Tuesday, April 24, 2012

Cerita Kontot untuk Kontes Fixi's "Dosa" dan "Licik"

Walaupun tak menang, aku tak kisah pun sebab aku memang plan nak beli keluaran terbaru "Dosa", "Licik" dan "Si Tora Harimau Jadian"-- label pertama keluaran Fixi Retro.

Saja-saja cuba nasib. hehehe

Tempahan online untuk ketiga-tiga novel ini boleh dibuat di Kedai Fixi. Aku nak dapatkannya sendiri di Pesta Buku Kuala Lumpur, awal May nanti. Oh ya, antologi cerpen KOPI juga boleh dibeli online dan event itu:)


***
#Licik

“Amacam? Sedap?”
Dia mengangguk tak terkata kemudian mengunyah lagi potongan pizza yang disuakan untuknya.

Mona senyum. Sekurang-kurangnya penat lelah dia memasak terbayar juga, lebih-lebih kalau Dahlan yang memuji. Eh, mana tak suka kalau boyfriend sendiri yang cakap?

Dahlan menyungging senyum. Lega kalau Mona tahu kerja dapur. Nak jadi isteri bukan hanya tahu masak pizza tapi juga hidangan melayu yang lain. Salah satu sebabnya nak pikat selera emak di kampung. Dia mamah lagi kepingan pizza yang masih berbaki di tangan. Intinya tampak menyelerakan. Ada potongan dadu nenas, hirisan lada benggala pelbagai warna dan daging kisar yang dibakar masak sempurna. Dikunyah lagi rasa sensasi itu. Ada aroma oregano dan daun bay bercampur aduk dengan haruman minyak zaitun lalu dilengkapi dengan parutan cheddar yang mencair. Voila!

“Besok kita jumpa mak saya. Dia tentu gembira”, putus Dahlan tersenyum. Mona diam tapi masih tersenyum.
“Tak terlalu awal ke awak? Kita baru seminggu je kenal”,kata gadis itu tertunduk malu. Dahlan tertawa lucu.
“Bukankah bercinta lepas kahwin tu lebih indah?”, pujuknya romantis. Gadis itu hela nafas.
Liurnya ditelan. Hajatnya seakan dimakbulkan. Dia lekas ke dapur. Mengambil jus oren yang masih dingin dari dalam peti sejuk sambil memandang sayu raut Rumi, si posmen peramah yang dikenalinya seminggu lalu.

“Huh! Stok ni pun dah nak habis. Takpa! Stok baru boleh buat bekal”, bisiknya sendirian sambil tersenyum licik.


***
#Dosa

“Kau jangan ikut perangai anak Pak Hamid tu. Macam sundal”, suara Timah memetir tatkala melihat anak daranya Intan memakai baby-T di dalam rumah.

Itulah orang kita. Suka sangat cap sana, cap sini.
Hisap rokok dituduh jahat.Dosa!
Pakai seksi dikata jalang.Dosa!

Intan merengus tak setuju. Hanya hati saja mengeluh. Bimbang jika disuarakan, ia jadi kudis buat si emak. Dicakap baik-baik pun hati tua itu takkan terima. Adat. Orang tua bercakap, anak kena dengar – walaupun ada yang tak betul – anak tak boleh bersuara. Jatuh derhaka. Dapat dosa!

Timah mengoceh tak henti di dapur. Menanak nasi yang hampir masak kemudian menggoreng ikan untuk bapanya, Samad yang bakal pulang tiga puluh minit lagi. Dia lekas ke dapur setelah menukar baju bunga-bunga besar yang sangat hodoh.

“Rajin-rajinkan ke dapur. Nanti dah kahwin senang”, kata Timah sambil menerbalikkan tiga ekor ikan selayang yang semakin garing dari dalam kuali. Intan mengangguk terima. Timah menyambung lagi.
“Nak jaga orang lelaki ni senang. Perutnya lepas tu ‘burungnya’”, yakin si ibu memberi tips. Intan mula nak menjawab.

Ada juga yang bertahun kahwin. Si isteri kemain lagi jaga rumahtangga waima kebajikan suami . Bercerai jugak? Ish! Jaga mulut kau, Intan. Kau nak kena panah petir sebab derhaka?

Intan membisu sambil melihat ibunya cekap mengagkat ikan selayang yang sudah garing sebelum tangkas menyendukkan nasi ke dalam pinggan untuk disajikan kepada bapanya. Diletakkan sepinggan nasi itu di atas lantai, tempat selalunya mereka makan.

“Kau kena belajar benda ni.Pengikat suami isteri”, bisik Timah sambil duduk mencangkung, membuka kain batiknya, mengipas-ngipas wap nasi dicelah kelengkangnya

Intan tergamam.
Mana satu lagi dosa ni??


******
ps1: Tahniah pada pemenang! Anda semua memang deserve:)

ps2: Proses blog hiatus masih berjalan sebab kerja-kerja editing makin giat dijalankan. Terima kasih buat yang follow, tinggal jejak dan saudara Awie Omar yang menominasikan blog ini dalam kategori "Best Art Word Blog"

10 comments:

Tieah Madian said...

Samalah kita.. Tak menang.. Takpe, mungkin bukan rezeki kita ye dak??? Mencuba itu lebih baik.. Sekurang2nya hakim baca jugak.. Hehehe..

*Rasa malu nak publish cerpen semalam dlm blog.. Ngee :)

But u did a gud job..

shandye. said...

i tak juin pn. terlepas pandang pasal kontes ni...

Faizal Sulaiman said...

Tieah Madian ---> hehehe takpa. ada kontes lain, kita join je sama2 memeriahkan :)

ish ni segan juga nak publish neh. The winner did a very wonderful job and stories :)

Faizal Sulaiman said...

shandye. ---> motep nak join??? hahahaha

a n said...

cerita licik mcm ada kesinambungan dari shortie kau..bekal.

cerita kau bagus.boleh dikembangkan wataknya.mungkin xde luck kau untuk menang.

Faizal Sulaiman said...

ana ---> haha dapat tangkap ko:) terima kasih ana.

InsyaAllah kalau aku rajin2 kang aku kembangkan lagi wataknya.

Yup. tapi cerita2 yg menang memang layak sebab ceritanya memang jauh lebih baik dari aku punya :)

a n said...

boleh bagi link sapa yang menang 2?

Faizal Sulaiman said...

ana ---> ce ko tegok di link FB ni.

#Dosa

http://www.facebook.com/note.php?note_id=350200621695633

#licik

http://www.facebook.com/note.php?note_id=35017729169796

atau log in ke fb FIXI

http://www.facebook.com/BukuFixi

a n said...

ok..tengs faizal.

seronok dpt kenal kau.=)

Faizal Sulaiman said...

ana ---> hehe samalah kita. harap dapat berjumpa, berbual-bual :)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED