Walaupun berlaku semacam gesaan penerimaan pembaca antara watak Mikael dengan Nazzman gemuk di momen-momen revelation, ia langsung tak menggugat konsentrasi. Malah berdetik dalam hati "kalau dah namanya saiko.."

Bisik secara tak langsung mengingatkan aku kepada filem Hollywood bergenre thriller slasher dan gory yang lain seperti Texas Chainsaw Massacre, Saw, Wrong Turn mahupun kematian masterpiece bimbo Paris Hilton dalam House of Wax. Bisik dengan sinisnya juga mengkritik judgmental melalui personality dan bukan sikap keperibadian diri. Itu antara satu yang boleh aku puji disamping beberapa yang lain yang sengaja aku tinggalkan untuk 'galian' korang !

Selamat berbisik!

Page Favret # 1: 135-136 (Jantung tak berhenti berdegup)

*Kalaulah Bisik ni difilemkan, aku mahukan seorang aktor yang betul-betul boleh menjiwai Mikael. Mikael bukan senang nak divisualkan. I could tell.... Takpun Syaihan ajelah jadik Mikael? hehehe*

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED